Jor purana sati – raiwind 2017
Usaha
da'wah tabligh akan menjadikan orang yg paling buruk di dunia menjadi yg
terbaik. Sebagaimana melalui usaha da'wah Rasulullah s.a.w, Umar bin Khatab r.a
dari ingin jadi pembunuh Nabi menjadi Amirul Mu'minin, Khalid bin Walid r.a
pembunuh 70 sahabat menjadi saifullah pedang Allah. Tetapi sebaliknya Allah
s.w.t akan jadikan orang2 baik menjadi orang terburuk melalui kerja ini apabila
dalam kerja ini ada maksud2 dunia. Mencari jabatan, mencari dunia, mengambil manfaat
dari jamaah maka Allah s.w.t akan palingkan hatinya dari akhirat ke dunia. Dia
akan jadikan agama sebagai jalan utk dapat dunia. Sebagaiman Ibnu Maljam hafiz
Quran, ahli dzikir, tetapi membunuh Ali r.a kerana ingin kahwin dgn wanita
cantik. Kata Rasulullah s.a.w seburuk buruknya manusia adalah yg membunuh Ali r.a.
Buat kerja
utk islah diri bukan untuk muslih orang lain. Merasakan diri yg paling buruk,
paling berdosa, paling tidak lurus imannya sehingga da'wahnya untuk memperbaiki
diri bukan untuk menasihati orang lain dan merasa dirinya lebih baik dari orang
lain. "Ana khairum minhu" saya lebih baik dari anda, adalah sifat
iblis. Buat da'wah tapi tidak tambah islah dan istighfarnya maka yg akan tambah
ialah kesombongnya. Buat kerja bukan dengan akal dan fikir sendiri, tapi dengan
arahan/usul. Maulana Yusuf rah berkata setiap titik dalam kerja ini harus ikut
sirah nabawiah dari keberkahan kerja Rasulullah s.a.w dan sahabat rhum.
Dalam
perang Khadisia melawan Persia ,
Umar ra. membawa pasukan besar tanpa diberi tahu hendak kemana. Utsman r.a.
bertanya mahu dibawa kemana kami ini ? Ketika dijelaskan mahu ke Persia
maka Utsman r.a keberatan Umar r.a ikut. Umar r.a ditaskil oleh Abdullah bin
Mukrim r.a amir jemaah untuk ikut dan memimpin jemaah. Maka Umar r.a berniat ikut
tapi berkata, saya akan bermesyuarah dgn ahli syura. Maka kata ahli syura kalau
Umar r.a tidak ikut dan pasukan kalah lawan Persia ini hanya kalah dalam
pertempuran saja. tapi kalau Umar r.a ikut dan kalah, maka ini kekalahan Islam.
Maka kata Umar r.a kpd pasukannya, "walaupun kalian mengatakan saya
pengecut kerana tidak ikut, tapi saya taat kepada ahli syura saya. Kalian taat
kpd saya dan saya taat kpd ahli syura." Umar r.a terus berdoa "Ya
Allah menangkan umat Islam dan syahidkanlah saya." Umat Islam diberikan
kemenangan atas Persia ,
dan Umar r.a syahid di Madinah.
Ini adalah
contoh usul da'wah, kita berkorban untuk hidayah umat, bukan menjadi
coordinator pengorbanan orang lain. Kita korban maka Allah s.w.t turunkan
hidayah dan kemenangan. Pelajaran ke-2 dari kisah di atas adalah buat
pengorbanan dengan tertib bukan dengan hasrat dan fikir kita sendiri. Umar ra
ingin berangkat dan syahid tapi diputus tidak oleh musyawarah, walaupun dia Amirul
Mu'minin, dia taat.
Ketika perjanjian
Hudaibiyah umat Islam dizalimi dalam perjanjian, tetapi Allah s.w.t katakan kemenangan
yg besar. Kenapa? Kerana sahabat rhum telah buat pengorbanan yg besar dengan
taat kpd Rasulullah s.a.w, walaupun hati mereka sakit dizalimi dan dilarang utk
buat Umrah. Jadi bukan asal korban, korban ikut arahan (tertib) dan ikhlas,
maka Allah akan jadikan pengorbanan jadi asbab hidayah. 2 tahun kemudian Allah
s.w.t tundukkan Makkah tanpa pertumpahan darah dan sebahagian besar pemimpin musyrikin
Makkah masuk Islam.
Ini sifat
da’i, bukan mahu mengirim musuh2 Islam ke neraka, tapi buat pengorbanan agar
musuh2 Islam masuk syurga. Kerja mengirim manusia ke Neraka adalah kerja iblis
dan itu janji dia kepada Allah, bahawa dia akan mengirim seluruh keturunan Adam
a.s ke neraka bersama dia. Kerja iblis bertentangan dng kerja Nabi s.a.w. Nabi
s.a.w buat kerja agar seluruh manusia masuk syurga dgn mengorbankan dirinya.
Bila maksud baik tapi tidak dengan pengorbanan, seperti Hadad dia korbankan
orang2 lain utk kemaslahatan umat maka walau India jadi Islam, dirinya adalah
sezalim-zalimnya manusia kata ulama yg hidup di zaman itu.
Umar bin
Abdul Aziz rah tujuannya sama memperbaiki umat, tapi yg diperbaiki adalah
dirinya dulu dengan mengorbankan kenikmatan2 dirinya sebagai raja. Maka umat di
zamannya menjadi baik dan dia pun mulia.
Buat
pengorbanan ikut tertib dgn ikhlas. Keluar lagi dan lagi, sehingga Allah s.w.t
hadiahkan keikhlasan.
Insya
ALLAH...
Comments
Post a Comment