Posts

Showing posts from June, 2016

ramadan 1437H

Image
Sayyidina Salman r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan syaaban, "wahai manusia! Telah dtg kpd kamu satu bulan yg agung lagi diberkati. Satu bulan yg pd bulan itu terdapat satu malam (lailatulqadar) yg lebih baik drp seribu bulan. Satu bulan yg Allah s.w.t telah menjadikan puasa pd siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pd malam hari (bertarawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yg cuba menghampiri Allah s.w.t pd bu lan itu dgn mana-mana amalan sunat maka seumpama seseorang yg telah menunaikan satu fardu pd bulan-bulan yg lain dan sesiapa yg menunaikan satu fardu pd bulan itu adalah seumpama seseorang yg menunaikan 70 fardu pd bulan-bulan lain. Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yg ditambahkan rezeki kpd orang-orang yg beriman. Sesiapa yg memberi sesuatu kpd seseorang yg berpuasa utk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan utk dosa-...

mesyuarat malaysia 2000 - bayan subuh maulana saad

mesyuarat malaysia - nizamuddin Tarikh :  07/09/2000 Tuan-tuan yang mulia, Manusia telah jadikan agama mengikut kehendak manusia sendiri, ini bukan cara kejayaan. Kita kena masukkan agama ke dalam diri dengan sempurna. Hari ini, dalam mana-mana satu bahagian agama, kita ubah suai ikut keperluan, kehendak, ikut suka hati kita. Islam adalah kita serahkan diri kita bulat-bulat kepada perintah-perintah Allah s.w.t. Islam akan datang dalam diri kita mengikut iman yang ada pada kita. Bila iman yang sempurna tidak ada, maka Islam yang sempurna pun tidak akan ada dalam diri kita. Islam yang sempurna akan ada dalam diri bila iman yang sempurna datang dalam diri. Iman dapat wujudkan sifat taat dan sifat tunduk kepada Islam dalam diri manusia. Mengikut kelemahan iman, manusia akan hidup bertentangan dengan perintah-perintah Allah s.w.t. Lemahnya iman maka lemahlah amalan seseorang itu untuk ikut perintah-perintah Allah s.w.t. Apa itu iman? Baginda s.a.w bersabda, “Iman adalah ...

mesyuarat malaysia 2000 - bayan maghrib maulana saad

mesyuarat malaysia - nizamuddin Tarikh :  06/09/2000 Tuan-tuan yang mulia, Usaha ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana peribadi. Ia adalah usaha suci murni Nabi s.a.w. Kita buat usaha agama kerana ianya perintah Allah s.w.t. Buat kerja dengan basirah dan dengan basirah akan dapat kefahaman dan istiqamah. Usaha ini adalah untuk islah diri dan hasilnya iman akan meningkat sepertimana peniaga buka kedai untuk dapat untung tetapi di waktu yang sama orang lain juga akan dapat menafaat. Dakwah adalah untuk kebaikan diri. Jika niat buat usaha ini untuk islah orang lain, maka lama-lama orang itu akan bosan. Jika buat usaha untuk islah orang lain, maka 2 perkara akan berlaku iaitu pertama, marah dan kedua, putus asa. Dia akan marah bila orang tidak ikut dakwahnya. Kedua-dua sifat ini tidak ada dalam diri ambia a.s. Bila buat usaha untuk orang lain, maka bila orang tidak terima kita akan marah dan bila orang terima kita akan jadi ujub dan takabbur. Bila buat usaha ini u...