Jor masturat
18/04/2017 - sri petaling Allah telah letak kejayaan seluruh manusia dlm agama yg sempurna. Sekiranya dlm hidup manusia ada agama, walaupun kebendaan mereka berkurangan, pun mereka tetap berjaya. Sekiranya kehidupan mereka penuh dgn harta benda dan mereka bawa agama yg sempurna, pun mereka berjaya. Islam tidak pernah mendakwahkan pengikutnya kpd mencari dunia atau menjadi hamba kpd dunia. Islam juga tidak mengajar supaya meninggalkan asbab. Islam mengajar, di mana sahaja kita berada, dlm apa jua jurusan, kita amal agama, disitu ada kejayaan. Pemerintah yg amalkan agama, maka dgn pemerintahannya, Allah akan angkat darjatnya. Peniaga yg bawa agama dlm kehidupannya, maka mereka akan dibangkitkan bersama ambiya, siddiqin, syuhada di akhirat kelak. Org yg miskin, tak berharta tapi amalkan agama, maka Allah akan letakkan mereka disisiNya. Wanita yg amalkan agama, maka di akhirat nanti akan dimasukkan ke dlm syurga terlebih dahulu drp lelaki. Janji Allah dgn agama. Agama yg Alla...