mesyuarat malaysia 1999 - bayan subuh maulana ibrahim

nizamuddin - 04/09/99

Kehidupan manusia, ia menerima kesan dan suasana sepertimana pakaian, setelah dipakai ia akan jadi buruk dan koyak. Apabila pakaian telah jadi buruk dan kita hendakkan ia jadi baru, memang tidak boleh kecuali kalau kita beli yang lain. Begitu juga dengan kehidupan manusia, bila Allah s.w.t letakkan kematian, maka dia akan mati. Bila Allah s.w.t letakkan kesakitan, maka dia akan sakit. Bila sakit, dia sendiri tidak boleh hendak wujudkan kesihatan. Bila Allah s.w.t tahan hujan, maka bumi akan jadi kering dan kemarau. Kita tidak boleh menolak kerana ini adalah keputusan daripada Allah s.w.t. Bila Allah s.w.t turunkan hujan, maka bumi akan jadi subur, tanah jadi lembap dan peladang-peladang akan gembira.

Kehidupan manusia itu sendiri dan asbab yang ada disisi mereka tidak boleh mencipta keadaan dan suasana. Mereka hanya boleh menerima keadaan dan suasana yang diputuskan oleh Allah s.w.t. Kita kena faham betul-betul perkara ini. Ini adalah percakapan iman. Apabila iman yang betul datang dalam hati kita, maka seberapa banyak keyakinan yang rosak akan keluar daripada hati kita. Dalam usaha dakwah inilah kita hendak masukkan kebesaran Allah s.w.t, keyakinan yang betul dan keluarkan yang selain daripadaNya. Selain daripada usaha ini, maka keyakinan yang rosak akan masuk dalam hati, dengan harta dapat itu, dengan wang dapat ini, dengan kedudukan dapat itu dsbnya. Allah s.w.t yang meletakkan keadaan dan suasana ke atas sesuatu, bukan dengan harta, wang, kedudukan dsbnya. Kadang-kadang dengan wang juga akan menyebabkan nyawa hilang, kerana wang seseorang menjadi terdesak, kerana wang seseorang digantung. Pengajaran daripada Allah s.w.t bahawa kamu menganggap dengan wang kamu boleh hidup tetapi dengan wang Allah s.w.t jadikan sebab untuk kematian kamu. Allah s.w.t telah tunjukkan perkara-perkara aneh di hadapan kita. Semoga Allah s.w.t beri keyakinan yang betul pada kita. Asbab-asbab dunia yang ada tidak boleh memberi kesan dan kadang-kadang ia juga gagal dalam memenuhi hajat-hajat. Memang disitu tidak ada kejayaan. Bersama kita ada Allah s.w.t.

Satu ketika, Rasulullah s.w.t balik dari satu peperangan dan berehat di bawah sepohon pokok yang rimbun. Baginda s.a.w gantung pedangnya di ranting kayu dan tidur. Datang seorang orang Badwi, hunuskan pedangnya ke arah Rasulullah s.a.w. Nabi s.a.w terkejut dan terjaga dari tidur. Orang Badwi itu tahu Baginda s.a.w seorang sahaja dan tanya, “Siapa yang akan selamatkan kamu dari tangan saya?”  Rasulullah s.a.w jawab, “Allah”. Terus dia gementar dan pedang yang dipegangnya jatuh. Rasulullah s.a.w pun ambil pedang itu dan hunus ke arah dia dan berkata, “Siapa yang akan selamatkan kamu daripada pedang ini?”  Allah s.w.t bersama dengan Nabi s.a.w. Nabi s.a.w boleh bunuh dia tetapi itu bukan kerja, bukan mansha kerja kita, mansha kerja kita ialah berlaku ihsan, berlaku baik terhadap orang lain.

Dalam dunia hari ini, kalau satu orang telah menakutkan satu orang menteri atau satu orang besar, adakah dia akan terlepas? Sudah tentu dia tidak akan terlepas kerana dia telah menakutkan dan menggugut satu orang menteri. Bagaimanakah pula akhlak Nabi s.a.w? Allah s.w.t tidak bersama dengan orang yang tidak beriman. Allah s.w.t tidak akan bantu mereka. Hubungan kita adalah dengan Allah s.w.t. Semua masalah kita hubungkan dengan Allah s.w.t. Semua benda-benda ada kena-mengena dengan Allah s.w.t. Allah s.w.t yang menghidupkan, Allah s.w.t yang mematikan. Itulah dakwah kita, lailahaillallah. Inilah yang kita hendak belajar dan hendak masukkan ke dalam hati kita supaya kita terlepas dari tipu daya dunia. Seberapa banyak kegelapan, zulumat yan ada dalam hati kita, semoga Allah s.w.t lepaskan kita, keluar daripada kegelapan dan menuju kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t akan memimpin kita, akan menunjukkan jalan kepada kita. Allah s.w.t beritahu, “Inilah jalan Ku, menyeru kepada Allah”. Jalan kita adalah jalan iman, jalan kebenaran, mendapatkan kebenaran iman dalam hati dan buat kerja dengan ikhlas. Maksud iman ialah untuk menunaikan perintah yang Allah s.w.t berikan kepada kita dan kita bersedia untuk mengorbankan diri dan harta kita dan membelakangkan tuntutan hawa nafsu kita. Kalau tidak, iman tidak akan menjadi sihat dan tidak akan jadi sedap. Ini satu kaedah.

Selagi mana syahwat dan nafsu kita subur, maka selagi itulah iman kita akan berada dalam keadaan tidak subur. Syahwat dan nafsu jadi sedap kerana kita memenuhi tuntutan dan kehendaknya. Bila akan terbentuk iman? Iman ini akan jadi apabila kerana perintah Allah s.w.t kita mengorbankan hawa nafsu kita. Ini adalah satu perkara yang kita kena latih setiap hari iaitu kita menekan nafsu kita, membelakangkan nafsu kita dan syahwat kita dan datang ke arah perintah Allah s.w.t. Inilah yang dikatakan mujahadah. Daripada sinilah akan datang orang yang mana hati dia, keinginan dia suka untuk berdoa dan anggaplah bahawa Allah s.w.t telah buka pintu penerimaan untuk dia. Orang yang mana terbuka bagi dia pintu doa, maka yakinlah telah terbuka pintu penerimaan daripada Allah s.w.t.

Tetapi hari ini, pintu doa tertutup dan tidak ada penerimaan. Mengapa tertutup? Kerana kita telah tutup pintu iman dan kita buka pintu hawa nafsu. Hukum dan doa ada hubungan yang sangat rapat. Kita tunaikan perintah Allah s.w.t dan doa. Sebab apa? “Iyyakanaqbudu waiyyakanastain”, “Akan Dikau kami sembah dan akan Dikau kami minta pertolongan”, dalam surah Fatihah. Hubungan yang rapat. Maulana kata, betulkan Fatihah kita yang kita baca dalam sembahyang. Makna istilah, kita berikrar. Dari segi ilmu ma’ani, apabila diminta untuk berikrar “Akan Dikau kami sembah dan akan Dikau kami minta pertolongan”, maka ia memberi makna bahawa ini satu hukum daripada Allah s.w.t bahawa sembah Allah s.w.t dan minta pertolongan daripada Allah s.w.t. Kita tidak faham. Kita nampak bahawa agama tidak memberi faedah. Hukum dan bantuan Allah s.w.t juga ada hubungan. Tinggalkan hawa nafsu kita dan datang kepada hukum, maka bila datang kepada hukum akan dapat bantuan Allah s.w.t.

Inilah jalan nabi-nabi. Usaha atas jalan hukum dan bila ada keperluan minta daripada Allah s.w.t. Baginda s.a.w bersabda, “Bila kamu minta pertolongan, mintalah daripada Allah s.w.t” Selain daripada Allah s.w.t, tidak ada pembantu dan penolong. Orang yang tidak tahu hal kita , tidak tahu keadaan kita, maka dia tidak akan tolong dan bantu kita. Hanya orang yang tahu hal dan keadaan kita sahaja yang akan bantu kita. Siapa yang tahu hal kita? Allah s.w.t tahu segala-galanya tentang hal kita. Orang yang tidak tahu hal kita, maka macam mana dia hendak bantu kita, dia tidak ada simpati untuk kita. Bila kita pergi kepada doktor, dia tidak tahu hal kita dan sakit kita. Kita kena beritahu pada dia tentang sakit kita. Bila kita beritahu, maka dia akan tulis dan simpan dalam fail. Kalau tidak tulis, maka dia pun akan lupa. Dia tidak tahu hal kita, dia tidak boleh hendak bantu. Dia tidak boleh bagi ubat yang sesuai dengan sakit kita. Orang yang tahu hal kita, maka dia akan bantu. Hanya Allah s.w.t yang tahu hal kita. Allah s.w.t tahu hal hati kita, hal zahir kita, hal batin kita dan Allah s.w.t tahu hamba berhajat kepadaNya. Allah s.w.t tahu apa keperluan kita. Kata Nabi s.a.w, “Ya Allah, Engkau mengetahui amalanku yang tersembunyi dan yang nyata, dosa-dosa yang kita buat samada secara tersembunyi atau terang-terangan”.

Satu orang peniaga telah campur dalam barangan dia. Allah s.w.t tahu tetapi pembeli tidak tahu. Pembeli akan beli dan bawa balik. Pembeli akan beli dan bagi duit dan Allah s.w.t akan bagi azab untuk orang itu. Pembeli tidak tahu tetapi Allah s.w.t tahu segala-galanya. Allah s.w.t akan memberi balasan kepadanya. Satu orang telah menimbang dan dia telah beratkan sedikit beberapa gram. Bila pembeli beli barang tersebut, maka dia tidak akan bayar lebih untuk satu atau dua gram yang lebih itu tetapi Allah s.w.t tahu dan Allah s.w.t akan beri ganjaran kepada penjual tersebut. Begitu juga dengan satu orang yang kurangkan timbangan walaupun dengan beberapa gram. Pembeli akan membeli dengan harga penuh untuk barangan harga sekilo tetapi yang kurang beberapa gram itu, maka Allah s.w.t akan bagi balasan pada penjual tersebut. “Ya Allah, Engkau mengetahui yang zahir ku dan yang batin ku, apa-apa kesalahan ku, maka ampunkanlah”.

Allah s.w.t mengetahui hal kita. Allah s.w.t besar, Allah s.w.t agong dan ilmu Allah s.w.t juga luas. Allah s.w.t tahu setiap zarah, setiap benda. Kudrat Allah s.w.t sangat besar. Allah s.w.t berkuasa atas segala sesuatu. Setiap zarah yang ada di alam ini dalam kudrat Allah s.w.t. Untuk iman, perlu kita mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t. Allah s.w.t tahu keadaan kita. Allah s.w.t tahu hajat kita. Allah s.w.t akan bantu kita. Kita dapat selamat dari semua orang tetapi kita tidak dapat melepaskan diri daripada Allah s.w.t. Bila satu orang bercakap bohong maka dia akan terlepas dari sesuatu kesusahan tetapi dia tidak akan terlepas dari Allah s.w.t. Allah s.w.t yang akan bantu dan Allah s.w.t juga yang akan tangkap atas segala amalan.

Kita kita terangkan kepada manusia tentang kebesaran Allah s.w.t. Apabila seseorang jadi ahlullah, maka Allah s.w.t akan memihak kepada dia. Bila dalam keadaan susah, maka akan datang bantuan Allah s.w.t. Bukan maknanya bila dia jadi ahlullah, dia tidak sakit. Dia akan sakit juga tetapi ada bantuan dan nusrah dari Allah s.w.t. Dia hamba Allah, bukan anak raja. Kalau anak raja, dia akan jadi sombong dan angkuh. Dia hamba Allah s.w.t, maka dia dalam keadaan taat. Dia sakit, dia susah, dia ditimpa musibah, tetapi tetap taat dengan perintah Allah s.w.t. Hubungan kita yang sebenarnya ialah dengan Allah s.w.t. Kita kena keluar daripada tuntutan hawa nafsu dan pergi ke arah perintah Allah s.w.t. Inilah yang dikatakan iman dan yakin. Bagaimana ia boleh masuk ke dalam hati kita dan hati seluruh manusia sehingga satu keimanan dan keyakinan dapat membawa kita untuk taat kepada perintah Allah s.w.t. Sehingga dia meyakini kalau aku taat perintah Allah s.w.t maka Allah s.w.t akan bantu aku, sebaliknya kalau aku tinggalkan perintah Allah s.w.t maka tidak akan ada sesiapa yang akan bantu aku. Allah s.w.t tidak redha, Allah s.w.t murka dengan kita, maka siapa lagi yang hendak bantu kita. Satu orang yang hendak cuba bantu kita pun, natijahnya tidak akan dizahirkan kerana Allah s.w.t tidak berkehendak untuk membantu kita kerana natijah sesuatu perkara itu ditangan Allah s.w.t. Rancangan dan bentuk ada ditangan manusia, tetapi natijah ditangan Allah s.w.t. Dalam semua keadaan, kita hendaklah kembali kepada Allah s.w.t. Semua berlaku dengan bantuan Allah s.w.t, dengan kudrat Allah s.w.t. Jalan untuk mendapat faedah dari kudrat Allah s.w.t. Bagaimana perkara ini dapat masuk dalam kehidupan manusia iaitu meninggalkan tuntutan hawa nafsu dan datang kepada perintah Allah s.w.t ?

Kita bukan hanya keluar dari rumah kita tetapi kita juga keluarkan hawa nafsu kita. Satu orang yang keluar dari rumah, dari kampung, dari negeri dia, itu bukan asas sebenarnya. Asas ialah keluar daripada keinginan hawa nafsu kita kepada kehendak dan keinginan Allah s.w.t. Masukkan keimanan dan keyakinan, maka akan ada nur dalam hati. Usaha dengan amalan-amalan ini akan membentuk nur iman dalam hati. Amal akan menjadi nur apabila bertentangan dengan hawa nafsu. Maksudnya ialah kita telah mengorbankan hawa nafsu demi untuk menunaikan satu-satu perintah Allah s.w.t dengan mujahadah, maka ini akan mewujudkan nur dalam hati daripada amalan tersebut seperti nur ta’alim, nur doa, nur dakwah, nur tahajjud.

Nabi s.a.w bersabda, “Sembahyang ialah nur dan nur sembahyang sangat besar yang mana ia akan menerangi seluruh kehidupan kita”. Umar r.a pernah menulis surat kepada gabenornya di Syam, “Jaga sembahyang betul-betul, kalau kamu jaga sembahyang, maka yang lain pun kamu akan jaga juga tetapi kalau kamu sia-siakan sembahyang, maka yang lain lagilah kamu tidak jaga”. Rasulullah s.a.w telah beritahu bahawa sembahyang adalah nur dan dengan nur ini maka kamu akan nampak jalan yang betul dan kita akan faham agama. Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara yang salah, maka terus hatinya akan terdetik. Bila adanya nur dalam hati, sesuatu kegelapan yang datang daripada dosa, kesilapan dan kesalahan, maka akan terdetik di hatinya, “Ini salah”. Sepertimana bila kita makan nasi, bila terkunyah batu, maka mulut akan beritahu, “Ini batu”. Allah s.w.t jadikan kita untuk mentaati perintah Allah s.w.t, maka bila kita lakukan satu dosa dan kerana nur dalam hati dia maka dia akan rasa, “Ada benda yang tidak kena ni”. Hati dia akan terus terdetik, akan terus berkata-kata.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Dosa ini ialah sesuatu yang mana rasa sesuatu yang tidak kena dalam hati dan kamu tidak suka orang nampak, orang tahu apa yang kamu buat”. Itu tanda dosa. Apabila kita tersilap, tersalah, ikut hawa nafsu kita, lakukan sesuatu dosa dan maksiat kepada Allah s.w.t, terus hati kita akan beritahu. Bila datangya dosa, maka hilanglah ketenangan. Ketenangan hati akan hilang. Satu orang yang berusaha atas iman, maka dia tidak akan tetap atas dosa, dia akan usaha untuk tinggalkan dosa-dosa itu.

Dari segi zahir, kita usaha, mujahadah dalam membentuk nur iman. Nur ini akan datang apabila demi untuk menunaikan perintah Allah s.w.t, kita telah mengenepikan, membelakangkan hawa nafsu kita maka orang-orang Islam akan menjadi orang-orang yang berdisiplin dalam menunaikan perintah-perintah Allah s.w.t kerana hidayat dalam hati mereka. Semua amal yang mereka buat akan mengikut tatatertib dan caranya yang betul dan bukan dengan cara sesuka hati sahaja. Ini akan memberi faedah pada semua tempat. Di semua tempat, ia akan menunjukkan kita dan memberi kepada kita jalan hidayat.

Berniaga dengan penuh keimanan, berladang dengan keimanan kerana dengan usaha agama, usaha atas iman, ia akan mendapat nur dalam hati, maka dengan ini apa sahaja kerja yang dia buat, bersama-sama dengan kerja tersebut, ada keimanan. Kalau tidak, dia akan terkandas, dia akan campur air dalam susu. Pagi-pagi lagi dia akan pergi jual susu, sembahyang pun tidak, campur air dalam susu, maka dia akan dapat duit haram. Dia punya kefardhuan sembahyang telah hilang dan dia telah terjebak ke dalam keharaman Allah s.w.t. Setelah itu tiap-tiap hari dia akan campur air dengan susu dan tiap-tiap hari dia tidak sembahyang maka musibah yang sangat besar menimpa dia. Apa musibah itu? Cinta kepada maksiat akan masuk ke dalam hati dia. Dia telah cinta dengan dosa dan maksiat. Ulat tahi, suka dengan tahi sahaja dan ulat ini tidak pernah terfikir untuk keluar daripada najis tersebut. Mereka berpusing, bertindih atas satu sama lain dalam tahi itu kerana mereka telah suka dan cinta dengan najis tersebut. Inilah musibah yang sangat besar bagi dia. Dia telah cinta dengan maksiat, cinta dengan najis. Sebanyak mana cinta dia dengan benda tersebut maka sebanyak itulah susahnya dia hendak bertaubat.

Faham tuan-tuan?

Tuan-tuan yang mulia, bermacam-macam cara kita boleh dapat duit. Seorang yang dapat duit, di dalamnya ada barah, maka tidak akan memberi apa-apa faedah pada dia. Duit dapat dan barah pun dapat juga, seperti orang tadi, dia suka dapat duit banyak tetapi dalam hati telah wujud barah iaitu cinta pada maksiat. Oleh kerana dia cinta pada maksiat, maka dia akan menentang perkara yang hak. Dia tidak akan memberi tawajjuh kepada dakwah iman, dia tidak akan memberi tawajjuh kepada percakapan yang hak. Sebaliknya dia akan membantu kebatilan. Dia akan membantu perkara yang tidak hak dan perkara-perkara yang bukan agama, perkara-perkara yang sia-sia. Dia akan menentang kebenaran dan penyakitnya akan menjadi serius dan kronik. Allah s.w.t akan mengubati penyakit ini dengan kudratnya bila kita setiap hari memberi dakwah kebesaran Allah s.w.t. Sesiapa pun yang rosak, yang menyimpang jauh daripada jalan kebenaran, kembalilah kepada jalan yang benar kerana Allah s.w.t akan mengubatinya.

Macamana rosak pun datanglah kepada jalan Allah s.w.t, insya’Allah akan diperbaiki. Klinik bukan untuk orang yang sihat tetapi untuk orang yang sakit, maka sakit macamana pun pergilah ke klinik, insya’Allah akan diubati. Jalan hidayat adalah untuk orang yang sesat, Allah s.w.t akan tunjukkan jalan. Kamu sibukkan diri kamu dengan jalan ini dan usaha ini maka Allah s.w.t akan perbaiki penyakit kamu. Semua akan dibantui oleh Allah s.w.t. Satu orang yang pakaiannya kotor, maka dia akan pergi ke sungai dan basuh kotoran tersebut dan pakaian akan jadi bersih semula kerana air yang banyak dan kotor sedikit sahaja dan begitu juga dengan dosa kita yang sedikit ini dibandingkan dengan rahmat Allah s.w.t yang banyak, maka Allah s.w.t akan ampunkan semua dosa-dosa kita.

Oleh itu kita perlu melangkah keluar ke jalan Allah s.w.t. Kita keluar dan usaha di jalan Allah s.w.t, kita dakwah, maka semua akan jadi bersih. Allah s.w.t ada ubatnya, Allah s.w.t ada bantuannya, Allah s.w.t ada kudratnya, maka kita tinggikan hemah kita, datang ke jalan Allah s.w.t, jalan dakwah illallah. Allah s.w.t sangat pemurah, walaupun kita tidak minta Allah s.w.t akan bagi. Untuk orang yang meminta maka lagi banyak Allah s.w.t akan bagi. Allah s.w.t telah iklankan untuk hambaNya supaya datang ke jalanNya. Bila dia datang ke jalan Allah s.w.t maka Allah s.w.t akan bersihkan segala kesilapannya. Kalau tadi dia campur air dengan susu, maka sekarang dia akan tinggalkan perbuatan itu, dia akan jadi seperti burung merpati, dia akan makan benda yang bersih sahaja, yang kotor dia tidak makan, maka rezekinya akan menjadi bersih. Siapa yang bagi rezeki? Allah s.w.t yang bagi. Tidak perlu lagi dia hendak campur susu dengan air untuk mendapatkan wang. Allah s.w.t tidak mahu memberi makanan yang haram kepada kita. Allah s.w.t hendak memberi rezeki yang halal, yang bersih, yang baik untuk kita. Sepertimana air hujan yang turun, semuanya bersih. Yang tumbuh daripada air tersebut, biji-bijian juga suci. Allah s.w.t memberi rezeki yang baik-baik kepada kita. Bila kita sembelih binatang, terkeluar darah, maka darah itu najis, kerana ia najis, jangan makan, keluarkan ia, maka tinggal daging yang suci yang tidak ada darah di dalamnya. Kita usaha atas iman dan kita makan makanan yang bersih dan halal.
  
Hadrat Ali r.a pergi ke satu tempat dengan kudanya. Bila dia jumpa masjid, dia akan sembahyang dua rakaat dahulu dan kemudian sambung perjalanannya. Semasa dia berhenti hendak sembahyang maka dia perlukan seseorang untuk jaga kudanya. Dia nampak satu orang dan berkata, “Boleh tolong jaga kuda saya?”. Orang itu kata boleh. Kemudian dia pun pergi sembahyang dua rakaat. Selepas sembahyang dia dapati kekang kuda telah tidak ada atas kuda. Dia pun pergi ke sebuah kedai yang berhampiran dan didapati kekang tersebut ada di kedai itu. Hadrat Ali r.a berkata, “Kekang ini saya punya”. Pekedai itu kata, “Mungkin, tadi ada satu orang telah jual kepada saya dengan harga 2 dirham”. Sebenarnya selepas sembahyang tadi, hadrat Ali r.a teringat dan kesian pada orang itu dan hendak beri padanya 2 dirham kerana dia tolong tengokkan kudanya. Orang berbudi, maka kita berbudilah kembali padanya. Rasulullah s.a.w bersabda, “Orang pernah berbuat budi pada aku dan aku telah bayar semuanya kecuali Abu Bakar r.a” . Hadrat Ali r.a fikir hendak bagi 2 dirham pada orang itu kerana tolong jaga kudanya. Nasib orang itu memang 2 dirham sahaja tetapi dia tidak sabar, kalau dia sabar sekejap sahaja lagi, maka dia akan dapat 2 dirham yang halal. Dia tidak sabar, dia mencuri dan jual kekang kuda dan dapat 2 dirham yang haram. Manusia ini, dengan niat dia yang buruk, dia akan makan benda yang haram, yang datang sebenarnya banyak itu sahaja, tidak lebih. Sebab niat yang buruk, makan yang haram dan tinggalkan yang halal.

Semasa hujan yang lebat, satu orang ambil gelas yang ada najis dan tadah air hujan. Najis itu bukannya datang dari air hujan tetapi sebab gelas itu yang bernajis. Allah s.w.t tidak beri makanan yang haram pada kita. Allah s.w.t beri pada kita rezeki yang baik-baik tetapi kerana kita tidak amanah, tidak sabar, maka kita makan yang haram. Perlu usaha agama supaya kita dapat makan makanan yang halal. Bukan sahaja dunia kita yang bersih tetapi kita juga akan dapat makanan yang berkat. Kalau kita tidak ada agama, dunia akan datang juga tetapi susah. Kalau kita buat usaha atas agama, maka makanan jadi halal dan juga berkat. Bukan maknanya agama ini dapat diakhirat sahaja, bahkan di dunia juga akan jadi kehidupan yang baik, akhirat pun akan dapat balasan dan ganjaran daripada Allah s.w.t.

Ole itu, kita kena menyeru semua peringkat manusia kepada agama Allah s.w.t. Orang miskin, orang kaya, orang buta, raja, rakyat, semuanya kita panggil, menyeru mereka kepada Allah s.w.t. Dalam Quran beritahu, “Maka berlarilah kamu kepada Allah s.w.t” bukannya “berlari daripada Allah s.w.t.”

Sekarang ini, kita kena lari cepat-cepat. Misalnya, satu orang yang ada hubungan yang baik dengan satu orang yang lain, hendak pergi melangkah ke rumah orang itu rasa berat. Hari ini, rasa berat untuk datang ke masjid, kena tashkil baru hendak datang. Bila satu orang ada hubungan dengan Allah s.w.t, maka terus dia akan datang kepada Allah s.w.t. Para sahabat r.a kata, “Kami belajar iman dahulu, kemudian kami belajar Quran”. Maka semua perintah-perintah Allah s.w.t yang ada dalam Quran, mereka dapat amal. Mereka tidak menyimpang daripada jalan al-Quran. Orang Islam sekali-kali tidak akan ke neraka. Mereka akan sentiasa berusaha ke arah kehidupan syurga. Apabila usaha atas iman, kita sedia untuk mengamalkan semua perintah Allah s.w.t yang ada di dalam al-Quran. Allah s.w.t yang melakukan segala-galanya. Jalan cara yang macam mana? Jalan al-Quran. Al-Quran diturunkan pada Nabi s.a.w dan nabi telah menta’azimkan al-Quran, sahabat juga telah menta’azimkan al-Quran. Nabi s.a.w telah menyampaikan al-Quran, telah membentuk suasana al-Quran, telah amalkan atas al-Quran dan telah dakwah kepada al-Quran iaitu agama.

Umat Nabi s.a.w adalah umat yang terbaik. Dikalangan umat yang terbaik, maka yang terbaik diantara mereka lagi ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajar al-Quran. Semuanya ada di dalam al-Quran, cukup untuk kita. Jangan kita rosakkan yakin kita. Baca Quran dapat apa? Baca ilmu dalam Quran dapat apa? Jalan lain banyak dapat rezeki. Satu orang yang mana dia buat kerja akan dapat upah tetapi khidmat tidak dapat apa-apa pun. Kalau yakin tidak betul, maka dia tidak khidmat. Bila yakin tidak betul, maka dia akan cari jalan lain. Orang yang silap jalan, kalau dia tidak betulkan,  maka dia akan terus berada dalam kesilapan. Begitulah apabila orang Islam lupa tanggungjawab dia. Allah s.w.t mungkin buka pintu dunia. Untuk  apa? Untuk bagi balasan pada mereka dan Allah s.w.t akan tangkap mereka dalam keadaan tanpa disedari. Semoga Allah s.w.t memelihara kita.

Bila Allah s.w.t redha dengan kita, maka Allah s.w.t boleh bantu kita dengan ribuan cara. Untuk mencari dan mencapai jalan keredhaan Allah s.w.t ialah agama. “Akutelah redha Islam sebagai agama kamu”. Oleh itu tanggungjawab kita ialah menjadikan 24 jam kehidupan kita, kehidupan beragama.Dalam membentuk 24 jam kehidupan kita bertepatan dengan agama, maka apa-apa kesusahan yang menimpa kita, jangan kita anggap kesusahan, jangan kita anggap musibah. Memang akan datang kesusahan, tetapi ini bukan bala tetapi satu rahmat daipada Allah s.w.t. Taat perintah Allah s.w.t dan datang kesusahan, maka itu rahmat. Kesusahan yang datang bila kita usaha amalkan agama, maka ini satu rahmat daripada Allah s.w.t. Ia akan jadi pengorbanan. Dengan pengorbanan dapat agama. Satu orang sakit, dia akan pergi berubat. Dia akan rasa sakit semasa berubat tetapi dia telah sediakan dirinya dan kemudian dia bagi duit pada doktor. Sakit di tanggung dan duit pun bagi juga. Kenapa? Kerana dia sedang diubati, bila masa berubat habis, maka penyakit akan sembuh dan dia akan jadi sihat. Kesusahan yang kita capai semasa kita buat usaha agama, usaha untuk membawa agama dalam kehidupan kita 24 jam, ini menjadi rahmat Allah s.w.t untuk sekarang dan masa depan.
   
Allah s.w.t hendak tengok kita dan syaitan pula hendak takutkan kita dengan perkara itu, iaitu amal agama. Satu orang datang jumpa Maulana, dia sudah meninggal, dia tidak sembahyang. Dia kata, “Bila saya ambil wudhuk, mesti selsema, sebab itulah saya tidak sembahyang”. Maulana kata, “Kalau macam itu, semua orang di sini kena selsemalah”. Perkara ini telah masuk ke dalam hati dia iaitu bila selalu wudhuk dengan air yang sejuk akan kena selsema. Oleh itu, sepanjang hidup dia tidak sembahyang. Maulana kata, “Berpuluh-puluh ribu orang ambil wudhuk, tidak kena selsema pun”. Syaitan telah menggunakan kefahaman dia itu untuk menyebabkan dia tinggalkan sembahyang. Syaitan akan letak bermacam-macam perkara dalam hati kita supaya kita jadi takut dan tinggalkan amal kita dan tawajjuh kita dari amal tersebut seumur hidup. Syaitan akan takutkan kita dengan kesusahan yang akan menimpa apabila kita amal perintah Allah s.w.t. Sebaliknya syaitan tidak pula menakutkan kita tentang kesusahan yang menimpa sebab kita sibuk hendak cari dunia. Kalau hendak keluar ke jalan Allah s.w.t, syaitan akan kata, “Kalau jadi macam ini, kalau jadi macam itu, kamu hendak buat macam mana?” Kita pun terkejut. Kita pun tidak jadi hendak keluar. Dengan tinggalkan keluar ke jalan Allah s.w.t, boleh jadi ubat ke? Sebenarnya dengan kita buat barulah akan jadi ubat. Jangan kita takut. Syaitan takutkan kita. Apa yang perlu kita takut? Perkara yang perlu kita takut ialah azab Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman bahawa azab Allah s.w.t adalah azab yang mana kalau kamu kena, kamu tidak akan terlepas.

Orang yang berlapar dijalan Allah s.w.t, maka kelaparan dia akan menjadi rahmat, akan menjauhkan segala kelaparan seumur hidup dia. Kerana kesusahan ini akan menjadi pengorbanan dan dengan pengorbanan datang keberkatan. Bukan saja-saja hendak berlapar tetapi berlapar kerana keluar di jalan Allah s.w.t yang mana kelaparan ini akan menjauhkan/menghilangkan kelaparan semua keturunan kamu. Orang yang berlapar kerana Allah s.w.t, kerana sesuatu ujian, sesuatu kerja, sesuatu usaha, maka Allah s.w.t tidak akan laparkan anak-cucu dia.

Pada masa dahulu, dalam usaha dakwah, mereka tidak ada wang yang banyak. Kadang-kadang bawa buah tamar, kadang-kadang bawa makanan yag lain, keluar ke jalan Allah s.w.t sehingga makanan yang dibawa pun habis. Mereka tidak pernah mesyuarat untuk balik rumah. Kalau tersilap, balik rumah pun, mereka akan jadi begitu malu sekali. Orang yang keluar di jalan Allah s.w.t ini, semangat mereka macam orang hendak kahwin. Pengantin lari kerana malu sangat. Tidak ada satu orang pun yang lari kerana hendak dinikahkan. Begitulah keadaan mereka keluar di jalan Allah s.w.t, satu orang pun tidak terfikir hendak balik, tidak terfikir hendak lari. Buat usaha tanpa makanan. Mereka fikir macam mana hendak teruskan usaha. Allah s.w.t telah sediakan makanan untuk mereka. Bila datang dahaga, mereka bersabar kerana Allah s.w.t, maka Allah s.w.t hilangkan kedahagaan mereka. Bila asbab tidak ada, Allah s.w.t akan bantu dengan jalan ghaibNya. Bila satu orang dapat rezeki dengan cara yang ghaib, maka betapa kuat imannya maka terus dia kata, “Allah s.w.t yang bagi”, kerana asbab semua tidak ada. Maka dengan sebab kemusibahan, ujian ini, akan menyebabkan iman menjadi kekal dan subur. Allah s.w.t menguatkan iman kita semasa kita berada di jalan Allah s.w.t. Allah s.w.t yang bagi lapar dan dibantu dengan cara ghaib.

Maulana Syed Ahmad Khan kata, “Di Afrika, dalam hutan, semasa keluar di jalan Allah s.w.t, satu orang telah datang, siapa pun tidak kenal dia, dia telah bawa roti daripada bali dan juga burung merpati yang telah dipanggang. Dia kata, “Saya bawa untuk tuan-tuan”. Pada masa itu, dalam hutan, tidak ada sesiapa pun yang hendak sambut jemaah, hendak ikram, hendak bagi makan, talipon dulu kata jemaah hendak datang, semuanya tidak ada. Siapa pun tidak ada hendak tanya? Allah s.w.t tanya hal kita. Orang tidak ambil tahu tetapi Allah s.w.t ambil tahu. Allah s.w.t maha mengetahui.

Iman kita akan naik, iman kita akan subur. Bantuan orang mukmin datang dengan jalan ghaib. Kita rasa tidak ada jalan langsung, buntu, tetapi Allah s.w.t akan bantu. Dengan ini iman akan meningkat. Kesusahan di jalan Allah s.w.t akan memperkuatkan iman kita. Syaitan menakut-nakutkan kita dengan perkara tersebut. Dia letakkan kita dalam kehidupan berfoya-foya supaya kita terkeluar daripada kehidupan beragama.

Nabi s.a.w telah memberi amaran bahawa ujian yang berbentuk kesenangan lebih bahaya daripada ujian yang berbentuk kesusahan. Kita tengok diri kita dengan usaha agama supaya kita tidak jadi hamba kepada kesenangan, hamba kepada kehidupan mewah. Sebaliknya kita hendaklah sibuk dengan usaha agama dan sambut takazah agama. Ini satu perkara yang mana yakin sungguh-sungguh, Allah s.w.t akan bantu tetapi dengan syarat kita buat kerja, selesaikan dan beritahu Allah s.w.t. Kita jahit baju yang keras, siapa hendak beli? Ataupun kita beli kain tidak cukup dan bagi pada tukang jahit, siapa hendak jahit? Begitu juga dengan agama, bila kita buat tidak sempurna, maka natijahnya tidak zahir. Jadi, kita kena sempurnakan takazah. Bila sempurnakan takazah maka susah payah akan datang kepada kita, musibah datang pada kita. Kita kena sabar. Ini dipanggil mujahadah. Bila sempurna, kita jual, maka orang akan beli. Begitu juga dengan usaha agama, kita buat dengan sempurna dan beritahu pada Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan beli usaha itu.

Allah s.w.t sentiasa memberi. Dakwah kepada Allah s.w.t untuk berjaya, bukan untuk gagal. Agama Allah s.w.t untuk berjaya tetapi dengan syarat kita kena sediakan diri kita dengan tertib yang betul. Dengan agama, Allah s.w.t akan beri kejayaan, tanpa agama akan gagal. Bila kita bawa kehidupan beragama, maka akan sabit dihadapan orang-orang yang tidak ada agama bahawa hanya sanya dengan agama akan memberi kejayaan. Bila kita jadi betul, maka orang lain yang bukan Islam pun akan tinggalkan apa yang mereka buat tidak betul. Satu orang pembeli akan beli daripada orang-orang Islam kerana dia tahu orang ini tidak campur, orang ini betul, orang ini jujur. Oleh itu, demi untuk mendapat pelanggan, orang yang tidak beriman juga akan berlaku betul, supaya barang mereka juga akan laku. Kita kena jaga diri kita dengan sifat-sifat berbudi, ikhlas, taqwa, tawakkal. Kita pergi ke masjid dengan iman dan taqwa. Kita pergi ke kedai juga dengan iman dan taqwa. Kita bawa iman ini supaya digerakkan amalan, digerakkan taqwa untuk seluruh alam.

Rasulullah s.a.w telah tinggalkan umat ini atas satu pergerakkan. Mereka bergerak ke seluruh pelusuk dunia dan menyampaikan agama kepada manusia. Sifat yang ada dalam kehidupan mereka telah disebarkan, ini keadilan. Manusia yang tidak suka kepada kezaliman telah datang kepada keadilan. Kaedah yang pertama, kita kena tinggalkan tuntutan hawa nafsu kita dan datang kepada perintah Allah s.w.t. Diri dan harta kita, kita jadikan contoh yang baik untuk orang lain. Kita kena sentiasa doa kepada Allah s.w.t. Bantuan yang akan datang kepada kamu adalah seperti mana bantuan yang pernah datang kepada nabi-nabi. Kita kena belajar usaha ini, kita kena belajar mijaz usaha ini. Kita kena belajar seni usaha ini. Di mana kita buat, maka disitu ada bantuan Allah s.w.t.     

Nabi Yusuf a.s, walaupun dalam penjara, dia buat usaha dakwah, dia dakwah penghuni-penghuni penjara, maka datang nusrah dan bantuan Allah s.w.t kepada beliau dalam penjara. Siapa yang keluarkan beliau dari penjara? Allah s.w.t yang keluarkan beliau dari penjara, padahal kerajaan yang letakkan beliau dalam penjara. Allah s.w.t pula keluarkan beliau dari penjara. Semasa beliau berada di istana raja, juga dapat bantuan Allah s.w.t. “Sesungguhnya Kami akan bantu rasul-rasul kami dan orang-orang mukmin”, ini janji Allah s.w.t.

Maulana Ilyas rah. kata, “Aku mengganggap usaha ini ialah satu kerja nabi-nabi”. Kita bukan nabi, Nabi s.a.w adalah nabi yang terakhir, tetapi kerja yang kita buat ini ialah kerja kenabian, maka bantuan dan nusrah Allah s.w.t akan datang sepertimana datang kepada rasul dan nabi-nabi. Kita kena sibukkan diri kita atas jalan ini dan untuk kerja ini. Oleh itu, kita kena zahirkan niat kita. Jangan niat yang kecil-kecil, niat yang besar-besar. Untuk kerja yang besar ini, hemah kita kena tinggi. Mula-mula akan datang kesusahan, lepas itu akan datang kesenangan. Tukar niat kita yang kecil kepada niat yang besar-besar. Sediakan diri kita untuk buat kerja. Allah s.w.t tidak perlu kepada asbab. Allah s.w.t yang berkuasa. Kita niat, langkah pertama, 4 bulan tunai. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir