Bayan Subuh - Maulana Saad

Nizamuddin - 11 Mac 2017

Orang yang taat seluruh perintah Allah, maka ia dipanggil soleh, tidak dipanggil pembantu agama Allah. Jangan fikir utk islah org lain. Jangan nak jadi muslih. Yang islahkan manusia ialah Allah, bukan kita. Jika fikir nak islah org lain, sekiranya mereka tidak islah, kita akan kecewa dan bila mereka terislah maka kita dlm keadaan bahaya, kerana akan datang sifat bangga diri (ujub).

Kerja/usaha agama adalah muslih. Allah akan jadikan dgn asbab usaha agama manusia akan terislah.
ayat intan surullah ha yan surkum, nusrah Allah adalah dikhususkan kpd mereka yang bantu agama Islam dan bukan bantu orang Islam, kerana org kafir pun ada yang bantu org Islam seperti ketika org Islam ditimpa musibah dan malapetaka, banjir, gempa, dll.

Kelebihan keramahan ialah khas pada individu saja tapi kelebihan nusrah Allah adalah menyeluruh untuk seluruh ummat. untuk mendapatkan nusrah Allah kita mestilah bersatu dalam 1 kalimah, 1 fikir, 1usaha,1 hati.

Kenapa ummat hari tidak istiqamah dalam mengamalkan agama? amal Agama pun ikut keadaan kerana kita tidak menda'wahkan agama. Sahabat jadi orang yang kuat istiqamah dalam berpegang kepada amal agamanya kerana mereka sentiasa menda'wahkan agama.

Kisah Abdullah bin Huzaifah r.hu, ketika buat da'wah pd raja Rom dan Abdullah bin Huzafah tidak terkesan dgn ancaman maut dan tawaran dunia, dia tetap berpegang teguh dgn agama islam. Amalkan agama jangan terkesan dgn suasana, adat kebiasaan, kanun, undang2 kerajaan dan sebagainya..

Mujahadah ialah usaha dan amalan yang dilakukan bertepatan dgn sunnah Baginda Nabi s.a.w. Sekiranya da'wah, ibadah, adat mengikut sunnah maka ia akan jadi mujahadah dan Allah janji akan beri hidayah untuk orang yang buat dgn mujahadah. Sekiranya dilakukan tidak mengikut sunnah Baginda Nabi s.a.w maka usaha dan amal perbuatan kita itu hanya jadi masyakkah (akan jadi susah payah saja) tidak akan jadi mujahadah dan tidak juga jadi ibadah. Kita hendaklah berenang melawan arus. Arus itu ialah amalan tradisi yang dilakukan oleh masyarakat secara umum yang kebanyakannya bertentangan dgn perintah Allah dan sunnah rasulullah s.a.w.

Firman Allah:
(وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ)

Kalau kamu mengikut kebanyakan orang, niscaya mereka akan menyesatkan kamu.
[Surah Al-An'am 116]

Para Nabi a.s tidak terkesan dgn jumlah orang yang ramai nak ikut atau tidak ikut. Mereka lihat apa yang Allah mahu (perintah Allah) pd mereka.

Orang2 kafir musyrikin Makkah melihat Baginda Nabi s.a.w sering mencium hajarul aswad. Lalu mereka mengenakan syarat pada Nabi s.a.w jikalau hendak mencium hajarul aswad, maka nabi diperintah hendaklah memberi penghormatan kpd berhala-hala mereka dahulu. Terlintas sedikit dlm hati nabi utk melakukannya dgn niat hanya pada zahir saja dan tidak tunduk daripada hati supaya mudah utk cium hajarul aswad tetapi Allah tegur nabi sebagaimana Allah nyatakan dlm al Qur'an:

(وَلَوْلَا أَنْ ثَبَّتْنَاكَ لَقَدْ كِدْتَ تَرْكَنُ إِلَيْهِمْ شَيْئًا قَلِيلًا * إِذًا لَأَذَقْنَاكَ ضِعْفَ الْحَيَاةِ وَضِعْفَ الْمَمَاتِ ثُمَّ لَا تَجِدُ لَكَ عَلَيْنَا نَصِيرًا)

Dan kalaulah tidak Kami menetapkan engkau (berpegang teguh kepada kebenaran), tentulah engkau sudah mendekati dengan menyetujui sedikit kepada kehendak mereka. Jika (engkau melakukan yang) demikian, tentulah Kami akan merasakanmu kesengsaraan yang berganda semasa hidup dan kesengsaraan yang berganda juga semasa mati; kemudian engkau tidak beroleh seseorang penolong pun terhadap hukuman Kami.
[Surah Al-Isra' 74 - 75]

Da'wah sebenarnya ialah da'wah cara nabi dan sahabat. Dlm cara mereka ada mujahadah, susah payah, bertungkus lumus dan korban gunakan masa, diri dan harta. Dgn mujahadah dan korban, ada janji hidayah dari Allah. Mujahadah ialah sifat manusia tidak ada pada alat-alat media yang ada sekarang. Sekiranya kita mengunakan alat2 ini maka hilanglah mujahadah. sedangkan dgn mujahadah akan datangnya bantuan ghaibiah Allah.

Contoh: Surat Nabi s.a.w yang dihantar melalui satu jemaah sahabat ke raja Persia. Raja Persia telah koyak surat tersebut. Nabi s.a.w bersabda sebenarnya dia telah koyak kerajaannya sendiri.

Nusrah ghaibiah datang bila kita kumpulkan da'wah dan ibadah. Bantuan Allah akan bersama dgn org Islam apabila org Islam jalankan kerja da'wah. Zaman maulana ilyas, Allah telah hentikan bus dgn da'wah yang dibuat ke penumpang bus. Sedangkan driver bus tidak bersedia utk berhenti.

Da’i ialah "thalib", dia yang mencari ummat dan ummat ialah "mathlub", yang di cari oleh da’i.

Hijrah yang paling tinggi ialah hijrah "batthah" iaitu hijrah dan tinggal bersama Nabi s.a.w. Hijrah "badiah" ialah hijrah dgn datang ke Madinah memeluk Islam dan balik ke kampung masing-masing. Dan jika ada takazah akan diberitahu dan mereka akan datang ke Madinah utk tunaikan takazah. Nabi s.a.w bertanya pd Wasilah r.hu. adakah dia akan hijrah "battah" atau hijrah "badiah"?

Hendaklah kita keluar di jalan Allah dgn harta kita sendiri. Nabi s.a.w bersabda jikalau aku boleh jadikan khalil selain drpd Allah maka aku akan jadikan Abu Bakar sebagai Khalil ku. Walaupun Nabi s.a.w begitu sekali akrab dgn Abu Bakar r.hu tetapi ketika hijrah, unta yang disiapkan dan ingin dihadiahkan kpd Nabi oleh Abu Bakar r.hu tapi Nabi s.a.w bersabda aku akan bayar harga unta itu, kerana ini utk hijrah mesti mengunakan harta dan diri sendiri. Sekiranya tak guna harta dan diri sendiri maka pengorbanan tidak akan sempurna.

Zaman sahabah r.hum mereka mengamalkan agama secara langsung praktikal maka kesannya sangat luar biasa.

Maulana ilyas rah. berkata kita kena latih melihat semua orang Islam walaupun seorang pendosa dgn pandangan takzim (mulia) kerana imannya. Org Islam lebih mulia drpd Ka'bah.

Dlm da'wah kena ada kesabaran.

Orang yang binasa ialah orang yang berkata kpd pendosa: binasa kamu. kerana dia telah memutuskan harapan orang yang melakukan dosa itu utk mendapat Rahmat Allah. Kisah satu orang melakukan dosa membunuh 99 org berjumpa dgn 1 org abid.

Bergerak keluar di jalan Allah ialah perintah Allah. Bergerak pergi jumpa orang itulah cara Nabi s.a.w dan sahabah r.hum.

Berwuduk dgn miswak tidak boleh diganti dgn benda2 yang lain. Begitu juga utk sebarkan agama mesti gunakan da'wah cara Nabi s.a.w dan sahabah r.hum. Tidak boleh diganti dgn cara yang lain. Jika kita gunakan alat2 org batil utk sebarkan agama, agama tidak tersebar bahkan kebatilan akan tersebar. Kita gunakan speaker utk suara muazzin pun manusia tidak datang ke masjid inikan pula mengunakan suara drpd alat media yang dicipta oleh orang kafir.

Org kafir tidak akan halang orang Islam utk buat ibadah, yang dihalangi oleh mereka ialah da'wah yang dibuat oleh orang Islam pada bila bila masa pun.

Belajar Iman mesti di buat sepanjang masa (berterusan). Dlm hukum agama sebagai contoh, Solat apabila kita sudah mengetahui cara dan kafiat Solat maka kita dah selesai drpd menuntut ilmu berkaitan dgn Solat tersebut. Begitu juga perintah2 Allah yang lain tapi dakwah kena berterusan. Sesiapa yang benar2 bertaqwa maka dia lah orang yang paling alim.

Satu kesalahan yang besar dari kita hari ini ialah kita kata bahawa kita perlu usaha atas asbab dan berharap kepada Allah. Sedangkan telah menjadi fitrah manusia bahawa apa yang mereka usahakan maka yakin pada benda yang diusahakan itu akan datang dlm hati. Manusia bergantung harap kpd atas apa yang meraka usahakan. Kita perlu usahakan sehingga yakin kita hanya kepada Allah sahaja bukan pd benda2 asbab yang kita usahakan. Kita sama dgn org2 musyrik zaman nabi s.a.w. Mereka pun berkeyakinan sama macam kita hari ini. Sebagaimana kisah tentang seorang musyrik, Dhimad, yang datang utk mengubati Baginda Nabi s.a.w dan berkata aku berusaha mengubati kamu dan Allah lah yang akan sembuhkan kamu.

Datangnya pertolongan Allah kpd para sahabat r.hum bukan kerana mereka sahabat nabi bahkan kerana iman dan amal yang sempurna.

Comments

  1. Saya mohon izin tuan utk copy and fotostat bayan2 dalam blog ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir