Bayan maghrib – bhai mustaq

17/04/2017 – sri petaling

Umat ini bertanggungjawab utk sampaikan agama pd seluruh umat seluruh alam sampai hari kiamat. Tapi hari ni umat telah lupa tentang t/jawab ini maka umat telah jatuh dari pandangan Allah. Bila umat tinggalkan t/jawab maka pintu utk masuk islam telah tertutup dan ramai org mati tanpa kalimah dan masuk neraka. Manusia menuju ke neraka dan kita sedikit pun tak ada kerisauan. Umar r.hu menangis bila lihat satu org yahudi mati. Apa akan dijawab di depan Allah nanti. Hari ni isteri dan anak kita jauh dari agama dan kita sendiri tak ada kerisauan. Bila tinggalkan usaha dakwah, janji2 Allah tak ditunaikan dan doa2 tak diterima. Kebatilan tidak hancur dan hak tidak menang.

Sahabat2 telah dpt kemuliaan kerana buat usaha dakwah manakala umat hari ini telah jatuh kerana tinggalkan usaha dakwah. Mereka telah korbankan segala-galanya utk takazah dakwah tapi kita korbankan segala takazah dakwah kerana dunia. Walaupun kita dah selesaikan urusan dunia masih kita tak ada masa utk takazah dakwah.

Satu ketika nabi s.a.w telah pergi ke rumah fatimah r.ha. Cucu2 baginda, hasan dan husin, sedang menangis kelaparan. Fatimah r.ha sedang solat sambil duduk. Fatimah dlm keadaan kelaparan dan sangat kurus. Tiada susu di badan utk bagi pd hasan dan husin. Nabi s.a.w tunggu hingga fatimah selesai solat. Beliau tanya kenapa? Fatimah jawab, Ali r.hu sedang keluar di jln Allah. Di rumah tidak ada makanan. Nabi s.a.w kata ganjaran yg besar akan menanti kamu di syurga nanti. Anak baginda boleh lapar, cucu2 baginda boleh lapar, tetapi takazah agama tak boleh dikorbankan.

Hari ni, kerana isteri dan anak, kita telah tinggalkan takazah agama. Aishah r.ha kata selama 3 purnama tidak ada api utk dinyalakan di rumah isteri2 nabi, tidak ada apa2 utk dimasak. Kami hanya makan 2 benda hitam iaitu air dan kurma. Tetapi kerja agama tetap diteruskan.  Pengajaran utk semua kita sampai hari kiamat bahawa takazah agama mengatasi takazah2 yg lain.

Mekah boleh ditinggalkan, baitullah boleh ditinggalkan, sohbat dgn nabi boleh ditinggalkan, madinah boleh ditinggalkan, tapi dlm apa keadaan pun takazah agama tak boleh dikorbankan. Sebab itulah sahabat telah mendapat kedudukan yg tinggi disisi Allah. Nabi sendiri telah luka, dibaling dgn batu dan berdarah tapi takazah agama tak boleh ditinggalkan. Nabi s.a.w dan sahabat2 sanggup bagi nyawa utk agama tapi kita pula nak selamatkan nyawa dlm usaha agama. Utk dunia kita sanggup bagi 12 jam tapi utk usaha agama 2½ jam pun tak boleh bagi. 3 hari, 1/10 drp 1 bln, itu pun kita tak sedia nak bentuk jemaah dari masjid kita sendiri. Sahabat telah alirkan darah mereka utk agama tapi kita peluh sikit pun tak sedia. Macam mana Allah nak hidupkan agama di seluruh dunia kalau kita hanya buat amalan memakmurkan masjid seminggu sekali dan itupun hanya ½ jam? Adakah kita dah buat keputusan bahawa kerja ini maksud hidup kita?

Banyak masjid di Malaysia yg belum ada usaha. Ada masjid yg jemaah belum sampai. Disamping kita fikir takazah seluruh alam, kita juga kena fikir takazah dlm negara kita sendiri. Kalau kita buat usaha dgn betul, tak akan ada satu masjid pun yg tak hidup dgn amal di Malaysia ni. Melalui gasht ke-2 dan  jemaah 3 hari, kita hidupkan masjid2 yg berhampiran dan di kawasan pendalaman. Melalui usaha 2½ jam. 100% org islam diziarahi dan dilibatkan dgn kerja agama. Dan melalui jemah 4B/40H kita usahakan supaya semua amalan ni dpt disampaikan ke seluruh negara dan ke seluruh dunia. Separuh drp rakan2 seusaha yg dah keluar 4B/40H tidak lagi terlibat dgn usaha agama. Mereka perlu diziarahi. Sebagaimana tidak mungkin satu org islam keluar dari islam, begitu juga tak mungkin satu org yg telah keluar 4B/40H tinggalkan usaha agama. Kita kena doa supaya Allah kembalikan mereka buat usaha agama. 


Usaha dikalangan masturat pun sangat lemah. Nabi s.a.w telah libatkan wanita dlm usaha agama pd hari pertama mendapat nabuwwah. Nabi s.a.w telah buat usaha di kalangan lelaki, wanita dan kanak2. wanita juga kena keluar di jln Allah. Kalau wanita tak ada fikir agama, bagaimana agama boleh dth kpd kanak2. wanita bertanggungjawab utj sampaikan agama pd kanak2. banyak kerja yg perlu dibuat.

Apa usaha yg kita dah buat, kita syukur pd Allah tapi kita tak boleh berpuas hati dgn usaha yg telah dibuat. Peniaga yg bagus ialah peniaga yg tak tengok berapa banyak barang yg telah dijual tapi dia tengok berapa banyak lagi barang yg belum terjual. Bila kita jadikan kerja ini sebagai maksud hidup dan buat sungguh2 maka Allah akan hancurkan segala kebatilan. Dgn fikir risau dan pengorbanan maulana ilyas, Allah telah gerakkan agama ke seluruh dunia. Dan kita juga kena fikir risau agar usaha agama bertambah maju di m’sia. Kita buat usaha agama dgn korbankan dunia kita.

Kerja agama telah berjalan dgn nehesh dan mizaj yg sama sejak dari zaman maulana ilyas, maulana yusuf, maulana inamul hasan sehiggalah sekarang. Janji Allah atas kerja. Bantuan Allah akan bersama kita bila buat kerja spt mana diberitahu. Jgn buat kerja ikut mana2 individu. Org akan berubah. Kesan pengorbanan dan tangisan di nizamuddin tetap sama.

110 negara telah diberi kpd m’sia utk disempurnakan takazah. Kita kena hantar jemaah ke sana. Kita semua bertanggungjawab utk seluruh dunia. Kita juga bertanggungjawab utk hidupkan 100% masjid di seluruh Malaysia. Kita semua bertanggungjawab utk bawa 100% lelaki dan wanita kpd usaha dakwah ini. Allah s.w.t telah beri keistimewaan kpd negara Malaysia. Banyak negara yg boleh pergi tanpa visa, visa on arrival. Hargailah anugerah ini. Akan dtg satu masa nanti, begitu banyak jemaah nak keluar, sehingga kena tunggu giliran. Perkara ni pasti akan berlaku. Satu masa dulu, nak bentuk jemaah 3hari kena pergi markaz. Hari ni jemaah negara jauh dibentuk di masjid masing2. sebelum dtg masa tersebut, ambillah peluang ini sekarang.

Tambah korban, tambah fikir, tambah doa, tambah taubat dan istighfar. t/jawab kita utk jumpa setiap org islam. nabi s.a.w telah pergi setiap setiap rumah dan kabilah. Pd musim haji, nabi pergi ke setiap khemah. Utk dunia kita bagi 24 jam, tapi utk usaha agama tak sedia nak bagi 2½ jam. Batil tak akan hancur kalau kita hanya ikut tertib. Batil akan hancur bila kita buat pengorbanan.

Nabi s.a.w telah diperintah utk tinggalkan mekah dan keluarga. Tapi kita pula nak buat usaha agama dgn duduk di rumah. Tak mungkin. Kita kena tengok pengorbanan sahabat. Kalau ikut sahabat kita akan berjaya. Sahabat umpama bintang2 di langit. Sahabat bersohbat dgn nabi s.a.w. Kita pula perlu bersohbat dgn elders. Org2 lama kena bagi masa 2 bln di nizamuddin. Maulana Yusuf kata, dtglah ke nuizamuddin 3 kali setiap thn barulah kamu akan cakap sebagaimana kami cakap, kalau tidak kamu akan cakap apa yg kamu nak cakap. Apa2 yg diberitahu oleh nizamuddin, itulah keperluan kerja utk seluruh dunia. Dtg ke nizamuddin, tengok dan dengar sendiri apa yg ada di nizamuddin. Jemaah2 masturat juga banyak yg dtg ke nizamuddin dari seluruh dunia.

Kerja ini berjalan di seluruh dunia dgn satu nehesh, satu cara sebagaimana yg diberitahu oleh nizamuddin. Jgn kita terkesan/beriman dgn apa yg telah disebarkan melalui whatsapp. Jgn kita forward message yg kita tak pasti. Jauhkan diri kita drp alatan2 moden yg merosakkan kerja. Jgn kita mengumpat. Jgn kita sangka buruk. Inilah yg syaitan nak supaya kita bergaduh antara satu sama lain. Bila kita berpecah dan bergaduh, kita tak akan dipandang oleh Allah. Kita nak satukan umat. Kita bukan nak pecah belahkan umat. Kita kena satu hati dan satu fikir, maka Allah akan hancurkan kebatilan di seluruh dunia dan sebarkan kerja dakwah di seluruh dunia. Tanpa satu hati, tiada bantuan Allah.

Tertib kerja ialah setiap individu ada hubungan dgn jemaah masjid dia. Setiap jemaah masjid ada hubungan dgn tempat sabguzari dia. Setiap tempat sabguzari ada hubungan dgn markaz di negara dia. Markaz setiap negara ada hubungan dgn masjid banglawali di nizamuddin.

Org baru yg kita bawa akan ditashkil supaya keluar 4B seumur hidup, 40H setiap thn, 3H setiap bulan, 2½ jam setiap hari. Adakah org lama yg dah buat usaha selama 20-30 thn di tashkil perkara yg sama? Kalau org lama tak tingkatkan pengorbanan, mcm mana org baru nak meningkat. Org lama kena keluar 4B setiap thn, 10H setiap bln, 8jam setiap hari. Tapi hari ni org lama bagi ½ jam sahaja. Mcm mana umat nak maju. Majukanlah diri kita dan kerja ini.

Jadikan bln Ramadan bln dakwah. Bila buat usaha di bln Ramadan dgn sungguh2, maka lagi 11 bln akan jadi mudah utk kita buat usaha. Keluar 3H, 3-4 kali di bln Ramadan. Tambah masa di bln Ramadan. Ziarah setiap org islam dlm mahalah. Banyakkan ikhtilat. 11 bln kita bagi masa utk dunia. Bln Ramadan adalah masa utk kita bina hubungan dgn Allah dan dgn hamba Allah. Kita ada peluang 24jam utk memakmurkan masjid. Selalunya kita akan tingkatkan ibadat dlm bln Ramadan, solat sunat, tilawah quran, zikir, kita kurang bagi masa utk dakwah. Kesannya ialah sepanjang thn kita tak ada keinginan utk buat dakwah. Biasanya kita khatam quran 5 kali dlm bln Ramadan, kita cuba khatam 4 kali sahaja dan masa yg selebihnya kita bagi masa utk dakwah. Perang badar dlm bln Ramadan, perang uhud dlm bln Ramadan. Fatah mekah dlm bln Ramadan. Banyak rahmat Allah turun. Banyak pintu berkat dibuka. 10hari terakhir iktikaf di masjid. Hidupkan setiap masjid 24jam di bln Ramadan.

Siapa sedia 4B setiap thn, 10H setiap bln, 8 jam setiap hari…bangun
Buat jor bulanan halaqah.
Buat jor masturat setiap thn 2 kali.
Setiap bln yg ke-3, keluar masturat 3H
Semoga Allah terima kita semua utk pergi seluruh alam

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir