Tongi 2016 - bayan hidayat maulana saad
10/01/2016
Tuan2 yg mulia,
Maulana ilyas rah. kata apa sahaja sifat yg kita hendak
wujudkan dlm diri hendaklah kita tablighkan/dakwahkan sifat tersebut. bila kita
dakwahkan sesuatu amal pd org lain, maka Allah akan wujudkan amal tersebut dlm
diri kita. Kita hendaklah usaha atas iman dgn cara sebagaimana sahabat2 telah
kuatkan iman mereka. Masjid adalah tempat yg paling Allah suka di atas muka
bumi ini. Bawa org ke masjid dan duduk dlm majlis iman. Inilah sebabnya asal
satu org akan dpt tarbiyah dan takluk dgn Allah s.w.t. Minta mereka dtg tunai
ke masjid. Kalau tak dpt tunai, minta mereka dtg waktu lapang mereka. Ribat
bukan hanya menjaga/berkawal sempadan negara islam dari org kafir, bahkan
menunggu solat yg seterusnya, berwuduk dlm keadaan susah, berulang alik ke
masjid adalah juga ribat. Kita hendaklah sediakan org islam utk dtg ke masjid.
Allah berfirman, mereka yg dtg pd Allah berjalan, Allah dtg pdnya berlari.
Hendaklah bagi banyak fadilat/kelebihan ke masjid pd org ramai. Seorang yg
mengangkat kakinya menuju ke masjid utk belajar ilmu atau mengajar ilmu akan
dpt pahala haji yg sempurna. Allah gembira pd orang yg dtg ke masjid selepas
masa yg lama, lebih gembira dari org yg jumpa kawan lama dia.
Nabi s.a.w telah jadikan setiap sahabat org2 masjid. Mereka
selesaikan segala masalah mereka di masjid. Mereka belajar ilmu di masjid.
Kalau ada bala, wabak yg berlaku, mereka segera pergi ke masjid. Sakit pun dtg
ke masjid. Satu ketika api larva telah keluar dari gunung menuju ke madinah,
Umar r.hu terus pergi ke masjid. Di masjid ada tamim dari sedang beramal. Umar
suruh tamim dari selesaikan masalah api tersebut. semua urusan berhubung dgn
masjid. Hari ni hubungan umat dgn masjid hanya solat sahaja. Mereka yg nak
solat dtg masjid dan mereka yg tak solat langsung tak ada hubungan dgn masjid. Semasa
buat usaha rumah ke rumah jgn biarkan masjid kosong. Bergerak rumah ke rumah
dgn kasih sayang dan lemah lembut bawa mereka ke masjid. Pastikan di masjid ada
amal sedang berjalan.. Kita kena keluarkan umat dari suasana yg merosakkan iman
kpd suasana yg membina iman. Org yg memakmurkan rumah Allah tanda dia beriman
pd Allah. kisah thufail dausi yg tak nak dengar dakwah nabi, sumbat kapas di
telinga, tapi disebabkan dia dtg ke masjid Allah ubah hati dia dan dia dengar
bacaan quran nabi s.a.w dan terus dia masuk islam. Dia telah jadi asbab hidayat
bagi 80 keluarga dausi. Cerita kelebihan masjid pd org islam. Maksud kita bawa
org ke masjid utk kuatkan iman.
Bawa manusia ke masjid utk bina hubungan/takluk dgn Allah
s.w.t. Umat telah tinggalkan bercakap tentang Allah, oleh itu hati mereka telah
terkesan selain dari Allah. Maulana yusuf rah. kata, semua maksiat dan
kerosakan yg berlaku dlm umat islam kerana hati mereka terkesan dgn selain dari
Allah. Hati tak terkesan dgn Allah. wahai manusia, semua petani, semua peniaga,
kamu semua adalah lemah dan berhajat pd Allah, yg melakukan segala-galanya
hanya Allah, yg berkuasa hanya Allah. bawa manusia dari suasana luar masjid ke
suasana dlm masjid cerita tentang kebesaran Allah. inilah kerja pertama kita
dlm usaha dakwah. Jumpa setiap org pujuk rayu mereka dan bagitahu semua org
bahawa yg berkuasa hanya Allah dan cara utk dpt dari Allah hanya dgn
perantaraan amal nabi s.a.w. Asas agama adalah iman. Tanpa iman amal tak
diterima, tanpa iman tak ada ikhlasan dlm amal, tanpa iman tak ada istiqamah
dlm amal, tanpa iman janji2 Allah atas sesuatu amal tak dpt disempurnakan oleh Allah.
utk disempurnakan janji2 Allah dan istiqamah dlm agama syarat yg paling penting
ialah iman. Kita kena pergi ke kilang, ke bazar, ke tempat org berseronok,
jumpa org islam pujuk rayu mereka dan bawa ke masjid. Dgn ihtimam, setiap hari
kita lapangkan masa kita pergi rumah ke rumah, pintu ke pintu, lorong ke lorong
jumpa setiap org islam, jgn tinggalkan satu org pun dari pagi sampai ke ptg,
dari ptg sampai ke pagi, sediakan mereka utk bagi masa di masjid. Ada yg bagi masa pagi, ada yg bagi masa
lepas zohor, ada yg bagi masa ptg, ada yg bagi masa lepas isyak, masa lapang org
islam kena bagi di masjid. Supaya masjid kita 24jam hidup dgn amal dakwah.
Hidup dgn amal masjid nabi s.a.w. inilah perkara yg asal dlm usaha kita.
Maulana yusuf rah. kata, ada sahabat yg bagi masa sepanjang
hari, ada yg bagi masa sepanjang malam, ada yg bagi masa separuh hari, ada yg
bagi masa separuh malam, paling kurang mereka bagi 1/3 siang dana 1/3 malam
mereka utk agama. Maksud bagi masa di masjid ialah sedia ambil apa sahaja
takazah agama di masjid. Layan jemaah2 yg dtg. 1/3 ialah 8 jam setiap hari, 10H
setiap bulan, 4B setiap thn. Lapangkan masa utk agama. Allah telah beli seluruh
hidup kita utk syurga. Kita hanya bagi 1/3 sahaja. Kita kena anggap ini satu
kezaliman sebab tak bagi seluruh hidup kita utk agama Allah. kita buat dakwah
sungguh2. cuba selamatkan setiap org dari neraka
dan masukkan dlm syurga. Ini bukan satu usaha yg kecil. Bukan usaha yg sedikit.
Maksud gasht bukan hanya jumpa beberapa org dan balik selesai gasht kita. maksud
gasht ialah jumpa setiap umat nabi s.a.w dan bawa mereka ke jln yg menuju ke
syurga Allah dan selamat dari neraka. Asal usaha ialah nak jumpa setiap org.
banyak mana pun kita bagi masa, masih tak cukup utk takazah ini. setiap org
kena bagi masa. 8 jam adalah termasuk menyempurnakan amal dlm masjid dan
takazah luar masjid. Utk hancurkan segala kebatilan yg ada di luar masjid,
hanya ada satu cara, umat islam kena bagi masa lapang mereka di masjid. Umat
ini buat perkara2 yg rosak/batil pd masa lapang mereka. Masa lapang tersebut
patut digunakan di masjid. Jgn kita pergi jumpa org dan tinggalkan masjid kita
kosong. Kita jumpa org dan bawa mereka ke amal masjid. Kita jumpa org dgn penuh
kasih sayang, dgn penuh lemah lembut. Kita bahagikan jemaah2 kecil dan pergi setiap rumah dan ada
jemaah2 yg akan pergi ke kelab, kedai2, pusat hiburan, dimana sahaja ada org
islam kena bentuk jemaah pergi ke sana . Cari org islam dan keluarkan
mereka dari suasana tersebut dan bawa ke masjid. Satu org yg dtg kpd Allah
berjalan, rahmat Allah akan menujunya berlari. Setiap org islam kena bagi masa
di masjid. Inilah rahsia penyelesaian bagi segala kebatilan.
Syarat
utk kita ambil secara langsung dari kudrat Allah dgn perantaraan amal, kita
kena putuskan harapan kita pd selain dari Allah. bersihkan hati kita dari
keyakinan pd selain dari Allah. utk sempurnakan solat, pertama kita kena usaha
betulkan zahir solat kita. kedua betulkan batin solat yakni solat dgn penuh
tumpuan pd Allah. selesaikan masalah dgn amal. Bawa janji2 Allah atas amal
tersebut
Para sahabat buat pengorbanan utk keluar
di jln Allah, mendahulukan keluar di jln Allah dari segala ibadat yg lain dan
dahulukan keluar di jln Allah dari tinggal di madinah munawwarah. Supaya timbul
kembali dlm hati umat ini jasbah bergerak di jln Allah spt mana jasbah yg ada
dlm hati para sahabat. Hari ni umat sibukkan diri mereka utk kumpul harta benda
dunia kerana kelebihan benda2 tu ada dlm hati mereka. Umat telah lupa utk
bergerak di jln Allah. hadith2 kelebihan keluar di jln Allah perlu dibaca di
rumah2, di masjid2 dan di markaz2.
Apa
yg saya bagitau ini adalah amalan utk dibuat. 5 amal harian kena dibuat di
rumah kita
Semua perkara ni kita kena buat semata2 kerana Allah, utk dpt redo Allah. Amalan yg dibuat bukan kerana Allah akan membawa seseorang itu ke neraka. Dlm hadith nabi, satu org yg buat amalan utk dunia maka dia akan dpt dunia, akhirat tak dpt apa2 pun. Bila Allah gembira dgn sahabat dan bagi dunia pd sahabat, sahabat tak rasa gembira, mereka rasa takut dan risau kerana itu bukan maksud mereka buat amal.Ada
ayat dlm quran bagitau kalau kamu dah dpt balasan di dunia, kamu tak akan dpt
balasan di akhirat. Kerana ayat ini Umar r.hu tak minum air bercampur madu sebab
dia takut di akhirat tak dpt apa2. sentiasa kena tengok niat kita. jgn ada
sikit pun ada keinginan dunia drp amalan yg kita buat. amalan hanya semata2
kerana Allah akan diterima. Bila ada sikit sifat riak nak menunjuk2, nak
pujian, nak penghormatan. Dlm hadith, manusia yg pertama akan di campak masuk
neraka ialah org2 yg syahid, alim dan dermawan. Satu org yg telah korbankan
nyawa di jln Allah, satu org yg habiskan hidup dia utk mengajar agama, satu org
yg korbankan seluruh harta dia utk agama tapi niat mereka tak betul, bukan
kerana Allah, Allah akan mula nyalakan neraka sebab mereka. Mereka akan
dihumban masuk neraka
Kita
sibukkan diri kita dgn 3 amalan. Dakwah, ibadat dan taklim. Ini amalan yg asal
yg kita kena buat. jgn buat perkara yg sia2 semasa keluar di jln Allah. saidina
umar kata, kalau tak ada 3 amalan ini aku tak nak hidup di dunia ni. Bergerak jumpa
manusia buat dakwah di jln Allah, sujud di depan Allah dlm solat dan duduk dlm
majlis taklim. Dlm peperangan uhud, ramai sahabat yg syahid. Jenazah dihantar
ke rumah masing2. satu org ibu sapu tanah di wajah anaknya yg telah syahid dan
berkata berita gembira syurga utk kamu. Nabi kata jgn kamu pasti sangat dia
akan masuk syurga, kerana semasa keluar di jln Allah, dia buat perkara yg sia2,
dia tak akan dpt syurga. Bahaya buat perkara yg sia2 semasa keluar di jln
Allah. kelebihan syahid pun tak akan dpt. Bila keluar di jln Allah dan cakap
dunia, dlm hati kita akan masuk cinta dunia lebih banyak dari semasa kita belum
keluar di jln Allah. jaga lidah dan amalan dari perkara yg sia2
Seluruh agama bergantung pada solat. Siapa yg mendirikan
solat maka dia telah mendirikan seluruh agama. Kita kena tunaikan solat
sebagaimana kita diperintah. Solat adalah tiang agama. Seluruh agama dari segi
muamalat, muasyarat, akhlak, semuanya akan dpt didirikan bila tiang agama
didirikan. Meninggalkan solat adalah kufur. Yg membezakan antara islam dan
kufur ialah solat. Oleh itu, kita kena menunaikan solat dgn sempurna dan ajak
setiap umat utk tunaikan solat dgn sempurna. Ini maksud dakwah illallah. Dakwah
manusia kpd perintah2 Allah. perintah yg paling besr adalah solat. Salah satu
maksud kita keluar di jln Allah utk belajar dan betulkan solat kita. keluar jln
Allah utk sempurnakan iman dan solat. Tak mungkin org islam tinggalkan solat. Ada satu org sahabat solat berjemaah
sebelum dia masuk islam lagi. Org kafir solat boleh berlaku. Tak mungkin org
islam tak solat. Umar r.hu kata org yg tak solat tidak ada bahagian baginya dlm
islam. Hendaklah kita jaga solat kita dan bawa seluruh umat kpd solat. Usaha
utk dptkan kesempurnaan dlm solat. Sejauh mana kesempurnaan dlm solat maka
sejauh itulah kesempurnaan dlm agama kita.
Huzaifah r.hu lihat satu org solat dgn cepat, tak ada
tokmaninah, kalau dia mati dlm keadaan solat macam ni, dia tidak akan
dibangkitkan atas agama yg dibawa oleh nabi muhammad s.a.w. Kena solat
perlahan2. kita tunaikan setiap rukun dgn rasa ketakutan pd Allah kerana
seluruh agama bergantung pd solat. Siapa yg tak luruskan belakang ketika rukuk
dan sujud, Allah tak pandang langsung pd solat dia. Fardu ain atas setiap og
islam utk belajar solat dan sempurnakn solatnya. Kena latih solat supaya dpt
beri tumpuan yg penuh pd Allah. solat adalah mikraj org mukmin. Solat adalah perantaraan
utk hampir pd Allah. seluruh tumpuan dlm solat patut diberi pd Allah. maulana
yusuf rah. kata paling kurang 3 kali dlm rukun yg panjang kita dtgkan dgn
sengaja Allah sedang melihat saya. Kita kena ingat setiap ihtisab yg kita
sedang buat dlm solat. Kita sempurnakan perintah Allah dgn keyakinan pd janji2
Allah. ini dinamakan ihtisab. Satu org yg beramal tanpa berharap pd ganjaran tak
akan dpt ganjaran. Dan kita belajar utk selesaikan masalah kita dgn solat. Apa
sahaja masalah yg kita hadapi kita cuba selesaikan dgn solat. Kita
dahulukan solat. Allah perintah kita dlm quran, minta pertolongan dari Allah
dgn sabar dan solat. Sabar maksudnya kita jauhkan diri kita dari perkara yg
haram dlm perkerjaan, pendapatan, pemerintahan. Kita keluarkan diri kita dari
segala perkara yg haram. Sabar ialah menahan diri dari perkara yg diharamkan
oleh Allah. sabar dulu baru solat. Sebelum solat kena bersihkan muamalat,
pendapatan dari perkara yg haram. Org yg pendapatannya haram, makan makanan yg
haram, pakai pakaian dari sumber yg haram, macam mana Allah nak terima doa. Doa
kamu tak akan didengar oleh Allah. kita kena belajar selesaikan masalah kita
dgn solat.
Satu org sahabat minta kebenaran dari nabi utk pergi ke bahrain utk berniaga, maka nabi suruh dia
solat dulu 2 rakaat baru pergi berniaga. Umat ini kena belajar dahulukan amal
sebelum dari asbab. Bila kita dahulukan amal, Allah akan buka hakikat amal. Bila
kita dahulukan amal Allah boleh pilih samada Allah nak selesaikan masalah kita
dgn asbab atau tanpa asbab. Allah telah bagi pd sahabat dgn asbab yg kecil
Allah bagi banyak pd mereka. Kita kena banyak cerita tentang kisah2 sahabat dan
kisah nabi2. dgn kita banyak cerita bantuan ghaib Allah pd sahabat, maka akan
bertambah dlm hati kita keyakinan pd janji2 Allah bahawa dgn amal semua masalah
akan selesai. Janji Allah bukan khas utk sahabat sahaja, bahkan utk seluruh
umat hingga hari kiamat. Siapa yg buat amal yg sama akan dpt bantuan yg sama.
Allah telah janji utk bantu org2 beriman di dunia dan di akhirat dgn syarat dia
kena buat amal dgn penuh keyakinan pd Allah s.w.t. putuskan harapan kpd selain
dari Allah dan bergantung semata2 pd Allah dgn amalnya.
Setiap ibadat kena buat berasaskan ilmu. tanpa ilmu amal tak
diterima. Sebagaimana pentingnya iman dan solat, begitulah juga pentingnya
ilmu. menuntut ilmu adalah fardu ain atas setiap org islam. Ilmu yg dpt
menunaikan segala yg fardu dan tinggalkan segala yg haram. Menuntut ilmu adalah
fardu ain atas setiap lelaki dan wanita islam. Kena bawa setiap amal dgn ilmu.
fardu ain atas setiap org islam belajar ilmu. ilmu fadail penting, ilmu masail
pun penting. Ilmu fadail akan timbulkan keinginan dlm diri kita utk belajar
ilmu masail. Maksud dari fadail ialah utk perbaharui keyakinan pd janji2 Allah.
nabi buat halaqah iman, cerita pd sahabat tentang janji2 Allah. sahabat buat
amal dgn penuh keyakinan pd janji2 Allah maka Allah sempurnakan segala janjiNya
atas mereka. Inilah maksud dari halaqah iman. Kita perlu setiap hari
menyegarkan keyakinan kita pd janji2 Allah sehingga hati kita berpaling dari
asbab. Satu org tak dpt kekuatan utk tinggalkan kedai dan pergi solat sebab dia
tak ada yakin pd janji Allah. maksud dari halaqah taklim ialah utk bina
keyakinan pd janji2 Allah. sebab tu kena buat taklim di rumah dan di masjid.
Kita kena duduk setiap hari dlm halaqah taklim.
Jemaah yg keluar di jln Allah pagi-petang kena buat taklim.
Taklim pagi ada 3 bahagian. 1. halaqah utk betulkan bacaan quran, kalau fatihah
tak betul solat tak sah. 2. baca kitab muntakhab hadith. 3. muzakarah 6 sifat.
Muzakarah 6 sifat dibuat dibawah sinaran cahaya hadith2 yg ada dlm kitab
muntakhab hadith. Dlm kitab muntakhab hadith juga kena baca kelebihan2 keluar
di jln Allah, adab2 keluar di jln Allah, dan janji2 Allah utk mereka yg buat
usaha di jln Allah. sebelum bayan hidayat utk jemaah keluar perlu baca hadith2
berkaitan kelebihan keluar di jln Allah dan hadith2 yg berkaitan dgn adab2
keluar di jln Allah. baca hadith 6 sifat dari muntakhab hadith supaya setiap
org yg keluar di jln Allah mereka ada jasbah utk buat usaha dgn membawa sifat2
sahabat dlm diri mereka. Kalau tidak mereka akan mengadu tentang amirsab keras,
susah, mujahadah. Kalau satu org yakin dgn janji2 Allah atas kesusahan yg
ditanggung semasa keluar di jln Allah maka mereka tak akan berasa berat
menanggung kesusahan tersebut. pagi baca taklim muntakhab hadith. Begitu juga
bayan hidayat di markaz2 perlu baca hadith dari muntakhab hadith yg berkaitan
dgn kelebihan/fadilat/adab keluar di jln Allah.
Taklim selepas zohor baca kitab fadail amal, fadilat sedekah
dan kemunduran umat islam dan penyelesaianya. Kita baca segala keterangan yg
ditulis oleh maulana zakaria rah. dgn penuh tumpuan. Pada waktu infradi juga
baca kitab2 ini. dan baca kitab hayatus sahabah masa infradi kita. dan kita
bandingkan kehidupan sahabat dgn kehidupan kita.
Amalan abu hurairah r.hu, semasa taklim, buat taklimi gasht,
ajak org di luar masjid dtg ke masjid dan duduk dlm taklim. Taklimi gasht ada
sunnah para sahabat. Mereka yg nak balik buat usaha tempatan kena buat taklim
di masjid dan di rumah dan sediakan setiap org islam utk ambil bahagian dlm
majlis taklim. Kita kena hidupkan amal di rumah. 5 amal rumah kena buat dgn
penuh ihtimam.
1. halaqah quran. perkara yg paling asas dlm amal dirumah
ialah halaqah betulkan bacaan quran. Allah bagitahu dlm quran supaya wanita2
hidupkan halaqah quran di rumah2 mereka. Ini adalah amal yg paling lama dlm
umat ini. Allah turunkan ayat berkenaan wanita. Wanita kena tinggal dlm rumah
dan dlm rumah mereka hidupkan amalan, zikir, baca quran, cerita tentang kudrat
Allah, kerana dgn amal2 ini Allah nak jaga kesucian mereka. Sahabiah tak akan
buat apa2 kerja rumah sebelum baca quran dahulu. Anak2 akan duduk bersama
mereka. Ajar quran pd anak2 mereka. Sibukkan diri mereka dgn amal ini sebelum
buat urusan rumah yg lain.
Umar r.hu pd hari dia telah keluar dari rumahnya utk bunuh
nabi s.a.w., di tengah jln dia dpt tahu adik perempuannya, fatimah khattab
telah masuk islam. Dia pergi rumah adik perempuannya dan pd ketika itu halaqah
quran sedang berjalan di rumahnya. Umar r.hu telah dpt hidayat disitu. Dgn berkat
halaqah membetulkan bacaan quran yg sedang di jlnkan dirumah adik perempuannya.
Jadi, halaqah quran di rumah sangat penting. Wanita yg uzur, tak boleh baca
tapi boleh dengar. Boleh duduk dlm majlis dan dengar. Zaman sahabat, org lelaki
pergi ke masjid belajar 1 ayat quran dan bila balik rumah mereka ajar pd isteri
mereka. Macam itulah kita kena hidupkan halaqah belajar dan mangajar quran di
rumah kita.
2. taklim kitabi. Baca dari kitab fadail amal, fadilat
sedekah dan muntakhab hadith. Baca setiap hari.
3. muzakarah 6 sifat
4. tashkil masturat utk keluar di jln Allah. pujuk rayu
mereka. Sediakan mereka utk keluar di jln Allah. bagitau kelebihan2 keluar di
jln Allah. bagitau kisah2 sahabiah. Satu ketika nabi s.a.w sedang berehat di
rumah ummu haram r.ha. Baginda terbangun dari tidur dan tersenyum. Ummu haram
tanya kenapa tuan tersenyum? Nabi s.a.w kata beliau nampak satu jemaah dari
umat aku sedang keluar di jln Allah, mereka naik kapal, seumpama raja duduk di
atas takhta singgahsana mereka. Maka ummu haram kata tuan doakan supaya saya
ada dlm jemaah tersebut. nabi pun doa utk dia. Kali kedua nabi tidur dan
terjaga dan tersenyum juga. Ummu haram tanya kenapa tersenyum? Nabi s.a.w kata beliau nampak satu jemaah dari
umat aku sedang keluar di jln Allah, mereka naik kapal. Ummu haram minta nabi
doa supaya dia pun ada dlm jemaah kedua tu. Saya nak keluar dgn dua2 jemaah.
Nabi kata kamu hanya bersama jemaah pertama. Kerana dlm jemaah pertama tu, ummu
haram telah keluar di jln Allah dan syahid. Kita kena sediakan wanita dlm rumah
utk keluar di jln Alah. Timbulkan dlm hati mereka keadaan umat, fikir umat,
fikir seluruh alam. Dlm hati wanita pun ada jasbah utk keluar di jln Allah.
5. mesyuarat. Mesyuaratkan amalan satu hari yg nak dibuat
keesokan harinya. Setiap hari ada mesyuarat di rumah kita sebagaimana di masjid
ada mesyuarat harian. Siapa nak baca taklim, siapa akan buat muzakarah 6 sifat,
siapa akan buat pembetulan al quran. Kita putuskan perkara ini dgn mesyuarat.
Taklim masail. Ilmu masail hendaklah kita belajar dari alim
ulamak. Menziarahi ulamak adalah ibadat. Kita kena berhajat pd ulamak dan
madrasah2. madrasah adalah taman2 ulamak. Wujudnya madrasah di tempat tuan2
adalah nikmat Allah yg sangat besar. Ini satu rahmat dari Allah. ziarah alim
ulamak dan minta doa dari mereka. Kita kena anggap keperluan kita utk duduk dlm
majlis2 ulamak. Ilmu masail dan fadail. Kita dapatkan ilmu masail dgn
mendampingi para ulamak dan duduk dlm majlis mereka. Dan ilmu fadail kita duduk
dlm halaqah taklim fadail. Ada 2 jenis ilmu, satu ilmu di lidah
dan satu lagi ilmu dlm hati. Ilmu di lidah akan jadi hujah, dakwaan atas anak
adam di hari kiamat nanti. Ilmu yg ada dlm hati akan menyebabkan dpt amalkan
agama dlm kehidupan dia. Kita kena wujudkan dlm hati kita sifat takut kpd Allah
s.w.t. satu org yg takut pd Allah adalah org yg alim/org yg berilmu. Hanya org
yg berilmu takut pd Allah. org yg tak takut pd Allah maka dia org yg tak berilmu.
Kena jadikan amalan ikut ilmu dan hasilkan ilmu dgn belajar dari alim ulamak.
Segala alat2 moden yg wujud pd zaman sekarang telah menyebabkan kerugian yg
besar pd umat, meyebabkan umat tak pergi jumpa ulamak. Kita telah terkecuali
dari rahmat berjumpa alim ulamak sedangkan satu org yg bergerak pergi jumpa
ulamak malaikat akan hamparkan sayap di bawah kaki2 mereka. Akan dpt ganjaran
yg besar di sisi Allah. dgn perantaraan alatan moden tak akan dpt semua janji2
tersebut. tak dpt kelebihan mendampingi alim ulamak. Ada banyak hadith kelebihan majlis ilmu
dlm muntakhab hadith. Hari ni seluruh dunia tertipu bahawa semua kemahiran
adalah ilmu. ilmu2 dunia adalah funun, kemahiran. Bukan maksud saya tak perlu
belajar ilmu tersebut tapi itu bukan ilmu yg dijanjikan Allah. ilmu yg sebenar
adalah ilmu yg diberi oleh Allah dgn perantaraan nabi s.a.w. Apa yg Allah nak
dari kita. Kita kena bawa seluruh kehidupan kita ikut perintah Alah cara nabi
s.a.w. Hari ni kita tertipu, kita belajar ilmu dunia dan kata saya sedang belajar
ilmu dan segala kelebihan menuntut ilmu tu dia rasa dia pun dapat. Sedangkan
kelebihan2 ilmu hanya utk mereka yg menuntut ilmu agama, ilmu yg dpt membantu
mereka jawab soalan dlm kubur. Siapa tuhan kamu? Apa agama kamu? Siapa lelaki ini?
dgn ilmu kita kenal Allah, kita amal agama, kita kenal rasulullah s.a.w. Inilah
ilmu yg sebenar. Dgn perantaraan usaha dakwah kita nak keluarkan umat dari kejahilan.
Bukan semua pengetahuan adalah ilmu. kita kena fahamkan umat atas perkara ini. ilmu
ialah apa yg Allah dan rasul nak. Pengetahuan2 dunia yg tak ada hubungan dgn
akhirat bukan ilmu.
Tanpa zikir ilmu adalah kegelapan. Cahaya yg diperlukan utk
mangamalkan ilmu akan dpt dgn zikir. Oleh itu kita kena jaga zikir pagi/petang,
300 pagi dan 300 ptg. Tasbihat 100X, selawat 100X, istighfar 100X. dgn keadaan
berwuduk mengadap ke arah kiblat, dgn penuh tumpuan pd Allah. zikir paling
afdal adalah tilawah al quran kerana ia adalah perkataan dari Allah. Saidina
usman kata, kalau hati kamu bersih kamu tidak akan pernah rasa kenyang dari
membaca quran. Maulana ilyas kata, amalan yg paling cepat dekatkan diri
seseorang itu pd Allah ialah baca quran sebelum subuh. Ini adalah amalan
maulana ilyas. Dua amalan malam yg penting, solat tahajjud dan baca quran. 2
amalan ini menyebabkan bantuan Allah dtg cepat pd kita. qiam pd waktu malam dan
baca quran sebelum subuh. Kelebihan quran atas seluruh perkataan2 lain seumpama
kelebihan Allah atas semua makhluk2 yg lain. kita hendaklah sentiasa baca
quran. Hak quran ialah kita baca quran dgn kita memahami al quran apa perintah
Allah dlm quran. Hari ni org islam tak ada keinginan utk memahami al quran.
Mereka baca akhbar2 penipu diseluruh dunia dan faham tapi baca quran tak faham.
Tidak ada khair baca quran tanpa memahami. Dapat pahala tapi kebaikan hanya
akan dpt bila memahami al quran. Kena baca tafsir2 yg sesuai utk memahami al
quran. Dlm quran, banyak ayat2 yg ditujukan pd org beriman lebih drp org bukan
islam. Kena baca terjemahan dan tafsir utk kita faham kehendak Allah dlm quran.
Fitrah manusia akan terkesan dgn sesuatu yg dia faham. Bila baca tak faham,
hati tak akan terkesan. Bila baca dgn memahami quran mudah utk wujud sifat taat
pd Allah, sifat takut pd Allah, kebesaran Allah.
Semua perkara ni kita kena buat semata2 kerana Allah, utk dpt redo Allah. Amalan yg dibuat bukan kerana Allah akan membawa seseorang itu ke neraka. Dlm hadith nabi, satu org yg buat amalan utk dunia maka dia akan dpt dunia, akhirat tak dpt apa2 pun. Bila Allah gembira dgn sahabat dan bagi dunia pd sahabat, sahabat tak rasa gembira, mereka rasa takut dan risau kerana itu bukan maksud mereka buat amal.
Semua amal ibadat akan habis disebabakan hak2 org yg tak
ditunaikan. Sehingga hak2 org yg diambil akan bagi dosa pd org tadi. Pahala dia
habis. dosa org akan di bagi pd dia. Sebab tak tunaikan hak manusia di dunia
dulu. Hak Allah, Allah boleh maafkan siapa yg Dia hendak tapi hak manusia Allah
tak akan maafkan selagi mana manusia tadi tak maafkan. Manusia adalah makhluk
Allah yg paling afdal, yg paling mulia. Satu ekor kambing yg ada tanduk
menanduk kambing yg tak ada tanduk, itu pun Allah akan adili mereka di akhirat
nanti. Mereka akan dihidupkan kembali, bagi tanduk pd kambing yg tak ada tanduk
dan Allah suruh tanduk balik. Binatang pun Allah akan ambil balasan. Apatah
lagi manusia yg semulia2 makhluk. Manusia yg menzalimi manusia yg lain, Allah
pasti akan balas di akhirat nanti. Allah tak maafkan selagi manusia yg dizalimi
tu tak maafkan. Utk itu, kita buat latihan semasa keluar di jln Allah, kita
banyakkan khidmat org. khidmat org yg kita tak kenal. Khidmat adalah utk
tarbiyah diri kita. khidmat org bukan sebab org tu berhajat tapi sebab kita nak
tarbiyah diri kita. kita keluar di jln Allah dgn berbagai org yg kita tak kenal
dan kita khidmat mereka maka Allah akan dtgkan sifat tawadduk dlm diri kita.
Allah akan bagi pd kita kemampuan utk tunaikan hak org. kita kena sentiasa
kedepankan diri kita utk khidmat. Nabi s.a.w semasa dlm safar, nabi bahagi2kan
kerja di kalangan sahabat dan nabi sendiri ambil kerja yg paling susah. Nabi
khidmat cari kayu api di hutan. Siapakah kita nak anggap diri kita tak layak
utk khidmat. Nabi pun khidmat. Kita kena sediakan diri utk khidmat. Khidmat
adalah satu amalan utk tarbiyah diri kita. wujudkan sifat tawadduk dlm diri.
Dlm hadith, ada satu takluk khas antara Allah dan seorang hambaNya selagi dia
tak ambil khidmat dari org. tak minta khidmat dari org.
Dgn pergerakan agama akan hidup diseluruh alam. Jumud atau
tak bergerak bukan sifat org mukmin. Saidina umar kata, wahai org2 arab, hijaz
mukaddas bukanlah tempat tinggal bagi kamu. Saidina umar kata pd penduduk mekah
dan madinah. Sedangkan 2 tempat ini tempat yg suci, banyak kelebihan. Kamu
boleh duduk disini seumpama satu org bawa binatang ternakan utk ragut rumput.
Macam tulah duduk sekejap di mekah dan madinah dan kemudian terus keluar di jln
Allah. bukan utk menetap lama di mekah dan madinah. Ada banyak kelebihan keluar di jln
Allah dlm quran dan hadith. Lebih afdal drp duduk beribadat di haramain dan
syarifain.
Umat kena bergerak ke seluruh alam. Buat usaha di seluruh
alam. Usaha utk selamatkan manusia dari neraka jahannam. t/jawab umat ini. kisah
muaz b jabal r.hu, hari jumaat, umar r.hu tanya muaz kenapa kamu tak keluar
bersama jemaah yg keluar pagi tadi? Muaz kata aku nak solat jumaat di sini.
Umar r.hu ingatkan muaz b jabal, wahai muaz, kamu tak ingat kisah abdullah b
rawahah, dia telah lewat keluar di jln Allah sebab nak solat jumaat di madinah,
di belakang nabi s.a.w, dan apa yg nabi bagitahu dia. Kelebihan keluar di zaman
nabi, kelebihan yg sama keluar di jln Allah di zaman Umar. Tersebarnya amalan
dgn pergerakan. Abdullah rawahah lewat ½ hari, menyebabkan kamu lewat 500 thn
dari dari jemaah kamu. 1 hari di jln Allah bersamaan 1000 thn. Lewat ½ hari
bersamaan dgn 500 thn. Ada org faham dia belanja di jln Allah menyebabkan dia
tak perlu keluar di jln Allah. dlm riwayat yg lain nabi bagitau abdullah
rawahah kalau kamu belanja seluruh harta di seluruh dunia di jln Allah, kamu
tak akan dpt menyamai ganjaran pahala jemaah yg dah keluar ½ hari awal dari
kamu.
Org yg baca 1000 ayat quran di jln Allah, akan tergolong di
kalangan nabiyin, siddiqin, suhadaq dan solihin. Oleh sebab tu semasa keluar di
jln Allah banyakkan baca quran.
Antara mimbar nabi dan kubur nabi adalah raudah. Sahabat nak
beribadat di masjid nabi s.a.w. Satu jemaah sahabat telah diputuskan utk kelur
di jln Allah. mereka bermesyuarat nak bertolak pagi supaya waktu malam tersebut
mereka boleh beribadat di raudah. Nabi kata kenapa tak terus keluar di jln
Allah habiskan mlm kamu di tmn2 syurga. Maulana ilyas kata kamu kena yakin
ketika berada di jln Allah kamu sedang berada di tmn syurga.
Jemaah yg berjalan kaki akan menyejukkan kemurkaan Allah.
diharamkan neraka jahannam atas diri mereka. Menghalang azab Allah. ini semua
ada hadith nabi. jabir r.hu telah baca hadith ni pd satu jemaah yg sedang
bergerak di jln Allah. debu yg kena pd org yg keluar di jln Allah maka haram
api neraka atas nya maka seluruh jemaah yg sedang naik kenderaan turun jln
kaki. Sebab nak dpt kelebihan debu2 tersebut. guna kenderaan hanya setakat perlu
sahaja. Berjalan kaki dan berhenti disetiap kpg dan buat usaha. Kalau tak ada
kpg dan jauh sangat baru naik kenderaan. Setiap jemaah kena buat usaha macam
ni. Dlm quran dan hadith banyak targhib pasal jln kaki. Kita semua kena usaha
utk jln kaki di jln Allah. banyak mana debu yg kena banyak itulah dia akan dpt
kasturi di syurga nanti. Debu2 akan ditukar jadi bedak utk bidadari syurga.
Abu bakar siddiq hantar jemaah usamah b zaid keluar di jln
Allah. usamah kata samada tuan naik kenderaan atau saya jln kaki. Abu bakar
kata setiap langkah yg aku ambil bergerak bersama jemaah kamu Allah akan bagi
ganjaran 700 kebaikan dan ampunkan 700 keburukan.
Dlm hati umat hari ni tak ada kelebihan keluar di jln Allah.
sebab tu kita kena banyak baca hadith2 kelebihan keluar di jln Allah yg ada dlm
muntakhab hadith supaya timbul kembali dlm hati umat ini jasbah/keinginan utk
keluar di jln Allah. selagi mana umat ini tak bergerak ke seluruh alam dgn
membawa jasbah para sahabat, kaifiat para sahabat, tarekat para sahabat, selagi
itu perubahan tak akan berlaku pd alam ini. bukan hanya semata2 kita bergerak
keluar di jln Allah bahkan kita kena bergerak dgn membawa sifat dan mizaj para
sahbat. Mafhum hadith, seluruh org islam seumpama satu anggota badan, mana2
satu bahagian yg sakit, semua anggota lain akan merasainya. Kalau di amerika sana , org islam tidak dpt amal agama
maka org islam di seluruh alam kena rasa risau dan sedih. Abu bakar kata, dia
sanggup kosongkan seluruh madinah. Sahabat tak sanggup lihat kekurangan dlm
agama.
Kita kena taat amir. Perbezaan pendapat ialah perkara yg
telah ada di zaman kenabian, di zaman khilafah. Setiap masa akan ada. Tidak ada
penyelesaian dlm perbezaan pendapat melainkan dgn ketaatan. Oleh itu, siapa
sahaja yg jadi amir jemaah, kita kena taat. Kalau amir perintah utk langgar
perintah Allah, kita tak perlu taat. Tapi dlm amal2 kebaikan wajib kita taat pd
amir. Walaupun amir kita satu org yg fasiq, walaupun dia buat kerja yg haram,
pun kita kena taat pd keputusan dia. Wajib taat perintah amir dlm perkara2 yg
makruf/baik.
Semasa keluar di jln Allah, amalan yg penting ialah infradi
dakwah. Dakwah infradi dlm bus, dlm keretapi, dlm kapalterbang, di mana sahaja
kita berada. Jumpa setiap umat dakwah mereka. Nabi s.a.w tak pernah anggap
sesiapa pun tak layak utk didakwah. Nabi sendiri pergi jumpa umat utk dakwah. Da’i
kena pergi pd umat. Nabi s.a.w sengaja pilih jln yg ada perompak dgn niat utk
dakwah perompak tadi. Sedangkan jln tu jln yg bahaya. Nabi telah dakwah mereka
dan kedua2 perompak masuk islam. Kerja yg asal ialah dakwah infradi. Banyakkan
dakwah infradi dari dakwah ijtimai.
Banyakkan belajar dan mengajar. Duduk 2-2- org belajar.
Belajar quran, surah2 yg kita tak ingat. Doa2. apa sahaja yg kita boleh
belajar.
Bila jumpa org kita bagi salam, perkenalkan diri dan dakwah
dia. Kita kena belajar lihat org islam dgn pandangan mulia dan kasih sayang
bahkan kita kena lihat org islam yg pendosa itu lebih mulia dari
kaabah/baitullah. Satu org islam lebih mulia dari baitullah. Lihat org islam
dgn penuh kebesaran dan kasih sayang. Kena belajar jumpa setiap org islam. Tak
ada satu org pun tertinggal. Maulana ilyas kata, satu org yg sedang solat
sunat, dtg satu org ke masjid, dia nak tinggalkan masjid, maka kena tangguh
solat sunat dan dakwah org itu sebelum dia tinggalkan masjid. Kemudian baru
sempurnakan solat sunat dia. Pentingnya kita dakwah setiap org islam supaya tak
tinggal saru org pun dari didakwah. Pentingnya dakwah hingga solat sunat pun
kena ditangguhkan, apatah lagi perniagaan, kedai, pejabat, lebih2 lagi kita
kena tinggalkan utk dakwah manusia kpd Allah.
Kita buat halaqah taklim. Dlm bas, dlm keretapi, buat taklim
dan ajak org lain. ditempat2 yg kita tak boleh buat taklim ijtimai kita dakwah
secara infardi. Kita buat usaha atas peniaga2. kalau dia ambil usaha dakwah
ini, dia akan safar ke seluruh dunia dan sebarkan dakwah di sana . Kita ikhtilat dan dakwah musafir2
supaya mereka juga dpt sampaikan dakwah di negara mereka. Kena bagitahu setiap
umat bahawa kamu bukan utk diri kamu sendiri tetapi kamu adalah utk setiap
umat. Dlm keretapi atau kenderaan awam, solat berjemaah dan solat secara
berdiri. Tidak sah solat fardu secara duduk.
Kalau boleh solat di stesen keretapi. Kalau tak boleh solat dlm keretapi.
Jgn cakap benda yg sia2. Kemana sahaja ditashkil, dlm
perjalanan sibukkan diri dgn dakwah. Siapa yg keluar dari rumah utk berhijrah
di jln Allah, dia mati dlm perjalanan, di mana dia meninggal, Allah akan
sediakan syurga dari rumah dia ke tempat dia keluar dari sebiji mutiara. Siapa
yg mati di tengah lautan semasa keluar di jln Allah, Allah bagitau pd malaikat maut
kamu jgn cabut nyawa dia, Aku sendiri akan cabut. sakit kepala semasa keluar,
semua dosa2 akan diampunkan spt baru dilahirkan oleh ibunya.
Bila sampai di tempat tashkil, letak barang di satu tempat,
kalau bukan waktu makruh solat tahiyyatul masjid 2 rakaat dan mesyuarat. Kena
ambil berat tentang mesyuarat. Dlm quran, mesyuarat di sebut berserta dgn
solat. Semua kena duduk dlm mesyuarat. Amir ambil syor dari semua ahli jemaah. Apa
sahaja keputusan yg dibuat oleh amir semua ahli jemaah anggap itulah pendapat
dia. Bagi pendapat/syor sebelum amir buat keputusan. Setelah amir buat
keputusan tidak ada syor lain melainkan apa yg diputuskan oleh amir. Kalau kita
ada syor lain setelah amir buat keputusan akan menyebabkan pecah belah. Akan
berlaku perpecahan. Amir ambil syor secara ijtimai. Buat keputusan secara
ijtimai. Apa sahaja keputusan amir semua ahli jemaah kena terima. Selagi amir
tak suruh buat benda2 yg kufur, selagi itulah semua ahli jemaah kena taat
keputusan amir. Sebaik-baiknya bawa org tempatan dlm mesyuarat. Mesyuaratkan
amalan 24 jam.
Gunakan org tempatan utk buat usaha bersama dgn kita.
jadikan mereka sebagai rahabah. Ini juga sunnah nabi s.a.w. Nabi jadikan org
tempatan sebagai rahabah/dalil utk buat usaha. Pergi ke setiap rumah dan jumpa
setiap org. semasa jumpa org kena jaga adab. Jgn berdiri depan pintu. Berdiri
di sebelah kanan atau kiri pintu. Pujuk utk dtg ke masjid. Buat taklim pagi dan
buat taklim petang. hantar 2-2 org pergi buat gasht dan sediakan mereka utk
duduk dlm majlis taklim. Lepas duduk dlm majlis taklim, bagi targhib pd mereka.
Beritahu pd mereka kelebihan keluar di jln Allah s.w.t. Sediakan mereka utk
keluar tunai di jln Allah. dakwah mereka utk keluar 4 bulan di jln Allah. kalau
tak sedia 4 bulan, tashkil 40 hari. Kalau tak sedia 40 hari, tashkil 3 hari.
Sediakan mereka utk keluar tunai di jln Allah. banyakkan cerita tentang keluar
di jln Allah.
Gasht ummumi adalah tulang belakang bagi usaha ini. pergi
rumah ke rumah. Jumpa setiap org islam. Kita duduk di masjid selama mana kita
perlu utk buat usaha jumpa semua org islam. Jgn kita dengar org tempatan kata
duduk 2 hari sahaja. Kita duduk setakat mana kita perlu. 5 amal perlu
dihidupkan di setiap rumah. 5 amal perlu dihidupkan di masjid. Selagi tak hidup
5 amal dan tak dpt keluarkan jemaah 3 hari selagi itulah kita duduk di masjid
tu.
Buat amalan DTI (dakwah/taklim/istiqbal) bersama org
tempatan. Tidak ada usul selama mana nak duduk di satu2 masjid. Buat usaha
sungguh2 sehingga hidup 5 amal dan jemaah tunai dpt dikeluarkan. semasa buat
usaha rumah ke rumah jgn biarkan masjid kita kosong. Istilah yg digunakan ialah
amalan memakmurkan masjid. Dlm quran Allah guna istilah ini. baca hayatus
sahabah macam mana sahabat2 memakmurkan masjid. Di masjid ada majlis iman, ada
halaqah quran, ada pengajian halal dan haram, ada istiqbal/ikram tetamu2 jemaah
yg datang. Hidupkan setiap masjid2 dgn kelas pengajian quran yg dipanggil
maktab.
Menyempurnakan 40H di jln Allah adalah satu perkara yg
penting di kalangan sahabat. Satu jemaah balik sebelum cukup 40H, umar r.hu
marah mereka, kenapa tak sempurnakan 40H baru balik. Satu org sahabi telah
keluar di jln Allah selama 40H, tengah keluar dia balik sekejap ke rumah dia,
maka abu musa ashaari r.hu kata kamu kena start/mula balik 40H kamu. Penting
utk sempurnakan 40H di miqat. Jangka waktu yg ditentukan ini bukanlah
permainan. Ini adalah amalan nabuwwah. Ini adalah amal sahabat. Kita kena buat
usaha yg sama sahabat telah buat. cara sahabat. Sejauh mana usaha kita mirip
usaha sahabat sejauh itulah bantuan Allah akan dtg pd kita.
Seluruh umat kena istighfar pd Allah sehingga ke hari ni
kita belum jadikan usaha ini sebagai maksud hidup saya. Ini adalah kesalahan yg
paling besar. Kita kena azam/niat jadikan usaha ini sebagai maksud hidup.
Utamakan takazah usaha ini atas segala takazah yg lain. ini adalah masalah diri
dan seluruh umat. Bawa agama sempurna dlm diri dan bawa umat kpd agama yg
sempurna. Ini bukan t/jawab infradi bahkan t/jawab ijtimai. Seluruh umat
bertanggungjawab atas setiap umat. t/jawab setiap ahli jemaah utk sediakan org
baru utk keluar di jln Allah. setiap org islam kena keluar 3 hari. Inilah usaha
masjid. Setiap umat jadi da’i.
Penerimaan dari Allah ialah dgn perantaraan amal berdoa
waktu malam. Nabi2 buat usaha sepanjang hari dan malam mereka berdiri menangis
dan berdoa kpd Allah minta qabuliyah dari Allah. mereka habiskan sepanjang
malam dgn sujud. Pd malam peperangan badar nabi telah sujud sepanjang malam dan
berdoa pd Allah, ya Allah jika Engkau biarkan jemaah ini dihancurkan tak ada
sesiapa lagi akan menyembah Mu di mukabumi ini. Penting utk berdoa supaya Allah
ambil kerja dari kita dan ambil kerja dari umat ini sebagaimana yg Allah
kehendaki. Kalau tak jaga doa malam, ini bukan dakwah. Dakwah di siang hari
beserta dgn doa di mlm hari. Di mlm hari, dgn penuh rasa rendah diri, nafikan
usaha kita di depan Allah. nabi balik dari taif, nabi tak mengadu apa yg
penduduk taif buat pd dia tapi baginda megadu kelemahan diri sendiri pd Allah. kita
kena mengaku kelemahan diri di depan Allah. Ya Allah, Engkau gunakanlah kami
sebagaimana yg Engkau kehendaki utk sebarkan hidayat di seluruh alam. Ya Allah,
Engkau pimpinlah kami sebagaimana yg Engkau kehendaki utk sebarkan hidayat di
seluruh alam. Kita minta maghfirah/keampunan dan hidayat dari Allah.
Comments
Post a Comment