Jor karkun 4B/ulamak 2017 - bayan maulana shamim

08/04/2017 - Bayan maghrib
sri petaling

Allah telah muliakan dan tinggikan umat ini drp umat yg terdahulu bukan sebab amalnya tetapi sebab umat ini telah diberi t/jawab kerja dakwah. Walaupun umat yg terdahulu mempunyai umur yg panjang, ada yg 1000thn, ada yg 700thn, ada yg 500 thn, ada yg 200 thn dan ibadat mereka hebat, ada yg berterusan beribadat selama ratusan thn tanpa sekelip mata pun memaksiati Allah. Tetapi mereka bukan umat yg terbaik. Umat ini adalah penghulu segala umat. Umat ini dtg akhir. Nabi s.a.w bersabda, ‘tiada nabi selepas aku dan tiada umat selepas kamu’. Umat yg akhir tapi mula2 sekali masuk syurga. Mula2 sekali akan dibangkitkan di padang mahsyar. Umat ini adalah yg paling banyak saf di akhirat. Pintu syurga hanya akan dibuka setelah nabi s.a.w dtg. Nabi tak dtg seorang diri tapi dtg bersama umatnya yg ramai. Segala ketinggian yg diberi oleh Allah pd umat ini bukan kerana ibadat semata2 tapi kerana kerja dakwah. Allah puji umat ini dlm taurat, zabur dan injil. Nabi s.a.w disebut dlm kitab2 yg terdahulu. Umat ini juga disebut dlm kitab2 yg terdahulu.

Allah s.w.t adalah robbinnas – rab bagi seluruh manusia
Quran adalah hudalinnas – petunjuk bagi seluruh manusia
Nabi s.a.w adalah kaffatanlinnas – rahmat bagi seluruh manusia
Umat ini adalah ukhrijatlinnas – dikeluarkan utk kebaikan seluruh manusia

Kerja dakwah yg diberi pd nabi2 telah diberi kpd umat ini. Sahabat telah pergi jumpa raja rom dan bagitahu, Allah yg hantar kami :
Utk keluarkan manusia drp penghambaan manusia kpd manusia kpd penghambaan manusia kpd khalik
Utk keluarkan manusia drp kezaliman agama kpd kebenaran islam
Utk keluarkan manusia drp kesempitan dunia kpd keluasan akhirat

Dakwah adalah maksud hidup umat ini. Umat ini dikeluarkan utk faedah seluruh manusia. Umat ini kena buat 2 kerja :
  1. menyeru kpd kebaikan
  2. mencegah dari kemungkaran
dan Allah letak iman diakhir ayat tersebut. Allah nak bagitahu bahawa kemuliaan dan ketinggian umat ini bukan terletak pd iman yg dimiliki spt umat2 terdahulu tetapi kerana usaha dakwah, amal makruf nahi mungkar.

Kerja dakwah illallah ini adalah daulat yg besar. Pertama yg sangat berharga yg Allah telah kurniakan. Kedaulatan para rasul telah diberi kpd kita tanpa diminta. t/jawab umat ini ialah bergerak di kalangan umat dan cerita kebesaran Allah. Kenalkan (ta’aruf) Allah kpd manusia. Bila kita kenalkan Allah kpd manusia maka Allah akan kenalkan kita kpd makhlukNya.

Satu ketika, nabi s.a.w dakwah seorang badwi. Dia minta dtgkan saksi. Nabi panggil pokok. Pokok dtg membelah bumi dan jadi saksi dakwah nabi. Pokok keluarkan suara lailahaillallah. Bila dengar, badwi tersebut terus beriman.  Di medan dakwah, Allah akan perkenalkan da’i itu kpd org yg didakwahkan. Maksud Allah cipta umat ini adalah utk bergerak di kalangan manusia dan cerita kebesaran Allah. Jadikan dakwah maksud hidup maka Allah akan muliakan kita.

Kita kena rendahkan diri. Kita tak buat apa2. maka Allah akan kekalkan kemuliaan tersebut. Bila rasa diri hebat, segala kebesaran akan dihapuskan oleh Allah. Batil takut dgn dakwah tapi tak takut dgn ibadat. Dgn dakwah batil akan hancur. Dgn dakwah Allah bantu umat ini.

Sahabat telah jadikan dakwah maksud hidup. Mereka telah korbankan segala-galanya utk agama. Allah beri 3 kebaikan pd mereka:
  1. agama tersebar
  2. bantuan ghaib Allah bersama mereka
  3. doa mereka didengari oleh Allah
Bila org islam tinggalkan dakwah dan tak jadikan maksud hidup, maka dtg 3 perkara:
  1. Islam tak berkembang di kalangan org tak beriman
  2. bantuan Allah tak bersama umat
  3. doa tak diterima
Bila tinggalkan dakwah, agama yg ada pd org islam pun akan terkeluar. Murtad dari segi amal dan murtad dari segi perkataan. 80% umat murtad dari segi amal. Mereka tinggalkan solat yg fardu. Sunat langsung tak buat.

Pd masa berlaku tragedi 11 sept, jemaah maulana ada di kanada. Semua org dlm ketakutan. Org islam duduk dlm rumah. Tak pakai pakaian sunnah. Tak pakai purdah. Bla dakwah tak dibuat maka iman tak mantap. Jemaah mesyuarat, semua pakai serban dan buat gasht. Bila buat dakwah, hakikat iman akan masuk dlm hati. Selepas tu jemaah nak safar dari Toronto ke montreal sejauh 500 km. ada org tempatan syor ditangguhkan safar tersebut. Tapi maulana kata kita tetap bergerak dan kita sanggup tanggung apa yg ditakdirkan. Kata maulana Yusuf, satu org yg buat dakwah akan yakin dgn janji Allah.

Hari ni kita dah jadi ahli whatsapp. Kita baca dan yakin dgn whatsapp. Whatsapp adalah syaitan besar. Kita tak yakin pd janji Allah. Dgn sebab whatsapp kita buruk sangka dgn usaha dakwah. Oleh itu jgn yakin dgn whatsapp dan kalau baca pun jgn yakin.

Buat dakwah berterusan maka Allah akan bersama dgn kita. Bila buat dakwah iman akan mantap. Pd thn 1947 ada pergolakan berlaku di India. Ramai org islam berkumpul di humayun tomb. Maulana Yusuf masak dan bagi diaorg makan sehingga habis makanan di markaz. Maulana Yusuf suruh org t/jawab pergi beli barang2 nak masak di delhi. Mereka takut nak pergi. Maulana Yusuf suruh tawajjuh pd Allah. Baca doa :





“Ya Allah! Sesungguhnya kami menjadikan Engkau di hadapan mereka (agar kekuatan mereka tidak berdaya dalam berhadapan dengan kami). Dan kami berlindung kepada-Mu dari kejahatan mereka.”
(Abu Daud dan Tirmizi)



baca doa dan yakin. Tak ada org ganggu dari nizamuddin ke delhi dan kemudian balik ke nizamuddin semula. Bantuan Allah bersama da’i.

Di khandak, sahabat dlm kmeadaan ketakutan, kelaparan dan kesejukan. Kena gali parit. Sahabat ikat perut dgn 1 batu. Nabi ikat perut dgn 2 batu. Nabi tak cerita hal beliau pd sahabat. Inilah sifat nabi yg unggul. Kita elak dari buruk sangka. Buruk sangka adalah dosa dan sebabkan perpecahan. Nabi hanya mengadu pd Allah. Semua kesalahan umat nabi letak di atas diri baginda. Ini semua sebab kekurangan saya.

Org t/jawab kena buat 2 kali ganda pengorbanan. Kalau tidak, akan jadi asbab tersebar fitnah di kalangan org awam. Org t/jawab kena maju ke depan. Nabi s.a.w sendiri turun ke dlm parit yg digali. Ada batu yg besar. Nabi pukul. 1X , allahuakbar, nabi senyum. Nabi pukul 2X, allahuakbar, nabi senyum. Nabi pukul 3X, allahuakbar, nabi senyum. Sahabat tanya kenapa senyum.

Pukul kali pertama – terpancar cahaya – kerajaan rom akan jatuh di tangan org islam
Pukul kali kedua – terpancar cahaya – kerajaan parsi akan jatuh di tangan org islam
Pukul kali ketiga – terpancar cahaya – kerajaan madain akan jatuh di tangan org islam


Bila da’i terima ujian dari Allah maka Allah akan bagi istiqamah. Ujian yg dtg adalah utk mantapkan pendirian seorang da’i. Dpt khabar gembira dari Allah sebab mereka sedang keluar di jln Allah. Bila dtg nusrah Allah, mereka jadi lebih kuat. Org mukmin yg sejati bertambah keimanan mereka manakala org munafik yg ada bersama di khandak tak percaya. Ujian dtg kpd da’i utk memajukan mereka bukan utk memundurkan mereka. Jgn takut dgn ujian yg datang. Allah yg selesaikan masalah. Bila selesai masalah tak bongkak. Ujian dtg utk jadi sebab tersebarnya hidayat.  


Bila dtg ujian, jgn tinggalkan dakwah. Bila tinggalkan dakwah maka nusrah Allah akan terangkat, kemanisan amal akan hilang, pintu musibah akan terbuka. Kehebatan da’i ialah dia tak terkesan dgn ujian tapi hanya terkesan dgn Allah sahaja. Hari ni kesan dakwah tak terzahir sebab kita buat usaha terkesan dgn makhluk. Kena buat dakwah sungguh2 hingga hanya terkesan dgn Allah. Maulana Yusuf kata, bila terkesan dgn benda maka kita akan jadi hamba benda tersebut. Hati kena ada kebesaran Allah sahaja. Abdullah ibnu umar tampar singa, beliau tak terkesan dgn makhluk. Hari ni bila umat ditashkil tak sedia nak buat kerja agama, maka Allah pun tak ada masa nak bantu kita.

Bila jemaah maulana sampai montreal, masuk waktu zohor, maulana suruh azan dgn kuat. Suasana dtg dari Allah dan yg selesaikan pun Allah. Da’i jgn terkesan dgn keadaan. Buat dakwah cara nabi pasti bantuan Allah bersama. Ihtimam dgn sunnah maka bantuan Allah akan dtg lebih dari yg dtg kpd sahabat. Allah ubah suasana macam Allah ubah musim dgn kudratNya. Jgn terkesan dgn suasana yg menimpa org islam. Suasana tiada hubungkait dgn makhluk di sekeliling kita. Suasana hanya ada hubungkait dgn amal2 kita. Bila umat jlnkan kerja dakwah, amal elok maka Allah akan selesaikan masalah2 mereka. Amal ada hubungkait dgn iman. Bila iman dibetulkan, amal jadi baik maka suasana akan jadi baik. Di madinah, nabi bina masjid utk wujudkan suasana dan kekalkan iman. Org tak beriman pun terkesan dan masuk islam.

Kena buat 2 usaha. Usaha makami (tempatan) dan usaha beruni (keluar). Hidupkan masjid dgn amalan masjid nabawi. Bila masjid hidup dgn amal, Allah jauhkan bencana. Bila masjid kosong, dtg azab. Bila ada org memakmurkan masjid, Allah akan pindahkan azab yg nak turun. Bila kita dtg ke masjid, rahmat Allah dtg berlari kpd kita. Duduk dlm masjid berada dlm rahmat Allah  dan jauh dari dosa. Nusrah Allah akan dtg bila kita sibukkan diri dgn amal2 masjid. Memakmurkan masjid, Allah akan memakmurkan rumah kita. Hidupkan masjid kita mcm masjid nabawi zaman nabi s.a.w. Gunakan harta, diri dan masa utk agama, Allah akan hidupkan suasana. Hari ni kita belum buat dakwah, baru belajar buat dakwah. Bila sampai masanya, Allah akan buka pintu islam pd org2 kafir.

Allah berfirman, ‘siapakah yg lebih baik perkataannya …’ Dakwah adalah amalan yg paling baik. Kita pujuk manusia dan kita juga beramal. Buat usaha agama dgn sifat tawadduk, rendah diri. Allah akan letakkan sifat kasih sayang dlm hati manusia. Kasihan akan dtg bila ada fikir umat. Dgn kerisauan akan dtg belas kasihan. Agar umat diselamatkan dari neraka dan azab Allah.

Bila ada 3 perkara dlm umat, Nizam ghaib Allah akan bersama:
  1. iman yg sempurna
  2. amal yg sempurna
  3. akhlak yg sempurna
jgn bersangka buruk. Jgn mengumpat (ghibah). Hari ni secara terang-terangan mengumpat org. bila mengumpat dpt kemurkaan dari Allah. Sifat2 yg buruk akan rosakkan umat. Siaft2 yg buruk akan terjauh dari rahmat dan bantuan Allah. Kita kena ada sifat sabar dan tahamul, sedia menanggung kesusahan. Kena sabar dlm kesusahan. Maafkan org yg buat salah pd kita.  

Keluar 4B/40H utk belajar usaha agama. Buat usaha sepanjang hidup. Dlm apa keadaan pun kena buat. Buat usaha makami dan keluar di jln Allah.

4 keistimewaan dakwah:

  1. betulkan yakin
  2. istiqamah dlm amal
  3. kekuatan dlm doa
  4. dtgkan hidayat

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir