bayan malam markaz KL – ust ali
2012 - sri petaling
Tuan2 yg mulia,
Tuan2 yg mulia,
Allah adalah rob kita. Allah pencipta kita. selain dari
Allah semua adalah ciptaan Allah. Allah pencipta. Yg lain semua makhluk. Allah
cipta benda dan Allah juga cipta keadaan. Allah buat apa yg Dia kehendaki.
Bukan yg makhluk kehendaki. Seluruh makhluk nak buat tapi yg terjadi apa yg
Allah kehendaki. Seluruh makhluk tak ingin buat, tapi Allah ingin pasti
berlaku. Allah buat apa yg dia kehendaki dgn kudratNya. Allah tak berhajat pd
satu pun makhluk. Allah yg menyempurnakan hajat seluruh makhluk. Seluruh
makhluk di langit dan di bumi berhajat pd Allah. tak boleh buat apa2 dgn izin
Allah. setiap detik, setiap saat Allah menghidupkan, mematikan, bagi menafaat,
bagi mudharat, bagi kemuliaan, bagi kehinaan, bagi sihat, bagi sakit. Dlm satu
masa Allah buat semua perkara serentak. Allah berkuasa atas segala sesuatu.
Allah khaliq. Allah hafiz. Allah raziq. Allah pencipta selain dari Allah adalah
makhluk dicipta. Allah pemelihara selain dari Allah adalah mahfuz dipelihara.
Allah pemberi rezeki selain dari Allah adalah marzuq diberi rezeki. Allah
memiliki segala sesuatu. Selain dari Allah dimiliki oleh Allah. bila Allah kata
‘kun’ maka jadilah. Allah buat dgn asbab, tanpa asbab, bertentangan dgn asbab. Hari2
kena cakap kebesaran Allah sehingga masuk meresap dlm hati kita. putuskan
pergantungan, harapan, hubungan kita selain dari Allah. pergantungan dan
harapan hanya pd Allah. utk perkara ini nabi2 diutuskan utk bawa manusia kpd
Allah.
Syair maulana umar palampuri yg mahsyur :
jo la ka ha,
o la hu wa,
o la vi,
is me la hu wa,
juz la hu wa,
qul la hu wa,
fir kia hu wa,
Allah hu wa.
Satu org cakap la - lailahaillallah
Dia pun tak boleh cakap - tanpa
bantuan Allah nak gerak lidah tak boleh
Satu juz/bahagian yg kecil dari
makhluk tak boleh buat apa2
Qul/semua makhluk pun tak boleh buat
apa2
Apa yg boleh?
Allah sahaja yg buat segala sesuatu
Yakin pd ghairullah adalah najis batin. Yakin yg salah.
Syirik. Iktikad yg salah. Allah kata syirik itu najis. Alah tak ampunkan org yg
syirik dgn Allah. syirik adalah pergantungan selain dari Allah. Selain dari
Allah adalah ghairullah, tak boleh selesai masalah. Iman adalah percaya pd
benda yg ghaib. Allah perintah kita utk cerita kebesaran Allah. wahai org
berselimut, bangun dan beri peringatan, hanya Allah dibesarkan. Selain dari
Allah tak layak dibesarkan. Kebesaran hanya milik Allah. dakwah kpd kebesaran
Allah. Maulana syed ahmad khan kata,
keluar di jln Allah utk belajar iman. Wahai org beriman bertaqwalah kamu
pd Allah, cakap dgn percakapan yg betul. Percakapan yg betul ialah
lailahaillallah. Duit tak boleh selesai masalah, yg selesaikan masalah Allah.
makanan tak bole hilangkan lapar, yg hilangkan lapar Allah. air tak boleh
hilangkan dahaga, yg hilangkan dahaga Allah. inilah percakapan yg betul.
Barulah Allah akan islahkan amal kita. dakwah adalah asbab utk islahkan umat
ini. semua nabi2 dtg buat dakwah. Sunnatullah adalah perkara yg tak boleh
berubah. Bila bantu agama Allah, Allah akan bantu dia. Bila usaha atas iman dan
amal, Allah bagi kejayaan dunia dan akhirat. Dgn usaha dakwah, Allah akan islah
diri dia. Inilah sunnatullah. Dakwah kpd kebesaran allah dan dakwah umat kpd
kehidupan nabi s.a.w. dakwah kpd apa perkara yg kita mahu diwujudkan dlm diri
kita.
Manuisa masuk syurga bukan dgn amal tapi dgn rahmat Allah.
Tinggalkan kehidupan selain dari kehidupan muhammad s.a.w. Rahmat Allah ada dlm
perantaraan ikut sunnah dan syariat muhammad s.a.w. Nabi s.a.w dtg bawa rahmat. Tidak Aku utuskan
kau wahai muhammad melainkan utk bawa rahmat. Sunnah dakwah, sunnah ibadat dan
sunnah adat. Dlm kehidupan nabi ada rahmat. Nabi kata semua umat aku akan masuk
syurga kecuali mereka yg enggan. siapa yg taat nabi masuk syurga. Siapa yg tak
ikut sunnah dan syariat nabi adalah mereka yg enggan masuk syurga. Sebanyak
mana kehidupan kita mirip dgn kehidupan nabi s.a.w maka sebanyak itulah rahmat
Allah ada dlm khidupan kita. sebanyak mana kehidupan nabi ada dlm umat maka
sebanyak itulah rahmat Allah dlm umat. Lagi jauh umat dgn sunnah dan syariat
nabi maka lagi jauh umat dari rahmat Allah. bukti kita cinta Allah ialah ikut
nabi s.a.w. dgn ikut sunnah Allah ampun dosa kita. Allah sayang dan cinta kita.
kita kena kembali kpd kehidupan nabi dan bawa seluruh umat kpd kehidupan nabi
s.a.w. kita kena ikut dan taat nabi. Apa beza taat dan ikut? taat ialah apa yg
disuruh buat dan apa yg dilarang tinggal. Ikut ialah macam mana nabi buat mcm
tulah kena buat. exactly. Ittibaq nabi. hanya satu jln ini sahaja yg selamat.
Tidak ada jln lain yg boleh menyelamatkan kita. dakwah adalah ummul hasanat.
Dakwah adalah ibu segala kebaikan. Dakwah kpd kebesaran Allah, imaniat,
akhirat, risalah, kehidupan nabi
Amal yg mula2 sekali akan dihisab ialah solat. Bila solat
baik, maka semua amalan lain akan jadi baik dan betul. Bila solat rosak, semua
amalan lain akan rosak. Kena betulkan solat. Bawa 5 perkara dlm solat: sahih
yakin, sahih tarekat, ehsan, ihtisab dan ikhlas. Selesaikan semua masalah dgn
solat. Apa sahaja musibah bergegas kpd solat. Minta pertolongan dgn sabar dan
solat. Sabar dlm taat perintah Allah dan sabar dlm tinggalkan larangan Allah. Dakwah
umat kpd solat. Bawa umat ke masjid. Memakmurkan masjid. Org yg selalu berulang
alik ke masjid adalah org yg beriman. Org yg memakmurkan rumah Allah adalah org
yg beriman pd Allah dan hari kiamat. Di masjid ada suasana malaikat, ada
suasana yg baik. Masjid adalah pusat hidayat. Bawa org dari tempat yg lalai ke
masjid. Hidupkan amal dlm masjid.
Ilmu yg sebenarnya ialah ilmu yg boleh bantu kita jawab
soalan dlm kubur. Yg selain dari itu hanyalah kemahiran, yg dihasilkan melalui
pengalaman. Soalan dlm kubur: siapa tuhan kamu?, apa agama kamu?, siapa nabi
kamu? Keluar berjalan utk menuntut ilmu, Allah mudahkan jln ke syurga. Setiap
amal kena ada ilmu. ilmu adalah imam kpd amal. Ilmu tanpa amal hanya tinggal
sebagai maklumat. Ada ilmu tapi tak amal akan diazab sebelum dari
penyembah berhala lagi. Satu org yg beramal tanpa ilmu, adalah kejahilan dan
amal tak diterima. Belajar ilmu masail dgn kita jumpa ulamak. Ziarah ulamak
adalah ibadat. Adakah sama org yg berilmu dan org tak berilmu? Tak sama disisi
Allah. ilmu fadhail pula ialah kita duduk dlm taklim. Taklim fadhail ialah utk
menyuburkan keyakinan terhadap janji2 Allah. setiap amal kena ada ihtisab/janji
Allah. Amal tanpa ihtisab tidak diterima.
Kena ada hubungan hati dgn Allah. mereka2 yg sentiasa
megingati Allah dlm keadaan berdiri, duduk, baring, Allah puji. Satu org
sahabat tanya, apa amal paling besar? Zikrullah. Org yg tak ada hubungan hati
dgn Allah adalah org mati, mayat, bangkai. Org yg berzikir hidup dan org tak
berzikir mati. jaga zikir pagi dan petang. baca quran. Subhanallah, maha suci
Allah. alhamdulillah, segala pujian utk Allah. lailahaillallah, tiada tuhan yg
disembah melainkan Allah. Allahuakbar, Allah maha besar. Tanda kita cinta pd
Allah. selawat pd nabi tanda cinta pd nabi. Allah dan malaikat pun selawat pd
nabi. bila kita selawat pd nabi 1X, Allah akan selawat pd kita 10X. istighfar
ialah tanda kita sayang pd diri kita. minta ampun dgn Allah. dgn istighfar Allah
ampunkan dosa. Dgn istighfar Allah mudahkan rezeki. Siapa yg melazimkan
istighfar, Allah tunjukkan jln keluar dari setiap kesempitan, hilang sedih dan
risau, dan dpt rezeki dgn cara yg tak di sangka. Bila istighfar kita kenangkan
dosa kita. quran adalah pembela kita di akhirat. Kalau tak sempurnakan hak
quran, tak beramal dgn quran, maka akan didakwa di akhirat.
Hubungan dgn manusia juga kena betul. Dlm kitab fekah, ada 4
bahagian: ibadat, muamalat, munakahat, jinayat. Drp 4 ni, hanya 1 bahagian sahaja
hubungan dgn Allah iaitu ibadat: taharah, wuduk, solat, zakat, haji ddsbnya.
Lagi 3 hubungan dgn manusia. Muamalat: jual beli, sewa menyewa, gadai mengadai,
dsbnya. Munakahat: nikah kahwin, talak rujuk, dsbnya. Jinayat: hudud, qisas,
dsbnya. 3 perkara ni hubungan dgn manusia. Maksudnya kalau ibadat kita sahaja
yg baik, kita ada hubungan yg baik dgn Allah, kita cuma ada 25% drp agama. Lagi
75% adalah hubungan dgn manusia. Agama kita masih tak sempurna. Dua-dua kena
ada iaitu Hablum minallah dan hablum ninannas. Dosa kita dgn manusia, kita tak boleh minta
ampun dgn Allah. kita kena minta maaf. Hormat org tua2, kasih sayang pd kanak2,
muliakan alim ulamak. Dlm hadith, nabi tanya siapa org muflis? Sahabat jawab,
org muflis ialah org tak ada harta, tak ada dirham. Nabi jawab, org muflis
ialah mereka yg dtg pd hari kiamat dgn pahala yg banyak macam gunung, tapi
pernah maki org, makan harta org, hutang tak bayar, kianat, tipu, pukul org,
bunuh org. semua pahala dia akan di bagi pd org itu yg disusahkan tadi. Sampai
habis semua pahala dia bagi pd org, maka dosa org disusahkan tadi akan dibagi
pd dia pulak. Akhir sekali dia dihumban masuk ke dlm neraka. Oleh itu kena ada
ikram muslimin supaya pahala kita tak dibagi pd org. pandang baik org dan
pandang buruk diri sendiri. Nabi mempunyai akhlak yg agung. Allah puji akhlak
nabi. sambungkan silaturahim dgn org yg putuskan hubungan dgn kamu. Tak akan
masuk syurga org yg putuskan silaturahim. Maafkan org yg menzalimi kamu.
Buatlah baik pd org yg buat jahat pd kamu. Kita kena usaha bawa akhlak nabi
s.a.w dan bawa umat kpd akhlak nabi. nabi kata, hanya sanya aku diutuskan utk
menyempurnakan akhlak yg mulia. Dgn akhlak nabi, org dpt hidayat.
Kita kena betulkan niat kita kerana Allah. amal tak ikhlas
tak diterima Allah. Amal tak ikhlas juga akan di azab. Solat kerana manusia, sesungguhnya
dia telah mensyirikkan Allah. satu ketika Abu hurairah nak riwayatkan hadith,
jatuh pengsan. 3 kali pengsan. Di akhirat nanti 3 jenis manusia akan dipanggil,
org syahid, org alim/qari, org dermawan. Buat bukan kerana Allah. buat utk dpt
nama dan kemahsyuran. Allah kata menipu. Inilah 3 golongan yg akan mula2 sekali
di humban masuk neraka. Amal riak. Bukan sahaja tak dpt pahala bahkan akan
diazab sebab tak ikhlas. Kena usaha utk dtgkan ikhlas dlm setiap amal. Dlm
kitab bukhari, kitab paling sahih dlm dunia selepas quran, hadith pertama dlm
kitab tu ialah betulkan niat. Amal di akhirat akan ditimbang. Bukan sebab
banyak atau sikit. Tapi sebab berat atau ringan. Ikhlas akan beratkan amal
walaupun sikit. Jaga niat sampai mati. periksa niat sebelum, semasa dan selepas
setiap amal. Jgn ada riak, ujub, sumah, takabbur, sombong, hasad dsbnya. Jgn di
ungkit amal yg dah lepas walaupun kita dah buat amal tu 20-30 thn lepas. Buat
semata-mata utk dpt keredaan Allah. utk sukakan Allah.
Salah faham umat ialah menyangka harta dan diri milik kita.
harta, diri dan masa milik Allah. Allah dah beli harta dan diri utk ditukarkan
dgn syurga. 4 syarat jual beli. Pembeli, iaitu Allah. Penjual, iaitu org
beriman. Barang yg nak dijual, iaitu harta dan diri. Harga, iaitu syurga. Dakwah
ialah kita nak hidupkan usaha agama dgn cara nabi ke seluruh alam, utk
membetulkan yakin dan amal kita dan bawa seluruh umat kpd yakin dan amal yg
betul. Kita keluar ke jln Allah ni bukan ikut bilangan hari tapi ikut bilangan
amal. 40 hari buat dakwah, 40 hari tahajjud, 40 hari gasht, 40 hari taklim, 40
hari zikir, 40 hari baca quran. 40 hari disibukkan dgn dakwah, taklim, ibadat
dan khidmat. Begitu juga dgn 4 bulan, 120 hari di sibukan dgn amal. Allah nak
tengok isi. Dgn dakwah iman jadi kuat. Perbaharui iman. Banyakkan cakap mafhum
kalimah. Nafikan ghairullah. Isbat Allah. dgn dakwah Allah akan islahkan iman
dan amal kita. kita kena sediakan umat utk buat kerja dakwah. Dgn perantaraan
dakwah Allah terima doa kita. dgn perantaran dakwah semua masalah umat akan
selesai. Kita dakwah apa yg kita mahu dtpkan bukan dakwah apa yg kita dah amal.
Walaupun kita belum amal, tetap kena buat dakwah. Salah faham umat ialah bila
tak amal tak boleh dakwah, kena amal dulu baru dakwah, ini salah. Ajaklah kpd
makruf walaupun kita tak buat lagi makruf tu. Cegahlah mungkar walaupun kita
masih belum dpt tinggalkan mungkar. Sampaikan walaupun satu ayat. Ibu segala
fardu ialah amalan dakwah. Dgn dakwah akan hidup semua amalan yg lain, imaniat,
ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak. Semua juzuk agama hidup dgn perantaraan
dakwah. Oleh itu, siapa sedia 4B tunai…
Comments
Post a Comment