mesyuarat malaysia 2000 - bayan zohor maulana mustaqim

mesyuarat malaysia - nizamuddin
Tarikh : 04/09/2000

Tuan-tuan yang mulia,

Alhamdulillah, Allah s.w.t telah ciptakan kita dan hantar kita ke muka bumi ini untuk masa yang singkat, masa yang sementara. Allah s.w.t telah letakkan kejayaan manusia dalam agama dan bukan di dalam asbab. Jika agama ada dalam kehidupan manusia, maka Allah s.w.t akan buat keputusan kebaikan dalam hidup manusia dan Allah s.w.t akan buka pintu-pintu berkat dan rahmat dalam kehidupan manusia tetapi sebaliknya bila agama tidak ada dalam kehidupan manusia, sekalipun manusia bermati-matian berusaha mengumpul segala asbab, mengumpul segala benda, Allah s.w.t tidak akan memulihkan kehidupan manusia, bahkan hari demi hari manusia bertambah hancur.

Bila akan dapat hasil daripada agama? Hasil akan dapat bila agama sendiri ada. Satu, usaha supaya hidup agama, satu lagi usaha supaya agama yang sudah ada ini dapat dijaga. Untuk agama wujud, untuk agama hidup, maka Allah s.w.t hantar nabi dan rasul bermula daripada Nuh a.s. Nabi dan rasul dihantar untuk wujudkan agama dalam kehidupan manusia. Untuk wujudkan agama dalam kehidupan manusia ini, Allah s.w.t beri 2 kerja kepada nabi-nabi. Pertama, melalui usaha dakwah. Kedua, melalui usaha doa. Semua nabi, melainkan Nabi Muhammad s.a.w telah usaha, usaha dakwah kepada kaum mereka masing-masing tetapi bila sampai ke satu peringkat kaum mereka tidak terima lagi agama, tetap keras dalam kekufuran, maka nabi tadi doa kepada Allah s.w.t supaya menghilangkan/membinasakan semua sekali mereka-mereka yang kufur kepada Allah s.w.t, biar tinggal di muka bumi ini yang hanya beriman kepada Allah s.w.t.

Pertama sekali, Nabi s.a.w telah berusaha dengan penuh pengorbanan supaya agama wujud sehingga Nabi s.a.w pernah dilontar dengan batu, pernah malaikat menawarkan diri untuk menghancurkan kaum yang telah menyeksa Rasulullah s.a.w tetapi Nabi s.a.w menyudahkan doa untuk hidayat kepada mereka. Dari cerita nabi dan rasul di dalam Quran, telah membuktikan kepada kita apabila usaha nabi ada, apabila usaha dakwah wujud, maka dengan penuh yakin agama akan wujud di kalangan manusia. Daripada cerita ini juga kita dapat tahu apabila usaha dakwah tidak ada, apabila usaha dakwah tidak wujud, dengan penh yakin agama yang masih ada akan hilang daripada kehidupan manusia.

Allah s.w.t telah membuktikan melalui kisah nabi Nuh a.s, bagaimana nabi Nuh telah usaha atas kaumnya selama 950 tahun, bukan satu jam, bukan 2 jam, bukan sekali dalam seminggu, bahkan berterusan selama 950 tahun semata-mata mengajak kaumnya kepada agama Allah s.w.t. Allah s.w.t beritahu dalam Quran secara terperinci ucapan, tindak-tanduk nabi Nuh a.s, cara mengajak manusia kepada Allah s.w.t. Dalam Quran diberitahu, “Sesungguhnya aku, kata nabi Nuh a.s, mengajak/mendakwah kaum aku siang dan malam, tidak bertambahnya mereka daripada dakwah aku, melainkan makin hari makin kurang, makin hari makin lari dari agama, setiap kali aku ajak mereka supaya dosa mereka diampunkan oleh Allah s.w.t, mereka menutup telinga-telinga mereka dengan jari-jari mereka dan menutup muka-muka mereka, dengan kain dan mereka tetap terus dengan kekufuran  dan mereka khibir, bertambah sombong akan Allah s.w.t.” Di sini, Allah s.w.t menegaskan kepada kita dan menuntut daripada kita yang buat usaha, iaitu usaha agama perlulah dibuat terus-menerus kerana usaha ini bukan untuk beberapa hari, bukan untuk beberapa waktu , tetapi usaha agama adalah satu jenis pengorbanan yang menuntut daripada manusia memberi segala pengorbanan untuk agama. Dengan kata lain, selama agama tidak wujud dalam kehidupan manusia, selama itulah pengorbanan demi pengorbanan kita kena bagi.

Nabi Nuh a.s, selama 950 tahun telah berusaha dengan penuh pengorbanan, mengajak manusia kepada Allah s.w.t dan yang beriman kepada Allah s.w.t, mengikut riwayat, sekitar 80 orang sahaja. Masa yang digunakan ialah 950 tahun. Oleh kerana tiada lagi manusia yang sanggup beriman, maka nabi Nuh a.s telah menggunakan satu kekuatan iaitu doa kepada Allah s.w.t, satu doa yang aneh. Nabi Nuh a.s telah bedoa, “Wahai tuhanku, jangan kamu biarkan mana-mana kafir wujud di muka bumi ini, jika kamu biarkan mereka, mereka tidak akan beriman dan keturunan yang lahir daripada mereka pun tidak akan beriman. Nabi Nuh a.s telah berdoa memohon kepada Allah s.w.t, biar 80 orang ini sahaja wujud di muka bumi ini yang beriman kepada Allah s.w.t, yang lainnya dihancurkan.

Hasil doa tersebut, Allah s.w.t telah selamatkan 80 orang dalam kapal. Ketika itu, tidak ada satu kafir pun, semua sekali beriman kepada Allah s.w.t. Kemudian bagaimana kufur ini timbul kembali? Setelah satu dunia ini, hanya 80 orang beriman kepada Allah s.w.t, tidak ada lagi kafir, maka bagaimana kufur wujud kembali? Setelah nabi Nuh a.s wafat, usaha dakwah tidak ada lagi, pengikut-pengikut nabi Nuh a.s beribadat kepada Allah s.w.t, fikir untuk diri masing-masing iaitu bagaimana diri mereka selamat dan bagaimana amalan mereka sempurna, tidak ada lagi usaha mengajak manusia kepada Allah s.w.t sehingga sampai satu peringkat mereka tidak fikir lagi supaya anak-anak mereka juga beriman kepada Allah s.w.t, tidak fikir bagaimana agama ini boleh masuk ke dalam kehidupan anak-anak mereka sehingga apabila generasi pertama meninggal, maka wujud kekufuran di kalangan anak-anak mereka dengan bangsa Ad yang mana Allah s.w.t hancurkan kemudiannya.

Seterusnya Allah s.w.t hantar Hud a.s untuk usaha atas mereka dan beginilah salasilah nabi demi nabi berusaha mendakwah manusia kepada Allah s.w.t. Bila wujud kerja dakwah, maka agama wujud. Bila tidak ada lagi manusia yang beriman, maka nabi-nabi telah berdoa kepada Allah s.w.t supaya menghancurkan mereka yang tidak beriman supaya mereka yang beriman sahaja kekal di muka ini. Ini berterusan.

Begitu juga nabi Musa a.s berusaha dan usaha nabi Musa ada 2 jenis. Pertama, bagaimana hendak usaha atas kaumnya sendiri, kaum bani Israil supaya beriman kepada Alah s.w.t. Kedua, usaha atas kaum Firaun supaya mereka juga beriman kepada Allah s.w.t. 2 jenis usaha telah diusahakan oleh nabi Musa a.s. Akhir sekali nabi Musa a.s telah berdoa kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, hancurkanlah harta mereka, kuncikanlah hati mereka, nescaya mereka tidak beriman hingga apabila mereka melihat sendiri dengan mata mereka azab”. Akhir sekali Allah s.w.t telah menghancurkan Firaun dalam laut, yang bakinya hanya bani Israil yang beriman kepada Allah s.w.t. Beginilah nabi demi nabi, rasul demi rasul, dihantar ke muka bumi ini berusaha mengajak manusia beriman kepada Allah s.w.t dengan penuh pengorbanan. Apabila sampai di satu tahap akhir, tidak ada lagi orang beriman, mereka berdoa kepada Allah s.w.t supaya hancurkan golongan kafir melainkan Nabi s.a.w.

Nabi s.a.w telah berusaha,  seorang diri berusaha, tidak ada teman bersamanya. Berusaha atas kaum Quraish, berusaha berterusan, tidak tengok suasana dan keadaan. Ketika itu, di bumi Mekah, tidak ada satu orang pun yang yakin kepada Allah s.w.t yang Esa. Ada beberapa orang yang tidak sembah patung berhala tetapi hati mereka kepada Allah s.w.t yang Esa. Nabi s.a.w telah usaha di bumi Mekah sehingga sampai ke satu peringkat, Allah s.w.t ilhamkan ke dalam hati Nabi s.a.w, “Ada baiknya saya usaha atas kaum lain, di bandar lain”. Nabi s.a.w usaha di bandar Taif, mereka mempunyai kekuatan, mempunyai kecerdasan dan kepintaran. Sekiranya mereka beriman kepada Allah s.w.t, maka banyak kebaikan yang akan Allah s.w.t zahirkan dalam agama.

Di Taif, satu orang pun tidak beriman, bukan sahaja tida beriman malah mereka berusaha memberi semangat kepada budak-budak nakal supaya melontar batu kepada Nabi s.a.w dan mereka menjadikan kaki nabi sebagai sasaran. Tubuh nabi, empat penjuru dilontar dengan batu, tetapi masih Allah s.w.t tidak zahirkan pertolonganNya, tidak sepertimana Sarah r.a ketika dia ditangkap oleh raja Mesir iaitu apabila raja Mesir mula sahaja hendak sentuh tubuh Sarah, dia terus jadi lumpuh. Nabi s.a.w pula, batu demi batu, dari empat penjuru, dilontar ke tubuh Nabi s.a.w tetapi Allah s.w.t tidak membuat apa-apa pertahanan pun pada nabi s.a.w.

Nabi s.a.w dihujani dengan batu, kasut penuh dengan darah, sehingga Nabi s.a.w jatuh pengsan. Setelah nabi rebah, batu masih dihujani sehingga tubuh nabi telah tenggelam. Kenapa Allah s.w.t biarkan begitu? Kenapa Allah s.w.t biarkan Nabi s.a.w disiksa? Kerana Allah s.w.t hendak buat keputusan yang mana bla keadaan ini berlaku, bila apa-apa sahaja luahan nabi, bila nabi s.a.w berdoa kepada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t tidak akan tolak doa nabi.

Zaid b. Harithah r.a, adalah teman Rasulullah s.a.w ketika itu, dialah yang menggangkat tubuh Rasulullah s.a.w dan bawa ke satu kebun. Bila Rasulullah s.a.w sedar dari pengsan, dia berdoa kepada Allah s.w.t. Nabi tidak membuat rungutan kepada kaumnya, nabi tidak membuat rungutan terhadap kanak-kanak yang nakal, tetapi apa yang nabi luah ialah, “Ya Allah, sebenarnya ini adalah kelemahan saya, kerana saya tidak pandai, kerana ucapan saya tidak sesuai, ucapan saya tidak munasabah, mereka tidak faham maksud saya”. Rasulullah s.a.w mengadu kepada Allah s.a.w ini semua hasil kelemahan pada saya sendiri. Hari ini, yang menyebabkan kita lemah ialah bila apa sahaja masalah berlaku, kita terus lontar pada orang lain, kita hadapkan kelemahan ini pada orang lain, sedikit pun kita tidak nampak akan kesalahan kita sendiri, tidak nampak kelemahan kita sendiri, lemah sebab orang lain. Oleh kerana itu, kita tengok di tempat kita, amal tidak wujud dengan sempurna. Kenapa? Kerana kita tidak bawa diri kita untuk menderita untuk agama Allah s.w.t. Kita tidak buat usaha agama dengan cara yang betul. Kita tidak usaha sepertimana yang dikehendaki dalam agama Allah s.w.t. Nabi s.a.w berdoa kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, kerana kelemahan helah saya, maka semua ini telah berlaku”. Nabi s.a.w kata, “Bagi saya, tidak ada apa-apa masalah, jika Engkau redha, sudah cukup bagi saya”. Ketika itu, Allah s.w.t telah hantar malaikat yang jaga bukit, datang depan Rasulullah s.a.w, “Ya Muhammad, saya telah diperintahkan untuk menyempurnakan suruhan kamu, saya boleh lagakan dua bukit di antara Taif ini, untuk menghancurkan mereka”. Nabi s.a.w kata, “Ya Allah, beri hidayah pada kaum aku, mereka tidak tahu”. Tidak ada dalam hati nabi hasrat membalas dendam.

Sekembali nabi s.a.w, di waktu fajar, nabi s.a.w solat, di waktu itu para jin datang mengelilingi nabi, mendengar bacaan nabi. Bila dengar sahaja bacaan nabi, mereka terus beriman dan kembali kepada kaum mereka dan menjadi da’i mengajak kaum mereka kepada Allah s.w.t. Di sini, Allah s.w.t mahu memberi kepada kita satu pengajaran yang mana satu usaha da’i, pengorbanan yang telah dikorbankan oleh da’i, Allah s.w.t tidak sia-siakan. Sekalipun kaum Taif tidak beriman tetapi Allah s.w.t telah jadikan pengorbanan sebagai hidayat untuk kaum jin. Oleh itu, setiap pengorbanan dan keperitan kita, kita jangan putus asa, memang Allah s.w.t tidak zahirkan di sini, mungkin Allah s.w.t zahirkan di tempat lain.

Bila sampai di Mekah, Nabi s.a.w telah berusaha, malam dan siang, hari demi hari dan setiap mereka beriman disiksa. Setiap mereka beriman hilang maruah. Setiap mereka beriman, tiada kehebatan pada mereka. Nabi s.a.w melihat keadaan ini berlaku. Siapa sahaja beriman, kehidupan mereka jadi bahaya. Maka nabi s.a.w memohon satu kekuatan lain dari Allah s.w.t.  Di bumi Mekah ketika itu ada 2 orang samseng, yang mana dua orang inilah yang merancang segala huru-hara di bandar Mekah. Nabi s.a.w berdoa kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, Engkau teguhkan, Engkau hebatkan, Engkau tinggikan, kuatkan agama Islam melalui salah seorang antara 2 samseng ini, samada Umar Khattab atau Amru bin Sham (Abu Jahal)”. Kita hari ini, seorang diri buat usaha, seorang diri buat gasht, seorang diri jumpa, seorang pun tidak duduk dalam ta’alim, seorang pun tidak duduk dalam bayan, semua orang lain pandang kita ini serong, tetapi masa inilah, mungkin ada di kampung kita, mereka yang bersifat seperti Umar ini, maka kita berdoa kepada Allah s.w.t, hasil daripada usaha harian kita. “Ya Allah, Engkau hidupkanlah usaha, kerja agama melalui ini orang”. Inilah masa peluang kita berdoa kepada Allah s.w.t dengan menyebut nama dia, dengan cara ini Allah s.w.t akan gunakan dia untuk agama.

Waktu malam, Nabi s.a.w berdoa supaya Umar dapat hidayah tetapi pagi esoknya, apa yang berlaku? Bertentangan dengan doa Nabi. Malam Nabi doa hidayah, tetapi pagi esoknya, Umar yang Nabi doa untuknya, telah keluar dari satu majlis dengan pedang terhunus, untuk memenggal kepala Nabi s.a.w supaya orang yang mewujudkan sumber iman ini akan hilang, cahaya agama akan malap dan padam terus. Nabi s.a.w berdoa hidayah, tetapi yang berlaku pada zahir, pada peringkat awalnya, sebaliknya, Umar hendak bunuh Nabi s.a.w.

Semasa Umar keluar dari rumah Darun Nadwah, tengah perjalanan, jumpa dengan satu orang mukmin, orang Islam yang mempunyai jiwa Islam, tidak gentar dengan suasana, tidak terpengaruh dengan suasana, orang Islam itu tengok Umar dengan pedang yang terhunus dan dia tahu Umar ini satu syaitan daripada syaitan-syaitan Mekah, tetapi hati dia tidak tergugat. Kita hari ini, bila kita buat gasht, satu orang datang kepada kita bawa kayu, terus kita lari ataupun datang polis, dia kata kalau teruskan, masuk penjara (jail), takut pada jail, maka kita tidak teruskan gasht, tetapi orang ini, tidak terkesan tengok keadaan Umar kerana dia yakin semua keputusan daripada Allah s.w.t. Jika Allah s.w.t kehendaki saya mati dipancung, maka saya serahkan diri saya untuk agama Allah s.w.t. Dia tanya, “Wahai Umar, ke mana kamu hendak pergi?”. Kata Umar, “Saya adalah harapan satu kumpulan yang berada di Darun Nadwah, mereka sedang menanti-nanti supaya kepala Muhammad dapat dipenggal. Dengan penuh gembira mereka berada di sana dengan mengharapkan saya kerana mereka tahu saya ini satu jejaka yang mana apa yang saya telah niatkan maka saya tidak akan hampakan mereka. Mereka sedang menunggu di Darun Nadwah akan kepala Muhammad yang saya pancung”. Kata orang Islam itu, “Wahai Umar, ini bermakna setelah Muhammad dipancung, maka 3 kabilah akan lawan kamu, Banu Zahrah, Banu Abdul Manaf dan Banu Hashim, mereka tidak akan biarkan kamu hidup, kepala kamu akan dipenggal”. Umar kata pada dia, “Kamu juga murtad”. Umar pada ketika telah mengangkat pedangnya dan orang itu juga hendak mengeluarkan pedang dari sarungnya. Apabila hendak keluarkan sahaja pedang dari sarungnya, ini orang Islam, berjalan mengikut usul, dan hari ini pun kerja agama berjalan di atas usul. Usul bukan untuk satu negeri, bukan untuk satu negara, bukan untuk negeri kafir, bukan untuk negeri Islam, tidak!, Usul hanya satu iaitu daripada Quran “hudalinnas”, Quran adalah usul untuk semua negara,

Bila pedang hendak dicabut dari sarung, maka dia teringat satu usul daripada Quran, Tahan diri kamu daripada mengeluarkan pedang dan kamu dirikanlah sembahyang dan kamu masih tidak tahu menggunakan kekuatan diri kamu, ini bukan masa untuk kamu gunakan kekuatan diri”. Kamu tahan diri kamu dari menghunus pedang, dan kamu hubungkan dengan Allah s.w.t melalui sembahyang. Dia masukkan semula pedang ke dalam sarungnya. Dengan menyempurnakan hukum Allah ini, maka Allah s.w.t mencetuskan kepada hati mereka-mereka yang menyempurnakan hukum Allah iaitu hikmah dalam amalan. Setelah usul ini diamalkan, setelah pedang dimasukkan ke dalam sarungnya semula, maka Allah s.w.t telah ilhamkan ke dalam hati dia ucapan yang hikmah. Dia kata, “Wahai Umar, kamu hendak selesaikan masalah Muhammad sedangkan agama Islam telah masuk ke dalam rumahtangga kamu sendiri, adik perempuan kamu telah Islam, di sana kamu perlu selesaikan dahulu”. Ucapan ini merupakan satu ucapan hikmah, memalingkan Umar kepada jalan hidayat. Bila ini berlaku? Setelah satu orang manusia menyempurnakan hukum Allah s.w.t, maka Allah s.w.t ilhamkan hikmah ke dalam kehidupannya. Umar pun pergi ke rumahnya, di sana ada ta’alim. Ta’alim satu-satunya sebagai sumber hidayah. Hari ini, rumah kita tidak ada ta’alim, tetapi harapan kita supaya satu dunia akan tersebar hidayah, maka tidak sekali-kali. Rumah yang ada ta’alim fadhail, maka Allah s.w.t  akan gunakan rumah tersebut sebagai cahaya untuk seluruh alam. Umar pergi ke sana dan masuk Islam. Oleh itu, melalui usaha ini, usaha yang sempurna, yang betul, Allah s.w.t akan ubahkan suasana manusia yang sesat kepada hidayat.

Selama 23 tahun usaha agama telah wujud dan Allah s.w.t telah wafatkan Nabi s.a.w. Dalam masa 23 tahun ini, seluruh jazirah Arab telah Islam, yang tinggal cuma Yahudi dan Nasrani. Di sini Allah s.w.t mengajar manusia bagaimana agama boleh dijaga iaitu melalui penghantaran jemaah Usamah b. Zaid r.a. Sebelum Rasulullah s.a.w wafat, jemaah Usamah telah dibentuk yang mana sahabat-sahabat besar juga adalah diantara mereka-mereka yang ikut jemaah Usamah. Usamah sendiri sebagai amer, kecuali Abu Bakar r.a tidak turut serta. Nabi s.a.w dalam keadaan tenat, Nabi s.a.w telah memanggil Usamah dan berdoa kepada Allah s.w.t, sekalipun nabi tidak berdaya untuk bercakap, tetapi nabi berdoa dengan menggangkat tangan kepada Allah s.w.t dan minta jemaah Usamah ini bergerak maju ke Sham. Kekasih Allah s.w.t, walaupun beliau akan dipanggil oleh Allah s.w.t, masih fikir bagaimana agama di tempat yang jauh, yang masih belum sampai lagi, wujud agama di sana.

Tidak berapa lama kemudian, selepas doa, mereka bergerak, jauh dari Madinah, lebih kurang beberapa kilometer, dengar khabar bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat. Berita kewafatan nabi telah menyebabkan jemaah Usamah kembali semula ke Madinah dan disitu, dalam masa lebih kurang seminggu, fikir-fikir mereka telah berubah. Nabi s.a.w telah wafat, fikir mereka berubah iaitu fikir siapa hendak jadi amer menggantikan Rasulullah s.a.w. Berubah sahaja fikir dalam masa seminggu ini, apa kesannya? Nahas kerana berubahnya fikir ini, 100,000 manusia murtad. Begitu juga hari ini, masalah berlaku pada kita, siapa hendak jadi zumindar, masing-masing pakat fikir siapa hendak jadi amer, sedangkan padah telah berlaku pada awal kurun dulu, seminggu sahaja tukar fikir, maka 100,000 manusia telah murtad.

Dalam masa seminggu ini, apabila fikir orang Islam telah berubah, dulunya fikir macam mana agama tersebar, bagaimana usaha dakwah dapat diteruskan, tetapi fikir mereka telah berubah macam mana hendak lantik amer atau ketua, disebabkan berubah fikir ini , telah berlaku 2 masalah. Pertama, agama yang sudah ada keluar kembali, iaitu orang jadi murtad. Agama yang ada dalam diri manusia tercabut keluar bila fikir agama hilang dalam diri manusia. Kedua, Allah s.w.t memberi kekuatan kepada musuh Islam. Allah s.w.t hilangkan pada hati mereka kegerunan pada orang Islam kerana hilangnya fikir dakwah pada orang Islam. Orang Rom tidak takut lagi pada Islam. Mereka membuat rancangan  untuk menyerang bandar Madinah. Batil yang dulunya tidak hidup, bila fikir dakwah hilang dari orang Islam, maka batil yang telah hilang, hidup kembali. Musailmah Kazab, satu orang yang mengaku sebagai nabi, tidak ada satu pengikut pun pada mulanya, tetapi dalam masa seminggu sahaja fikir dakwah tidak ada pada orang Islam, maka pengikutnya telah menjadi semakin ramai, beribu-ribu orang. Bila berlaku keadaan seperti ini, apakah penyelesaiannya? Abu Bakar r.a, di Madinah, telah dilantik menjadi khalifah dan Allah s.w.t memberi satu kekuatan kepada Abu Bakar r.a, kefahaman yang dalam dan tinggi, penyelesaian keadaan ini tidak ada melainkan fikir yang hilang tadi di kembalikan semula, penyelesaiannya ialah jemaah yang dibentuk untuk sebarkan agama, akan diteruskan, maka kalimah yang pertama yang keluar dari Abu Bakar r.a ialah “Au fizu jazai Usamah”, teruskanlah berjalan jemaah Usamah yang telah dibentuk. Inilah satu penyelesaian bagi segala masalah yang berlaku.

Suasana yang berlaku ini adalah tindak-tanduk daripada hasil fikir risau yang telah berubah. Keputusannya ialah semua jemaah akan dikeluarkan. Sahabat-sahabat yang besar, zumindar-zumindar dikeluarkan daripada bandar Madinah. Inilah penyelesaian, tidak ada lain daripada ini. Hari ini, zumindar-zumindar dikeluarkan ke jalan Allah s.w.t atas satu penyelesaian untuk agama Allah s.w.t. Ketika itu, kesan daripada seminggu sahaja fikir dakwah hilang dari fikir orang Islam, maka hati mereka bertukar, keyakinan mereka kepada perintah Allah s.w.t bertukar dengan sebab suasana. Hati mula terkesan dengan suasana. Siapa yang terkesan dengan suasana? Bukan orang lain, Umar sendiri, Usman, Ali, telah terkesan. Kata Umar kepada Abu Bakar r.a, “Kamu mahu jemaah Usamah keluar bersama dengan pembesar-pembesar sahabat, orang-orang lama dalam jemaah itu, apa akan berlaku pada isteri nabi, bila musuh datang menyerang bandar Madinah, siapa akan menjaga isteri nabi?” maka Abu Bakar r.a jawab “Masalah akan selesai bila kita menyempurnakan perintah Allah”. Dia kata dengan satu perkataan kasar pada Umar, “Apa kamu ini, satu pendekar/pahlawan zaman jahiliah sahaja, zaman Islam kamu jadi pengecut?” Allah s.w.t akan ubahakan suasana bila kita tolong agamaNya, bila kita fikir untuk menyelamatkan orang Islam, tidak ada nusrah daripada Allah s.w.t tetapi bila kita fikirkan untuk menyempurnakan Islam, maka Allah s.w.t akan bantu orang Islam.

Kamu fikir untuk menyempurnakan masalah isteri nabi tetapi kita kena fikir supaya bagaimana agama tersebar. Sesiapa yang fikir Islam tersebar, maka Allah s.w.t bersamanya, pertolongan Allah s.w.t bersamanya. Kalau kita fikir atas orang Islam, maka Allah s.w.t tidak akan tolong, masalah makin berlaku. Walaupun ucapan tegas macam itu, Umar masih tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Abu Bakar r.a. Memandangkan perkara ini, maka satu cara lain dibuat oleh Abu Bakar. Begitu juga hari ini, kita dengar bayan, bila sampai waktu tashkil, semua orang tunduk dengan berbagai-bagai alasan. Cara yang Abu Bakar buat ialah pegang baju Umar dan tarik dan lepaskan satu tumbukan pada dada Umar r.a . Melalui pukulan tadi, Allah s.w.t menyingkapkan semula, kehilangan fikiran tadi datang semula, apabila tolong agama Allah maka Allah akan tolong kamu. Jemaah telah dibentuk. Jemaah Usamah telah dibentuk semula bersama-sama Abu Bakar dan Umar, 50 orang telah dihantar untuk usaha atas orang murtad, 500 orang bersama Khalid al-Walid usaha atas golongan lain. Maka, dalam masa 3 hari, kosong bandar Madinah. Di masjid Nabawi, tidak ada azan, tidak ada sembahyang jemaah. Semua keluar ke jalan Allah s.w.t. Setelah 3 hari, barulah azan berkumandang semula dan suasana masyarakat Islam telah berubah.

Nabi-nabi dahulu telah usaha atas kaum mereka supaya menjadi abid, tetapi nabi s.a.w telah usaha supaya setiap umat ini, menjadi da’i. Nabi s.a.w memang sudah tahu bahawa tidak akan ada nabi lagi akan datang selepas Nabi Muhammad s.a.w, maka tugas kenabian ini diletakkan di atas semua bahu-bahu umat. Macam mana supaya setiap umat menjadi da’i illallah, menjadi pendakwah manusia lain kepada Allah s.w.t iaitu dengan cara ajar mereka iman. Ajar pada mereka bagaimana hendak dapat iman.     

Hendak mengajar manusia supaya jadi da’i, illallah iaitu belajar macam mana hendak dapat iman maka Allah s.w.t turunkan ayat, ajar pada nabi untuk usaha supaya manusia ini berusaha atas iman. Allah s.w.t befirman, pertama, usaha supaya manusia yakin akan adanya Allah s.w.t dengan dalil dan bukti supaya manusia beriman, memberitahu, membaca ayat-ayat yang menunjukkan dalil-dalil dan bukti-bukti, mengajak manusia beriman pada Allah s.w.t, lalu manusia beriman. Mengajak manusia beriman kepada Allah s.w.t tidak semestinya dia beriman dan hatinya bulat kepada Allah s.w.t. Terima iman, beriman kepada Allah s.w.t yang Esa, tetapi masih ada lagi dalam hati mereka harta boleh selesai masalah, ini boleh selesai masalah, itu boleh selesai masalah, patung boleh selesai masalah, masih ada lagi perkara lain dalam hati-hati mereka.

Maka untuk perkara ini, Allah s.w.t ajar satu lagi perkara, menghilangkan apa-apa harapan lain pada Allah s.w.t dan perkara ini berlaku di Mekah. Di Mekah, apa sahaja masalah yang berlaku, Rasulullah s.a.w telah ajar pada sahabat, segala masalah minta dengan Allah s.w.t. Allah s.w.t satu-satunya zat yang boleh menyelesaikan masalah.

Oleh itu, kata alim ulamak, untuk orang mukmin, kehidupan Mekahlah yang merupakan maksud hidup kita. Apa sahaja masalah yang berlaku atas diri kita, Allah s.w.t akan hantar malaikat pada kita. Bila kita hadapkan hati kita pada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan turunkan khidmatNya dengan menghantar malaikat pada kita.

Di Mekah iman dibentuk dan bila hijrah ke Madinah, semua orang di Madinah jadi orang Islam. Masalahnya sekarang macam mana orang Madinah dapat jaga iman mereka. Maulana Ilyas rah. telah usaha supaya iman orang Islam wujud dalam hati orang-orang Islam iaitu tashkil 4 bulan keluar ke jalan Allah s.w.t. Apa yang ada dibelanjakan dan keluar di jalan Allah s.w.t, tawakkal terus kepada Allah s.w.t, maka Allah akan bagi iman. Setelah keluar 4 bulan, iman yang sudah ada, bagaimana perlu dijaga? Maka hendaklah diusahakan supaya hidup jemaah masjid. Apabila nabi s.a.w berhijrah sahaja ke Madinah, maka perkara yang pertama sekali nabi buat ialah hidupkan amal masjid, ada beberapa amal. Pertama, solat secara berjemaah, bila azan sahaja, semua orang Islam datang solat berjemaah. Kedua, selepas solat ada sahaja halaqah ta’alim atau halaqah kumpul orang Islam untuk dihantar keluar di jalan Allah s.w.t atau halaqah mereka-mereka yang balik dari jalan Allah s.w.t, tanya khabar, tanya ehwal mereka atau kalau ada perkara penting, iklan pada mereka di sekitar Madinah supaya datang ke masjid untuk buat mesyuarat. Inilah amalan-amalan yang ada di kalangan orang-orang Madinah supaya iman yang telah wujud di Mekah sana dapat dijaga iaitu dengan adanya amal masjid. Di Madinah, zaman nabi s.a.w, tidak perlu kepada gasht kerana mereka telah datang ke masjid, tidak perlu pergi dari rumah ke rumah kerana mereka telah bersedia untuk agama Allah s.w.t.  

Bila kita pulang nanti dengan penuh azam dan penuh tekad, kita usaha 5 amal ini, kita jadikan sasaran kita untuk wujudkan 5 amal. Kita usaha disetiap rumah di kawasan kita supaya mereka semua ambil bahagian dalam 5 amal ini. Jika karkun sahaja yang buat 5 amal ini, orang lain tidak bersama ambil bahagian dengan kita, maka 5 amal tidak akan wujud dengan sempurna.

Satu lagi usaha ialah bagaimana kita hendak usaha atas diri kita, hendak bawa diri kita iaitu setiap waktu iman kita sentiasa bertambah. Untuk peningkatan iman ini, di zaman nabi s.a.w telah berlaku, pada waktu pagi nabi s.a.w mengejut mengumpul sahabatnya, katanya “Ini ada satu tuntutan agama yang mana kabilah Abu Sufian balik dari Sham ke Mekah dengan barang-barang perniagaan untuk bantu kekuatan kekufuran. Kita semua kena keluar dari Madinah dan sekat mereka. Mereka yang rumahnya dekat, boleh balik dan ambil barang dan tetapi tidak perlu balik. 313 orang telah bersedia keluar dari kota Madinah dan di sana telah ada 1000 tentera orang Quraish dari Mekah hendak berlawan dengan orang Islam.

Tuan-tuan telah ditashkil datang untuk mesyuarat Malaysia ke sini, ke Nizamuddin, dan kita telah sampai ke Nizamuddin, kemudian datang satu takazah untuk kita sepertimana di zaman nabi, jemaah telah dibentuk keluar dari kota Madinah untuk sekat kabilah Abu Sufian, bila sampai sahaja di Badar, datang 1000 orang kafir untuk lawan orang Islam. Nabi s.a.w bertanya, “Kamu yang 313 ini sanggup atau tidak untuk melawan dengan 1000 orang?” maka semua 313 orang telah bersedia.

Tuan-tuan yang mulia, tuan-tuan datang untuk mesyuarat tetapi sekarang ini takazah dikemukakan kepada tuan-tuan, jika tuan-tuan semua sanggup, maka Allah s.w.t akan bagi pertolongan kepada kita semua.

Tuan-tuan datang sini daripada Malaysia untuk mesyuarat tetapi di sini ada takazah baru untuk kita, sepertimana sahabat tadi keluar untuk ambil barang rampasan dan balik ke Madinah semula, bila sampai di Badar bertemu dengan masalah baru, tuan-tuan yang belum pernah keluar 4 bulan, kita keluar usaha untuk dapat belajar 5 amal ini. Daripada 4 bulan ini, kita balik usaha bagaimana supaya 5 amal ini hidup di tempat kita. Mereka-mereka yang telah keluar 4 bulan, macamana kita hendak buat tertib supaya setiap tahun keluar 4 bulan. Kedua-dua ini, daripada sekarang kita mulakan. Mereka yang tidak pernah lagi keluar 4 bulan, bagi nama untuk keluar 4 bulan dan mereka yang sudah keluar 4 bulan, setiap tahun 4 bulan bermula daripada sekarang. Semua sedia, Insya’Allah. Semoga Allah s.w.t jadikan orang-orang Malaysia sebagai sumber hidayah seluruh dunia.

Sebagaimana orang-orang Badar, Allah s.w.t bagi pertolongan kepada mereka, yang datang hari ini juga dan dapat keluar tunai, maka Allah s.w.t akan tolong seperti orang Badar.

Jangan kita tinggalkan 4 bulan kita setiap tahun, dengan tertib mesyuarat kita, samada dalam negeri atau luar negeri, kita teruskan 4 bulan setiap tahun, kita jadi orang Badar. Nabi s.a.w telah keluarkan jemaah sehingga ke Tabuk.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir