Jor karkun 4B/ulamak 2017 - bayan maulana shamim

07/04/2017 - bayan maghrib
sri petaling


Tuan2 yang mulia,

Semata-mata ehsan Allah, Allah telah keluarkan kita drp kesibukan dunia, pilih kita dan himpunkan kita disini utk kerja Allah dan kerja nabi s.a.w. Diantara kita tak ada satu org pun yg mempunyai sifat yg layak utk buat kerja ini. Allah yg telah pilih kita. Lihat Hadrat Umar r.a sebelum Islam org cakap mcm syaitan sampai org kata kalau keldai umar masuk islam kamu boleh percaya tapi kalau Umar masuk islam kamu jgn percaya. Org tawar siapa sedia bunuh nabi s.a.w, hanya Umar yg sedia tetapi bila dapat Islam, Allah ubah Umar, Allah letakkan banyak kebaikan dlm dirinya. Nabi kata, kalau ada nabi selepas aku, maka Umar layak jadi nabi. Ingat, kita tak ada apa2 kebaikan dan kebolehan tapi sebab usaha ini Allah letak kebaikan dan kebolehan dlm diri kita. Kerana usaha ini kita dpt kemuliaan. Semuanya dari Allah.

Jgn pandang hina sesiapa. Bila pandangan hina org maka dia akan jadi hina disisi Allah. Kita kena menghargai setiap org dlm usaha ini. Walaupun baru keluar 3 hari. Kita tak tahu keadaan kematian kita. Hanya Allah yg tahu kesudahan kita. Jgn sesekali anggap diri kita besar, hebat dan berkedudukan. Org pandang kita hebat kerana usaha ini. Kalau tak ada usaha ini, kita tak ada apa2. Usaha ini yg besar, usaha ini yg hebat. Kita berterusan/istiqamah buat usaha dgn rendah diri dan dgn tertib maka Allah akan kekalkan kedudukan kita dan bila kita rasa diri kita hebat Allah akan hinakan kita.

Bila Allah nak muliakan satu kaum, hilangkan kejahilan dan kejahatan, maka Allah hantar Nabi kpd mereka. Nabi buat usaha dakwah kpd mereka dan keluarkan mereka drpd kejahilan, kekufuran kpd keimanan dan ketaatan pd perintah Allah s.w.t. Dan ada diantara mereka yg menentang nabi, maka Allah dgn kudratNya telah hancurkan mereka. Allah cerita dlm quran, kaum2 terdahulu yg menentang Nabi, Allah binasakan mereka. Allah cerita dlm quran utk umat ini supaya umat ini istiqamah dlm kerja kenabian dan supaya umat ini tidak tinggal kerja dakwah, supaya umat ini faham dan dpt basirah. Hanya umat ini sahaja yg diberi kerja kenabian.

Pada masa nabi diutuskan, manusia berada dlm keadaan yg teruk. Dlm tempoh 571 tahun drp zaman nabi Isa a.s, tidak ada Nabi pun Allah hantar. Usaha dakwah terhenti dlm tempoh yg lama dgn kemaksiatan, kerosakan, mereka tak kenal Allah, lebih teruk drp haiwan, tak dpt nak bezakan antara yg baik dan buruk. Pada masa itulah, Allah hantar nabi s.a.w sebagai Nabi dan Rasul. Nabi s.a.w dihantar sebagai rahmat seluruh alam. Allah wujudkan segala kebaikan dan sifat mulia dlm diri Nabi s.a.w. Selama 40 tahun hidup di mekah sebelum di lantik jadi Nabi, seluruh org Mekah sanjung dan muliakan Nabi s.a.w. Abu Lahab bebaskan hamba perempuannya masa Nabi s.a.w dilahirkan kerana begitu gembira.

Bila Allah lantik Nabi s.a.w jadi Nabi dan Nabi s.a.w mula buat dakwah dan gerak jumpa manusia ajak kpd kalimah Lailahailaallah, maka mulalah kaumnya telah tentang dan org Mekah telah pukul dan hina nabi. Betapa banyak kesusahan mujahadah Nabi terima. Dlm tempoh 23 tahun, dlm masa yg singkat, Nabi s.a.w buat dakwah dan Allah bagi hidayat kpd org Mekah dan mereka jadi sahabat nabi dan mereka telah buat usaha dan pengorbanan spt Nabi.

Pd zaman tersebut, walaupun ada org yg hebat spt Kisra dan Kaisar tetapi Allah tak lahirkan nabi dikalangan mereka. Allah lahirkan nabi s.a.w dikalangan org Arab yg jahiliah yg tiada peradaban dan kerajaan rom dan parsi yg hebat pd masa itu rasa hina nak menakluk org arab. Allah telah lahirkan nabi di bumi mekah.

Allah telah kurniakan pd umat ini usaha yg Allah telah bagi pd Nabi2 dulu dank pd nabi s.a.w. Siapa yg menentang usaha dakwah, mereka akan dihancurkan dan dibinasakan oleh Allah. Tiada ada satu kuasa di dunia yg dpt tentang usaha ini kerana kudrat Allah bersama usaha ini dgn syarat usaha ini dibuat dgn kasih sayang, tak cari harta, tak cari pemerintah, kedudukan. Buat usaha hanya utk dpt keredaan Allah dan sedia korbankan nyawa, maka Allah dgn kudratNya akan hancurkan kuasa dunia yg tentang usaha ini.

Kena buat usaha ini dgn yakin dan basirah. Allah muliakan kita dgn usaha ini. Dulu kita tak ada apa2 dan kita lebih teruk drp keldai tapi kerana usaha ini kita mulia di sisi Allah. Kalau tak ada usaha ini mungkin kita tak dtg ke rumah Allah. Kita jadi org tanggungjawab dan kita juga kena taat org tanggungjawab.Suka tak suka, faham tak faham, kita kena taat. Jika kita tinggalkan usaha ini maka kita tak akan dpt hidayat dan terjauh dari rahmat Allah. Kalau tingalkan usaha tak selesai masalah. Kemuliaan, qabuliyat dan kejayaan kita hanya dlm usaha ini. Kita kena ikhtikhlas dan hanya buat usaha ini.

Bila buat usaha ini maka benda besar akan dtg, dunia akan dtg. Syaitan kata kerja2 lain pun dakwah juga. Dlm usaha dakwah banyak ujian. Dlm setiap zaman ada ujian. Sampai kiamat akan ada ujian. Org2 yg benar sentiasa ada ujian. Allah hantar ujian kpd kita untuk mantapkan kita. Banyak kesusahan dtg bila kita mula buat usaha dakwah spt kesusahan yg dtg pd sahabat.

Apabila para sahabat telah habisan-habisan buat pengorbanan atas maksud kerja dakwah, maka Allah berikan mereka 3 perkara
1. Allah sebarkan dan tinggikan agama
2. Nusratullah (bantuan ghaib Allah) bersama mereka
3. Doa mereka sangat makbul di sisi Allah



Kuasa2 besar jatuh dibawah kaki sahabat. Sahabat tak pandang pd harta mereka. Abd Rahman bin auf r.a cakap kpd Umar r.a bagus harta telah dtg kpd kamu maka Umar r.a kata kpd abd Rahman r.a syaitan bercakap melalui lidah kamu. Zaman nabi dan zaman abu bakar lebih berhak utk dpt harta ini. Tak ada apa2 kebaikan dlm harta ini. Aku tak akan biarkan harta ini dlm baitulmal. Aku akan belanjakan semuanya utk tinggikan kalimah Allah.

Satu org sahabat telah tendang mahkota kisra dgn kaki. Seorangg sahabat tanya kamu tahu tak apa itu? Sahabat yg tendang jawab, aku tahu, aku tendang supaya tak dtg cinta dunia ked lm hati aku. Selagi tak keluarkan cinta dunia dari hati kita maka selagi itulah tak akan dtg kebesaran usaha ini dlm hati kita. Hari ni kita buat usaha dakwah dgn jasbah namrud dan qarun. Sifat keegoan.

Nabi s.a.w mempunyai keperibadian yg sangat tinggi. Tidak diciptakan dunia ini melainkan hanya sanya kerana nabi s.a.w. Nabi s.a.w telah sampai ke sidratul muntaha. Jibrail a.s pun tak boleh masuk. Semua nabi dari nabi adam hingga nabi isa akan dihisab tetapi nabi s.a.w tidak akan dihisab. Walaupun begitu, masih nabi rendah diri dan tawadduk. Masa fatah mekah nabi begitu tawadduk hingga kepala nabi s.a.w tunduk sampai kena belakang unta. Nabi telah nafikan segala pengorbanan dan usaha baginda. Allah yg buat segala-galanya.

Ingat! Seseorang tak mungkin ada sifat tawadduk selagi tak nafikan semua usaha yg dia telah buat.

Jgn ada di lidah dan hati kita, ‘ini semua saya yg buat’. Kita tak buat apa2. Allah yg buat segala-galanya. Kita kena nafikan semua. Senjata/tipu daya syaitan akan letak dlm hati semua dia buat maka segala pengorbanan yg dibuat dulu menjadi sia2. Syaitan nak khibir, takabbur, besar hati, sombong berada dlm hati kita. Maka kita akan jatuh hina disisi Allah. 

Usaha berjalan hari ni dgn sebab jasa dan pengorbanan maulana ilyas dan keluarga. Sangat besar jasa mereka dari segi ilmu, dakwah dan kesolehan. Satu ketika, maulana Ismail ayah maulana ilyas telah pergi ke kandalar dari janjana. Cerita ini diceritakn oleh maulana ubaidullah supaya timbul kebesaran atas mereka2 yg telah buat pengorbanan dlm usaha agama ini. Maulana Ismail duduk atas katil kayu sambil berzikir. Selepas dia bangun, wanita2 yg berada disitu telah dengar katil tersebut berzikir. Mereka telah bermesyuarat utk kawinkan anak perempuan mereka dgn maulana ismail. Hasil dari perkahwinan yg kedua ini maka lahirlah maulana ilyas. Ibu dia kata, aku dpt bau/hidu sahabat dari badan ilyas. Allah telah ambil kerja yg besar dari beliau. Maulana ilyas telah buat kerja yg sama mcm sahabat buat. Beliau telah belajar dgn ulamak2 yg besar ketika itu. Semua mereka sayang dgn maulana ilyas. Beliau sentiasa risau keadaan umat yg jauh dari agama.     

Bapanya, maulana ismail telah lari ke nizamuddin sebab ramai org minta doa dari dia. Beliau tinggal di banglawali masjid. Beliau lihat org2 mewat lalu disitu utk pergi kerja. Upah kerja 2 paisa, Beliau suruh mereka dtg belajar agama dan dia akan bagi 2 paisa sebagai upah. Setelah beliau meninggal, anaknya dari isteri pertama, maulana muhammad pula sambung mengajar org2 mewat tersebut. Selepas maulana muhammad meninggal, maulana ilyas pula dtg ke banglawali masjid utk mengajar. Dari sinilah usaha telah bermula.

Maulana ilyas telah pergi ke mewat dan bina madrasah. Sebanyak 55 madrasah telah dibina. Tetapi maulana ilyas sedih ada pelajar madrasah yg telah cukur janggut. Telah buang sunnah dari diri. Beliau berterusan berdoa dan menangis di depan Allah. Allah telah bagi mimpi iaitu buat usaha gasht/jaulah. Beliau ke mewat buat ghast dan telah bentuk jemaah, lantik amir  dan di hantar ke kampung2. usaha telah mula tersebar dan ulamak hak mula terkesan. Maulana ilyas telah bermesyuarat dgn Mufti kifayatullah,mufti besar india pd ketika itu.

Satu ketika dia himpun semua ulamak2 dlm bilik. Kunci pintu. Bawa pisau besar. Dia kata, jika usaha yg saya buat ini bertentangan dgn syariat maka bunuh saya supaya bathil tak tersebar tetapi jika usaha ini benar maka tuan2 berkewajipan utk bantu saya. Semua ulamak telah menyokong usaha ini. Usaha telah tersebar luas ke seluruh india.

Bila maulana ilyas hampir nak meninggal dia tanya mcm mana usaha ini akan berjalan selepas ketiadaan dia. Maulana ubaidullah kata, kalau seluruh dunia org tak nak buat usaha ini, saya tetap akan buat. Ini kerja Allah. Allah akan jaga usaha ini. Semua sepakat utk lantik maulana Yusuf jadi amir. umur baru 29 tahun. Masih muda. Maulana ilyas telah peluk maulana Yusuf dan kemudian meninggal dunia. Mereka yg tak setuju dgn perlantikan tersebut telah tinggalkan nizamuddin. Maulana ihtisamul hasan, org kanan maulana ilyas telah tinggalkan nizamuddin tapi mereka tak menentang usaha ini. Mereka buat kerja masing2.

Allah yg gerakkan kerja ini. Kerja tetap berjalan. Nizamuddin tetap markaz. Tiada siapa boleh hilangkan pengorbanan di sana. Maulana ilyas dan maulana Yusuf telah siramkan air mata mereka di nizamuddin. Allah telah letakkan kebesaran nizamuddin di hati2 manusia. Nizamuddin bukan hanya bangunan tetapi ia adalah pengorbanan, mujahadah dan tangisan. Itu yg membawa manusia ke sana.

Maulana Yusuf meninggal ketika umur 49 tahun. Dlm masa 20 tahun usaha telah sampai ke seluruh dunia. Org yg ada umur 100 thn pun tak boleh nak buat usaha spt maulana Yusuf. Bila dengar bayan maulana Yusuf, org sanggup bagi nyawa utk agama. Beliau telah tulis kitab hayatusahabah. Kitab yg tiada tandingan. Kitab yg hebat. Gambaran keseluruhan kehidupan sahabat. Maulana Yusof meninggal dunia di Lahore, pakistan. Masa sampai hospital, beliau baca doa yg nabi s.a.w baca masa masuk kota mekah. Usaha tersebar bukan kerana bayan Yusuf. Allah yg buat segala-galanya.

Selepas maulana Yusuf, maulana inamul hasan telah dilantik jadi amir. Beliau tak pandai bayan. Selama 30 thn jadi amir tapi hanya boleh bayan tak lebih 30 minit. Usaha tetap tersebar ke seluruh dunia. Ijtimak2 telah dibuat di seluruh dunia. Mereka yg menyokong maulana harun (anak maulana Yusuf) jadi amir telah tinggalkan nizamuddin.

Maulana inamul hasan sakit 10 thn. Keputusan2 mesyuarat hanya ditunjukkan pd beliau. Maulana inamul hasan lantik 10 org utk pilih satu org amir. Ini adalah sunnah saidina umar. Tapi tak ada keputusan. Syor dari maulana saad sendiri, lantik 3 org faisala. 3 org telah dipilih iaitu maulana izhar, maulana zubair dan maulana saad. 2 telah meninggal. Sekarang hanya tinggal maulana saad seorang. Selepas 2 thn berlaku ikhtilaf di kalangan org2 nizamuddin dan mereka telah tinggalkan nizamuddin. Satu usaha telah dibuat supaya org tak dtg ke nizamuddin. Mereka telah memburukkan maulana saad dan telah buat tuduhan yg tidak berasas. Penjaga usaha ini ialah Allah. Yg gerakkan usaha ini ialah Allah. Nizamuddin adalah markaz kita. Banglawali masjid telah dipilih oleh Allah sebagi asbab hidayat. Kalau nizamuddin di hapuskan, maka usaha agama akan mati di seluruh dunia dan kegelapan akan tersebar. Ini usaha org2 batil. Utk jaga nizamuddin, kita sanggup korban diri, harta dan nyawa. Malaysia,Indonesia adalah negara luar yg mula2 ambil usaha ini. Mereka roh bagi nizamuddin.  

Kita semua bertanggungjawab utk jaga kerja ini. Kita semua niat, org lain buat tak buat, saya sendiri akan buat. Saya sendiri akan pergi nizamuddin. Allah akan ambil kerja dari tuan2. Allah akan gerakkan angin hidayat ke negara tuan2. Allah akan lahirkan da’i2 dari keturunan tuan2. Allah akan hancurkan segala kebatilan. Allah akan tunjukkan kudratNya. Siapa sedia 4B negara jauh...

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir