targhib - hj khalid mustafa
Maulana Ubaidullah kata :
Ramai org boleh kata “saya cinta Allah” tapi hanya org yg keluar di jln Allah sahaja boleh kata, “Allah cinta saya”
Allah cinta pd kita 70 kali lebih drp seorang ibu cinta pd anaknya
Nuh a.s - buat usaha selama 950thn - isteri tak ikut, anak tak ikut
Kerana cinta dan sayang, nabi nuh a.s tak pernah murka atau marah pd mereka.
Pujuk rayu mereka sehingga sampai banjir yg besar masih lagi pujuk rayu.
Ibrahim a.s - tinggalkan isteri, tinggalkan anak di pdg pasir. Kerana cinta dan sayang, mohon doa pd Allah supaya selamatkan anak dan isteri dan bagi mereka makanan yg terbaik. Allah ambil tanah drp syam yg subur dan tanah tersebut di tawafkan di baitullah. Tanah tersebut diletakkan di Taif. Buah terbaik drp seluruh buah-buahan yg ada di dunia.
Kerana sayang dan cinta – Allah bagi agama pd kita
Dengan agama dpt selamat drp huru hara dunia
Dengan agama dpt selamat drp azab kubur
Dengan agama dpt selamat drp azab di mahsyar
Dengan agama dpt selamat drp azab neraka
Semua ambia a.s sayang dan cinta pd umatnya. Mereka inginkan kebaikan utk umat. Dlm hati semua nabi dan rasul, ada cinta pd seluruh makhluk umumnya dan manusia khususnya.
Dlm hati sahabat pun ada cinta pd umat. Sahabat cinta pd fakir miskin.
Aishah r.ha – dpt duit satu guni – dibahagikan kesemua sekali – sehingga nak buka puasa pun tak ada apa yg tinggal. Diberi pada org yg perlu atas dasar kasih sayang dan cinta pd umat
Maulana Umar rah. kata:
Allah akan ambil usaha drp org-org yg ada hati yg sama dgn hati para rasul.
Hati yg ingin kebaikan utk seluruh makhluk
Dalam serba-serbi kehidupan kita kena bawa kehidupan nabi s.a.w. Kena bawa semua tingkah laku nabi s.a.w dlm kehidupan dari pagi sampai malam dan dari malam sampai pagi – iman, ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak
Hadrat Bilal r.a doa utk semua org quraish. Situasi dan kondisi doa bilal tak sama dgn doa kita sebab semua org telah seksa beliau, lelaki, wanita, kanak-kanak secara berterusan bergilir-gilir, diheret di atas pdg pasir yg berbatu, diikat tangan dan kaki. Hanya segelintir (5-6 org sahaja) yg tak seksa beliau. Tapi masih lagi bilal doa utk mereka.
Seorang wanita ansar dengar doa yg sama selama 10 thn.
Ya allah – bagilah hidayat pd semua org quraish
Ya allah – selamatkanlah semua org quraish drp neraka
Ya allah – masukanlah semua org quraish dlm syurga
Kerana sayang dan cinta pd umat.
Maulana tariq jamil kata :
2 perkara yg Allah turunkan paling kurang iaitu iman dan akhlak.
Kalau ada kedua-dua – jadi raja di dunia dan raja di akhirat
Bukan Allah tangguhkan hidayat – tapi sebab tingkahlaku/akhlak kita – hidayat tertangguh
Dengan iman dan akhlak – Allah sebarkan hidayat dlm masa yg singkat
Hanya dgn akhlak – hidayat akan tersebar dikalangan org bukan islam
Org bukan islam tak nampak iman kita, tak nampak solat kita, tak nampak puasa kita, tak nampak zakat kita, tak nampak haji kita.
Kena ada rasa cinta dan sedih utk seluruh umat dlm hati kita.
Sebab akhlak tak sempurna maka ada 6 bilion lagi umat yg belum beriman.
Semua itu akan dtg dgn pengorbanan harta dan diri – belanja utk agama
Dgn pengorbanan dpt hidayat
Bila dpt hidayat – dtg amal
Dgn amal – akhlak terbentuk
Dgn akhlak – jadi asbab hidayat
Syarat utk hidayat ialah pengorbanan harta dan diri spt sahabat.
Semua sedia insyaAllah….
Comments
Post a Comment