mesyuarat bulanan KL - sifat da'i : ust hazim

03/01/2016 - sri petaling

tuan2 yg mulia,

segala keazaman yg kita buat tidak akan dpt disempurnakan melainkan dgn bantuan Allah. kerja ini berjalan semata-mata dgn bantuan Allah. sangat penting utk menarik bantuan Allah dan Allah kabul usaha kita. bila Allah kabul usaha kita barulah bantuan Allah akan bersama dgn kita dan segala janji2 Allah akan disempurnakan oleh Allah. kalau usaha kita tak diterima walaupun banyak harta dihabiskan, banyak masa di habiskan,  banyak tenaga dihabiskan, satu dunia kita pergi, macam2 usaha dibuat, Allah tak akan jadikannya sebagai asbab hidayat, tidak utk diri kita dan tidak utk umat. Oleh itu, utk usaha kita diterima Allah, kita kena buat usaha ini sungguh2, dgn mujahadah, dgn pengorbanan. Siapa yg mujahadah di jln Allah, Allah akan bagi hidayat. Semua nabi2 buat pengorbanan harta, diri, masa. Bila Allah terima maka jadi asbab hidayat.

Pengorbanan perlu dibuat dgn cara yg betul iaitu dgn cara dan tertib nabi s.a.w. Bukan semua pengorbanan akan diterima Allah. pengorbanan perlu dibuat dgn sifat2 nabi, dgn mizaj nabi, dgn kaifiat nabi, dgn akhlak nabi. sejauh mana usaha kita mirip cara nabi s.a.w, sejauh itulah usaha kita diterima oleh Allah. kalau kita buat usaha ini dgn cara lain, tidak ada janji dari Allah.

Antara sifat yg penting ialah sifat tawadduk. Rendah diri. Dakwah adalah kerja yg besar. Tapi jgn rasa diri kita besar sebab buat kerja yg besar. Kerja ini tinggi, saya rendah. Kerja ini besar, saya kecik. Saya tak ada apa2. jgn ada perasaan saya hebat. Allah sangat2 benci pd org yg ada sifat mcm ni walaupun sikit. Allah haramkan syurga. Dlm hati kita kena ada perasaan sayang, kasih pd semua org. inginkan kebaikan utk semua org. ini sifat yg ada pd nabi s.a.w. Bila kita rendahkan diri semua org akan sayang. Dlm percakapan kita, dlm tingkah laku kita, kena berlemah lembut. Sifat ini kena ada pd setiap rakan seusaha. Kena ada ijtimai qulub. Kesatuan hati. Kalau amalan kita sampai ke arash, buat pengorbanan hebat macam mana pun, tapi kalau tak ada satu hati maka usaha kita Allah tak terima. Allah tak terima usha kita dan tak jadi asbab hidayat. Kena buat usaha dgn kasih sayang, satu hati. Buat usaha dgn lemah lembut. Kalau keras dan kasar, org akan lari. Maafkan mereka. Istighfar utk mereka. Tutup keaiban. Buat usaha dgn mesyuarat. Bantuan Allah bersama dgn jemaah. Jemaah adalah org yg ada satu fikir.  



Surah ali imran ayat 159 - Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka, mohonlah ampun bagi  mereka dan bermesyuaratlah dgn mereka dlm urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kpd Allah. sesungguhnya Allah menyukai org-org yg bertawakkal kpdNya

Kita kena bawa semua org kpd usaha ini. kita kena gerakkan semua org. dlm mahalah kita ada bermacam-macam org. ada yg josh, ada yg slow, ada tua, ada muda, ada kuat, ada lemah, kita menghargai pengorbanan setiap org. mungkin dia bagi masa ½ jam tu lebih berharga dari pengorbanan yg kita bagi 8 jam. Kita tak nampak, mungkin anak dia sakit, isteri sakit, anak kecik. Satu masa nanti mungkin dia akan bagi masa lebih dari kita. hatta dgn org kafir pun kita tak boleh pandang rendah, takut satu masa nanti Allah bagi hidayat pd dia dan dia mati sebagai org beriman dan Allah cabut iman dari kita dan mati sebagai kufur. Kena ada perasan kasih sayang. Inginkan kebaikan/’annasihah’ utk semua org. kita bukan menghukum, kita bukan bagi arahan, kita tak bagi fatwa.

Maafkan org yg buat kesalahan. Kita bukan malaikat. Pasti buat salah. Kena ada sifat minta maaf dan memaafkan. Kalau org buat salah jgn terus hukum, jgn sebarkan keaiban, jgn cerita pd org. tutup keburukan. Kalau cakap, keburukan akan tersebar. Kisah umar khattab dan aslam, hamban beliau. Satu malam, dengar suara org menyanyi. Umar terus lompat dinding dan masuk ke rumah tersebut. Ada sorang tua mabuk sedang mendengar seorang hamba perempuan menyanyi. Umar marah dia. Tapi dia kata pd umar aku buat 1 kesalahan, kau buat 3 kesalahan. Masuk rumah tanpa izin, cari keburukan org islam, masuk ikut dinding. Umar terus menangis dan tinggalkan org tua tersebut. lama org tua tu tak dtg ke majlis sayyidina umar. Dia malu. Setelah sekian lama, dia dtg, sayyidina umar suruh dia dtg ke depan. Org tua tu bisik pd umar, sejak dari mlm tersebut aku dah bertaubat tak minum lagi. Umar juga bisik pd telinga dia, sejak dari mlm tu aku tak pernah cerita pd sesiapa pun hatta pd aslam juga tak dicerita. Begitu sekali umar tutup keaiban. Bila tutup keaiban, Allah bagi taufik pd org yg buat dosa utk bertaubat. Kita minta istighfar utk mereka. Kita lupakan kesalahan. Bersihkan hati.

Nabi s.a.w kata 3 kali berturut-turut saad bin abi waqqas adalah ahli syurga. Sehingga abdullah b amr b as nak tahu apa yg menyebabkan nabi kata macam tu. Dia tidur 3 malam di rumah saad nak tengok apa amalannya yg hebat. Tiada apa2 amalan yg hebat. Cuma setiap malam sebelum tidur aku pastikan hati aku ni bersih dari perasaan tak baik pd org. satu org yg tutup aib org didunia, Allah akan tutup aib dia di akhirat. Satu org yg maafkan org lain di dunia, Allah akan maafkan dia di akhirat. Kita tengok keaiban diri sendiri.

Bila nabi balik dari taif, nabi doa pd Allah, tentang kelemahan diri. Saya lemah, usaha saya lemah. Cerita kelemahan pd Allah. nabi tak salahkan org taif. Sifat yg perlu ada pd seorang da’i iaitu inginkan kebaikan. Maulana umar palanpuri kata, Allah akan ambil kerja dari mereka yg ada hati yg mirip dgn hati para nabi. sentiasa inginkan kebaikan utk umat. Buat hubungan dgn org yg putuskan hubungan dgn kamu. Maafkan org yg menzalimi kamu. buat baik pd org yg buat jahat pd kamu.        

Sifat sabar dan tahamul. Dari hari pertama kita mula jejak kaki dlm usaha ini sampai mati akan penuh dgn ujian. Ujian dtg dari segenap arah. Ujian paling besar dari rakan seusaha. Dgn sifat sabar dan tahamul akan istiqamah dlm usaha ini sampai kiamat. Setiap da’i kena ada sifat ini. sabar dan tahamul adalah alamat/tanda kenabian. Lagi banyak org buat jahat/kasar dgn kita lagi banyak kita buat baik dgn dia. Maafkan dia. Jgn mengumpat. jgn cerita keburukan org.

Satu kisah yg telah berlaku pd maulana ilyas rah. beliau telah pergi ke lucknow. Maulana manzor numani dan maulana abul hasan ali nadwi ada di sana. Di sana juga ada satu org ulamak yg besar, yg ternama, yg terkenal, seorang sheikh tarekat nasqhbandi, maulana abdul shakur rah. Beliau seorang ulamak yg senior, jauh lebih tua dari maulana ilyas. Maulana ilyas ajak maulana manzor pergi ziarah maulana abd shakur. Cerita karguzari usaha yg kita buat dan minta doa drp dia. Sambil menyandar dia dengar karguzari maulana ilyas. Dia kata, pd pandangan aku pd zaman ini, Allah nak ambil satu kerja yg sangat besar dari kamu. Aku memberi sokongan sepenuhnya terhadap usaha yg kamu buat. Dia bagi nasihat, kamu kena buat usaha ini dgn penuh hati-hati. Setiap nafas, setiap langkah, setiap percakapan kena dibuat dgn penuh hati-hati. Usaha yg sangat mulia. Buat dgn sungguh-sungguh. Maulana abd shakur bagi syor, aku nak kumpulkan pegawai-pegawai kerajaan, hakim, peguam, menteri, org-org terpengaruh di lucknow kerana lucknow adalah pusat pemerintahan dan minta maulana ilyas bagi penerangan tentang usaha ini. maulana ilyas sedia. Maulana abdul shakur telah mesyuarat dan tetapkan tarikh dan masa utk buat perhimpunan tersebut. Masa yg telah diputuskan ialah 9am. Dia telah suruh khadim dia pergi bagitahu maulana ilyas majlis akan bermula pukul 9am. Tapi si khadim ni tak bagitahu maulana ilyas pukul 9am. Dia fikir org-org besar selalunya tak dtg tepat pd masa. Dia bagitahu maulana ilyas pukul 9.30am. Akan tetapi sebaliknya berlaku kerana org2 di Lucknow kenal siapa maulana abd shakur, dia satu org yg sangat punctual dgn masa/jaga masa dan satu org yg sangat garang berdarah farouqi. Darah sayyidina umar mengalir dlm badan dia. Dia satu org yg sangat tegas. Semua org takut dgn dia. Semua org telah dtg pukul 9am tapi maulana ilyas tak ada dlm majlis. Selepas tunggu lama, maulana abd shakur suruh semua balik. Bila semua dah balik, maulana ilyas sampai tepat pukul 9.30am. Bila nampak sahaja maulana ilyas, tanpa pelawa duduk, sambil berdiri, dia terus marah, dia telah hujani maulana ilyas dgn kata-kata, aku dah pesan dah semalam, kena buat usaha dgn hati-hati, jaga usaha ini betul2, dia marah habis-habisan. Maulana ilyas tunduk dan minta maaf, kami budak-budak selalu buat salah, maafkan saya, itu sahaja yg keluar dari mulut maulana ilyas. Beliau berterusan minta maaf. Maulana manzor numani cuba nak cakap. Bukan salah mereka. Mereka diberitahu pukul 9.30am. tapi maulana ilyas pegang tangan maulana manzor supaya jgn cakap apa-apa, senyap aje. Bila dah reda kemarahan, baru suruh duduk dan bagi nasihat lagi. Dlm perjalanan balik, maulana manzor numani tanya maulana ilyas kenapa tak bagitahu ini bukan salah kita. Khadim dia yg salah. Maulana ilyas kata apa salahnya kalau kita sabar sikit. Dgn sebab kita sabar tadi, kita tak rugi apa-apa, tak berlaku apa-apa kecacatan,  dan satu org hamba Allah selamat dari kena marah. Kalau kita bagitahu perkara sebenar, si khadim akan kena marah, dan kita tak dpt untung apa-apa. Sebab kita sabar, si khadim dpt kesenangan. Itu sikap maulana ilyas rah. Si khadim dah rasa bersalah yg amat sangat. Disebabkan dia satu org wali Allah dah kena marah. Dia rasa serba salah. Dia tunggu peluang sehingga maulana abd shakur dlm keadaan yg sangat gembira, dia bagi tahu saya ada buat satu kesalahan yg besar, tapi saya nak maulana maafkan saya dulu baru saya bagitahu kesalahan saya. Maulana maafkan dia. Hari tu maulana ilyas tak salah dtg pukul 9.30am, saya yg salah sebab suruh dia dtg pukul 9.30am. Bila dengar sahaja perkara yg sebenar, maulana abd shakur terus siapkan bag, naik kereta kuda pergi ke stesen keretapi. Nak keretapi sorang-sorang dari lucknow ke delhi tanpa khadim dan pengiring. 10 jam perjalanan dari lucknow ke delhi. Sampai sahaja depan masjid banglawali, org bagitahu maulana ilyas bahawa maulana abd shakur dtg. Maulana ilyas begitu gembira melompat turun tanpa pakai kasut pergi sambut. Maulana ilyas sendiri yg angkat bag. Maulana abd shakur kata saya tak ada apa-apa urusan di delhi. Saya dtg kesini semata-mata nak jumpa kamu dan minta maaf. Aku telah marah  dan kata macam-macam pd kamu sedangkan kamu tak bersalah, khadim aku yg bersalah. Maulana ilyas terus menangis. Maulana ilyas kata, tuan punya marah itu adalah doa utk saya. Saya tak terasa hati sikit pun. Maulana shakur kata aku nak dengar dari lidah kamu sendiri kamu maafkan aku baru aku akan pergi. Maulana abd shakur kata, kamulah yg benar-benar layak utk buat kerja nabi ni. Dlm diri maulana ilyas ada sifat kesalahan org dia anggap kesalahan dia. Minta maaf bagi pihak org yg buat salah. Inilah sifat yg perlu ada pd setiap org t/jawab. Org yg ada sifat macam ni barulah boleh buat usaha dakwah. Allah akan ambil kerja dari dia.

Kita kena buat usaha dan pengorbanan berserta dgn semua sifat2 ini. barulah Allah terima usaha kita dan jadi asbab hidayat seluruh alam.   

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir