mesyuarat malaysia 1999 - bayan maghrib maulana saad

nizamuddin - 05/09/99

Tuan-tuan yang mulia, apabila manusia ini ada keyakinan bahawa sesuatu usaha akan menyelesaikan masalah dia, akan memberi kejayaan pada dia, akan menyelesaikan masalah dia dunia dan akhirat, maka mudah untuk dia beri pengorbanan untuk usaha itu dan mudah untuk dia istiqamah dalam usaha itu. Kalau dia tidak ada yakin bahawa sesuatu usaha akan menyelesaikan masalah dia, akan memberi bantuan kepada dia, akan memberi kejayaan kepada dia, maka dia tidak akan memberi pengorbanan untuk kerja itu dan dia tidak akan istiqamah dalam kerja itu.

Setiap kerja, yang mana kita ada basirah, kita ada keyakinan, kita tahu kelebihannya, kita tahu kepentingannya, kita berkeyakinan bahawa usaha itulah yang akan menyelesaikan masalah, maka barulah manusia ini akan tambahkan pengorbanannya dan dia akan buat usaha dengan istiqamah. Jikalau dia tidak ada keyakinan, maka dia tidak nampak pun apa sebab, kenapa dia kena buat usaha ini, kenapa dia kena tambahkan pengorbanan dan kenapa dia kena istiqamah dalam kerja ini. Kalau dia tidak ada basirah tentang kerja itu, dia tidak akan ada keyakinan kepada kerja itu, maka dia tidak akan buat kerja dengan keyakinan. Allah s.w.t beritahu pada Nabi s.a.w, “Katakanlah wahai Nabi, inilah jalan aku, mengajak manusia kepada Allah dengan basirah, dengan keyakinan bahawa yakin dengan kerja nabi ini, maka Allah s.w.t akan memberi hidayat”. Allah s.w.t akan memberi hidayat dengan kerja nabi ini. Allah s.w.t akan menyelesaikan masalah dunia dan akhirat dengan kerja nabi ini dan kerja nabi ini akan menarik bantuan Allah s.w.t.

Tuan-tuan yang mulia, bila ada keyakinan ini barulah manusia akan tambahkan pengorbanannya, usaha untuk sempurnakan segala kerja ini dan dia akan istiqamah dalam kerja ini. Kalau tidak, seperti kita ikut satu arus sahaja. Semua orang buat kerja, kita pun buat juga untuk mendapat sebahagian daripada kebaikan daripada kerja itu dan untuk mendapat saham daripada kerja yang dibuat oleh semua orang. Maknanya dalam keadaan ini, manusia yakin bahawa penyelesaian masalah dia adalah dalam urusan lain, dia yakin bahawa masalah-masalah dia selesai dengan kerja lain dan kerja ini dia buat hanya untuk mendapat pahala. Orang lain buat, saya pun buat. 

Kerja yang sebenarnya ialah kerja yang tidak mengikut kerja lain dan tidak akan tunduk kepada kerja lain. Bila satu orang yakin bahawa kerja itu akan menyelesaikan masalah dia, maka kerja itu tidak akan dikorbankan atau tidak akan tunduk kepada kerja-kerja yang lain. Kerja yang sebenarnya ialah kerja itulah yang akan dibuat dahulu, kerja itulah yang akan didepankan, yang akan diutamakan dan kerja lain akan dikemudiankan. Bila tidak ada keyakinan ini bahawa kerja itu akan menyelesaikan masalah, maka kerja itu akan jadi pengikut ataupun tunduk kepada kerja yang lain.

Oleh itu, sebenarnya tuan-tuan yang mulia, sejauh mana satu orang itu ada basirah, keyakinan terhadap sesuatu kerja, maka sejauh itulah dia akan tambahkan pengorbanan dan dia akan istiqamah dalam kerja itu. Bila kita ada keyakinan bahawa usaha agama inilah yang akan menyelesaikan masalah kita dunia dan akhirat, usaha agama inilah yang akan membawa bantuan Allah s.w.t, usaha agama inilah yang akan memberi kejayaan pada kita, maka barulah orang akan tambahkan pengorbanan dan istiqamah dalam kerja ini.

Tuan-tuan yang mulia, kerja yang dibuat oleh para ambiya a.s dan para nabi ialah satu kerja yang mana tidak ada kemungkinan langsung bahawa dengan kerja itu, maka kerja-kerja kita yang lain akan sia-sia. Tidak ada kemungkinan langsung bahawa dengan kita buat kerja itu, kerja-kerja kita yang lain, urusan-urusan kita yang lain akan jadi sia-sia. Misalnya perniagaan kita akan jadi sia-sia atau keluarga kita akan jadi sia-sia atau anak kita akan jadi sia-sia. Tidak ada kemungkinan langsung. Bila satu orang buat kerja agama, pasti Allah s.w.t akan pelihara dia dan selamatkan segala urusan-urusan dia yang lain.

Kalau ada pemikiran seperti itu pun iaitu hanya kita terfikir, kalau saya buat usaha agama ini, perniagaan saya akan rugi, anak saya akan rosak, fikiran seperti itu kalau terlintas pun akan manahan atau memberhentikan bantuan Allah s.w.t. Nusrah Allah s.w.t yang ghaib akan terhenti walau kita hanya terfikir tentang perkara ini kerana bantuan Allah s.w.t datang atas keyakinan seseorang. Bila seseorang yakin bahawa dengan kerja ini Allah s.w.t pasti bantu saya dan juga segala urusan-urusan saya ,maka sejauh itulah Allah s.w.t akan bantu dia.

Nabi-nabi buat kerja ini dengan penuh yakin bahawa dengan saya buat kerja ini Allah s.w.t tidak akan sia-siakan saya, Allah s.w.t tidak akan lepaskan tangan saya, Allah s.w.t pasti akan bantu saya, Allah s.w.t pasti akan bantu dalam segala urusan saya. Dengan yakin inilah yang majukan mereka dalam pengorbanan untuk usaha agama dan yang memberi kekuatan kepada mereka untuk istiqamah dalam kerja agama. Sejauh mana seseorang itu yakin dengan kerja ini, maka sejauh itulah dia akan istiqamah dan dia akan tambahkan korban untuk kerja ini. Wanita-wanita pun ada keyakinan yang sama, misalnya seorang wanita, isteri nabi, ditinggalkan di padang pasir yang kering kontang, dia yakin bahawa jika ini perintah Allah s.w.t, pasti Allah s.w.t tidak akan sia-siakan saya. Oleh itu, tuan-tuan yang mulia, sejauh mana seseorang itu yakin, dia ada basirah, dia yakin kepada kerja ini, maka sejauh itulah dia akan istiqamah dalam kerja ini. Bila kita buat kerja ini dengan istiqamah, barulah kita dapat sempurnakan kerja ini dan barulah kerja ini akan berjalan.

Ihtisab para sahabat tentang amalan ibadat dan juga amalan dakwah begitu tinggi sekali yang telah menyebabkan mereka buat pengorbanan yang begitu tinggi untuk sempurnakan segala takazah amalan ibadat dan juga amalan dakwah. Mereka ada yakin yang penuh bahawa dengan menunaikan takazah-takazah agama ini, segala keperluan mereka akan disempurnakan, bantuan Allah s.w.t akan bersama mereka dan mereka tidak akan disia-siakan oleh Allah s.w.t. Mereka penuh yakin dengan apa yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t yang telah membawa mereka ke tahap pengorbanan yang begitu tinggi, tahap amalan ibadat yang begitu tinggi, tahap iman yang begitu tinggi, tahap usaha dakwah yang begitu tinggi, yang telah menyebabkan mereka memberi pengorbanan yang begitu tinggi. Keyakinan mereka atas janji-janji Allah s.w.t, atas amalan-amalan ibadat, atas amalan dakwah inilah yang telah menyebabkan mereka memberi pengorbanan dan meletakkan satu tahap yang begitu tinggi dalam iman dan segala amalan mereka dan juga dalam menjalankan usaha dakwah ini. Setiap perkara mereka tanya Rasulullah s.a.w, “Kalau saya buat ini, apa yang saya akan dapat?” Misalnya dalam satu kisah, bila Rasulullah s.a.w tanya sahabat, “Siapa yang sedia untuk pergi ambil berita tentang keadaan musuh?” Sahabat tanya, “Apa yang kami akan dapat?” Nabi s.a.w beritahu, “Sesiapa yang pergi, mereka akan bersama-sama aku dalam syurga”, maka seorang sahabat telah sedia. Huzaifah r.a telah sedia. Dia yakin bahawa dengan dia pergi dalam keadaan sejuk dan takut, dalam keadaan yang bahaya, dia pasti akan berjaya. Allah s.w.t pasti akan memberi apa yang Dia telah janjikan dan apa yang telah dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka telah sempurnakan takazah-takazah agama, dengan itu mereka dapat sempurnakan takazah amalan dakwah ini, maka agama yang sempurna telah datang dan diwujudkan.

Bila kelemahan datang dalam amalan dakwah ini, maka kelemahan dan kekurangan akan datang dalam agama. Maulana Yusuf rah. berkata, “Apabila kekurangan datang dalam agama, itu bermaksud amalan dakwah telah berkurangan”. Kekurangan dalam uaha dakwah, maka agama pun akan berkurangan.

Tuan-tuan yang mulia, para sahabat mempunyai keyakinan atas janji-janji Allah s.w.t, atas janji-janji Rasulllah s.a.w, atas usaha dakwah ini dan atas amalan mereka yang begitu tinggi, maka mereka telah dapat sempurnakan takazah-takazah usaha dakwah dan juga takazah-takazah ibadat dan segala-galanya. Para sahabat telah tunaikan segala apa yang mereka telah janji dengan Allah s.w.t dan dengan Rasulullah s.a.w kerana mereka yakin bahawa apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t pasti akan dapat.

Mula-mula Allah s.w.t uji para ambiya a.s, uji mereka dalam berbagai macam cara, dalam perniagaan mereka, keluarga mereka, diri mereka. Bermacam-macam keadaan Allah s.w.t bawa dihadapan mereka. Mereka dilalui dalam berbagai macam cara ujian. Allah s.w.t letak mereka dalam berbagai macam ujian. Apabila mereka lulus dalam semua ujian-ujian tersebut, dan mereka yakin hanya kepada Allah s.w.t sahaja bahawa Allah s.w.t sahajalah yang boleh menyelesaikan segala masalah mereka, kemudian barulah Allah s.w.t pilih mereka untuk buat kerja agama. Allah s.w.t akan pilih untuk buat kerja agama ini. Para nabi pun Allah s.w.t pilih selepas uji mereka dan lihat adakah mereka yakin bahawa masalah mereka akan selesai melalui asbab, melalui benda, melalui perkara-perkara lain ataupun melalui Allah s.w.t. Dalam keadaan macam mana susah pun, bila mereka hanya rujuk pada Allah s.w.t sahaja, tawajjuh pada Allah s.w.t sahaja, tumpu pada Allah s.w.t sahaja, yakin pada Allah s.w.t sahaja dan minta bantuan hanya daripada Allah s.w.t sahaja, maka barulah Allah s.w.t akan luluskan mereka dan pilih mereka untuk buat kerja agama sepertimana yang Allah s.w.t buat pada nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim a.s telah diuji dengan berbagai macam cara. Nabi Ibrahin a.s hanya tawajjuh kepada Allah s.w.t sahaja dalam semua kesusahan tersebut, tidak paling daripada Allah s.w.t, yakin hanya kepada Allah s.w.t sahaja, barulah Allah s.w.t pilih nabi Ibrahim a.s dan perintah Rasulullah s.a.w pun ikut nabi Ibrahim a.s. dan kita umat ini pun adalah pengikut kepada nabi Ibrahim a.s. Allah s.w.t pilih nabi Ibrahim a.s. Allah s.w.t uji nabi Ibrahim a.s sehingga dia telah dicampakkan ke dalam api. Dalam petengahan perjalanan masuk ke dalam api, datang Jibrail a.s dengan segala kekuatan dia dan beritahu nabi Ibrahim a.s, “Saya sedia, wahai kekasih Allah, apa sahaja tuan perintah, apa sahaja hajat tuan, apa sahaja keperluan tuan, perintahkanlah saya, saya akan buat, saya datang untuk bantu tuan”. Nabi Ibrahim a.s kata, “Saya tidak perlu kepada kamu, Allah s.w.t melihat dan Dia mencukupi bagi saya”. Begitu sekali yakin nabi Ibrahim a.s, barulah Allah s.w.t pilih nabi Ibrahim a.s untuk buat usaha agama. Begitu juga dengan nabi Musa a.s. Allah s.w.t beritahu dalam Quran. Nabi Musa a.s telah diuji dan kemudian barulah Allah s.w.t pilih.

Begitu juga Allah s.w.t akan pilih orang-orang untuk buat usaha agama, bukan kita buat ikut suka kita, apa kita hendak buat, kita buat. Allah s.w.t akan pilih. Allah s.w.t akan uji kita dalam bermacam-macam keadaan. Allah s.w.t hendak lihat samada kita yakin pada perniagaan kita, kerja kita ataupun pemerintahan, kuasa, tanah kita atau sebagainya atau kita yakin kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t akan uji kita dan dalam keadaan itu bila kita yakin hanya Allah s.w.t yang menyelesaikan masalah, bukan kita punya perancangan, bukan kita punya harta, bukan kita punya tanah, bukan kita punya wang ringgit, kita yakin hanya Allah s.w.t sahaja yang menyelesaikan masalah, maka orang seperti inilah Allah s.w.t akan pilih untuk buat usaha agama. Bukan sebarang orang boleh buat kerja ini. Mereka yang yakin dalam semua keadaan, mereka yang tawajjuh pada Allah s.w.t sahaja, orang seperti itu yang Allah s.w.t akan pilih untuk buat kerja ini.

Tuan-tuan yang mulia, Allah s.w.t akan letakkan kita dalam berbagai macam keadaan. Pengorbanan adalah berkadar terus dengan yakin kita terhadap janji-janji Allah s.w.t. Pengorbanan yang kita beri adalah mengikut sejauh mana kita punya yakin kepada Allah s.w.t, maka sejauh itulah kita boleh memberi pengorbanan untuk agama. Kalau tidak ada yakin kepada Allah s.w.t, maka pasti kita tidak akan dapat memberi pengorbanan untuk agama Allah s.w.t dan orang yang tidak ada yakin bahawa Allah s.w.t yang menyelesaikan masalah atau usaha agama inilah yang boleh menyelesaikan masalah, orang seperti ini, bila-bila pun dia tidak akan boleh korbankan urusan duniawi dia untuk takazah agama. Sampai bila pun dia tidak boleh korbankan keluarga dia, isteri dia, anak dia, perniagaan dia, dsbnya untuk usaha agama ini. Dan selagi kita tidak mengorbankan segala-galanya untuk usaha agama dan tidak meletakkan usaha agama di hadapan, maka kerja kita tidak akan sempurna.

Pagi tadi, kita dengar karguzari tuan-tuan dan kita lihat kelemahan dalam kerja. Ada orang fikir macam mana kita hendak buat kerja supaya kerja ini boleh maju, macam mana kita hendak ubahsuaikan kerja ini, supaya orang yang paling sibuk, yang tidak boleh bagi ½ jam pun untuk usaha agama, dia pun boleh melibatkan diri dalam kerja ini. Orang yang tidak sanggup korbankan perniagaan dia, maknanya dia mahu tidak ada pengorbanan langsung dalam perniagaan dia, dalam keluarga dia, dalam kerja dia, dalam urusan dia dan usaha agama pun dia hendak buat, ini memang tidak akan berlaku. Tanpa menjejaskan perniagaan dan keperluan hidup kita dan segala urusan-urusan kita yang lain, kita memang tidak boleh membuat kerja ini. Kita kena korbankan keperluan duniawi kita, barulah kita dapat beri pengorbanan untuk takazah-takazah agama. Orang hanya boleh korbankan keperluan dia, perniagaan dia, keluarga dia, dsbnya mengikut kadar yakin dia kepada Allah s.w.t. Orang yang yakin bahawa dengan usaha agama inilah masalah-masalah dia akan selesai, orang seperti ini boleh memberi pengorbanan untuk sempurnakan usaha agama. Orang yang ada yakin bahawa untuk menyelesaikan masalah dia, kena buat perniagaan, pertanian dsbnya, dan buat usaha agama untuk dapat pahala, maka orang seperti ini tidak boleh beri pengorbanan untuk usaha agama. Orang yang yakin bahawa dengan kerja inilah masalah-masalah dia di dunia dan akhirat akan selesai, orang seperti inilah yang akan memberi pengorbanan untuk usaha agama.

Tuan-tuan yang mulia, mengapa kita tidak maju? Kerana tidak ada pengorbanan. Pengorbanan kita mengikut yakin. Yakin ini ada hubungan dengan dakwah. Yakin kepada Allah s.w.t dan yakin kepada kerja ini yang menyelesaikan masalah kita dunia dan akhirat, maka sejauh itulah kita boleh buat pengorbanan untuk takazah-takazah agama dan sejauh itulah agama akan maju.

Maulana Yusuf rah. berkata, “Umat ini tidak akan dapat buat kerja ini dengan sempurna sehingga umat ini mengikut/meniru pengorbanan para sahabat”. Bila umat ini mengikut pengorbanan dan usaha mereka, barulah usaha agama ini dapat dibuat dengan sempurna oleh umat ini. Maulana Yusuf rah. berkata, “Apabila umat ini meniru para sahabat, mengikuti mereka dalam pengorbanan, maka umat ini akan dapat ganjaran 50 kali ganda daripada ganjaran yang diperolehi oleh sahabat-sahabat”. Umat ini akan dapat bantuan dari Allah s.w.t 50 kali ganda daripada Allah s.w.t bantu para sahabat.

Sekarang ini kita telah letakkan satu tahap pengorbanan dan kita tidak mahu maju lagi dalam pengorbanan. Kita sudah tetapkan inilah tahap pengorbanan yang kita akan buat. Kita telah menjadikan satu tahap pengorbanan yang telah menjadi satu adat. Kita tidak mahu ubah atau meninggikan lagi pengorbanan kita. Maknanya kita mahu usaha agama ini berjalan tetapi tanpa kita mengorbankan kita punya keinginan dan kemahuan, sedikit pun tidak ada perubahan dalam kemahuan dan keinginan dan lain-lain urusan kita. Bila kita sudah letakkan satu tahap sebagai kebiasaan, maka akan jadi adat bagi kita. Itu bukan lagi pengorbanan namanya. 

Misalnya satu orang yang sudah biasa tahan dahaga, maka tidak minum air  itu bukan satu mujahadah bagi dia dan bukan satu pengorbanan bagi dia. Satu orang yang sudah biasa tahan lapar, maka tidak makan itu bukan satu pengorbanan bagi dia. Satu orang yang biasa minum air, kalau dia tahan tidak minum air, maka itu satu pengorbanan. Satu orang yang biasa makan, tidak pernah lapar, maka tahan lapar itu adalah satu pengorbanan. Apa yang kita buat sekarang, sudah jadi satu kebiasaan adat dan kalau kita tidak maju lagi ke depan, maka apa yang kita buat ini tidak lagi jadi pengorbanan.

Kita tidak sanggup korbankan kita punya kemahuan, keinginan dsbnya dan usaha agama, dalam apa keadaan pun,  kita buat lebih kurang sahaja tanpa menjejaskan kita punya perkara-perkara yang lain, maka tidak ada pengorbanan dalam kerja ini. Para sahabat menjadi contoh untuk kita, dari segi iman mereka, dari segi amal mereka, dari segi dakwah mereka dan tahap pengorbanan mereka. Merekalah contoh kita dan kita kena ikut mereka dan bila kita ikut pengorbanan mereka dan amal mereka dalam keadaan sekarang ini, umat ini, di zaman ini, maka umat ini akan dapat 50 kali ganda ganjaran, 50 kali ganda bantuan Allah s.w.t. Walaupun umat ini tidak mellihat Rasulullah s.a.w, tidak pernah dengar Rasulullah s.a.w, tetapi sedia dengan yakin atas sabdaan-sabdaan nabi memberi pengorbanan untuk agama, maka umat ini akan jadi mulia, lebih mulia daripada para sahabat kerana mereka telah melihat nabi dan mereka telah mendengar sabdaan nabi. Walaupun kita tidak pernah lihat nabi, tidak pernah dengar sabdaan nabi, tetapi bila kita sedia untuk memberi pengorbanan seperti para sahabat, maka kita akan jadi tinggi dan mulia disisi Allah s.w.t.

Syarat untuk kita  diterima oleh Allah s.w.t untuk buat kerja ini ialah bila kita tambahkan pengorbanan. Bila kita tambahkan pengorbanan kita, maka kita akan maju dalam pengorbanan kita, dan orang-orang seperti inilah yang Allah s.w.t akan pilih untuk buat kerja ini. 

Kalau kita elakkan diri kita daripada takazah-takazah agama, kita suruh orang lain buat supaya kita boleh buat kerja dunia kita dan urusan-urusan kita yang lain, maka orang seperti ini, Allah s.w.t akan ambil kerja daripadanya dan bagi pada orang lain. Takazah-takazah agama ini datang daripada Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w dan Rasulullah s.a.w bahagi-bahagikannya kepada para sahabat tetapi siapa yang Allah s.w.t akan pilih, itu hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Allah s.w.t akan gunakan untuk agama, iaitu orang yang sentiasa maju dalam pengorbanan mereka. Allah s.w.t akan ambil kerja daripada mereka. Mereka yang sentiasa maju dalam pengorbanan mereka, sedia untuk takazah-takazah agama, mereka inilah Allah s.w.t akan pilih. Perlu ada 2 syarat untuk kita dipilih oleh Allah s.w.t dan maju dalam kerja ini. Pertama, perlu ada ikhlas. Kedua, kita mahu maju dalam pengorbanan kita. Orang-orang yang maju dalam pengorbanan, orang seperti ini, yang ada ikhlas dan sedia untuk takazah-takazah agama, maka Allah s.w.t pilih dia untuk buat usaha agama. Untuk sempurnakan takazah agama ini, Allah s.w.t akan pilih mereka-mereka yang ada pengorbanan, mereka yang ada ikhlas dan mereka yang sentiasa usaha untuk tambahkan pengorbanan untuk agama.

Contoh, satu pedang yang hebat, yang cantik, yang dahsyat, datang dari Yaman kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w tanya, “Siapa yang boleh tunaikan hak pedang ini?” Mula-mula sekali Zubair b. Awwam r.a telah bangun dan kata, “Saya sedia”. Walaupun Zubair b. Awwam ini orang Quraish, ada hubungan keluarga dengan Rasulullah s.a.w, anak saudara Rasulullah s.a.w, tetapi Rasulullah s.a.w tidak beri pada beliau. Selepas itu, Rasulullah s.a.w ambil pedang dan tanya, “Siapa sedia untuk sempurnakan hak pedang ini?” Umar r.a telah bangun. Pada Umar r.a pun Rasulullah s.a.w tidak beri. Pada kali ketiga, Abu Dujanah r.a telah bangun dan Rasulullah s.a.w telah beri pedang itu pada beliau. Apa tahap kedudukan Abu Dujanah r.a kalau hendak dibandingkan dengan Umar r.a dan Zubair b. Awwam r.a? Mereka adalah sahabat-sahabat yang hebat tetapi walaupun demikian Rasulullah s.a.w telah beri pada Abu Dujanah r.a. Bila Nabi s.a.w beri pada Abu Dujanah r.a, maka Zubair b. Awwam telah bangun dan kata, “Saya telah bangun awal, saya anak saudara kamu, bagaimana pula nabi telah beri pada orang ini?”  sepertimana hari ini, kita kata, “ Kenapa beri pada orang baru, saya orang lama, kenapa saya tidak digunakan untuk usaha agama ini, kenapa bagi orang baru buat?”  Zubair b. Awwam r.a telah ikut Abu Dujanah r.a kerana ingin tahu kenapa Rasulullah s.a.w telah pilih dia. Dia tengok dalam medan peperangan, Abu Dujanah r.a telah menggunakan pedang itu dan arah mana dia guna pedang itu, musuh-musuh telah dibunuh dan musuh telah mengalami kekalahan dan akhirnya Zubair b. Awwam mengaku bahawa memang Abu Dujanah yang paling layak untuk pegang pedang itu.
     
Tuan-tuan yang mulia, begitu juga dengan kita, Allah s.w.t yang pilih siapa yang layak untuk buat usaha agama iaitu mereka yang ada ikhlas dan mereka yang sentiasa maju dalam pengorbanan. Kita telah meletakkan satu tahap pengorbanan dan kita tidak mahu maju dalam pengorbanan sebaliknya kita mahu usaha agama ini maju, maka macam mana kerja ini boleh maju? Bila kita orang-orang lama, orang-orang yang dipilih dari seluruh Malaysia, orang-orang yang mengendalikan kerja ini, intipati orang-orang yang buat usaha agama, orang-orang yang paling banyak fikir, jikalau kita sendiri tidak tambahkan pengorbanan kita, macam mana kerja ini akan maju. Macam mana orang awam, orang biasa, orang luar  akan datang kepada kerja ini?

Kita kena fikir sudah berapa lama kita keluar 3 hari tiap-tiap bulan, sudah berapa lama kita bagi 2½ jam sahaja tiap-tiap hari, sudah berapa lama kita hanya bagi 40 hari sahaja tiap-tiap tahun? Bila kita mahu tambahkan pengorbanan kita kepada 4 bulan tiap-tiap tahun, 10 hari tiap-tiap bulan, 8 jam tiap-tiap hari? Kita kena fikir macam mana kita mahu tingkatkan pengorbanan. Jangan duduk di satu tahap pengorbanan sahaja. Kita mahu fikir macam mana kita mahu maju dalam pengorbanan. Kita sendiri kena fikir, apa takazah-takazah agama dan macam mana kita dapat tambahkan lagi pengorbanan. Orang-orang seperti inilah Allah s.w.t akan pilih untuk buat kerja. Kalau tidak, kita akan jadi halangan kepada orang lain. Seperti naik anak tangga, kalau kita semua duduk di satu tahap, di satu anak tangga, orang kemudian tidak boleh naik ke atas kerana kita sudah menghalang mereka. Kalau kita naik atas, barulah orang belakang boleh ikut kita dan boleh naik ke atas.

Begitu juga, bila kita tambahkan pengorbanan, tingkatkan pengorbanan, barulah orang-orang lain, orang-orang baru, mereka akan datang kepada tertib yang kita mahu mereka ikut. Kalau kita mahu mereka buat 2½ jam, 3 hari, maka kita kena tambahkan pengorbanan, barulah kita boleh bawa mereka kepada tahap pengorbanan itu atau sekurang-kurangnya kita jangan kurangkan kita punya pengorbanan. Kalau kita yang dikatakan orang lama di Malaysia, kalau kita punya 3 hari pun tidak dapat dibuat dengan sempurna, kita punya 2½ jam tidak sempurna, maka macam mana kita harap kerja kita akan maju. Macam mana kita harap orang baru akan datang kepada kerja ini.

Oleh itu, tuan-tuan yang mulia, kita kena fikir di mana kita punya kedudukan sekarang ini, macam mana kita hendak tambahkan lagi pengorbanan. Tuan-tuanlah orang yang paling banyak korban jemaah masjid di negara tuan-tuan. Bila tuan-tuan sendiri tidak fikir untuk tambahkan pengorbanan, maka macam mana kita hendak bawa seluruh umat kepada usaha agama ini. Inilah yang kita kena fikirkan. Bila kita tidak mahu tambahkan pengorbanan dan kita cuba hendak elakkan diri kita daripada takazah-takazah agama, maka Allah s.w.t akan pilih orang lain untuk buat kerja ini. Bila satu kaum tidak sedia, maka Allah s.w.t akan pilih kaum yang lain. Kalau kita tidak sedia untuk tambahkan pengorbanan kita dan kita jadi halangan kepada orang lain, maka Allah s.w.t akan tolak kita dan ambil orang lain untuk buat kerja ini. Ini perkara yang kita kena risau. Bila kita jadi penghalang kepada orang lain, maka kita ditolak tepi oleh Allah s.w.t dan Allah s.w.t pilih orang lain untuk buat kerja ini.

Tuan-tuan yang mulia, kita kena fikir macam mana kita mahu tambahkan pengorbanan. Orang-orang yang sentiasa fikir untuk majukan diri dia dalam kerja ini, maka Allah s.w.t akan gunakan dia. Bila kita sempurnakan takazah agama di satu tahap, Allah s.w.t akan pilih kita untuk sempurnakan takazah agama di tahap yang lebih tinggi lagi. Bila kita sudah sampai ke satu tahap, Allah s.w.t akan pilih untuk majukan kita lagi. Bila kita maju lagi, Allah s.w.t akan majukan lagi. Oleh itu, kita kena fikir macam mana kita dapat tingkatkan pengorbanan dan Allah s.w.t akan gunakan kita untuk agamaNya. Bukan dengan hanya apa yang kita buat, cara biasa, tanpa perubahan dalam urusan kita, perniagaan kita, ladang kita dsbnya, maka memang kerja ini tidak akan maju. Inilah yang kita kena fikirkan.

Orang yang istiqomah dalam kerja ini dan maju dalam kerja ini ialah mereka yang yakin bahawa hanya dengan kerja ini masalah-masalah mereka di dunia dan akhirat akan selesai. Kalau tidak, orang-orang lama, kerana masalah-masalah peribadi, mereka tinggalkan takazah-takazah agama, “Saya tidak dapat buat ini sebab saya ada masalah”, “ Saya ada kerja”, “ Saya ada urusan” , “Saya tidak dapat datang”, “Saya ada masalah peribadi”, “Saya ada masalah keluarga”. Kerana masalah-masalah diri kita sendiri, kita korbankan takazah agama. Ini berlaku kerana kita tidak ada yakin bahawa dengan kerja ini masalah-masalah kita akan selesai. Kalau tidak ada keyakinan ini, bukan sahaja orang baru malah orang lama pun akan diketepikan oleh Allah s.w.t. Asbab untuk istiqomah dalam kerja ini ialah keyakinan bahawa hanya dengan kerja agama ini masalah-masalah saya dunia dan akhirat akan selesai.

Kita buat kerja ini bukan hanya untuk selesaikan masalah kita. Masalah kita tidak selesai pun kita akan buat juga kerja ini kerana ini kerja rasul, kerja nabi-nabi. Kalau kita buat kerja ini Allah s.w.t tidak selesaikan masalah kita pun, Allah s.w.t akan beri kita ganjaran yang banyak di akhirat nanti. Maulana Yusuf rah. berkata, “Kita kena ada yakin bahawa kerja ini akan menyelesaikan masalah kita tetapi jangan ada niat untuk selesaikan masalah kita dengan kerja ini ”. Orang yang ada niat untuk selesaikan masalah dia dengan kerja ini maka itu adalah kepentingan sendiri. Orang yang yakin bahawa dengan kerja ini masalah dia akan selesai maka itu adalah ikhlas. Kalau kita niat untuk selesaikan masalah kita melalui kerja ini, maka kita akan buat kerja ini selagi masalah kita tidak selesai, bila masalah sudah selesai maka kita pun akan tinggalkan kerja ini. Bila kita yakin bahawa kerja ini yang akan selesaikan masalah, samada masalah kita selesai atau tidak selesai, maka kita akan terus buat kerja. Oleh itu, kita kena ada yakin bahawa hanya dengan kerja ini sahajalah yang boleh selesaikan masalah kita dunia dan akhirat. Yakin ini akan membawa kita kepada istiqomah dan juga tahap pengorbanan yang lebih tinggi lagi. Inilah yang kita kena usahakan.

Tuan-tuan yang mulia, bila kita yakin bahawa hanya dengan kerja ini akan selesaikan masalah kita dunia dan akhirat, barulah kita akan dapat sempurnakan tazakah-takazah agama, kita akan memberi pengorbanan untuk agama dan barulah usaha agama ini akan sempurna dan hasil akan jadi sempurna. Kalau kita tidak ada keyakinan ini, usaha kita akan jadi tidak sempurna dan hasil pun tidak akan sempurna. Usaha yang kita buat, pengorbanan demi pengorbanan dengan menyempurnakan takazah agama maka barulah hasil yang sempurna akan datang. Kalau usaha tidak sempurna, pengorbanan tidak sempurna maka hasil tidak akan dapat. Oleh itu yakin ini akan menjadi asbab untuk kita istiqomah dan untuk kita maju dalam usaha agama dan mendorong kita untuk sempurnakan segala takazah-takazah agama dan untuk bawa kita maju dalam pengorbanan.

Kita kena dakwah perkara yang kita ingin capai. Kita kena dakwah tahap pengorbanan yang ingin kita capai. Dakwah sebenarnya untuk membina yakin kita. Dakwah ini bukan untuk memperkenalkan sesuatu kepada orang atau untuk takrifkan sesuatu kepada orang. Dakwah adalah untuk membina yakin kita. Maulana Yusuf rah. kata, “Kesan istimewa/khas usaha dakwah ini ialah ia membina yakin kita”. Bila kita dakwah tahap pengorbanan yang kita mahu capai maknanya kita menyeru orang kepada tahap itu maka barulah kita punya yakin akan bertambah dan kita akan sampai kepada tahap itu. Jangan kita turunkan tahap dakwah kita kerana kita hendak memberi kelonggaran kepada orang lain. Bila kita buat macam itu maka kerja ini akan jadi satu permainan.

Setiap orang, bila dia buat kerja ini mengikut kehendak dia, ikut kemahuan dia, dia tidak mahu korbankan apa-apa, semua mahu berjalan dengan baik, tidak ada apa pun urusan dia yang terjejas, maka kerja ini akan jadi satu permainan. Oleh itu kita jangan turunkan tahap dakwah kita. Kalau kita turunkan tahap dakwah ini samalah seperti seorang peniaga yang turunkan harga barang. Misalnya harga barang RM100.00, bila tengok orang miskin datang, maka dia pun jual dengan harga RM50.00. Kalau dia buat macam itu maka perniagaan dia akan rugi. Segala usaha peniaga ialah untuk membawa pembeli kepada tahap dia, kepada harga yang dia letak, inilah intipati segala urusan yang dibuat oleh peniaga iaitu untuk bawa pelanggan ke tahap atau harga yang dia tetapkan. Bukan turunkan harga kepada apa yang dikehendaki oleh pelanggan. Kalau macam itu maka perniagaan dia akan rugi. Kalau dalam keadaan dimana dia nampak memang orang tidak mahu beli, maka dia akan turunkan harga sedikit, tetapi bukan dia turunkan terus. Begitu juga dengan kita punya dakwah, mesti tinggi ikut tahap kemahuan kerja ini. Dakwah ikut keperluan kerja ini. Kita kena dakwah apa yang kita mahu capai. Kita hendaklah menyeru kepada tahap pengorbanan yang kita mahu capai. Bukan mengikut keadaan orang atau melihat segala kelonggaran orang. Bila kita buat demikian barulah kita akan maju.

Tuan-tuan semua orang lama yang buat kerja ini, oleh itu kita sentiasa kena fikir, kita kena letakkan diri kita dalam kesusahan maka barulah ia akan menjadi targhib untuk orang lain. Kalau kita hanya mahu letak orang lain dalam kesusahan dan kita pula dalam kesenangan, maka targhib seperti ini tidak akan memberi kesan. Kita sendiri tidak sanggup memberi pengorbanan, tidak sanggup menyusahkan diri kita, tetapi kita mahu orang lain menyusahkan diri mereka, maka targhib seperti itu tidak akan memberi kesan pada orang lain. Kita yang membuat kerja ini, kita mahu sama-sama sanggup menanggung segala kesusahan seperti nabi. Nabi s.a.w sanggup turunkan diri dia, lapar bersama-sama dengan sahabat, dahaga bersama-sama dengan sahabat, megalami kebuluran bersama-sama dengan sahabat dan mengalami kesusahan bersama-sama dengan sahabat. Nabi s.a.w menyusahkan diri sendiri dan itu menjadi targhib kepada para sahabat. Sahabat lihat apa yang Nabi s.a.w buat dan mereka pun sanggup memberi pengorbanan. Begitu juga kita, kita mahu tambahkan pengorbanan kita dan kita mahu letakkan diri kita dalam kesusahan yang mana ia akan menjadi targhib kepada orang-orang baru supaya mereka pun datang kepada pengorbanan dan mereka pun sanggup menyusahkan diri mereka untuk usaha agama. Bukan dengan hanya kita suruh orang lain buat. Kalau kita sendiri tidak meletakkan diri kita dalam kesusahan maka kita tidak akan bawa mereka ke tahap pengorbanan yang lebih tinggi. Oleh itu, kita mesti dakwah apa yang kita mahu capai dan kita sendiri kena tambah pengorbanan kita, maka barulah kita akan dapat bawa orang kepada tahap pengorbanan itu.

Alhamdulillah, apa-apa usaha yang sedang berjalan di negara tuan-tuan, apa-apa usaha yang telah dibuat setakat ini, semoga Allah s.w.t terima, semoga Allah s.w.t terima kedatangan tuan-tuan semua ke sini. Memang kerja sedang berjalan, memang tidak ada syak, alhamdulillah kita buat, tetapi jangan kita berpuas hati dengan apa yang telah kita buat. Orang yang akan maju dalam kerja ini ialah orang yang sentiasa melihat kekurangan dia manakala orang yang sentiasa lihat pengorbanan dia, orang ini akan turun dalam kerja ini. Dia tidak akan maju ke depan. Orang yang melihat kekurangan dia dan tidak melihat pengorbanan yang dia telah buat maka orang seperti ini Allah s.w.t akan majukan.

Para sahabat sentiasa melihat kekurangan mereka dari segi iman, dari segi ibadat, dari segi pengorbanan untuk agama, bahawa mereka tidak memberi cukup pengorbanan. Mereka kata iman mereka tidak sempurna walaupun iman mereka tinggi, mereka takut, mereka kata mereka munafik. Walaupun mereka buat amal tetapi apabila mereka melihat sembahyang Rasulullah s.a.w maka mereka kata ibadat mereka tidak ada apa-apa nilai. Kalau nabi yang telah diampunkan dosa sebelum dan selepas, sembahyang macam itu punya hebat, oleh itu kita yang berdosa ini, lagi banyak kita kena buat. Mereka punya fikir bahawa pengorbanan yang mereka bagi untuk agama tidak ada apa-apa. Oleh kerana itulah mereka sentiasa maju dalam kerja ini, maju dalam pengorbanan, maju dalam iman dan maju dalam ibadat. Begitu juga kita, kita kena ada fikir seperti ini. Kita jangan berpuas hati dengan apa yang telah kita buat setakat ini. Kita kena lihat kekurangan dalam iman kita, dalam amal kita dan dalam pengorbanan kita, maka Allah s.w.t akan majukan kita lagi.

Allah s.w.t akan pilih orang yang ikhlas untuk buat kerja ini. Allah s.w.t akan gunakan dia untuk sempurnakan takazah-takazah agama. Kita mahu selalu lihat apa lagi yang perlu dibuat, apa lagi kekurangan dalam diri kita dan kita mahu tambahkan lagi pengorbanan. Inilah apa yang ada pada para sahabat dan mereka sentiasa maju dalam kerja ini. Jangan kita berpuas hati dengan tahap pengorbanan yang telah kita buat setakat ini. Fikir lagi, lihat kita punya kekurangan dan maju lagi dalam kerja ini. Kita jangan berpuas hati dengan pengorbanan yang telah kita buat.

Sekarang kita semua kena fikir macam mana kita mahu tambahkan pengorbanan. Bila kita tambahkan pengorbanan kita, Allah s.w.t akan majukan kita lagi dan kerja ini pun akan maju. Setakat ini, apa usaha yang kita telah buat, pengorbanan yang telah kita bagi, kebaikan yang Allah s.w.t telah tunjukkan, rahmat dan berkat ini, kata Maulana Yusuf rah. ialah berkat yang Allah s.w.t zahirkan sebelum lahirnya Rasulullah s.a.w. Kalau kita tambahkan lagi pengorbanan kita atas agama, maka Allah s.w.t akan tambahkan lagi rahmat yang Allah s.w.t cucuri atas kita, lagi banyak Allah s.w.t akan bagi kita kesan, lagi banyak Allah s.w.t akan bagi kita kemajuan, berkat dan rahmat dalam kehidupan kita, insya’Allah.

Kita semua buat niat/iradah yang kita semua mahu tambahkan pengorbanan. Bantuan Allah s.w.t, nusrah Allah s.w.t  adalah mengikut kita punya keazaman. Kita boleh buat seberapa banyak niat yang kita mahu. Niat yang tinggi-tinggi tetapi apa yang kita mahu buat ikut kita punya kemampuan. Bantuan Allah s.w.t akan datang mengikut niat kita dan kita buat keja mengikut kemampuan kita. Kita buat niat yang tinggi dan walaupun kita hanya buat setakat yang kita mampu sahaja, Allah s.w.t adalah seperti mana kita sangkakan. Niat tinggi, maka bantuan Allah s.w.t pun akan datang mengikut niat kita yang tinggi. Tidak ada had dalam pengorbanan. Tidak ada penghujung dalam pengorbanan. Kita sentiasa kena majukan pengorbanan kita. Siapa sedia untuk 4 bulan dari majmak ini? Tunai 4 bulan. Semoga Allah s.w.t terima.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir