Jor karkun 4B/ulamak 2017 - bayan maulana shamim
08/04/2017 - Bayan utk
ulamak
sri petaling
Tuan² yang
mulia,
Ilmu tidak
dinamakan ilmu jika ulamak hanya menguasai maklumat tetapi tiada taat kerana
itu iblis sangat banyak ilmunya tetapi tiada taatnya, bahkan derhaka kepada
Allah kerana mempertahankan maklumat yang ia miliki TANPA KETAATAN KEPADA
ALLAH..
Tuan² yang
mulia,
Ulamak
adalah Pewaris Nabi. Bukan sahaja mewarisi Ilmu, bahkan mewarisi segala²nya
dari Rasul s.a.w
Allah tidak
mewariskan kepada orang awam untuk menjadi pewaris Nabi s.a.w. Walaupun begitu
orang awam adalah pelengkap bagi ulamak, tanpa orang awam ulamak akan tempang.
Tidak ada
imam jika tiada orang awam menjadi makmumnya. Tidak ada ustaz jika tiada orang
awam menjadi muridnya.
Maka tuan²
yang mulia,
Ulamak
sangat dekat dengan orang awam sebagai rujukan mereka, ambil kesempatan
mendekati orang awam dengan 5 maqasid :
- DAKWAH
- ILMU
- TAZKIYAH
- AKHLAK
- HIKMAH
- ILMU
- TAZKIYAH
- AKHLAK
- HIKMAH
Alim ulamak
ditashkil keluar dakwah setahun manakala orang awam hanya 4 bulan kerana orang
awam hanya bergrerak sedangkan ulamak adalah enjin dan penggerak. Oleh sebab
itu ulamak perlukan masa yang lama untuk bergerak dan menggerakkan.
Ulamak hari
ini kurang mujahadah dan keluar dakwah setahun pun dalam keadaan mewah sebab
itu kita tidak bersedia untuk memenuhi keperluan dakwah umat di tempat yang
perlu mujahadah yang tinggi seperti di pendalaman yang tiada air, elektrik dan
sebagainya. Kemewahan itu mengurangkan fikir & risau terhadap umat.
Marilah
para ulamak bermujahadah untuk kuatkan fikir dan risau kita kepada umat bagi
memenuhi keperluan dakwah umat.
Comments
Post a Comment