bayan - maulana yusuf (anak maulanan umar palanpuri)

30/05/2015 - sri petaling
jemaah masturat india

Setiap manusia berusaha dan dari usaha tersebut manusia nak kejayaan dlm kehidupan
Dgn usaha tersebut harta bertambah tapi ketenangan makin lama makin hilang dari kehidupan
Manusia dibelenggu dgn pelbagai masalah. Manusia dlm kekecewaan. Manusia dlm kegagalan
Apa maksud Allah ciptakan kita?
Allah cipta manusia sebagai ciptaanNya yg terbaik
Allah cipta manusia dgn tanganNya sendiri
Semua makhluk yg lain Allah cipta dgn ‘kun’..’fayakun’
Pertama sekali kita kena faham apa itu kejayaan dan apa itu kegagalan
Kejayaan yg difahami oleh org dunia ialah sangat terhad. Bila mati semua akan habis.
Kejayaan yg sebenarnya, kejayaan yg hakiki hanya dlm agama
ikut undang2 Allah. Allah akan letak dia di puncak kejayaan dan akan jadi asbab hidayat utk org lain.
Janji Allah adalah hak. Jgn berpaling dari Allah
Jgn tertipu dgn kenikmatan dunia. Kejayaan dunia hanya sementara
Org beriman adalah jantung pd alam ini
Semua makhluk dicipta utk bekhidmat pd manusia
Manusia diciptakan utk akhirat
Kita adalah hamba Allah dan umat kpd nabi s.a.w

Surah an nahl ayat 97
lelaki dan wanita yg beriman dan beramal soleh – Allah bagi kehidupan yg baik di dunia dan akan dpt balasan yg baik di akhirat
Ini adalah usul. Ketetapan Allah. siapa sahaja yg ada 2 perkara ini: Iman dan amal maka akan berjaya
Taat perintah Allah dan ikut cara nabi s.a.w – akan dpt kejayaan dunia dan akhirat
Kena amal keseluruhan agama dan bawa agama yg sempurna cara nabi s.a.w baru akan berjaya
Sesiapa yg Allah bagi petunjuk maka Allah akan buka hati dan lapangkan dadanya utk taat perintah Allah
Tapi hari ni org islam tertarik dgn cara org bukan islam
Hari ni org islam yakin dgn cara org bukan islam akan bawa kejayaan, cara makan, cara berpakaian dll
Hari ini org islam tak yakin dgn amal akan bawa kejayaan
Inilah punca musibah yg berlaku di seluruh dunia hari ni
Keputusan Allah berdasarkan amal org islam. Org islam adalah jantung alam ini.
Bila amal org islam rosak maka musibah yg akan turun
Bila amal org islam baik, maka seluruh dunia akan jadi aman dan baik

Kisah di zaman umar khattab r.hu : api yg besar dan marak telah keluar di yaman. Macam2 cara telah dibuat utk padamkan api tersebut tapi tak berjaya. Mereka telah hantar surat kpd umar khattab r.hu. Beliau tak bagi bayan panjang2 tapi cuma bagi jubah yg dia pakai pd utusan dan suruh campak dlm api. Bila campak, api terus padam. Kerana jubah yg dipakai umar ada hubungan dgn hati yg ada hubungan dgn Allah s.w.t. Dgn izin Allah, api pun padam. Inilah hebatnya amalan org islam.

Apa itu iman? Percaya pd yg ghaib. Percaya/yakin apa yg diberitahu oleh Allah dan rasul bulat2 tanpa melihat dgn mata. Inilah keimanan yg perlu diusahakan dlm hati kita

Kisah anak imam ahmad b hambal sakit mata. Dlm hadith ada diberitahu titis air cendawan ke dlm mata  yg sakit utk sembuh. Beliau pun buat dgn niat nak cuba. Nak tengok jadi atau tak jadi. Tapi mata dia tak sihat tapi bertambah merah lagi. Dia pergi mengadu dgn ayahnya. Imam ahmad tanya, ‘masa kamu buat tadi apa niat kamu?’ sepatutnya mata kamu buta sebab kamu tak ada keyakinan pd sabdaan nabi s.a.w. sunnah bukan utk di cuba-cuba.

Hari ni org batil telah berusaha mengalihkan keyakinan kita drp sunnah nabi. Kita telah ambil jln yahudi dan nasrani. Sebab itulah musibah yg dtg menimpa. Tiada bantuan Allah dan tiada rahmat dari Allah. Sebaliknya azab yg dtg. Bantuan dan rahmat Allah akan dtg bila ada keyakinan dlm hati pd Allah dan rasul. 

Hari ni urusan dunia bergerak dgn apa yg mereka nampak. Mereka usaha atas perkara yg nampak.
Sedangkan Allah dan rasul telah gerakkan umat ini utk berusaha atas perkara yg tak nampak.
Iman adalah yakin atas perkara yg ghaib.

Kalau Allah zahir ganjaran setiap amalan, seluruh dunia tak dpt menampung walau 1 ganjaran subhanallah. Ganjaran yg sangat besar. Itu baru 1 subhanallah. Belum lagi kita punya solat, doa, gasht, dakwah, zakat, dll

Bagaimana nak bina iman? Kita kena kembali pd al quran. Iman akan terbina dgn perantaraan dakwah. Cakap tentang mahfum kalimah. Cakap tentang kebesaran Allah. cakap berulang kali. Iman terbina dgn mujahadah, pengorbanan, susah payah.  Barulah iman akan berakar umbi dlm hati kita. Dlm quran, Allah ibaratkan iman umpama pokok. Akar terpasak dgn kukuk dlm bumi. Dahan2 menjulang ke langit.

Tempat iman dlm hati. Bila buat usaha atas iman, maka Allah akan mantapkan iman dlm hati kita.
Bila iman kuat, apa yg berlaku di sekeliling tidak akan memberi kesan.

Surah al maidah ayat 105 :

wahai org2 beriman hendaklah kamu jaga diri kamu masing2. org2 yg sesat tak boleh beri apa2 mudharat pd kamu. Abu bakar siddiq r.hu kata maksud ayat ini bukan kita duduk diam dan ibadat shj. Ayat ini menyuruh kita buat amal makruf  nahi mungkar. Bila buat amal makruf nahi mungkar, dakwah perkara yg hak, cakap tentang iman, maka iman akan jadi mantap. Bila iman mantap maka segala kesesatan org lain tak akan beri mudharat pd kita.

Ambia a.s telah suburkan mukabumi ini dgn iman. Maka rahmat Allah telah dtg mencurah-curah kpd penduduk bumi. Semua nabi2 telah buat usaha yg sama. Mereka telah gunakan istiqdat utk menarik rahmat Allah. nabi2 telah buat usaha atas manusia, bina/baiki iman dan amal.

Nabi s.a.w juga telah buat usaha yg sama. Kita kena keluar di jln Allah utk bina iman kita. Setiap org keluar di jln Allah dgn bawa benih iman dgn harapan Allah s.w.t suburkan iman dia, mantapkan iman, kuatkan iman, sempurnakan iman. Setiap org keluar di jln Allah dgn niat utk baiki iman dan baiki keyakina pd Allah. Sekarang ni bln syaaban dan ramadan adalah masa yg sangat baik utk keluar di jln Allah.

Macam mana nak buat usaha atas iman? Pertama sekali maulana ilyas kata kita keluar dgn sangkaan yg baik pd Allah s.w.t. maka Allah akan buat keputusan yg baik utk kita. Hadith pertama dlm kitab bukhari ialah berkenaan niat. Setiap amal bergantung pd niat.
niat kita semasa keluar di jln Allah ialah utk usaha atas iman dan amal. Kita yg berhajat. Bukan utk org lain. Allah perintah Musa a.s pergi dakwah firaun. Allah bagi bayan hidayat pd musa a.s dan harun a.s. cakap dgn lemah lembut. Jgn kasar. Jgn keras. Allah s.w.t tahu firaun tak akan dpt hidayat tapi masih lagi Allah s.w.t suruh musa a.s pergi dakwah firaun. Pergi dgn niat utk bina iman dan amal kita sendiri.

Apa kita akan dpt bila usaha atas iman? Allah akan bagi syurga yg mengalir di dlmnya 4 jenis sungai. Pd malam mikraj, nabi s.a.w telah ditunjukkan syurga. 4 jenis sungai mengalir tapi tak bercampur. Sg madu, sg susu, sg arak, sg air. Bila ahli syurga nak minum, bila terdetik di hati, terus sg tersebut dtg. Tanpa perlu bergerak. Punca 4 sungai tersebut adalah dari bismillahirrohmanirohim. Setiap umat yg mulakan pekerjaan dgn membaca bismillah…akan dpt minum dari sungai tersebut.

Utk bina iman pd perkara yg ghaib, siapa sedia utk keluar di jln Allah 4B? bangun bagi nama….    

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir