Tongi 2016 - bayan maghrib maulana saad
09/01/2016
Tuan2 yg mulia,
Kehinaan, kerugian, kebinasaan harta dan nyawa umat ini dan
kejatuhan umat ini dari maqamnya kerana umat ini telah meninggalkan dakwah
illallah. Kemuliaan, keafdalan umat ini terletak sejauh mana umat ini jadi
sebaik umat dan utk jadi sebaik umat syaratnya ialah dakwah illallah. Umat
telah lupa akan maksud dakwah illallah. Kita kena faham betul2. apa yg
dikatakan dakwah? Dakwah ialah usaha mengamalkan agama secara amali dlm kehidupan
sendiri dan mengajak manusia kpd perkara tersebut dgn membawa
cara/sifat/mizaj/kaifiat usaha yg telah dibawa oleh nabi dan para sahabat.
Inilah yg dikatakan dakwah. Dakwah bukan hanya semata2 menyampaikan agama dgn
cara2 semasa yg ada pd waktu ini. dakwah ialah menyampaikan agama dgn cara nabi
dan para sahabat. Jika umat tidak buat usaha dakwah sebagaimana nabi dan
sahabat telah buat maka segala janji/bantuan Allah yg sepatutnya mereka dpt tidak
akan dpt dpt dan tarbiyah/islah/hidayat yg sahabat2 telah dapat pun umat ini
tidak akan dpt. Ini kata2 maulana ilyas rah. Khulasah dakwah ialah dgn diri
kita sendiri kita pergi jumpa umat sorang demi sorang mengajak mereka kpd
kebaikan dan cegah mereka dari kemungkaran. Utk buat kerja ini tidak ada ganti
diri manusia. Jika buat usaha dgn meggunakan alat2 penyebaran maka hendaklah
kamu ingat diri kamu sendiri tak akan timbul keinginan utk buat baik dan tak
akan timbul kebencian utk buat maksiat. Bila usaha yg dibuat tak memberi kesan
pd diri sendiri apakah ianya akan kesan pd org lain? tak mungkin. Oleh itu,
perkara yg asas ialah bawa usaha ke arah sunnah dan sirah. Sejauhmana usaha
kita hampir kpd sunnah dan sirah maka sejauh itulah usaha ini akan diterima
oleh Allah dan akan dpt bantuan/hidayat dari Allah s.w.t. Kalau kita cuba
sampaikan agama dgn cara lain selain dari cara para sahabat, maka usaha
sedemikian sekali2 tak akan melepaskan kita dari t/jawab di depan Allah dan
usaha itu tak akan dpt menyempurnakan hujah kita di depan Allah s.w.t.
Allah telah perintah pd nabi s.a.w supaya nabi sendiri
menyampaikan perintah Allah pd manusia. Wahai rasul, sampaikanlah segala apa yg
telah diturunkan oleh Allah, jika kamu tidak melakukan demikian maka kamu tidak
menyampaikan risalah tuhan kamu. Nabi berharap beliau disyahidkan berkali2 di
jln Allah. kenapa nabi cakap demikian? Kerana nabi nak bagitahu utk sampaikan
agama aku sendiri kena buat. tidak ada ganti bagi diri. Setiap individu umat
dpt gunakan diri sendiri utk usaha agama. Selagi tak guna diri sendiri maka
mereka belum lagi buat usaha. Bila diri sendiri tak buat kerja, maka diri
sendiri tak dpt hidayat. Juhud ialah kita guna diri kita sendiri. Tanpa juhud
tidak ada hidayat. Allah janji hidayat atas usaha dan mujahadah yg dibuat
dijlnNya. Bukan semata2 buat usaha tetapi buat usaha dgn cara nabi dan sahabat.
Kenapa umat tak istiqamah atas agama? Bila dtg suasana agama
terkorban. Pemerintah/undang2 halang utk amal agama. Umat tak dpt bantuan ghaib
dari Allah utk amal agama sebab tak buat usaha cara nabi dan sahabat. Allah
telah terang dgn jelas dlm quran, tiada siapa yg lebih baik/mantap/kukuh
agamanya drp org yg dia sendiri amal agama dan ajak org lain pd agama.
Istifaham inkari. Satu bentuk pertanyaan tapi maksud penafian. Tiada org yg
lebih kuat agamanya drp satu org yg mengajak manusia pd Allah disamping itu dia
sendiri amalkan agama. Tiada siapa dpt menhalang mereka dari amalkan agama.
Tidak pemerintah. Tidak undang2.
kisah
abdullah huzaifah r.hu yg tak sanggup tinggalkan agama walau sekelip mata. Jemaah
beliau telah buat usaha di rom. Raja rom telah tangkap mereka dan masukkan
mereka dlm penjara dan dakwah mereka supaya masuk kristian, murtad. Akidah umat
ini, ibadah, muasyarat, akhlak umat ini akan terpelihara/kekal/terjaga dgn
syarat selagi umat ini buat dakwah kpd agama. Kalau tak buat dakwah ajak
manusia kpd agama maka umat akan terkesan dgn dakwah batil. Tak dpt melawan
dakwah batil. Menyebabkan umat akan pergi kpd cara hidup lain. raja rom offer
separuh kerajaan jika tinggalkan islam dan masuk kristian. Abdullah huzaifah
kata kalau kamu bagi seluruh kerajaan rom dan seluruh kerajaan arab pun aku tak
akan tinggalkan islam walaupun utk sekelip mata. Siapa yg boleh cakap macam ni?
Inilah yg dikatakan bantuan ghaib Allah. bantuan ini akan dtg dgn perantaraan
dakwah illallah bila sorang da’i mengajak manusia kpd Allah dgn cara yg betul.
Umat ini akan hilang kegerunannya bila tinggalkan dakwah illallah. Dia sendiri
tak dpt kekal dlm agama dan kaum yg lain tak gerun pd mereka. Raja rom nak
bunuh abdullah huzaifah. Bila ada cinta/sayang pd agama maka sanggup korbankan
nyawa utk agama. Ini mizaj sahabat. Sanggup korban darah utk agama. Perniagaan
yg sangat menguntungkan. Allah puji dlm quran mereka yg korban nyawa dan harta
utk agama. Tarbiyah/hidayat/bantuan ghaib dari Allah adalah dlm dakwah. Buat
dakwah cara nabi dan sahabat.
Siapa yg bermujahadah di jln Allah, akan dpt hidayat. Janji
hidayat ialah dlm usaha. Apa maksud usaha? Usaha ialah satu org guna harta,
diri bergerak di jln Allah, pergi jumpa manusia, mengajak manusia kpd Allah dgn
cara yg dibuat oleh nabi dan para
sahabat.
Nabi hantar jemaah utk dakwah. Bersama dgn jemaah tersebut
nabi bagi surat . Nabi telah hantar surat kpd kisra. Jemaah telah bawa surat nabi. kisra telah koyak surat tersebut. nabi kata, dia bukan
koyak surat bahkan dia telah koyakkan kerajaan dia sendiri. Utk
sampaikan agama pd umat kena bergerak. Kalau tak bergerak, umat ini tak akan
dpt bantuan yg sama sptmana bantuan yg turun kpd sahabat. Ini kata2 maulana
ilyas rah. Org yg amalkan agama utk diri sendiri sahaja bukan pembantu agama
Allah. pembantu agama Allah ialah mereka yg berusaha utk bawa manusia pd agama.
Inilah yg dikatakan org ansar, pembantu agama Allah. Bantuan Allah bersama dgn
org yg membantu agama Allah. Kesan sebab koyak surat dan kerajaan kisra hancur, kesan
ini hanya semata2 amalan dakwah dan ibadat yg telah dilakukan oleh mereka yg
telah sampaikan surat itu. Ini kita kena faham. Kenapa Allah hancurkan
kerajaan kisra? Kerana amal dakwah dan ibadat yg dilakukan semasa menyampaikan surat itu. Dgn sampaikan agama dgn
alatan, hanya maklumat tersebar tapi agama tak tersebar. Islam tersebar di
kalangan manusia bila org islam bergerak di kalangan manusia dgn membawa islam
secara amali dlm kehidupan. Dakwah dibuat cara sahabat pasti jadi asbab hidayat
diri kita dan umat.
Tuntutan pertama dlm usaha dakwah ini ialah mengubah yakin.
Perkara pertama yg semua nabi2 buat ialah dakwah umat mereka kpd
lailahaillallah. Perkara pertama ialah membetulkan akidah. Menafikan selain
dari Allah. isbatkan sifat2 Allah. mentaati segala perintah dan hukum Allah.
menyakini segala sifat2 Allah. hari ni org islam faham beriman itu utk org
bukan islam. Org islam kata aku dah beriman buat apa lagi nak beriman. Org yg
tinggalkan kekufuran dan dtg kpd islam ini dinamakan memeluk agama islam.
Perintah utk beriman ialah utk org islam. Wahai mereka yg beriman, berimanlah
kamu. Maksudnya ialah wahai org yg telah beriman hendaklah sentiasa taat segala
perintah Allah dan rasul. Secara istiqamah/berterusan mentaati perintah Allah
dan rasul. Umat ini hendaklah mentajdidkan, memperbaharui iman mereka
sebagaimana cara para sahabat. Perintah utk menyempurnakan iman. Bagaimana nak
sempurnakan perintah ini? sahabat telah sempurnakan perintah ini. tunaikan
solat adalah perintah Allah. dlm solat ada banyak hukum dan masail. Dari awal sampai akhir. Ada cara yg khusus. Begitu juga beriman
dgn Allah, merupakan perintah Allah yg besar, adakah tidak ada cara utk
menyempurnakan perintah tersebut. secara jelas kita dpt lihat dlm kehidupan
para sahabat. Kalau tak lihat cara kerja sahabat maka nanti akan buat kerja
macam satu persatuan. Lepas tu bergaduh macam mana cara nak buat kerja. Masing2
ada pendapat sendiri. Mereka akan cuba buat usaha dakwah dgn pengalaman
mereka sendiri.
Utk usaha atas iman, nabi s.a.w telah hubungkan sahabat dgn
masjid. Inilah tempat utk perbaharui iman. Utk jadi hamba Allah, kena dtg ke
rumah Allah. inilah amalan para sahabat. Kena baca hayatus sahabah supaya kita
dpt tahu apa cara usaha para sahabat. Dlm hayatus sahabah, permulaan jilid yg
ke-3, maulana yusuf tulis satu bab mengenai majilisul iman. Abdullah b rawahah,
muaz b jabal, umar khattab, ubay b kaab, abu hurairah, ni semua sahabat yg
besar, amalan mereka ialah ajak org lain, mari kita duduk sebentar utk beriman.
Ada org suruh maulana yusuf tulis
berkenaan usul tabligh. Maulana yusuf kata aku bukan contoh/ikutan dlm usaha
ini. aku tulis hayatus sahabh supaya umat buat usaha sebagaimana sahabat buat
usaha. Aku tak nak apa2 melalui usaha ini melainkan supaya umat dpt
dikembalikan kpd tahap agama yg sama spt tahap agama yg ditinggalkan oleh nabi
s.a.w.
Umar r.hu kata, ijlis
bina nuk min sa atan, mari kita duduk dan beriman buat seketika. Tempat
perbaharui iman ialah di dlm masjid. Kerja yg pertama melalui perantaraan usaha
dakwah ini ialah utk betulkan yakin kita. kita kena duduk dan dengar tentang
percakapan iman, tentang mughibat. Hari ni hati kita terkesan dgn ghairullah.
Segala maksiat/dosa dan kekuasaan batil yg telah menguasai umat hari ni ialah
kerana hati umat ini terkesan dgn selain dari Allah. maksud kita buat gasht
ialah utk keluarkan umat ini dari terkesan selain dari Allah. Imam bukhari rah.
telah sabit dgn perantaraan amalan muaz b jabal, bahawa iman akan meningkat dgn
majlis2 iman. Jgn tinggalkan masjid kosong semasa buat gasht/mulakhat, jumpa
manusia, utk keluarkan manusia drp keyakinan asbab2 yg ada di sekeliling
mereka, bawa mereka ke masjid. Selagi umat tak tinggalkan suasana tersebut dan
dtg kpd suasana iman, selagi itulah iman umat tak dpt dibentuk. Mereka tak akan
faham kufur dan syirik.
Sebelum
masuk islam, sahabat ingat kufur itu hak, syirik itu hak. Abu jahal berdoa, ya
Allah, antara aku dan muhammad, siapa yg berada dlm kebenaran/hak, kekalkan
dia, yg bukan atas hak binasakan dia. Abu jahal doa macam ni. Dia yakin apa yg
dia buat tu hak. Umat tak akan faham kebatilan, kufur dan syirik selagi umat
tidak dtg kpd islam dan iman. Oleh itu kena keluarkan umat dari suasana batil
dan bawa ke suasana masjid supaya umat dpt yakin kpd perkara yg ghaib. Hari ni
umat yakin pd perkara yg dah ada, benda yg dpt lihat dgn mata, tak yakin pd
benda ghaib. Kena bawa umat ke suasana masjid dan perdengarkan pd mereka
perkara mughibat. Bentuk keyakinan pd perkara mughibat/ghaib
Zat yg melakukan segala-galanya adalah Allah. semua asbab2
yg ada di alam ini jgn sekali-kali dijadikan perantaraan utk ambil faedah dari
kudrat Allah. syarat utk kita ambil faedah dari kudrat Allah ialah kita kena
keluarkan keyakinan semua makhluk drp hati kita. hari ni kita buat usaha atas
asbab, kemudian utk dpt kejayaan kita kedepankan asbab yg kita dah usaha.
Peniaga usaha atas perniagaannya, petani usaha atas pertaniannya, pemerintah
usaha atas pemerintahannya, kemudian jadikan usaha atas asbab tadi utk dpt
kejayaan dari Allah. ini yakin yg salah. Hari ni kita buat usaha agama sampai
ke tahap keyakinan usaha atas asbab dan Allah bagi kejayaan. Ini salah.
Keyakinan macam ni org musyrik pun buat. satu org lelaki dari bumi syanuah,
nama Dhimad, dia telah dtg ke mekah, dia dpt tahu pasal nabi s.a.w mengajak
manusia kpd tuhan yg satu. Maka org kafir quraish bagitahu pd dhimad, dia telah
pecah belahkan kami. Dhimad kata, saya boleh ubati dia. Bila dia pergi jumpa
nabi s.a.w, dia kata penyakit yg menimpa kamu ni wahai muhammad boleh dirawat.
Sebelum ni pun saya dah rawat ramai org. saya akan usaha tapi syifak/sembuh di
tangan Allah. Dhimad, satu org musyrik boleh kata macam tu.
Tuan2 fikir sekejap. Usaha atas asbab dan harap pd Allah.
usaha atas perniagaan harap pd Allah. usaha atas pertanian harap pd Allah.
usaha atas kerajaan harap kemenangan pd Allah. tuan2 buat keputusan. Apa beza
keyakinan yg ada pd org islam hari ni dgn org musyrik tadi? Satu, ambil faedah dari kudrat Allah secara
langsung melalui perantaraan amal. Satu lagi, ambil faedah dari Allah melalui perantaraan
asbab/benda. Dua jln yg berbeza. Melalui usaha atas asbab, mungkin dpt faedah,
sedikit, tak banyak, sementara dan ianya tidak pasti. Tapi bila usaha atas
amal, faedahnya banyak, kekal, dan ianya adalah pasti. Umat akan dpt bantuan
ghaib dari Allah bila umat hari ni buat amal yg sama yg sahabat telah buat dan
dpt bantuan ghaibiah Allah.
Perkara yg sebenar ialah buat usaha atas amal dan harap pd
Allah. seorang sahabat kata dia nak pergi bahrain utk berniga. Nabi suruh solat 2
rakaat dulu kemudian pergi berniaga. Nabi tidak sediakan umat utk yakin atas
asbab bahkan nabi telah sediakan umat utk yakin pd janji Allah dlm amal. Bila
yakin pd amal, maka dlm setiap perkara akan dahulukan amal. Tetapi meninggalkan
asbab atau memberi targhib utk tinggalkan asbab dan mengharap utk dpt bantuan
dari Allah adalah kejahilan, kejahilan, kejahilan. Ini bukan cara nabi2. siapa
yg lebih kuat yakinnya dari abu bakar siddiq r.hu? dia dipanggil as siddiq
kerana dia yakin tanpa fikir panjang segala apa yg diberitahu oleh Allah dan
rasul. Dia adalah siddiq akbar kerana ada 2 peristiwa yg dia percaya tanpa
lihat dan fikir panjang. Pertama, mlm israk mikraj. Ada org islam telah murtad kerana
peristiwa tersebut. abu bakar bila
dengar nabi di mikrajkan terus yakin. Org yg macam ni pun, pd hari pertama
diberi tugas khalifah, dia pikul kain atas bahu pergi ke bazar utk berniaga. Org
ramai tanya, khalifah nak pergi ke mana? Saya nak pergi berniaga. Kamu tak
boleh berniaga sebab kamu khalifah. Saya ada anak, isteri, ada keperluan saya
kena berniaga. Kalau saya ambil upah sebagai khalifah, kat akhirat tak dpt
apa2. satu org yg berkerja dan cari rezeki yg halal utk anak isterinya, dia
akan jumpa Allah dgn wajah yg bercahaya seumpama bulan purnama. Bekerja supaya
tak berharap pd manusia. Satu org yg bekerja utk jadi kaya dan berbangga dgn
harta dia, nak jadi org yg hebat maka Allah akan murka dan marah padanya
walaupun perniagaan tu perniagaan yg halal. Umar bagi syor, kami akan bagi upah
pd kamu sebagai ganti kamu tak berniaga. Bukan upah sebagai khalifah. Apa2
kerja agama e.g khalifah, mengajar, dsbnya tak boleh bayar upah. Upah utk
mereka bukan duit tapi upah mereka ialah syurga. Harta dari baitulmal bukan
gaji sebagai khalifah tapi sebagai ganti bagi perniagaan kamu yg kamu terpaksa
tinggalkan utk buat kerja khalifah.
Jgn sekali-kali kita salah faham. Meninggalkan pekerjaan,
tak kahwin. Ini bukan mujahadah. Ini rahbaniah, kehidupan rahib. Dlm islam
tidak ada rahbaniah. Bila buat usaha agama tanpa kerja dan tanpa ada anak
isteri, buat usaha tanpa mujahadah, bila tiada mujahadah, maka tiada hidayat.
Hidayat akan dpt dgn mujahadah. Dgn kesibukan kita bekerja dan berkeluarga,
kita buat usaha agama. Ini dipanggil mujahadah. Perintah Allah ialah kita yakin
dan berharap hanya pd Allah. gunakan asbab dgn cara yg betul adalah
sunnah.
Kisah 3 org terperangkap dlm gua. Batu besar telah jatuh dan
tutup pintu gua. Ketiga2 mereka berdoa pd Allah. mereka kata tidak ada jln utk
selamat melainkan kita semua kedepankan kpd Allah segala amalan2 yg kita dah
buat semata2 kerana Allah. setiap dari mereka telah kedepankan 3 amalan. 1.
perbuatan baik dlm muamalat 2. perbuatan baik dlm muasyarah 3. perbuatan baik
dlm akhlak. Dgn amalan2 tersebut Allah telah selamatkan mereka tanpa
perantaraan para malaikat dan tanpa asbab duniawi. Mereka berdoa pd Allah dgn
bertawassul dgn amal masing2. Amal yg ikhlas kerana Allah.
Yg pertama, sorang yg ada ibubapa yg tua. Satu hari dia
balik lewat mengembala kambing. Dia tak bagi susu pd sesiapa pun sebelum bagi
minum pd ibubapanya. Hari tu ibubapanya dah tertidur, saya tunggu hingga pagi,
walaupun anak saya menangis nak minum susu, saya tak bagi. Ya Allah, apa yg
saya buat ni semata2 kerana Engkau, maka selamatkanlah kami. Maka Allah telah
gerakkan sedikit batu tersebut. ini kekuatan amal. Dgn perantaraan amal doa pd
Allah. tak minta bantuan malaikat. Malaikat adalah ghairullah. Allah boleh
bantu dgn malaikat dan tanpa malaikat. Ibrahim a.s telah ingkar bantuan para
malaikat. Buat amal kerana Allah, maka t/jawab Allah utk bantu. Jibrail a.s
bawa malaikat yg jaga angin dan air, menunggu perintah dari ibrahim a.s.
maulana yusuf kata, utk dpt faedah secara langsung dari Allah, syaratnya ialah keluarkan
ghairullah dari hati, keluarkan keyakinan selain Allah hatta para malaikat
sekalipun. Allah secara langsung telah bantu ibrahim a.s.
Yg kedua, satu org yg telah buat kebaikan dlm muasyarah. Dia
ada sorang sepupu yg dia kasih. Sepupu tadi dlm keadaan susah dtg nak minta tlg
tapi dia letak syarat kena buat maksiat dgnya. Tapi sepupunya tak nak. Takutlah
pd Allah. maka terus dia tak jadi buat maksiat. Ya Allah, apa yg saya buat ni
semata2 kerana Engkau, maka selamatkanlah kami. Maka Allah telah gerakkan
sedikit batu tersebut. zakir ialah org yg ingat Allah. bukan setakat zikir pagi
dan petang sahaja. Satu org yg zakir ialah bila dia ada peluang utk buat dosa,
tak kira samada dosa besar atau dosa kecil, tiada halangan utk buat dosa, dlm
keadaan macam tu dia ingat pd Allah dan tinggalkan dosa tadi. Inilah sebenarnya
org yg ingat Allah. inilah maksud drp zikir. Satu org yg zikir tapi masih buat
maksiat, sebenarnya dia belum lagi berzikir pd Allah dgn cara yg betul. Walaupun
sepupu perempuan tu dah serah diri, dah ada depan dia, tak ada apa2 halangan
utk buat maksiat, tapi bila disebut ‘ittakillah’,
takutlah pd Allah, dia terus berhenti dari buat dosa. Tapi dia tetap bagi duit
tolong sepupu dia tanpa perlu buat maksiat. Batu dah bergerak tapi belum cukup
utk dpt keluar dari gua. Dlm kisah ini, tak ada disebut pun pasal amal ibadat,
solat, puasa, zakat. Tidak ada amal yg berbentuk ibadat. Hanya amal berbentuk
muasyarat, muamalat dan akhlak. Musibah yg menimpa umat hari ni sebab rosaknya
muamalat, muasyarat dan akhlak mereka. Musibah tersebut tidak akan hilang hanya
dgn amal solat, puasa, zakat, haji umat ini. umat ini kena betulkan muamalat,
muasyarat dan akhlak mereka.
Yg
ketiga, satu org lelaki yg berkerja tapi tak ambil upah. Majikannya telah guna
duit upah tersebut utk kembangkan perniagaannya. Drp duit upah tersebut dia dpt
banyak harta. Satu hari org tu dtg nak minta balik upah yg dia tak ambil dulu.
Majikannya telah bagi semua harta yg dia dpt hasil dari upah tu. Ya Allah, apa
yg saya buat ni semata2 kerana Engkau, maka selamatkanlah kami. Maka Allah
telah gerakkan batu sehingga mereka bertiga dpt keluar dari gua tersebut
Selepas iman dakwah kpd amalan yg fardu. Amalan
fardu yg paling asas adalah solat. Bukan sekadar solat tapi kena usaha utk bina
solat kita. sempurnakan solat kita. ini adalah satu usaha yg sangat panjang.
Kena sempurnakan taharah/kesucian/kebersihan terlebih dahulu utk bina solat.
Utk solat taharah adalah syarat supaya solat kita sempurna. Solat yg dpt cegah
dari kemungkaran. Solat yg dpt mengambil secara langsung dari kudrat Allah.
taharah bukan hanya ada hubungan dgn air dan jasad sahaja. Bahkan taharah juga
berkaitan dgn muamalat kita. air hanya dpt bersihkan kekotoran zahir. Tapi
kekotoran batin tak dpt dibersihkan dgn air. termasuk dlm taharah zahir ialah
kena bersihkan pendapatan kita drp riba, rasuah, dari segala perkara yg haram.
Kita kena bersihkan harta kita dari segala kekotoran ini sebagaimana kita
bersihkan badan kita dari kekotoran. Hari ni manusia langgar perintah Allah dlm
muamalat dan ingat Allah akan maafkan dgn buat amal ibadat. Sekali-kali tidak.
Musibah yg dtg dgn sebab kita langgar perintah Allah dlm muamalat tidak akan
dpt di halang dgn ibadat. Kita kena bersihkan harta dari perkara yg haram. Kita
kena jadikan pendapatan kita ikut perintah Allah. barulah ibadat kita akan
diterima. Bila pendapatan bersih, maka muasyarat dan akhlak akan jadi bersih.
Pendapatan yg. haram akan mengotorkan darah kita. bila darah kotor, akan zahir
amal2 yg rosak dari manusia. Kerosakan yg berlaku atas mukabumi ini disebabkan
oleh amalan org islam itu sendiri. Hari ni manusia nak selesaikan masalah dgn
kebendan. Tapi sebenarnya nak baiki masalah luaran ini ialah dgn baiki amal org
islam. Segala musibah yg dtg dlm perniagaan, pertanian, pemerintahan org2 islam
ialah supaya org islam bertaubat dan kembali rujuk kpd Allah dan betulkan kerosakan dan
maksiat yg mereka buat dlm perkara tersebut
Kuda yg diikat dgn tali pd lehernya dan tali diikat pd besi
yg dicacak pd tanah. Kuda akan bergerak pusing meragut rumput. Bila sampai pd
satu tahap tali akan regang dan tarik kuda supaya tak pergi jauh. Kalau nak
pergi lebih jauh akan disentap oleh tali yg diikat pd leher. Begitulah juga
umat islam yg pergi jauh dari perintah Allah, sampai pd satu had, Allah akan
tarik dgn musibah. Alah akan sentap dgn musibah supaya kembali pd Allah. bila
tak sedar/lupa/leka pergi jauh dari agama Allah, maka akan disentap. Musibah yg
menimpa org islam pd perniagaan, pertanian, pemerintahan mereka kerana mereka
langgar perintah Allah dlm perkara tersebut. salah satu perintah Allah yg
dilanggar ialah riba.
Dakwah adalah utk tarbiyah. Setiap usaha ada maksud. Dgn
dakwah ada peningkatan dlm ibadat, muamalat, muasyarat, akhlak. Kena tengok
pagi & petang. adakah semakin baik atau tidak. Siapa yg ibadatnya tidak
bertambah baik maka dia dlm kemunduran dlm usaha ini. dia tidak meningkat maju
dlm usaha ini. kena perhatikan juga muamalat dan muasyarat. Dakwah ialah kita
kena tunjuk pd umat apa itu muamalat islam, apa itu muasyarat islam, apa itu
akhlak islam. Kita kena amalkan muamalat islam, muasyarat islam, akhlak islam
dlm diri kita dan tunjuk pd umat ini tentang islam. Inilah dakwah yg sebenar.
Inilah islam yg sebenar. Bila org islam tak ada 2 perkara iaitu muamalat dan
akhlak, maka org bukan islam tak akan faham islam.
Kisah amirul mukminin ali b abi talib r.hu dgn satu org
yahudi. Pergaduhan berkaitan dgn satu baju besi. Ali telah pergi ke bazar dan
nampak baju besi kepunyaan dia ada pd seorang yahudi. Ali kata baju besi tu dia
punya. Dia kenal baju besi tu. Satu pihak yahudi dan satu pihak amirul
mukminin/ketua seluruh org islam. Yg mana perintah dia semua org islam kena
taat. Tapi dlm muamalat, kena bawa ke mahkamah, kadi/hakim buat keputusan. Kadi
pd masa tu ialah suresh rah. yg telah dilantik oleh Ali sendiri. Dia tengok
amirul mukminin dtg dia terus bangun tanda hormat pd saidina Ali. Dia suruh Ali
duduk di tempat dia dan dia duduk di bawah. Ali kata baju besi tu dia punya.
Hakim kata tuan kena bawa saksi. Ali bawa hamba sahaya jadi saksi. Hakim kata
hamba tak boleh jadi saksi. Ali bawa anak dia sendiri jadi saksi. Pemuda yg
akan jadi penghulu di syurga. Hakim kata anak tak boleh jadi saksi bagi pihak
bapa. Jadi, hakim buat keputusan baju besi tu milik yahudi. Ali tak dpt baju tu
sebab tak ada saksi. Inilah yg islam ajar pd kita. islam ada di mahkamah, islam
ada di pasar, islam ada dlm pemerintahan. Islam bukan sekadar slogan atau
label. Islama adalah amalan. Amalan org islam tak boleh diganti dgn label,
slogan, tv, suratkhabar dsbnya. Islam tidak akan difahami hanya dgn membaca
buku sahaja.
Bermula dari zaman sahabat hingga kiamat, utk faham islam
kena buat/tengok secara amali. Utk faham muamalat org islam kena buat secara
amali muamalat islam dlm org islam. Hari ni perniagaan di tangan org jahil
manakala kitab pula di tangan ulamak. Ulamak tulis fatwa halal dan haram tapi
sistem perniagaan, bank, kilang, pemerintahan, semua di pegang oleh org jahil.
Ini bukan cara yg dibuat oleh sahabat. Di zaman sahabat, bukan hanya kitab,
quran pun belum ditulis dan dicetak. Tijarah/perniagaan diajar di masjid dan
diamalkan di luar masjid, di pasar, di bazar. Hari ni org mengajar lain, org
meniaga lain. ini tak berlaku di zaman sahabat. Di zaman sahabat, org yg
mengajar tentang muamalat, dia sendiri berniaga cara islam. Selagi tak belajar
berniaga cara islam selagi itu tak dibenarkan berniaga di pasar org islam. Org
islam kena tunjuk apa itu islam dgn amalan mereka. Bukan hanya dgn percakapan
dan tulisan. Tertib sahabat, mereka himpun 3 perkara. Dakwah, taklim dan
tijarah/berniaga. Mereka buat dakwah, mereka belajar agama dan mereka juga
berniaga/bekerja. Dgn cara ini org islam dpt tunjukkan islam secara amali.
Hakim
telah buat keputusan baju besi bukan milik amirul mukminin. Dgn keputusan
tersebut, yahudi tadi telah ucap kalimah syahadah. Masuk islam. Yahudi pun
kata, baju besi ni sebenarnya milik kamu, ia telah terjatuh dan saya ambil.
Kenapa dia masuk islam? Kerana hakim telah buat keputusan bertentangan dgn
saidina Ali walupun Ali yg telah lantik dia jadi hakim. Dia telah buat
keputusan dgn penuh keadilan. Bila muasyarat, muamalat dan akhlak org islam
ikut cara islam yg betul, maka ini sudah cukup utk tersebarnya islam di
kalangan org bukan islam.
Keluar di jln Allah adalah perintah Allah. bergerak di jln
Allah adalah perintah Allah. sebagaimana imaniat, ibadat, muamalat, muasyarat,
akhlak adalah perintah2 Allah. begitu juga bergerak di jln Allah membawa
amalan2 secara amali adalah perintah Allah. hari ni umat tak anggap keluar di
jln Allah sebagai perintah Allah. Allah perintah, infiru, keluarlah kamu di jln Allah dlm keadaan ringan atau berat,
kesempitan atau kelapangan, sihat atau sakit, aman atau ketakutan, sedih atau
gembira, sahabat2 telah keluar di jln Allah dlm setiap keadaan. Perintah
bergerak di jln Allah adalah utk seluruh umat bukan utk jemaah2 tertentu. 100%
umat perlu digerakkan utk agama seumpama air yg mengalir ia akan sentiasa suci
dan menyucikan. Selagi umat ini bergerak, umat akan jadi suci dan jadi asbab
tersebar kesucian di alam ini. ini adalah sunnah yg paling besar. Sunnah yg
agong. Ini adalah t/jawab yg umat ini dpt sebagai penganti nabi s.a.w. Wahai
nabi, bagitahu pd umat, inilah jln aku dan jln mereka2 yg mengikuti ku, jln yg
telah ditentukan oleh Allah s.w.t utk nabi dan pengikut2 nabi, menyeru manusia
kpd Allah. pergi sendiri pd umat dan ajak mereka kpd Allah. Nabi s.a.w pergi
sendiri pd umat dakwah seorang demi seorang pd agama.
Kita
kena banyak membaca dakwah2 infradi nabi s.a.w kerana nusrah ghaib Allah
bersama dgn dakwah infradi. Satu ketika, nabi dakwah satu org badwi, nabi suruh
dia bersaksi bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan muhammad adalah
rasul Allah. Badwi itu tanya siapa boleh jadi saksi dakwaan kamu ini? nabi
kata, dihujung kpg ini ada pokok tamar, ia akan jadi saksi atas kerasulan ku.
Pokok kurma tadi telah bergerak membelah bumi dtg kpd nabi s.a.w dan bersaksi
bahawa baginda adalah pesuruh Allah. bantuan ghaib yg dtg ini jadi asbab umat
masuk islam. Bantuan ghaib ini telah dtg dgn dakwah infradi nabi s.a.w. Seluruh
umat seumpama penumpang bagi satu kapal. Satu org yg buat lubang dlm kapal,
akan menyebabkan kebinasaan semua sekali yg ada dlm kapal. t/jawab dakwah
adalah t/jawab setiap umat. Walaupun dlm kapal ada ahlullah, ahli ibadat, org2
soleh, semua akan tenggelam disebabkan satu org buat lubang. Seluruh umat
bertanggungjawab atas setiap umat supaya tak ada satu org pun yg buat lubang
dlm kapal umat ini. hadith ni bagitahu tentang t/jawab ijtimai umat ini atas
setiap individu umat ini. semua azam jadikan kerja ini maksud hidup dan buat
kerja ni sampai mati. semua kena keluar di jln Allah. kena bergerak di seluruh
dunia. sedia dimana sahaja dihantar, lama mana dihantar, dgn siapa dihantar.
Semua buat keputusan. Semoga Allah maafkan kelalaian kita hingga hari ni.
t/jawab umat ini utk bawa seluruh umat masuk syurga dan selamat dari neraka.
Semua buat tashkil.
MasyaAllah syeikh..terjemah sendiri ke ni..
ReplyDeletesalin je
ReplyDeleteJazakallah atas penulisannya..
ReplyDeleteImam bukhari rah. telah sabit dgn perantaraan amalan muaz b jabal, bahawa iman akan meningkat dgn majlis2 iman.
ReplyDeletesaya tak faham yang ini tuan.. boleh tuan tolong jelaskan..pendapat imam bukhari ke ni? atau imam bukhari yg riwayatkan hadith ni?
hadith sahih dlm kitab bukhari
ReplyDelete