bayan malam markaz KL - hj mohideen

31/01/2015 - sri petaling

Tuan-tuan yg mulia,
Allah yg buat segala-galanya
Dialah Allah yg telah jadikan semua dgn kudratNya
Dialah Allah yg telah jadikan air, dari air keluar buih, dari buih Allah jadikan bumi tempat di mana baitullah berada sekarang, Allah jadikan bukit utk kuatkan bumi, Allah jadikan langit, Allah jadikan arash dan Dialah Allah yg telah jadikan kursi
Allah maha besar. Dihadapan Allah semua adalah kecil
Langit, bumi, matahari, bintang, bulan, malaikat – semua kecil
Allah jadikan segala-galanya tanpa bantuan sesiapa
Dialah Allah yg memelihara segalanya
Dialah Allah yg memelihara kaabah dari tentera bergajah
Dialah Allah yg memelihara hajar dan ismail a.s di tempat yg tiada sumber kehidupan
Dialah Allah yg pelihara ibrahim a.s dlm api. 
Allah perintah api jadi sejuk dan sejahtera utk ibrahim a.s
Menafaat dan mudarat di tangan Allah
Dialah Allah yg telah hinakan namrud dlm istananya sendiri
Dialah Allah yg berkuasa atas segala-galanya
Jika semua manusia minta dgn Allah dgn bahasa masing-masing, Allah tunaikan setiap hajat, setiap keinginan, tanpa mengurangkan sedikit pun dari khazanah Allah
Allah maha besar, Allah buat segala-galanya
Dialah Allah yg telah utuskan Nabi muhammad s.a.w supaya manusia dpt menafaat secara langsung dari kudrat Allah
Allah perintah supaya ikut muhammad s.a.w utk dpt kejayaan dunia dan akhirat
Atas maksud inilah kita berkumpul disini.. Allah telah bawa kita ke sini
Kita dtg dgn talab/keinginan. Allah sangat suka dgn org yg ada keinginan utk agama.
Setiap amalan akan digandakan sekurang-kurangnya 700 kali ganda
Allah perintah kita utk buat usaha agama. Inilah maksud kita dihantar ke dunia
Kita dihantar sebagai umat nabi s.a.w dan kita telah diberi t/jawab kerja nabi s.a.w
Kerja kita adalah utk bawa semua manusia kpd Allah, yakin pd Allah, harap pd Allah, takut pd Allah, taat perintah Allah
Kerja kita, maksud kita, tujuan kita sama spt maksud nabi s.a.w
Kerisauan nabi agar semua manusia sampai hari kiamat kenal Allah
Utk inilah nabi lapar, Utk inilah nabi dahaga, Utk inilah nabi korban segala-galanya
Utk inilah nabi menangis, Utk inilah nabi sedia menghadapi segala kesusahan
Nabi telah sediakan sahabat, sahabiah, 100% utk ambil risau ini, kerja ini
Sahabat adalah spt bintang-bintang di langit, ikut sahabat akan dpt kejayaan
Fikir dan risau kita adalah sama spt fikir, risau nabi s.a.w dan sahabat
Kena fikir atas seluruh manusia yg ada sekarang 7 billion
5 billion yg belum islam dtg kpd islam dan lagi 2 billion yg dah islam dtg kpd kerja nabi
kita dtg ke sini utk laksanakan perintah Allah. perintah Allah yg paling besar ialah dakwah
bila kita ambil kerja ini, Allah akan bantu kita sebagaimana Allah bantu nabi s.a.w dan para sahabat
ini janji Allah, bila bantu agama Allah, Allah akan bantu kita
Allah akan bagi kemuliaan, Allah akan bagi ketenangan, Allah akan bagi segala bentuk kebaikan pd kita bila ambil kerja nabi sebagai kerja kita, maksud hidup kita
Allah akan tarbiyah kita sebagaimana Allah tarbiyah nabi dan sahabat
Allah akan bentuk iman dan yakin kita, Allah akan wujudkan sifat yg baik dlm diri kita
Kita kena sedar bahawa kita adalah umat nabi s.a.w . Kita bertanggungjawab atas usaha agama
Allah akan sebarkan kesan amalan kita ke seluruh alam: solat kita, zakat kita, haji kita, tasbih kita, doa kita akan tersebar ke seluruh alam
Allah akan bagi kita pahala seluruh alam. Allah akan bantu kita.
Allah akan jadikan kita perantaraan hidayat seluruh alam.
Setiap individu org islam bertanggungjawab seluruh dunia sampai kiamat
Sejauh mana kita ambil t/jawab, sejauh itulah bantuan Allah pd kita
Allah terima doa kita selama 24 jam. Allah bersama setiap langkah kita.
Setiap langkah kita adalah asbab hidayat
Allah telah bagi kita kerja yg paling besar, kerja yg paling mulia.
Semua org islam telah dipilih oleh Allah, lelaki, wanita, kanak-kanak utk buat kerja ini
Bila kita bangun buat kerja ini, Allah bersama kita
Ambil drp Allah dgn amal: dgn solat, dgn doa..
Segalanya ada dlm khazanah Allah
Setiap dari kita akan ditanya oleh Allah, apa yg kita dah buat
Sahabat kata kami bukan dtg tapi kami dihantar
Utk bawa manusia dari kesempitan dunia kpd keluasan akhirat
Org kafir quraish offer nabi harta, kerajaan, wanita
Nabi kata : saya dihantar bukan utk perkara tersebut
Saya adalah pesuruh Allah, saya dtg utk bagitahu berita gembira mengenai syurga dan memberi amaran mengenai neraka
Buat dakwah tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran dari sesiapa
Hanya harap ganjaran dari Allah di akhirat
Maksud kita adalah hidayat seluruh alam
Semua manusia : org russia, org china, org jepun, org asia, org afrika, org arab, org ajam, semua dpt hidayat
Kalau mati dgn yakin yg salah, yakin pd harta, yakin pd kuasa, yalin pd senjata, yakin pd kebendaan, yakin pd ekonomi, apa akan jadi pd mereka?
Org islam juga telah terkesan dgn suasana ini. org islam punya yakin pun dah rosak. Yakin pd selain Allah. apa akan jadi bila masuk dlm kubur?
Ma robbuka? Siapa pemelihara kamu? Apa agama kamu?  Inilah masalah yg sebenarnya
Org yg buat dakwah pun bila dtg masalah tertumpu kpd selain dari Allah. Bila ada masalah, kita pergi kpd ghairullah. Ini yakin yg rosak. Jgn harap sedikit pun/satu zarah pun jgn harap selain dari Allah
Kita bergerak sebagaimana nabi buat usaha.
Perintah Allah yg pertama dlm islam ialah buat dakwah
Nabi bermula dgn seorang diri, pergi jumpa semua org: wahai manusia ucaplah kalimah lailahaillallah, pasti kamu dpt kejayaan
Kita kena buat keputusan ini kerja saya. Buat kerja dgn penuh yakin
Ini perintah Allah, ini maksud hidup saya
Pergi rumah ke rumah, pintu ke pintu, kpg ke kpg, bandar ke bandar, negara ke negara, pergi seluruh alam. Allah bersama kita
Umat ini dihantar atas maksud ini. tiada nabi lagi akan dihantar. Dimana sahaja ada manusia disitu kita kena pergi.
Sebanyak mana kita ambil t/jawab, sebanyak itulah bantuan Allah bersama kita
Kita kena sediakan diri kita. Kita kena minta ampun/taubat dgn Allah kerana sehingga hari ni kita belum lagi jadikan kerja ini sebagai kerja kita. Kita kena istighfar.
Allah telah bagi satu t/jawab yg besar tapi kita telah cuai.
Allah hantar kita utk satu tempoh yg pendek. Kita kena buat persiapan utk kehidupan akhirat
Bila kita kesian pd manusia di seluruh dunia, Allah akan kesian pd kita.
Bila kita risau dan bawa org kpd Allah, kita akan hampir pd Allah
Bila kita risau pasal kebendaan, kita akan jauh dari Allah
Allah telah bagi kita kerja yg diberi pd nabi-nabi. Mahkota segala kerja.
Kita kena guna baki hidup kita utk maksud ini.
Baginda s.a.w telah korbankan segala-galanya
Mereka yg bersusah payah di jln Allah, Allah akan buka jln-jln hidayat
Hanya kpd Allah kita sembah dan kpd Allah kita minta bantuan
Kita kena ada keazaman samada agama hidup diseluruh dunia atau kita mati dlm buat usaha agama
Kena ada jasbah sahabat dlm diri kita.
Macam mana kita boleh duduk rehat dan agama berkurangan di seluruh dunia
Kita kena bergerak utk agama dan gerakkan org lain di jln Allah
Tiada masa utk rehat. Letakkan seluruh alam di depan kita.
Sediakan setiap org islam dtg kpd perkara ini. sediakan seluruh umat.
Kita kena sayang pd setiap org islam supaya mereka dtg kpd kerja nabi
Kita kena sedia bila-bila masa, di mana sahaja, berapa belanja
Belajar ambil dari khazanah Allah, solat dan doa sehingga Allah bagi
Terimalah kami ya Allah
Di mana ada takazah kita pergi, ke afrika, ke china, ke eropah
Yakin dgn Allah, bukan yakin dgn duit
Sibukkan diri dgn kerja agama. Allah akan bantu kita.
Kerja ini adalah pilihan Allah /qabuliyyat. Kita kena doa menangis depan Allah supaya Allah pilih kita.
Niat utk pergi ke seluruh alam. Sediakan jemaah dari masjid kita.

Bangun dan bagi nama…4B negara jauh

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir