ramadan 1437H
Sayyidina Salman r.a berkata bahawa
Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan syaaban,
"wahai manusia! Telah dtg kpd kamu satu bulan yg agung lagi diberkati.
Satu bulan yg pd bulan itu terdapat satu malam (lailatulqadar) yg lebih baik
drp seribu bulan. Satu bulan yg Allah s.w.t telah menjadikan puasa pd siang
hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pd malam hari (bertarawih) sebagai
satu amalan sunat. Sesiapa yg cuba menghampiri Allah s.w.t pd bulan itu dgn mana-mana amalan sunat maka seumpama
seseorang yg telah menunaikan satu fardu pd bulan-bulan yg lain dan sesiapa yg
menunaikan satu fardu pd bulan itu adalah seumpama seseorang yg menunaikan 70
fardu pd bulan-bulan lain.
Bulan itu adalah bulan kesabaran dan
ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yg
ditambahkan rezeki kpd orang-orang yg beriman. Sesiapa yg memberi sesuatu kpd
seseorang yg berpuasa utk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan
utk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya daripada neraka dan dia mendapat
ganjaran puasa org tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun drp ganjarannya. Para sahabat r.a lalu berkata, "bukanlah setiap org
drp kami mempunyai sesuatu utk diberi kpd org yg berpuasa utk berbuka".
Maka Rasulullah s.a.w bersabda, "Allah s.w.t memberikan pahala itu kpd
sesiapa sahaja yg memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air atau pun
sesisip susu kpd org yg berpuasa utk berbuka".
Bulan itu adalah satu
bulan yg bahagian awalnya merupakan rahmat, pertengahannya merupakan keampunan
dan akhirnya merupakan kelepasan drp neraka.
Sesiapa yg meringankan
beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pd bulan itu maka dia akan diampunkan
oleh Allah s.w.t dan akan dilepaskan drp azab api neraka.
Perbanyakkanlah pd
bulan itu 4 perkara. Dua perkara yg dengannya kamu dpt meredakan Tuhan kamu dan
dua perkara lagi yg tidak boleh tidak kamu perlukan. Ada pun dua perkara yg kamu dpt meredakan
Tuhan kamu dgnnya adalah penyaksian bahawa tiada tuhan selain drp Allah s.w.t
(yakni ucapan lailahaillallah) dan kamu memohon istighfar drpNya. Manakala dua
perkara yg tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga drp Allah s.w.t
dan meminta perlindungan drp api neraka.
Sesiapa yg memberi
minum kpd mana-mana org yg berpuasa maka Allah s.w.t akan memberinya minum dari
telagaku (pada hari kiamat), dgn sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi
sehingga dia masuk ke dlm syurga."
(Hadith riwayat Ibnu
Khuzaimah, Baihaqi, Ibnu Hibban dan lain-lain)
Fadilat ramadan -
maulana zakariyya rah.
iftar di surau sakinah
tazkirah ramadan
jor halaqah di masjid meranti
bentang takazah oleh amirsab jemaah 40H - Hj zubir bkt beruntung
hayatus sahabah dan doa
ust hasnul btg kali
kehadiran tidak memuaskan mungkin sebab bulan puasa semua jadi lemau..hehe
15 org dari 3 mahalah sahaja
alhamdulillah
Comments
Post a Comment