bayan malam markaz KL - ust abdullah hizly
Tuan2 yg mulia,
Dlm hadith nabi s.a.w, peniaga yg soleh, peniaga yg mana
perniagaan tidak melalaikan mereka dari mentaati perintah agama, akan bangkit
bersama nabi2, siddiqin, syuhada dan solihin. Dlm riwayat yg lain, peniaga2 yg
mana perniagaan tidak melalaikannya dan tidak menipu akan masuk syurga tanpa
hisab. Setiap org mahu
masuk syurga tanpa hisab. Tapi bagi sahabat ada lagi amal yg lebih besar dari berniaga. Abu hurairah r.hu, imam muhaddisin, keluar dari
masjid nabawi, pergi ke pasar madinah, jumpa sahabat dan ajak ke masjid, yg
berniaga di pasar madinah semua adalah juga sahabat nabi s.a.w., sahabat berniaga
bukan utk jadi kaya, sahabat berniaga semata-mata kerana akhirat.
Seorang sahabat, dengar nabi bagitahu barangsiapa yg jual
barang, ada org dtg beli barang tersebut, dibayar harganya, kemudian selepas
beberapa hari dipulangkan semula barang belian tersebut, sipenjual dgn suka
hati memulangkan semula duit, maka ganjaran utk sipenjual adalah mahligai
antara 2 syurga. Maka sahabat tadi telah balik dan terus berniaga dan tunggu
bila org akan dtg beli dan pulangkan barang. Pd satu hari telah dtg seorang sahabat
beli barang dan lepas beberapa ketika pulangkan balik barang yg telah dibeli
dan duit telah dipulangkan. Inilah saat yg dia tunggu. Menyakini sabdaan nabi.
Dia tutup kedai dan tak berniaga lagi sepanjang hayatnya. Bila di tanya kenapa
tutup kedai? muflis ke? Tidak! Sahabat
berniaga utk akhirat. Sahabat tak berniaga utk dunia. Tutup kedai sebab dah dpt
syurga. Masuk syurga tanpa hisab.
Abu hurairah kata, wahai org pasar, apa yg melemahkan kamu
ni. Ada lagi amalan yg lebih besar dari
amalan masuk syurga tanpa hisab. Pusaka nabi sedang dibahagi-bahagikan di masjd
nabawi dan kamu berada di pasar ni? Semua sahabat lari ke masjid nabawi. Mereka
lihat sebahagian sedang solat, sebahagian sedang berzikir, ada halaqah iman
yakin, ada halaqah quran, ada halaqah berbincang pasal halal dan haram. Mereka
kembali jumpa abu hurairah dan kata tak ada apa2 di masjid nabawi. Abu hurairah
kata amal masjid itulah harta pusaka nabi s.a.w. Nilai amal tersebut lebih
besar dari amal masuk syurga tanpa hisab.
Demi Allah, dakwah, gasht, taklim, khidmat, DTI, 2½ jam,
bagi masa di masjid adalah amalan umat nabi s.a.w yg lebih besar dari amalan
masuk syurga tanpa hisab. Inilah amalan nabi2. setiap nabi di hantar utk buat
dakwah. Bila hidup dakwah di masjid kita maka akan hidup agama di kariah kita.
mati dakwah di masjid kita maka akan mati roh agama di kariah kita. Dakwah,
taklim, ibadat dan khidmat adalah amalan masjid nabawi. Dakwah maksud hidup
umat ini. selagi umat berpegang pd dakwah cara nabi, selagi itu kemuliaan akan
mengiringi umat ini. Bila umat tinggalkan usaha nabi s.a.w, maka kehinaan akan
menyelubungi umat ini. Bila sibuk dgn perniagaan, ternakan, pertanian dan
tinggalkan usaha nabi s.a.w pasti Allah akan belengui kamu dgn kehinaan. Selagi
umat ambil, pikul, sanjung usaha nabi s.a.w, maka bantuan Allah akan bersama
umat ini. rahmat Allah bersama umat ini. Umat nabi s.a.w adalah umat terpilih.
Allah telah cerita pd nabi2 terdahulu tentang kemuliaan umat akhir zaman.
Dlm zabur, wahai daud, akan dtg nabi selepas kamu, dipanggil
ahmad atau muhammad, Aku tak akan murka pd beliau, beliau tak akan memurkai
Aku, Aku ampunkan semua dosanya, dia maksum. Umat muhammad adalah umat yg
dirahmati oleh Allah. umat pembawa rahmat. Lelaki, wanita, kecil, besar, tua,
muda semua membawa rahmat. Apa itu rahmat? Usaha agama Allah, usaha rasul2,
usaha nabi2 diberi pd umat muhammad.
Dlm quran, Allah cerita sifat, wahai nabi, kamu dihantar
sebagai saksi, pemberi berita gembira, pemberi berita menakutkan, kamu dihantar
sebagai da’i, sebagai cahaya petunjuk seluruh manusia seluruh alam. Inilah
kerja nabi dan maksud hidup nabi. Allah berfirman, wahai muhammad, berilah juga
berita gembira kpd umat yg beriman kpd kamu, bahawa disisi Allah satu kurniaan
yg agung utk mereka. Kurniaan apa? Allah bagi kerja nabi2 kpd umat baginda.
Dlm taurat, Allah sebut pasal umat muhammad, bila mereka
keluar bantu agama Allah, maka malaikat akan dtg dgn senjata yg tajam mengawasi
depan dan belakang mereka. Allah hantar malaikat utk mengawasi diri, ternakan,
tanaman dan segala keperluan dan harta benda mereka. Umat yg dibanggai oleh
Allah. dicintai oleh Allah.
Dlm taurat, bila umat muhammad berbaris2 membentuk jemaah
utk keluar di jln Allah, berbaris utk tafakud, maka Allah sendiri akan jadi
payung utk mereka.
Nabi kata, bila akan tiba masanya akan jumpa saudara
ku? Sahabat kata, bukankah kami ini
saudara kau ya rasulullah? Nabi kata, kamu sahabat aku. Saudara aku ialah umat
yg bakal dtg selepas kamu tak pernah lihat diri aku tapi beriman pd aku. Umat
yg ambil usaha nabi tanpa pernah melihat nabi. Abu ubaidah b jarrah tanya nabi,
adakah org yg lebih baik dari kami? Kami masuk islam di tangan kau ya
rasulullah. Kami buat usaha agama bersama kau, saidul mursalin. Buat usaha
agama bersama penghulu nabi2. Nabi jawab, ada lagi lebih baik, umat yg lahir
selepas kamu tak pernah lihat aku tapi beriman dgn aku.
Kita umat nabi s.a.w. Kerja yg diberi pd umat nabi ini
adalah kerja yg terpilih. Allah sendir adalah da’i. Allah sendiri dakwahkan
mahfum kalimah. Tidak ada illah, tempat memuja, bergantung, meminta, mengharap,
berdoa melainkan Allah. Allah wariskan kerja dakwah kpd setiap rasul2. Kami
hantar Nuh a.s kpd kaumnya. Wahai kaumku jadilah kamu hamba Allah. tiada illah
melainkan Allah. Kami hantar Hud a.s kpd kaum Ad. Wahai kaumku jadilah kamu
hamba Allah. tiada illah melainkan Allah. Kami hantar Saleh a.s kpd kaum Samud.
Wahai kaumku jadilah kamu hamba Allah. tiada illah melainkan Allah. setiap nabi
dihantar dgn dakwah ini. inilah kerja nabi2. kerja ini telah di letakkan t/jawab
ke atas bahu umat muhammad s.a.w. Barangsiapa yg ambil kerja ini, maka Allah
bersama dgn mereka. Bantuan Allah bersama dgn mereka. Kalau ada yg mengugat
mereka, bermakna mereka mengugat Allah s.w.t.
Kisra, raja parsi. nabi hantar surat pd beliau. Nabi tulis, drp Muhammad
rasulullah dan hambaNya kpd raja parsi. Bila baca surat tu, kisra marah sebab nama Muhammad
di dahulukan dari nama dia. Dia koyakkan surat nabi s.a.w. Nabi kata, Allah akan
koyakkan negaranya. Kisra hantar 2 lelaki ke madinah utk tangkap nabi s.a.w dan
bawa ke parsi. Kedua-dua lelaki tersebut ada misai. Nabi tak memandang ke arah
mereka. Nabi kata, paling buruk kaum ini. Nabi suruh 2 lelaki tu balik dan
bagitahu bahawa mlm tadi tuhanku (Allah) telah bunuh tuhan kamu berdua (kisra).
Setelah sampai ke negeri parsi, berita pertama yg 2 lelaki tu dengar ialah
kisra telah mati dibunuh pd tarikh/masa yg sama spt yg dibagitahu oleh nabi
s.a.w. Bersama usaha nabi ada Allah. ini adalah usaha habibullah. Ini adalah
kerja kekasih Allah.
Pada hari kiamat, nabi akan berada di depan sekali bawa
bendera/panji2 pujian Allah dan di belakang nabi seluruh umat manusia dan
makhluk lainnya. Berjalan ke arah Allah. nak minta syafaat dari Allah. inilah
tuan punya kerja dakwah yg kita buat di masjid2 kita. kita bawa balik dakwah
nabi2 ini ke masjid kita. medan usaha dakwah ialah di masjid. Allah
akan jadikan masjid yg hidup dgn amalan dakwah asbab tersebarnya agama ke
seluruh alam. Dan Allah akan buatkan seluruh manusia dari seluruh alam dtg ke
masjid mereka. Barangsiapa yg cinta pd masjid, Allah cinta dgn mereka. Ini
janji Allah. sebanyak mana kita bagi masa utk masjid, sebanyak itulah Allah
akan penuhkan segala keperluan hajat kita. keperluan hajat manusia terikat dgn
masjid. Bagi setiap masjid ada pasak. mereka yg sentiasa menghidupkan masjid.
Mereka yg bawa org lain ke masjid. Para malaikat jadi teman mereka. Bila mereka tak dtg ke masjid,
malaikat akan pergi mencari mereka. Bila sakit, malaikat dtg ziarah mereka.
Bila ada hajat, malaikat dtg bantu sempurnakan keperluan mereka. Allah yg
sempurnakan keperluan kita mengikut masa yg kita bagi di masjid. Allah mudahkan
urusan duniawi dan ukhrawi kita.
Di masjid ada halaqah iman yakin, ada halaqah mughibat,
cerita pasal akhirat, syurga, neraka, mahsyar, mizan, sirat, barzakh. Sebanyak
mana tauhid/mahfum kalimah dicakapkan di masjid, sebanyak itulah ahli kariah
akan cakap perkara tersebut. sebanyak mana cerita dunia di cakapkan di masjid,
maka sebanyak itulah ahli kariah akan cakap pasal dunia dan cinta dgn dunia.
Masjid adalah jantung. Barangsiapa yg berbual cerita duniawi di dlm masjid,
maka dia akan dapati anak isteri juga akan berbual2 perkara duniawi di rumah. Barangsiapa yg banyakkan percakapan perkara
mughibat/akhirat, maka dia akan dapati anak isteri juga akan berbual2 perkara
akhirat di rumah. Perkataan anak adam akan jadi dakwa kpd nya melainkan
perkataan yg mengajak kpd kebaikan, cegah kemungkaran atau berzikir pd Allah. kena
cakap kebesaran Allah sehingga iman kita terbentuk. Setiap hari kena ada muzakarah
iman yakin di masjid. Tak betul iman seseorang selagi tak betul hatinya. Tak
betul hati setiap manusia selagi tak betul lidah perbualan mereka. Tiada jln
lain melainkan bercakap tentang mahfum kalimah. tiada yg berkuasa melainkan
Allah. ‘tetapi’ adalah kalimah ingkar. Allah yg bagi rezeki ‘tetapi’ kalau tak
kerja macam mana? Tiada illah melainkan Allah.
Abdullah bin rawahah telah jumpa sahabat yg lain bawa ke
masjid dan kata, mari kita duduk seketika bercerita tentang iman utk kuatkan
iman. Nabi membenarkan apa yg abdullah bin rawahah lakukan. Bawa org di luar
masjid dan bawa ke masjid dan duduk dlm halaqah iman. wujudkan amalan dakwah,
taklim, istiqbal di masjid kita. setiap waktu ada org bergilir2 bagi masa di
masjid. Hidupkan usaha nabi di masjid kita, maka akan tarik rahmat Allah ke
tempat kita.
Kisah dlm surah yasin, di daerah antakiah, bila Allah hantar
3 rasul, tapi mereka telah dihalau. Dtg seorang lelaki dari hujung kpg berlari2
tergesa2 utk bantu 3 rasul tersebut. namanya ialah habib an najar. Kerja
sebagai tukang kayu, saiznya pendek dan berkudis. Belum buat dakwah lagi. Dia
cuma bagitahu supaya ikut rasul2 ni. Kaum antakiah telah tangkap habib an najar
dan pijak beliau hingga mati. Bila mati sahaja, Allah kata, ’syurga tempat
kamu’. Baru bagi isyarat supaya ikut dah dpt syurga. Apatah lagi yg buat gasht
setiap minggu, bagi masa 8 jam setiap hari, keluar 10 hari setiap bulan, buat
DTI, bawa org ke masjid, lebih dari syurga Allah akan bagi.
Kemuncak bagi seorang wali adalah permulaan seorang da’i.
ini beza wali dan da’i. satu org yg berzikir selama berpuluh thn tak sama dgn
satu org yg keluar 3hari. Ini keramat usaha nabi. usaha nabi akan tarbiyah umat
ini. inilah tarbiyah yg terbaik. Kisah muaz bin malik yg berzina, utk wujudkan sesuatu
kanun/hukum, Allah libatkan sahabat. Beliau dtg jumpa nabi dan kata, bersihkan
aku ya rasulullah. Nabi kata rejam sampai mati. maka bermulalah hukum rejam.
Semasa di rejam, darah terpercik dan terkena baju umar r.hu. Umar kata,
kotornya darah penzina. Nabi dengar dan kata, muaz bin malik sudah bertaubat
dgn sebenar2 taubat, kalau dibahagikan taubatnya ini cukup utk mengampunkan
dosa setiap manusia yg ada. Ini tarbiyah dakwah nabi.
Kita akan adakan ijtimak. Ijtimak adalah asbab hidayat.
Allah akan percepatkan hidayat melalui ijtimak. Ijtimak pertama dlm islam ialah
fatah mekah. Org pertama masuk islam semasa nabi sampai di mekah ialah abu
sufyan bin harbi. Musuh nabi. Nabi kata, barangsiapa yg masuk ke rumah abu
sufyan dia aman. Barangsiapa yg duduk dlm rumah yg terkunci dia aman.
Barangsiapa yg masuk ke baitullah dia aman. Abu sufyan telah buat gasht dan
iklankan perkara tersebut. Hindun bt utbah, isteri abu sufyan, wanita yg gigit
jantung hamzah r.hu, telah pergi ke kaabah nak tengok apa org islam buat. Dgn
ijtimak Allah amkan hidayat. Bila dia letak telinga di dinding masjidil haram,
terdengar satu org berdoa, ya Allah ampunkanlah hindun, islamkanlah hindun.
Maka beliau telah masuk islam. Dgn ijtimak, org yg bersumpah tak akan masuk
islam pun ucap syahadah. Safwan bin ummayyah, ketua kaum telah lari ke tebing
laut. Nak terjun dan bunuh diri. Umair bin abi wahbin telah kejar dan kata jgn
bunuh diri, aku dah minta ampun utk kamu dari muhammad. Safwan minta bukti.
Umair balik jumpa nabi. nabi bagi serban sebagai bukti. Umair pergi balik dan
jumpa safwan. Ini kegigihan sahabat. Fikir umat. Haris bin hisham dan abdullah
bin abi robiq telah lari masuk ke rumah ummu hani, kakak kpd sayyidina ali.
Bila ali nampak, terus nak dibunuh. Ummu hani telah minta amankan dari nabi
s.a.w. mereka telah ucap syahadah. Dgn ijtimak, org nak lari pun dpt hidayat. Ikramah
bin abu jahal pun lari jugak. Lari sehingga dah naik kapal. Dtg ombak besar.
Kata pendayung, kalau nak selamat ucap kalimah ikhlas, lailahaillallah. Dia kata, aku nak lari dari kalimah inilah. Isteri
dia melambai2 dari tepi pantai dan kata aku dah minta ampun utk kamu. Nabi
pesan jgn cerita kejahatan abu jahal di depan ikramah. Jgn sakiti hati ikramah.
Lepas masuk islam, beliau telah bagi seluruh hayat berperang utk agama sehingga
syahid di jln Allah. yg tak nak pd agama pun Allah akan campakkan hidayat dlm
hati mereka.
Sifat umat muhammad yg di cerita dlm taurat: umat muhammad
tidak akan sekali-kali menangguh-nangguhkan tuntutan takazah agama
Oleh itu, siapa yg sedia keluarkan jemaah sebelum/selepas
ijtimak 4B, 40H…bangun bagi nama.
Bawa seramai mungkin org awam ke ijtimak.
Semoga Allah terima.
Comments
Post a Comment