Posts

Showing posts from July, 2016

syawal 1437H

Image
selamat hari raya macam biasa...ikut laluan simpang pulai - cameron highland - gua musang bebas dari kesesakan pergi dan balik ikut jln yg sama kuala krai yg sejuk dan berkabus kg tengah - rumah metuaku takbir raya konvoi raya dah habis raya...puasa 6 la pulak maaf zahir batin

mesyuarat malaysia 1999 - bayan nasihat maulana zubir

nizamuddin -  08/09/99   Tuan-tuan yang mulia, Kita jangan minta daripada orang, minta daripada Allah s.w.t iaitu dengan doa. Kita jangan minta daripada makhluk, minta daripada Allah s.w.t. Allah s.w.t telah beri jalan untuk kita ambil daripada Allah s.w.t iaitu dengan doa dan dakwah. Kita buat usaha siang hari dan doa di waktu malam supaya Allah s.w.t suka dan redha dengan kita. Nikmat yang paling besar ialah bila Allah s.w.t redha dengan kita. Kita kena sibukkan diri kita dengan usaha dan tawajjuh pada Allah s.w.t, minta daripada Allah s.w.t dan rahmat Allah s.w.t akan sentiasa bersama dengan kita. Bila rahmat Allah s.w.t bersama dengan kita, maka kita tidak akan gagal, kita pasti akan berjaya. Kita tidak akan selamat, kita tidak akan berjaya sehingga Allah s.w.t bersama kita, sehingga rahmat Allah s.w.t bersama kita. Bantuan Allah s.w.t akan datang dengan sifat, bukan dengan individu, bukan dengan zat. Kita kena asingkan sifat dalam diri kita. Bila kita ada sif...

mesyuarat malaysia 1999 - bayan subuh maulana ibrahim

nizamuddin -  08/09/99   Kata-kata Jornawala : Sahabat telah duduk rapat-rapat.  Ada  2 faedah. Pertama, Allah s.w.t pelihara kita. Kedua, Allah s.w.t satukan hati kita. Kalau kita duduk dalam satu majlis, duduk rapat-rapat, Allah s.w.t akan pelihara kita. Sesiapa yang duduk jauh-jauh, dia tidak akan dipelihara, macam kambing yang terkeluar daripada kumpulannya, maka serigala akan makan kambing tersebut. Serigala kita adalah syaitan. Kita kena anggap seluruh majlis ini adalah majlis orang-orang baik. Kalau saya duduk dengan mereka, kerana kebolehan mereka, maka Allah s.w.t akan muliakan saya. Saya tidak ada apa-apa, mereka mulia, saya duduk dengan mereka, maka Allah s.w.t muliakan saya.  Ada  satu orang duduk jauh, tetapi kerana keberkatan majlis itu, dia pun Allah s.w.t akan ampunkan. Samada 5 minit atau 5 jam, jika ia adalah majlis agama, maka kita semua kena belajar untuk duduk dan Allah s.w.t akan ampunkan kita. Jangan kita rasa kita lebih baik...

mesyuarat malaysia 1999 - bayan zohor maulana mustaqim

nizamuddin -  07/09/99   Tuan-tuan yang mulia, Kalaulah Allah s.w.t buka hati kita untuk faham apa maksud kita berhimpun di sini dan apakah yang kita akan dapat dengan kita berkumpul di sini, untuk maksud yang begitu tinggi, maka tidak akan ada satu orang pun yang akan minta untuk balik ke rumah masing-masing. Kita semua akan ada keinginan untuk keluar dan keluar dan keluar sehinggalah kita mati dan dikuburkan di mana-mana satu tempat. Inilah sebenarnya asas yang betul dalam membuat kerja ini. Allah s.w.t telah buka fahaman kerja ini kepada para sahabat. Mereka telah faham hakikat kerja ini yang sebenarnya dan dalam hati mereka ada kebesaran, kepentingan dan kemuliaan kerja ini. Tidak ada seorang pun dikalangan sahabat menjadikan harta atau negara sebagai asas untuk membuat kerja ini. Mereka juga tidak jadikan diri mereka sebagai asas untuk membuat kerja ini. Mereka telah menjadikan pengorbanan sebagai asas dalam membuat kerja ini. Mengorbankan kemahuan dan keingi...