mesyuarat malaysia 2000 - bayan subuh maulana ahmad lat

mesyuarat malaysia - nizamuddin

Tarikh  : 05/09/2000

Tuan-tuan yang mulia,

Cara untuk kita mendapat dari khazanah Allah, macam air dalam tangki, ada air tetapi bila ada tersumbat dalam paip, maka air tidak akan keluar tetapi sebenarnya air ada. Begitu juga dalam khazanah Allah, memang ada, tetapi oleh kerana amalan tidak sempurna, tidak tahu macamana hendak mendapat dari khazanah Allah. Dalam amalan kita memang ada hubungan dengan Allah. Macamana paip ada hubungan dengan tangki air, macam itu juga amalan kita ada hubungan dengan khazanah Allah. Walaupun dalam amalan kita memang tidak nampak apa-apa, tetapi ada hubungan dengan khazanah Allah.

Apa-apa yang ada dalam tangan manusia, harta, pemerintahan, pertanian, perniagaan, emas, perak, buah-buahan, ini semua kita nampak. Semua perkara ini kita nampak dan ghairullah sentiasa di hadapan kita. Apa-apa yang ada dalam tangan manusia kita nampak. Kita nampak bahawa melalui benda-benda ini keperluan kita disempurnakan. Dengan duit kita dapat beli pakaian, dengan duit kita dapat tiket, dengan duit kita dapat tandatangan orang yang perlu luluskan sesuatu. Jadi, semua ghair ini kita nampak. Melalui kebendaan keperluan kita ditunaikan, itu kita nampak.

Apa-apa perkara yang nabi-nabi bawa, benda itu kita tidak nampak. Kita tidak nampak Allah s.w.t, khazanah Allah tidak nampak dan juga apa-apa asbab untuk dapat daripada khazanah Allah s.w.t, iaitu amal, itupun kita tidak nampak. Daripada sinilah bermula perbezaan pendapat. Segala nabi-nabi punya cara ialah atas benda yang tidak nampak. Manusia punya perancangan semua atas apa yang dia nampak. Dalam Quran, permulaan Quran, dalam 30 juzuk Quran, dan seluruh Quran itu adalah usul dan kaedah untuk semua manusia daripada Allah s.w.t. Apakah ganjaran yang Allah s.w.t akan bagi pada mereka yang tunaikan perintah Allah? Dalam Quran, semua ini dimulakan dengan alif, lam, mim.

Perkara yang asas ialah iman atas yang ghaib. Siapa yang imannya kuat, mudah untuk dia amalkan apa-apa perintah dalam Quran, mudah untuk dia tumpu kepada zat Allah s.w.t. Dia ada hubungan dengan Allah s.w.t, lagi banyak hubungan dia dengan Allah s.w.t, lagi banyak dia nampak khazanah Allah s.w.t. Melalui amalan, dia ada hubungan dengan khazanah Allah s.w.t, maka di akhirat dia akan dapat ganjaran dan dalam dunia ini pun Allah akan jadikan sebagai satu contoh syurga bagi dia. Walaupun dalam dunia berlaku pembunuhan dan sebagainya, tetapi orang yang ada hubungan dengan Allah, yang pandangannya pada khazanah Allah, dan dalam setiap masalah dia, dia tahu macamana hendak beramal dan dapatkan daripada khazanah Allah s.w.t, bagi dia dunia akan jadi contoh syurga.

Mereka yang yakin kepada benda yang mereka nampak, kilang, pertanian, duit, bangunan, orang yang berpangkat, dengan dia saya boleh selesaikan masalah, dengan itu saya boleh selesaikan masalah, bila manusia punya padangan/tumpuan kepada ghairullah, dia punya tumpuan kepada benda yang ada dalam tangan dia, dan benda yang ada dalam dunia ini dan dia cuba menyelesaikan masalah melalui benda-benda dunia ini, bagi dia dunia akan jadi contoh neraka. Dunia akan jadi macam lubang neraka untuk dia.

Kita tidak perlu cerita panjang lebar, dalam dunia ini  sekarang begitu banyak kesusahan. Setiap manusia, setiap keluarga, setiap kampung, setiap daerah, setiap negara, setiap negeri, setiap benua, manusia di seluruh dunia, begitu banyak jenis manusia, orang peniaga, orang kilang, orang yang memerintah, orang yang duit banyak, orang yang duit sedikit, orang pangkat tinggi, pangkat rendah, orang yang kerja besar, kerja kecil, setiap orang dalam kesusahan. Kenapa? Ini adalah kerana manusia tumpu kepada benda yang dia lihat dan ditertibkan kehidupannya berdasarkan kepada apa yang dia lihat, dia bangunkan dunia atas perkara itu.

Ada satu Sheikh Sarji rah., dalam syair dia, dalam bahasa parsi, untuk kita buat sesuatu bangunan perlu ada asas, macamana asas begitulah bangunannya. Kalau asas senget, maka seluruh bangunan pun akan jadi senget. Kalau asas bulat, bangunannya pun jadi bulat. Kalau asas empat segi, maka bangunan jadi empat segi. Masalah yang sebenarnya adalah asas. Kalau asas betul, maka semua akan jadi betul dan kalau asas senget, maka semua akan jadi senget. Asas kehidupan manusia ialah yakin dalam hati dia. Muamalat, muasyarat, akhlak, macamana dia punya hubungan dengan mahkluk-makhluk Allah, macamana dia punya jual-beli dengan manusia lain, macamana dia punya waktu malam, waktu siang, macamana masa muda dia, masa tua dia, macamana hubungan dia dengan pelanggan-pelanggan yang datang ke kedai dia, macamana dia punya hubungan apabila dia pergi ke kedai orang lain atau kilang orang lain, macamana dalam rumah dia, macamana dia cari suami untuk anak perempuan dia, segala bidang-bidang kehidupan dia, semua benda ini berjalan dengan betul atau tidak betul bergantung kepada yakin dalam hati dia. Kalau yakin di dalam hati kepada benda yang ghairullah, maka dia akan sentiasa fikir atas ghairullah samada dia punya amalan betul ataupun rosak.

Kalau yakin di dalam hati dia kepada Allah s.w.t, melalui ghairullah satu benda pun tidak boleh jadi, tidak pernah jadi, sekarang tidak boleh jadi, bila-bila masa pun tidak akan jadi, Allah s.w.t yang buat segala-galanya. Semua nabi-nabi dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan khazanahNya. Semua sahabat-sahabat, semua aulia Allah, semua orang buzruq, orang soleh, siapa-siapa yang Allah s.w.t bagi kemuliaan, ianya daripada khazanah Allah s.w.t. Siapa-siapa yang hina, yang telah dihinakan, adalah dihinakan oleh Allah s.w.t. Kehinaan datang daripada khazanah Allah s.w.t. Setiap perkara ada dalam khazanah Allah s.w.t, tidak terhingga banyaknya. Dalam khazanah Allah s.w.t ada nikmat, ada kerehatan, ada kesenangan, ada kemuliaan, ada kehinaan, ada musibah, ada bahaya. Dua jenis khazanah ada di sisi Allah s.w.t.

Sepertimana tangki, ada tangki yang ada air, ada tangki yang ada petroleum, ada tangki yang ada susu, macam itu juga dalam khazanah Allah s.w.t, ada nikmat ada kesusahan, ada musibah. Apa-apa yang datang dalam apa bentuk pun, datang daripada khazanah Allah s.w.t. Berapa banyak manusia yang telah hina, berapa banyak keluarga yang telah hina, berapa banyak kaum yang telah hina, semuanya telah dihinakan dengan buatan Allah s.w.t. Siapa-siapa manusia yang dapat kemuliaan, kaum yang dapat kemuliaan, mereka dapat kemuliaan dengan pemberian Allah s.w.t. Tanpa Allah s.w.t tidak ada apa benda pun boleh berlaku, akan berlaku dan sekarang pun tidak boleh berlaku. Hanya Allah yang buat segala-galanya.

Kehidupan satu manusia dan semua manusia seluruh alam, samada kehidupan mereka betul atau salah, muasyarat jadi betul atau salah, muamalat manusia jadi betul ataupun salah, perniagaan manusia betul ataupun salah, samada hubungan antara manusia jadi baik, kasih sayang ataupun berlaku benci dan hasad dan permusuhan, ini semua bergantung kepada iman dalam hati dia, yakin dalam hati dia.

Kalau yakin dia kepada ghairullah, dia akan sentiasa fikir untuk dapat keredhaan ghairullah, sebagaimana bani Israel walaupun mereka ada kalimah, tetapi yakin di dalam hati mereka dengan Firaun, kalau Firaun murka maka semua akan jadi rosak, kalau Firaun murka dia akan bunuh, kalau Firaun murka dia akan jadikan semua anak kita hamba, kalau Firaun murka dia akan sembelih anak kita, walaupun mereka kata lailahaillallah Musa khalilullah, Allah s.w.t esa dan Dialah yang patut disembah dan Musa adalah nabi Allah dan khalilullah, tetapi tiada yakin dalam diri mereka.

Allah s.w.t tidak melihat rupabentuk kita, Allah s.w.t tidak lihat badan kita samada gemuk atau kurus, putih atau hitam, Allah tidak melihat ini semua, Allah s.w.t melihat hati kita dan Allah s.w.t melihat niat kita, azam kita, iradat kita. Ada riwayat mengatakan Allah s.w.t melihat hati kita dan amal kita, bergantung kepada itu Allah akan buat keputusan. Oleh kerana itu, perkara yang asas yang nabi-nabi beritahu, 3 perkara, dan mereka buat usaha atas kaum mereka atas 3 perkara itu. Mula-mula sekali kenal Allah s.w.t, siapa itu Allah s.w.t? Macamana besarnya kudrat Allah. Macamana besarnya Allah. Khazanah Allah macamana. Mereka perkenalkan kebesaran Allah, penerangan tentang khazanah Allah dan mereka beritahu cara untuk mendapat daripada khazanah Allah s.w.t.

Pada masa Rasulullah s.a.w belum datang lagi, bila Allah s.w.t angkat nabi Isa a.s terus ke atas langit, maka tidak ada sesiapa yan hendak beri penerangan tentang kebesaran Allah, tentang khazanah Allah, macamana hendak ambil daripada khazanah Allah. Lebih kurang 600 tahun, tidak ada orang hendak beritahu tentang kebesaran Allah. Begitu banyak kejahilan, kelalaian, pembunuhan, akhlak yang buruk. Tidak pernah berlaku keadaan yang macam itu punya buruk dalam seluruh sejarah kehidupan manusia.  Tidak ada siapa hendak beritahu kebesaran Allah, inilah keadaan bila Rasulullah s.a.w datang. Seluruh dunia dalam kegelapan. Semua manusia seluruh dunia punya keadaan, mereka semua bergantung pada apa yang mereka lihat, mereka nampak Kaisar, Kisra, raja-raja pada masa itu.

Manusia punya tumpuan pada Kaisar dan Kisra dan pada harta dan kekayaan Kisra dan Kaisar. Mereka semua usaha macamana mereka boleh dapat harta, emas, perak, sepertimana Kaisar dan Kisra. Untuk ini, ada satu perkara yang mahsyur/terkenal pada masa itu, semua orang punya perhatian dan tumpuan telah beralih daripada Allah dan tertumpu kepada Kaisar dan Kisra. Mereka punya tumpuan pada kekayaan Kisra dan Kaisar. Mereka semua fikir macamana hendak dapat harta macam Kisra. Dalam fikiran mereka, mereka anggap kalau dapat bersama-sama dengan Kisra, ianya satu kemuliaan. Untuk duduk bersama-sama dengan Kisra dalam istananya kena ada kebenaran sepertimana kalau hendak masuk airport kena ada tiket. Untuk masuk dalam istana Kisra, harganya 250,000. Hendak masuk ke dalam istana harga passnya ialah 250,000. Macamana hendak dapat 250,000? Mereka nampak kemuliaan kalau duduk sama-sama dengan Kisra. Untuk bersama-sama dengan Kisra kena dapat pass, untuk itu kena ada duit. Sekarang punya keadaan pun macam itu juga. Ada orang kata kemuliaan dalam menjadai Presiden, dalam menjadi menteri, dalam menjadi member of parliament, wakil rakyat. Sekarang ini manusia punya tumpuan kepada benda-benda macam tu, begitulah juga di zaman itu. Untuk kita betulkan arah hidup kita, betulkan asas kehidupan kita, kita lihat sejarah sebelum Rasulullah s.a.w, dan kita lihat macamana asas yang digunakan Nabi untuk bangunkan umat ini, dengan itu, semua manusia sekarang, sampai kiamat, boleh betulkan asas kehidupan mereka dan boleh bentuk kehidupan mereka dengan betul.

Pada masa itu, seluruh dunia ada 2 golongan, satu bersama-sama dengan Kaisar, satu golongan lagi dengan Kisra. Mereka punya fikiran ialah kita kena ambil/rampas semua harta yang ada pada orang-orang awam, wang ringit yang ada pada peniaga, petani, orang kaya, orang miskin, wanita, orang muda, sesiapa sahaja, harta yang mereka ada, semua kena rampas. Mahkota yang kena pakai, begitu berat, emasnya begitu berat, beberapa kilo, bukan boleh dipakai di atas kepala, kena gantung dengan rantai dan masukkan kepala mereka ke dalam mahkota itu. Mereka rampas harta daripada orang awam untuk dapat kekayaan dan untuk dapat masuk ke dalam istana Kaisar dan Kisra.

Rasulullah s.a.w datang dengan dakwah bertentangan dengan perkara ini. “Wahai manusia, belanjalah segala apa yang ada pada kamu untuk membina kehidupan orang awam”. Inilah dakwah kita. Apa-apa yang ada pada kita, berapa banyak yang ada pada kita, kita korban supaya orang lain punya kehidupan dapat dibentuk dan keperluan kita adalah daripada Allah. Sedikit sahaja yang kita gunakan untuk diri sendiri, yang lain semua kita belanja. Apa yang ada pada khazanah Allah itu banyak. Bila kita belanja, apa sahaja yang kita belanja, kita akan simpan dalam khazanah Allah s.w.t. Dalam Quran tidak ada fadhilat tentang kumpul harta. Dalam hadith pun tidak ada. Belanja harta atas anak yatim, janda, dan orang lapar, orang dahaga, orang yang tidak ada pakaian, orang musafir, semua hamba-hamba Allah yang bergantung harap, belanja atas mereka, kamu akan dapat banyak ganjaran. Rasulullah s.a.w sendiri, baginda telah wujudkan persaudaraan dengan orang-orang muhajir dan ansar. Orang-orang muhajir datang daripada Mekah, orang-orang kafir telah banyak menyusahkan orang-orang mereka, semua harta-harta mereka telah dirampas oleh orang-orang musyrikin Mekah, mereka telah tinggalkan rumah mereka, isteri mereka, anak mereka, dan mereka telah hijrah ke Madinah. Orang Ansar telah belanjakan semua harta, mereka telah sapu bersih semua harta dalam rumah mereka dan bagi makan pada orang-orang muhajir. Mereka tidurkan anak isteri mereka dalam keadaan lapar untuk bagi makan pada orang yang datang hijrah.

Baginda s.a.w bangunkan orang-orang muhajir dan ansar atas pengorbanan. Inilah jalan kita. Dalam kerja kita, kalau kita semua, saya dan tuan-tuan, buat kerja dengan pengorbanan, wujud kekuatan dalam dakwah dan agama akan hidup melalui dakwah ini dan kesan dakwah tersebar ke seluruh dunia. Allah s.w.t akan buat dengan kudratNya. Ini akan berlaku bila kita buat dengan pengorbanan. Kalau kita cuba menyelamatkan harta kita, untuk tabligh kita bagi RM500.00, untuk keluar jalan Allah, keluar cillah, bagi RM500.00, tetapi untuk kahwinkan anak kita RM500,00.00, begitu banyak, kita beli pakaian, beli emas, beli kereta, beli motor, beli rumah, dll. Kalau kita cuba pelihara harta kita, maka agama/dakwah akan jadi tiada nyawa/tiada roh. Nyawa dalam dakwah ialah pengorbanan dan ikhlas dan akhlak baik kepada orang lain. Dakwah akan ada nyawa bila kita buat usaha agama atas semua orang, inginkan kebaikan semua manusia. Rasulullah s.a.w beritahu, “Wahai Bilal, teruskanlah belanja, jangan kamu takut, khazanah Allah s.w.t tidak akan berkurangan”. Khazanah Allah sangat besar, tidak pernah kurang, jangan kamu was-was tentang khazanah Allah s.w.t. Apa-apa yang kamu belanja kerana Allah, maka Allah s.w.t akan balas tetapi perkara yang kita kena ingat ialah kita tidak nampak Allah dan kita tidak nampak khazanah Allah dan melalui amalan boleh dapat daripada khazanah, itu pun kita tidak nampak. Bila satu orang bagi sedekah 10 rupee daripada 100, berapa tinggal? Baki 90 rupee. 10 rupee telah keluar tetapi Allah s.w.t kata, Allah akan hancurkan riba dan Alllah s.w.t akan tambahkan sedekah. Dalam pandangan kita bila bagi sedekah, duit kita kurang tetapi riba nampak macam harta kita bertambah. Ada orang beli kereta, beli traktor, melalui riba, satu jadi dua, pendapatan pun nampak bertambah. Kita nampak harta bertambah dengan kita langgar perintah Allah s.w.t dan bila tunaikan perintah Allah s.w.t harta kita kurang. Mula-mula sekali kena bina iman. Apa-apa yang kita nampak dengan mata kasar, semuanya adalah tipu daya mata. Apa-apa yang diberitahu oleh nabi, itu adalah benar, benar, benar.

Tuan-tuan semua telah dengar tentang Qarun, Firaun, Haman, Shaddad. Dalam syariat Musa a.s, kadar zakat ialah ¼, kita punya zakat ialah 2½%. Bila tumpuan manusia bahawa dengan harta boleh bina kehidupan, apa mereka akan buat? Allah s.w.t firman dalam Quran, apa-apa yang Allah bagi pada kamu, manusia memang ada keperluan, makan, minum, pakaian, kamu kena bagi perhatian pada keperluan kamu, tetapi benda yang Allah bagi pada kamu, kamu hendaklah buat ihsan, belas kasihan kepada makhluk-makhluk Allah yang lain. Qarun tidak mahu bagi zakat, dia kata itu semua dengan hasil usaha dia, itu semua dengan kepandaian dia, dengan itulah dia dapat hasil, macam mana dia hendak bagi pada orang, tetapi telah ditetapkan oleh Allah s.w.t bahawa kejayaan hanyalah dalam menunaikan perintah Allah. Kegagalan adalah dalam melanggar perintah Allah s.w.t, tetapi mata kita nampak itulah kejayaan. Allah s.w.t bagi tempoh, sepertimana Allah s.w.t bagi tempoh kepada Firaun, dia mengaku diri dia sebagai tuhan, dia buat kezaliman, dia mengalirkan darah orang-orang yag bersih, dia sembelih bayi-bayi, semua ini berlaku, Allah s.w.t bagi dia tempoh 400 tahun, tidak pernah ada sakit kepala pun.

Kamu dapat makan, minum, boleh buat semua, belanja, tidak ada siapa hendak tahan, hati betul, perut betul, rumak o.k, business o.k,  semua berjalan dengan baik, tetapi kalau ini semua berlaku dengan langgar perintah Allah, ini adalah tempoh yang Allah s.w.t beri. Dalam Quran Allah s.w.t beritahu 2 perkara. Satu ialah kita tunaikan perintah Allah dan kita dapat kesusahan, dalam Quran dipanggil sebagai ujian. Kedua ialah langgar perintah Allah s.w.t dan kita dapat kemenangan, dalam Quran dipanggil sebagai tempoh. Allah s.w.t bagi tempoh. Orang mukmin, Allah s.w.t beritahu, jangan takut bila kamu tunaikan perintah Allah, kamu hidup ikut agama, kamu bina iman, buat usaha Rasulullah s.a.w, dan kamu belanjakan segala apa yang ada untuk usaha agama, kalau datang ujian atas diri kamu, harta kamu, jangan kamu takut, akhirnya kamu akan dapat kejayaan, ‘wal a qibatul mutaqin’, kamu akhirnya akan dapat kejayaan.      

Kalau kamu langgar perintah Allah s.w.t dan dapat makan, dapat minum, senang, macam-macam barang kamu dapat, mengenai itu, Quran kata, ini adalah tempoh. Bila Kami bagi nikmat, tetapi mereka sombong, mereka lawan dengan Kami. Satu orang muda, dalam masa muda, dia langgar perintah Allah s.w.t. Allah s.w.t bagi masa muda untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w beritahu fadhail, 7 golongan manusia akan dapat naungan arash Allah s.w.t, satu daripadanya ialah orang muda yang taat perintah Allah s.w.t. Allah bagi kesihatan, masa muda yang Allah bagi, dia langgar perintah Allah s.w.t, Allah bagi tempoh. Ada orang Allah bagi harta, Allah bagi harta supaya keperluan diri dapat disempurnakan, dan baki dari harta tersebut dibelanjakan atas orang lain, tengok jiran yang lapar, orang-orang dimarhallah kita, dalam daerah kita, dalam negara kita. Kita guna untuk makan, minum, pengangkutan, guna setakat keperluan, bakinya belanja atas orang lain tetapi sekarang manusia fikir, saya punya adalah saya punya, apa yang ada pada kamu, sebahagian adalah saya punya juga.

Dalam satu keluarga, abang kata, sebahagian harta saya punya dan apa yang ada pada kamu, bagi saya sedikit. Adik pula kata, saya punya adalah hak saya, apa yang ada pada kamu, kamu kena bagi pada saya. Mereka bergaduh. Isteri kata, apa yang dibawa dari rumah saya, itu saya punya. Apa yang ada pada kamu, bagi saya. Suami kata, apa yang awak bawa itupun saya punya, yang ada dalam rumah saya pun saya punya. Mereka pun bergaduh. Macam Kaisar dan Kisra, apa yang ada pada mereka, mereka punya dan apa yang ada pada orang lain, peniaga, petani, itu semua pun mereka punya. Oleh kerana itulah, berlaku segala kerosakan dan pergaduhan.

Rasulullah s.a.w kata, orang mukmin adalah seperti satu badan. Semua orang Islam adalah macam satu badan. Dalam orang beriman, ada peniaga, ada petani, ada kaya, ada miskin, ada lelaki, ada wanita, ada tua, ada muda, semua adalah seperti anggota-anggota satu badan. Nabi-nabi bagi contoh, dan dalam contoh nabi-nabi ada ilmu, bukan hanya contoh sahaja. Sepertimana Rasulullah s.a.w beritahu, seluruh syariat nabi, apa-apa yang datang daripada Allah s.w.t, apa-apa hidayat dan ilmu yang datang daripada Allah, contoh macam air hujan. Apa-apa syariat, hidayat, ilmu yang saya bawa, contohnya adalah seperti air hujan. Apa maksudnya? Semua orang perlu kepada air, tidak ada orang pun yang dikecualikan daripada air. Lelaki, wanita, orang kaya, orang miskin, peniaga, petani, pemerintah, presiden, menteri, polis, orang sihat, orang sakit, orang tidak boleh jalan, semua orang perlu air. Air adalah keperluan semua manusia. Semua manusia perlu kepada air maknanya kejayaan seluruh manusia hanyalah dalam agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Tanpa air, tidak ada siapa boleh hidup, begitulah juga tanpa syariat Rasulullah s.a.w, tidak ada siapa punya kehidupan pun boleh jadi. Tidak ada siapa yang boleh dapat kejayaan tanpa syariat Rasulullah s.a.w, samada petani, peniaga, pemerintah, orang awam, orang khawas, orang putih, orang hitam, orang Arab, orang bukan Arab, siapa sahaja, dimana sahaja, sepertimana air, semua orang perlu pada air, macam itulah juga agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, setiap orang perlu kepada agama.

Sepertimana berbagai jenis jus buah-buahan yang kita minum, tetapi yang hanya boleh hilangkan dahaga kita ialah air. Coca-cola, air buah-buahan, aiskrim, macam mana banyak kita minum pun tidak akan hilangkan kehausan kita. Bila kita minum satu gelas air biasa, maka dahaga kita akan hilang. Kita buat macam mana pun kita tidak akan dapat kemuliaan, kejayaan, sepertimana kita banyak minum air buah-buahan, kehausan kita tidak akan hilang, macam itulah juga, semua mereka perlu kepada syariat yang Nabi s.a.w bawa. Rasulullah s.a.w bagi contoh ini dan terangkan dengan mudah. Tanpa syariat kamu tidak boleh hidup, kehidupan kamu tidak boleh dibina.

Semua nabi yang datang sebelum Rasulullah s.a.w, mereka semua telah ceritakan tentang kebesaran Allah s.w.t, khazanah Allah s.w.t, dan mereka beritahu cara untuk mendapatkan daripada khazanah Allah s.w.t. Kesusahan berlaku dalam dunia bila manusia punya pendengaran putus daripada Allah, putus daripada khazanah Allah, datang kepada ghairullah, kepada kebendaan, dan mereka tinggalkan jalan amalan, dan mereka usaha untuk dapatkan kebendaan. Rasulullah s.a.w bagi contoh, semua orang mukmin adalah seperti anggota satu badan. Macam mana Baginda s.a.w telah terangkan kepentingan syariat dengan contoh tadi, dengan contoh ini apa yang ingin nabi sampaikan iaitu kita semua adalah anggota satu badan, mata, telinga, hidung, kaki, tangan, semua anggota, kepala sampai kaki, semua anggota ini sentiasa bantu-membantu antara mereka. 

Contoh, mata, bila kena duri dekat kaki, ia akan tengok, kalau bubuh ubat di kaki, dia akan tengok, kaki berjalan, dan mata melihat, mata sentiasa melihat untuk anggot lain. Kalau tangan hendak buat sesuatu, mata melihat. Kalau kaki hendak buat sesuatu, mata melihat. Kalau hendak makan, tangan bawa makanan ke mulut, mata melihat. Mata sentiasa buat kerja orang lain. Untuk diri dia sendiri, kadang-kadang sahaja. Bila ada habuk masuk dalam mata, mata jadi merah, keluar air mata, kadang-kadang sahaja mata digunakan untuk diri sendiri. Bila sakit, melihat dicermin. Mata sentiasa buat kerja orang lain. Macam itulah, Rasulullah s.a.w beritahu, kamu bukan untuk diri kamu sendiri, kamu adalah untuk menafaat semua makhluk-makhluk Allah s.w.t, “kuntum qoiroum matin ukhrijatlinnas”, kamu adalah umat yang paling baik bukan kerana bangunan yang besar, bukan kerana pakaian yang mahal, bukan kerana perabut rumah kamu mahal, kamu umat yang paling baik kerana kamu diwujudkan hanya untuk memberi menafaat kepada makhluk-makhluk yang lain.

Kita akan dapat faedah yang besar bila bagi makan kepada orang lapar tetapi sekejap sahaja lapar dia akan hilang, kalau orang haus, kita bagi minum, sekejap sahaja kesannya tetapi bentuk yang paling tinggi untuk bagi menafaat pada manusia ialah “amar maaruf, nahi mungkar”, kamu mengajak kepada kebaikan, dan bila betulkan kehidupan, segala apa yang dia dapat, kemuliaan, dsbnya, selama-lamanya di dunia dan akhirat. Bila roh diambil, dunia menangis, tetapi dia gembira kerana hendak berjumpa dengan Allah s.w.t. Bila dia hendak keluar daripada sangkar, sepertimana burung dalam sangkar, dia makan dan minum dalam sangkar, tetapi sentiasa risau kerana dipenjarakan. Bila buka pintu sangkar, dia akan lari keluar, tidak mahu dengan makanan kamu, kamu simpanlah, saya sudah bebas, Allah s.w.t sudah simpan untuk saya macam-macam benda, kamu bagi saya air sedikit, makanan sedikit, Allah s.w.t telah simpan untuk saya berbagai-bagai jenis, bermacam-macam buah-buahan, bermacam-macam air, berbagai macam makanan dan minuman. Sepertimana burung itu keluar daripada sangkar, begitu gembira, macam itulah bila manusia mentaati perintah Allah s.w.t, bila datang masa untuk roh dia keluar, dia begitu gembira keluar daripada badannya, pergi ke taman-taman syurga yang Allah s.w.t sediakan.

Jangan takut, kita akan tashkil akhirnya. Kita bukan mahu bagi manis-manis sahaja, kita mahu tashkil, sekarang semua dengar bayan, bila tashkil semua tunduk. Tashkil kena buat. Bukan tashkil orang lain, tashkil diri sendiri. Tiap-tiap orang kena tashkil diri sendiri, kena tanya hati sendiri, ke mana arah hidup saya. Semua orang takut dengan tashkil. Nabi Ibrahim a.s, bila dia menyeru kepada iman, perkara yang paling disukai oleh Allah s.w.t ialah iman, macam itu jugalah orang yang paling disukai oleh Allah s.w.t, ialah orang yang beriman. Nabi Ibrahim a.s, seorang sahaja menentang semua manusia dalam dunia ini, dia seorang sahaja yang telah beriman kepada Allah s.w.t dan dialah orang yang disayangi oleh Allah s.w.t. Siapa yang kita sayang, kita akan banyak sebut nama orang itu, isteri saya, anak saya, rumah saya, duit saya, benda yang kita sayang, kita akan banyak cakap tentang perkara itu. Allah s.w.t kata nabi Ibrahim a.s, ialah khalil Aku, sentiasa disebut dilangit, di arash, “khalil Aku, khalil Aku”, Allah s.w.t sentiasa sebut nama nabi Ibrahim a.s.

Bila mula disebut bahawa Allah s.w.t akan jadikan nabi Adam a.s, bila Allah s.w.t hendak cipta manusia, khalifahNya, maka malaikat kata, kenapa hendak jadikan makhluk macam ini yang akan buat kerosakan dipermukaan alam, mereka akan mengalirkan darah, mereka akan membunuh antara mereka, kami malaikat sentiasa bertasbih, sentiasa bertahmid, sentiasa sujud dan rukuk kepada Kamu, kenapa hendak jadikan mereka. Allah s.w.t beritahu satu jawapan yang mana malaikat tidak boleh hendak jawab lagi. Allah s.w.t kata, apa yang kamu tahu? Aku tahu bila anak Adam ini betulkan kehidupan mereka dan yakin mereka kepada Aku, mereka akan jadi asbab untuk hidayat untuk semua manusia.

Maulana Ilyas rah. kata, inilah kerja kita, kita tengok keadaan manusia, kita bentuk zihin dan tashkil, inilah kerja kita, jangan takut.

Setiap orang tunggu peluang, peniaga pun tunggu peluang. Datang satu orang yang lemah, musafir, datang daripada tempat lain, datang ke Delhi, dia punya duit sudah hilang, barang sudah hilang, dia tidak ada apa-apa, dia cuma ada jam tangan sahaja. Dia tidak mahu mengemis, dia mahu ada sedikit duit untuk tambang balik ke rumah. Dia bawa jam tangan pergi ke satu kedai. Orang kedai tahu harga jam tangan itu 4000 rupee. Orang yang hendak jual kata, bagilah 2000 rupee, secondhand, saya susah, saya hendak balik kampung, tidak ada duit. Orang kedai kata, saya akan bagi 300 rupee sahaja, pasal dia tahu ini peluang.

Ada orang gunakan peluang dengan baik, ada juga orang yang salah guna peluang. Kalau pekedai itu baik, dia akan kata, kamu nampak macam orang baik, kamu hendak jual kerana kamu ada keperluan, kamu simpan jam ini dan saya bagi hutang 300 rupee kepada kamu. Hadith Rasulullah s.a.w, kalau kita bagi hutang, setiap hari Allah s.w.t akan bagi kita pahala sedekah kerana bagi hutang pada orang yang ada keperluan. Kalau diberi tempoh, sehingga tempoh itu dia akan dapat pahala sedekah. Kalau pada masa tempoh itu, dia tidak sempurnakan, dia tidak bayar balik, selepas itu, dia extend tempoh tersebut, dia akan dapat double pahala sedekah.

Kalau kita yakin bahawa kehidupan kita Allah s.w.t yang bina, kalau saya ikut apa yang disabdakan oleh Baginda s.a.w, kalau saya bagi dia hutang 300 rupee, dia punya keperluan disempurnakan dan saya punya akhirat dibina. Kalau kita bantu sesiapa hamba dalam dunia ini, Allah s.w.t akan bantu kita di tempat di mana tiada siapa boleh bantu. Kalau kita yakin atas perkara ini, atas janji Allah s.w.t, atas kalam Allah s.w.t, atas sabdaan Nabi s.a.w, kalau kita yakin, maka kita akan dapat gunakan peluang itu dengan baik.

Simpan kamu punya jam, saya bagi hutang 300 rupee, kamu pergi balik kampung, dan selepas itu kamu bayar balik dalam masa 10 hari. Tiap-tiap hari dapat pahala sedekah 300 rupee. Dia punya keperluan sudah diselesaikan dan pekedai itu dapat pahala sedekah. Inilah intisari tabligh. Kita kena betulkan yakin daripada salah kepada betul, betulkan jasbah daripada salah kepada betul, betulkan jalan kita daripada salah kepada betul. Bagi 4 bulan, 40 hari, buat kerja tempatan, keluar di jalan Allah s.w.t, asas ialah 3 perkara ini.

Maulana cakaplah apa hendak cakap, kami sudah booking tiket, kami hendak balik.

Rasulullah s.a.w beritahu orang mukmin adalah seperti anggota satu badan. Mata sentiasa melihat untuk seluruh badan. Untuk diri sendiri hanya setakat keperluan sahaja. Kita dipanggil umat yang paling baik. Kenapa? Kita diwujudkan di dalam dunia ini untuk memberi menafaat kepada makhluk-makhluk Allah s.w.t. Kita dilahirkan ke dunia ini untuk itu. Rupabentuk menafaat yang paling tinggi iaitu keburukan yang akan bawa manusia ke neraka, maka kita kena halang manusia daripada itu dan bawa mereka kepada kebaikan, bawa manusia kepada syurga. Kita kena beritahu kepada manusia jalan masuk ke syurga dan menghalang mereka daripada masuk ke neraka. Bila jasbah manusia jadi baik, maka manusia hendak bantu manusia lain, dengan mata, dengan mulut, dengan tangan, dengan kaki. Bila yakin kita ada dengan zat Allah s.w.t, maka jasbah pun akan jadi betul, percakapan akan jadi baik.

Bila jasbah betul, maka dengan cakap saya ada perempuan boleh dapat suami, dengan cakap saya satu orang boleh dapat kerja. Bila jasbah tidak betul, dia fikir macam mana hendak putuskan hubungan, macam mana hendak buang orang daripada kerja dia.  Sepertimana dalam kegelapan, macam-macam jenis orang, dalam rumah, dalam bandar, semua tempat gelap, bila tiada elektrik, ada dua jenis manusia. Ada orang yang hendak bantu orang tua, orang uzur, dalam kegelapan, pegang tangan dia supaya orang tua ini tidak jatuh. Dalam kegelapan yang sama ada orang fikir macamana hendak merompak, macamana hendak buat sesuatu yang tidak baik.

Wahai manusia, dengarlah dengan buka telinga kamu. Dalam setiap badan manusia ada seketul daging, kalau ia jadi betul maka seluruh badan akan jadi betul, kalau ia rosak maka seluruh badan akan rosak. Itu ialah hati manusia. Setiap orang dibangunkan, kamu untuk diri kamu, gunakan setakat keperluan sahaja, gunakan harta kamu atas diri kamu setakat keperluan sahaja, pakaian setakat keperluan sahaja. Rasulullah s.a.w bersabda, saya dan orang-orang yang bantu anak yatim, mereka akan bersama-sama dengan saya di syurga. Nabi tunjuk dengan jari, dengan begitu rapat, hanya mendengarkan itu, maka seluruh mahul di Madinah, kalau ada 5 anak yatim, bapa sudah meninggal, selagi bapa dia ada, dia ada dua tangan sahaja, kadang-kadang dia akan sayang budak ini, kadang-kadang dia akan sayang budak itu, tetapi bila dia sudah meninggal, maka semua lelaki di Madinah, semua mereka fikir supaya mereka dapat letak tangan mereka atas kepala anak yatim. Satu bapa meninggal, semua orang Madinah jadi bapa orang. Bila kita letak tangan kita atas kepala anak yatim, berapa banyak rambut atas kepala dia, begitulah banyak pahala Allah s.w.t akan bagi kita. Baginda s.a.w berkata, siapa yang bantu anak yatim, mereka akan bersama dengan Rasulullah s.a.w. Mereka ingin bagi makan kepada anak yatim kerana mereka hendak jadi jiran Rasulullah s.a.w di syurga.

Yakin kepada Allah, yakin kepada khazanah Allah, lagi kuat iman kita atas Allah, atas nizam Allah yang ghaib, atas akhirat, atas kehidupan selepas maut, syurga, neraka, amalan yang soleh kita akan dapat pahala, amal buruk kita akan dapat dosa, semua amal kita akan ditimbang, kita kena lalu titian sirat, dan kubur kita samada lubang neraka ataupun taman syurga, iman kita lagi kuat atas Allah dan Rasul, dan perkataan Allah dan Rasul maka kehidupan kita dalam dunia akan menjadi betul. 

Zaman Rasulullah s.a.w tidak ada kekayaan, emas, perak, tentera, senjata, mereka susah, hendak makan pun susah pada masa itu. Tuan-tuan fikir, seorang sahabat pergi buang air kecil, dia dengar ada bunyi dalam kencing dia. Ada satu kulit keluar daripada kencingnya. Pernahkah berlaku kelaparan seperti itu? Keluar kulit daripada kencing.

Satu orang sahabat, selepas salam, terus bangun dan keluar daripada masjid Nabawi dan balik ke rumah. Selepas waktu solat, orang fikir mengapa dia balik, pada masa itu selepas solat Rasulullah akan duduk di atas sejadah dan sahabat akan duduk di keliling nabi s.a.w dan nabi s.a.w akan ajar mereka macam-macam. Tetapi sahabat ini selepas salam sahaja dia balik ke rumah, orang lihat sekali tidak cakap apa, kali kedua, kali ketiga, tidak ada majlis yang lebih berkat daripada majlis Rasulullah s.a.w. Antara tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, tidak ada majlis yang lebih mulia daripada majlis Rasulullah s.a.w. Kenapa orang ini tinggalkan majlis tersebut? Orang tanya kenapa kamu balik rumah selepas salam? Tengok kehidupan para sahabat, semoga Allah s.w.t bagi sezarah daripada kehidupan mereka pada kita. Mereka tidak beritahu kepada makhluk tentang keperluan mereka. Ini keadaan para sahabat, kerana itulah Allah s.w.t redha dengan mereka. Mereka tidak pernah, dengan isyarat, dengan percakapan, dengan perbuatan, mereka tidak pernah tunjuk keperluan mereka kepada orang.

Orang tanya kenapa kamu tinggalkan majlis nabi? Mereka fikir, ucap kalimah tetapi di dalam hati tidak ada iman. Sahabat ini, nak jawab pun susah. Mereka tanya kenapa balik? Tuan-tuan pernah dengar dalam kitab, orang munafik pun pada masa itu tidak berani tinggalkan solat berjemaah. Sahabat-sahabat tidak boleh tinggalkan ta’alim bersama dengan nabi. Sahabat ini cuba elakkan daripada hendak jawab, saya ada hal, saya ada masalah. Sahabat lain tanya lagi. Kenapa tinggalkan majlis nabi? Saya ada sedikit masalah. Bila tashkil pun ada alasan kan? Kalau kita bagi alasan, saya ada masalah, tidak boleh keluar, itupun Allah tahu.

Wahai orang-orang beriman, apa telah jadi kepada kamu? Bila kamu disuruh keluar di jalan Allah, kamu lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat. Samada kamu keluar di jalan Allah s.w.t, ataupun Allah s.w.t akan bagi kamu azab yang pedih. Mengenai azab yang pedih ini, ulamak kata, tidak ada peluang untuk keluar di jalan Allah kalau mereka jadikan alasan untuk tidak buat usaha agama, azab Allah, Allah s.w.t akan sibukkan mereka dalam perkara yang mereka bagi sebagai alasan. Satu ialah uzur, memang betul-betul ada uzur, Allah s.w.t bagi kelonggaran dan satu lagi ialah jadikan sesuatu sebagai alasan untuk lepaskan diri kita. Sahabat tidak buat macam itu.

Sahabat-sahabat semua tanya kenapa tidak duduk dalam majlis Rasulullah s.a.w? Sepertimana kita sekarang, habis solat, yang solat di masjid ramai, 120 orang, kita ingat ramai, bila salam, semua balik, cuma 12 orang sahaja tinggal, duduk ta’alim, kita bagi karguzari, alhamdulillah, tempat saya, ta’alim, 12 orang duduk. Kita ingat kita sudah control masjid itu. Tabligh sudah jadi kita punya kontrak. Kita pegang tabligh, orang lain tidak duduk tidak mengapa, 120 orang balik kita tidak fikir, 12 orang duduk kita kata alhamdulillah, kita buat ta’alim, 12 orang sudah duduk. Kita kena pergi setiap rumah orang yang tidak duduk dalam ta’alim. Pergi rumah mereka, terangkan pada mereka, tashkil mereka, keluarkan mereka, hubungkan mereka dengan semua amal.

Sahabat tadi kata, saya punya masalah ialah saya dengan isteri saya hanya ada sekeping kain sahaja. Bila saya hendak datang solat di masjid, isteri saya akan bagi pakaian pada saya. Bila saya balik daripada masjid, saya kena bagi pakaian itu pada isteri saya supaya dia boleh solat. Kalau saya duduk dalam majlis ini, tidak tahu bila majlis akan habis, takut nanti isteri saya tidak solat. Oleh kerana itulah, saya balik rumah, supaya isteri saya boleh solat. Adakah sesiapa punya rumah mengalamai kemiskinan seperti ini? Tidak ada pakaian macam sahabat tadi. Kulit keluar daripada kencing, dia telah basuh dan masak dan dia telah makan, kerana kelaparan. Macam itu mereka punya pengorbanan. Kita hari ini, serta merta bagi alasan. Memang saya mahu tambah satu cillah jadi tiga cillah, tetapi….., macam-macam alasan kita bagi.

Tuan-tuan kena buat niat mahu jadikan kerja ini sebagai kerja kita, insya’Allah. Inilah maksud Allah s.w.t jadikan kita. Maksud hidup kita ialah untuk buat usaha atas iman. Untuk ini kena korbankan diri kita, masa kita, apa-apa yang Allah s.w.t bagi kita, kita kena gunakan dan balasannya, Allah s.w.t akan bagi pada kita. 40 hari jadi 4 bulan, susah sangat ke? Umat ini diwujudkan untuk perkara ini. Bila umat ini tinggalkan usaha agama, maka pintu-pintu fitnah akan dibuka atas umat. Satu ketika, Rasulullah s.a.w beritahu, apa akan berlaku pada kamu di masa itu dimana wanita-wanita tidak dapat dikawal, pemuda-pemuda akan jadi fasiq dan fajir. Sahabat-sahabat hairan. Kenapa? Pada masa itu, wanita-wanita mereka dan pemuda sedia untuk buat usaha agama. Waktu malam mereka beribadat, waktu siang mereka berpuasa, keluar di jalan Allah s.w.t. Adakah anak-anak muda kami akan rosak macam itu? Adakah wanita-wanita kami akan rosak macam itu? Mereka hairan. Mereka beritahu Rasulullah s.a.w, wahai kekasih Allah, adakah keadaan akan jadi macam itu? Rasulullah s.a.w kata, demi Allah, keadaan yang lebih teruk daripada itupun akan berlaku.

Bila akan berlaku? Satu hadith Rasulullah s.a.w beritahu, “satu selepas satu, satu selepas satu, apa akan jadi kepada kamu? Apa akan berlaku pada kamu dimasa itu? Dimana tidak ada orang akan beritahu tentang kebaikan, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kita datang ke dunia untuk perkara ini. Daripada hari pertama kita diberitahu bahawa inilah kerja kita. Kalau umat tidak buat kerja ini, apa akan berlaku pada umat ini? Sahabat terkejut macamana boleh berlaku keadaan ini, tidak ada orang hendak seru kepada kebaikan dan cegah kemungkaran, padahal kita dihantar untuk perkara ini. Mana boleh berlaku keadaan ini?

Ada satu orang masuk dalam bilik air, dia masuk bawa air, dua jam duduk dalam bilik mandi, bawa baldi, lota, tuala, sabun, selepas dua jam dia keluar dan dia kata saya lupa hendak mandi. Apa kita akan beritahu pada orang ini? Kamu tidur ke! Nampak macam dia orang gila. Dua jam duduk dalam bilik air dan dia kata dia lupa hendak mandi. Macam itulah juga sahabat takjub dan hairan sepertimana orang masuk dalam bilik air untuk mandi tetapi selepas dua jam tidak mandi, ini tidak mungkin, orang yang telah mengucap kalimah tauhid, mereka telah mengucap risalah Rasulullah s.a.w tanpa buat kerja agama. Macamana mereka boleh hidup dalam dunia ini? Sepertimana orang masuk dalam bilik air tidak mandi, macam itu juga kita sebagai umat nabi s.a.w datang ke dunia ini tidak buat kerja. Kita akan hidup untuk agama, kita akan mati untuk agama, kita akan gunakan segala-galanya untuk agama. Siapa yang sedia untuk keluar tunai sekarang? 4 bulan tunai. Siapa sedia? Semoga Allah bagi berkat dalam diri dan harta tuan-tuan. Kalau ada jemaah yang baru balik 40 hari, tambahkan jadi 4 bulan. Semua orang kena bagi nama.

Nyawa kita, diri kita, harta kita, semua diberi oleh Allah s.w.t. Siapa hendak korbankan perkara ini untuk agama Allah? Hanya yakin kepada Allah sahaja boleh bangunkan manusia untuk keluar ke jalan Allah s.w.t. Maulana kata, tidak tahu apa jadi pada orang Malaysia di atas, ada 300-400 orang di atas, orang terjemah kena tashkil. Orang yang datang untuk mesyuarat tambah jadi 40 hari, orang yang datang untuk 40 hari, tambah jadi 4 bulan. Semua niat. Bagi Allah s.w.t tidak mustahil. Allah s.w.t bagi berkat pada harta dan diri tuan-tuan. Tuan-tuan faham?

Rasulullah s.a.w berkata, “demi Allah yang pegang nyawa saya, keadaan yang lebih buruk akan datang bila usaha agama tidak dibuat”. Tidak ada usaha untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, apa akan berlaku? Bila manusia anggap keburukan sebagai kebaikan dan kebaikan sebagai keburukan, amalan yang baik mereka anggap buruk, amalan yang buruk mereka anggap baik. Mereka kata, ini zaman dulu, cara lama, mundur, lota, wuduk, solat, mereka tidak mahu ikut. Dunia sekarang sudah maju, sudah sampai ke bulan, mereka masih lagi di zaman dulu, manusia akan cakap macam-macam. Benda yang baik ialah apa yang telah diberitahu oleh Allah dan Rasul. Keburukan ialah apa yang telah diberitahu oleh Allah dan Rasul. Apa yang saya cakap sesuatu sebagai baik, ia tidak akan jadi baik dan apa yang saya cakap sesuatu sebagai buruk, ia tidak akan jadi buruk. Apa-apa yang Allah dan Rasul telah beritahu sebagai baik, itulah baik. Apa-apa yang Allah dan Rasul beritahu sebagai buruk, itulah buruk.

Masa akan datang, keburukan jadi kebaikan, kebaikan jadi keburukan, ada keadaan yang lebih buruk daripada itu. Apa akan kamu buat? Kamu dipaksa buat dosa. Keadaan datang dimana kamu dipaksa buat dosa, begitu banyak riba, rasuah, lelaki-perempuan dipaksa bersama untuk buat dosa. Oleh itu, tuan-tuan yang mulia, semua penyakit, ubatnya ialah satu sahaja, iaitu bila setiap manusia dalam umat ini, dalam setiap golongan, mereka buat usaha agama, usaha atas iman. Allah s.w.t akan bagi taufik, Allah s.w.t akan wujudkan kebaikan, muasyarah akan jadi suci murni, akhlak akan jadi tinggi, hubungan dengan Allah akan jadi kuat, dunia akan jadi macam syurga. Ini berlaku di zaman sahabat. Tuan-tuan faham?

Mula-mula tadi apa yang saya cakap? Tuan-tuan ingat? Setiap nabi, setiap rasul, dan ketua kepada semua nabi dan rasul, Rasulullah s.a.w, semua mereka mula-mula sekali mereka telah kenalkan tentang kebesaran Allah, tentang khazanah Allah, dan macamana hendak dapat, cara untuk dapat daripada khazanah Allah. Khazanah Allah ada dua jenis. Satu ialah nikmat dan satu lagi ialah musibah. Contoh, ada tangki air, ada tangki susu, ada tangki petrol. Kalau kita hendak petrol kita hubungkan dengan tangki petrol, kalau kita hendak air kita hubungkan dengan tangki air, kalau kita hendak minyak tanah, kita hubungkan dengan tangki minyak tanah, kalau kita hendak susu kita hubungkan denga tangki susu. Kita buat pipeline dengan tangki tersebut. Kita buka kepala paip susu, adakah kita akan dapat air? Paip kita dihubungkan dengan apa, itulah yang kita akan dapat. Khazanah Allah ada nikmat dan ada kesusahan.

Amalan yang keluar daripda badan manusia, itulah pipeline. Kalau kita punya pipeline dengan kemuliaan Allah, walaupun kita tidak ada pakaian, tidak ada kenderaan, tidak ada sesiapa hendak bagi rumah sewa kepada kita, tetapi demi Allah, Allah s.w.t pasti akan bagi kemuliaan kepada kita. Allah s.w.t akan bagi kemuliaan lebih daripada orang yang ada di dalam istana. Kalau orang yang buat amal yang buruk, walaupun dia tinggal di istana, dia akan dapat kehinaan kerana pipeline dia dihubungkan dengan khazanah kehinaan Allah.

Kita kena bina iman kita, bina solat kita, semoga Allah bagi kita faham, seluruh umat kena bangun atas perkara ini. Kita kena buat dakwah dan wujudkan mahul amal. Bila Rasulullah s.a.w dihantar ke dunia ini, pada masa itu, hendak masuk ke istana Kisra, berapa harganya? 250,000. Apa yang berlaku pada masa itu? Pembunuhan, rompakan, penindasan untuk dapatkan duit. Sekarang pun macam itu juga. Orang mahu pangkat, harta, tidak ada duit, macamana hendak dapat duit? Rompak, tindas, inilah yang berlaku sekarang. Bila Rasulullah s.a.w datang, beliau tidak cakap pasal wang-ringgit. Kita kena belajar setiap amalan Rasulullah s.a.w. Nabi tidak cerita pasal wang-ringgit, harta-benda, tanah, kebendaan. Nabi tidak kata, kamu kumpullah 250,000 semoga kamu dapat tiket untuk masuk istana Kisra dan dapat kemuliaan. Rasulullah s.a.w beritahu satu jalan yang suci, mudah, senang. Dalam hadith qudsi, Allah s.w.t beritahu, sesiapa yang ingat Aku, Aku akan bersama-sama dengan dia. Allah bersama dengan saya. Saya akan kata Subhanallah, Ahlamdulillah, Lailahaillallah, Allahu akbar. Allah bersama dengan saya. Siapa Allah? Dialah, daripada nabi Adam a.s diwujudkan sampai sekarang, semua manusia yang datang ke dunia ini sampai kiamat, sampai sangkakala ditiupkan, semua manusia ini Allah boleh jadikan sebagai Kisra, kudrat Allah tidak akan kurang apa-apa pun. Semua boleh dijadikan macam Kisra, apa kamu hendak sombong atau bangga duduk bersama-sama dengan Kisra. Allah s.w.t boleh buat. Kalau kita ada Allah, siapa yang kita perlu? Kita tak perlu pada sesiapa pun. Untuk kita dapat bersama dengan Allah perlukah ada 250,000? Untuk bersama dengan Allah, berapa yang perlu? Gerakkan lidah dan bibir yang Allah bagi pada kita, maka dengan itu kita boleh bersama dengan Allah.

Sepertimana nabi beritahu tentang fadhilat amal, maka nilai kebendaan akan keluar daripada hati manusia. Kalau sesiapa baca satu huruf dalam kitab Allah, dia akan dapat satu kebaikan, satu kebaikan sama dengan 10 pahala. Saya tidak kata ~{ A satu huruf. Alif (A) satu huruf, Lam (|) satu huruf, Mim (~) satu huruf.

Orang arab pada waktu malam mereka dengar muzik, minum arak, mereka tidak tahu halal haram, syariat, Allah redha atau Allah murka. Nabi Isa telah diangkat ke langit dan nabi s.a.w belum datang lagi, tidak ada sesiapa pun hendak beritahu cara hidup yang betul. Siang mereka bunuh, rompak, rampas harta, berperang, bergaduh, dsbnya. Rasulullah s.a.w datang memberitahu fadhilat amal. Bila tuan-tuan berkumpul, di  tepi-tepi jalan, saya beritahu kamu satu tempat untuk kamu berkumpul, kalau kamu berkumpul di mana-mana satu rumah Allah, kamu cakap mengenai Allah dan rasul, maka malaikat akan datang bertindih-tindihan sampai ke arash Allah, rahmat Allah akan meliputi kamu sebagai satu cadar. Rasulullah s.a.w ceritakan fadhilat masjid sehingga mereka sedia dan sanggup walaupun mereka tidak boleh jalan, mereka merangkak ke masjid. Pada masa lapang, mereka sibuk dalam masjid. bila nabi beritahu fadhilat amal, maka sahabat-sahabat suka. Waktu malam mereka minta izin, seluruh malam kami hendak habiskan Quran. Sepertimana kita hari ini, ada keinginan untuk kumpulkan harta, begitu juga sahabat-sahabat mereka ada keinginan untuk kumpulkan pahala. Kita suruh semua orang, anak, menantu, pergi kerja, mak kita yang tua pun kita suruh pergi kerja, babysitting, jaga anak orang lain. Anak kerja, isteri kerja, menantu kerja, orang tua kerja, cari wang, cari duit. Rasulullah s.a.w beritahu satu masa akan datang dimana perut adalah maksud hidup manusia. Mereka nampak kemuliaan dalam harta. Akhlak macamana buruk pun, kalau ada duit, semua orang kata dia orang yang mulia, kamulah ketua kami, mereka akan puji, padahal dia tidak solat satu waktu pun, dia perli sunnah Rasulullah s.a.w, setiap majlis dia langgar perintah Allah. Inilah tanda-tanda kiamat.

Satu masa akan datang, maksud kehidupan manusia ialah perut. Duit, perut, duit, perut, duit, perut,……! Kemuliaan nampak dalam harta, kemuliaan dihubungkan dengan harta, lagi banyak harta, lagi banyak kemuliaan. Rasulullah s.a.w hubungkan umat dengan amal. Dahulu, seluruh malam mereka minum arak tetapi bila Rasulullah s.a.w datang, cerita fadhilat Quran, maka sekarang mereka jaga malam untuk baca Quran. Semua usaha kita, keluar 3 hari, 10 hari, 40 hari, 4 bulan, kita kena bawa usaha ini dalam kehidupan kita supaya yakin kita yang salah jadi betul. Apa-apa yang kita nampak, masalah kita selesai dengan benda, kita kena nafikan, yang buat segala-galanya hanya Allah sahaja. Semua jasbah yang rosak, kita mahu ambil harta orang lain, semua jasbah yang rosak ini, yang kotor ini, kita kena tukar dengan iaitu, dengan mata saya, dengan tangan saya, dengan kaki saya, dengan lidah saya, dengan nyawa saya, dengan harta saya, saya akan bantu makhluk-makhluk Allah s.w.t. Jasbah yang suci murni ini kena datang dalam diri kita. Ini ialah bayangan satu orang yang beriman iaitu jasbah yang baik. 

Satu orang datang kepada Rasulullah s.a.w, tiap-tiap hari ada pergaduhan di antara kami, damaikanlah kami. Orang Mekah kata, 6 bulan kamu sembah berhala saya, 6 bulan kami sembah tuhan kamu. Jadi, malaikat Jibrail a.s datang, surah al-kafirun diturunkan. Ini tidak boleh. Rasulullah s.a.w beritahu, kamu sedang menuju kepada neraka dan saya pegang/tarik/selamatkan kamu daripada api neraka. Jasbah kamu sedang membawa kamu/menolak kamu, ke dalam api. Saya punya jasbah ialah untuk menarik mereka daripada api. Macam mana boleh damai, kamu halau perempuan kamu daripada rumah, kami pula bagi tempat untuk wanita yang dihalau.

Kamu zahirkan keburukan orang dan kamu gembira, kami pula tutup kelemahan orang untuk selamatkan mereka daripada kehinaan. Allah s.w.t kata, sesiapa yang tutup kelemahan, maka Allah s.w.t akan tutup kelemahan kita di akhirat nanti. Sebanyak mana iman kita kepada Allah dan Rasul, dan akhirat itu benar, maka jasbah akan jadi suci murni. Dengan diri, dengan harta, dengan apa-apa yang Allah s.w.t bagi kepada mereka, mereka akan gunakan semua untuk beri menafaat pada makhluk-makhluk Allah s.w.t.

Tabligh ini bukan hanya kita habiskan 4 bulan atau 40 hari, paddle jamat, dalam negeri, luar negeri, tuan-tuan yang mulia, melalui usaha agama ini, setiap peniaga, petani, pekerja, orang berpangkat, dimana mereka berada, wanita, setiap orang punya yakin mesti ditukarkan daripada yang buruk kepada yang baik, salah kepada baik, jasbah buruk tukar kepada jasbah suci murni, amalan buruk tukar kepada amalan baik, percakapan lidah jadi benar, mata melihat benda yang baik sahaja, yakin jadi betul, jasbah jadi betul, amalan jadi betul.

Untuk ini, saya telah beritahu tuan-tuan, khazanah Allah ada 2 jenis. Diantara khazanah Allah dan manusia ada pipeline, itulah amalan manusia. Hubungan antara khazanah Allah dan manusia ialah amalan. Atas dataran atau di lautan, apa-apa kesusahan yang berlaku, ini semua adalah kerana perbuatan mansia sendiri. Darah manusia mengalir, kemuliaan manusia dirosakkan, tidak ada siapa punya diri dan harta, kemuliaan, terselamat kalau dunia telah jadi macam neraka. Ini bukan kezaliman Allah s.w.t, Allah s.w.t tidak buat ini semua. Ini semua adalah perbuatan tangan manusia sendiri. Kalau kita semai pokok duri, maka pokok durilah yang akan tumbuh. Kalau kita semai padi, maka padilah yang akan tumbuh. Kalau kita semai pokok mangga, pokok manggalah yang akan tumbuh. Kalau kita buat amal yang baik, maka kita akan dapat natijah yang baik. Kalau kita buat amal yang buruk, maka kita akan dapat natijah yang buruk. Oleh itu, usaha kita ialah dakwah iman dan wujudkan suasana amalan iman.

Bila seorang bapa meninggal, maka semua orang lelaki di Madinah jadi bapa orang, semua lelaki di Madinah mahu bagi makan, pakaian, tunaikan keperluan. Sekarang ini orang kena beratur untuk dapatkan gula, beras, dsbnya. Di Madinah, mereka beratur untuk bagi kebaikan kepada anak-anak yatim. Dunia tidak boleh hendak fikir macam mana muasyarat Rasulullah s.a.w.  Tanggungjawab saya dan tuan-tuan, kita bukan datang kedunia ini untuk makan dan mencari makan. Apa yang dalam takdir, kita pasti akan dapat.

Saya ada satu orang jiran, semoga Allah bagi dia dan keluarga dia kebaikan. Mereka orang yang baik. Saya hendak beritahu apa yang ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Agama ikut susah payah tetapi rezeki ikut takdir Allah s.w.t. Kita telah banyak dengar perkara ini. Satu masa, undang-undang telah dibuat di negara ini, semua orang yang ada petrol station, hanya boleh dibuka dari 7 pagi hingga 7 malam sahaja. Jika selepas 7 malam, masih buka kedai, mereka telah buat kesalahan dan mereka akan didenda. Orang ini, buka petrol station 24 jam sebelum ini. Sekarang ada undang-undang baru. Oleh itu, kena ikut undang-undang. Buka 7 pagi, tutup 7 malam. Selepas beberapa bulan, saya jumpa mereka. Saya tanya mereka, macam mana keadaan, dulu buka 18 jam, sekarang buka 12 jam sahaja. Dia kata, selama bertahun-tahun kami telah dengar, sekarang sudah lihat dengan mata. Semasa jemaah datang ke masjid, bila maulana bayan, rezeki adalah mengikut mukaddar, agama mengikut musyakat, mengikut susah payah. Sekarang saya sudah tengok dengan mata saya sendiri. Dulu kami berniaga sampai 12 tengah malam. Kami tidak dapat solat isyak berjemaah, balik rumah lepas 12 malam baru solat isyak dan tidak pernah dapat jumpa anak-anak.

Kami balik, mereka tidur, bila mereka pergi sekolah, saya tidur. Bila saya ballik, mereka tidur. 12 malam, saya makan, solat isyak, lepas itu tidur, solat subuh pun tidak dapat, subuh terlepas. Ini kerugian agama. Dunia pun ada kerugian. Apa sudah berlaku sekarang? Bila sudah ada undang-undang, pukul 7 pagi buka, saya solat subuh, lepas itu sarapan, saya pergi kerja. 7 malam, saya tutup kedai. Ada masjid yang dekat dengan kedai, saya singgah dan solat isyak berjemaah, Ada ta’alim, saya ambil bahagian. Kalau ada jemaah datang, saya dengar bayan. Balik rumah, anak-anak belum tidur lagi, dapat jumpa dengan mereka, dapat sama-sama makan berjemaah, tidur awal. Kadang-kadang saya dapat solat tahajjud, waktu akhir, 2 rakaat. Maulana kata, ini semua akhirat, duit macam mana? Duit? Dulu 18 jam, sekarang 12 jam, berapa banyak sudah kurang? Dia kata, bulan sudah saya jumlahkan, ½ liter sahaja kurang. Berapa banyak yang Allah s.w.t takdirkan, itu yang kita akan dapat.

Mahfum hadith qudsi, wahai anak Adam, kamu lapangkanlah masa untuk taat kepada Aku, untuk beribadat kepada Aku. Apa-apa perintah Aku pada masa-masa yang tertentu, walaupun perniagaan ratusan ribu, bila dengar azan, datang kepada masjid. Bila mula ramadhan, samada panas atau sejuk, sedia untuk ramadhan. Allah s.w.t sudah bagi kita cukup harta dan fardhu haji atas kita, jangan tangguh-tangguh, jangan bagi alasan, tunaikan perintah Allah. Sempurna satu tahun, kita bagi zakat. Wahai anak Adam, sudah sempurna setahun, bagi zakat. Kalau fardhu haji, pergi haji. Orang tabligh, sudah sempurna satu tahun, bagi 4 bulan, tiap-tiap bulan 3 hari, waktu ta’alim buat ta’alim, bila waktu tasbih kena zikir. Wahai Anak Adam, lapangkanlah masa untuk beribadat kepada Allah. Kalau kamu buat macam itu, apa yang Allah akan buat? Dia akan penuhkan hati kamu dengan kekayaan, kamu tidak akan tamak pada harta orang lain, apa yang Allah telah bagi kepada kamu, kamu akan rasa cukup.

Ya Allah, apa yang telah Kamu bagi pada saya, bagilah saya puas, cukup dengan apa yang Kamu bagi, dan apa yang Kamu bagi pada orang lain, ya Allah, janganlah bagi saya sedikit pun ingin mendapatkan harta mereka. Siapa yang taat kepada perintah Allah, Allah s.w.t akan penuhkan hati dia dengan kecukupan. Mereka tidak mahu keinginan atas benda-benda orang lain.

Satu orang ada satu juta rupee, satu orang lagi ada 100,000 rupee. Beza ialah 10 kali ganda. Orang yang ada satu juta, masalah dia ialah perbelanjaan dia ialah 1.1 juta. Satu orang ada 100,000, dia belanja 90,000. Jadi, satu juta banyakkah? Dalam 90,000, keperluan dia dapat disempurnakan walaupun duit dia 10 kali ganda kurang. Satu orang lagi, walaupun dapat satu juta, tetapi belanja 1.1 juta. Dia tension kerana 0.1 juta itu. Yang ada 100,000 rupee, walaupun atas simen dia boleh tidur, tidak ada masalah. Wahai manusia, kamu lapangkanlah masa untuk beribadat kepada Allah s.w.t dan Allah akan sempurnakan keperluan kamu, Allah akan lapangkan dada kamu, lapangkan dada kamu dari masalah dan cukup untuk segala keperluan. 

Ada orang kata, keinginan saya ialah untuk bawa anak saya, isteri saya, pergi haji tetapi tidak boleh pergi kerana anak saya belum kahwin lagi, mereka buat alasan. Kalau kamu tidak buat apa-apa perintah Allah pada masa itu, kalau kamu tidak jadi hamba Aku yang sebenar, tetapi kamu ikut kemahuan, keinginan nafsu kamu, Aku akan sibukkan kamu dengan dua-dua tangan penuh dengan urusan-urusan dunia, kedai, perniagaan, tetapi masih lagi kamu tidak akan dapat ketenangan. Mereka cari banyak harta, tetapi tiap-tiap hari dirumah mereka bergaduh. Ini bukan saya cakap, ini apa yang telah diberitahu oleh Allah s.w.t dan Rasul. Semoga Allah beri kita faham yang betul.

Selepas dengar ini semua, saya hendak cakap satu perkara, Allah bagi kita akal, Allah bagi kita hati, kita orang yang beriman, kita dengar tentang iman, kita kena kenal Allah s.w.t, khazanah Allah s.w.t tidak ada kesudahan. Allah bagi kita amal untuk dapat daripada khazanah Allah. Allah bagi kita solat untuk kita dapat daripada khazanah Allah, untuk bina iman kita, ada hubungan dengan Allah. Kita kena bina solat kita untuk dapatkan hubungan dengan khazanah Allah s.w.t. Bila angkat tangan, Allah s.w.t malu untuk kembalikan dengan tangan kosong. Urusan dunia kita tidak selesai dengan wang ringgit, dengan pangkat, tetapi kerja saya dan tuan-tuan, Allah s.w.t akan selesaikan dengan kudratNya melalui doa kita.

Semoga Allah s.w.t jadikan kita orang yang ada kalimah dan solat, orang yang berdoa. Selepas itu, adakah kita duduk satu penjuru, saya, anak, isteri, kita doa, cukupkah? Bila Allah bagi hubungan dengan Dia, Allah bagi kesan dalam doa kita. Kita mula dengan diri kita dan kita kena doa untuk semua manusia sampai manusia yang akhir. Ya Allah, tiupkanlah angin hidayat  di seluruh alam, terimalah diri dan harta seluruh umat untuk kerja ini. Bila kita buat kerja, Allah s.w.t punya kudrat sangat besar, tiap-tiap hari Allah s.w.t tukar dari malam kepada siang, macam itulah juga Allah s.w.t boleh tukar kegelapan hati-hati manusia dalam kesesatan kepada hidayat, cahaya hidayat sepertimana Allah s.w.t beri hidayat kepada Abu Sufiyan, Ikramah, Khalid Walid, sekarang pun Allah boleh bagi hidayat. Kalau ada orang macam Abu Jahal, Abu Lahab, kalau kita buat usaha, berterusan, daripada keturunan mereka, Allah s.w.t boleh bagi hidayat. Sekarang pun Allah s.w.t bekuasa untuk bagi hidayat. Allah s.w.t jadikan kita perantaraan untuk sebarkan hidayat dan untuk Allah s.w.t kunci kesesatan dan kegelapan. Semoga Allah terima kita dan keturunan kita.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir