mesyuarat malaysia 2000 - bayan subuh maulana saad

mesyuarat malaysia - nizamuddin
Tarikh : 07/09/2000

Tuan-tuan yang mulia,

Manusia telah jadikan agama mengikut kehendak manusia sendiri, ini bukan cara kejayaan. Kita kena masukkan agama ke dalam diri dengan sempurna. Hari ini, dalam mana-mana satu bahagian agama, kita ubah suai ikut keperluan, kehendak, ikut suka hati kita. Islam adalah kita serahkan diri kita bulat-bulat kepada perintah-perintah Allah s.w.t. Islam akan datang dalam diri kita mengikut iman yang ada pada kita. Bila iman yang sempurna tidak ada, maka Islam yang sempurna pun tidak akan ada dalam diri kita. Islam yang sempurna akan ada dalam diri bila iman yang sempurna datang dalam diri. Iman dapat wujudkan sifat taat dan sifat tunduk kepada Islam dalam diri manusia. Mengikut kelemahan iman, manusia akan hidup bertentangan dengan perintah-perintah Allah s.w.t. Lemahnya iman maka lemahlah amalan seseorang itu untuk ikut perintah-perintah Allah s.w.t. Apa itu iman? Baginda s.a.w bersabda, “Iman adalah ikhlas”. Apa itu ikhlas? Bila sebut kalimah dengan ikhlas maka dapat menahan kita daripada larangan-larangan Allah s.w.t, akan halang kita daripada amalan yang haram. Sebut kalimah dengan ikhlas akan masuk syurga. Apa itu kalimah dengan ikhlas? Bacaan yang dapat menahan kita daripada amalan-amalan yang dilarang oleh Allah s.w.t iaitu perkara haram.

Iman akan beritahu pada manusia apa kehendak Allah s.w.t, amalan mana bila amal dapat menafaat, dan amalan mana yang akan bawa mudharat. Apa itu iman? Yakin atas janji-janji Allah s.w.t. Mengikut yakin atas janji-janji Allah s.w.t, maka anggota kita dapat bergerak mengikut kehendak Allah s.w.t dan dapat menahan daripada larangan Allah s.w.t. Telah disyaratkan bahawa manusia perlu usaha atas iman. Kenapa? Bukan dimaksudkan iman itu sendiri tetapi maksudnya ialah supaya agama yang sempurna dapat datang dalam diri kita. Agama yang sempurna tidak akan datang tanpa iman. Kita kena amalkan agama yang sempurna barulah kita akan dapat kejayaan dunia dan akhirat. Agama tidak akan datang dalam diri kita kalau iman tidak datang. Kelemahan iman, maka kitaakan buat usaha atas asbab, menambah asbab. Kenapa? Kita rasa hendak dapatkan menafaat daripada Allah s.w.t mesti ada asbab. Kita akan kata, dengan asbab Allah s.w.t jadikan sesuatu, kita tidak akan tolak asbab. Bila kita guna asbab dapat kejayaan, ini adalah orang-orang yang sudah letak antara dia dengan Allah s.w.t perantaraan asbab, walhal antara hamba dengan Allah, perantaraannya ialah Muhammad s.a.w yang telah bawa perintah-perintah Allah s.w.t untuk manusia supaya manusia dapat menafaat ‘direct’ daripada khazanah Allah s.w.t.

Satu cara ialah ambil menafaat daripada Allah s.w.t melalui makhluk. Satu lagi ialah ambil menafaat daripada Allah s.w.t secara terus. Ada 2 cara. Satu cara orang awam yang tidak taat dan tidak ikut cakap nabi-nabi. Mereka hanya ambil menafaat daripada makhluk Allah s.w.t. Nabi-nabi pula ambil menafaat dari khazanah Allah s.w.t. Kaum Samud, kaum Saba’, kaum Ad dsbnya, mereka ambil menafaat daripada makhluk Allah s.w.t. Sesiapa sahaja yang ambil menafaat dari makhluk Allah s.w.t sahaja, dia akan diberi menafaat di dunia ini sahaja tetapi tiada menafaat di akhirat. Barangsiapa inginkan akhirat, Allah s.w.t akan bagi akhirat padanya dan barangsiapa mahu dunia, Allah s.w.t akan bagi dunia padanya, itulah sahaja yang dia akan dapat. Barangsiapa mahu akhirat, akan diberi akhirat dan Kami akan tambahkan dunia padanya, mahfum lebih kurang daripada firman Allah s.w.t.

Oleh itu, untuk dapat menafaat daripada khazanah Allah s.w.t, bukanlah dengan asbab yang kita sediakan dengan tangan kita sendiri atau bukan juga dengan asbab yang Allah s.w.t sediakan seperti bulan, matahari dan segala-galanya yang ada dicakerawala, itu pun Allah s.w.t tidak jadikan perantaraan untuk kita dapat menafaat daripada Allah s.w.t. Itu adalah natijah. Allah akan beri kepada benda-benda yang lain semua sekiranya kita ambil menafaat daripada Allah s.w.t direct. Apa itu perantaraan direct? Ianya ialah perintah-perintah Allah s.w.t.

Bila satu perkara itu didakwahkan, ia akan jadi am, tidak kira samada perkara itu baik atau tidak baik, betul atau tidak betul, apa sahaja perkara yang didakwahkan/dicakapkan, maka ia akan tersebar. Ini adalah satu kaedah. Selepas itu, walaupun perkara itu tidak betul, ia jadi satu kebiasaan, ia dijadikan sebagai satu adat dan jadi darah daging kita. Contoh : riba, ia jadi umum sehingga orang tidak fikir pun bahawa ianya adalah haram kerana sudah umum sangat dan lumrah setiap manusia.

Oleh itu, kita disuruh buat dakwah di seluruh dunia. Dakwah yang ada sekarang, siapa yang akan dapat kejayaan? Orang yang dapat kejayaan ialah yang ada perantaraan asbab yang banyak, perkara ini sudah jadi lumrah, semua orang fikir macam itu iaitu sesiapa mahu kejayaan dari Allah, kena usaha atas asbab, padahal Allah s.w.t beritahu barangsiapa mahu kejayaan dia kena usaha untuk meningkatkan mutu amalannya. Amal perintah-perintah Allah s.w.t dan bersama-sama itu kena usaha untuk buat amalan-amalan yang baik.

Untuk dapatkan faedah daripada kudrat Allah s.w.t ialah perintah-perintah Allah s.w.t dan bukan asbab. Petani kata, Allah s.w.t yang jadikan bumi, daripada bumi dapat bijirin. Disini, usaha yag kena buat ialah bukan atas bumi, tetapi usaha yang patut dibuat ialah orang yang buat atas bumi supaya kudrat Allah s.w.t bersama dengannya. Ertinya, kejayaan bukan dalam apa yang dicipta oleh Allah s.w.t tetapi kejayaan ialah dalam kudrat Allah s.w.t dan kudrat Allah s.w.t akan bersama dengan kita kalau kita laksanakan perintah Allah. Kudrat Allah tidak akan bersama dengan kita kalau kita mempunyai asbab/harta benda. Kalau kita usaha atas asbab, Allah s.w.t mempunyai kudrat untuk zahirkan kepada kita hasil daripada kita punya usaha atas asbab, kadang-kadang menafaat dan kadang-kadang mudharat/kerugian. Ini ialah untuk bantu manusia sebab walaupun asbab yang sama, ladang, pertanian, jawatan, dsbnya, supaya manusia dapat dibantu oleh Allah s.w.t untuk datang ke jalan yang benar iaitu daripada asbab yang sama, bila Allah s.w.t mahu beri menafaat, maka dia akan dapat menafaat, bila Allah s.w.t mahu beri kerugian, maka dia akan dapat kerugian.

Sesiapa yang jadikan perantaraan asbab ini sebagai asbab kejayaan untuk diri dia, maka dia tidak akan dapat sampai kepada Allah s.w.t. Oleh itu, manusia kena menolak ciptaan Allah s.w.t sebagai asbab kejayaan dan selagi tidak menolak asbab ini, maka dia tidak akan sampai kepada Allah s.w.t. Contoh : Penolakan Nabi Ibrahim a.s terhadap segala ciptaan Allah s.w.t. Syarat untuk dapatkan khazanah Allah s.w.t ialah penolakan asbab, ini satu syarat. Asbab ada 2 jenis. Satu ialah asbab yang bergerak dan satu lagi ialah asbab yang tidak bergerak. Patung ialah asbab yang tidak bergerak. Bulan, bintang, matahari, adalah asbab yang bergerak. Baginda s.a.w diutuskan bukan untuk menafikan berhala sahaja, Ibrahim a.s bukan diutuskan untuk menafikan berhala sahaja, mereka diutuskan untuk menafikan semua asbab-asbab yang bergerak atau tidak bergerak. Ibrahim a.s kata, saya telah alihkan pandangan saya daripada benda yang dicipta kepada pencipta. Apa maksudnya? Sesiapa yang dapat menolak yang dicipta, maka dialah yang akan dapat sampai kepada pencipta. Sesiapa yang menolak makhluk, dialah yang akan sampai kepada khaliq. Sesiapa yang tidak menolak asbab atau makhluk, maka dia tidak akan dapat menafaat daripada kudrat Allah s.w.t

Melalui kudrat Allah s.w.t, kita dapat bijirin daripada bumi, melalui kudrat Allah s.w.t kita dapat sinaran matahari, melalui kudrat Allah s.w.t kita dapat anak, ini ialah perantaraan-perantaraan yang Allah s.w.t jadikan tetapi Allah s.w.t yang gunakan kudratNya, kita jangan terkesan daripada yang dicipta. Bumi keluarkan bijirin, jangan kita terkesan dengan bumi kerana bumi hanya akan dapat keluarkan bijirin dengan perintah Allah s.w.t. Jangan kita terkesan dengan sinaran matahari, matahari tidak dapat keluarkan sinaran melainkan dengan kudrat dan perintah Allah s.w.t.

Janji Allah s.w.t kepada manusia ialah kalau manusia dapat amalkan perintah Allah s.w.t dan perintah Allah s.w.t itu kena disempurnakan dengan yakin kejayaan, iaitu dalam perintah Allahlah kejayaan untuk saya tetapi wahai kawan-kawanku, selagi iman tidak diusahakan, istiqamah atas amalan tidak akan datang. Tanpa iman, pahala atas amalan pun tidak akan dapat. Tanpa iman tiada istiqamah dan tiada ganjaran dalam amalan. Tanpa iman tidak akan ada kemampuan dalam diri manusia untuk amalkan perintah-perintah Allah s.w.t. Takazah iman, tuntutan iman, iman akan tuntut daripada dalam untuk gerakkan anggota untuk ikut kehendak dan perintah Allah s.w.t. Bila ada iman dalam diri, maka tuntutan-tuntutan agama akan datang dari dalam. Amalan-amalan yang kita buat mengikut tuntutan-tuntutan luar daripada anggota kita, itu adalah tuntutan-tuntutan sementara, ikut suasana dan keadaan. Amalan yang kita buat ikut suasana, ia hanya sementara. Kadang-kadang kita buat amalan kerana keadaan, ada keadaan mendesak kita, maka kita buat amalan yang baik, ini semua sementara, keadaan berubah, amalan juga berubah. Kenapa? Amalan ini bukan diasbabkan kerana kehendak Allah tetapi diasbabkan kerana suasana luar atau keadaan, keadaan terdesak, paksa kita, maka kita akan buat amal, bila ada problem kita akan buat amal supaya keadaan dapat di baiki. Amal yang kita buat bukan untuk Allah s.w.t tetapi untuk baiki keadaan kita. Amal itu sementara dan melalui amal itu keadaan tidak akan berubah. Amal yang dibuat untuk ubah keadaan, keadaan tidak akan berubah.

Keadaan akan berubah melalui amal-amal yang dilaksanakan sebagai perintah Allah s.w.t. Kesan amalan-amalan yang dibuat kerana perintah Allah s.w.t, kesannya lain, Allah s.w.t akan suka dengan amal-amal kita barulah Allah s.w.t ubah keadaan. Kita ada amal, kita buat amalan itu dan Allah suka, barulah Allah s.w.t ubah keadaan. Amal yang sama kita buat, untuk ubah keadaan tetapi Allah s.w.t tidak ubah keadaan kerana kita tidak buat untuk keredhaan Allah s.w.t. Kita kena lihat adakah amalan yang kita buat, adakah kerana mahul/keadaan, atau kerana untuk sukakan Allah s.w.t. Ini cerita untuk orang yang buat amal, ada golongan besar yang langsung tidak amal, saya belum ceritakan hal mereka lagi, kata Maulana. Saya ceritakan tentang orang-orang yang buat amal. Puasa, zakat, solat, semua amal ada, dia sentiasa fikir melalui amal mana Allah s.w.t akan baiki kehidupan dunia saya. Ini kepentingan diri yang begitu ketara yang manusia mahu melalui amalan dia iaitu supaya dunia dia dibaiki.

Kita buat amal kerana kita hendak hidupkan semua perintah Allah s.w.t dalam diri kita. Kita melaksanakan amal (perintah Allah/ibadah), kita buat amal bukan untuk ubah keadaan duniawi kita tetapi kita buat amal kerana itu perintah Allah s.w.t dan kita hendak sukakan Allah s.w.t. Keadaan desak kita untuk buat amal, amal itu adalah sementara.

Kenapa keadaan buruk datang? Kerana kelemahan iman. Selepas itu, untuk dia selamatkan dari keadaan buruk, dia buat amal pula. Ujian datang kerana kelemahan iman, sekarang dia buat amal untuk selamatkan dia daripada keadaan yang tidak baik. Bila keadaan buruk datang pada kita, bukan untuk kita betulkan kita punya amal, tetapi keadaan buruk datang kepada kita supaya kita tinggalkan larangan Allah s.w.t dan kembali kepada Allah s.w.t. Maksud ayat Quran, di dalam dunia ini Allah s.w.t bawa ujian-ujian yang kecil, bahaya-bahaya yang kecil supaya dia terselamat daripada bahaya-bahaya yang besar, maksudnya supaya kita dapat jauhkan diri kita daripada keadaan yang tidak betul kepada keadaan yang baik. Kalau kita terlanggar batu semasa berjalan, kita harus fikir mesti ada dosa-dosa yang kita buat yang menyebabkan kita terlanggar batu. Ertinya, kalau kita fikir macam itu, langgar batu sahaja pun sudah jadi asbab untuk tarbiyah kita.

Satu kisah, Baginda s.a.w membenarkan Muaz B. Jabar untuk ambil harta zakat dan ada bahagian dia yang dia boleh gunakan untuk buat perniagaan. Beliau pergi ke Yaman. Beliau telah gunakan nasihat itu iaitu buat perniagaan. Perniagaan beliau maju. Selepas Rasulullah s.a.w wafat, Hadzrat Umar r.a jumpa dia pada musim haji di zaman Khalifah Abu Bakar r.a. Umar kata, “wahai Muaz, semua kekayaan yang kamu hasilkan melalui wang zakat, kamu ambillah mengikut keperluan kamu dan selebihnya masukkan ke dalam baitul mal”. Muaz kata, “Wahai Umar, ini semua saya punya”. Umar kata, “Masa itu ada keadaan yang datang pada diri kamu dan Rasulullah s.a.w membenarkan kamu menggunakan duit zakat untuk perniagaan, sekarang kamu ambil mengikut keperluan kamu supaya keadaan buruk tidak berlaku pada kamu dan yang selebihnya berikan pada baitul mal”. Muaz kata, “Tidak”. Malam itu dia mimpi, dia tengah lemas dalam lautan dan Umar selamatkan dia. Esok paginya, dia cari Umar, “Wahai Umar, kamu telah selamatkan saya, ambillah semua harta ini dan masukkan ke dalam baitul mal. Apa yang kamu nasihat, itu semua betul”. Ini adalah isyarat untuk orang-orang yang beriman.

Orang yang benar-benar beriman, apa sahaja isyarat daripada Allah s.w.t sudah cukup untuk bawa dia ke jalan yang betul. Inilah maksud daripada langgar batu atau apa pun, ia adalah isyarat daripada Allah s.w.t. Orang yang tidak ada iman, atau tidak yakin kepada kudrat Allah s.w.t, isyarat-isyarat Allah s.w.t semuanya dia tidak faham. Perniagaan rugi, rugi demi rugi, tetapi dia tidak faham kenapa rugi. Dia kena fikir kerugian datang daripada Allah s.w.t, Allah mahu saya tanya, kenapa saya rugi? Apa amalan yang saya buat menyebabkan saya rugi?

Satu tamsil, kuda diikat dengan tali dan tali diikat pada satu kayu. Tali dipanjangkan supaya kuda boleh bergerak, makan rumput dsbnya, supaya kuda kenyang. Kalau tali itu pendek, kuda tidak akan dapat ruang yang cukup untuk makan dan dia akan lapar. Oleh itu, tuan kuda akan panjangkan tali dan kuda boleh bergerak ikut suka hati dia supaya kenyan.

Itulah keadaan kita, kita diikat dengan tali Allah s.w.t. Allah s.w.t beri kelonggaran kepada kita, tali dipanjangkan, Allah s.w.t tengok apa kita buat. Kuda makan ikut suka hati dia, bila sedang makan, ia akan bergerak dan bergerak ke hadapan tanpa tengok keliling, terus jalan dan makan sehingga satu tahap, bila jalan lagi ke hadapan akan tertarik dengan tali. Apa maksudnya? Dia kena patah balik. Begitulah hal orang-orang mukmin dengan Allah s.w.t. Kuda bergerak, makan rumput, bila lebih daripada had maka tali akan tertarik/tegang. Apa maksudnya? Supaya kembali, rumput ada lagi, janga pergi luar.

Peniaga-peniaga, dalam perniagaan sepatutnya mereka untung tetapi rugi, itu maksudnya tali mereka sudah ditarik, mereka sudah keluar daripada kawasan yang dibenarkan. Bila keadaan seperti ini datang, orang beriman terus akan kata, mesti saya ada buat apa-apa kesilapan yang menyebabkan saya kena tarik. Orang tidak beriman pula, bila keadaan buruk datang, dia tidak akan tanya kenapa keadaan buruk datang, dia tidak fikir untuk bereskan penyakit dia, penyakit beres pun, dia tidak akan tanya kenapa beres.

Bila keadaan buruk datang kepada kita, itu bukan maksudnya kita amal. Keadaan buruk datang kerana mungkin ada benda yang buruk yang kita buat, kita kena tinggalkan. Mungkin ada amalan haram yang datang dalam kehidupan kita. Allah s.w.t bawa keadaan buruk supaya kita kembali kepada Allah s.w.t. Contoh, satu orang cari pencarian melalui cara yang haram, Allah s.w.t bawa keadaan buruk kerana makan benda haram, selepas itu waktu malam dia doa. “Ya Allah, bereskan keadaan aku”, dia tunggu keadaan dia ubah melalui doa. Manalah doa macam ini akan dimakbulkan kerana darah yang bergerak dalam anggotanya adalah haram.

Sekarang kita kembali kepada solat, usaha melalui solat untuk dapat kejayaan. Tidak ada apa-apa syak wasangka solat dapat menahan kita daripada amal yang buruk. Solat akan bawa bantuan Allah s.w.t kepada kita tetapi untuk dapat faedah daripada khazanah Allah s.w.t, yang dituntut sebelum solat ialah dia kena sabar. Bila sabar dan solat, barulah Allah s.w.t akan sempurnakan, “wastainu bis sob riwas solah”. Dalam keadaan susah, perintah pertama datang untuk sabar, kemudian solat supaya dapat menafaat direct daripada khazanah Allah s.w.t, iaitu melalui sabar dan solat. Tanpa sabar, walaupun dia solat, solat hajat minta dan minta dan minta, Allah s.w.t tidak akan sempurnakan kerja dia. Kita kena usaha untuk memperbaiki solat dan solat akan dapat diperbaiki melalui sabar, barlah kamu akan dapat menafaat daripada khazanah Allah s.w.t. Apa maksud sabar? Bertentangan dengan keinginan diri, tetap teguh atas perintah-perintah Allah s.w.t.

Ada 2 jenis batil. Batil luar dan batil dalam. Batil diluar ialah kekufuran dan batil di dalam ialah keinginan diri. Batil luar menahan kita daripada perintah Allah s.w.t dan batil dalam diri pun menahan kita daripada perintah Allah s.w.t. Kedua-dua pun menahan kita daripada perintah-perintah Allah s.w.t. Menahan dari perintah Allah bermaksud menahan kita daripada hendak amalkan perintah-perintah Allah s.w.t. Bati luar ialah kufur dan sifat kekufuran ini menahan kita daripada hendak mengamalkan perintah-perintah Allah s.w.t. Batil dalam diri ialah keinginan nafsu kita yang juga menahan kita daripada mengamalkan perintah-perintah Allah s.w.t. Batil luar ialah ia akan tengok keadaan luar, undang-undang kerajaan begini, begitu, dan ia akan bergerak dalam perniagaan kita.

Seorang peniaga akan melihat apa itu undang-undang perniagaan dalam negara dia tetapi dia tidak melihat apa perintah-perintah Allah s.w.t dalam perniagaan, walhal tuntutan pertama ialah melihat perintah-perintah Allah s.w.t untuk dia dalam perniagaannya. Selepas itu kita buat amal untuk ubah keadaan. Kita tidak amalkan perintah Allah dalam perniagaan. Bila keadaan buruk datang, kita tambahkan ibadat untuk baiki kita punya keadaan. Maulana Yusuf rah. kata, “Melalui ibadah, kita tidak akan dapat melawan syirik”. Maksud melawan syirik ialah meninggalkan syirik. Melalui ibadah kita tidak boleh meninggalkan larangan-larangan Allah s.w.t. Untuk melawan syirik hanya dengan kekuatan iman.         

Kita buat satu dosa, kita buat perniagaan melalui dosa, hasilnya kita makan, makanan itu menyebabkan solat kita tidak diterima, oleh itu macam mana dosa itu dapat dilenyapkan dengan solat kita. Dosa kita dalam perniagaan atau apa-apa yang kita buat dalam mencari rezeki, dosa itu kita hendak basuh dengan solat kita, tidak boleh! Dosa hanya boleh dibasuh dengan iman kerana iman akan bawa taqwa dalam diri. Tanpa taqwa, sabar tidak berguna. Kalau musibah datang pada seorang Islam, kita kata, bersabar sajalah! Bila kedaaan buruk datang, sabar sahaja, dengan itu keadaan tidak akan berubah. Dengan sabar sahaja keadaan tidak akan beruah. Dia kena tanya diri sendiri kenapa keadaan buruk datang kepada saya. Dia kena usahakan sifat taqwa. Apa itu taqwa? Iaitu tinggalkan larangan dan kembali kepada Allah s.w.t. Selepas itu, mula buat apa yang diperintah oleh Allah s.w.t, maka barulah akan dapat menafaat. Orang yang bersabar akan dapat menafaat daripada Allah s.w.t kerana taqwanya, bukan kerana sabarnya. Ayat Quran, “Keselamatan dalam dunia ini akan datang kepada orang yang sabar kerana taqwa mereka dan diakhirat pun Allah s.w.t akan beri pada mereka nikmat-nikmat”. Ini disebabkan taqwa dan sabar mereka.

Pencuri pun sabar. Bila polis kejar macam mana pun, dia tidak bertindak balas, dia sabar, apa sahaja orang polis buat padanya, dia sabar, tetapi dia masih tidak tinggalkan kerja mencuri tersebut. Dia kena tangkap pun dia sabar, dia kena belasah pun dia sabar, tetapi dia tidak tinggalkan amalan mencuri. Kenapa? Kerana pencuri ini tidak ada taqwa. Dia ada sabar tetapi tidak ada taqwa.

Allah s.w.t punya hukuman datang kepada kita kerana kita tidak sabar dan juga kerana tidak ada taqwa. Bila kita bersabar dan bertaqwa, semua batil akan dilenyapkan oleh Allah s.w.t. Batil yang menyusahkan kita atau keadaan yang menyusahkan kita akan dijauhkan oleh Allah s.w.t  bila ada sabar dan taqwa.

Ambiya a.s bersabar dengan taqwa. Bila kita bersabar, kita akan diuji, bila diuji, kita bawa taqwa dalam diri kita, kita akan lulus ujian tersebut. Sekiranya kita tidak bertaqwa, kita akan gagal dalam ujian kita. Yusuf a.s bersabar, selepas itu bertaqwa, maka Allah s.w.t bagi kejayaaan pada beliau. Apa maksud taqwa? Dia diuji, Yusuf a.s sabar, Allah uji lagi. Ayat Quran, “Orang yang kata kami sudah beriman, adakah mereka anggap mereka tidak akan diuji oleh Allah s.w.t?”  Semua orang beriman akan diuji.

Allah s.w.t dapat tahu dengan jelas, yang kata dia beriman, siapa yang pembohong dan siapa yang bercakap benar. Orang-orang beriman akan diuji dan yang bertaqwa dan sabar akan berjaya, dan kalau tidak betaqwa akan gagal dalam ujian itu. Keadaan buruk datang kepada kita kerana kita langgar perintah Allah s.w.t. Bila kita langgar perintah Allah s.w.t, di akhirat nanti kita akan diazab. Jangan tuan-tuan anggap kalau kita susah di dunia, selepas itu diakhirat kita tidak akan diazabkan. Orang yang tinggalkan solat dan keadaan buruk datang kepada dia, dia rasa kerana keadaan buruk itu, dia tidak akan dihukum diakhirat nanti, tidak!
Kalau tinggalkan solat, keadaan buruk datang di dunia dan di akhirat pun akan diazab juga. Kita kata, biarlah di dunia ini betapa susah pun, asalkan diakhirat nanti kita senang, tidak! Susah yang datang kerana langgar perintah Allah s.w.t, di akhirat esok akan dihukum juga. Sesiapa yang bertaqwa, kesudahan dia akan baik. Sesiapa yang tidak ada taqwa, dia tidak akan dapat kejayaan melalui sabar sahaja. Sabar dan taqwa, barulah solat akan bernilai dan bermutu. Bila sabar datang dengan taqwa, barulah mutu solat akan bertambah.

Tanpa sabar dan taqwa, kudrat Allah s.w.t tidak akan bersama dengan kita. Akibat kesudahan yang baik di akhirat untuk orang yang bertaqwa, ini janji Allah s.w.t. Dalam dunia ini, berdasarkan taqwa, Allah s.w.t akan beri jalan untuk kita, mudahkan jalan kita untuk amalkan perintah-perintah Allah s.w.t kerana Allah s.w.t pencipta semua asbab. Bila seorang beriman bertaqwa, Allah s.w.t guna kudratNya untuk beri asbab kepada dia, beri jalan kepada dia dan Allah s.w.t juga boleh beri kejayaan kepada dia tanpa asbab.

Hari ini kita cakap, Allah s.w.t tunjukkan kudratNya melalui asbab sahaja, ini tidak betul. Melalui asbab Allah s.w.t uji kita. Allah s.w.t zahirkan kudratNya dalam asbab untuk uji kita supaya orang ini yang melihat asbab, dia bawa balik kepada asbab atau dia bawa balik kepada Allah s.w.t. Benda yang kita lihat, jadi melalui asbab, Allah s.w.t hendak uji kita. Adakah Allah s.w.t yang buat atau kita yang buat. Contoh, peniaga dapat bijirin sebab Allah hendak uji, adakah kita hendak yakin kudrat Allah atau kita yakin atas bumi. Semua hasil kita dapat untuk diuji, kena bawa balik kepada Allah s.w.t, iaitu ini datang kerana kudrat Allah, daripada Allah s.w.t.

Semua penjelmaan kudrat Allah s.w.t dalam asbab adalah untuk uji kita. Apa juga yang diciptakan oleh Allah s.w.t, segala ciptaan Allah s.w.t, ini adalah sunnatullah. Satu ialah kudrat Allah, satu lagi ialah sunnatullah. Dari bumi dapat hasil, ini adalah sunnatullah, kudrat Allah ini sunnatullah. Maksud sunnatullah, sesuatu perkara Alah s.w.t yang buat. Jadi, untuk Allah s.w.t zahirkan kudratNya, Allah s.w.t gunakan sunnatullahNya. Kadang-kadang untuk hendak kenalkan kekuatan Allah, Allah s.w.t buat bertentangan dengan kudratNya sendiri. Beritahu pada manusia, sunnatullah pun kudrat Allah, kudrat Allah tidak terikat dengan sunnatullah. Macam mana hendak padamkan api? Guna air. Allah s.w.t tidak terikat dengan air untuk padamkan api. Oleh itu, bila Ibrahim a.s di campak ke dalam api, Allah s.w.t tidak gunakan air untuk padamkan api. Ini ialah untuk kenalkan kudrat Allah. 

Bila kita buka kedai perniagaan, kita kata, Ya Allah, berikanlah kejayaan pada saya melalui kedai ini. Ini adalah satu permintaan yang buruk. Ya Allah, saya hendak maju dalam perniagaan ini. Kita kena minta bantuan daripada Allah s.w.t ialah dengan, Engkau beri kejayaan pada saya dengan kudrat Engkau, terpulanglah pada Allah samada hendak beri kejayaan pada kita melalui kedai, melalui perniagaan, melalui apa cara sekalipun. Allah s.w.t tidak terikat dengan kedai, tidak terikat dengan apa-apa untuk beri pada kita kejayaan.

Bila Allah s.w.t hendak bantu Ibrahim a.s, malaikat pun tidak digunakan, bukan sahaja Allah tidak guna air, malah malaikat pun Allah tidak mahu guna. Allah hendak bantu, sunnatullah ialah turunkan hujan untuk padamkan api. Allah tidak terikat dengan sunnatullah. Allah s.w.t tunjuk dalam kisah Ibrahim a.s. Semua perkara berkaitan dengan hal dunia, Allah s.w.t kendalikan melalui para malaikat tetapi Allah s.w.t tidak gunakan malaikat untuk padamkan api yang membakar Ibrahim a.s. Ayat Quran, “Kami bantu hamba-hamba Kami melalui malaikat”. Allah tidak terikat dengan malaikat untuk bantu sesiapa. Bila malaikat datang kepada Ibrahim a.s, dan hendak bantu Ibrahim a.s, dia kata, “Saya tidak perlukan awak kerana awak bantu pun ikut kudrat Allah s.w.t”. Lebih baik minta bantuan terus kepada Allah s.w.t.

Bila Allah s.w.t zahirkan kudrat melalui asbab, bukan untuk kita meningkatkan iman kita atas asbab itu tetapi meningkatkan asbab kita atas kudrat Allah s.w.t. Pandangan kita tidak harus pergi kepada asbab. Hari ini, kita fikir macam mana asbab kita jadi lebih baik, selepas itu, bila kita yakin atas asbab, kta akan solat dan minta asbab. Ayat Quran, “Barangsiapa yang ingat, kudrat Allah akan bantu dia melalui perintah-perintah Allah s.w.t, maka dia akan minta kudrat Allah s.w.t”. “Ya Allah, biarlah kudrat Engkau bersama dengan saya untuk selesaikan masalah”, kalau tidak dia akan minta asbab, minta pada Allah dengan solat tetapi minta asbab.

Melalui ibadah sahaja bantuan Allah s.w.t tidak datang. Ada 2 jenis ibadah. Satu ibadah melaksanakan perintah Allah s.w.t. Satu lagi ibadah melaksanakan perintah Allah s.w.t dalam asbab. Perintah Allah dalam asbablah akan tarik rahmat Allah s.w.t. Kudrat Allah tidak terikat dengan asbab tetapi amalan kita, ibadah kita, contoh 3 orang pemuda yang terperangkap dalam gua. Mereka tidak minta bantuan Allah melalui ibadat. Mereka minta bantuan Allah melalui muamalat, muasyarat dan akhlak. Bantuan yang mereka dapat ialah selamat daripada gua, kerana mereka dapat menyempurnakan hukum-hukum ibad’ iaitu menyempurnakan hak-hak hamba-hamba Allah. 3 orang minta doa atas amal mereka yang berhubung dengan manusia, bukan amalan mereka yang direct dengan Allah s.w.t.

Allah s.w.t tidak berkata jangan berzina, Allah s.w.t kata jangan menghampiri zina. Perintah Allah ialah jangan menghampiri zina. Manusia yang menahan diri dia daripada benda yang haram, menahan dia daripada buat perkara yang haram, kekuatannya begitu kuat sehingga satu batu yang besar boleh bergerak. Pertama ialah dengan muasyarat, satu pemuda kata, Ya Allah sepupu aku minta bantuan daripada aku, dia seorang yang miskin, aku hendak bantu dia dengan syarat berikan tubuh dia pada aku, aku terpikat dengan dia, aku hendak berzina dengan dia, tetapi dia telah menolak permintaan aku, bila hendak berzina sepupu itu kata, “Takutlah pada Allah”. Aku pun takut dan tinggalkan amalan itu. Engkau terimalah amalan itu kerana aku takut pada Engkau, maka batu yang menutup gua telah terangkat sedikit.

Ketiga-tiga pemuda ini, membuat permintaan berdasarkan mereka punya muamalat, muasyarat dan akhlak.

Kedua ialah dengan muamalat, satu pemuda lagi kata, Ya Allah satu orang telah datang dan kerja dengan aku, aku hendak bayar gaji pada dia, tetapi sebelum sempat bayar gaji, dia sudah pergi. Selepas itu, aku gunakan gaji dia untuk buat perniagaan. Perniagaan aku jadi maju. Lama selepas itu, dia kembali dan minta gaji. Aku bagi semua pada dia kerana itu hak dia. Orang ini bukannya buat amal puasa, solat dsbnya, tetapi dia buat ehsan melalui muamalat. Aku buat ini kerana Engkau, gerakkanlah batu ini, maka Allah s.w.t gerakkan sedikit lagi batu tersebut. Ini adalah kekuatan amalan melalui muamalat. Apa juga keadaan berlaku pada umat, bila keadaan buruk datang, akan dapat dijauhkan bila kita amalkan agama yang sempurna. Maksud daripada agama yang sempurna ialah semua umat kena amalkan agama yang sempurna. Bila sesuatu keadaan datang atas umat, umat itu kena amalkan agama, barulah keadaan buruk itu akan dijauhkan oleh Allah s.w.t. Islam yang ada di Madinah, iaitu Islam dalam setiap bahagian agama, mereka amalkan Islam dalam perniagaan, muamalat, muasyarat, setiap bahagian kehidupan mereka. Islam yang ada pada kita hari ini ialah Islam bahagian-bahagian. Kalau keadaan membenarkan baru kita amal Islam, kalau keadaan menuntut baru kita amalkan Islam, kalau ahli keluarga benarkan baru kita amal Islam.

Dalam gua ada 3 orang, dengan satu orang punya amalan tidak cukup untuk ubahkan batu untuk selamat ketiga-tiga pemuda tersebut. Ketiga-tiga orang punya amalanlah yang menyebabkan mereka selamat. Bila keadaan buruk datang kepada umat, ada golongan yang baik buat amal ibadah, ini tidak cukup untuk selamatkan semua orang. Semua orang kena amalkan agama. Sebab itu kena buat usaha atas umat supaya semua orang dalam umat buat amal yang baik. Umat dalam kegelisahan. Amal-amal infradi ada. Umat tetap dalam kegelisahan kalau amal infradi sahaja yang ada pada orang-orang tertentu. Satu orang punya amal infradi tidak akan dapat selamatkan umat daripada keadaan buruk. Dalam gua, satu orang punya amal infradi tidak dapat selamatkan mereka.

Tuan-tuan faham?

Ketiga-tiga mereka dapat selamat kerana amalan mereka bertiga, bukan satu orang sahaja punya amalan. Satu orang punya amalan tidak cukup untuk selamatkan diri dia sendiri pun. Satu orang buat doa, mengikut amal dia, Allah s.w.t buka pintu untuk bagi dia keluar, dan kemudian tutup semua, tidak!

Ketiga ialah dengan akhlak. Hukukul ibad’, ya Allah, satu malam susu diminta oleh ibu aku, anak-anak aku menangis minta susu tersebut, tetapi aku tidak beri pada mereka selagi aku tidak beri susu itu pada ibu aku. Sekiranya amal yang aku buat, Engkau suka amal ini, bukakanlah jalan untuk aku, maka batu telah bergerak sedikit. Jalan dibuka sedikit-sedikit supaya semua ketiga-tiga mereka boleh keluar serentak berdasarkan amalan masing-masing.

Oleh itu, kejayaan akan datang melalui agama yang sempurna, bukan sebahagian agama. Hari ini, kita selalu buat, dalam bahagian hidup ini amal agama, dalam bahagian hidup itu tidak perlu amal agama, maka kejayaan tidak akan datang. Keadaan kita sekarang, kita buat amalan kerana keadaan terdesak. Agama kita cacat. Buat amalan kerana terpengaruh dengan suasana. Kejayaan akan datang dengan kesempurnaan agama dalam diri kita. “Saya ulang ballik”, kata maulana, satu ialah kita buat amal-ibadat kerana itu ialah perintah Allah s.w.t, satu lagi ialah kita buat amal kerana keadaan terdesak. Sedikit sangat orang yang buat amal kerana ianya perintah Allah dan terpulanglah pada Allah samada Dia hendak bagi kejayaan atau tidak. Sedikit sangat orang yang macam ini. Samada dia bagi dunia pada saya atau tidak, itu terpulang pada Allah s.w.t.

Agama ikut perintah adalah agama yang sempurna dan agama ikut keadaan adalah agama yang cacat. Agama ikut keadaan adalah sementara dan agama ikut perintah adalah kekal. Agama ikut keadaan adalah sepertimana ubat untuk pesakit, iaitu makan bila perlu. Bila sakit, makan. Bila sembuh, tidak perlu makan. Doktor akan beritahu, ubat ini untuk 4 atau 5 hari, selepas itu jangan makan lagi. Umat pun macam itu juga, ambil agama macam ubat. Bila keadaan buruk, buat amal-ibadah. Hilang keadaan buruk, tingalkan agama, sepertimana bila hilang demam tinggalkan ubat. Inilah tahap umat sekarang.

Buat usaha untuk memperbaiki yakin. Tuan-tuan buat amal untuk menambahkan yakin dan bersama dengan itu juga tuan-tuan buat amal untuk merosakkan yakin, yakin tidak akan sempurna. Siang dengar bayan, malam baca suratkhabar, maka yakin tidak akan sempurna. Hari ini, orang keluar tabligh bukan untuk meningkatkan iman, tetapi untuk memperbaiki keadaan, selepas itu, tidak ada yakin pada kudrat Allah s.w.t, yakin hanya pada undang-undang kerajaan dsbnya. Kita mahu tuan-tuan keluar tabligh supaya tuan-tuan usaha, supaya tuan-tuan yakin, Allah s.w.t yang buat semua perkara.

Kita amal perintah Allah untuk dapat keredhaan Allah. Samada Allah bereskan keadaan kita atau tidak, itu kita tidak kisah. Tuan-tuan sekarang dengar bayan, lepas itu hendak keluar, lepas itu tuan-tuan minum teh, lepas itu baca suratkhabar dalam kedai, lepas itu tafsir cerita dalam suratkhabar, apa yang didengar dalam bayan semua sudah hilang. Kalau tidak percaya, keluar sekarang dan pergi tengok kedai-kedai, penuh dengan orang minum teh tetapi tengah keluar dalam jemaah sekarang. Maulana Yusuf rah. kata, jemaah datang ke sini, lepas itu mereka ketagih dengan teh , mereka suruh buat kedai teh yang kecil disini. Maulana Ilyas rah. beri izin supaya majmak terselamat dari pergi jauh-jauh untuk minum teh, mereka boleh minum teh cepat-cepat, supaya mereka terselamat daripada menggunakan masa mereka untuk keperluan-keperluan luar. Satu ketika, tinggal sedikit orang sahaja, Maulana Ilyas rah. tanya, mana orang-orang semua? Tadi orang ramai, mana diaorang sudah pergi? Maulana Munsyi pada masa itu sedang bagi bayan, beliau terus berhenti bayan dan keluar, tengok kedai di luar, orang tengah minum teh dan baca suratkhabar. Kamu datang ke sini untuk rosakkan iman atau baiki iman?

Kita kena dengar, bila tuan-tuan dengar apa yang dicakapkan di sini, di luar sana, cakap bertentangan dengan apa yang didengar di sini, maka iman tidak akan terbentuk. Di luar pun kena cakap apa yang kamu dengar di sini, iaitu kejayaan manusia dalam perintah-perintah Allah s.w.t. Keluar jalan Allah s.w.t ini bukan kejayaan. Ini asbab sahaja. Keluar tabligh adalah sebagai asbab sahaja, bukan hasil. Asbab kita keluar tabligh dan selepas itu kita tidak buat iradah/niat untuk hendak buat amal dengan baik dan tidak yakin kita kena selalu keluar 4 bulan, 40 hari, maka yakin tidak akan terbentuk. Ini saya cerita kepada orang-orang yang buat tabligh. Orang yang buat tabligh pun, keluar tabligh, untuk cari amal ibadah dan banyakkan amal ibadah. Di negara ini, apa akan jadi, apa kerajaan mahu, itulah akan jadi, maka macamana Allah s.w.t hendak ubah keadaan. Kita kena cakap tentang kudrat Allah s.w.t, dan bukan tentang kudrat kerajaan. Orang-orang yang membaca suratkhabar di kedai-kedai mereka tidak tahu apa yang diceritakan di sini. Apa yang tuan-tuan dengar di sini, apa tujuannya? Bukan setakat dengar dan lepas itu lupa, tidak!

Tuan-tuan dengar di sini supaya tuan-tuan keluar dan ceritakan kepada orang-orang di luar, bukan tuan-tuan keluar dan dengar orang-orang luar punya cakap. Dengar di sini dan pergi ke mana sahaja pun sampaikan apa yang tuan dengar di sini, bukan dengar mereka punya cakap dan amal atas perkara itu.

Dalam Islam ada usaha, susah payah usaha, usaha yang bersungguh-sungguh, mehnat. Jadi, orang ingat sudah keluar 40 hari, sudah mujahadahlah, ini bukan mujahadah. Beritahu pada saya mana ada satu peniaga yang tidak tinggalkan rumah dia. Keluar untuk 40 hari, 4 bulan, dalam panas, dalam sejuk tinggalkan anak isteri, semua peniaga buat perkara ini. Bila keluar untuk perniagaan tidak mujahadah tetapi bila keluar tabligh kita kata mujahadah. Keluar tinggalkan anak isteri untuk tabligh mujahadah, tetapi untuk perniagaan tidak mujahadah. Ada orang mengadu kenapa saya perlu pergi ke Dubai untuk 40 hari, tetapi untuk buat perniagaan dia tidak mengadu pula, malah dia punya azam bertambah kuat lagi. Ada orang keluar di jalan Allah s.w.t, dia kata mujahadah, aku berhutang untuk keluar dijalan Allah, aku korban. Ini korban apa? Ada tak peniaga yang tidak berhutang. Peniaga pun berhutang untuk buat perniagaan. Dia pun boleh kata, aku telah korban untuk buat perniagaan, aku berhutang, aku bermujahadah besar.

Mujahadah ialah bila kita buat amal ibadah, amalan yang perlu dibuat, kita akan sampai ke satu tahap bosan dan syaitan akan bawa ke tahap bosan tersebut. Kita mengalahkan syaitan dan tetap atas perintah Allah s.w.t, tetap atas amalan maka itu baru dipanggil mujahadah. Orang tabligh kata aku mujahadah, keluarga tidak suka, ada problem dalam rumahtangga, ingat orang bukan tabligh tidak ada problem? Semua orang ada problem. Buat dakwah dan hasil yang kita mahu ialah yakin masuk dalam hati kita.   

Comments

  1. Masyaallah...subhanallah, Allahuakbar....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir