mesyuarat malaysia 1999 - bayan maghrib maulana yaakob
nizamuddin - 04/09/99
Tuan-tuan yang mulia,
Kita digalakkan datang awal untuk sembahyang, duduk di saf pertama, dekat dengan imam, luruskan barisan dan berdiri rapat-rapat. Dalam bayan begitu juga, kita cuba duduk depan dan duduk rapat-rapat kerana limpah kurnia daripada Allah s.w.t akan datang dengan kadar iman yang ada dalam kehidupan kita. Sekarang, sunnah belum lagi diamalkan, kita masih duduk jauh-jauh. Minta tuan-tuan semua duduk rapat-rapat lagi. Jangan duduk jauh-jauh. Jangan tinggal langsung tempat kosong di depan kita. Memanglah suara akan sampai tetapi sunnah masih lagi tertinggal. Sebenarnya pembesar suara ini menghapuskan sunnah. Duduk jauh-jauh menghapuskan sunnah. Dia fikir dia boleh dengar. Kalau tidak ada pembesar suara, semua ada keinginan dan keredhaan untuk datang dekat-dekat untuk dengar apa yang dikatakan tetapi bila ada pembesar suara, semua orang fikir duduk jauh pun tidak mengapa.
Tuan-tuan datang daripada satu tempat yang jauh, tuan-tuan telah belanjakan wang yang banyak dan tuan-tuan telah menanggung berbagai kesusahan. Sebenarnya bagi keseluruhan kehidupan seorang mukmin, pemiliknya adalah Allah s.w.t. Allah s.w.t telah membeli harta dan diri mereka untuk syurga. Tuan-tuan telah dibeli oleh Allah s.w.t. Orang telah dibeli, telah menjadi milik orang lain, maka dia tidak boleh guna harta dan dirinya mengikut sesuka hatinya. Oleh kerana itu, kita tidak bolehlah membelanjakan diri kita, harta kita, masa kita mengikut apa yang kita suka bahkan kita akan membelanjakannya dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t dan dikehendaki olehNya. Satu perkataan Arab yang bermaksud seseorang itu dipegang daripada ikrarnya. Allah s.w.t telah jadikan kita dan kita pun telah dijual. Allah s.w.t telah beli kita dan kalau Allah s.w.t beri wang, itu juga daripada Allah s.w.t. Kita datang ke dunia dahulu dalam keadaan berbogel, tidak ada seurat benang pun dan kita akan pergi ke kubur dalam keadaan tidak ada pakaian juga. Pakaian yang ada bukan untuk selamanya tetapi sekadar untuk dibawa ke kubur. Setelah kita berada dalam kubur, samada kita akan ditukar dengan pakaian daripada syurga atau tempat tidur daripada api neraka. Sebenarnya kain kafan yang disyariatkan semata-mata sebagai ikrar manusia bahawa dia ditutup sedikit untuk dibawa ke kubur dan akan dibangunkan di padang mahsyar dengan keadaan berbogel, tidak ada pakaian. Hadith Nabi s.a.w, “Wahai manusia, kamu akan dikumpulkan di padang mahsyar, di akhirat kelak dalam keadaan berbogel, tidak ada kasut dan badan kamu dalam keadaan tidak dipotong, iaitu kulit yang dipotong dulu akan kembali semula”.
Kita yang datang ke sini, dengan lidah kita telah ikrar bahawa kita telah memberi waktu kita untuk Allah s.w.t. Kita telah ikrar dengan lidah kita sendiri bahawa 3 atau 4 hari yang kita bagi ini adalah untuk markaz. Syukur kepada Allah s.w.t, di dalam markaz ini makanan ada, minuman ada, keperluan kemanusiaan, tempat untuk buang air kecil, air besar, semua ada. Untuk faedah kita semua, beberapa hari yang kita beri untuk Allah s.w.t ini, kita duduk di dalam masjid seolah-olah orang beriktikaf, kita tidak boleh keluar daripadanya, boleh keluar hanya untuk keperluan hajat sahaja, buang air kecil, buang air besar. Selain daripada itu, kita berada di dalam masjid. Dalam perkara iktikaf ini, Nabi s.a.w ketika beriktikaf tidak keluar daripada masjid kecuali untuk hajat kemanusiaan, buang air kecil atau air besar. Ketika beriktikaf seseorang itu, dia sentiasa berada di dalam masjid. Iktikaf ini hanya sah bila kita berada dalam masjid sahaja. Mungkin di Malaysia iktikaf boleh dibuat di kedai-kedai atau dia sedang iktikaf, dia boleh pergi ke bazar, ke pekan, ke kedai dan tidak membatalkan iktikafnya tetapi yang ada dalam kitab-kitab fekah, ulamak-ulamak beritahu bahawa makna iktikaf ialah tidak boleh keluar daripada masjid selain daripada keperluan kemanusiaan, kalau tidak, maka akan batallah dia punya iktikaf.
Kedatangan tuan-tuan ke sini, sangat banyak memberi faedah. Orang yang datang ke sini, Allah s.w.t akan memberi kepada mereka fikir dakwah. Orang yang datang ke sini, Allah s.w.t akan memberi basirah/hikmah dalam dakwah dan dengan limpah kurnia daripada Allah s.w.t, Allah s.w.t akan mencampakkan di dalam hati orang-orang yang membuat usaha dakwah bahawa daripada kecintaan dunia beralih kepada kecintaan akhirat.
Apabila kita gunakan waktu kita dengan betul di sini, Allah s.w.t akan menjadikan kita orang yang ghairah/suka doa kepadaNya. Di dalam masalah dakwah ini, Nuh a.s telah bekata kepada umatnya, “Apakah aku hendak memaksa kamu kepada agama padahal kamu benci dan tidak suka kepadanya”. Seseorang yang datang ke sini dengan dalam hatinya ada fikir, risau, ada talab, keinginan untuk mendapatkan sesuatu, maka Allah s.w.t akan beri sesuatu kepada mereka. Allah s.w.t akan menerima mereka, untuk negara mereka, negeri mereka. Kita datang ke sini, kita gunakan waktu dengan betul, kita akan dapat pahala. Tanpa kita datang dengan fikir dan risau , dapat pahala, tetapi Allah s.w.t tidak memberi kepada kita faedah yang sebenar dan fahaman dakwah yang sebenar. Kita ambil dari sini dan sampaikan di tempat-tempat kita. Dalam solat, maka perlu kita hadirkan hati kita. Oleh kerana itu, perlulah tuan-tuan berada di sini dan hadirkan hati tuan-tuan dalam semua kerja-kerja yang ada di dalam masjid ini. Kalau badan kita sahaja yang hadir tetapi hati tidak hadir bersama, maka kita tidak akan mendapat faedah yang sempurna. Seseorang yang mana dapat menunaikan solat dengan hati yang hadir, maka merekalah yang akan mendapat kelebihan, limpah kurnia daripada Allah s.w.t yang sempurna. Sepertimana dalam solat, apabila kita tunaikan solat, maka diri kita hadir, hati kita juga perlu hadir. Kalau hanya tubuh badan kita sahaja yang berada di dalam masjid tetapi fikiran kita, hati kita, berada di pekan, di bazar, maka solat kita tidak sempurna.
Nabi s.a.w tidak memberi galakkan kepada sahabat-sahabat untuk beriktikaf. Mula-mula Baginda s.a.w sendiri beriktikaf. Pada 1 Ramadhan Nabi s.a.w tidak beriktikaf. Pada tahun berikutnya, Nabi s.a.w telah beriktikaf selama 20 hari. Waktu yang tuan-tuan beri ini, bukankah untuk Allah s.w.t? Ataupun tuan-tuan telah niat untuk bagi pada bazar, kedai atau datang membeli barang-barang dsbnya. Waktu yang tuan-tuan beri, waktu ini ialah semata-mata untuk Allah s.w.t. Begitu juga di dalam solat, ingatan kita, tumpuan kita, hanya sanya kepada Allah s.w.t sahaja dan orang yang beriktikaf juga harus mengganggap dan merasai bahawa saya di dalam iktikaf. Ulamak memberitahu bahawa kita bercakap hal-hal dunia di dalam masjid, ianya akan menghilangkan kebajikan-kebajikan kita sebagaimana api membakar kayu-kayu. Waktu yang kita beri 2 atau 3 hari ini, dan segi iktibarnya, secara menyeluruh, seluruh hidup kita adalah untuk Allah s.w.t. Tuan-tuan yang ikrar untuk beri masa kepada Allah s.w.t. Sekali Jibrail a.s datang kepada Rasulullah s.a.w, untuk mengajar kita, maka dia tanya Nabi s.a.w, “Apakah ihsan?”. Nabi s.a.w menjawab bahawa, “Ihsan itu ialah kamu menyembah Allah s.w.t seolah-olah kamu nampak Allah s.w.t atau merasai Allah s.w.t melihat kamu”. Sesungguhnya sifat ihsan ini juga terdapat dalam safar tuan-tuan bahawa Allah s.w.t melihat kedatangan tuan-tuan ke sini. Allah s.w.t sedang melihat kita, apa yang sedang kita buat, apa yang sedang kita fikir, apakah semangat kita dan apakah kerisauan kita. Allah s.w.t mengetahui samada yang zahir atau yang batin tentang diri kita.
Kedatangan tuan-tuan ini akan memberi faedah dan terus memberi faedah apabila tuan-tuan datang di sini dengan niat iktikaf. Selain daripada keperluan kemanusiaan kita, tandas dsbnya, maka kita tidak akan keluar daripada masjid ini. Di Malaysia, kita pun pergi tunaikan hajat kita, ke tandas dan sebagainya. Kita pergi haji dan sebagainya. Beberapa orang daripada negara kita pergi menunaikan haji dan balik sebagai haji, ada yang balik yang mana mereka tidak dapat menghayati haji yang mereka lakukan, setengahnya pula mereka datang tunaikan haji untuk mengubah kehidupan mereka seluruhnya dan begitu juga apabila kita keluar di jalan Allah s.w.t kita kena membentuk, satu rupabentuk yang akan buat perubahan dalam kehidupan kita dan Allah s.w.t akan memberi hidayat kepada kita. Ini adalah satu jalan untuk menghasilkan hidayat kerana jalan dakwah ini adalah jalan nabi-nabi dan rasul-rasul dan merupakan jalan sahabat-sahabat r.a. Kita gunakan waktu kita dan masa kita sebagaimana sahabat-sahabat r.a telah gunakan masa mereka dan waktu mereka. Kita berjalan sebagaimana sahabat-sahabat r.a berjalan, maka dengan itu jalan ini akan menyampaikan kita kepada jalan hidayah Allah s.w.t. Hidayah ini ialah samada hidayah petunjuk atau hidayah kesesatan. Apabila di dalam sesuatu hukum, untuk semua perkara, ada perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w, maka itu ialah jalan hidayah. Amalan ini, kadang-kadang ada bentuk hidayat tetapi tidak ada cara Nabi s.a.w, maka ia tidak akan menjadi sumber hidayah. Sebagai contoh, satu orang sembahyang, tetapi dengan cara dia, ikut suka dia, bukan dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w, maka amalan solat ini tidak boleh dikatakan amalan hidayah. Sebaliknya, satu orang yang lain, dia pergi ke tandas iaitu satu tempat yang kotor, tetapi dengan cara Nabi s.a.w, baca doa, masuk kaki kiri, tunaikan hajat, keluar kaki kanan, baca doa, ,maka amalan dia masuk tandas juga dikatakan amalan hidayah kerana di sana ada cara Nabi s.a.w.
Maulana Yusuf rah. berkata, “Setiap amalan samada ia menjadi sumber hidayah ataupun sumber kesesatan”. Amalan yang dilakukan bertepatan dengan perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w, maka ia ialah jalan hidayah dan sesuatu kerja yang mana dihadapannya tidak ada perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w, maka ia akan menjadi sumber kesesatan. Dengan amalan hidayah ini, apabila ada hidayah, maka ada nur dalam hati dan ruh akan jadi baik tetapi sebaliknya amalan yang membawa sumber kesesatan menyebabkan datang kegelapan, zulumat di dalam hati dan ruh akan manjadi busuk. Setiap masa dan ketika akan menjadi sumber hidayah dan setiap masa dan ketika juga mungkin menjadi sebab kesesatan. Satu orang guna lidah dia ikut perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w, maka dia akan menjadi sumber hidayah. Bila guna mata ikut perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w, maka akan jadi sumber hidayah. Apabila sesuatu perkara atau sesuatu amalan yang tidak ada perintah Allah s.w.t, tidak bertepatan dengan perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w, walaupun ia berbentuk agama tetapi ia akan menjadi sumber kesesatan.
Satu orang yang sembahyang dan dia telah bawa perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w tetapi apabila dia tidak bawa perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w dalam sembahyang dia tadi, maka walaupun sembahyang dia tadi berbentuk hidayah, berbentuk agama tetapi ia akan menjadi sumber kesesatan dan akan membawa kegelapan di dalam hati. Seperti juga puasa, satu orang yang berpuasa tidak makan dan tidak minum tetapi pada waktu yang sama dia langgar perintah Allah s.w.t, dia memaksiati Allah s.w.t, lidahnya sepanjang hari mengumpat orang lain, matanya tengok yang dilarang oleh Allah s.w.t, puasanya sah kerana puasa itu menahan diri dari makan, minum dan menunaikan syahwat daripada terbit fajar sadiq sampai terbenam matahari tetapi puasa seperti itu tidak akan menjadi sumber hidayah bahkan akan menjadi sumber kegelapan dalam hatinya dan menyebabkan ruh menjadi busuk.
Begitu juga bila bersama dengan isteri bukan dengan cara Nabi s.a.w, maka ia akan menjadi sumber kegelapan dan disitu juga ada perintah Allah s.w.t. Bersama dengan isteri juga ada sunnah Nabi s.a.w dan apabila seseorang mendekati isterinya dengan niat bahawa saya hendak tunaikan hak isteri saya dan ia adalah perintah Allah s.w.t bagi seorang suami untuk tunaikan hak isterinya. Nabi s.a.w bersabda, “Atas kamu ada hak yang kamu perlu tunaikan ke atas isteri kamu”. Dengan niat semoga Allah s.w.t, dengan pertemuan kita itu akan memberi anak yang soleh. Apabila dia pergi dengan niat ini, perintah Allah s.w.t dan dengan sunnah Nabi s.a.w, maka bersama dengan isteri juga menjadi sumber hidayah. Nabi s.a.w bersabda, “Kamu bersama dengan isteri kamu juga mendapat pahala sedekah”, maka sahabat-sahabat terperanjat dan bertanya pada Nabi s.a.w, “Wahai Rasulullah s.a.w, kami bersama isteri kami, menunaikan keinginan nafsu kami, maka bagaimana boleh mendapat pahala pula?” Jawab Baginda s.a.w, “Apa akan terjadi kalau kamu menunaikan syahwat kamu dengan wanita lain? Sudah tentu kamu akan berdosa dan begitu pula apabila kamu menunaikan hajat keperluan syahwat kamu dengan isteri kamu akan mandapat pahala”. Apabila seseorang mendekati isterinya dengan niat untuk menunaikan perintah Allah s.w.t maka dia akan mendapat pahala. Apabila seseorang menyuapkan makanan ke mulut isterinya, maka itu juga Allah s.w.t akan menjadikan pahala.
Setiap amal, boleh menjadi sumber hidayah dan amal yang sama juga boleh menjadi sumber kesesatan. Dengan amalan hidayah, hati akan bercahaya. Amalan yang berbentuk kesesatan akan menyebabkan hati menjadi zulumat. Apabila baik, amalan hidayah, menyebabkan ruh akan jadi wangi. Amalan yang berbentuk kesesatan menyebabkan ruh menjadi busuk. Hasilnya ialah apa yang saya hendak bentangkan dihadapan tuan-tuan supaya kedatangan tuan-tuan di sini dapat banyak faedah. Semoga Allah s.w.t memberi hidayah kepada kita semua.
Tuan-tuan yang mulia, Maulana Ilyas rah. telah banyak sekali mencurahkan air mata untuk usaha ini dan mereka telah sembahyang dengan rakaat yang panjang-panjang dan berdoa kepada Allah s.w.t untuk usaha ini dan Allah s.w.t telah memberi tempat ini satu kepanasan dan kehangatan dakwah. Orang yang datang ke sini, Allah s.w.t akan memberi kepada mereka basirah, hikmah, kesenian untuk dakwah tetapi dengan syarat di dalam hati kita ada talab, ada sifat menuntut, berkehendakkan bahawa Allah s.w.t akan bagi hidayah pada kita, maka Allah s.w.t akan bagi hidayah. Oleh maksud itulah, tuan-tuan yang mulia, kita harus duduk disini sebagai seorang yang beriktikaf yang mana seolah-olah kita berkata dengan lisan hal kita, “Ya Allah, kami datang dihadapan pintu Mu. Ya Allah, berilah sesuatu untuk kami bawa balik”. Orang yang beriktikaf ini, sebenarnya dia duduk di hadapan pintu Allah s.w.t, maka tuan-tuan duduk disini dengan niat iktikaf, maka tuan-tuan akan dapat banyak benda untuk dibawa balik. Kita bawa fahaman ini dalam hati kita. Kita telah berikrar dengan Allah s.w.t waktu yang kita beri beberapa hari ini, maka hanya sanya kita akan gunakan waktu ini semata-mata untuk kerja agama Allah s.w.t. Kita datang kesini untuk dapatkan sesuatu dan kita hendak bawa balik sesuatu. Di sini ada apa, tuan-tuan yang mulia? Di sini ada tertib dakwa, usul dakwah dan sohbat dengan orang-orang lama (buzruq). Kesan kepanasan dan kehangatan dakwah yang ada di sini akan datang kepada mereka yang cuba menghampirkan diri padanya. Kalau dia pergi jauh dari sini, duduk sekejap, kemudian lari, orang yang macam ini, apa yang dia akan dapat? Setiap masa kita perlu ada disini. Kalau kita keluar daripada sini, mana kita hendak pergi? Tidak lain dan tidak bukan, ke bazar/kedai sahaja. Sebenarnya ia merosakkan kerohanian kita. Firman Allah s.w.t, “Sesungguhnya syaitan musuh kamu, ambillah dia sebagai musuh”. Allah s.w.t beritahu keinginan dan sifat syaitan bahawa dia hendak semua orang lain jadi ahli neraka, masuk ke dalam neraka bersama dengan dia. Syaitan letakkan bendera-bendera dia di pasar, pekan, bazar. Rahmat Allah s.w.t turun di masjid, limpah kurnia Allah s.w.t di masjid dan dengan sebab amalan-amalan masjid, Allah s.w.t akan memberi keampunan kepada mereka. Amalan-amalan masjid ini adalah untuk membina diri kita, membina iman kita padahal pasar/bazar adalah untuk merosakkan amalan saya dan amalan tuan-tuan.
Kita pergi satu dunia, kita seru mereka untuk masuk ke masjid. Kita tidak pernah dakwah seseorang untuk pergi ke pasar/bazar. Kita menyeru manusia kepada Allah s.w.t. Kita dakwah mereka untuk datang ke masjid. Muazzin, panggil orang ke masjid. Kita buat gasht, kita panggil orang ke masjid, panggil kepada amalan-amalan dimasjid. Syaitan dakwah manusia untuk pergi ke pasar/bazar. Misalnya, tuan-tuan hendak minum teh. Tuan-tuan bentuk satu jemaah dan pergi minum teh di kedai. Yang terbaik, kalau kita ada kelengkapan, maka kita buatlah teh untuk 5 atau 10 orang atapun kita hantar satu orang dengan thermos, beli teh dan kita minum di sini. Oleh itu, kita tidak perlu pergi ke kedai ramai-ramai. Di sana ada sleeping bag, bedding dll. Orang India datang, orang Malaysia datang, orang England datang. Mereka telah ambil tarikh-tarikh negara mana yang akan datang mesyuarat. Bila satu orang pergi dengan niat dakwah, maka dia akan dapat hidupkan dakwah di pasar/bazar/kedai juga. Kedai-kedai itu hidup dengan berkat tuan-tuan. Kami tidak pernah buat kedai pun. Di zaman Maulana Yusuf rah., cuma ada 2 kedai sahaja iaitu satu kedai teh dan satu kedai sireh. Bila satu jemaah 10 orang pergi kedai, maka orang akan tanya, orang mana ni? Ini orang Malaysia yang bodoh-bodoh (kata Maulana), ramai-ramai pergi minum teh bersama. Di sana ada macam-macam, ada sleeping bag, tasbih, sejadah, dll. Selepas minum teh, syaitan kata, jangan balik, tengok barang-barang itu dulu. 5 minit punya kerja (minum teh), maka sudah menjadi satu jam. Tuan-tuan yang mulia, kerja kita, tanggungjawab kita sekarang ini ialah kita hendak keluarkan daripada dalam hati kita ta’aluk, hubungan kita dengan kedai/bazar dan kita hendak ta’alukkan, hubungkan hati kita dengan amalan masjid.
Satu keperluan atau hajat yang dapat diselesaikan dengan perantaraan satu orang, jadi kita hendak pergi ramai-ramai ke kedai, ini satu perkara yang tidak baik. Ataupun kita perlu benda-benda lain, misalnya buah-buahan, satu orang sahaja pergi sebagai wakil dan tulis sipolan hendak pisang, sipolan hendak jambu dsbnya. Syaitan bisik pada kita, pergi sendiri lagi baik, boleh pilih sendiri apa yang kita hendak. Bila kita takbir untuk sembahyang, maka semua kedai, barang dsbnya akan berada di hadapan kita padahal dituntut di dalam sembahyang, bila kita kata Allahuakbar, apa pun tidak ada, kedai tidak ada, barang tidak ada, isteri tidak ada, anak tidak ada, semata-mata Allah s.w.t yang ada dihadapan kita. Jadi, tuan-tuan yang mulia, kita duduk disini untuk beberapa hari, dengan niat iktikaf, duduk dalam masjid sahaja. Di dalam masjid sentiasa ada amal. Kalau di dalam masjid tidak ada amal ijtimai, maka kita ada amalan infradi yang perlu disempurnakan.
Yang kita faham, amal infradi ini ialah amal syaitani iaitu buat apa yang syaitan suruh. Oleh itu, bila amal infradi sahaja, kita pakat pergi kedai/bazar. Maksud sebenar amal infradi ialah amal rahmani yang dikaitkan/dihubungkan dengan Allah s.w.t yang maha penyayang, yang maha pengasih, bukan syaitani. Waktu infradi, kita baca Quran, kita zikir atau berdoa pada Allah s.w.t. Doa tuan-tuan diteri macam doa nabi-nabi.
Sebenarnya syaitan halang kita daripada berzikir, baca Quran, amalan-amalan dakwah, amalan-amalan masjid. Sebagai contoh amalan infradi iaitu amalan dakwah infradi. Pagi kita dengar bayan, bila waktu infradi, kita duduk 3 atau 4 orang, kita muzakarah apa yang kita dengar dan faham. Kadang-kadang kita dengar lain dan kita faham lain. Kalau kita tidak ada muzakarah macam ini, bila balik ke negara kita nanti, maka satu orang kata macam ni, yang lain kata, tidak, sebenarnya macam ni, maka akan jadi ikhtilaf, bertelagah sesama kita. Begitu juga apa yang kita dengar dalam ta’alim, selepas itu kita muzakarah supaya apa yang kita dengar dan apa yang kita faham jadi satu. Kita balik ke negara kita, maka tidak bertelagah.
Kita kena sentiasa dengar dakwah. Pagi ada karguzari, pukul 10.00 pagi. Karguzari ini apa tuan-tuan? Karguzari pun dakwah juga. Bukan maknanya kita cerita sahaja, 2 gasht, itu dan ini dsbnya bahkan orang-orang tua kita minta kita bagi karguzari yang mana dengan dengar karguzari ini akan menaikkan keghairahan semangat orang lain untuk buat usaha dan untuk keluar di jalan Allah s.w.t. Sebelum kita hendak memperdengarkan dan menerangkan karguzari, kita muzakarah. Kita duduk dan kita mesyuarat, apa yang hendak kita terangkan, apa yang hendak kita ceritakan. Kita cerita dan terangkan semua apa yang kita buat, jangan kita hendak sembunyi-sembunyikan apa yang kita buat. Dengan usaha amalan dakwah ini akan menyatukan hati kita. Ini pun kita kena lihat, dengan kita buat usaha dakwah ini samada hubungan hati kita semakin rapat, semakin akrab atau kita bertelagah, kita berpecah. Bila kita bacakan karguzari kita, orang-orang lama disini akan bagi komen dan nasihat mereka, maka nasihat ini kita dengar dan muzakarah sesama kita. Sahabat kita bagi karguzari macam mana dan jawapannya macam mana, apa cara untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi, dengan ini, akan menimbulkan keghairahan kita, fikir risau kita, supaya kita faham satu perkara supaya tidaklah ada orang yang faham lain, faham salah atau tidak faham dan kita balik dengan satu fikir.
Duduk, tuan-tuan yang mulia, jangan kita keluar lagi. Sabar sebentar.
Kita dakwah satu sama lain, ini pun termasuk dakwah infradi. Sahabat r.a, mereka berkumpul dan buat muzakarah iman, cerita pasal iman. Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda, “Perbaharuilah iman kamu”. Untuk maksud apa kita datang ke sini? Kita sibukkan diri kita untuk maksud tersebut. Begitu juga dengan ta’alim. Kita dengar secara ijtimai kemudian bila kita duduk sorang-sorang, kita baca kitab yang sama, buat ta’alim infradi. Perdengarkan pada orang lain pun ta’alim, mentelaah sendiri pun ta’alim juga.
Jadi, kita sentiasa berdakwah satu sama lain di waktu infradi. Ada waktu yang lebih, kita tengok kitab fadhail. Ada lagi waktu yang lebih, kita sempurnakan tasbih/zikir kita. Ada lagi masa, kita sembahyang. Nabi s.a.w bersabda, “Sembahyang adalah penyejuk mataku”. Nabi s.a.w sembahyang panjang-panjang. Kita punya sunat pun, semua kita pakai serah pada Allah s.w.t, begitulah, ada yang sembahyang, ada yang tidak sembahyang. Dakwah, ta’alim, ibadat/zikrullah, khidmat – 4 amalan. Disamping itu, doa. Umumnya bahawa hati kita ini tidak ada sifat semangat untuk memohon doa kerana kita tidak yakin dengan sepenuhnya bahawa yang menyelesaikan, yang menyempurnakan kerja kita, keperluan kita, ialah Allah s.w.t padahal hukum Allah s.w.t, perintah Allah s.w.t, “Berdoalah kepadKu”. Allah s.w.t minta bahawa kita berdoa kepadaNya. “Allah s.w.t perintah berdoalah kepada Aku, nescaya akan Aku kabulkan doa mereka. Orang yang membesarkan diri daripada doa kepada Aku, akan Aku masukkan mereka ke dalam neraka”. Hari ini, oleh kerana kita lalai kepada Allah s.w.t, maka kita ganggu orang lain. Kita urut belakang orang, kita cubit peha orang, macam-macam kita buat. Kalau kita berzikir pada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan memberi ketenangan dan sentiasa hubungkan kita dengan Allah s.w.t.
Sembahyang merupakan ubat kepada penyakit. Letih pun kena sembahyang. Satu ketika, Maulana Ilyas rah. telah bawa jemaah ulamak ke Mewat, kawasan pergunungan, bukit-bukau. Biasanya, ulamak ini, mereka tidak biasa sangat untuk kawasan-kawasan bukit dsbnya. Tempat yang mereka pergi juga tidak ada kemudahan asas. Tidak ada jalan yang baik, tidak ada penggangkutan. Maulana Ilyas rah. biasanya pergi ke Mewat berjalan kaki sahaja. Daripada Delhi, dia akan berjalan ke Mewat. 40 km atau 50 km berjalan kaki. Dia bawa jemaah ulamak ke Mewat. Mereka tidak biasa naik bukit dsbnya. Maulana Ilyas rah., dia seorang yang kurus, hanya ada tulang dan kulit sahaja. Walaupun dia kurus, dia boleh panjat bukit tetapi yang lain-lain mengeluh sakan kerana letih. Apabila Maulana Ilyas rah. sampai sahaja di sana , dia terus sembahyang. Yang lain-lain sampai lewat sedikit, tercungap-cungap dan termengah-mengah. Maulana Ilyas rah. telah terangkan kepada ulamak-ulamak tadi, mujahadah para sahabat r.a. Beliau terangkan, begini para sahabat berjalan, , begini Rasulullah s.a.w berjalan, begini mujahadah mereka dsbnya. Di negara kita, Malaysia , Thailand , Singapura, Jepun dsbnya, bila kita sakit dimana-mana, mulalah kita exercise, berjogging dsbnya. Nabi s.a.w bersabda bahawa ubat bagi penyakit itu ialah sembahyang. Kita menyeru orang kepada zahir, tetapi Nabi s.a.w menyeru kepada solat sebagai ubat penyakit kita. Di akhir hayat Maulana Ilyas rah., dia begitu lemah sehingga dia tidak mampu untuk bangun sendiri. Dia terpaksa dipapah oleh 2 orang untuk tunaika solatnya tetapi bila dia mula sembahyang, 15 minit hingga ½ jam, tidak perlu siapa pun pegang dia. Bila bagi salam sahaja, terus lembik. Di luar sembahyang, dia letih dan lemah tetapi dalam sembahyang, dia kuat. Rasulullah s.a.w telah bangunkan umat ini atas solat.
Satu ketika, Abu Hurairah r.a sedang tidur meniarap di dalam masjid. Nabi s.a.w datang dan kuis kaki dia dan tanya, “Mengapa”. Abu Hurairah r.a kata, “Sakit perut”. Kata Nabi s.a.w, “Sembahyang 2 rakaat dan Allah s.w.t akan bagi syifa’ pada kamu”. Nabi s.a.w seru orang kepada sembahyang. Dalam sembahyang ada ubat.
Tuan-tuan yang datang ke sini, 4 atau 5 hari kita disini, maka kita gunakanlah waktu kita samada dalam dakwah, ta’alim-ta’alum, zikir, ibadat atau khidmat dan kita jagalah lidah kita ini. Kita cerita kebesaran Allah s.w.t, cerita 6 perkara dan cerita kehebatan Allah s.w.t, cerita yang bersangkutan dengan dakwah sahaja. Kita cubalah belajar buat usaha ini dengan sifat mujahadah. Apa makna mujahadah? Kita tidak mampu buat sesuatu tetapi kita gagahkan diri kita, kuatkan diri kita, tinggikan semangat kita untuk buat lebih tinggi daripada itu.
Hasil apa yang saya katakan tadi ialah waktu tuan-tuan yang selama beberapa hari ini adalah untuk Allah s.w.t khususnya dan pada umumnya semua waktu kita samada kita di Malaysia, dalam kapalterbang, dalam musafir, semuanya adalah untuk Allah s.w.t samada kita kata dengan lidah kita atau kita tidak kata kerana sesungguhnya dalam Quran, kita baca dalam solat kita, “Sembahyang aku, ibadat aku, hidup aku, mati aku hanya untuk Allah s.w.t tuhan sekelian alam dan tidak ada sekutu bagiNya dan untuk itulah aku diperintahkan dan aku dikalangan orang-orang muslim, yang disebut oleh Nabi Ibrahim a.s”.
Oleh kerana itu, kita duduk di Nizamuddin ini dengan hati yang hadir, dengan tubuh badan kita yang hadir, untuk kita mempelajari amalan-amalan yang saya sebutkan tadi. Kita duduk dengan niat iktikaf dan kita berdoa pada Allah s.w.t. Semoga kedatangan saya, kedatangan tuan-tuan diterima oleh Allah s.w.t. Kita syukur pada Allah s.w.t, berapa puluh ribu, berapa puluh juta orang Islam di Malaysia, Allah s.w.t telah pilih tuan-tuan untuk datang ke sini. Allah s.w.t telah pilih kita, kita bersyukur padaNya. Sekurang-kurangnya kita akan menjadi satu wakil, wakil sebagai seorang dai di negara kita. Kita hendak bangunkan apa yang kita dengar di sini, apa yang kita belajar di sini, kita hendak bangunkan seluruh orang-orang di Malaysia atas usaha dakwah ini. Bukan setakat kita tengok dan kita dengar sahaja, kemudian habis bahkan kita tengok, kita faham, kita ingatkan dan bila balik nanti kita beritahu pada orang-orang lain dan kita bangunkan orang-orang semua atas perkara tersebut. Sebenarnya, waktu lapang yang kita biarkannya lapang itu merupakan pintu pada maksiat. Kita jangan biarkan waktu kita lapang. Kalau kita rasa sudah tidak ada apa lagi yang hendak dibuat, kita rehat/tidur, jangan sekali-kali bercakap dunia. Kalau hendak cakap, cakap yang baik-baik. Cakap mengenai dakwah, mengenai iman, untuk beberapa hari sahaja. Janganlah kita cakap mengenai pasar, bazar, pekan, rumah, isteri, anak. Kita bercakap kebesaran Allah s.w.t. Waktu yang lapang ini, bukan untuk lapang sebenarnya. Kita tidak ada waktu lapang. Waktu yang ada ini kita penuhkan dengan amalan-amalan. Kita tidak ada masa lapang. Bila kita akan lapang? Bila kita mati nanti. Kita mati, barulah lapang dari amal.
Satu ketika, ketika kami di Madinah, berjumpa dengan Maulana Badri Anam rah., seorang ulamak hadith yang besar berasal dari India. Kami hendak terangkan bahawa kami ditashkil keluar ke kawasan kampung orang-orang Arab di kawasan pendalaman, maka saya tanya Maulana bahawa apa yang hendak saya ceritakan pada mereka kelebihan fadhail daripada amalan ini/kerja ini. Maulana kata, “Beritahulah kepada mereka bahawa inilah satu kerja, satu usaha yang mana tidur di dalamnya pun dapat pahala dan ganjaran”. Tidur pun ibadat tetapi pergi ke pekan/bazar tiada apa-apa ibadat. Inilah tertibnya tuan-tuan iaitu kita sempurnakan/gunakan waktu kita dalam keadaan beriktikaf.
Semoga Allah s.w.t terima kedatangan tuan-tuan dan Allah s.w.t menjadikan kedatangan tuan-tuan ini sebagai sumber untuk dapat fikir-risau dan tertib usul dakwah.
Comments
Post a Comment