1999 - nasihat : hafiz iqbal & prof halim

sri petaling

Syukur kepada Allah s.w.t kerana walaupun banyak kesilapan dibuat namun Allah s.w.t
masih kekalkan kita dalam usaha ini. Syukur kerana Allah s.w.t tidak menjadikan kita orang
yang melalaikan agama.

Kerja dakwah sangat tinggi dan mulia, pemberian dari Allah s.w.t. Kerja ini sangat halus dan
penuh dengan usul-usul. Kalau dibuat dengan betul akan dapat menafaat yang besar dari Allah
s.w.t. Untuk kerja ini, apa Allah s.w.t beri – kita tidak tertanggung


Ketika haji akhir Maulana Ilyas rah. dan Maulana Yusuf rah., satu hari dalam Masjid Haram, Maulana Ilyas beri dakwah. Satu orang lihat apa yang mereka buat. Maulana Yusuf beri perhatian kepada orang itu tetapi Maulana Ilyas terus beri dakwah sebab waktu beri dakwah Maulana Ilyas akan beri tumpuan pada dakwahnya. Orang yang lihat itu kata, “Kamu teruskan apa yang kamu buat, kalau Allah s.w.t tunjukkan kehebatan usaha ini depan kamu semua, kamu semua akan mati”. Maulana Yusuf cerita pada Maulana Ilyas. Maulana Ilyas kata itu untuk menambahkan kekuatan pada kamu semua untuk terus maju dalam usaha.

Allah s.w.t pelihara tujuh keturunan

Hendaklah buat kerja berterusan sehingga Allah s.w.t terima (kabuliat). Sekarang ini siapa pun tidak boleh kata dia diterima oleh Allah s.w.t. Di akhirat nanti Allah s.w.t tunjukkan jadi asbab orang lain dapat hidayat dari Allah s.w.t kerana memenuhi syarat-syarat Allah s.w.t.

Penuh pengorbanan. Letakkan diri kita dahulu dalam apa juga pengorbanan.

Maulana Yusuf rah. kata orang yang dakwah tetapi apa yang didakwahkan tidak sama maka Allah s.w.t tidak terima.

Kehidupan Islam kena dihidupkan dalam diri kita. Sentiasa kena ada di hadapan kita.

Kerja ini untuk kita. Hidayat untuk orang lain, Allah s.w.t yang beri. Nur hidayat melalui dakwah Allah s.w.t beri kepada sahabat-sahabat kemudian baru Allah s.w.t sebarkan kepada kaum-kaum lain.

Maulana Ilyas rah. kata dai yang sebenar ialah yang letak pengorbanan didepannya. Seperti orang bila bawa pelita, orang lain dapat cahaya, diri sendri tidak dapat ini akan rugi. Letak pengorbanan dengan mesyuarat

Asas agama ialah kehidupan sahabat

3 jenis pengorbanan, bukan keluar sahaja :
  • Pengorbanan diri sendiri - Badar. Allah s.w.t gembira dengan Badar. Allah s.w.t ampunkan dosa yang dahulu dan yang akan datang.
  • Pengorbanan harta – Tabuk (tuntutan harta). Semua sahabat telah korbankan harta. Harta telah jadi timbunan depan Rasulullah s.a.w. Hadzrat Usman r.a korban 1/3 daripada hartanya sehingga Allah s.w.t beritahu korban Usman r.a
  • Pengorbanan perasaan – Hudaibiyah. Apa-apa yang Rasulullah s.a.w suruh buat, hati mahu atau tidak kena ikut. Allah s.w.t kata kemenangan yang nyata.
3 jenis pengorbanan ini akan terus berada dihadapan kita, dengan ini Allah s.w.t majukan kita.

Takazah sekarang ialah perasaan kita. 

Setiap orang lama buat kerja di masjid sendiri untuk korban perasaan. Kerja-kerja tempatan hancur ditangan orang-orang lama. Tidak duduk dalam mesyuarat, tidak buat ta’alim masjid dan ta’alim rumah, tidak keluar 3 hari bersama marhallah mereka

Satu hari pengendali-pengendali kerja dihadapan Hadzratji tanya macam mana hendak keluarkan orang-orang. Hadzratji kata semua kamu kena keluar bersama orang masjidnya.

Sifat ialah hasil dari usaha (hidupkan 5 amalan)

Suasana agama terbentuk dengan kerja tempatan.

Jemaah-jemaah keluar adalah hasil kerja tempatan

Kerja ini ialah amanah yang besar yang diberi oleh Allah s.w.t. Kalau kerja maju, akan dimasukkan ke dalam catatan Allah s.w.t. Kerja turun pun akan di masukkan ke dalam catatan Allah s.w.t. Maulana Ilyas rah. kata kita kena pelihara kerja ini macam kita pelihara anak-anak kita

Kerja agama yang wujud sekarang adalah hasil pengorbanan yang besar.

Untuk bangunkan kerja, orang lama beri tumpuan kerja tempatan. 

Apa-apa yang dibuat rujuk pada eldest

Kalau kita anggap kita tahu itu tanda kehancuran. Kalau ini wujud dalam fikiran ini tanda-tanda kehancuran usaha

Kalau ini yang wujud kita akan terputus dan melencong dari usul, tertib yang sebenar.

Bulan April yang lalu, safar oleh eldest ke negara-negara Afrika.  Bai Wahab dan eldest yang lain kata semua kerja rujuk ke Nizamuddin supaya kerja dibuat dengan satu cara. Jangan anggap kerja di Pakistan kecil, mereka sedang menghantar jemaah ke seluruh dunia. Mereka kata kalau hendak buat sesuatu pun rujuk Nizamuddin.

Untuk pelihara kerja ini, rujuk Sri Petaling. Sri Petaling rujuk Nizamuddin. Syaitan tidak dapat masuk dimana-mana . Jika ada kekurangan syaitan akan menyerang. Akan berlaku pecah belah.

Usaha di rumah kita – Ta’alim rumah. Pintu masuk agama ke rumah kita. Suasana amal akan wujud. Isteri akan bantu dalam kerja. Jika tiada fikir keluarga akan rosakkan kerja ini. Sahabat-sahabat telah usaha atas keluarga mereka. Sahabiah-sahabiah ada jasbah seperti mana sahabat. Di akhirat Allah s.w.t tanya orang yang paling hampir. Allah s.w.t tidak tanya berapa banyak agama hidup tetapi Allah s.w.t tanya apa pengorbanan dibuat untuk bangunkan agama. Nabi-nabi pun fikir atas keluarga. Melalui wanita fikir anak-anak akan diubah.

Jemaah-jemaah yang datang beri nusrah terutama jemaah masturat. Buat kerja dengan usul.

Hasil kerja masturat ialah ta’alim rumah diwujudkan. Ahli rumah mula solat, zikir & sifat-sifat baik. Bila hati mereka berubah, mereka lebih maju dari lelaki. Sahabiah dan sahabat sama-sama telah korban hingga akhir. Wanita mudah menangis. Kalau menangis kerana agama berapa besar rahmat Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda banyak wanita masuk neraka kerana lidah mereka. Maulana Inamul Hassan banyak fikir mengenai usaha-usaha di rumah dan keluarga. Beliau kata lubang-lubang kemungkaran akan ditutup melalui ta’alim fadhail.

Ta’alim di rumah bawa anak-anak kecil sekali.

Lupa keluarga kita adalah satu bahaya besar.

Mufti Zainal Abidin kata dalam hadith Nabi s.a.w ramai orang layak masuk syurga tetapi lupa keluarga di tarik masuk neraka – tumpuan ini amat kurang.

Ramai karkun-karkun lama tinggal usaha kerana keluarga

Bawa ahli keluarga bersama usaha

Sungguh-sungguh dalam perkara ini. Ini satu amanah yang besar.

Mufti Zainal Abidin beritahu bahawa usaha di luar lebih mudah dari usaha tempatan 
(dalam negeri, dalam bandar dan lebih susah ialah dalam marhallah sendiri dimana perlu pengorbanan dan kesabaran dan lebih susah lagi dalam rumah sendiri). 

Sesiapa yang boleh buat kerja-kerja tempatan maka dia boleh buat kerja kerja di luar. Kerja-kerja tempatan memerlukan acuan cara hidup Rasulullah s.a.w.

Baiki dan betulkan hubungan serta rendahkan diri. Rendahkan diri adalah satu perkara yang memang mujahadah dan atas mujahadah inilah Allah s.w.t akan beri hidayat. Kita kena usaha jadikan marhallah kita sebagai contoh untuk orang-orang lain

Usaha bersungguh-sungguh perlu diwujudkan. Tanya orang-orang yang arif, kemudian buat dan minta juga bantuan (doa) dari Allah s.w.t, “Ya Allah, kami sudah buat dan sedang buat, bantulah kami”

Jaga amalan kita supaya menjadi contoh kepada orang lain.

Wujudkan hubungan yang terbaik dengan orang-orang di marhalah kita sehingga orang sayang pada kita.

Kita buat pilihan hendak jumpa orang. Beri penghargaan pada setiap orang, barulah orang akan menghargai kita. Kita berhubung dengan orang mengikut kedudukannya, sehingga orang merasa kita sentiasa bersimpati dengan mereka.

Kerja agama perlu dibuat dengan mesyuarat

Kerja agama adalah tanggungjawab saya dan anggap rakan saya sebagai pembantu usaha agama.

Hargai rakan-rakan kita yang buat usaha agama. Jangan kritik rakan-rakan kita yang kurang bagi masa.

Apa yang kita buat banyak, kita rasa sedikit berbanding dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. Apa yang orang lain buat sedikit, kita anggap banyak berbanding dengan orang yang tidak buat.

Dalam mesyuarat bulanan dan mingguan kena fikir untuk tingkatkan 5 amal

Kita kena usaha atas semua golongan umat

Ijtimai qulub/satu fikir untuk buat sesuatu perkara. Bila keputusan dibuat, Allah s.w.t akan buat keputusan yang sama.

Buangkan sifat assobiyah

Buangkan sifat kibir 

Satu hati, satu fikir, kasih sayang, cara yang betul

Istiqamah dan Istiqlas dalam buat usaha

Jangan sangka buruk, Jangan cari keburukan orang, Jangan cerita keaiban orang

Ummumiyat : secara menyeluruh, jumpa semua orang

Ijtimai fikir : fikir orang mukmin, satu hari akan dimakbulkan

Sabar, taat, buat kerja dengan mesyuarat

Bermesra dengan orang tempatan : ambil hati dapat hari
  
5 amal mesti dimesyuaratkan dalam mesyuarat harian tiap-tiap hari

Buat gasht seperti Nabi s.a.w buat gasht di Taif

Jadikan :
Amalan & akhlak macam Nabi s.a.w
Masjid macam masjid Nabawi
Bandar macam bandar Madinah - 100% hidup suasana agama

jaga akhlak, mua’syarat dan kasih sayang
Sabar, tahamul dan sifat suka memaafkan
jaga amal infardi
Jaga nisab
Tingkatkan korban sehingga 1/3
Sambut takazah
Usaha atas keluarga
Ikhlas, istikhlas dan sahih nasehi (cara kerja yang betul)
Mengganggap saya tidak tahu dalam usaha ini dan niat untuk belajar
Jangan buat perubahan dalam kerja ini.
Taat dan sangka baik
Kehidupan sunnah
Nusrah jemaah
Nusrah keluarga yang ditinggalkan
Maksud hidup, cinta akhirat, hidup sederhana dan doa.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir