mesyuarat malaysia 1999 - bayan maghrib maulana syamim

nizamuddin - 03/09/99

Tuan-tuan yang mulia,

Allah s.w.t dengan kemurahanNya dan kekurniaanNya telah pun keluarkan kita, saya dan tuan-tuan, daripada kesibukan masing-masing dan datang ke markaz yang diberkati ini. Tidak ada satu orang pun daripada kita datang dengan sendiri, semua kita datang dengan taufiq dari Allah s.w.t. Di tempat kita masing-masing masih ramai lagi saudara-saudara kita yang jauh lebih baik daripada kita, yang bagi pengorbanan dari setiap bahagian, mereka yang lebih baik daripada kita dari segi ilmunya, dari segi hartanya, tetapi Allah s.w.t tidak beri taufiq pada mereka. Sebaliknya Allah s.w.t beri taufiq pada kita.

Kedatangan kita ke sini bukan untuk menunjukkan apa-apa kehebatan. Kita telah hebahkan bahawa semua boleh datang ke sini, tetapi kesempurnaan dan kehebatan yang sebenarnya ialah bila Allah s.w.t telah qabul kita, telah terima kita. Allah s.w.t akan terima mereka yang ada kebesaran tempat usaha tersebut, kebesaran usaha itu sendiri, yang sempurnakan amal-amalnya samada amal infradi atau amal ijtimai dan bersedia untuk tunaikan keperluan-keperluan tersebut, maka Allah s.w.t akan biarkan dia dengan sifat-sifat qabuliyah, dan terima dia untuk usaha ini. Sebanyak mana besarnya satu-satu tempat itu, maka sebanyak itulah kehalusan yang perlu kita jaga di tempat tersebut.

Tuan-tuan yang mulia, tempat ini adalah tepat yang begitu halus sekali, buzruq-buzruq, orang-orang lama yang telah bina tempat ini, mereka telah beri terlalu banyak pengorbanan untuk tempat yang macam ini, terlalu banyak air mata yang telah mereka curahkan untuk tempat ini, sehinggakan dengan pengorbanan mereka, Allah s.w.t telah palingkan wajah-wajah manusia di seluruh dunia untuk datang ke sini.

Tuan-tuan yang mulia, di sini, di tempat ini, ada keberkatan, ada kebaikan yang mana tuan-tuan tidak akan jumpa di mana-mana tempat di seluruh dunia. Kadang-kadang Allah s.w.t terima peribadi-peribadi tertentu untuk hidayat dan kadang-kadang Allah s.w.t terima tempat-tempat tertentu untuk hidayat. Untuk perbadi, Allah s.w.t telah terima ambiya a.s untuk kerja hidayat dan untuk tempat, kadang-kadang Allah s.w.t terima Mekah, kadang-kadang Allah s.w.t terima Damsyik, kadang-kadang Allah s.w.t terima Baghdad dan kadang-kadang Allah s.w.t terima tempat-tempat lain. Pada saat ini, Allah s.w.t terima Banglawali Masjid, Nizamuddin sebagai tempat untuk hidayat. Semoga Allah s.w.t beri taufiq untuk menghargai perkara ini.

Tuan-tuan yang mulia, Allah s.w.t telah pilih tuan-tuan untuk datang sebelum daripada mesyuarat. Ini adalah ihsan dan kurniaan Allah s.w.t. Kita datang awal bukanlah bermakna kita boleh lapangkan masa kita mengikut kehendak kita. Mesyuarat akan bermula esok selepas maghrib. Datangnya awal kita disini tidaklah bermaksud kita boleh bebaskan diri kita daripada amal-amal ijtimai, kita boleh pergi ke mana sahaja kita hendak pergi, barang-barang menarik kita, bazar-bazar menarik kita bila kita tidak berada dalam amal ijtimai.

Sebaliknya, kita yang datang awal ini, kena bagi penuh perhatian, kena bagi tawajjuh sehingga kita menghargai benar-benar masa dan tempat ini, maka barulah orang-orang yang datang kemudian akan dapat kesan yang sama, mereka juga akan menghargai masa dan tempat ini.

Apa yang telah kita terlanjur sebelum ini, kita minta ampun dari Allah s.w.t, kita istighfar dengan Allah s.w.t. Kita azam, mulai daripada hari ini, kita akan habiskan masa kita yang beberapa hari disini, kita tidak akan keluar dari masjid ini. Kita akan sempurnakan segala amal dan segala keperluan di dalam masjid ini.
  
Kemajuan kita sendiri dan kemajuan usaha ini bukanlah bermaksud ramai orang yang datang atau ramai majmak bersama kita tetapi kemajuan kita dan kemajuan usaha ini ialah ada perubahan dalam hidup kita. Ada perubahan dari segi sifat, bertambah sifat-sifat dalam kehidupan kita, bertambah taqwa, bertambah tawakkal, bertambah takut pada Allah s.w.t, bertambah rindu pada akhirat dan kehidupan kita menjadi kehidupan yang suci bersih sehingga tidak ada satu orang pun yang boleh angkat jari tunding/tunjuk ke arah kita, tunjuk kesilapan kita. Inilah usaha yang hendak kita adakan. Kemajuan ini akan datang apabila kita dapat sempurnakan semua amal dan keperluan kita dalam masjid ini. Kita ambil bahagian dalam semua majlis yang ada disini. Kita ambil bahagian dengan penuh fikir. Kita sempurnakan segala amal samada amal infradi atau amal ijtimai dengan sebaik mungkin. Kita duduk dalam majlis dengan penuh tanggungjawab, maka barulah Allah s.w.t akan majukan kita, majukan usaha ini dan tambahkan sifat-sifat dalam diri kita.

Amal yang ada disini adalah amalan yang sama juga, iaitu amalan yang wujud di zaman Nabi s.a.w dan ia juga adalah amal yang wujud dimana-mana zaman pun. Amal itulah yang kita hendak buat. Mereka yang akan maju ialah mereka yang berkorban untuk sempurnakan amal tersebut, untuk tunaikan amal tersebut dan bawa diri dia kepada hakikat amal tersebut. Mereka inilah yang akan dimajukan oleh Allah s.w.t.

Kalimah pun adalah kalimah yang sama juga, solat pun adalah solat yang juga, Quran pun adalah Quran yang sama juga, zikir pun adalah zikir yang sama juga, oleh itu, sesiapa yang sempurnakan amal tersebut, yang berkorban untuk tunaikan amal tersebut dan usahakan supaya hakikat amal tersebut ada dalam kehidupan dia, maka Allah s.w.t akan beri pada dia kekuatan yang mana lebih hebat daripada kekuatan yang ada pada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Allah s.w.t akan hargakan diri dia dan nilaikan diri dia lebih daripada harga dan nilai yang ada pada tujuh petala langit dan tujuh petala bumi.

 Sembahyang Nabi s.a.w adalah sembahyang yang begitu hebat keadaan dan sifatnya. Hanya Abu Bakar r.a sahaja yang dapat sembahyang sepertimana sembahyang Nabi s.a.w. Demikian juga dengan Abdullah bin Zubair r.a. Tidak semua sahabat dapat kaifiat atau dapat rupabentuk keadaan sembahyang Nabi s.a.w. Hanya beberapa orang sahabat sahaja yang dikurniakan oleh Allah s.w.t sembahyang yang sama dengan sembahyang Nabi s.a.w. Sahabat yang mana telah sanggup korbankan diri mereka dan telah sanggup bersusah payah untuk amalkannya dan telah lengkapkan diri mereka dengan amal tersebut, maka Allah s.w.t telah kurniakan pada mereka sembahyang yang sama dengan sembahyang Nabi s.a.w.

Demikian juga dengan kita. Amal kita yang berterusan tetapi sesiapa diantara kita yang sanggup usaha atas amal tersebut, sanggup berkorban atas amal tersebut, sanggup fikir 24 jam untuk bina  amal tersebut, hidup dengan dakwah dan doa untuk amal tersebut, maka Allah s.w.t akan kurniakan pada dia kaifiat dan rupabentuk sembahyang Nabi s.a.w.

Tuan-tuan yang mulia, kita datang ke sini selepas setahun sudah berlalu. Tujuan kita datang ke sini adalah untuk tengok semula keadan usaha kita. Setakat mana perubahan telah berlaku dalam diri kita, setakat mana sifat telah bertambah dalam kehidupan kita, setakat mana usaha telah maju dikalangan kita dan juga kita ingin tahu apa lagi sifat-sifat yang perlu kita usahakan untuk diri kita pada masa akan datang dan apa lagi perkara yang perlu kita tambah dalam usaha kita untuk masa yang akan datang.

Oleh itu, tuan-tuan yang mulia, kalau inilah fikir kita datang ke sini dan kemudian kita sungguh-sungguh adakan hubungan kita dengan buzruq-buzruq semasa kita berada disini dan letakkan diri kita dalam amal, sungguh-sungguh fikir atas apa yang akan disampaikan pada kita, maka Allah s.w.t akan terima kita dan jadikan kita sebagai asbab untuk perubahan diri kita sendiri, kemajuan diri kita sendiri, kemajuan amal di negara kita dan kemajuan usaha ini.

Tuan-tuan yang mulia, kita akan dapat menafaat dari usaha ini apabila kita ada kebesaran orang yang buat usaha ini, apabila kita beri kepercayaan pada orang yang buat usaha ini dan ada kasih sayang pada orang yang buat usaha ini. Sebanyak mana kebesaran orang yang melakukan usaha ini ada dalam hati kita, sifat kasih sayang ada dalam hati kita, percaya pada dia, maka sebanyak itulah Allah s.w.t akan jadikan kita dapat menafaat daripada usaha ini.

Sebanyak mana ada kebesaran orang yang mana telah jadi asbab untuk kita dapat usaha ini dalam hati kita dan kita kasih pada dia, percaya pada dia, maka sebanyak itulah Allah s.w.t akan terima kita untuk usaha ini. Hasilnya ialah kita akan dapat sifat taat dan dengan sifat taat kita akan maju dalam usaha ini. Sebanyak mana kasih sayang yang ada dalam hati kita terhadap orang yang telah jadi perantaraan untuk kita dapat usaha ini dan kita taat , maka kemudian barulah kita akan dapat petunjuk dan hidayat daripada Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman, “Sekiranya kamu mentaati Allah s.w.t dan kamu mentaati Nabi s.a.w, maka kamu akan diberi petunjuk oleh Allah s.w.t”.  

Tuan-tuan yang mulia, bagaimana sifat taat akan datang dalam kehidupan kita? Sifat taat tidak akan datang selagi mana kita tidak ada kasih sayang antara satu sama lain. Bila kita muliakan antara satu sama lain, maka Allah s.w.t akan letakkan sifat taat antara kita. Sifat taat inilah agama. Ia adalah maksud hayat  dan dengan adanya taat, maka segala pintu kebaikan akan terbuka untuk kita. Allah s.w.t sendiri beritahu sifat orang mukmin, “Orang mukmin akan kata samiqna waatoqna, kami dengar dan kami taat”. Memang inilah sifat orang mukmin. Apabila kita ada sifat taat, maka banyak jalan-jalan telah dibuka oleh Allah s.w.t. Dengan adanya sifat taat, Allah s.w.t akan sampaikan kita ke tempat sujud kita.

Para sahabat r.a telah berbaiah dengan Nabi s.a.w atas perkara taat. Mereka kata, “Wahai Rasulullah s.a.w, samada kami suka atau kami tidak suka, kami akan taat, samada mengikut nafsu kami atau berlawanan dengan nafsu kami, kami akan taat, samada mengikut kehendak kami atau berlawanan dengan kehendak kami, kami akan taat, dalam apa keadaan sekalipun kami akan taat”. Inilah ikrar yang telah dibuat oleh para sahabat r.a.

Taat bukanlah bemaksud perkara yang sesuai dengan nafsu kita, maka kita ikut dan perkara yang tidak sesuai dengan nafsu kita, maka kita tidak ikut. Taat ialah kita akan ikut samada perkara itu sesuai atau tidak sesuai dengan kita. Oleh kerana itulah mesyuarat dibuat. Dalam mesyuarat, kadang-kadang akan diputuskan sesuai dengan nafsu kita dan kadang-kadang akan diputuskan bertentangan dengan nafsu kita. Taat ialah bila kita dapat letakkan/tundukkan nafsu kita dalam semua keadaan dan patuh kepada keputusan mesyuarat.

Pertama, kita kena usaha untuk letakkan diri kita dalam mesyuarat. Kedua, kita kena letakkan diri kita dengan usul. Ketiga, kita kena letakkan diri kita dengan amer. Keempat, kita kena letakkan diri kita dengan amal-amal infradi dan ijtimai. Kalau kita buat 4 perkara ini, maka barulah Allah s.w.t akan bagi sifat taat pada kita. Rasulullah s.a.w telah usaha ke atas para sahabat sehingga telah timbul sifat semangat untuk taat.

Satu ketika, Nabi s.a.w telah hantar Huzaifah r.a untuk tengok keadaan musuh di malam peperangan Khandak. Dia telah pergi dan apabila sampai disana, dia nampak Abu Sufyan sedang duduk. Dia fikir, Itulah peluang yang paling baik untuk bunuh Abu Sufyan. Abu Sufyan adalah satu musuh yang mana telah berkali-kali usaha untuk rosakkan orang Islam dan Nabi s.a.w di Mekah. Dia telah keluarkan anak panah dan letakkan di busar panah dan halakan ke arah Abu Sufyan. Ketika itu, dia teringat kata-kata Nabi s.a.w, “Jangan buat apa-apa selain dari tugas tengok mereka dan balik beritahu aku”. Sifat taat yang begitu sekali yang ada dalam diri dia, maka bila teringat sahaja pesanan Nabi s.a.w, dia terus tinggalkan niat dia sendiri.

Selepas balik dari peperangan Uhud, Rasulullah s.a.w nampak ada satu orang perempuan datang dari jauh. Baginda s.a.w telah suruh Abdullah b. Zubair pergi dan tahan perempuan itu. Abdullah b. Zubair telah pergi dan tahan perempuan itu tetapi perempuan itu telah tolak dia sehingga dia jatuh. “Aku datang hendak lihat abang aku”, katanya. Hidungnya telah dipotong, telinganya telah dipotong, badannya telah dipotong, tangannya telah dipotong di jalan Allah s.w.t. 

Dia telah tolak Abdullah b. Zubair dan hendak pergi lagi ke depan tetapi Abdullah b. Zubair kata, “Rasulullah s.a w telah larang”, maka dia pun terus berhenti. Selangkah pun dia tidak langkah ke depan. Dia kata, “Aku datang bawa kain kafan untuk abang aku. Aku sudah tahu bahawa  hidungnya telah dipotong, telinganya telah dipotong, badannya telah dipotong, tangannya telah dipotong semata-mata kerana Allah s.w.t di jalan Allah s.w.t. Ini semua tidak ada apa-apa bagiku, aku akan sabar bila lihat keadaannya. Aku cuma hendak tengok abang aku”. Dia lihat Abdullah b. Zubair beritahu pada Nabi s.a.w bahawa dia adalah adik kepada Hamzah r.a dan dia sanggup untuk tengok semua itu dan sanggup sabar untuk tengok keadaan mayat itu”. Rasulullah s.a.w telah benarkan. Apa yang hendak diberitahu ialah sifat taat yang ada pada perempuan itu. Apabila dia dengar perintah Nabi s.a.w, maka selangkah pun dia tidak maju ke depan semata-mata sifat taat yang ada padanya.

Sebanyak mana sifat taat yang ada dalam diri kita, maka sebanyak itulah kita akan dapat maju dalam usaha ini.

Tuan-tuan yang mulia, walaupun kita telah belajar bayan, kita telah belajar takrir, kita telah pergi banyak negara, kita telah keluar 4 bulan sebanyak 10 kali tetapi kalau kita tidak belajar taat, maka sebenarnya kita tidak belajar apa-apa pun lagi. Ini adalah maksud. Selagi mana tidak ada perkara ini dalam kehidupan kita, maka selagi itulah hubungan kita dengan Allah s.w.t tidak akan ada. Selagi itulah kita tidak akan rindu dengan akhirat dan selagi itulah sifat-sifat tidak akan datang dalam kehidupan kita. Apabila kita telah usahakan sifat taat ini, maka Allah s.w.t akan bagi segala-galanya pada kita. Jika tidak ada sifat taat, maka walaupun telah keluar cillah atau telah keluar 4 bulan, tetapi seseorang itu boleh terkeluar daripada usaha ini dan terlibat dengan maksiat masing-masing.

Oleh itu, kita dipanggil lagi dan lagi dan dimuzakarahkan lagi dan lagi supaya Allah s.w.t kurniakan kita sifat-sifat yang mana dengannya Allah s.w.t akan buka pintu hidayat, pintu rahmat, pintu berkat dan Allah s.w.t akan buat keputusan untuk amkan hidayat di seluruh alam.

Allah s.w.t tidak akan buat keputusan hidayat dengan kita sudah lama dalam tabligh, sudah jadi puranasati, sudah jadi orang lama dalam tabligh, sudah 20 tahun dalam tabligh, ini bukan asbab untuk Allah s.w.t buat keputusan untuk hidayat. Allah s.w.t akan buat keputusan hidayat apabila kita ada sifat dalam kehidupan kita, apabila kita bergerak dalam umat dengan penuh fikir, sanggup tanggung segala kesusahan, sanggup buat segala pengorbanan untuk umat, maka barulah Allah s.w.t akan amkan hidayat.

Kita kena usahakan macam mana sifat keyakinan kita pada Allah s.w.t bertambah. Kita tidak lagi terkesan dengan segala sesuatu selain daripada Allah s.w.t. Kita hanya terkesan dengan Allah s.w.t sahaja. Kita kena usahakan supaya sembahyang kita dapat jadi asbab untuk selesaikan semua masalah kita, kecintaan pada akhirat bertambah, kerinduan pada akhirat bertambah, hati kita condong untuk zikir pada Allah s.w.t, fikir untuk setiap umat ada dalam hati kita, bimbang/risau untuk seluruh umat ada dalam hati kita. Kita buat pengorbanan untuk agama Allah s.w.t. Kalau semua sifat ini ada dalam diri kita, maka Allah s.w.t akan majukan kita. Allah s.w.t akan majukan usaha dengan kita dan Allah s.w.t akan jadikan kita asbab hidayat untuk seluruh alam.

Semasa peperangan Badar, seorang sahabat telah bunuh ramai musuh dan dia juga telah terkorban dalam peperangan itu. Seorang sahabat telah datang berjumpa dengan Nabi s.a.w dan beritahu Nabi s.a.w bahawa sahabat tersebut begitu hebat sekali, begitu berani sekali dan telah bunuh ramai musuh. Betapa bahagianya dia. Rasulullah s.a.w kata, “Dia adalah ahli neraka”. Semua sahabat hairan. Usaha banyak, korban banyak, bunuh banyak orang kafir tetapi Nabi s.a.w beritahu bahawa dia adalah ahli neraka. Begitu sekali mereka hairan sehingga mereka pergi periksa apa yang ada pada dia. Didapati bahawa keadaannya apabila dia telah luka dalam peperangan, luka yang teruk dan tidak sabar, maka dia telah letak pedang diperut dan bunuh diri sendiri.

Sahabat-sahabat semua sudah tahu sifat kepahlawanannya, keberaniannya dan pengorbanan yang dia telah beri untuk agama Allah s.w.t.  Hanya Nabi s.a.w yang tahu bahawa dia ini tidak sabar atas kesusahan yang ditanggung, maka dia telah bunuh diri. Inilah kesudahannya, dengan satu sifat, Allah s.w.t telah letakkan dia dalam neraka. Dalam usaha ini, kita jangan biarkan takabbur masuk dalam hati. Dengan sifat-sifat yang macam ini, nauzubillah, Allah s.w.t akan jauhkan kita daripada usaha ini.

Kita jangan rasa bahawa kita yang buat usaha ini. Kita kena rasa bahawa Allah s.w.t yang ambil usaha daripada kita. Oleh itu, kita kena banyak syukur pada Allah s.w.t. Kita yang hadir disini, janganlah pulak kita rasa kita ini orang lama di Malaysia, kita perlu diikram, kita perlu dimuliakan, kita perlu dikhidmati, jangan sekali-kali ada perasaan ini dalam hati kita. Sebaliknya, kita buat usaha ini ialah untuk belajar macam mana kita hendak khidmat pada orang, macam mana kita hendak ikram orang, macam mana kita hendak muliakan orang lain, inilah sifat yang harus ada pada kita. Jangan sekali-kali timbul dengan usaha ini, kita jadikan asbab untuk kita dapat kemuliaan daripada orang atau kita dikhidmati oleh orang.

Tuan-tuan yang mulia, dengan sifat-sifat inilah Allah s.w.t akan terima kita dan akan kabulkan kita untuk usaha ini. Apabila kita telah diterima oleh Allah s.w.t, maka kudrat Allah s.w.t akan bersama dengan kita, pertolongan Allah s.w.t akan bersama dengan kita. Kemana sahaja kita pergi, maka bantuan Allah s.w.t, nusrah Allah s.w.t, kudrat Allah s.w.t akan bersama kita dan Allah s.w.t akan jadikan kita asbab untuk seluruh alam.

Berapa ramaikah diantara kawan-kawan kita sendiri telah termakan dengan tipuan syaitan. Mereka rasa, saya ini orang lama, saya tidak diikram, saya tidak dipanggil bila makan, pandangan saya tidak diambil dalam mesyuarat, saya tidak dilantik sebagai syura. Mereka telah termakan dengan tipu daya syaitan. Ini perasaan yang timbul dalam hati mereka sehingga mereka telah terlepas sama sekali dari usaha ini.

Tuan-tuan yang mulia, penjagaan untuk kita dalam usaha ini ialah apabila kita jaga sungguh-sungguh, ambil berat, dekatkan diri kita dengan amal dan usul. Maulana Ilyas rah. beritahu, “Bahawa usul adalah kota untuk kita dalam usaha ini”. Sebanyak mana kita dapat jaga usul, maka sebanyak itulah Allah s.w.t akan jaga kita dan tidak ada satu benda pun boleh tipu kita atau boleh keluarkankan kita daripada usaha ini.

Kerja ini perlukan pengorbanan daripada kita. Apabila usaha ini telah sampai ke tahap istiqbal, iaitu diterima oleh semua orang, semua orang ingin ambil bahagian dalam usaha ini, maka akan masuklah orang-orang yang ada tujuan-tujuan dan kepentingan peribadi. Kalaulah kita yang buat usaha ini tidak tambah pengorbanan, maka usaha ini akan dapat dikuasai oleh orang-orang yang ada kepentingan peribadi dan usaha akan rosak. Oleh kerana itu, dalam setiap keadaan dan setiap masa perlu diusahakan macam mana orang-orang dalam usaha ini dapat tambahkan pengorbanan mereka. Dengan ini, Allah s.w.t akan jaga kita dan majukan kita.

Orang-orang yang ada kepentingan peribadi tidak sanggup untuk bagi pengorbanan. Bila disebut korban, mereka akan ke belakang. Oleh kerana itu, dengan korbanlah usaha ini akan dijaga oleh Allah s.w.t. Wujudnya umat ini adalah dengan pengorbanan. Kekalnya umat ini pun dengan pengorbanan. Kemuliaan umat ini juga dengan pengorbanan.

Allah s.w.t hendak daripada umat ini, walaupun dia seorang budak-budak, iaitu pengorbanan yang sama dengan pengorbanan Ibrahim a.s. Rasulullah s.a.w bangun dengan pengorbanan Ibrahim a.s, sahabat-sahabat r.a pun telah bangun dengan pengorbanan Ibrahim a.s dan Allah s.w.t mahu dari umat ini hingga hari qiamat, minta daripada mereka, pengorbanan Ibrahim a.s.

Ibrahim a.s buat 2 pengorbanan. Satu pengorbanan yang besar dan satu pengorbanan yang kecil. Pengorbanan yang besar ialah bawa anak kesayangan dia, bersama isteri, tinggalkan tanah halaman mereka, tempat tumpah darah mereka, rumahtangga mereka, harta-benda mereka, bawa mereka dan letak di padang pasir yang gersang, yang tidak ada apa-apa tanda-tanda kehidupan. Ini pengorbanan besar Nabi Ibrahim a.s.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir