mesyuarat malaysia 2000 - bayan maghrib maulana ahmad lat
mesyuarat malaysia - nizamuddin
Tarikh : 03/09/2000
Tuan-tuan yang mulia,
Semoga Allah s.w.t terima kedatangan tuan-tuan semua dan Allah s.w.t jadikan kedatangan tuan-tuan asbab hidayat untuk seluruh umat di seluruh alam. Alhamdulillah, orang dari berbagai negeri dalam India pun datang, orang dari negara-negara yang lain dari seluruh dunia pun datang sini, mereka yang datang sini, orang lama, orang yang banyak bagi pengorbanan, orang yang buat kerja dengan baik, orang seperti ini sentiasa datang ke sini. Semua mereka yang datang sini dalam fikiran mereka ialah :
Pertama : mereka ingin tahu apakah kerja ini, ingin dapat penjelasan apakah kerja ini,
Kedua : mereka ingin tahu bagaimana kerja ini boleh dikekalkan,
Ketiga : mereka ingin tahu macam mana kerja ini boleh dimajukan.
Inilah secara umum apa yang ada dalam fikiran orang-orang yang datang ke sini, orang-orang lama, orang-orang yang telah banyak bagi pengorbanan.
Kita semua perlu kepada perkara ini, samada orang-orang yang bagi bayan, atau tuan-tuan yang dengar bayan. Kita semua berhajat, perlu kepada perkara ini. Yang bagi faham pada kita semua, tentang perkara ini, macamana nak kekal dalam kerja ini, apakah kerja ini, macamana nak majukan kerja ini, yang boleh bagi faham hanyalah Allah s.w.t. Kita semua menjadi pengemis di hadapan Allah s.w.t. Minta daripada Allah s.w.t, Allah s.w.t lah yang bagi faham kepada kita tentang perkara ini.
Adakah perkara yang saya fikirkan, adakah perkara ini betul, adakah perkara ini ada dalam fikiran tuan-tuan semua?
Tentang apakah kerja ini, ada 2 malfuzat Maulana Ilyas rah. :
Pertama : apakah kerja saya?
Kerja saya ialah supaya setiap orang yang buat kerja ini, bahawa dalam kehidupan mereka, 6 perkara datang dengan hakikatnya. Wujud dengan hakikat dalam kehidupan setiap orang yang buat kerja ini, iaitu setiap hari iman maju, ada kemajuan dalam iman setiap hari. Setiap hari, setiap amalan ikut cara Rasulullah s.a.w, kejayaan hanya dalam cara hidup Rasulullah s.a.w. Keyakinan ini meningkat setiap hari. Setiap hari solat maju dan dengan menambahkan roh dalam solat. 24 jam punya kehidupan diamalkan mengikut ilmu ilahi dan tumpuan kepada Allah s.w.t. Tiap-tiap orang punya akhlak meningkat. Allah s.w.t redha dengan setiap amalan. Hari demi hari, orang yang buat kerja ini, mereka maju dalam kerja ini, dan mereka tenggelam dalam fikir dan risau kerja ini sepertimana satu orang yang jalan dalam laut. Daripada pantai, dia masuk dalam laut, setiap langkah dia akan masuk ke dalam air. Macam itulah juga orang yang buat kerja ini, hari demi hari, mereka tenggelam dalam fikir ini, dalam kerisauan agama.
Tuan-tuan yang mulia,
Kita beritahu kepada seluruh dunia, bahawa apabila 6 perkara ini, datang dalam kehidupan manusia dengan hakikatnya, maka mudah untuk kita amalkan keseluruhan agama. Dakwah/seruan kita adalah untuk semua manusia. Semua golongan di seluruh alam. Kita bagitahu semua manusia, bahawa kalau 6 pekara datang dalam kehidupan kita, mudah untuk kita amalkan keseluruhan agama. Satu, kita bayan tentang perkara ini, dan kita ceritakan tentang kisah-kisah 6 perkara ini, atau memberitahu tentang fadhilat 6 perkara ini. Satu lagi, ialah kita mahu bawa perkara ini dalam kehidupan kita. Supaya perkara ini wujud dalam hati kita, dan ada dalam kehidupan kita. Kenapa? Hanya dengan bercakap sahaja kita tidak akan dapat dia punya kesan. Tuan-tuan semua tahu, setiap perkara ada dia punya lafaz, ada gambar, ada hakikat. Hanya dengan kita beritahu harta, jawatan, wang ringgit, dengan hanya bercakap tentang perkara ini, kita tidak akan jadi orang yang memiliki perkara ini. Hal agama juga begitu, walaupun hanya bercakap, ia tidak sia-sia, akan dapat berkat, tetapi bantuan Allah s.w.t dan jaminan Allah s.w.t bahawa kejayaan dunia dan akhirat hanya dalam agama, untuk memperolehi ini, perlu kita wujudkan 6 perkara dengan hakikat dalam kehidupan kita, barulah Allah s.w.t akan beri kita kejayaan, ini jaminan Allah s.w.t. Untuk dapat bantuan Allah s.w.t, untuk dapat kejayaan dunia dan akhirat, 6 perkara ini kena datang dalam kehidupan kita dengan hakikat.
Ditakuti tuan-tuan orang yang lama buat kerja ini, 20 tahun, 30 tahun, ada yang 50 tahun buat kerja ini, tapi kita takut benda ini jadi satu adat. Cakap tentang 6 perkara ini jadi satu adat sahaja. Kerana apa? Bila sesuatu perkara jadi satu adat sahaja, maka roh perkara ini akan keluar, tidak wujud lagi roh/nyawa dia. Oleh kerana itulah, perkara ini bukan hanya untuk bercakap sahaja tetapi untuk hendak bawa dalam kehidupan kita, supaya wujud dalam kehidupan kita dengan hakikat.
Alim ulamak beritahu apabila sesuatu amalan agama jadi adat, maka rohnya akan keluar. Apabila roh sesuatu benda keluar, dikatakan benda itu telah mati, benda itu telah menjadi bangkai, bila roh manusia atau binatang telah keluar, kita panggil dia sebagai mayat atau bangkai. Bila sesuatu benda telah jadi bangkai, sifat-sifatnya akan dizahirkan. Mula-mula warna akan bertukar, selepas itu dia akan jadi kembong, bau busuk akan keluar dari bangkai itu, selepas itu ia akan pecah, selepas itu akan keluar bermacam ulat dan kuman dan dia akan memberi kesan buruk pada semua orang, penyakit akan merebak dari bangkai tadi. Begitu juga, kerja kita ini, kalau berjalan dengan baik, dengan fikir, dengan risau, dia akan membawa kesan yang baik, tetapi kalau kerja kita ini jadi macam adat sahaja, maka roh akan keluar, dan keburukan akan datang daripada kerja ini, sepertimana bangkai, bila roh keluar, datang keburukan daripada bangkai, macam itu juga bila kerja kita jadi adat, kerja kita tidak ada roh lagi, maka kesan buruk akan datang daripada kerja kita dan akan membawa mudharat kepada kita dan seluruh manusia. Bila kerja kita jadi adat, kita duduk dalam mesyuarat tanpa ada risau, tanpa ada bimbang, mesyuarat macam adat sahaja. Bila jemaah datang, kita sambut jemaah, tetapi tiada risau, tiada bimbang macamana hendak gunakan jemaah itu, begitu juga dalam ta’alim, kita ambil bahagian dalam ta’alim, semua kita buat macam satu adat sahaja. Kerana apa? Kerana orang telah panggil kita orang tabligh, jadi kita terpaksa buat, tanpa ada apa-apa risau dan bimbang tentang perkara ini, maka apa akan jadi ialah kerja ini akan membawa kesan buruk bila dia jadi adat dan bila tiada roh, kesan buruk akan datang dalam kerja ini.
Maulana Ilyas rah. sebelum dia meninggal telah panggil Maulana Yusuf rah., dan beritahu, “Wahai Yusuf, datanglah dan peluklah saya, saya hendak pergi (mati), dan sebelum saya pergi, saya hendak beritahu kamu, ini ada satu kerja, kalau kerja ini dibuat dengan menjaga segala usul dia, adab, mizaj, dengan pertambahan korban, diri dan harta, sentiasa meningkat korbon diri dan harta, dan buat kerja ini dengan penuh risau dan bimbang, dengan usul dan adab, dan hanya untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t, maka dalam kerja ini, Allah s.w.t sembunyikan hidayat untuk semua manusia, untuk manusia-manusia yang akan datang, seluruh alam, Allah s.w.t simpan hidayat, tetapi sebaliknya kalaulah kerja ini dibuat tanpa fikir, tanpa risau, tanpa jaga adab dan usul, tanpa mizaj, tanpa peningkatan pengorbanan, diri dan harta dan niat pun bukan untuk dapat keredhaan Allah s.w.t, tetapi kerana benda-benda lain, maka kerja ini akan jadi seperti satu permainan sahaja. Sepertimana permainan-permainan lain dalam dunia ini, ada permainan untuk 1 jam, ada permainan untuk 2 jam, ada permainan untuk masa yang lebih panjang lagi, maka lepas masa itu (cukup time), akan habis, permainan itu akan tamat, maka macam itulah kerja ini akan jadi satu permainan. Oleh kerana itu, tuan-tuan semua yang datang sini, orang-orang yang terpilih dari negara tuan-tuan, yang buat kerja ini dengan penuh risau dan fikir, dengan penuh pengorbanan, tuan-tuan sedang kendalikan kerja ini di negara tuan-tuan, jadi tuan-tuan, mula-mula sekali kita kena fikir, macamana kerja ini kita buat untuk diri kita, mula-mula sekali, 6 perkara itu datang dengan hakikatnya. Kita kena fikir bagaimana 6 perkara wujud dalam diri kita. Inilah perkara yang mula-mula sekali kita kena fikir, supaya kita maju dalam kerja ini. 6 perkara sentiasa maju dalam diri kita. Ini perkara yang pertama yang kita kena fikirkan supaya kita buat kerja ini dengan betul, dengan penuh risau dan fikir.
Tuan-tuan yang mulia,
Tentang adab dan usul ini, Maulana ingatkan kita, bahawa kita kena fikir, setiap kita ini, kita kena jaga adab dan usul. Untuk orang lain, kita bagi kelonggaran, saya sendiri kena ikut segala adab dan usul kerja ini. Orang lain, kalau buat lebih kurang pun tidak mengapa, kita bagi kelonggaran, setiap kita kena fikir macamana saya boleh buat kerja ini dengan penuh risau dan fikir, bagaimana saya boleh tambahkan pengorbanan diri dan masa saya, macamana saya boleh buat kerja ini dengan mengikut segala usul dengan mengikat diri saya kepada segala kehendak-kehendak kerja ini, saya sentiasa tambahkan saya punya pengorbanan, tetapi untuk orang lain, kita bagi kelonggaran. Inilah apa yang patut berlaku, tetapi syaitan punya usaha ialah macamana saya tidak perlu ikut usul, saya tidak mahu ikut adab, saya tidak mahu ikut kemahuan, kehendak kerja ini, orang lain semua kena ikut, ini cara syaitan. Rasulullah s.a.w telah beritahu kita bahawa bila satu orang jadi imam, dia kena solat dengan ringkas dan tidak menyusahkan orang-orang yang solat dibelakang imam, maknanya bagi kelonggaran dan kesenangan pada semua orang. Solat yang ringkas dan tidak menyusahkan orang lain tetapi bagi diri sendiri kita tahu macamana Rasulullah s.a.w punya solat sehingga kaki nabi bengkak. Kadang-kadang bila sujud, orang anggap Rasulullah s.a.w telah wafat, macam itu punya lama sujud. Nabi s.a.w tunjukkan pada kita bahawa untuk orang lain kita mahu bagi senang tetapi untuk diri sendiri kita mahu ketatkan segala peraturan dan segala kehendak. Kita kena ikut segala adab dan usul. Kalau kita semua fikir macam tu, “Bagi diri saya, saya kena ikut segala adab, segala usul, saya kena buat kerja dengan tambahkan pengorbanan saya, diri saya, masa saya, orang lain saya bagi mudah dan senang, maka apa yang akan berlaku ialah, kerja ini akan maju, kita pun akan maju, orang-orang baru dalam kerja ini pun akan maju, dan akan wujud kasih-sayang, satu hati, kerja akan jalan dengan baik tetapi sebaliknya kita buat kerja ini dengan bebaskan diri sendiri, buat apa yang saya suka, orang lain semua kena ikut usul dan adab.
Maulana bagi satu contoh, ada satu raja, dia mahu tahu sejauh mana rakyat ikut dia punya perintah, maka dia bagi perintah, ada satu kolam yang besar, dia kata, “sebelum esok pagi, kolam ini kena dipenuhi dengan susu”, semua rakyat kena masukkan susu ke dalam kolam itu. Pada malam itu, setiap orang fikir, kalau saya seorang, saya bawa satu baldi air, dan masukkan ke dalam kolam itu, tidak akan ada apa-apa perbezaan, kerana semua orang lain tuangkan susu, tidak akan ada siapa yang tahu. Tetapi semua orang fikir macam itu, besok pagi, bila tengok, kolam itu penuh dengan air, bukan susu. Kalau setiap kita ini, kita kata saya mahu bebas, orang lain semua kena ikut usul, apa akan jadi? Usaha agama ini tidak akan kekal sebagai usaha agama tetapi akan jadi benda yang lain. Ia akan jadi benda yang lain seperti kolam tadi, tidak dipenuhi dengan susu sebaliknya dipenuhi dengan air, jika setiap daripada kita fikir macam itu.
Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t, kerana Allah s.w.t telah hidupkan usaha(kerja) ini, di zaman ini dimana kita ada. Dengan limpah kurnia, dengan ehsan, dengan belas kasihan Allah s.w.t, Allah s.w.t telah hidupkan kerja ini, di zaman kita ini. Allah s.w.t telah hubungkan kita semua, saya dan tuan-tuan dengan kerja ini, ini ehsan Allah s.w.t. Dalam Quran, Allah s.w.t beritahu kepada Rasulullah s.a.w, “Wahai nabi, ada orang ingat bahawa bila mereka masuk Islam, mereka telah buat ehsan pada tuan, beritahu pada mereka, sebenarnya bukan mereka yang buat ehsan pada tuan, ini adalah ehsan Allah s.w.t yang Dia telah keluarkan mereka daripada kesesatan kepada hidayat, daripada kegelapan kepada cahaya”. Bukan ehsan kita kepada agama yang kita buat usaha agama ini, bukan kita punya ehsan harta kita digunakan untuk usaha agama, atau kebolehan, kepandaian kita digunakan untuk agama, ini adalah ehsan Allah s.w.t terhadap kita. Dia kesian pada kita dan Dia yang telah bawa kita kepada kerja ini. Usaha agama, alhamdulillah, dengan kehendak Allah s.w.t, dengan kudrat Allah s.w.t, berjalan di seluruh dunia. Allah s.w.t telah bawa kita dalam kerja ini.
Allah s.w.t wujudkan kerja ini yang mana umat ini telah begitu jauh daripada yang sepatutnya. Macam mana umat ini telah bermula dan sekarang ini umat ini telah jauh daripada tahap yang dahulu. Umat ini sedang tenggelam dalam kerosakan dan kebinasaan. Allah s.w.t telah beri kerja ini sebagai asbab untuk selamatkan kita, untuk keluarkan kita daripada kebinasaan. Ehsan Allah s.w.t atas kita, maka Allah s.w.t wujudkan kerja ini dan hubungkan kita dengan kerja ini. Kerja sedang berjalan diseluruh dunia dan yang pentingnya kita kena buat kerja ini. Hadzratji rah. beritahu, ada satu perkara, perbezaan yang asas antara kerja dunia dan kerja agama. Untuk kerja dunia, bila ia dijalankan, maka sudah memadai, samada kita buat atau tidak, tidak mengapa. Kerja agama bukan macam itu. Misalnya, kalau ada kedai, samada bapa buka kedai atau anak, sesiapa sahaja yang buka kedai, selagi kedai itu dibuka, ianya o.k, sudah cukup, sudah memadai tetapi agama bukan macam itu. Kalau dalam satu keluarga ada 15 orang, 14 orang sembahyang dan seorang tidak sembahyang, maka 14 orang punya sembahyang tidak boleh lepaskan satu orang yang tidak sembahyang dari dosa dia. Dia pun kena sembahyang. Macam itu juga puasa, macam itu juga semua urusan agama yang lain dan macam itu juga usaha agama ini. Bukan maknanya kerja ini berjalan di tempat saya, di masjid saya, alhamdulillah, gasht berjalan, tidak memadai, tetapi apa yang perlu ialah kita sendiri kena buat kerja ini. Bukan hanya kita buat sahaja, kita kena majukan kerja ini di tempat kita. Kita kena majukan pengorbanan kita, diri dan masa supaya kerja ini jadi maju di negara kita.
Alhamdulillah, kita telah dengar karguzari tuan-tuan, daripada pagi tadi, di negara tuan-tuan ada ribuan masjid. Maulana kata, saya bersumpah kalau semua masjid-masjid di negara tuan-tuan hidup dengan amalan jemaah masjid, negara tuan-tuan sudah mencukupi untuk sambut semua takazah-takazah agama di seluruh dunia. Kalau masjid-masjid di Malaysia dibangunkan dengan kerja jemaah masjid, sudah memadai untuk sambut semua takazah agama di seluruh dunia tetapi dengan syarat setiap masjid ini kena hidup dengan amalan jemaah masjid dengan sempurna. Kita tahu macam mana keadaan kerja ditempat kita. Kita kena fikir macam mana saya sendiri kena buat kerja ini dan saya kena tambahkan pengorbanan saya untuk kerja ini dan saya kena usaha bagaimana kerja ini maju. Bukan hanya setakat buat sahaja, kita kena buat dan majukan kerja ini. Ini yang kita kena buat keputusan.
Tuan-tuan yang mulia,
Semua orang fikir macam mana hendak majukan kerja ini. Jemaah-jemaah yang datang ke sini dan keluar daripada sini, jemaah 4 bulan, kami beri peringatan, jemaah yang pergi ke Brazil, Venezuela, Amerika, England, kami beritahu mereka, bukan setakat tuan-tuan pergi ke negara-negara tersebut, buat kerja dan balik, ia tidak mencukupi di zaman ini. Sekarang ini tidak cukup dengan hanya keluar 4 bulan, buat kerja dan balik. Alhamdulillah di seluruh dunia sekarang ini kerja sedang berjalan, tidak kira banyak atau sedikit, tetapi kerja berjalan di seluruh dunia. Yang penting sekarang, kami beritahu mereka, tuan-tuan pergi sana , tempat-tempat yang tidak ada kerja, kena hidupkan kerja ini. Tempat-tempat yang sudah ada kerja, tuan-tuan kena mantapkan/kuatkan kerja di sana . Begitu juga kita kena fikir, bagaimana kerja di negara kita sendiri, Malaysia . Alhamdulillah, tempat tuan-tuan banyak masjid, usaha agama pun berjalan, tuan-tuan punya cinta pada agama pun kami tahu, negara tuan-tuan ada suasana agama, ada cinta pada agama dan kerja agama sudah berjalan lama, tetapi yang penting setiap daripada kita kena fikir bagaimana kerja yang ada sekarang dapat dimantapkan dan dimajukan. Kita kena fikir bagaimana kerja yang ada sekarang ini dapat dimantapkan dan dikuatkan dan tempat-tempat yang belum ada kerja ini, kita mahu hidupkan. Kita mahu mantapkan, kuatkan dan majukan kerja ini dan di tempat yang tidak ada kerja, kita mahu wujudkan kerja ini. Setiap kita kena fikir. Mahfum hadith Nabi s.a.w, “Bahawa setiap orang, ada masa jasbahya tinggi, ada masa jasbahnya rendah”. Contoh, seperti bara api, bila ditiup, api itu akan keluar dan ia akan pergi jauh, seolah-olah kita fikir ia akan terbakar diatas. Selepas itu, ia akan turun dan tiada apa-apa pun berlaku. Macam itu juga jasbah manusia, kadang-kadang naik, kita fikir, kita mahu buat itu, kita mahu buat ini dan kadang-kadang turun.
Maulana kata tuan-tuan datang daripada negara yang dikelilingi oleh lautan. Kadang-kadang air pasang, kadang-kadang air surut mengikut bulan dan hari. Kadang-kadang air naik sehingga ke tepi kampung, air akan naik dekat dengan rumah, sehingga ada orang yang tidak pernah tengok laut, mereka akan fikir macam mana mereka ini boleh tinggal di sini, ditakuti air akan masuk ke dalam rumah dan seluruh kampung akan tenggelam. Orang kampung tahu, bahawa air itu setakat itu sahaja, selepas itu ia akan surut. Bila dia tengok air surut, air telah turun bawah begitu jauh sampai nampak semua selut dan pasir, dan dia akan fikir macam mana sampan boleh sampai ke sini.
Kita kena buat usaha ini dengan istiqamah, dalam apa keadaan pun, jasbah tinggi atau rendah, naik atau turun, kita kena teruskan kita punya kerja dengan istiqamah. Kita buat kerja dengan sungguh-sungguh, dengan istiqamah, dalam setiap keadaan, barulah kerja kita akan lebih mantap, kita kena fikir, macam mana kerja kita dapat dimantapkan, dikuatkan dan dimajukan. Tempat yang tidak ada kerja, kita kena wujudkan kerja ini. Fikir inilah yang kena ada di kalangan semua kita yang berada di sini.
Bila kita dengar karguzari tuan-tuan pada hari ini, berapa banyak kerja berjalan, berapa banyak jemaah masjid, berapa banyak usaha tempatan, berapa banyak jemaah yang keluar, dsbnya, bila kita dengar, seolah-olah macam air sudah surut, orang semua kata Malaysia, Malaysia, Malaysia, negara yang besar, banyak penduduk, kerja banyak, dsbnya, tetapi bila kita dengar karguzari, macam satu orang yang tidak pernah tengok laut. Orang kata banyak kapal-kapal besar datang ke sini tetapi orang lain kata macam mana kapal boleh datang sini, air pun tidak ada, ombak pun tidak ada, macam mana kapal boleh sampai sini, macam itulah bila kita dengar karguzari tuan-tuan macam orang yang tidak pernah tengok laut, dia tidak tahu ada air pasang dan surut. Tuan-tuan punya karguzari tahun lepas tiada apa-apa, tahun ini pun tidak ada apa-apa perubahan, tiada peningkatan, bila kita dengar karguzari ini semua nampak macam tidak ada apa-apa, walaupun kita dengar kerja di Malaysia banyak, tetapi karguzari yang kita dengar hari ini nampak macam tidak ada apa-apa, seolah-olah air sudah surut dan tidak ada apa-apa kerja di Malaysia, kerja semakin kurang.
Tuan-tuan yang mulia,
Jangan putus harapan, jangan putus asa, memang kita datang ke sini pun ialah untuk majukan kerja ini. Tuan-tuan jangan putus harapan, walaupun karguzari kerja kita lemah, jangan kita putus asa. Tuan-tuan yang ada disini sekarang ini, kalau tuan-tuan balik dengan azam yang sungguh-sungguh dan buat kerja sebagaimana di beritahu di sini, balik buat kerja dengan sungguh-sungguh mengikut tertib yang diberitahu di sini, insya’Allah, bila tahun hadapan tuan-tuan datang bagi karguzari, kerja di negara tuan-tuan telah meningkat berpuluh-puluh kali ganda, bila tuan-tuan buat dengan sungguh-sungguh sepertimana yang diberitahu di sini.
Tertib bagaimana hendak majukan kerja ini, untuk setiap perkara bila kita ada hubungan dengan perkara itu, bila telah wujud hubungan dengan sesuatu perkara, maka akan ada tuntutan atas kita untuk perkara itu. Misalnya, bila kita kata rumah saya, kedai saya, ladang saya, anak saya, maka setiap perkara ini ada tuntutan. Kita kena sempurnakan tuntutan itu. Bila kita kata rumah saya, kita kena bersihkan rumah itu, kena cat, kena pasang air, kena pasang letrik, kena bayar bil air, kena bayar bil letrik, bila cermin pecah kena ganti, dsbnya, banyak tuntutan. Begitu juga bila kita kata pejabat saya, tuan-tuan disini ramai yang kerja dipejabat, bila kita kata pejabat saya maka ada tuntutannya, tiap-tiap pagi ada banyak fail atas meja kita, setiap fail ini kita kena uruskan, ikut dateline-nya, setiap kerja kena buat pada masa yang telah ditetapkan dan dengan tahap kuantiti yang perlu kita buat, tepat pada masa dan mengikut kadarnya, mesti ikut tuntutan tersebut, barulah kita akan dapat promotion, kenaikan pangkat dalam kerja kita. Bila kita buat kerja yang diberi tepat pada masa, ikut kadar, kita sempurnakan, maka bila datang masa untuk naik pangkat, maka boss/ketua kita akan tulis bahawa orang ini bila diberi kerja, dia buat dengan ikut masa, tepat pada masanya, mengikut kadar dan sempurnakan kerja tersebut, maka orang ini akan dapat kemajuan, kenaikan pangkat.
Macam itu juga ladang kita, bila ladang perlukan air, kita kena masukkan air tepat pada masanya dan kadar air pun kena ikut kehendak tanaman itu, insya’Allah, dengan kudrat Allah s.w.t, kita akan dapat hasil yang banyak. Macam itu juga kedai kita, kedai perlu dibuka tepat pada masanya dan kena sempurnakan keperluan-keperluan pasaran pada tempat itu dan kena bagi masa yang cukup untuk kedai itu, barulah peniaga-peniaga seperti ini, bukan sahaja ada 10 atau 20 kedai, bahkan mereka pun akan dapat bersaing dalam pasaran antarabangsa.
Macam itulah juga kerja ini, Allah s.w.t hubungkan kita dengan kerja ini, maka sentiasa ada tuntutan daripada kerja ini. Sentiasa ada 2 jenis tuntutan. Satu ialah tuntutan makami/tempatan dan lagi satu ialah beruni/takazah luar
Tuan-tuan faham?
Kerja tempatan kita adalah seperti telaga air yang mangandungi air biasa, dan air itulah yang digunakan untuk semua tanaman-tanaman di ladang itu. Kalau kita ada satu dusun, dusun yang besar, ada ratusan pokok buah-buahan, berbagai jenis buah-buahan, pokok mangga, pokok delima, pokok angggur, ciku, semua jenis, bermacam-macam jenis pokok, semua pokok buah-buahan itu memerlukan air, air yang diperlukan ialah air biasa daripada telaga. Air akan sampai kepada setiap pokok itu dan setiap pokok itu akan memberikan hasilnya. Air itu kena sampai tepat pada masa dan ikut kadar setiap jenis buah-buahan. Setiap tanaman berlainan keperluannya. Ada tanaman yang kita perlu beri air setiap hari, ada tanaman kita beri air seminggu sekali, ada sebulan sekali, ada setahun dua kali, penuhkan dengan air sudah cukup, kadar kena tepat, waktu pun kena tepat. Tepat pada masa dan dengan kadar yang cukup, maka air yang biasa ini, tanpa dicampur dengan benda-benda lain, gula, garam, asam, atau bubuh wangi-wangian atau bubuh warna, tidak perlu ini semua, cuma air biasa sahaja dan mesti sampai pada setiap pokok tepat pada masa dan pada kadar yang mencukupi, maka dengan itu bumi akan pecah, benih akan keluar, akan wujud batang, daun, dahan, buah dan buah-buahan ini akan dibekalkan ke seluruh dunia. Perahan air buah-buahan itu diminum di hospital-hospital, di istana-istana raja, tetapi semuanya adalah hasil dari air biasa daripada telaga, sampai ke setiap pokok tepat pada masa dan dengan kadar yang mencukupi, maka inilah asbab untuk buah-buahan ini dibekalkan kepada manusia seluruh dunia.
Begitu juga kerja kita, kerja tempatan kita, bila kita buat kerja ini tepat pada masanya dan pada kadar yang mencukupi, misalnya setiap orang yang buat kerja ini, samada orang lama, orang baru, mereka keluar 3 hari, tetapkan minggu setiap bulan dan keluar dengan bentuk jemaah sendiri dan keluar di kampung-kampung, buat usaha, inilah apa yang dikehendaki dalam kerja ini. Seperti mana air diberi tepat pada masa dan dengan kadar yang mencukupi.
Tuan-tuan yang mulia,
Kadang-kadang kita tertipu dengan suasana di bandar, bandar-bandar besar di India pun seperti Delhi, Bombay, dsbnya, bila ada perhimpunan besar, sabguzari, majid-masjid penuh, 1 tingkat, 2 tingkat, 3 tingkat, penuh dengan manusia, macam-macam orang datang, kita yang buat kerja ini ingat, masya’Allah, kita sudah maju, ramai orang datang, orang besar-besar pun datang, orang yang tidak pernah tengok pun datang, kita ingat kerja sudah maju.
Ini satu muzakarah, saya hendak bagitahu tuan-tuan macam mana kita hendak mantapkan dan kuatkan kerja kita dan majukan kerja. Untuk ini , kita muzakarah, saya tidak tahu tentang keadaan negara tuan-tuan, tetapi apa yang berlaku di sini, secara umumnya di bandar-bandar yang besar, bila malam markaz, ramai orang datang dan kita ingat kerja maju. Kalau kita tengok kerja yang sebenarnya daripada orang ramai yang datang, berapa orang yang sudah keluar 4 bulan, dan diantara mereka yang telah keluar 4 bulan, siapa diantara mereka yang bagi 4 bulan tiap-tiap tahun, atau sekurang-kurangnya mereka keluar 40 hari setiap tahun, berapa orang? Diantara mereka yang keluar 40 hari tiap-tiap tahun, berapa ramaikah yang keluar 3 hari tiap-tiap bulan dengan tetapkan minggu dan bawa jemaah mereka sendiri, berapa orang? Berapa diantara mereka yang ambil bahagian dalam 5 amal? Kalau kita kaji macam ini maka kita akan dapati 1%, 1½ % atau 2% sahaja kerja yang kita buat. Kalau kita kaji, sebenarnya kerja tidak banyak tetapi nampak macam kerja banyak. Inilah yang kita kena fikirkan.
Baru-baru ini ada satu jemaah Arab, syura, dari satu negara, mereka datang sini, mereka jumpa maulana dan kata, “Kami hendak beritau satu perkara, kami telah dihantar ke satu tempat dan kami paksa orang tempatan. Orang t/jawab sana, hantar kami ke kawasan kampung, kami pergi ke kampung, kami duduk disana, buat gasht, bawa orang tempatan bersama-sama kami dalam ta’alim, buat kerja sama-sama dengan mereka, barulah kami tahu keadaan kampung, mereka semua ini di pinggir kemurtadan, inilah keadaan mereka sebenarnya”. Dia beritahu keadaan agama sangat lemah. Lain kali, bila orang dari tempat itu datang, tanya mereka macam mana keadaan kerja di kampung-kampung mereka. Kalau tanya keadaan kerja dibandar, mereka tidak nampak gambaran yang sebenarnya. Tanya apa keadaan di kampung-kampung mereka. Begitu juga untuk kita, kalau kita hendak mantapkan kerja ini, seperti air biasa dari telaga dibekalkan kepada semua pokok-pokok dan ia dapat hasil yang begitu baik, macam itulah juga untuk kuatkan kerja ini. Setiap orang kena keluar 3 hari dengan tetapkan minggu, 27 hari buat usaha di marhallah sendiri, bentuk jemaah sendiri, bawa jemaah itu sendiri dan keluar ke kampung-kampung, barulah kerja kita akan jadi mantap.
Kita sendiri kena buat gasht ummumi di tempat kita dengan sempurna, begitu juga gasht kedua, begitu juga dengan setiap amalan mingguan dan harian, ta’alim di masjid, ta’alim di rumah, semua 5 amal, kita sendiri kena buat dengan sempurna, kita kena keluarkan jemaah sempurna 3 hari kita sendiri, barulah kita akan tahu ehwal di kampung-kampung. Inilah cara untuk kita kuatkan kerja di tempat kita. Seperti air biasa tanpa dicampur dengan apa-apa wangian, manisan, apa-apa benda yang lain, air biasa inilah yang akan dibekalkan kepada setiap pokok dan pokok akan keluarkan hasil yang banyak yang begitu baik, macam itulah juga kita kena buat kerja ini, barulah kerja kita akan maju dan kita akan maju.
Tuan-tuan yang mulia,
Dalam umat ini, orang awam lebih ramai daripada orang khawas, orang-orang khawas terhad, bilangan yang kecil, orang awamlah yang ramai. Kita kena banyak buat kerja dikalangan orang awam. Kita buat kerja dengan cara yang mudah, buat kerja dikalangan semua orang awam, kita kena tingkatkan kerja kita. Bila agama datang dalam kehidupan orang awam, tahap agama akan meningkat keseluruhannya. Banyak kerja kita kena buat. Alhamdulillah, bila jor dibuat untuk karkun-karkun lama disini, bila kami dengar perkara ini, kami pun bentangkan kepada mereka apa yang patut dibuat, kerja dikalangan orang awam perlu dikuatkan, perlu dibuat di setiap tempat dan perlu jumpa setiap orang. Mereka telah terima dan fikirkan, dan ambil t/jawab, mereka telah buat perancangan, setiap negeri, setiap daerah, setiap kampung, setiap masjid, semua tempat mesti dihantar jemaah. Jemaah 4 bulan, satu orang t/jawab, banyak orang-orang lama keluar dalam jemaah itu, mereka bergerak dari kampung ke kampung, mereka pergi setiap masjid, mereka buat kerja , alhamdulillah, apa yang berlaku? Kepentingan dan nilai agama datang dalam kehidupan orang awam.
Satu ketika, waktu tengahari, ada satu orang awam telah datang dan ketuk pintu, satu orang alim tengah tidur. Dia tanya orang alim ini, “Maulana, saya ada satu masalah, ada orang hendak jual sekeping tanah, dia letak banyak syarat-syarat, tetapi saya telah buat keputusan pada hari mula-mula saya buat usaha agama, saya tidak akan buat apa-apa pun di luar syariat, saya mesti mengikut batasan syariat. Oleh kerana saya tidak faham samada syarat-syarat yang dia bentangkan betul atau tidak, samada ikut syariat atau tidak, saya minta tuan bagi nasihat macam mana saya hendak buat”. Maulana tersebut tidak ingat berkenaan masalah agama tersebut dan dia tidak boleh bagi jawapan pada masa itu, dia pun kena rujuk pada kitab. Dia kata, “Saya kena rujuk dulu, nanti saya bagi jawapan”. Untuk selesaikan masalah itu dia terpaksa pergi ke bandar, beli kitab untuk rujukan, kemudian baru dapat memberi penjelasan kepada orang itu. Bila agama datang dalam orang awam, fikir mereka berubah, mereka rasa kepentingan amal agama. Inilah yang akan berlaku, bila kita buat kerja di kalangan orang awam kerana bilangan orang awamlah yang ramai dalam umat ini. Kita kena buat kerja dengan cara yang mudah dan dikalangan orang awam seperti mana air telaga tadi, air yang biasa yang dapat menghidupkan semua pokok buah-buahan, macam itulah kerja kita akan maju bila kita semua buat keputusan untuk bangunkan kerja di setiap masjid dengan cara yang umum seperti mana maulana terangkan tadi.
Tuan-tuan yang mulia,
Setiap masa sentiasa ada 2 takazah :
1. Takazah tempatan
2. Kerja luar
Untuk majukan kerja ini, kita kena sentiasa tambahkan pengorbanan dir dan harta, barulah kerja kita akan maju. Malfuzat Maulana Yusuf rah. bahawa dengan dakwah tanpa pengorbanan tidak ada roh. Nyawa bagi dakwah ialah pengorbanan diri dan harta. Kalau ada pengorbanan diri dan harta tetapi tanpa dakwah, maka pengorbanan itu tidak akan memberi kesan iaitu tiada hidayat. Bila ada dakwah dan pengorbanan diri dan masa, maka itu akan jadi asbab untuk sebarkan hidayat. Untuk kita mantapkan/kuatkan dan sebarkan karja ini, yang perlu ialah setiap takazah kita kena sempurnakan dengan pengorbanan diri, harta dan masa, tepat pada masanya da mengikut kadar yang diperlukan. Inilah asbab untuk kita mantapkan dan kuatkan serta sebarkan kerja ini. Setiap takazah kita kena sempurnakan dengan pengorbanan diri, masa dan harta tepat pada masanya dan dengan kadar yang dikehendaki.
Apa kerja ini? Kita kena bawa 6 perkara dengan hakikat ke dalam kehidupan kita. Macam mana hendak majukan, mantapkan dan sebarkan kerja ini? Setiap takazah, pada setiap masa, kita sempurnakan dengan pengorbanan diri, harta dan masa, tepat pada masanya mengikut kadar yang ditetapkan. Inilah cara untuk sebarkan agama. Bila kita buat demikian, Allah s.w.t dengan kudratNya akan bangunkan dan majukan kerja ini. Allah s.w.t tidak akan sia-siakan pengorbanan yang kita buat.
Semua boleh buat? Semoga Allah s.w.t bantu kita, insya’Allah.
Tuan-tuan jangan putus harapan, jangan putus asa. Kita memang lemah. Allah s.w.t telah banyak kali gunakan orang yang lemah. Allah s.w.t sentiasa gunakan orang yang lemah untuk bangunkan usaha ini. Memang kita lemah dalam serba-serbi, tetapi yang penting kita kena ada yakin tentang kerja ini, Allah s.w.t telah bagi kita intan kurun pertama. Melalui kerja inilah, Allah s.w.t telah buat perubahan yang besar dahulu, dan Allah s.w.t telah buat perubahan yang besar sekarang ini juga. Melalui kerja ini, Allah s.w.t buat perubahan dalam dunia ini dengan menggunakan orang lemah, macam itulah juga Allah s.w.t gunakan kita sekarang ini untuk bawa perubahan pada seluruh dunia, kita jangan putus asa.
Comments
Post a Comment