Jor karkun 4B/ulamak 2017 - bayan maulana shamim

09/04/2017 - Bayan hidayat
sri petaling

Amalan yg paling disukai dan diredai oleh Allah drp amalan2 yg lain ialah amalan keluar di jln Allah. Berada dijln Allah sangat berharga dan bernilai, sehingga semua nabi2 bercita2 nak mati di jln Allah. Nabi s.a.w sendiri pernah menzahirkan keinginan baginda utk syahid di jln Alah. Kemudian aku keluar lagi dan dibunuh syahid di jln Allah. Ada riwayat kata sehingga 7 kali nabi ulang perkara tersebut. Keluar di jln Allah sangat bernilai dgn syarat kita gunakan masa dgn betul. Jgn kita mensia2kan masa semasa berada di jln Allah. Jgn semata2 utk makan angin, berjalan2 dan bersuka ria. Kita keluar di jln Allah dgn menyibukkan diri kita dgn amal. Bila sibuk dgn amal barulah kita dipanggil sedang keluar di jln Allah. Barulah ia akan jadi bernilai dan disukai oleh Allah.

Maulana Yusuf kata, sebagaimana solat adalah nama bagi himpunan 4 amalan yg besar iaitu qiam, rukuk, sujud dan duduk tahiyat akhir. Kalau tak ada salah satu dari perkara ini maka dia tidak dikira sedang bersolat. Begitu juga berada di jln Allah, kena sibukkan diri dgn 4 amalan iaitu dakwah illallah, taklim taklum (belajar dan mengajar), ibadat (solat dan zikir) dan khidmat. Kalau takbuat 4 perkara ini maka dia tak dikira sedang keluar di jln Allah. Keempat-empat amal tersebut adalah amal hidayah. Keempat-empat amal tersebut adalah amal nabuwwah. Keempat-empat amal tersebut adalah maksud hidup umat nabi s.a.w.

Debu2 yg terkena pd badan org keluar di jln Allah, maka diharamkan api neraka dari menyentuh badan tersebut. Satu ketika seorang pemuda keluar di jln Allah bersama nabi s.a.w, Dlm perjalanan, dia berjalan agak jauh sikit dari jemaah, mengasing diri dari jemaah. Nabi tanya kenapa berjalan jauh dari kami? Tak berjalan bersama2 dgn kami? Pemuda itu jawab, kerana bila berjalan bersama jemaah, banyak debu2 akan naik dan kotorkan muka dan pakaian saya. Nabi s.a.w kata, di akhirat nanti debu2 ini akan dijadikan wangi2an. Bila dengar nabi kata macam tu, pemuda tersebut terus berjalan bersama dgn jemaah dan mula menghentak2kan kakinya supaya banyak debu naik ke atas dan kena muka dan pakaiannya. Dlm riwayat yg lain, debu2 di jln Allah akan dijadikan bedak utk mencantikkan wajah2 ahli syurga.

Bila debu2 di jln Allah begitu bernilai di sisi Allah, apatah lagi solat yg kita tunaikan semasa berada di jln Allah, zikir/quran yg kita baca di jln Allah, segala kesakitan yg kita tanggung di jln Allah, semuanya sangat bernilai disisi Allah. Setiap amalan yg kita buat di jln Allah, lebih bernilai dari 7 petala langit dan 7 lapis bumi. Org yg sakit kepala di jln Allah dan bersabar atas kesakitan tersebut dan mengharapkan ganjaran dari Allah maka Allah ampunkan dosa2 seluruh hidup dia.

Satu org yg baca 1000 ayat dari al quran semasa di jln Allah, maka namanya akan ditulis dlm senarai nama para nabi, ambiya, siddiqin, syuhada dan solihin. Begitu bernilai amal di jln Allah, maka sebab itulah semua sahabat berlumba2 utk syahid di jln Allah. Sahabiah bercita2 bagaimana suami dan anak2 mereka syahid di jln Allah supaya di hari kiamat nanti dia akan dibangkitkan bersama dgn mereka dan masuk syurga bersama dgn mereka.

Satu org sahabat yg baru berkahwin, selepas satu malam bersama dgn isterinya, keesokan paginya selepas solat subuh jemaah telah dibentuk utk keluar di jln Allah, dia bersama dlm jemaah tersebut, amir telah dilantik dan route telah diberi. Dia bagitahu amirsab jemaah, dia baru kahwin dan baru satu mlm bersama isteri, dia minta izin nak balik dan bagitahu isterinya bahawa dia nak keluar di jln Allah. Bila balik dan bagitahu isteri, maka isterinya menangis. Dia kata jgn menangis. Tapi isteri dia kata saya menangis bukan sebab abg nak keluar di jln Allah, saya menangis sebab abg pengecut. Kenapa kena balik dan bagitahu saya. Org lain tak balik pun, mereka terus keluar di jln Allah. Kalau abg terus keluar lebih saya suka lagi. Inilah jasbah yg telah dibentuk dlm wanita2 zaman sahabat. Mereka ada jasbah pengorbanan utk agama Allah. Mereka tahu nilai ganjaran org keluar di jln Allah.

Hari ni, wanita2 kita tiada tarbiyah, tiada suasana dakwah, tiada suasana menceritakan kepentingan keluar di jln Allah, isteri tak sedia utk lepaskan suami keluar di jln Allah. Fikir mereka tak terbentuk. Kita tak wujudkan suasan dakwah di rumah, kita tak hidupkan amal2 masjid di rumah, oleh itu suasana tak wujud dlm umat hari ni. Tapi kalau wujud suasana tersebut dlm rumah kita, maka insyaAllah akan ada dlm diri setiap umat ini, tua muda, kaya miskin, lelaki wanita, kanak2, semua mereka akan ada keinginan utk mati di jln Allah. Oleh tiu, semua yg nak balik kena hidupkan taklim dgn 5 amal di rumah.

Semasa keluar di jln Allah, pertama sekali kita belajar iman. Kedua, kita belajar perkara2 yg fardu. Ketiga, belajar perkara yg wajib. Keempat belajar perkara yg sunat.


Perkara pertama kena belajar ialah belajar iman. Belajar utk betulkan yakin kita. Syaitan akan bagitahu pd kita bahawa kamu tak payah belajar yakin dulu, kamu hafal doa dulu. Hati kita suka utk baca doa, hafal doa dan nafsu kita tak suka belajar iman sebab nak belajar iman kena pergi jumpa org, kena buat dakwah. Dlm belajar iman, nafsu terpaksa dikorbankan, kena mujahadah, kena marah dgn org, org tak suka. Hafal doa tak mujahadah, hanya duduk dlm masjid aje. Sebelum belajar doa, kena belajar yakin yg akan menyebabkan doa2 itu diterima oleh Allah. Dgn yakin yg betul baru doa akan diterima. Bila yakin betul, Allah akan bagi taufik utk amalkan doa2 yg dipelajari. Syarat doa diterima ialah kena ada yakin yg betul.

Cara yg paling berkesan utk kita betulkan yakin ialah dgn dakwah. Maulana ilyas kata, apa2 sifat yg kamu nak wujudkan dlm diri kamu dan kamu nak dptkan hakikatnya ialah dgn cara mendakwahkan sifat tersebut. Utk dpt hakikat iman, maka kena dakwah kpd iman. Kalau nak hakikat solat, maka kena dakwah kpd solat maka Allah akan bagi pd kita hakikat solat. Kalau kita nak hakikat zikir dan ilmu, maka kita kena dakwah kpd zikir dan ilmu. Kalau kita nak hakikat ikram, akhlak yg mulia, kita kena dakwah kpd sifat ikram maka Allah akan bagi hakikat ikram pd kita. Begitu juga dgn hakikat ikhlas, kita kena dakwah kpd ikhlas. Kalau nak hakikat keluar di jln Allah, kita kena dakwah kpd sifat keluar di jln Allah. Bila dakwah kpd sifat2 tersebut, maka sifat2 tersebut akan dtg dlm diri kita. Dgn dakwah juga sifat ini akan kekal istiqamah dlm diri kita.

Kita kena buat dakwah utk keluarkan dari hati kita yakin yg salah dan dtgkan yakin yg sahih. Setiap hari kena buat 5 jenis gasht semasa keluar utk betulkan yakin. Jgn kita tinggalkan mana2 masjid selagi kita tak sempurnakan 5 gasht tersebut:
  1. khususi gasht
  2. taklimi gasht
  3. tashkili gasht
  4. ummumi gasht
  5. usuli gasht

Dgn dakwah melalui 5 gasht ini, akan sucikan hati kita, supaya masuk dlm hati kita keyakinan hanya pd Allah, kpd kudrat Allah, kpd janji2 Allah, keyakinan kpd kehidupan selepas mati, kita akan dibangkitkan di padang mahsyar, kita akan dihisab, keyakinan pd syurga, keyakinan pd neraka. Dan akan keluar dari hati kita keyakinan pd harta, keyakinan pd kerajaan dan pemerintahan, keyakinan pd kedudukan dan pangkat, keyakinan pd asbab dan benda. Yg buat segala-galanya ialah Allah. Yg bagi menafaat dan mudarat hanya Allah, yg selesaikan masalah kita hanya Allah. Utk dtgkan keyakinan ini maka setiap hari kena bagi dakwah melalui 5 gasht yg disebutkan tadi. 


Iman tak akan terbentuk tanpa dakwah. Tanpa dakwah yakin yg salah tak dpt dikeluarkan dari hati kita, keyakinan pd harta, pd makhluk, pd diri sendiri. Apa yg dilihat dgn mata akan masuk dlm hati dan merosakkan yakin kita. Apa kita kena buat? Pertama, apa yg kita nampak kita kena nafikan dgn lidah kita dan ingkarkan dgn hati kita. Bila kita nampak benda boleh buat sesuatu, boleh bagi menafaat, boleh bagi mudharat, boleh bagi senang, boleh bagi susah, maka dgn lidah kita nafikan dan dgn hati kita ingkarkan, semua makhluk dari bumi sampai ke langit, hatta jibrail a.s sekalipun, semua tak boleh buat apa2. Bila kita nafikan semua makhluk, baru separuh iman, tak sempurna lagi. Yg kedua, kita nafikan diri kita sendiri, duit yg ada pd saya tak boleh buat apa2, usaha dan kepandaian saya tak boleh buat apa2. Nafikan semua makhluk dan nafikan diri, barulah sempurna iman kita. Penafian semua makhluk dan diri kita, ini di panggil ‘lailaha’. Semua berlaku dgn kehendak Allah, semua dtg dari Allah, Allah yg menentukan segala-galanya, ini di panggil ‘illallah’. Cantuman 2 perkara ini barulah di panggil lailahaillallah. Untuk dptkan yakin inilah maka setiap hari kena buat dakwah.


Hari ini kita kata Allah yg buat, Allah yg berkuasa tapi dlm hati ada ‘tapi’. Ini yakin yg rosak dan salah yg menghalang kita dari mendapat bantuan Allah. Yakin yg salah ini telah mengotorkan hati kita hingga menjadi lebih busuk dari taik. Bila hati dah busuk, mcm mana kebesaran Allah akan dtg dlm hati kita? Walaupun kita dah keluar berkali-kali 4B, tapi juzuk pertama dari kalimah ini ‘lailaha’ pun belum masuk lagi dlm hati kita. Usaha yg sahabat telah buat utk memasukkan keyakinan yg betul dlm hati pun memakan masa 13 thn. Dan kita pulak anggap dah keluar 4B sekali dah dpt belajar yakin. Kita kena habiskan seluruh hidup kita utk masukkan hakikat kalimah ini ke dlm hati kita, baru kita telah berjaya, kita telah buat satu perniagaan yg sangat menguntungkan. Khulasahnya ialah, bahawa selain dari Allah, seluruh makhluk tak boleh buat apa2, ‘lailaha’ dan Allah yg buat segala-galanya, ‘illallah’.

Perkara ke-2, nak bentuk yakin ‘muhammadurasulullah’. Kita menyakini hanya dgn cara nabi, tarekat nabi yg boleh bagi kejayaan, segala cara2 yg lain, cara masyarakat, cara negeri, cara bangsa, semua cara lain selain dari cara nabi tidak boleh bagi keyajaan pd kita. Oleh itu kita kena anggap semua sunnah nabi, walaupun sunnah yg mudah, simple, kita kena anggap semua sunnah lebih berharga dari 7 petala langit dan 7 lapis bumi. Kalau kita ambil sehelai cadar dan diletakkan pd badan nabi s.a.w, walaupun hanya 5 minit, kain yg pernah bersentuhan dgn badan nabi lebih berharga dari seluruh dunia. Kain yg terkena badan nabi pun begitu berharga apatah lagi betapa berharganya amal2 yg keluar dari badan nabi s.a.w.

Kita keluar di jln Allah utk bina hubungan/takluk kita dgn Allah. Kita nak dpt makrifatullah, kita nak dpt kenal Allah s.w.t dan cara utk dpt dari Allah ialah dgn cara muhammad s.a.w. Tidak ada cara lain selain dari cara nabi s.a.w. Bila org islam dpt bina hubungan dgn Allah, dpt bina yakin yg sahih dgn Allah dan kehidupan kita 100% ikut cara baginda nabi s.a.w, maka yakinlah Allah bersama kita, kudrat Allah, pertolongan Allah, Nizam ghaib Allah akan bersama kita. Semoga Allah bagi taufik utk kita menyakini atas perkara ini.

Perkara ke-3, kita kena duduk dlm taklim dan belajar menyakini tentang janji2 Allah. Kita bagi masa 4 jam setiap hari utk bina dlm hati kita keyakinan pd janji2 Allah. Kesemua fadhail2 adalah janji2 Allah. Janji2 Allah akan disempurnakan oleh Allah bila keyakinan pd janji2 itu ada dlm hati kita. Apabila sesorang hamba buat sesuatu amal ikut cara nabi s.a.w, buat dgn yakin yg betul pd Allah, semata-mata utk dpt redo Allah, dgn penuh tawajjuh dan tumpuan pd Allah, dgn mengingati segala janji2 Allah, dgn penuh harapan, penuh keinginan, barulah Allah akan tunjuk kehebatan kudratNya, Allah akan sempurnakan janjiNya dgn kudratNya. Kudrat Allah bersama dgn janji2 Allah. Janji2 Allah bersama dgn perintah2 Allah


Buat taklim 4 jam. Taklim pagi baca kitab muntakhab hadith. Semasa taklim, buat taklimi gasht. Jumpa org islam disekeliling masjid, cakap tentang janji2 Allah, sediakan mereka utk dtg ke masjid dan ambil bahagian dlm taklim di masjid. Inilah maksud dan tujuan gasht. Bawa org diluar masjid dtg ke masjid.

Bahagian yg ke-2 dlm taklim ialah halaqah quran. Kena pastikan setiap ahli jemaah dpt betulkan bacaan quran mereka. Tajwid dan makhraj yg betul. Fardu ain bagi setiap org islam utk belajar quran. Bacaan yg fardu dlm solat kena dibetulkan.

Bahagian yg ke-3 dlm taklim ialah muzakarah 6 sifat. Maksud muzakarah 6 sifat bukan utk belajar bayan, bahkan bagaimana kita dpt usaha supaya 6 sifat ini dpt dtg dlm kehidupan kita. Kehidupan kita 24jam, setiap perkara yg kita buat hendaklah bersama dgn 6 sifat. Setiap ahli jemaah kena cakap 6 sifat. Supaya setiap ahli jemaah jadi da’i. Inilah maksud, supaya setiap org jadi da’i. Bila jadi da’i, barulah yakin akan terbentuk. Bila jadi da’i, barulah istiqamah dlm amal. Bila jadi da’i, baru ada kekuatan utk amal. Bila jadi da’i, baru dpt hidayat. Utk jadi da’i, setiap org kena keluar buat gasht. Semua org kena jadi mutakallim. Semua org kena bagi bayan. Supaya setiap ahli jemaah kita, dlm masa 40hari boleh belajar bawa jemaah. Hari ni walaupun kita dah berpuluh kali keluar 40 hari tapi masih tak sedia jadi amir jemaah nak bawa jemaah keluar sebab kita tak ada istiqdat, sebab kita tak belajar semasa keluar. Istiqdat akan terbentuk bila kita belajar bagi dakwah.

Taklim petang, kita baca fadilat amal dan fadilat sedekah. Selepas tu, kita kena sibukkan diri dgn belajar dan mengajar. Taklim ada 2 bahagian, ilmu fadail dan ilmu masail. Hasil dari taklim fadail, akan dtg keghairahan dan keinginan utk laksanakan perintah2 Allah. Utk perintah2 Allah diterima, kita perlu belajar ilmu masail. Ilmu masail perlu belajar dari alim ulamak. Kita tanya amalkan apa yg mereka beritahu. Oleh itu, kita kena menyakini bahawa menziarahi ulamak adalah ibadat. Kita kena anggap sebagai satu tuah bila duduk dlm majlis ulamak. Sejauh mana kita muliakan ulamak, maka sejauh itulah kejahilan akan hilang drp kita. Dgn kita mendampingi ulamak, kejahilan akan hilang. Bila kita sayang dgn ulamak, maka Allah akan lahirkan dari keturunan kita ulamak. Ada 2 jenis ulamak. Ada yg 100% amalkan syariat dan sunnah dlm kehidupannya. Ada alim ulamak yg amalan dan syariat lemah. Tetapi kita kena muliakan dan hormat kedua-dua mereka. Tapi kita dengar dan taat pd yg amalkan syariat dlm kehidupan mereka. Sebagaimana quran yg salah cetak. Kita tak buang quran tersebut. Kita letak di tempat tinggi tapi kita tak baca. Begitu juga kita beriman pd semua nabi2 tapi kita hanya taat pd nabi s.a.w.  Kita tak akan hina mana2 ulamak, kita tak akan merendahkan mana2 ulamak, kita tak akan mengumpat mana2 ulamak, kita akan sebut nama mereka dgn penuh kemuliaan, kita tak akan cari aib sesiapa, kita tak akan cerita kekurangan dan kelemahan mana2 ulamak, tapi dlm usaha tabligh ini, kita kena hormat dan muliakan ulamak2 dlm usaha tabligh ini. Kita akan jaga usaha agama ini dan kita akan jaga rakan2 seusaha sebagaimana kita jaga anak2 dara kita. Kita kena jaga usaha ini lebih dari kita jaga nyawa kita sendiri. Bila jaga usaha ini, Allah akan jaga kita. Bila kita bantu usaha ini, Allah akan bantu kita. Kita kena yakin atas perkara ini.


Perkara ke-4 ialah usaha atas solat. Sebagaimana kita bagi dakwah pd iman, dakwah pd ilmu, kita juga kena dakwah pd solat. Sebelum setiap amal kena ada dakwah. Kenapa? Supaya dtg kesempurnaan dlm amal tersebut. Supaya dtg hakikat dlm amal. Sebab itulah gasht dibuat diantara 2 waktu solat. Supaya solat kita selepas buat gasht akan jadi lebih baik, lebih elok, lebih tinggi kualitinya drp sebelum gasht. Azan dulu atau solat dulu? Kalau nak hakikat solat maka kita kena dakwah kpd solat. Dlm usaha kita bukan dakwah supaya org dtg solat, muazzzin akan panggil org dtg solat. Sebenarnya kita kita ajak org kpd hakikat solat. Dgn perantaraan solat, dpt menghidupkan org yg telah mati, solat yg dpt menurunkan hujan dari langit, solat yg dpt mengeluarkan air dari bumi, solat yg dpt menurunkan malaikat utk bantu kita. Kita kena latih diri kita utk dpt hakikat solat spt ini. Bantuan Allah adalah hak. Solat yg macam mana yg akan dpt bantuan Allah? Solat yg mirip mcm solat nabi s.a.w. 

Kita kena latih diri kita secara amali utk solat sebagaimana solat nabi s.a.w. Jgn sekali-kali kita anggap solat kita telah sempurna kerana dgn perantaraan solat kita masih tak dpt ambil menafaat secara langsung dari Allah. Kesan istimewa drpd kalimah ialah dpt mencegah kita drp perkara2 yg haram. Begitu juga kesan istimewa drp solat ialah dpt cegah kita dari segala kemungkaran dan kemaksiatan dan akan mendorong kita utk amalkan islam yg sempurna dlm diri kita. Kalau solat kita baik san sempurna maka kehidupan kita akan jadi baik dan sempurna. Maulana Yusuf kata, Allah telah kurniakan pd umat islam solat yg bertentangan dgn seluruh dunia. Ada kekuatan yg hebat dlm solat. Seluruh kehidupan kita kena dtg atas sifat solat. Kita laksanakan setiap perintah Allah dlm solat dgn cara nabi s.a.w, dari hujung rambut sampai hujung kaki, zahir dan batin. Begitu juga dlm kehidupan 24 jam, kita akan buat apa yg Allah perintah dgn cara yg ditunjukkan oleh nabi s.a.w. Inilah yg dikatakan hidup dgn sifat2 solat, ikut perintah Allah dan amalkan sunnah nabi s.a.w.

Kita kena belajar solat sebagaimana nabi solat. Kita kena wujudkan 5 perkara dlm solat:
  1. keyakinan atas kalimah
  2. ilmu fadail, yakin atas segala janji Allah. ihtisab
  3. ikut cara nabi s.a.w
  4. sifat ehsan. Seolah2 melihat Allah atau Allah sedang melihat kita. Dgn itu, kita akan dpt sifat kusyuk dan khuduk. Kita kena usaha supaya kita ingat hanya Allah dan tak ingat benda2 yg lain dlm solat
  5. ikhlas. Utk dpt keredaan Allah. 
Kita kena jaga solat fardu. Kita kena ambil berat utk solat dgn takbiratul ula, dgn berjemaah di saf yg pertama. Bila berada di jln Allah kita kena solat 9 waktu. 5 waktu yg fardu. 4 waktu solat nafil. Kita kena latih supaya bila balik rumah nanti kita dpt jaga solat2 nafil kita. Solat2 nafil ada kedudukan yg sangat tinggi. Org yg jaga solat fardu sahaja tak di panggil ahlullah tapi org yg jaga solat nafil di panggil ahlullah. Ahlullah adalah org yg istiqamah atas sunnah nabi. Satu org yg istiqamah atas satu sunnah nabi lebih baik dari 1000 karamah.

4 solat nafil :
  1. isyrak
  2. dhuha
  3. awwabbin
  4. tahajjud
solat tahajjud adalah fardu atas nabi2. Selama 1 thn telah difardukan pd sahabat. Dakwah satu org da’i cacat jika dia tak jaga solat tahajjud. Usaha di siang hari hanya dpt dirikan rangka sahaja. Dgn tahajjud di waktu malam, menangis dan doa maka Allah akan letakkan roh atas apa yg kita usahakan. Kita latih solat sunat sehingga 20 rakaat setiap hari hingga dtg tumpuan hanya pd Allah.

Hari ni, kita banyak buang masa dgn handphone. Niat jgn bawa hp masa keluar. Kalau terbawa, simpan dgn amirsab. Kalau ada perkara penting yg kita kena guna talipon, minta kebenaran dari amirsab, depan amirsab kita cakap perkara yg perlu sahaja. Semoga Allah maafkan kita hari ni, paling banyak masa kita sia-siakan dan paling banyak duit kita sia-siakan pd handphone. Bukannya haram tapi perlu dijauhkan barulah kita akan rasa seronok buat amal. Kalau tidak, kita solat tapi hati pd handphone.

Sebelum safar, kita solat sunat 2 rakaat. Bila ada hajat dan keperluan, tanpa bagitahu sesiapa, kita solat hajat 2 rakaat. Kita kena berkali-kali solat taubat setiap hari. Selepas setiap amal kita kena bertaubat pd Allah sebab kita tak dpt tunaikan hak amal tersebut. Semoga Allah maafkan segala kesilapan dan kekurangan dlm amal yg kita buat tadi dan semoga Allah terima amal tersebut.

Perkara ke-5, ialah usaha atas zikrullah. Belajar berzikir dgn tumpuan pd Allah/tawajjuh, berwuduk, mengadap kiblat. Dlm usaha tabligh ini, kita diminta utk habiskan zikir 300 pagi dan 300 ptg supaya dpt jlnkan kehidupan dgn hati yg tawajjuh pd Allah dan hilangnya kelalaian drp hati. Bila satu org islam lalai/lupa pd Allah, maka syaitan akan serang hati dia. Nabi telah ajar pd umat ini ada doa2 dan zikir yg perlu dibaca pd setiap waktu dan keadaan supaya umat ini ingat Allah setiap masa. Kita kena latih berzikir seoalah2 kita sedang berzikir di hadapan Allah. Berzikir dgn penuh keyakinan dan merasai Allah sedang mendengar zikir kita dan sedang bersama dgn kita. Maksud dari zikir ialah supaya kita hanya terkesan dgn Allah dan keluar dari hati kita kesan2 selain dari Allah. Kita kena sentiasa mengingati Allah. Saat dan ketika ini apa yg Allah hendak dari saya. Oleh itu dikatakan setiap ketaatan adalah zikrullah. Kita kena sibukkan diri kita dgn ketaatan pd Allah, pd rasul dan pd amir. Selagi kita sibuk dgn ketaatan maka selagi itulah kita dikasihi oleh Allah. Kita ke ihtimam dgn zikir 300 pagi dan 300 ptg :
  1. kalimah ke-3
  2. selawat
  3. istighfar 
zikir yg paling besar ialah tilawah quran. Semasa baca quran, kita kena yakin bahawa ia adalah kalam Allah. Nur yg ada pd Allah terdapat pd kalam Allah. Kita baca setiap huruf dgn betul dan dgn tumpuan pd Allah, maka nur Allah akan berpindah dgn perantaraan al quran ke dlm diri kita. Al quran adalah sumber hidayat utk seluruh manusia, maka kita kena doa supaya Allah bagi hidayat pd kita melalui perantaraan quran. Setiap hari kena baca 1 juzuk al quran. Yg tak pandai baca quran, kena belajar 1 ayat setiap hari. Belajar 1 ayat quran lebih baik dari 100 rakaat solat sunat.


Perkara ke-6 ialah kita kena buat usaha utk betulkan akhlak kita. Akhlak ialah melihat kebaikan dlm keburukan org lain dan melihat keburukan dlm kebaikan diri sendiri ialah ikhlas. Kita kasih pd org lain maka org akan kasih pd kita. Kita muliakan org lain maka Allah akan muliakan kita. Kita doakan utk org lain maka malaikat akan doakan utk kita. Kita sembuyikan keaiban org, maka Allah akan sembunyikan keaiban kita. Akahlak yg tinggi ialah kita maafkan hak2 kita dan tunaikan hak2 org lain. Menunaikan hak inilah agama. Bila dpt tunaikan hak org lain barulah agama kita sempurna. Pemeliharaan agama Allah letak dlm akhlak dan penyebaran agama juga Allah letak dlm akhlak.

Akhlak ada 3 bahagian :

  1. akhlak hasanah. Diberi pd musa a.s dan diberi juga pd umat ini
  2. akhlak karimah. Diberi pd isa a.s dan juga diberi pd umat ini
  3. akhlak azimah. Diberi pd nabi s.a.w dan juga diberi pd umat ini.
Akhlak hasanah ialah ambil tindak balas. Bila org tamper kita, maka kita tampar balik pd tempat yg sama dgn kelajuan yg sama. Kalau kita maafkan lebih baik. Kalau ambil tindakbalas maka ia tak akan habis sampai bila2.

Akhlak karimah ialah bila satu org tampar pipi sebelah kiri, kita suruh dia tampat lagi sekali pipi sebelah kanan. Habiskan marah kamu. Buat apa yg kamu nak buat. Tampar sepuas hati kamu. Kemudian kita maafkan dia.

Akhlak azimah ialah akhlak agung nabi s.a.w. Org buat jahat dgn kita, kita maafkan dia dan kita buat baik dgn dia dan kita bagi hadiah pd dia. Inilah akhlak yg sahabat2 telah usaha wujudkan dlm diri mereka dan dgn akhlak inilah agama telah tersebar ke seluruh alam.

Hari ni, kita telah tinggalkan akhlak dan jadi org zalim. Doa org zalim tak diterima oleh Allah. Sebab tu Allah tak terima doa kita hari ni. Siapa org yg zalim? Zalim ialah kita tak menggunakan kehidupan kita atas maksud apa yg Allah telah ciptakan kita. Begitu juga umat ini, Allah telah ciptakan umat ini utk jlnkan usaha nabi s.a.w utk meninggikan kalimah Allah. Harta dan diri umat ini, istiqdat, kemampuan dan kebolehan umat ini adalah utk jlnkan usaha nabi s.a.w dan sebarkan agama ke seluruh alam. Akan tetapi umat ini telah salahgunakan diri dan harta, kemampuan dan kebolehan, ia digunakan utk keinginan nafsu, utk kemahuan dan kemaksiatan, maka umat ini telah jadi zalim dan doa org zalim tak akan didengar oleh Allah. Semua kita kena berhenti dari kezaliman.

Bila umat ini berhenti buat usaha dakwah maka kebatilan akan ambil faedah dari diri, harta dan kemampuan umat ini. Bila umat dtg atas kerja dakwah, maka melalui harta, diri dan kebolehan umat ini maka hak dan kebenaran akan dpt faedah. Hari ni kebatilan seluruh dunia telah ambil faedah dari diri dan harta umat ini. Kehidupan batil berasaskan keinginan2 nafsu dan berlebih-lebihan dlm keperluan manakala hak ialah buat baik pd org dan bersederhana dlm kehidupan. Bila umat jadikan kehidupan ikut hawa nafsu dan buat perkara yg sia-sia, maka umat ini akan jadi hina dan bakhil.

Bila umat jalani kehidupan berdasarkan perasaan kasih sayang, buat baik pd org, maka umat akan jadi dermawan dan bantu org lain. Oleh itu, kita keluar di jln Allah utk belajar kesederhanaan dlm hidup. Sederhana dlm makan minum, sederhana dlm pakaian, sederhana dlm tempat tinggal dan kenderaan. Dgn cara ini akhlak akan hidup. Kita belajar maafkan org lain. Org islam berkerja dan cari pendapatan bukan sahaja utk bina kehidupan dia bahkan dia cari pendapatan utk bina kehidupan org lain juga.


Seorang budak perempuan pergi kedai bawa 1 rupee utk beli dal. Tuan kedai halau dia sebab 1 rupee tak cukup utk beli dal. Pergi ke kedai ke dua pun kena halau. Pergi ke kedai ketiga pun kena halau. Sampai di kedai ke empat, tuan kedai ialah org yg beriman. Dia tanya budak tu apa sebab dia menangis dan kenapa bawa 1 rupee sahaja utk beli dal. Apa yg berlaku pd keluarga kamu. Apa masalah kamu. Dia kata, ayah saya dah lama meninggal dunia. Kami 5 org adik beradik semua perempuan. Mak saya sangat tua. Kakak2 saya semua dah besar dan tak keluar dari rumah. Mak saya dah 5 hari sakit. Dulu dia bekerja di rumah org. tapi sekarang tak kerja. Duit dah habis. Dah 3 hari kami tak makan apa2. mak saya suruh beli dal dgn 1 rupee ni dan dal tu boleh direbus  dan diminum airnya. Satu org yg beriman buka kedai bukan utk kumpul duit, jadi kaya raya, bina banglo yg besar. Buka kedai utk keperluan dan bantu org lain supaya kehidupan org lain jadi mudah dan senang. Maka dia pun suruh pekerja dia hantar 1 guni beras, 1 guni gandum, 1 guni dal dan barang2 lain ke rumah budak tu dan dia suruh isterinya pergi tengok mereka. Dia suruh isteri bawa duit 100 ribu rupee dan bagi pd mak budak tu dan suruh dia kahwinkan anak perempuannya.

Kita kena ingat kejayaan dlm perniagaan, dlm pekerjaan bukan dgn usaha yg kita buat tapi ianya adalah bantuan dari Allah.

Bila budak perempuan dan keluarga dia dpt makan dan gembira maka mereka akan doakan utk tuan kedai tadi. Doa tersebutlah yg akan memajukan perniagaan, akan memberi kejayaan pd tuan kedai tadi. Jadi asbab pintu rezeki pd tuan kedai. Allah akan buka pintu khazanahNya utk tuan kedai dan keturunannya. Inilah cara org islam ambil dari khazanah Allah. Bila kita bantu org maka kita sedang menarik bantuan Allah pd kita. Bila ada sifat inginkan kebaikan utk org lain dan hidup sederhana maka dunia akan aman, sejahtera. Bila org islam sudah berubah sifat mereka, jadi sifat kehaiwanan, maka dunia jadi tidak aman, perpecahan, pergaduhan, huru hara. Oleh itu, hari ni jemaah2 dikeluarkan ke seluruh dunia, ke setiap negara dgn bawa sifat kasih sayang dan inginkan kebaikan utk org lain.

Doa org keluar di jln Allah diterima sebagaimana doa nabi2 bani israil. Berdoalah bersungguh2 pd Allah utk hidayat seluruh manusia dan semoga Allah bawa kembali manusia kpd sifat kemanusiaan, hilangkan sifat kehaiwanan, hilangkan sifat kelalaian, hilangkan sifat kejahilan dan umat dpt dtg kpd cara hidup nabi s.a.w, cara hidup yg penuh dgn keberkatan. Buat usaha sungguh2 supaya Allah amkan hidayat.


Angkat tangan baru rupa doa. Doa yg sebenarnya ialah rasa keinginan dlm hati, talab, inginkan rahmat Allah, rasa penuh berhajat pd Allah. Inilah hakikat doa yg sebenarnya. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir