bayan malam markaz KL - hj mae golok

02/01/2016 – sri petaling

Allah telah buat ketetapan utk semua manusia bahawa kejayaan di dunia dan akhirat hanya dlm agama. Apa itu agama? perintah Allah. kena taat, kena buat. kena ikut, larangan Allah kena tinggal dan apa yg dibawa oleh nabi. apa yg disuruh kena ikut dan apa yg di larang kena tinggal. Kemuliaan/izzah dlm agama. Ketinggian dlm agama. Selamat dlm agama. Dlm agama ada rahmat Allah. kasih sayang Allah. ada barakah. Dlm kehidupan dunia ada keberkatan. Dan dlm agama ada nusratullah, pertolomgan/bantuan Allah. dlm agama ada jagaan drp Allah. dlm agama ada sakinah/ketenangan.

Allah hantar agama bersama dgn usaha agama. Bila ada usaha agama barulah agama akan wujud. Agama akan hidup. Agama ada roh. Jika tidak ada usaha agama, agama akan hilang. Ini adalah sunnatullah. Allah telah buat ketetapan. Walaupun dunia maju dan berubah tapi agama tiada perubahan sampai hari kiamat. Agama dtg dgn usaha. Allah cerita kisah para nabi dlm quran. Dari nabi adam hingga nabi isa a.s. antara nabi isa a.s dgn nabi s.a.w, 570 thn. Dlm masa 570 thn tiada usaha agama dan tiada agama. Manusia hidup dlm keadaan jahil. Hatta di baitullah, rumah Allah, sebab tak ada usaha agama, ada 360 berhala di letakkan di keliling rumah Allah. zina, arak, curi, judi, kianat telah jadi amalan. Agama telah hilang.

Allah maha kuasa. Allah bangkitkan nabi akhir zaman dan umat akhir zaman utk wujudkan kembali agama dan usaha agama. Agama disempurnakan di masa nabi s.a.w. Ayat pertama, iqra’…,  ayat kedua lepas dilantik nabi jadi rasul, ya aiyuhal muddasir, kun fa an zir, wa rob baka fakabbir…, wahai org yg tidur, bangun, hendaklah kamu bergerak. Agama dtg dgn usaha. Agama dtg dgn pengorbanan. Dakwah besarkan Allah. supaya masuk kebesaran Allah  dlm hati manusia dahulu kemudian barulah manusia dpt amalkan agama. Agama adalah perintah suruh dan perintah larang dari Allah.

Nabi telah buat usaha agama di mekah sebelum adanya perintah amal. Solat, puasa, haji, zakat, dan lain2 amal belum lagi wujud. Sahabat kata, taklamul iman sum ma taklamul quran. Kami belajar iman dahulu kemudian baru belajar quran. Ini adalah pengajaran pd kita hingga hari kiamat. Agama adalah tinggi dan berharga. Agama dpt pimpin kita selamat dunia dan akhirat. Perkara pertama, utk amal agama perlu ada iman. Allah perintah nabi buat usaha atas iman. Dakwah ada kaitan dgn iman. Bila ada dakwah barulah iman akan zahir.

Kerja yg pertama adalah dakwah. Nabi telah buat usaha atas 3 golongan. Lelaki, wanita dan kanak2. buat usaha dlm 2 masa iaitu siang dan malam. Dakwah tidak ada masa cuti. Tidak spt amalan2 yg lain. amalan2  yg lain, solat, haji, zakat, puasa, gasht, taklim, zikir dll semua ada masa2 tertentu. Tapi dakwah kena buat setiap masa. Dakwah adalah ibu. Amalan2 adalah anak. Dakwah ibu segala fardu. Dakwah adalah ibu segala kebaikan. Dgn amal boleh selamatkan manusia dunia dan akhirat. Solat, zikir, taklim, sedekah, muamalat, muasyarat, munakahat, siasah dll. Tapi amal perlu dibuat dgn kekuatan iman. Amal tanpa kekuatan iman dinamakan adat.

Solat yg dibuat dgn adat, tiada kekuatan. Sesungguhnya solat boleh mencegah dari fahsyak dan mungkar. Sesiapa yg solat tapi solat tak dpt cegah dia dari fahsyak dan mungkar, maka sebenarnya dia belum lagi solat. Quran adalah penyembuh/syifaq utk manusia dan petunjuk/hudan utk manusia. Sesiapa yg baca quran tapi quran belum dpt cegah dia dari kejahatan sebenarnya dia belum lagi baca quran. Dgn puasa, akan jadi org yg bertaqwa. Dgn haji yg mabrur, balasannya ialah syurga. Org yg buat haji sepatutnya ada perubahan dlm kehidupannya. Dlm riwayat yg lain, hj yg mabrur dpt bagi syafaat utk 400 keluarga di keluarkan dari api neraka. Semua amal ada kekuatan. Org yg berzikir, ada nur dlm kehidupan dunia. Keluar cahaya dari jari2 sahabat. Dgn keluarkan zakat, Allah tak hilangkan hartanya samada di darat atau di laut. Harta tak akan musnah. Dgn sedekah, Allah akan suci dan bersihkan dan tambahkan pemberian Allah. dgn solat isyrak, dpt haji yg mabrur/sempurna. Dgn solat dhuha, 2 rakaat tak di tulis di kalangan hamba yg lalai. 4 rakaat ditulis hamba yg banyak ibadat. 6 rakaat Allah bereskan semua kehidupannya. 8 rakaat ditulis sebagai org yg taat. 12 rakaat akan dibina 1 rumah dlm jannah. Kesemua amalan2 tadi ada janji dari Allah. amal yg dibuat tanpa kekuatan iman, buat amal dgn malas ditakuti jadi org munafik dan org yg meninggalkan amal dikaitkan dgn kufur.

Nabi telah buat dakwah selama 13 thn di mekah. Thn ke 12 baru Allah turunkan perintah solat. Ayat yg turun di mekah, wahai manusia. Bila hijrah ke madinah baru Allah panggil wahai org2 yg beriman. Iman ada hubungan dgn amal. Iman 50% baru dpt jaga solat. Iman 70% baru dpt jaga semua ibadat. Iman 80% baru dpt jaga muamalat. Iman 90% baru dpt jaga muasyarat. Kalau iman tak sampai 90%, walaupun org tu solat tapi dlm rumah jadi panggung wayang. Jika iman diusahakan sampai 100% barulah dpt jaga akhlak. Agama tersebar dgn akhlak.

Iman perlu diusahakan. Iman para malaikat tak naik dan tak turun. Iman para nabi sentiasa bertambah. Iman kita pula ada bertambah dan ada berkurang. Iman bergantung pd dakwah. Org yg keluar 3H, 40H, 4B, duduk dlm suasana dakwah, taklim taklum, zikir, ibadat, khidmat maka iman bertambah. Bila balik dia akan dpt jaga solat berjemaah, isyrak, dhuha, awwabin, witir, tahajjud, zikir, baca quran, ada agama dlm rumah. Org yg berhenti dari buat usaha dakwah dan hari2 cakap sia2, org yg banyak cakap, banyak salah, org yg banyak salah banyak dosa, org yg banyak dosa akan masuk neraka jahannam. Kalau dlm rumah tak cakap dakwah, tak buat taklim dlm rumah, tak buat gasht, tak dtg mlm markaz, tak bagi masa,  maka iman akan berkurang. Bila iman berkurang maka amal juga berkurang. Kalau buat pun buat dgn malas. Tanda org beriman, tengok dlm solat. Kyusuk dlm solat dan dpt cegah fahsyak dan mungkar. Itulah org mukmin. Org yg malas dlm solat, akan dtg sifat munafik dan buat amal utk tunjuk pd manusia.

Maulana ilyas kata, kalau nak bagi nama pd usaha ini, akan diberi nama ‘tahrikul iman’. Dakwah utk gerakkan iman. Kita keluar di jln Allah utk gerakkan iman. Bila buat usaha atas iman, maka Allah akan bagi yakin. Ada org beriman tapi tak yakin. Dia solat di rumah tak dtg ke masjid sebab tak yakin dgn berjemaah dpt 27 ganjaran. Tahu tapi tak yakin. iman ada kaitan dgn yakin. Ibadat dibuat dgn yakin. Sembah Allah hingga dtg yakn. Setiap org beriman kena buat amalan hingga mati. tak boleh bebas dari amalan. Amalan adalah agama.

Bila ada yakin, baru akan dtg ihtisaban. Ihtisab ialah janji Allah. ganjaran dari Allah atas setiap amal. Sebab tulah kena hidupkan taklim fadail amal. Dpt wujudkan keghairahan dlm hati utk beramal. Selepas ihtisab, Allah bagi ehsan. Sembah Allah seolah-olah lihat Allah. jika tak nampak Allah, maka merasai Allah melihat kita. drp ehsan, Allah bagi istiqamah. Ramai org buat amal tapi tak istiqamah. Amalan istiqamah lebih baik dari 1000 keramat. Walaupun amal sedikit tapi istiqamah. Org puji org caci tetap buat. selepas istiqamah, baru Allah bagi ikhlas. Tanpa istiqamah tiada ikhlas. Buat semata-mata kerana Allah. dgn amalan ikhlas, Allah sebarkan agama. Lepas ikhlas, Allah istiharkan keredhoan Allah atas hambanya. Allah bagitahu jibrail dan jibrail bagitahu semua malaikat Allah redho pd sifulan. Dan malaikat bagitahu pd semua makhluk dibumi bahawa Allah redho pd sifulan. Hendaklah kamu semua redho dgn dia.

Usaha pertama adalah dakwah. Lepas itu, nabi buat usaha tazkiyah. Jaga setiap amal. Jaga solat fardu, jaga solat sunat, puasa isnin khamis, jaga mata. Org beriman hendaklah rendahkan pandangan mata. Jgn lihat benda yg haram. Jaga makanan, jaga lidah dll, supaya amalan kita ada kemanisan. Dlm amalan ada nikmat. Sahabat baca quran 30 juz dlm 1 rakaat solat. Buat dakwah dgn kemanisan, solat dgn kemanisan, tilawah dgn kemanisan.

Bila Allah terima amalan kita barulah amalan tersebut dpt bantu kita di kubur, di akhirat. Bukan harta, bukan pangkat. Bila ada dakwah baru hidup amal. Org ygada iman 100% dpt buat amal 100%. Org yg ada iman 50% dpt buat amal 50%. Org yg ada iman 10% dpt buat amal cuma 10%. Org yg tiada kekuatan iman, maka dia tak dpt buat amal walaupun 1%. Allah ikatkan amal dgn iman. Nak tengok org beriman tengok di masjid. Org yg memakmurkan masjid adalah org yg beriman pd Allah dan hari akhirat. Bila lihat lelaki yg berulang alik ke masjid hendaklah naik saksi dia adalah org beriman. Ada hubungan dgn masjid. Ibadat umat ini dibuat di masjid supaya wujud suasana amal. Dgn solat ada azan. Azan adalah dakwah yg sempurna. Dgn ibadat kena ada dakwah. Umat dahulu, ahli ibadat yg mati tak buat dakwah, akan dpt syurga dgn 70 bidadari sahaja. Umat ni yg buat ibadat dgn dakwah, ajak org dtg ke masjid, ajak org solat, ajak keluar 3H, 40H, 4B, buat gasht, duduk taklim, Allah akan bina mahligai dlm syurga. Ada 300,000 pintu. Setiap pintu ada 300,000 bilik. Setiap bilik ada 300,000 katil. Setiap katil ada 300,000 bidadari. Abu bakar bangun berdiri dan tanya ni semua utk siapa? Nabi jawab, utk umatku akhir zaman yg buat ibadat bersama dakwah. Kemuliaan umat ini dgn dakwah. Bukan dgn ibadat.

Nabi adalah muallim. Umat ini diberi fadail dan masail. Ikut cara islam. Kalau ikut cara org lain, Allah tak terima.  Kita kena kasih kpd Nabi dan ikut sunnah Nabi s.a.w, maka kita akan berjaya. Kita kena kasih nabi lebih drp kasih kpd anak, ibubapa dan semua manusia. Sahabat r.a ikut nabi dgn serapat2nya. Nabi s.a.w doa agar Allah jangan azab ummat ini. Allah janji untuk tidak azab ummat ini selagi Nabi ada bersama mereka. Allah juga tidak akan azab ummat ini selagi mereka beristighfar kpd Allah.

Dgn amal dakwah akan dapat 5 perkara: 1. Allah hapus jahil 2. Allah hapus kehinaan 3. Allah hapus ketakutan 4. Allah hapus kemiskinan  5. Allah hapuskan perkauman.       

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir