mesyuarat malaysia 1999 - bayan zohor maulana mustaqim
nizamuddin - 07/09/99
Tuan-tuan yang mulia,
Kalaulah Allah s.w.t buka hati kita untuk faham apa maksud kita berhimpun di sini dan apakah yang kita akan dapat dengan kita berkumpul di sini, untuk maksud yang begitu tinggi, maka tidak akan ada satu orang pun yang akan minta untuk balik ke rumah masing-masing. Kita semua akan ada keinginan untuk keluar dan keluar dan keluar sehinggalah kita mati dan dikuburkan di mana-mana satu tempat. Inilah sebenarnya asas yang betul dalam membuat kerja ini.
Allah s.w.t telah buka fahaman kerja ini kepada para sahabat. Mereka telah faham hakikat kerja ini yang sebenarnya dan dalam hati mereka ada kebesaran, kepentingan dan kemuliaan kerja ini. Tidak ada seorang pun dikalangan sahabat menjadikan harta atau negara sebagai asas untuk membuat kerja ini. Mereka juga tidak jadikan diri mereka sebagai asas untuk membuat kerja ini. Mereka telah menjadikan pengorbanan sebagai asas dalam membuat kerja ini. Mengorbankan kemahuan dan keinginan mereka, mengorbankan segala takazah-takazah mereka dan mereka telah tunaikan segala takazah-takazah agama. Allah s.w.t telah buka fahaman dan kepentingan kerja ini kepada mereka. Mereka telah korbankan segala-galanya, korbankan diri mereka, kemahuan dan takazah mereka untuk sempurnakan segala takazah-takazah agama Allah s.w.t. Mereka telah buat dan tunjuk pada kita macam mana hendak buat kerja ini sebenarnya. Oleh kerana pengorbanan mereka, maka Allah s.w.t telah bangunkan dan telah hidupkan agama di seluruh alam.
Tuan-tuan yang mulia, para sahabat telah membuat kerja ini dan telah sempurnakan takazah agama. Mereka tidak pernah lihat keadaan mereka, lapar atau dahaga, panas atau sejuk, dalam semua keadaan, mereka telah buat kerja ini sehingga Allah s.w.t telah jadikan setiap mereka ini sebagai umat Nabi s.a.w. Mereka ada perasaan umat Nabi s.a.w. Selagi kita tidak ada perasaan umat dalam diri kita, maka selagi itulah Allah s.w.t tidak akan pilih kita untuk menjalankan kerja ini.
Tuan-tuan yang mulia, kalau kita lihat diri kita sendiri dan di seluruh dunia, orang yang telah mengucap kalimah lailahaillallah, maka kita akan tahu bahawa kita belum ada perasaan umat ini di dalam diri kita. Setiap daripada kita, dalam setiap perbuatan kita dan tingkah laku kita, kalau kita tidak ikut cara Rasulullah s.a.w, maka kita semua tidak akan datang kepada perasaan umat ini. Umat ini tidak akan wujud sepertimana yang dikehendaki selagi kita tidak ikut Rasulullah s.a.w dalam segala amalan, 100%, kehidupan kita.
Tuan-tuan yang mulia, kita semua tahu ini adalah kerja Rasulullah s.a.w tetapi kita tidak tahu apa itu kerja Rasulullah s.a.w, apakah yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w, apakah yang telah dipertanggungjawabkan kepada Baginda s.a.w, apakah kerja-kerja yang Nabi s.a.w telah buat untuk wujudkan umat ini. Apabila umat ini telah wujud, barulah Allah s.w.t buat keputusan untuk hidayat untuk manusia di seluruh alam. Kita tidak tahu apakah kerja-kerja yang telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w. Selagi kita tidak faham apakah kerja Nabi s.a.w, apakah kerja yang patut kita buat, macam mana kita patut buat, walaupun berterusan kita buat kerja, kita bergerak, kita pergi seluruh alam, masih kita tidak akan datang kepada natijah yang sebenarnya. Hasil yang sebenarnya tidak akan datang. Kita tidak akan datang kepada keadaan umat sepertimana yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w.
Tuan-tuan yang mulia, dalam ayat Quran yang telah dibaca oleh Maulana tadi, Allah s.w.t terangkan di antara kerja-kerja yang patut dibuat oleh Rasulullah s.a.w iaitu dengan memberitahu kepada manusia tentang kebesaran Allah s.w.t, kekuasaan Allah s.w.t, kudrat Allah s.w.t, wujudnya Allah s.w.t. Terangkan kepada manusia tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t dan bawa manusia untuk beriman dan yakin kepada Allah s.w.t. Inilah kerja pertama yang perlu kita buat. Selagi kita tidak buat perkara yang sama, maka kita tidak layak untuk buat kerja Rasulullah s.a.w.
Selagi kita tidak terangkan kepada manusia tentang kebesaran Allah s.w.t, kuasa dan kudrat Allah s.w.t dan mengajak mereka kepada iman, yakin kepada Allah s.w.t, membina iman, maka kita tidak akan menjadi layak untuk buat kerja Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w tahu bahawa kerja ini akan diserahkan kepada umat ini. Baginda s.a.w tahu bahawa umat inilah yang akan menyambung dan teruskan kerja Nabi s.a.w. Nabi s.a.w tidak akan hidup untuk selama-lamanya. Selepas Nabi s.a.w wafat, maka kerja ini akan dibuat oleh umat ini. Oleh kerana itulah, Nabi s.a.w telah bangunkan umat untuk membuat kerja ini. 3 kerja yang besar yang Nabi s.a.w telah latih umat ini yang mana diantaranya ialah usaha atas iman. Kita diminta keluar ke jalan Allah s.w.t 4 bulan, dan dalam masa 4 bulan itu kita kena cakap kebesaran Allah s.w.t dan cakap tentang kuasa dan kudrat Allah s.w.t untuk bina iman yakin kita supaya kita dapat melayakkan diri kita untuk buat kerja Nabi s.a.w.
Tuan-tuan yang mulia, usaha yang pertama ialah untuk membina yakin kepada Allah s.w.t yang dikatakan usaha tazqiyah yang mana Rasulullah s.a.w telah buat dan semua nabi-nabi telah buat iaitu usaha untuk membersihkan hati. Sebelum orang mengucap kalimah ini, sebelum orang beriman kepada Allah s.w.t, dalam hati mereka ada keyakinan bahawa makhluklah yang memberi menafaat pada mereka. Harta, kekayaan, kebendaan, makhluk, selain daripada Allah s.w.t, yang memberi menafaat. Setelah mengucap kalimah lailahaillallah, hati mereka tidak serta merta akan datang kepada tawajjuh kepada Allah s.w.t. Hati itu tidak akan datang dengan sendirinya kepada yakin hanya pada Allah s.w.t tetapi hati itu perlu dibawa kepada yakin pada Allah s.w.t. Hati itu perlu dibawa dari yakin makhluk kepada yakin Allah s.w.t. Apabila seseorang itu mengucap sahaja kalimah lailahaillallah, untuk bentuk yakin dalam hati dia, maka Allah s.w.t akan letak berbagai macam ujian. Orang itu akan diuji oleh Alah s.w.t. Keadaan yang akan datang bertentangan dengan apa yang dia cakap. Dia akan kata, Allah s.w.t yang menghidupkan, Allah s.w.t yang mematikan, Allah s.w.t yang memberi rezeki, Allah s.w.t maha besar, Allah s.w.t yang memberi kejayaan tetapi Allah s.w.t akan bawa keadaan bertentangan dengan apa yang dia cakap. Allah s.w.t akan letak keadaan yang bertentangan dengan apa yang didakwa oleh orang yang beriman ini untuk melihat samada orang ini benar yakin dalam kalimah ini, samada dia benar dalam ucapan dia atau tidak.
Sepertimana Nabi Ibrahim a.s, bila dia telah menerima kalimah ini dan dia telah mensyiarkan bahawa dia ambil Allah s.w.t sebagai rab, Allah-lah segala-galanya, maka Allah s.w.t telah uji dia. Mula-mula sekali melalui bapanya sendiri iaitu bapanya telah beritahu Nabi Ibrahim a.s, bahawa “Kalau kamu tidak tinggalkan kalimah ini, saya akan keluarkan kamu dari rumah ini, saya tidak akan memberi makan kepada kamu, saya akan pukul kamu sehingga setiap sendi kamu sakit”. Nabi Ibrahim a.s beritahu bapanya, “Kehidupan saya, rezeki saya, segala-galanya bukanlah ditangan bapa, segala-galanya adalah ditangan Allah s.w.t”. Nabi Ibrahim a.s telah membuktikan bahawa Allah-lah yang menunaikan segala keperluannya dengan dia keluar dari rumah itu dan tinggalkan bapanya. Untuk membuktikan bahawa bukan bapanya yang bagi dia makan, bukan bapanya yang menyempurnakan keperluan dia tetapi Allah-lah yang menyempurnakan segala keperluannya, maka dengan itu dia telah keluar dari rumah tersebut. Inilah perkara yang asas, selagi kita tidak tinggalkan rumah kita dan keluar di jalan Allah s.w.t, maka selagi itulah kita tidak boleh bawa tumpuan hati kita kepada Allah s.w.t. Kita tidak boleh bawa keyakinan bahawa Allah-lah yang menyempurnakan segala hajat kita, segala keperluan kita, Allah-lah rab kita, untuk memasukkan yakin ini dalam hati kita, perkara yang asas, yang perlu dibuat oleh setiap orang ialah keluar daripada rumahnya.
Tuan-tuan yang mulia, setelah para sahabat memasukkan keyakinan kepada Allah s.w.t ke dalam hati mereka, melalui usaha tazqiyah ini, maka selepas itu barulah Baginda s.a.w mengajar para sahabat. Baginda s.a.w tidak ajar membaca kepada para sahabat kerana Baginda s.a.w adalah ummi, tidak tahu membaca dan tidak tahu menulis. Baginda s.a.w tidak mengajar kitab kepada mereka. Baginda s.a.w telah tunjukkan kepada mereka secara amali. Baginda s.a.w telah bawa taqwa dalam diri beliau dan tunjuk pada para sahabat, inilah taqwa. Baginda s.a.w telah bawa sabar dalam diri beliau dan tunjuk pada para sahabat, inilah sabar. Baginda s.a.w telah bawa ihsan dalam diri beliau dan tunjuk pada para sahabat, inilah ihsan. Baginda s.a.w mengajar mereka bukan dengan cara membaca tetapi dengan membawa dan menjadikan Baginda s.a.w sebagai contoh kepada para sahabat cara mana untuk mendapatkan sifat-sifat ini iaitu taqwa, sabar dan ihsan.
Sesiapa yang ada sifat-sifat ini dalam diri mereka, iman, sabar dan taqwa seperti sahabat, maka Allah s.w.t akan jadikan asbab iaitu melalui mereka Allah s.w.t akan sebarkan hidayat ke seluruh alam. Mula-mula sekali, semasa di Mekah, Allah s.w.t telah letakkan para sahabat dalam ujian untuk membina iman mereka iaitu melalui usaha tazqiyah. Sesiapa sahaja yang mengucap kalimah ini, maka iman mereka telah dibentuk. Ada yang telah dibaringkan di atas bara api sehingga lemak-lemak di belakang badannya telah memadamkan api tersebut. Badan telah terbakar, darah telah keluar dan kerana tidak tahan dengan penderitaan tersebut, maka sahabat itu telah datang berjumpa dengan Nabi s.a.w minta doa, “Ya Rasulullah, doalah supaya saya dapat selamat dan terpelihara dari ujian ini, saya tidak tahan”. Rasulullah s.a.w tidak doa tetapi sebaliknya Nabi s.a.w telah marah dia dan hantar dia balik ke tempat itu. Nabi s.a.w kata, “Kamu diletakkan disana untuk membina iman kamu, untuk mendapat hubungan terus dengan Allah s.w.t, untuk menyelesaikan masalah kamu dengan perhubungan terus-menerus dengan Allah s.w.t, kenapa kamu hendak rosakkan iman kamu, kembalilah ke tempat itu”.
Musaib b. Umair r.a telah buat pilihan bahawa dia mahu iman, dia mahu Allah s.w.t. Hatinya tawajjuh pada Allah s.w.t, maka dia telah buka semua pakaiannya dan campakkan pada emaknya dan dia dalam keadaan telanjang, tidak ada pakaian. Emaknya telah malu dan campakkan satu cadar pada Musaib b. Umair r.a dan dia telah tutup badannya dengan cadar itu. Musaib telah pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w di rumah Arqam. Allah s.w.t hendak tazqiyah dan bersihkan dia serta hendak masukkan yakin ke dalam hati dia. Sepertimana kita, bila Allah s.w.t hendak gunakan kita, hendak tazqiyah kita, hendak bersihkan kita, hendak bina iman kita, maka kita jadi takut dan kita semua lari datang ke sini dan kita bawa macam-macam soalan. Ke mana sahaja kita pergi, masalah tidak selesai tetapi sebaliknya masalah semakin bertambah. Kenapa ini belaku? Kerana iman kita belum lagi dibentuk. Kita belum lagi ada tawajjuh pada Allah s.w.t dalam hati kita. Kita takut. Kita merujuk, kita minta dan kita hendak duduk di bawah orang-orang tua (lama) kita, kita tanya mereka macam-macam. Sebenarnya, Allah s.w.t akan ajar kita hikmah. Allah s.w.t akan ajar kerja ini kepada kita. Allah s.w.t akan ajar segala-galanya pada kita tetapi kita takut kerana kita belum lagi dapat yakin kepada Allah s.w.t. Oleh itu, di mana sahaja kita pergi, pecah-belah berlaku kerana kita belum lagi ditazqiyahkan. Kita berada di belakang dalam pengorbanan. Pengorbanan kita sedikit. Kita ada keinginan supaya orang ikram kita. Oleh itu, masalah timbul. Apabila kita tazqiyah diri kita, betulkan diri kita, betulkan yakin kita kepada Allah s.w.t, dengan korban dan keluar di jalan Allah s.w.t, maka semua masalah kita akan selesai seperti mana Khabab r.a dihantar balik oleh Rasulullah s.a.w kepada bara api supaya dia dapat ditazqiyahkan dan untuk dapat yakin kepada Allah s.w.t.
Tuan-tuan yang mulia, bila Musaib b. Umair r.a sampai ditempat Rasulullah s.a.w di rumah Arqam, disana telah pun ada orang-orang Madinah yang baru masuk Islam dengan berkat usaha Rasulullah s.a.w di Mina. Orang-orang tersebut kata, “Kami sedia buat usaha tetapi kami perlu orang untuk mengajar kami macam mana hendak buat usaha. Kalau tuan hantar satu orang bersama kami ke Madinah, maka kami boleh belajar buat usaha dengan dia”. Bila mereka letak takazah ini di hadapan Rasulullah s.a.w, maka Musaib b. Umair pun sampai. Rasulullah s.a.w kata, “Kamu punya masalah sudah selesai”.
Baginda s.a.w kata, “Wahai Musaib”. Dia sahut, “Ya”. “Sekarang kamu pergi bersama-sama dengan mereka ke Madinah”. Rasulullah s.a.w tidak tanya pun mana pakaian kamu, mengapa kamu hanya ada satu cadar sahaja menutupi badan kamu. Nabi s.a.w tidak terkesan dengan keadaan Musaib b. Umair r.a. Nabi s.a.w tidak tanya pun keadaan dia. Di depan Nabi s.a.w hanya ada kerja ini. Musaib b. Umair r.a pun tidak ada apa-apa keuzuran. Dia tidak memberi apa-apa alasan. Bila Nabi s.a.w suruh dia pergi bersama-sama mereka ke Madinah, dia tidak letak apa-apa alasan, dia tidak kata, “saya tidak ada pakaian”, “saya tidak ada duit”, dsbnya. Sebaliknya dia terus kata, “Saya sedia” dan dia telah pergi dengan keadaan itu. Dia telah sambut takazah secara tunai maka Allah s.w.t telah ajar hikmah padanya. Allah s.w.t telah ajar kerja ini pada Musaib b. Umair r.a bila dia telah sedia dan buat usaha dengan pengorbanan. Allah s.w.t ajar dia hikmah macam mana hendak selesaikan masalah.
Kita hari ini, tidak buat kerja dengan pengorbanan dan kita tidak sedia untuk beri pengorbanan, maka macam-macam masalah timbul di antara kita dan kita tidak tahu macam mana hendak selesaikan masalah tersebut. Bila tuan-tuan datang ke sini dengan berbagai-bagai masalah dan kami beritahu tuan supaya bawa satu yang telah sedia untuk keluar, keluar di jalan Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan ajar hikmah dan selesaikan masalah tuan-tuan semua tetapi kita kata, “Sekarang tidak boleh, ada banyak masalah”. Kita akan bawa 2 atau 3 orang untuk recommend kita dalam mesyuarat kenapa kita tidak boleh keluar pada masa itu. Sudah bertahun-tahun kita buat kerja tetapi kita masih terkesan dengan hal keadaan di sekeliling kita. Kita tidak ada kekuatan untuk keluar dalam apa keadaan pun. Sebenarnya kita kena keluar di jalan Allah s.w.t walau macam mana susah pun, walau macam mana banyak masalah pun, kerana ada takazah agama. Kita keluar dengan yakin, taqwa dan tawakkal kepada Allah s.w.t. Kita belum ada lagi sifat ini. Kita masih lagi terkesan dengan keadaan. Oleh itu, kita tidak diberi hikmah dan kebijaksanaan oleh Allah s.w.t untuk selesaikan masalah kita.
Musaib b. Umair r.a telah sedia dan dia terus pergi ke Madinah. Beliau tunjuk pada kita bahawa usaha dakwah dijalankan di luar masjid. Dia buat kerja ini di mana ramai orang berkumpul. Dia tidak buat khususi untuk sesiapa pun. Dia tidak buat perhimpunan yang khusus atau yang istimewa atau yang khas untuk sesiapa pun. Di mana ada orangramai, disitu dia akan buat dakwah. Kebanyakkan orang pada masa itu berkumpul di tempat yang ada air, di telaga. Di Madinah tidak ada markaz. Kita pula disini, buat markaz dan banyak masalah timbul. Bila buat markaz yang besar, yang hebat, maka mulalah hati kita pecah, kita tidak bersatu hati lagi. Bila kita buat kerja dalam keadaan yang simple, dalam tempat yang kecil, maka tidak akan timbul masalah. Bila buat markaz yang besar, dunia pun datang, maka hati kita pun pecah, kita tidak satu hati dan macam-macam masalah timbul.
Musaib b. Umair r.a, dia pergi ke tempat orang ramai berkumpul, di telaga dan buat usaha dakwah disana. Dia keluar di jalan Allah s.w.t dengan pengorbanan, maka percakapan dia ada kesan. Siapa sahaja yang dia tashkil, terus masuk Islam. Satu ketika, sedang dia buat usaha dakwah di tempat air itu, terdapat 2 orang khawas, di sana . Musaib b. Umair r.a pergi dengan Asad b. Jurarah r.a. 2 orang khawas tersebut ialah Saad b. Muaz dan Usaid b. Uzair. Saad b. Muaz kata, “Itu ada satu orang baru datang dan dia sedang merosakkan orang-orang kita semua. Dia bawa satu agama baru dan dia telah memperbodohkan orang-orang kita semua. Saya tidak boleh buat apa-apa pun kerana Asad b. Jurarah yang jadi rahabah dia adalah saudara saya”. Maka Usaid b. Uzair kata, “Mahukah kamu kalau saya pergi dan halau dia sekarang?”. Saad kata, “Mahu”. Dia pun pergi dengan penuh marah dan terus maki, hamun, marah yang sungguh-sungguh. Allah s.w.t ajar hikmah pada Musaib b. Umair r.a kerana pengorbanan dia. Usaid cakap macam mana pun, dia tidak marah, dia tidak buat apa-apa, dia diam sahaja. Bukan macam kita, bila orang marah sahaja, kita jadi kelam kabut, tidak tahu apa hendak buat. Selepas dia habis marah, maka Musaib b. Umair pun kata, “Tuan adalah ketua kaum, satu orang pemimpin, tuan tidak patut cakap macam itu, macam satu orang samseng, tuan adalah pemimpin, tuan ada sifat, tuan tahu macam mana hendak melayan tetamu dan orang yang datang daripada luar. Tuan kena dengar apa yang saya hendak cakap, tanya saya apa yang saya buat dan saya boleh terangkan, kalau tuan suka boleh terima, kalau tuan tidak suka tuan boleh halau saya” . Usaid pun terus diam, rasa sejuk dan duduk. Allah s.w.t bagi hikmah pada Musaib. Setelah dengar kata-kata Musaib, maka Usaid pun menyesal atas perbuatan dia tadi. Bila dia menyesal, maka Allah s.w.t bagi dia taufiq untuk faham apa yang Musaib b. Umair cakap.
Maulana kata, kita duduk di sini bukan dengan tawadduk, bukan dengan rendah diri tetapi kita duduk di sini dengar dengan perasaan penuh sombong. Apa yang kita dengar tidak masuk. Apa yang eldest beritahu pada kita, kita akan kata, “Ini tidak boleh buat, itu tidak boleh buat, ini masalah, itu masalah”. Tahun depan kita bawa lagi banyak masalah. Kenapa? Kerana kita tidak dengar dengan penuh rendah diri, dengan tawadduk dan tidak terima apa yang orang tua-tua kita cakap.
Setelah Usaid b. Uzair menyesal atas perbuatan dia, maka Musaib b. Umair pun cakap sepertimana ayat Quran yang dibacakan oleh Maulana tadi. Dia cakap tentang kebesaran Allah s.w.t, tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t, tentang Rasulullah s.a.w dan baca sedikit ayat Quran yang dia tahu. Usaid b. Uzair pun berubah. Sekarang dia telah menyesal dan dia telah kosongkan hati dia, maka apa yang Musaib cakap, semua masuk ke dalam hati dia dan dia telah terima. Usaid kata, “Apa yang perlu saya buat kalau saya hendak masuk agama kamu?”. Wajah dia telah berubah. Musaib b. Umair kata, “Kamu pergi mandi, tukar pakaian dan sembahyang 2 rakaat”. Maulana kata, “Bila mandi, air kena kepala, maka orang akan jadi sejuk. Kita pula panas, apa yang kita dengar di sini tidak masuk dalam hati. Kepala kita panas”. Usaid b. Uzair telah mandi, jadi sejuk dan masuk Islam dan kembali semula kepda Musaib.
Maulana kata, “Orang khawas ini adalah orang yang berpengetahuan dan faham, maka bila dapat usaha agama, terus buat tindakan”. Usaid b. Umair kata, “Sekarang ini saya hendak hantar kamu pada satu orang, kalau kamu dapat yakinkan dia tentang agama ini, maka seluruh Madinah akan masuk Islam”. Musaib b. Umair begitu seronok seperti orang buta dapat mata. Dia pun tunggu. Usaid b. Uzair pun balik ke tempat orang ramai tadi. Saad b. Muaz dan orang-orang disitu tengok dari jauh kedatangan Usaid b. Uzair. Mereka dapat agak bahawa Usaid telah bertukar. Wajah dia telah berubah.
Maulana kata, “Mula-mula bila kita di tashkil untuk 4 bulan, orang pergi usuli kita, bawa bedding dan bila masuk ke dalam masjid, muka masam, sedih, muram macam nenek kita sudah meninggal tetapi bila balik dari 4 bulan, muka penuh berseri-seri kerana iman telah masuk ke dalam hati. Usaid telah pergi pada mula-mulanya tanpa iman dan kembali dalam keadaan beriman. Muka dia telah berubah. Saad dan kawan-kawan tahu bahawa dia telah berubah. Allah s.w.t bagi hikmah pada Usaid b. Uzair. Memang susah untuk dia kata pada Saad bahawa dia sudah masuk Islam. Mungkin Saad akan soal macam-macam dan masalah akan timbul dan keadaan akan jadi rumit. Bila sampai sahaja di sana, maka Saad pun tanya, “Apa sudah jadi?” Usaid b. Uzair tidak cakap apa-apa. Usaid kata, “Tahukah kamu, ada orang sedang serang kamu punya kabilah, pergilah tengok?”. Saad pun pergi lari ke arah Musaib b. Umair. Saad tidak nampak apa-apa pun, maka dia pun terus marah Musaib b. Umair sepertimana Usaid b. Uzair marah tadi. Marah yang sungguh-sungguh. Musaib b. Umair buat macam tadi. Dia diam sahaja. Dia bukan macam kita. Kita ini, bila pergi satu tempat, bila kita keluar, bila ketua-ketua di tempat itu tidak suka kita, marah kita, maka kita tidak tahu hendak buat apa-apa. Kita hantar surat pada syura dan tanya apa hendak buat. Musaib b. Umair tidak beritahu pada Asad b. Jurarah bahawa masalah sudah besar, pemimpin-pemimpin tidak suka, kita kena hantar surat pada Rasulullah s.a.w, tanya Rasulullah s.a.w apa perlu kita buat. Musaib b. Umair tidak buat macam itu. Dia diam sahaja, hati dia yakin pada Allah s.w.t, tawajjuh pada Allah s.w.t kerana dia keluar dengan pengorbanan. Allah s.w.t bagi dia hikmah. Selepas Saad habis cakap, maka dia pun kata, “Tuan adalah pemimpin kaum, pemimpin yang besar, macam mana tuan boleh cakap macam ini, macam satu orang samseng, tuan perlu cakap dengan cara yang baik. Dengar apa yang saya hendak cakap. Kalau tuan suka, tuan terima dan kalau tuan tidak suka, tuan boleh halau saya dan saya akan pergi dari sini”. Dia pun dengar dan masuk Islam. Dia terus balik dan kumpulkan semua kabilah dia dan tanya mereka, “Apa pendapat kamu semua tentang saya?” Mereka kata, “Apa yang tuan kata, kami ikut”. Dia pun kata, “Sekarang saya sudah masuk Islam, sesiapa yang tidak masuk Islam, maka saya tidak akan bercakap dengannya dan akan putuskan hubungan saya dengannya”. Oleh itu, sebelum maghrib seluruh Madinah telah masuk Islam.
Musaib b. Umair, satu orang, yang telah buat usaha dengan pengorbanan, maka Allah s.w.t telah ubah seluruh Madinah tetapi kita beratus-ratus disini, tiap-tiap tahun datang ke sini, kerja tidak meningkat, kerja merosot dan macam-macam masalah timbul kerana kita belum lagi buat usaha agama ini sepertimana yang dibuat oleh nabi-nabi dan sahabat-sahabat.
Kita belum lagi tazqiyah, kita belum lagi bersihkan iman kita, kita belum lagi ada yakin dengan Allah s.w.t. Kita belum lagi bangun dan buat usaha agama dengan penuh yakin kepada Allah s.w.t dan dengan tawakkal kepada Allah s.w.t. Oleh kerana itulah, kita belum lagi ada hikmah dalam menjalankan kerja ini. Oleh itu, kita tidak maju.
Tuan-tuan yang mulia, sekarang ini keadaan kita belum ada lagi kelayakkan dan kemampuan untuk bawa orang-orang Islam yang tinggal di masjid kita sendiri pun. Kita tidak ada kemampuan dan kebolehan untuk mengendalikan kerja ini dan membawa orang-orang Islam di sekitar masjid kita untuk membuat usaha ini. Kalau kita hendak bawa seluruh umat di seluruh dunia untuk buat kerja ini, maka kita perlu pengorbanan seperti Abu Bakar r.a. Dalam peperangan Tabuk, Abu Bakar r.a telah sapu bersih rumahnya. Semua telah diikat dalam satu bungkusan. Beliau telah bawa semua hartanya dan pakai pakaian daripada guni dan datang kepada Rasulullah s.a.w. Beliau tidak tinggalkan satu apa pun untuk keluarganya. Bila Nabi s.a.w tanya, “Wahai Abu Bakar, apa yang kamu tinggalkan untuk anak-isteri kamu?” Abu Bakar r.a kata, “Saya tinggalkan Allah dan Rasul untuk mereka”. Pengorbanan yang begitu tinggi yang telah memberi kebolehan kepada Abu Bakar r.a mengendalikan seluruh umat di seluruh alam.
Kita kena tambahkan pengorbanan kita untuk dapat kebolehan dan kemampuan untuk buat kerja ini dan untuk melayakkan diri kita mengendalikan kerja ini dengan cara yang betul dan bawa orang kepada kerja ini. Oleh itu, sesiapa yang belum lagi keluar 4 bulan, bangun sekarang, daripada majlis ini juga, terus keluar ke jalan Allah s.w.t. 4 bulan tunai.
Kita balik dengan azam untuk tambahkan pengorbanan dan usaha kita. Untuk ini, kena ada azam yang tinggi. Secara markaz, kita azam berapa jemaah 4 bulan, 40 hari yang kita akan keluarkan sehingga tahun depan. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain. Berapa orang yang akan dihantar ke sini untuk khidmat. Berapa buah masjid yang kita akan hidupkan dengan 5 amal. Duduk secara markaz dan buat azam yang tinggi dan balik supaya kita ada satu tahap untuk kita capai. Balik dengan fikir dan risau macam mana kita hendak capai azam tersebut.
Comments
Post a Comment