ijtimak KL 2016 - prof majid bacha

Mesyuarat KL – 03/05/2016 – sri petaling

Betapa besar kerja yg diberi oleh Allah pd kita walaupun kita bukan ahli. Kerja kenabian kena dibuat dgn cara nabi. Perlu dibuat dgn sifat kenabian. Zaman ini adalah zaman kenabian nabi s.a.w hingga hari kiamat, oleh sebab itu usaha kenabian perlu dibuat dgn sifat kenabian, fikir kenabian, etika kenabian. Bila Allah pilih kita utk buat kerja ini, kita mengharap pd Allah agar Allah mengwujudkan segala sifat2 tersebut utk melaksanakan kerja ini. Kita kena terus buat kerja dgn rasa takut dan meminta dari Allah. Kita bertangunjawab utk buat usaha dgn mizaj nabi s.a.w dan bawa org lain juga kpd kerja dan mizaj nabi.

Maulana yusuf kata, kalau kita buat usaha ini dgn betul Allah akan menghindarkan azab yg akan menimpa akan dijauhkan 100 thn ke belakang. Tetapi kalau kita buat usaha nabi dgn menyalahi adab/usul maka 100 thn punya azab akan di dtgkan hari ini. Oleh itu semua kita di 113 halaqah dlm KL kena fikir macam mana usaha ini dpt dibuat dgn cara yg betul. Setiap drp kita akan ditanya di padang mahsyar nanti tentang t/jawab ini. Usaha perlu dibuat dgn pengorbanan dan cara nabi. Jemaah2 yg bergerak juga perlu dipantau supaya mereka buat usaha dgn cara yg betul. Macam mana nak sampaikan cara usaha yg betul? 

Ada 3 cara utk sampaikan :
1.       Mesyuarat/jor bulanan halaqah
2.       Malam markaz
3.       Mesyuarat mingguan halaqah

Dlm jor bulanan halaqah kena ambil karguzari setiap masjid. 2 jenis karguzari.
1.       Karguzari ehwal
2.       Karguzari amal

Ehwal :
Apa kesan jemaah 3 hari keluar di satu2 kawasan. Apa kesan pd org tempatan.
Apa kesan bila buat taklim di rumah.
Apa perubahan yg berlaku bila buat taklim di masjid. Berapa ramai dah dtg kpd syariat.
Kalau ada perubahan yg berlaku dgn sebab amal2 tersebut maka kita sedang buat usaha dgn cara yg betul. Suasana berubah. Kalau tak ada perubahan, maknanya usaha kita tak ada ruh.

Amal :
Bagaimana cara/kaifiat amal dibuat.
Dah bertahun buat usaha, berapa rumah dah buat taklim. Ada tambahan?
Berapa jemaah 3 hari dikeluarkan?
Apa peningkatan dari segi bilangan

Semalam saya ambil karguzari gasht pertama. Saya dapati ada banyak kelemahan.
Di satu mahalah ada 15 org karkun 4B tapi yg dtg buat gasht hanya 5 org.
Org yg dtg ke masjid solat jemaah 50 org. Tapi mereka tak ambil bahagian dlm gasht.

Apa maksud kita buat gasht diantara 2 waktu solat.
Setiap org yg dtg solat sepatutnya ambil bahagian dlm gasht kita.
Gasht bukan utk kumpul org dan bayan sahaja.
Gasht itu sendiri adalah satu amal. Ia adalah maksud. Ia adalah amalan nabi2.
Kita pergi gasht ke rumah org islam, mungkin dia tak tunaikan solat, kita jumpa dgn kasih sayang, lemah lembut, kita pujuk mereka utk dtg ke rumah Allah. Ini adalah satu amal. Bawa mereka kpd amal yg soleh.
Utk dtgkan 6 perkara dlm diri kita ialah melalui ummumi gasht
Bila kita keluar gasht dan buat dakwah, iman akan bertambah. Ia jadi asbab islah diri kita.
Bila kita kata masalah dtg dari Allah dan penyelesaian masalah juga dari Allah, yg buat segala-galanya ialah Allah, dan bila kita amalkan sunnah nabi s.a.w Allah akan selesaikan semua masalah, sebanyak mana kita cakap kebesaran Allah maka sebanyak itulah kebesaran Allah akan masuk dlm hati kita
Walaupun hanya mutakallim sahaja yg cakap kebesaran Allah, tapi yg lain semua dengar, mutakallim umpama lidah, jemaah adalah jasad, semua akan terkesan dan bertambah iman mereka.

Sekiranya kita buat gasht dgn cara yg betul, solat kita akan betul, kita akan dpt nur ilmu, kita akan dpt nur zikir, kita akan dpt akhlak yg mulia, dpt keikhlasan dlm amal dan kita sedia utk korban harta diri utk keluar di jln Allah. Begitu besar faedah buat gasht dgn cara yg betul.

Setiap org berhajat pd gasht. Org lama, org baru, org alim besar sekalipun. Dgn gasht iman akan bertambah. Nabi s.a.w adalah org yg paling mulia, baginda juga pergi ke lorong2 dan jln2 buat gasht. Kita tiru cara nabi, kita akan dibangkit bersama nabi.

Bayan bukan maksud. Bergerak dgn fikir risau nabi s.a.w pergi ke lorong2 adalah maksud. inilah sebenarnya dakwah.
Bila dah dpt org tunai ke masjid, jgn tinggalkan dia.
Buat iklan yg sempurna.. Lepas solat buat bayan
Sediakan org yg kita dpt cash tadi utk buat kerja agama
Kalau ada majlis ilmu. Kita buat bayan di tempat lain. Cth : di ‘car posh’. Supaya org yg kita dpt cash tadi dpt menafaat. Kalau setiap minggu kita dpt 1 org baru, dlm setahun (52 minggu) kita akan dpt 52 org utk buat kerja agama.

Gasht adalah tulang belakang dlm usaha ini
Bila gasht diterima, dakwah kita diterima
Bila dakwah diterima, doa kita diterima
Maka ia akan jadi asbab hidayat
Jgn ambil remeh gasht tempatan. Buat dgn sungguh2.

Ada 4 amalan dlm gasht :
1.       Zikir
2.       Takrir
3.       Istiqbal
4.       Jemaah bergerak diluar

Tidak ada amalan ke-5 iaitu makan. Lepas gasht terus balik dan bagi karguzari pd anak/isteri. supaya fikir/risau tak terganggu dgn makan

Dlm karguzari jor bulanan halaqah, kita tanya semua ketujuh-tujuh amal. 2 gasht, 2 taklim, mesyuarat, 2½ jam dan 3H
Setiap masjid kita tanya semu amal
Tapi secara terperinci kita tanya satu amal setiap masjid
Kemudian bagi targhib supaya usaha dpt ditingkatkan dari segi kuantiti dan kualiti

Taklim adalah satu amal yg besar. Dgn taklim suasana rumah akan berubah.
Kita tanya siapa yg baca
Kitab apa yg dibaca
Berapa lama masa buat taklim
Sebanyak mana kita amalkan adab2 sebanyak itulah kita akan dpt menafaat
Kita targhib supaya mereka yg duduk dlm taklim dpt hidupkan taklim di rumah.

Ada 5 amal taklim di rumah :
1.       Halaqah tajwid
2.       Taklim kitabi
3.       Muzakarah 6 pts
4.       Tashkil
5.       Mesyuarat

Kita kena buat usaha dgn cara yg betul
Jgn buat usaha sebagai adat sahaja

Dlm jor bulanan halaqah, baca hayatus sahabah, oleh ulamak setahun
Kemudian bagi nasihat tentang sifat2 da’i

Halaqah yg besar, kena fikir utk dikecilkan. Jadikan 10-15 masjid sahaja dlm satu halaqah
Halaqah yg kecil senang nak pantau. Senang nak ambil karguzari.
Semua ahli jemaah masjid setiap mahalah kena hadir jor bulanan halaqah

Masjid yg tak ada amal, hantar jemaah 3H, buat 2nd gasht dan buat 2½ jam di sana.
Buat usaha sungguh2 sehingga org disana jadi da’i
Bagi t/jawab pada masjid yg ada 5 amal utk bantu usaha di sana

4 amalan malam markaz :
1.       Targhib dan tashkil utk 4B/40H
2.       Setiap jemaah masjid dtg dgn bedding dan makanan
3.       Bawa jemaah tunai 4B/40H secara masjid
4.       Baca hayatus sahabah oleh ulamak 1 thn

Selepas asar bentuk zihin supaya setiap org jadi da’i
Selepas maghrib targhib utk keluar 4B/40H
Selepas tashkil duduk dlm halaqah masing2
Ambil kehadiran. Berapa dtg. Berapa tak dtg. Bagi t/jawab utk usuli
Bagi takazah utk satu minggu pd setiap masjid utk bawa jemaah tunai
Selepas subuh ada bayan dan tashkil
6 hari kita buat usaha tempatan, hari ke-7 kita bagi masa di markaz
Di markaz ada karguzari seluruh dunia. Kita akan dpt fikir alami
Tashkil alami, takazah alami. Oleh itu fikir setiap karkun akan terbentuk
Org yg tak ada hubungan dgn markaz, fikir dia tak akan berkembang

Kita buat 3 perkara dlm usaha dakwah :
1.       fikir risau
2.       usaha
3.       doa
Dan yg ke-4 Allah akan bagi hidayat

Setiap hari kena dakwah 25 org
Selepas setiap amal kita doa.
Bangun malam solat tahajjud dan doa

Kita adalah umat nabi s.a.w
Baginda adalah imam kita
Sebagaimana niat imam begitulah niat makmum
Kalau imam niat zohor dan kita niat asar, solat kita tak sah
Oleh itu, kita kena fikir yg sama dgn fikir imam
Apa fikir nabi? Setiap org dpt selamat dari neraka dan masuk syurga
Bila kita selalu dtg ke markaz, fikir ini akan dtg dlm diri kita

Mesyuarat mingguan halaqah juga adalah amalan yg penting dan asas dlm usaha.
Urusan mesyuarat satu perkara yg sangat penting
Bila mesyuarat dibuat dgn betul maka semua kerja akan berjalan dgn baik
Dgn mesyuarat dpt satukan hati
Ambil pandangan/syor dari semua org dan jgn kita potong syor org
Bagi takazah pd semua org. Semua org balik dgn takazah.
Tashkil siapa yg sedia nusrah jemaah yg dtg ke tempat kita
Bahagi-bahagikan takazah pd semua org
Bagi targhib dan fadhilat supaya org suka sambut takazah
Ambil karguzari dari mesyuarat yg lepas dan kalau ada kekurangan jgn kita marah. Bagi targhib sahaja.
Takazah yg diambil di jor bulanan halaqah kita bawa ke mesyuarat mingguan halaqah. Kita bahagi-bahagikan kerja uk disempurnakan

Asas kerja adalah fikir dan risau
Kalau kita ada fikir risau, maka kita akan sungguh2 buat usaha
Sebab ada fikir risau pd maulana ilyas maka Allah telah ambil kerja dari beliau
Kita kena risau dan sedih bila tengok org tak solat
Fikir akan wujud bila kita duduk dlm taklim dgn tumpuan. ½ jam taklim masjid. ½ jam taklim rumah
Maulana ilyas sendiri baca taklim secara infradi hingga menangis

Bila buat jor bulanan halaqah, mlm markaz dan mesyuarat mingguan dgn betul, dgn cara nabi dan sahabat, kita mengharapkan Allah akan amkan usaha agama dlm masa yg singkat. 

Waktu malam kena alirkan air mata minta /rayu dgn Allah.


Semua sedia, in sha Allah!

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir