mesyuarat malaysia 2000 - bayan subuh maulana ahmad lat

mesyuarat malaysia - nizamuddin

Tarikh - 02/09/2000


Tuan-tuan yang mulia,

Allah s.w.t telah tetapkan atas semua orang, pasti dan pasti, dia mesti datang melalui perut ibu dia. Begitu juga Allah s.w.t telah tetapkan pada semua orang untuk keluar daripada alam dunia ini hanya dengan satu jalan sahaja iaitu jalan kematian. Manusia datang dengan satu jalan dan manusia pergi juga dengan satu jalan, begitu juga untuk manusia berjaya, hanya dengan satu cara sahaja iaitu dengan amalkan agama Allah s.w.t.  Oleh itu, untuk kejayaan di akhirat,macam mana kita amalkan amalan kita di dunia, begitulah di akhirat nanti.

Sepertimana manusia datang, Allah tetapkan satu cara, satu sunnah, dan manusia kembali pun dengan satu cara, begitu juga untuk manusia berjaya di akhirat, satu cara, satu sunnah, iaitu manusia amalkan agama, tidak ada jalan kedua dan ketiga. Untuk itu, kita perlu faham, apa itu agama? Dan macam mana kita boleh jadi orang agama? Bila kita jadi orang agama dan hidup sebagai orang agama, maka kesannya dimana? Apakah kesannya? Apa kesan melalui kita amalkan agama? Satu orang yang amal agama nampak seperti sebelum hujan, iaitu sebelum hujan nampak awan mendung, awan hitam, datang angin sejuk, dengan tanda-tanda ini orang akan kata hujan akan turun, semua orang tahu bahawa hujan akan turun. Dengan tanda-tanda ini, maka orang akan teringat bahawa kain yang dijemur perlu diangkat, takut nanti basah kena hujan. Begitu juga bila agama datang dalam kehidupan manusia, apa kesannya? Apa tandanya? Dengan tanda-tanda tersebut maka manusia tahu agama ada dalam kehidupan dia. Bila agama datang dalam kehidupan seseorang, apa natijahnya? Apa hasilnya? Setakat ini kita kena faham. Tuan-tuan faham?

Sepertimana sunnatullah-sunnatullah yang lain, tidak ada perubahan, begitu juga Allah s.w.t telah tetapkan satu sunnah bahawa kejayaan hanya dalam agama, dalam agama, dalam agama (Maulana ulang 3 kali). Kejayaan tidak ada pada benda-benda lain dan kalau satu orang langgar perintah Allah dan dia nampak bahawa ada juga kejayaan selain daripada agama, ini adalah tipu daya mata dia. Dengar kata kejayaan dalam agama, kejayaan dalam agama, tetapi nampak dalam benda lain pun ada kejayaan, ini dalah tipu daya. Macam kita nampak dipadang pasir ada cahaya kelip-kelip keluar daripada pasir, nampak macam ada air disana, bila pergi dekat tidak ada air pun, pergi kedepan lagi, nampak macam ada air, tetapi tidak ada air, ini semua tipu daya mata sahaja. Cahaya yang keluar daripada pasir, nampak macam ada air tetapi sebenarnya tidak ada, itulah tipu daya mata.

Allah berfirman dalam Quran, bahawa satu orang yang ikut jalan selain daripada jalan agama, langgar perintah Allah, dan dia mempermainkan perintah Allah dan dia derhaka pada Allah, kita nampak semua ini bila safar ke timur, ke barat, ke utara, ke selatan, dan kita nampak kehebatan pada orang yang langgar perintah Allah, macam-macam benda asbab ada pada dia, maka jangan kamu tertipu dengan asbab zahir yang ada pada mereka, sesungguhnya Allah s.w.t telah sediakan neraka jahannam untuk mereka. Allah s.w.t beritahu, ‘mataq ul kholil’mataq itu apa?  Banyak dalam hadith-hadith. Saya tidak mahu cerita panjang. Mataq maknanya lebihan kain. Kain yang lebih-lebih yang kita gunakan untuk buat basuh pinggan atau pada zaman dulu, kain digunakan untuk wanita yang uzur. Itulah mataq sebenarnya. Begitu juga yang kita nampak hari ini, dunia yang Allah sebut mataq yang ada pada orang, dia ada duit, dalam bank 1, dalam bank 2, dalam bank 3, duit dan harta dia di seluruh dunia, semua dikumpulkan, itu ialah mataq.

Tuan-tuan yang mulia,

Kejayaan hanya dalam agama, tidak ada pada benda lain. Semua orang yang telah berjaya sebelum ini, berjaya dengan sebab agama, samada individu, keluarga, kaum, kabilah, kampung, daerah, negeri, negara, semuanya telah berjaya, berjaya dengan sebab agama. Orang yang sedang berjaya, berjaya dengan sebab agama. Orang yang akan berjaya sehingga hari qiamat, berjaya dengan sebab agama.

Tuan-tuan faham?

Yakinlah bahawa kejayaan hanya dalam agama, maka bila diputuskan bahawa kejayaan hanya dalam agama, untuk itu wang ringgit, harta, pangkat, warna kulit, tanah, ini semua bukan lagi jadi syarat. Siapa duit banyak dia berjaya, siapa pangkat besar dia berjaya, siapa ada tanah dia berjaya, ini semua bukan syarat. Duit ada atau tidak ada, pangkat besar atau pangkat kecil, ada tanah atau tidak ada tanah, negara mana dia tinggal, apa sahaja keadaan dia, satu sahaja keputusan yang Allah s.w.t buat iaitu kejayaan hanya dalam agama.

Apabila kejayaan seluruh manusia dalam agama, maka perkara pertama sekali yang difardhukan oleh Allah s.w.t atau perkara asas yang diperlukan oleh setiap manusia ialah usaha supaya dia jadi orang agama. Ini perkara asas yang sangat diperlukan oleh manusia. Samada dia orang kaya, orang miskin, orang pangkat kecil, orang pangkat besar, negara kecil, negara besar, yang paling asas bagi dia, pertama sekali, usaha supaya dia jadi orang agama, sebab semua orang hendak berjaya. Sebelum itu perlu kita faham apa itu agama?

Tuan-tuan yang mulia,

Mula-mula kita kena faham, agama bukan apa yang saya dan tuan-tuan faham. Agama bukan apa yang difahami oleh Abu, Umar, Ali, Sayed. Yang dikatakan agama ialah apa yang dibawa oleh nabi-nabi. Itu adalah agama. Nabi s.a.w, penghulu kepada semua nabi-nabi, beliau juga bawa agama sepertimana nabi-nabi yang lain. Nabi s.a.w dihantar oleh Allah s.w.t untuk bawa agama. Dalam hadith Bukhari, bahawa pada setiap zaman, selepas seorang nabi wafat, Allah s.w.t hantar nabi yang lain, tetapi satu perkara yang khusus daripada Nabi s.a.w, iaitu Nabi s.a.w beritahu, tidak ada nabi lagi selepas daripada aku. Dulu, Allah s.w.t hantar nabi, walaupun pada satu waktu kadang-kadang dua-tiga nabi dihantar, ada nabi yang khusus dihantar untuk satu kaum, satu negara, ada setengah nabi Allah hantar untuk satu bandar, nabi Syuib a.s dihantar khusus untuk buat usaha di satu bandar sahaja, bandar Madyan. Kadang-kadang Allah s.w.t hantar untuk 50,000 atau 100,000 orang, nabi Yunus a.s, begitu juga nabi Nuh a.s, dihantar untuk buat usaha untuk satu kaum, “Sesungguhnya Kami telah hantar Nuh a.s untuk satu kaum”. Ada nabi dihantar untuk satu keluarga, “Sesungguhnya dia menyeru keluarganya untuk solat dan zakat”. Bila Nabi s.a.w dihantar, maka Allah s.w.t telah iklankan melalui lidah Nabi s.a.w, “Katakan wahai Muhammad, beritahulah pada umatmu, bahawa aku ialah rasul  untuk semua kamu yang dihantar oleh Allah s.w.t, untuk seluruh manusia sehingga hari qiamat”. Nabi s.a.w adalah nabi yang dihantar untuk setiap individu manusia di seluruh manusia.

Sepertimana pada setiap zaman, kejayaan manusia bagi setiap zaman adalah ikut nabi pada zaman tersebut, begitu juga sekarang, untuk manusia berjaya, di timur, di barat, di utara, di selatan, dia kena ikut kehidupan Nabi s.a.w, samada dia peniaga, ataupun apa sahaja jurusan yang dia buat, maka kejayaan setiap manusia hanya sanya dengan cara hidup Nabi s.a.w.

Allah s.w.t ta’rufkan/memperkenalkan Nabi s.a.w, siapa Nabi s.a.w ini, kenapa dihantar, Kami hantar kamu sebagai pembawa berita gembira, pembawa berita menakutkan, sebagai seorang da’i dan sebagai cahaya cahaya yang menerangi. Allah s.w.t beritahu nabi s.a.w sebagai pelita yang menyala. Allah s.w.t tidak kata nabi sebagai matahari yang bercahaya atau bulan yang bercahaya. Allah s.w.t kata, “sirojam munira”. Kenapa? Cahaya dari pelita pertama akan lahirkan cahaya kedua. Pelita ke pelita. Begitu juga dengan sifat Nabi s.a.w, cahaya ini akan berpindah ke umat ini dan umat ini buat kerja nabi.

Tuan-tuan yang mulia,

Satu sebagai “sirojam munira” dan satu lagi syahidan”, sebagai saksi memberi berita gembira dan berita menakutkan yang boleh didapati melalui ta’alim fadhail. Duduk dalam halaqah ta’alim fadhail sehingga rasa takut dengan amaran-amaran daripada Allah s.w.t sehingga masuk ke dalam hati bahawa kalau langgar perintah Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan azab saya, Allah s.w.t akan seksa saya. Kalau saya sempurnakan apa yang Allah inginkan, maka Allah s.w.t akan suka dengan saya, Allah s.w.t akan beri saya ganjaran. Bashir maknanya memberi berita gembira, yakin dengan berita-berita gembira yang Nabi s.a.w beritahu sehinggalah datang keghairahan kalau saya sempurnakan apa yang Allah suruh, maka Allah akan beri dan beri dan beri dan saya yang hendak ambil akan letih.

Nabi s.a.w adalah bashir dan nazirNazir bukan maknanya menakutkan. Nazir biasanya kita terjemahkan sebagai menakutkan. Nazir bukan hanya menakutkan bahkan makna nazir ialah orang yang dalam hati dia penuh sifat simpati pada manusia. Makna nazir juga ialah orang yang mana menghalang manusia daripada jalan yang tidak patut berjalan dan tunjuk kepada manusia jalan yang sepatutnya dia berjalan. Contoh, di bazar Boghul (berdekatan dengan Nizamuddin), dan didapati ada 2 orang sedang bergaduh dan ada polis. Satu orang yang datang daripada sana dan tanya satu orang lain yang hendak pergi ke sana, “kamu hendak pergi ke mana?”. Dia kata, “saya hendak pergi ke bazar Boghul”. “Kenapa hendak pergi sana?”. “Ada satu orang kawan yang rapat ada di sana, dia datang sekejap sahaja, saya hendak pergi jumpa dia”. “Jangan pergi”. “Kenapa?, kamu tidak bagi saya pergi, kamu musuh kawan saya?”. “Tidak, saya tidak halang kamu pergi ke bazar Boghul, kamu memang patut pergi sebab kawan kamu ada di sana, tetapi ada 2 jalan untuk pergi ke sana, jalan yang kamu hendak ikut sekarang ini ada satu bahaya, takut-takut nanti kamu tidak sampai kepada kawan kamu dan nanti kamu juga ditangkap. Kamu boleh pergi tetapi tukar jalan, ikut jalan lain, insya’Allah kamu akan sampai”. Beritahu jalan pada orang ini, iaitu memberitahu kepada dia dengan cara kasih sayang bahawa jangan ikut jalan ini, jalan ini bahaya, ikut jalan satu lagi. Dengan penuh simpati dan sayang pada seseorang, beritahu bahawa jalan satu lagi ini adalah jalan yang betul, inilah nazir.

Allah s.w.t hantar nabi s.a.w untuk beritahu berita gembira, “bashiro wa naziro”. Nabi s.a.w dihantar untuk beritahu cara hidup, cara makan, cara pakai, semuanya, dengan cara yang betul. Allah s.w.t tidak hantar nabi s.a.w untuk menghalang manusia daripada makan, minum, kahwin, berniaga. Nabi s.a.w tidak dihantar untuk menghalang semua itu tetapi Allah s.w.t hantar nabi s.a.w untuk beritahu bahawa, “wahai manusia, cara makan kamu sekarang ini tidak betul, cara kamu cari pendapatan sekarang ini tidak betul. Boleh cari pendapatan, tetapi carilah dengan cara yang betul. Nabi s.a.w bukan menghalang. Kenapa? Orang yang makan haram, makan harta orang miskin, sesungguhnya dia tidak makan harta tetapi sesungguhnya dia telah makan bara api dari api yang sedang menyala.

Satu orang duduk di Delhi, dan dia talipon satu orang beritahu bahawa, ‘saya hendak pergi ke Bombay, saya perlukan tempat tinggal di sana’. Orang itu tanya, kamu hendak bilik macam mana, ada dapur dsbnya, untuk 4 atau 5 orang. Berapa harganya? Maka sebelum dia datang, orang sudah catit nama dia, bahawa orang ini akan datang dan sudah booking rumah dia di Bombay. Dia duduk di Delhi tetapi dia sudah booking tempat di Bombay. Begitu juga, nauzubillah, satu orang duduk di dunia, tetapi dengan kehidupan dia, maka dia telah booking api neraka jahannam. Dengan amalan makan harta haram tadi, maka dia telah senaraikan nama dia dan booking api neraka jahannam. Semoga Allah s.w.t selamatkan kita. Amin.

Tuan-tuan yang mulia,

Allah s.w.t berfirman, tiap-tiap orang akan diperlihatkan buku catitan amalannya. Akan dipakaikan satu kalung daripada neraka jahannam. Kamu bacalah kitab kamu sendiri. Pada waktu itu, dia akan nampak semua kesalahan-kesalahan yang dia telah buat. Dia baca buku itu dan dia tengok di tepi arash Allah s.w.t, kalau salah ini, ini hukumannya. Dia baca, dia tengok tepi arash Allah, dia baca, dia tengok. Segala dalam buku catitan amalan bertentangan dengan apa yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sudah tahu, kesalahan ini, azab ini, sudah tertulis di tepi arash Allah s.w.t. Masa itu, dia akan menjerit, maka pada waktu itu, tidak berguna lagi. Allah s.w.t beritahu, “Dulu Kami telah hantar orang untuk azan dengan suara yang kuat, tetapi kamu masih tetap dengan kehidupan kamu, dan juga Kami telah hantar Nabi s.a.w, beritahu jalan syariat, tetapi kamu tetap dengan jalan kamu sendiri”.

Tuan-tuan yang mulia,

Sepertimana seorang muazzin, dia azan, tutup telinga dia, dia perdengarkan suara dia, dan kamu pula untuk supaya suara muazzin tidak didengari, kamu tutup telinga. Muazzin tutup telinga untuk dengarkan suara dia, kamu pula tutup telinga supaya tidak dengar suara muazzin. Begitu juga Nabi s.a.w, telah buat dakwah, telah kuatkan suara dia supaya manusia dengar, kamu pula tutup telinga kamu supaya suara Nabi s.a.w tidak masuk ke telinga kamu. Nuh a.s telah dakwah kaum dia, “ya Allah, siang, malam, terang, gelap, masa sunyi, infradi, ijtimai, aku dakwah mereka dengan cara terang-terangan, bermacam-macam cara aku telah dakwah mereka, aku usaha, tetapi mereka telah letak jari-jari mereka ke dalam telinga-telinga mereka, supaya kata-kata aku tidak sampai ke dalam telinga mereka”. Apa yang dibuat oleh kaum dia ialah tutup telinga. Kita akan taat apabila sudah dengar, tetapi, ini tidak, tutup telinga. Dalam bayan, kita patut dengar dengan tawajjuh, bila dengar dengan tawajjuh, baru akan masuk dalam hati. Bila masuk dalam hati, maka akan memudahkan kita untuk amal. Maulana kata, satu orang tunaikan hak mendengar, maka Allah s.w.t akan bagi taufik untuk dia beramal.

Nuh a.s terus merayu pada Allah s.w.t, beritahu pada Allah s.w.t, mereka letak jari dalam telinga. Muazzin azan dengan letakkan jari di telinga supaya dapat jerit habis-habisan, supaya sampai kepada manusia kebesaran Allah, kudrat Allah, kehebatan Allah, sifat-sifat Allah. Kamu iklankan supaya masuk dalam telinga manusia, kenallah Allah, bahawa Allah sangat besar, Allah maha agong, betapa besarnya Allah s.w.t, bahawa Allah maha satu yang tidak perlu kepada sesiapa.

Tuan-tuan yang mulia,

Walaupun satu orang besar di dunia ini, dia perlu orang kecil. Orang besar tetapi perlu secretary, besar apa macam ini? Kereta besar tetapi perlu skrew kecil, besar apa ni? Kapalterbang besar tetapi perlu skrew kecil. Sekarang ini zaman komputer, semua manusia hari ini telah masuk dalam komputer. Benda yang ada dalam komputer itu, kecil aje. Besar apa? Besar kuku aje. Besar kuku itulah yang control semua. Dengan komputer, kita boleh book tiket kapalterbang, atau cancell, atau standby, semuanya Allah gunakan besar kuku aje untuk control, tidak ada apa-apa pun, benda hebat macam itu pun bersandarkan pada benda sebesar kuku.

Nabi-nabi datang dan mereka betul-betul fahamkan manusia, tetapi manusia letak jari dalam telinga supaya jangan masuk kebesaran Allah ke dalam hati. Allah sangat besar, betapa besarnya Allah s.w.t, bukan besar macam orang dunia ini. Orang dunia, tiap-tiap orang yang besar dalam dunia perlu pada orang kecil. Allah tidak perlu pada tempat, rupa, untuk turunkan hujan Allah s.w.t tidak perlukan langit, untuk tumbuhkan tumbuh-tumbuhan Allah s.w.t tidak perlukan bumi, untuk menjauhkan lapar Allah s.w.t tidak perlukan makanan, untuk menjauhkan sakit Allah s.w.t tidak perlukan ubat. Maha satu dan tidak ada syirik, tidak ada yang bersama-sama Dia, tidak ada misal, Dialah paling besar, maha besar, dan tidak ada seumpama macam Allah s.w.t. Begitu besarnya Allah s.w.t. Macam mana hendak kenal Allah? Dalam dunia ini, semua manusia dalam dunia ini dari segi kenal Allah, yakin pada Allah, dia buta, semua buta. Dia mungkin tahu itu, tahu ini, tetapi dia buta dalam mengenal Allah, buta daripada kudrat Allah, buta daripada khazanah Allah, satu dunia hari ini buta dalam mengenal sifat-sifat Allah. Siapa yang akan beritahu? Sepertimana satu orang buta dalam dunia ini, maka dia perlu pada orang yang celik untuk pimpin dia. Bila orang buta ikut orang yang celik, maka dia akan sampai ke tempat yang hendak pergi. Satu dunia hari ini buta dan orang yang celik hanyalah Muhammad s.a.w. Untuk kita dapat makrifatullah, kita perlu pimpinan siapa? Muhammadurasulullah yang celik.

Allah telah bersumpah dalam Quran, malam israk mikraj, Nabi s.a.w telah dapat pergi begitu dekat dengan Allah s.w.t, yang mana mungkin hanya dia dengan Allah hanya satu anak panah atau dua anak panah, dan Nabi s.a.w bercakap/berdialog dengan Allah s.w.t. Ulamak beritahu, 50,000 perkara nabi telah bercakap dengan Allah s.w.t pada malam itu, ditunjukkan syurga, ditunjukkan neraka, asbab-asbab masuk syurga pun ditunjukkan, apakah amalan-amalan yang mengheret manusia masuk ke neraka jahannam pun ditunjukkan. Allah s.w.t telah ciptakan syurga dan telah pagarkan dengan syahwat, benda yang kita suka. Daripada 50,000 perkara antara Allah s.w.t dan Nabi s.a.w, segala rahsia telah disampaikan pada umat ini. Tidak ada satu perkara pun Nabi s.a.w telah kianatkan, tidak sampaikan kepada umat, semuanya telah disampaikan kepada umat.

Allah maha besar, sepertimana besarnya Allah, begitu juga sifat Allah, sifat Allah ada dua, satu jamaliah dan satu jalaliah (jamali & jalali). Tiap-tiap sifat ada keagongan masing-masing. Sifat jamali, rahimnya Allah. Semua nabi-nabi datang dan pertama sekali mereka ta’arufkan Allah pada manusia. Wahai manusia, kenallah Allah, bukan macam mana kamu faham, tidak!. Nabi-nabi ta’arufkan Allah pada manusia, ta’arufkan apa yang ada dalam khazanah Allah, dan beritahu juga cara macam mana untuk dapat sesuatu daripada khazanah Allah s.w.t.

Hari ini manusia bergaduh, dunia sudah jadi neraka, sebab apa? Sebab manusia ini biasanya dia akan bergaduh atas benda yang mereka nampak. Hari ini, pilihanaraya/election, hanya ada satu kerusi, tetapi yang hendak dapatkannya ramai, macam-mana tak bergaduh. Semua orang nampak kejayaan dalam kerusi. Orang kayuh basikal, orang naik motor, orang jual tepi jalan, semua nampak kejayaan dalam kerusi. Kerusi hanya satu tetapi ramai yang hendak dapatkannya. Berapa ramai? Ratusan, ribuan, jutaan yang hendak dapatkannya. Tiap-tiap orang akan usaha untuk dapatkan satu kerusi tadi. Apa sahaja yang ada pada dia, dia akan gunakan untuk dapatkan kerusi itu. Kenapa? Kerana dia nampak kemuliaan dalam kerusi.

Tuan-tuan yang mulia,

Kita nampak dalam kerusi ada kemuliaan. Nabi beritahu apa yang kamu nampak kemuliaan, itu adalah tipu daya mata kamu sendiri. Berapa banyak manusia sudah duduk atas kerusi tetapi dapat kehinaan. Berapa banyak manusia, bukan sahaja kerusi, bukan sahaja takhta, dia duduk atas kain buruk pun Allah bagi kemuliaan sampai arash Allah s.w.t. Allah s.w.t hendak bagi kemuliaan, orang yang duduk atas keldai pun Allah s.w.t muliakan dia, bawa dia ke arash sana, tempat paling tinggi. Kaisar, Allah s.w.t bagi dia satu mahkota, begitu hebat dan besar, sebesar bilik, hendak angkat pun tidak boleh, kena pakai takal untuk angkat. Bila dia duduk atas takhta dia, maka orang akan turunkan mahkota tersebut, letak atas kepala, nampak cantik, orang macam itu pun Allah telah hinakan. Sebab apa? Sebab tidak ambil agama. Sehingga sekarang masih ada lagi kesan-kesan istana Kisra. Maulana ada pergi sekali, pergi tengok. Bila lahirnya Nabi s.a.w, telah retak dinding istana Kisra. Dalam kitab ada tertulis. Sehingga hari ini, retakan tersebut masih ada lagi, tidak besar, tidak kecil, besar itulah juga. Inilah orang yang hebat, Kisra, manusia yang kita anggap hebat, macam itu keadaan dia. Besarnya istana dia macam satu kampung. Mahkota dia, tentera dia, komando dia, bila pergi memburu, dia akan bawa 1,000 ekor anjing, 1,000 hamba sahaya perempuan. Ini baru anjing, macam mana pula komando dia? Pada zaman Saidina Umar, dikatakan bila hendak jual dia punya karpet, satu jengkal, juta-juta harga dia waktu itu. Pada waktu itu, orang puji dia, tetapi hari ini sebut sahaja nama dia, semua orang laknat dia. Bila Nabi s.a.w tulis surat, dia koyak-koyakkan surat tersebut, maka nabi s.a.w kata, “dia bukan koyak surat saya bahkan dia telah koyakkan negeri dia sendiri”.

Kenallah Allah yang maha besar, maha hebat tiap-tiap sifat Allah, Allah yang memberi kemuliaan, dengan kehebatan Allah dia dimuliakan. Kalau dia hina, hina dengan kehebatan Allah. Hari ini kita nampak kemuliaan dalam kerusi, itu adalah tipu daya. Hendaklah kita faham betul-betul. Apa yang kita nampak hari ini, inilah tipudaya mata. Kemuliaan hanya ditangan Allah. Allah akan beri kemuliaan. Bila Nabi s.a.w tulis surat kepada Kisra, sahabat yang bawa surat tadi, orang yang dihantar oleh Nabi s.a.w untuk bawa surat, dia bukan macam kita, kita banyak bagi alasan, bila hendak keluar 40 hari, musim sejuk, bagi alasan tidak ada baju untuk pakai pada musim sejuk, macam-macam uzur, tidak mahu pergi, juta-juta uzur. Kita fikir macam mana saya boleh selamat daripada takazah tersebut. Tetapi pada zaman Nabi, tidak ada langsung suasana uzur untuk agama.

Pertama, imanlah sebagai asas saya, imanlah sebagai modal saya, untuk iman ini apa sahaja halangan yang datang tetap akan saya korbankan dan kekuatan iman akan datang. Untuk menguatkan iman, segala amalan akan saya dahulukan dan segala yang menghalang untuk peningkatan iman, seperti nafsu akan saya hancurkan. Mereka telah buat keputusan untuk masukkan kekuatan iman dan segala asbab yang boleh menguatkan iman, saya akan maju ke depan dan apa sahaja yang menghalang supaya iman saya jadi lemah, menghalang untuk saya maju dalam iman saya, maka segala-galanya saya akan tolak ke tepi. “Innimukminun muhajirun”, mukmin dan muhajir. Iman dan hijrah. Untuk hijrah ini, apa segala bentuk pengorbanan yang perlu saya buat, saya akan buat pengorbanan. Apa sahaja bentuk pengorbanan yang perlu saya buat, saya akan buat. Apa sahaja pengorbanan yang perlu dibuat untuk jadi orang mukmin, untuk hijrah, saya akan tinggalkan anak, isteri, apa sahaja akan saya tinggalkan. Sudah mukmin, sudah hijrah, maka mujahadah pula. Sahabat-sahabat kata, “sesungguhnya kami dapati kebaikan dalam perkara yang kami tidak suka”.

Tuan-tuan yang mulia,

Kita sudah keluar 40 hari, dengar Quran, hadith, ta’alim, sempurnakan 4 bulan. Orang mukmin bila dengar Quran mesti iman meningkat. Sudah niat 4 bulan tetapi ada sahaja halangan, bertahun-tahun, sampai 20 tahun, saya sudah bagi 40 hari, tetapi saya belum bagi 4 bulan lagi, apa maknanya? Sekarang ini saya sudah buat keputusan, sudah dengar bayan maulana, hari ini juga, apa juga halangan saya akan sempurnakan 4 bulan. Bila dia fikir macam itu, orang beriman, bila dengar cakap tentang iman, iman akan meningkat, bila dibacakan ayat Quran, Allah beritahu, orang beriman, baca ayat Quran, cakap tentang iman, maka iman dia akan meningkat, sehingga datang kekuatan, sehinggalah dengan iman tadi, dia dalam control iman, bukan orang lain control dia, iman yang control dia, maka untuk korban apa sahaja untuk takazah agama, tidak ada benda yang boleh halang dia. Tidak ada satu kekuatan yang lebih kuat untuk mendorong manusia lebih daripada iman dan tidak ada kerajaan, tentera yang boleh mendorong manusia lebih daripada kekuatan iman dan tidak ada satu perkara, tidak ada satu kekuatan yang boleh menghalang manusia daripada buat satu benda melainkan kekuatan iman dan tentera, kerajaan pun tidak ada kuasa dan kekuatan untuk menghalang seseorang itu untuk buat satu benda.

Allah basir, samiq, maha mendengar, kita kena yakin bahawa Allah basir, maha melihat, maha mendengar, masuk ke dalam lubuk hati kita, yakin bahawa Allah maha melihat, maha mendengar, sanggup meninggalkan bedding untuk pergi solat tahajjud, sanggup tinggalkan anak-isteri, sanggup buat apa sahaja untuk letakkan diri di jalan mujahadah. Satu orang yang mana iman telah masuk dan di tangan dia ada mangkuk arak, dan kalau dia sudah minum dan arak ada di kerongkong dia, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghalang dia melainkan kekuatan iman. Kekuatan iman sahaja yang boleh menghalang dia dan keluarkan semula arak yang sudah masuk ke dalam kerongkong dia.

Tuan-tuan yang mulia,

Zaman kita zaman ‘chai’, zaman teh, satu orang datang minta teh, dua orang datang minta teh. Begitu juga di zaman dulu, zaman arak, waktu itu belum diharamkan lagi. Satu orang datang bagi arak, dua orang datang bagi arak, sama seperti zaman teh macam kita sekarang. Bila datang perintah, Abu Talha Ansari r.a, dia kata, dengar ada orang iklan di luar sana, cuba dengar, “arak telah diharamkan”. Hamba dia datang dan beritahu bahawa arak telah diharamkan, maka tidak ada polis, tidak ada gari, tidak ada apa-apa pun, cuma iklan sahaja, terus semua orang 100% berhenti. Ada yang di kerongkong, telah dikeluarkan dari kerongkong. Ada yang di dalam tempayan, telah pecahkan tempayan. Satu orang yang telah minum, bila dengar sahaja bahawa arak diharamkan, maka telah keluarkan semula. Dalam sejarah telah membuktikan bahawa, bila dengar sahaja iklan haramnya arak, maka arak yang berada dalam tempayan tidak dikeluarkan masuk dalam jug, arak yang ada dalam jug tidak dikeluarkan masuk dalam cawan, arak yang ada dalam cawan tidak dikeluarkan masuk dalam kerongkong, arak dalam kerongkong tidak masuk dalam perut. Begitulah keadaan suasana bila arak diharamkan, semua telah berhenti, tidak ada satu kerajaan, tidak ada polis, tidak ada undang-undang, tidak ada apa-apa waktu itu, Allah telah haramkan arak. Perkara yang disuruh buat telah dibuat, perkara yang dilarang telah ditinggalkan, kalau ada kekuatan dalam dunia ini, untuk menghalang manusia daripada benda yang tidak boleh kepada boleh dan benda yang boleh kepada tidak boleh, hanya satu kekuatan sahaja, kekuatan apa? Kekuatan iman.

Tuan-tuan yang mulia,

Untuk sempurnakan takazah iman, tidak ada benda yang boleh halang sahabat, dengan penuh yakin atas janji Allah, mereka akan angkat kaki mereka untuk sempurnakan takazah iman. Samada perkara itu berhubung dengan rumahtangga, nikah-kahwin, perniagaan, maka telah masuk dalam hati mereka bahawa Allah akan bagi kejayaan, Allah akan bagi kejayaan dalam taat, Allah bagi kejayaan dalam iman, saya gagal, saya mati, saya apa pun, tetapi gagal dengan kehendak Allah, kalau hendak berjaya, saya akan sempurnakan kehendak Allah, dan kalau saya hendak gagal, saya tinggalkan kehendak Allah. Usaha yang kita buat sekarang ini, hendak letak nama apa pun letaklah, nama tabligh ka, nama apa pun, usaha ini adalah usaha untuk menguatkan iman.

Kamu bawa surat ini kepada Kaisar, nama sahabat itu ialah Rabi’e b. Amer. Dia naik kenderaan kerajaan, kenderaan apa? Keldai, yang mana tidak ada pelana pun, duduk atas tulang belakang keldai tersebut. Tidak ada pakaian rasmi pun, pakaian yang dia pakai, masya’Allah, tutup atas nampak bawah, tutup bawah nampak atas. Bila duduk atas keldai, kaki dia cecah pasir. Orang pergi safar, biasanya akan bawa bekalan tetapi dia bawa pedang dan pedang itu pun kontot. Bila Kaisar tahu orang Islam akan hantar orang, maka untuk mengerunkan orang Islam, berbatu-batu dia telah buat macam-macam, dia bentangkan permaidani berbatu-batu. Punyalah hebat permaidani itu, bila keldai letak kaki, tenggelam kaki keldai, hendak jalan pun susah.

Satu orang da’i, yang dihantar oleh Allah, bawa agama, keadaan dia macam mana? Kita hari ini bila pergi gasht, mata kita tengok macam-macam, tengok itu, tengok ini, kita keluar jalan Allah, tengok benda itu, tengok benda ini, tetapi sahabat ini zahirnya tidak ada apa-apa, tetapi dalam hati dia penuh kebesaran Allah, akhirat depan dia, syurga depan dia. Orang yang bawa agama Allah, bawa perintah Allah, buat kerja agama, dia tidak akan terkesan dengan apa yang ada di depan dia.

Insya’Allah, kita semua berjanji dan bertaubat pada Allah mulai hari ini, kita tidak akan keluar daripada masjid, kalau ada orang hendak pergi, pegang kaki dia, pujuk rayu supaya jangan dia keluar.

Tuan-tuan yang mulia,

Nabi s.a.w bersabda, bahawa Allah tidak jadikan satu orang itu dua hati. Setiap orang ada satu hati sahaja. Maknanya kalau dalam hati seseorang ada kebesaran Allah, maka tidak ada benda lain. Kalau ada kebesaran Allah dalam hati maka kebesaran lain tidak ada. Kalau ada kebesaran harta (mal) dalam hati, maka kebesaran lain tidak ada. Allah tidak jadikan dua hati dalam satu orang. Kebesaran Allah ada, kebesaran makhluk pun ada, tidak mungkin!! Satu hati, satu benda sahaja ada. Kebesaran Allah ada, kebesaran makhluk tidak ada. Kebesaran harta ada, maka kebesaran Allah tidak ada.

Sahabat tadi, dalam hati dia ada satu sahaja, iaitu kebesaran Allah dan kebesaran makhluk tidak ada. Apabila kita diberi satu tanggungjawab, hendaklah kita sempurnakan tanggungjawab tadi macam mana Allah dan Rasul hendak. Kalau dia hendak lepaskan diri dia, dia boleh bagi macam-macam keuzuran. Dia boleh kata, macam mana saya hendak pergi, kenderaan pun macam ini, pakaian pun tidak cukup. Dia boleh beritahu semua uzur-uzur dia. Tetapi mereka tidak tahu hendak uzur-uzur, tidak ada suasana itu pada zaman itu. Apa sahaja takazah, apa yang ada, bismillah…, tidak ada uzur-uzur lagi dah.

Allah s.w.t beritahu, kamulah sebaik-baik umat, kamu dilahirkan daripada perut ibu kamu, maksud untuk mengajak kepada kebaikan dan halang daripada keburukan, kamu sentiasa usaha atas iman, sentiasa beriman kepada Allah.

Insya’Allah, mulai hari ini, bila dibentangkan takazah, kita tidak akan beri keuzuran. Maulana kata, perlahan aje insya’Allah, ada apa-apa lain lagi ni.. Kita sudah buat azam tidak mahu keluar masjid, tetapi musuh kita di luar sana tu, nafsu, syaitan, tidak akan lepaskan kita.

Siapa yang Allah kehendaki, orang itu sahaja yang boleh buat kerja agama. Orang yang Allah kehendaki, orang itu tidak akan pergi keluar masjid. Sebab itu, waktu ini kita kena niat, “Ya Allah, terimalah saya, jangan buang saya”. Kerja agama tidak bergantung pada sesiapa, bahkan hari hampir kiamat nanti, Nabi s.a.w beritahu, Allah s.w.t akan memperkuatkan agama dengan satu orang lelaki yang fajir, orang yang paling buruk dalam dunia ini. Allah akan gunakan dia untuk buat kerja agama. Jangan tengok orang itu, orang ini, kita tengok kita macam mana. Di zaman Nabi s.a.w, telah diajar labbaik, dalam setiap takazah. Kita diajar waktu hendak naik haji sahaja, labbaik, saya terima, saya hadir, waktu pakai ihram, waktu tawaf, semua labbaik.

Abu Hurairah, labbaik. Huzaifah, labbaik. Rabi’e, labbaik. Zaman tersebut, zaman labbaik. Boleh tuan pergi sana? labbaik, boleh. Kamu duduk dalam ta’alim, labbaik, boleh. Setiap masa dan keadaan labbaik. Kita hari ini masa naik haji sahaja, itu pun tidak betul. Seumur hidup, paling kurang sekali sahaja haji, waktu itu kenalah betul, itu pun tidak betul. Solat sehari lima kali, labbaik , saya hadir, saya sedia.

Sahabat tadi bawa surat tersebut, sepertimana bayan hidayat, bila jemaah hendak keluar, buat gasht macam ni, buat ta’alim macam ni, satu hati, kasih sayang, adab masjid, jangan buat bising dalam masjid, semua diberitahu dalam bayan hidayat. Nabi s.a.w telah bagi bayan hidayat pada Rabi’e, bawa surat ni macam ni, macam mana hendak bawa, macam mana hendak bagi, bayan hidayat yang sempurna telah diberi kepada hadrat Rabi’e. Dalam bayan hidayat, jangan tengok kiri-kanan. Bersedia, ada dunia di depan nanti.

Dalam riwayat mengatakan bila hadrat Rabi’e berjalan, orang kata tunggul berjalan. Diam sahaja, tidak tengok kiri-kanan, dia tidak kisah apa berlaku kiri-kanan. Macam mana bayan hidayat, macam itulah dibuat. Macam mana dakwah, macam mana khususi, macam mana ta’alim, waktu mana ta’alim, macam itulah kena buat, semua diberi dalam bayan hidayat, inilah jemaah yang betul. Kalau tidak, tidak ikut bayan hidayat, sebelum masuk masjid, di tangga, sudah tahu apa ada disana, apa hendak buat lepas ini, semoga Allah maafkan. Semoga Allah bagi pandangan pada kita, iaitu pandangan kita hanya yakin atas khazanah Allah, yakin atas amalan, sehinggalah kita tidak nampak lagi dunia ini. Jangan sampai kita punya air liur meleleh dengan sebab tengok dunia.

Hadrat Rabi’e, bila duduk orang kata tunggul, diam, tidak tengok kiri-kanan. Waktu itu tidak ada training school, driving school, tidak pernah diberi training bila keldai hendak berak, kena turun bawah, manalah ada diajar macam itu. Dia tidak tahu, bila keldai hendak berak, berak atas karpet. Semua orang di kiri-kanan terbeliak mata. Apa orang ini, meiji sab (orang kampung), datang dari mana ni?

Hadrat Rabi’e kata, “Ini ada surat untuk Kisra”. Dia ikut bayan hidayat sepertimana yang diberi oleh Rasulullah s.a.w, betul-betul dia ikut, tidak tengok kiri-kanan, Istana punyalah hebat, singgahsana punyalah besar, tetapi dia ikut bayan hidayat. Apabila kebesaran Allah sudah masuk, ingat betul-betul tuan-tuan, semoga Allah s.w.t bagi taufik pada kita, bercakap-bercakap-bercakap, sehinggalah Allah s.w.t bagi hakikat ini pada kita.

Maulana Yusuf rah. kata, satu perkara apabila kebesaran Allah masuk dalam hati, maka Allah s.w.t akan campakkan ghairullah di depan kaki dia. Apabila Allah keluar, Allah s.w.t akan serahkan orang ini pada ghairullah. Ada orang dikongkong oleh kedai, dikongkong oleh kerajaan, sebab apa? Sebab kebesaran Allah tidak ada dalam hati. Semua benda tunduk pada sahabat, kenapa? Kerana dalam hati mereka tidak ada kebesaran lain melainkan kebesaran Allah, maka Allah tundukkan semua makhluk di depan mereka.

Hadrat Rabi’e pergi, tidak terkesan dengan apa benda pun, tidak ada benda yang mengkagumkan dia, dia ikut bayan hidayat, kenapa? Dia tahu bahawa saya dihantar untuk satu kerja, tidak ada kerja lain. Orang duduk atas singgahsana, biarkan dia, singgahsana emas ke, singgahsana perak ke, itu kerja dia, saya dengan kerja saya, empat penjuru, keliling, orang tengok dia.

Tuan-tuan yang mulia,

Dalam surat nabi s.a.w tertulis, “daripada Muhammad B. Abdullah, iaitu sebagai rasul Allah, kepada pembesar Rom”, nama Nabi s.a.w dahulu, lepas itu nama Kisra. Kisra tengok dan kata, “Aku dihina, nama dia dulu dan nama aku kemudian”, dia baca tajuk surat sahaja, dia tengok permulaan/mukaddimah sahaja, dia pun terus koyak surat tersebut, tidak baca isi surat. Sebab apa? Besar diri, takabbur.

Hadrat Rabi’e balik dan bagi karguzari, dia tidak buat kerja lain, dia bagi karguzari dulu, bukannya cari bedding dulu. Kalau kita tengok sejarah sahabat, bantuan-bantuan ghaib yang datang pada sahabat, akan datang pada kita hari ini apabila kita ikut sirah mereka, cara hidup mereka. Mereka pergi ikut hidayat, balik pun ikut hidayat. Nabi s.a.w telah ajar sahabat-sahabat, bila hendak timbang, timbang bagi lebih. Begitu juga kalau hendak timbang 40 hari, timbang bagi lebih sikit, jangan kurang. Kalau tidak boleh lebih juga, tambah 2 rakaat solat, supaya ada juga lebih.

Nabi s.a.w kata, dia tidak koyak surat saya, tetapi dia telah koyak kerajaan dia sendiri. Ini lidah Nabi s.a.w sendiri berkata-kata. Perkataan yang keluar dari lidah Nabi s.a.w maka segala nizam ghaib, 7 petala langit, 7 petala bumi, telah bergerak dengan sabdaan Nabi s.a.w tadi. Apabila Allah hendak hina seseorang, walaupun segala asbab yang ada pada seseorang, Allah tetap akan hinakan. Disisi hadrat Rabi’e ada asbab kehinaan, segala bentuk asbab kehinaan ada pada dia, tetapi Allah s.w.t muliakan. Bila Allah hendak muliakan, walaupun 1500 tahun sudah berlalu, hari ini bila sebut nama Rabi’e, orang kata radiallahuanhu. Bila sebut nama Kisra, orang yang malang, orang yang celaka, orang yang telah kurang ajar dengan surat Nabi s.a.w.

Agama itu apa? Agama ialah apa yang Allah dan Rasul faham, bukan apa yang saya dan tuan-tuan faham. Kejayaan hanya dalam agama, kejayaan hanya dalam agama, kalau kita nampak kejayaan selain daripada agama, itu tipu daya mata kita dan tiap-tiap tipudaya mata ini akan terbuka waktu hendak mati, macam Firaun, dia kata saya beriman dengan tuhan nabi Musa. Berapa banyak anak kecil telah dibunuh, berapa banyak perut yang mengandung telah dibelah dan dikeluarkan kandungan, orang percaya bahawa Firaun tuhan, waktu dia kata bahawa dia beriman dengan Allah, maka waktu itu Allah perintah Jibrail a.s ambil lumpur dan masukkan ke dalam mulut Firaun. “wahai orang yang celaka, sekarang baru kamu hendak mengaku, sekarang bukan masanya lagi”. Beriman kepada akhirat tanpa tengok, beriman kepada syurga tanpa lihat, beriman kepada titi sirat tanpa lihat, beriman kepada padang mahsyar tanpa lihat, dan beriman kepada apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w, itu dinamakan iman, “yukminu nabil ghaib”, beriman kepada yang ghaib. Setelah beriman dengan ghaib, ini kunci untuk faham Quran. Apa kunci dia?  “yukminu nabil ghaib”. Rahsia untuk faham Quran, ikut agama, hendak faham agama yang bersangkut paut dengan kerajaan pun, kunci dia ialah “yukminu nabil ghaib”.  Hendak faham semua jurusan dunia yang bersangkutan dengan agama, semua punca dia ialah “yukminu nabil ghaib”. Semoga Allah fahamkan kita. Selagi mana kita dapat buat pengorbanan, “yukminu nabil ghaib”, masuk, berakar umbi dalam hati kita, Allah akan terus buka hakikat. Untuk itu, kita kena buat penghisaban sendiri. Tahun ini 40 hari, apa yang saya sudah dapat, dibandingkan dengan 40 hari tahun lepas, Banyak mana “yukminu nabil ghaib” telah bertambah dalam hati. Berapa banyak saya beriman dengan Allah dan Rasul telah bertambah, berapa banyak sudah bertambah semangat untuk taat perintah Allah, berapa banyak sudah bertambah semangat untuk amalkan sunnah Nabi s.a.w. Jangan jadi satu adat, datang-pergi, datang-pergi. Betullah, tidak ada syak, Nabi s.a.w bersabda, bahawa debu dijalan Allah dan asap api neraka tidak akan berkumpul pada badan seseorang. Satu orang keluar dijalan Allah, kalau dia buat solat nafil, buat gasht, semua ini kita tidak boleh tolak, memang betul dia buat, alhamdulillah, habis 40 hari, bukan setakat itu sahaja, berapa banyak yakin masuk dalam hati, berapa banyak jasbah akhirat telah bertambah, berapa banyak cinta dunia telah berkurangan, berapa banyak kerisauan, kesedihan umat sudah masuk dalam hati. Umat yang mana tidak kenal solat, tidak kenal Allah, yang mana hari ini umat ambil tukul besi, ketuk kaki sendiri, merosakkan kehidupan sendiri, semua ini berapa banyak risau telah datang dalam hati kita?

Kejayaan dalam apa tuan-tuan? Kejayaan dalam agama. Kejayaan hanya dalam agama. Agama itu apa dia? Kena faham. Dengar dan masukkan dalam fikiran kita. Apa itu agama? Agama ialah tiap-tiap amalan, 24 jam, makan, minum, cari pendapatan, cakap dengan isteri, sayang anak, jumpa kawan, jumpa musuh, semuanya dibuat dengan perintah Allah dan dengan cara nabi s.a.w, itu namanya agama. Tiap-tiap benda yang bersangkut paut dengan kehidupan kita, kita ikut perintah Allah dengan cara Nabi s.a.w, itu adalah agama. Jumpa isteri, ada agama. Hendak pergi kedai, ada agama. Cari duit, ada agama.

24 jam ikut perintah Allah, ikut sunnah nabi, itulah agama. Hari ini kita nampak apa yang baik kita kata itu agama. Kalaulah perkara yang kita nampak baik tadi bertentangan dengan perintah Allah dan sunnah nabi, itu tidak jadi agama, walaupun kita kata agama. Solat agama tak? Solat bukan sahaja agama, bahkan tiang agama. Kalau satu orang solat waktu matahari sedang naik, jadi agama tak? Tak jadi agama, jadi maksiat, bukan agama lagi dah walaupun solat. Pada waktu itu, solat tidak jadi agama. Jadi apa? Bertentangan dengan agama. Kita suap makanan ke mulut isteri kita, jadi agama tak? Nampak macam main-main sahaja, suami-isteri, tetapi kalau kita ingat ini perintah Allah dan sunnah Nabi, Nabi s.a.w bersabda, kalau kamu suap satu suapan ke mulut isteri kamu, maka akan dapat pahala sedekah. Buat amalan suap ini, semangat dia semata-mata untuk amalkan sunnah nabi, maka ini jadi agama. Tetapi kalau solat pun, bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul, ia tidak jadi agama. Kalau kita tinggalkan semua, tidak nikah, tidak kahwin, tidak buat semua, ambil sehelai kain dan duduk di satu penjuru, demi Allah, ini bukan agama. Kita anggap itu agama, padahal itu bukan agama.

Allah s.w.t beritahu bahawa Allah puji orang-orang yang berniaga, yang macam mana? Berniaga yang mana perniagaan mereka tidak menghalang/melalaikan mereka daripada ingat Allah. Duduk dalam suasana duit, bagi duit, ambil duit, tukar duit, tuan-tuan tengok selalu perkara ini, sampai jadi juta-juta ringgit perniagaan dia, sampai tidak sempat untuk bernafas, tetapi hati dia dekat dengan Allah. Hari yang mana waktu dia balik-balikkan duit tadi, bilang-bilang duit, tetapi hati dia tetap kepada akhirat, hati dia seolah-olah meronta-ronta ke arah akhirat, orang yang berniaga macam ini Allah puji.

Agama itu apa? Agama ialah tiap-tiap amalan, 24 jam, ikut perintah Allah dan sunnah Nabi, itu agama. Agama kena belajar. Hendak dapat macam mana? Sudah tahu apa itu agama, macam mana hendak dapat, kena belajar. Macam mana agama boleh datang dalam kehidupan kita? Supaya tiap-tiap amalan 24 jam kita jadi agama, macam mana boleh dapat ini semua? Dengar betul-betul!

Agama bukan macam satu kapsul atau satu injection, sekali cucuk, lepas itu jadi orang agama. Agama bukan injection atau ubat atau kapsul. Agama akan datang dalam kehidupan dengan mehnat/usaha. Bukan dengan tiap-tiap usaha agama boleh datang. Orang usaha atas perniagaan, dia tidak akan dapat jadi doktor. Dia usaha atas kedoktoran, baru dia akan jadi doktor. Tiap-tiap perkara ada usahanya sendiri. Begitu juga kita hendak dapat agama, kena usaha.

Tuan-tuan yang mulia,

Untuk agama datang dalam kehidupan, kita kena usaha. Bukan usaha yang mana kita anggap hari ini, bukan tiap-tiap usaha boleh datang agama. Usaha yang macam mana? Usaha yang pernah dikendalikan/dibuat oleh nabi-nabi dan nabi-nabi telah letakkan pengikut-pengikut mereka untuk membuat usaha. Usaha itulah, kalau kita buat maka agama akan datang dalam kehidupan kita. Bukan tiap-tiap usaha agama boleh datang. Usaha yang dibuat oleh nabi-nabi, usaha yang dibuat oleh sahabat, usaha itulah agama akan datang. Usaha itu nama dia apa? Usaha yang dibuat oleh nabi-nabi dan sahabat-sahabat, dalam Quran diberitahu usaha itu namanya ialah usaha dakwah. Usaha nabi, usaha nabi-nabi, kalau kita buat usaha ini, agama akan datang. Bukan tiap-tiap usaha agama boleh datang. Saya tidak mahu terangkan lebih terperinci, harap tuan-tuan faham.

Kejayaan dalam agama. Agama yang macam mana? Agama yang Rasulullah s.a.w bawa. 24 jam, tiap-tiap amalan ikut perintah Allah dan sunnah nabi, itulah agama. Macam mana agama boleh datang dalam kehidupan kita? Untuk itu, kena usaha. Usaha yang macam mana? Usaha yang dibuat oleh Nabi s.a.w.

Kejayaan dalam agama. Agama datang dengan usaha. Usaha cara Nabi s.a.w. Pertama sekali usaha yang Nabi buat ialah mula-mula masukkan kebesaran Allah dalam hati-hati manusia. Wahai karkun, orang tabligh yang berselimut, yang tidur, bangun, besarkan Allah. Jangan besarkan makhluk. Selimut, tidur, ini semua makhluk.

Bila ayat ini turun pada Nabi s.a.w, usaha pun dimulakan oleh nabi s.a.w, usaha yang mula-mula nabi buat. Sekarang ini, sebanyak mana usaha kita mirip dengan usaha Nabi s.a.w, sebanyak itulah hidayat akan datang kepada kita. Wahai orang-orang yang berselimut, sekarang bukan masa untuk berselimut, kamu sudah diberi tanggungjawab, diberi takazah, bangun dan sampaikan utusan Kami. Sampaikan utusan Kami macam mana kamu dengar. Jangan sampaikan macam mana kamu faham. Macam mana dengar, macam itulah sampaikan.

Kamu adalah basiron wanaziron wasirojam munira, bukan setakat kamu sahaja basir, nazir, bahkan kamu kena jadi siroj, jadi pelita sepertimana sahabat. Nabi s.a.w adalah pelita yang pertama. Nabi telah nyalakan pelita-pelita yang lain sehingga semua dapat cahaya. Kita pun, kalau kita hendak cahaya yang ada pada Rasuullah s.a.w, kita kena lekatkan pelita kita dengan pelita sahabat. Selepas itu, kena bagi/pass-pass cahaya/api itu pada semua orang.

Waktu musim panas peluh keluar, musim sejuk peluh masuk ke dalam. Siapa sahaja, menteri, datuk, orang tua, orang muda, siapa sahaja, berdiri tengah panas, pasti dan pasti peluh akan keluar. Kalau duduk dalam bilik air-cond, peluh akan masuk dalam. Siapa sahaja, ini adalah sunnatullah dan Allah amkan pada semua orang. Begitu juga, sepertimana manusia, terkesan dengan sejuk dan panas, begitu juga suasana iman, suasana tidak iman, suasana agama, suasana tidak agama, suasana jahil, suasana ilmu, suasana bersih, suasana rosak, muasyarat bersih, muasyarat rosak, semua ini manusia akan terkesan. Tanpa kesan pada suasana ini, dia tidak boleh duduk, dia mesti terkesan, sepertimana satu orang tadi berdiri tengah panas, dengan kesan panas tadi peluh akan keluar. Begitulah tiap-tiap suasana yang ada ini, tiap-tiap orang akan terkesan. Suasana baik, suasana tidak baik, semua orang akan terkesan.

Tuan-tuan yang mulia,

Allah s.w.t hantar Isa a.s, Isa a.s buat usaha. Lepas itu, Isa a.s wafat, maka umat ditinggalkan tanpa nabi, bukan satu tahun, bukan dua tahun, bukan 10 tahun, bukan 20 tahun, tetapi hampir 600 tahun, tidak ada nabi datang di antara nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Satu dunia pada waktu itu dalam kegelapan. Sepertimana sekolah, bila cikgu tidak ada, macam mana keadaannya? Sekejap sahaja tidak ada, macam mana keadaan kelas tadi? Ribuan pengaduan datang, sekejap sahaja cikgu tidak ada.

Pada zaman itu, antara Isa a.s sehingga Nabi s.a.w, hampir 600 tahun, macam mana keadaan umat pada waktu itu? Tidak ada orang hendak cakap tentang akhirat. Nampak sesiapa macam hebat sedikit, maka jadikan dia sebagai orang besar, nampak bulan, nampak matahari, dijadikan sebagai tuhan. Apa sahaja yang dia rasa hebat, maka dijadikan sebagai tuhan.

Pertama sekali, Nabi s.a.w datang dan perdengarkan, wahai orang yang berselimut, bangun dan besarkan Allah, tidak ada yang besar selain Allah. Dengar sahaja perkara ini, orang Mekah tercenggang. Apa ini? Dikeliling Baitullah, ada 360 berhala, berhala musim sejuk, berhala musim panas, macam kita hari ini ada pakaian musim sejuk, ada pakaian musim panas. Begitu juga pada zaman itu, tuhan yang berlainan.

Dengar sahaja Rasulullah s.a.w laungkan perkataan ini, semua hairan. Allah s.w.t akan bermuamalah dengan manusia mengikut yakin dia. Kalau satu orang yakin dengan ghairullah, maka Allah akan serahkan orang ini pada ghairullah. Kalau dia telah putuskan yakin dia daripada segala-galanya, hanya yakin dengan Allah, maka Allah tidak akan serahkan orang yang yakin denganNya pada makhluk. Ini sifat Allah.

Pada zaman tersebut, satu orang hendak safar melalui laut, maka bila dia letak sampan dia atas air, dia kata, dengan nama dewa laut. Kalau hendak masuk hutan, dia akan kata dengan nama dewa hutan. Saya telah redhakan dewa dalam hutan maka sekarang saya tidak akan ada masalah. Itu yakin mereka. Apabila matahari naik, hari makin terang, makin terang. Bila matahari turun, hari makin gelap. Bila matahari tenggelam, maka tangan pun tidak nampak, gelap-gelita. Pada zaman itu, satu dunia sudah tenggelam dalam kegelapan. Bila matahari naik semula, mula nampak cahaya, subuh saddiq, nampak cahaya diufuk, di kaki langit, perlahan-lahan naik matahari, terbit matahari, mana perginya kegelapan? Gelap akan lari. Begitulah sebelum lahirnya Nabi s.a.w, dan Nabi Isa a.s telah diangkat ke langit, tidak ada orang hendak bercakap tentang Allah, tidak ada satu orang hendak ta’arufkan Allah, maka manusia semua tanpa control, sepertimana kuda yang tidak ada tali, mana hendak jalan, jalan. Begitulah manusia ini, bila Nabi Isa a.s diangkat ke langit, dan nabi s.a.w belum lahir, pada waktu itu, gelap, semua syirik. Tetapi bila Nabi s.a.w datang, mulakan usaha dakwah, usaha agama, adalah umpama naiknya matahari, maka gelap akan hilang. Nabi s.a.w datang bawa usaha. Kegelapan, kufur dan syirik perlahan-lahan semua hilang. Hampir 600 tahun mereka mempunyai akidah yang rosak. Mereka kata, kalau kita tinggalkan unta dalam hutan dengan nama dewa, maka unta akan dapat ballik dengan selamat. Beratus tahun pengalaman dengan yakin seperti itu. Yakin ini, bukan yakin satu hari, dua hari, ianya sudah beratus tahun, dan masuk dalam hati mereka.

Apabila orang beriman usaha atas iman, usaha untuk masukkan hakikat iman dalam hati dia, maka Allah s.w.t akan bantu dia. Allah akan zahirkan nusrah ghaibNya. Allah s.w.t akan tunjukkan depan mata dia sendiri, walaupun orang kafir semua benci, agama sudah zahir, orang datang kepada agama. Orang kafir semua benci, tetap akan berlaku, manusia akan nampak dengan mata dia sendiri.

Mula-mula sekali bila usaha agama dibuat dan terus dibuat, maka Allah s.w.t akan gagalkan pengalaman-pengalaman yang ada pada orang-orang sekarang ini. Sepertimana Firaun, sebelum datangnya nabi Musa a.s, Allah buat mengikut pengalaman yang ada pada dia waktu itu. Bila mula datangnya dakwah yang dibawa oleh nabi Musa a.s, Allah mula gagalkan pengalaman yang ada pada Firaun. Apabila satu keadaan datang pada nabi-nabi, mereka rasa macam sudah hampir putus asa, mereka sudah putus harapan, kaum tidak mahu beriman dengan Allah, maka pada waktu itu Allah hantar bantuanNya. Bantuan akan datang apabila asbab semua sudah habis. Segala pengalaman semua sudah gagal. Sekarang ini kita buat usaha dengan semua keadaan yang ada, oleh itu kita tidak faham bantuan ghaib Allah s.w.t. Untuk itu, kita kena cakap tentang ghaib, cakap tentang Allah, tentang akhirat, sehingga masuk dalam hati. Sepertimana hari ini kita cakap duit, duit, duit, sehingga duit ini telah masuk dalam hati kanak-kanak pun. Kita kena ubah cakap kita, akhirat, kubur, mahsyar, Allah, Allah, Allah, sehingga perkara ini masuk dalam hati tiap-tiap orang sehingga hati kanak-kanak pun terkesan dengan akhirat, terkesan dengan Allah.

Maulana tanya, saya cakap apa tadi?

Mula-mula sekali, bila usaha agama dibuat, Allah s.w.t akan gagalkan pengalaman ahli batil. Apabila usaha hak zahir, Allah s.w.t akan tukarkan pengalaman yang ada pada batil. Satu orang, yang sudah beratus tahun pengalaman, bila pergi ke hutan dan tinggalkan unta di sana, minta perlindungan daripada dewa hutan, mesti kamu akan dapat balik unta itu dengan selamat. Pengalaman ini bukan sekali, dua kali, bahkan sudah beratus tahun.

Nabi s.a.w usaha, bawa kepada iman, cakap kebesaran Allah, bahawa Allah yang buat segala-galanya, makhluk tidak boleh buat apa-apa. Allah tidak ada sekutu dengan dia. Allah yan maha satu, tidak ada bersama Allah dapat kita syirikkan/sekutukan. Usaha, usaha, sepertimana matahari naik perlahan-lahan, maka pengalaman akidah yang rosak zaman itu makin hari makin diperbaiki dengan berkat dakwah. Mula-mula bila dakwah dibuat, nabi kata yang buat segala-galanya ialah Allah, makhluk tidak boleh buat apa-apa. Pengalaman yang beratus tahun, pergi cuba lepas unta dalam hutan, dengan nama dewa hutan ini aku lepaskan. Tiba-tiba tidak dapat balik. Dengar satu suara, wahai sifulan, zaman itu sudah habis, sudah tidak ada, unta kamu telah diikat di Madinah, ada seorang nabi di sana. Apa sudah terjadi ni? Saya lepas unta saya disini, macam mana boleh ada di Madinah. Maka orang ini tinggalkan hutan tadi dan jalan menuju ke Madinah. Memang betul unta dia ada di Madinah, diikat di belakang masjid Nabawi. Dia pun terkejut, apa sudah jadi? “Lailahaillallah Muhammadurasulullah”. Pengalaman yang beratus tahun telah Allah s.w.t gagalkan dan tidak jadi seperti mana sebelum ini. Sekarang datangnya dakwah, maka nampak yang hak.

Tuan-tuan yang mulia,

Orang sudah tahu tentang usaha ini, alhamdulillah, orang sudah kenal usaha ini, tiap-tiap lapisan masyarakat sudah datang, tetapi masih tidak cukup dengan duduk ta’alim sekejap, kemudian bangun, habis 40 hari terus balik rumah, keluarkan jemaah sedikit, alhamdulillah, ini satu kurniaan Allah. Satu jemaah Arab balik semalam, mereka telah keluarkan 24 jemaah tunai, dan jemaah masjid telah dibentuk, jemaah 4 bulan, 40 hari, telah dikeluarkan. Jemaah telah dikeluarkan, usaha telah berjalan, tetapi tidak cukup dengan itu sahaja. Macam mana supaya hakikat iman, yakin dengan janji-janji Allah s.w.t, usaha ke arah mana yang kita hendak? Usaha ke arah supaya kita yakin dengan janji-janji Allah, supaya Allah zahirkan janji-janjiNya sehinggalah orang-orang ahli batil nampak janji Allah depan mereka. Janji ghaib ini, Allah tunjukkan depan mereka. Sampai peringkat itu kita kena buat usaha.

Tuan-tuan yang mulia,

Agama akan datang dengan sebanyak mana kita buat usaha. Sebanyak mana agama datang, sebanyak itu kita akan berjaya. Mula-mula sekali, dakwah kepada iman. Semua orang Mekah kata Nabi s.a.w sidiq, amin, orang amanah, tetapi bila usaha dakwah dimulakan, maka macam-macam keadaan datang pada Nabi s.a.w.

Sekarang tuan-tuan yang ada dalam majlis ini, orang yang 40 hari fikir jadi 4 bulan, maka terus datang keadaan pada dia, anak, isteri, kedai, pekerjaan, macam-macam akan datang. Semua orang kata Nabi s.a.w sidiq, amin, bila buat usaha dakwah, mulalah keadaan datang, mereka letak duri, letak perut unta, macam-macam mereka buat pada nabi s.a.w. Bukan setakat itu sahaja, sesiapa yang menyahut seruan nabi s.a.w, dengar apa yang Rasulullah s.a.w dakwahkan, orang itu juga diseksa. Dada Bilal r.a diletak batu, Khabab r.a telah ditarik di tengah padang pasir dan telah diselar dengan besi panas sehinggalah dibelakang dia orang hendak tengok kesan daripada besi panas itu, tidak sanggup tengok kerana punyalah teruk. Satu orang sahabat, satu kaki diikat pada satu unta, dan satu kaki lagi diikat pada unta yang lain dan unta tersebut telah diarah untuk lari dalam arah yang bertentangan.

Dalam hadith, nabi s.a.w beritahu janji-janji untuk kemanisan iman. Apabila satu orang sudah rasa kemanisan iman, bukan satu bumi, bahkan 7 petala bumi, 7 petala langit, diletakkan di depan dia, dia akan nampak tawar sahaja, sedikit pun tidak terkesan. Mereka kata, bila di ‘offer’ dunia, dengan sebab dunia ini kami kena tinggalkan iman, tidak sekali-kali.

Satu orang sahabat telah ditangkap dan diberitahu pada dia, sekejap lagi kamu akan mati, dan kematian kamu hanya boleh ditukar dengan satu cara sahaja iaitu kamu engkar dengan nabi s.a.w. Ini bukan masalah sakit atau sihat, tetapi ini masalah hidup atau mati, sahabat tadi di ‘offer’ depan dia, kalau ikut, selamat, kalau tidak, mati. Sahabat tadi kata, wahai orang yang nasibnya buruk, celaka, kamu tahu tak bukan sahaja suruh tinggalkan iman, sekelip mata pun kalau suruh saya tinggalkan iman, saya tidak akan tinggalkan iman.

Tuan-tuan yang mulia,

Apa yang kita hendak usaha ialah tukar dari jasbah yang rosak kepada jasbah yang baik, daripada amal yang buruk kepada amal yang soleh. Dengan sekali bayan saya, dengan kisah tuan-tuan dengar, tidak akan datang benda ini semua. Tuan-tuan kena usaha berterusan. Bila usaha ini dibuat dengan usul yang betul, adab yang betul, maka mula-mula sekali, langkah pertama, dakwah kepada iman. Mula dakwah, maka Allah akan datangkan ujian dan keadaan. Satu orang sahabat datang pada Rasulullah, ‘ya Rasulullah, kesusahan, penderitaan sudah sampai ke tahap yang maksimum, sekarang macam mana?’ Bersabarlah, untuk kamu janjinya ialah syurga’.

Kehidupan di Mekah, dimana Quran yang turun semuanya, kebanyakkannya kisah-kisah iaitu menerangkan tentang kisah dakwah para nabi yang terdahulu dan kesusahan yang ditanggung oleh nabi-nabi dahulu, dan nabi-nabi dahulu mereka yakin atas janji-janji Allah. Semua ini, ayat-ayat berkenaan kisah dakwah, kisah nabi-nabi, dan bantuan Allah pada nabi-nabi dulu, semuanya diturunkan di Mekah untuk tenangkan Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat.

Ta’alim yang diturunkan di Mekah, itulah yang kita hendak buat hari ini, ta’alim fadhail yang kita buat hari ini. Kita buat usaha yang dibuat oleh Nabi s.a.w. Apakah jalannya? Mula-mula sekali, dakwah kepada iman. Waktu kita buat dakwah, datang ujian, kesusahan, kita menenangkan antara satu sama lain dengan fadhail/kelebihan sepertimana sahabat-sahabat duduk dalam halaqah ta’alim. Dengan duduk dalam halaqah ta’alim tadi, segala kesusahan yang datang pada mereka, dapat menenangkan hati mereka.

Sahabat juga adalah manusia. Tiap-tiap orang ada tahap maksimumnya sendiri. Macam kanak-kanak, ada yang boleh angkat 1 kilo, ada yang boleh angkat 5 kilo, ada yang boleh angkat 10 kilo. Sahabat pun macam itu juga, ada tahap masing-masing. Banyak penderitaan, kesusahan yang mereka tanggung tetapi sehingga satu tahap, mereka jumpa Rasulullah s.a.w, ‘Ya Rasulullah, macam mana ni’. Tidak mengapa, ada sekeping roti, separuh saya makan, separuh kamu makan, tetapi khazanah Allah tidak habis-habis. Sifat kasih sayang sudah ada di Mekah. Ayat-ayat yang turun, supaya kamu sentiasa menenangkan orang lain. Suasana itu ada di Mekah. Ikram sesama lain. Kalau kamu lapar, ada sekeping roti, kamu separuh, saya separuh. Begitulah suasana di Mekah.

Ada dua waktu yang paling gembira oleh sahabat-sahabat, yang mana sebelum itu tidak ada lagi. Satu, begitu gembiranya mereka waktu datangnya perintah solat, mereka melonjak-lonjak kegembiraan. Kenapa? Allah telah tunjukkan syurga, neraka, semuanya pada Nabi s.a.w dan selepas itu Nabi s.a.w telah diberi kunci ke syurga. Kenapa mereka gembira? Kerana mereka dapat kunci. Dengan kunci ini mereka dapat keluarkan khazanah Allah s.w.t. Inilah usaha.

Kehidupan di Mekah, buat usaha secara infradi. Bila di Madinah, amalan yang sama dibuat secara ijtimai. Di Mekah, buat ta’alim secara infradi, buat secara takut-takut tetapi di Madinah dibuat secara ijtimai. Di Mekah, cakap kebesaran Allah secara infradi, takut-takut tetapi di Madinah ianya dibuat secara ijtimai.

Di Mekah mereka dilatih dengan ikram. Di Madinah mereka sanggup korbankan 3 nyawa, tidak minum air untuk ikram orang lain. Di Madinah, waktu itu, tiap-tiap rumah sudah tidak ada apa benda pun lagi, asbab makan, minum, semua sudah tidak ada, keadaan macam itu berlaku sebab apa? Sebab dakwah dilakukan secara ijtimai, maka ijtimai lapar telah datang kepada sahabat. Ujian secara ijtimai telah datang pada sahabat di Madinah.

Pada waktu itu, mereka terus istiqamah dalam usaha mereka. Allah buka dunia pada sahabat sehingga satu orang sahabat, semasa hendak agih-agihkan duit zakatnya, daripada pagi sampai petang, tidak habis-habis. Pergi dari rumah ke rumah untuk bagi zakat dan tidak habis-habis.

Abu Hurairah r.a, satu ketika dia telah bersihkan hidung dia dengan kain yang baik, dan dia berkata pada diri dia sendiri, wahai Abu Hurairah, apa sudah jadi? Tidak ingatkah kamu satu masa dulu kamu telah jatuh kerana lapar, kanak-kanak ingat kamu sakit.

Orang yang mana Allah bagi pakain yang cantik-cantik, macam-macam nikmat, mereka tidak menghargai, mereka tidak mensyukuri nikmat yang Allah bagi, Allah rampas nikmat tadi dan Allah bagi pada sahabat-sahabat. Anak-anak perempuan raja yang mana hidup mereka ini hanya bersolek, begitu sekali kehidupan mereka, puteri raja, Allah jadikan mereka ini hamba sahaya sahabat-sahabat. Kudrat Allah maha besar. Allah s.w.t buat sesuatu dengan KudratNya.

Sunnatullah ada banyak, satu daripadanya ialah kejayaan hanya dalam agama. Agama datang dengan usaha. Usaha ialah usaha dakwah. Usaha dakwah ini ialah dengan korban diri dan harta. Kita jadikan usaha ini usaha kita dan kita dihantar hanya untuk usaha ini, semua buat azam dan niat, bukan untuk 4 bulan, 40 hari, bahkan kita jadikan usaha ini usaha kita , insya’Allah.

Bukan masalah iman saya, syurga saya, bidadari saya, bukan itu sahaja tetapi makhluk Allah ialah keluarga Allah, hendaklah kita sampaikan kepada keluarga Allah yang telah jauh daripada Allah, bawa mereka kepada Allah.

Orang-orang yang telah meninggalkan kehidupan nabi s.a.w, pergi jumpa mereka, pujuk-rayu mereka, dan kita perkenalkan asal tanggungjawab mereka. Perkenalkan Allah pada mereka. Korbankan harta, diri, masa kita, waktu infradi kita keluarkan air mata kita, minta dan pujuk Allah supaya rahmat Allah ditawajjuhkan pada manusia. Untuk itu, siapa antara tuan-tuan yang bersedia, yang sanggup jual seluruh kehidupan dia untuk Allah s.w.t? Insya’Allah, 4 bulan tunai.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir