Jor qudama' 2018 - bayan maghrib : maulana saad

25/03/2018 - sri petaling

Tuan2 yg mulia,

Di antara perintah/kefarduan Allah s.w.t atas hambaNya yg besar ialah perintah beriman pd Allah. Sebagaimana solat adalah satu kefarduan, begitu juga puasa, zakat dan haji adalah perintah Allah. begitu juga perintah Allah berkaitan muamalah, muasyarah dan akhlak, diantara semua ini, perintah Allah yg paling besar, paling utama ialah perintah beriman pd Allah s.w.t. Tapi hari ni umat belajar utk laksanakan perintah2 yg lain, belajar solat, belajar cara nak puasa, zakat dan haji, akan tetapi umat hari ini telah tinggalkan usaha utk belajar iman. Sedangkan dgn kekuatan imanlah seseorang itu dpt melaksanaklan segala perintah2 yg lain. Imanlah yg menggerakkan manusia utk amalkan keseluruhan agama dlm kehidupan. Umat hari ni telah berhenti belajar iman. Tuntutan yg paling utama atas umat ini ialah bagaimana dpt belajar iman pd Allah.

4 perkara asas tanpa iman tak akan dpt: Semua org berhajat pd 4 perkara ini.
1. tanpa iman tak istiqamah dlm amal
2. tanpa iman tak sempurna janji Allah
3. tanpa iman tak dtg keikhlasan
4. tanpa iman tak dpt ganjaran dari amal tersebut

Tanpa iman seseorang itu tak dpt istiqamah dlm agama. Apa maksud istiqamah? Istiqamah bukan amalkan berterusan sebahagian dari perintah2 Allah. Istiqamah ialah amalkan setiap perintah Allah. amalkan keseluruhan perintah Allah tanpa mengira keadaan/suasana. Satu org yg amal agama/beribadat ikut keadaan sama macam org munafik. Yg membezakan antara org beriman dgn org munafik ialah org beriman melaksanakan perintah Allah dlm setiap keadaan. Tak terkesan dgn keadaan/suasana. Ia hanya terkesan dgn perintah Allah. ia laksanakan seluruh perintah Allah samada yg susah, yg senang, yg sesuai, yg tak sesuai, dlm setiap keadaan.

  Kata imam ghazali agama adalah himpunan 10 perkara
  1. solat
  2. puasa
  3. zakat
  4. haji
  5. muamalat
  6. tunaikan hak jiran
  7. dakwah illallah
  8. zikir
  9. baca quran
  10. ihtimam dlm sunnah
org yg ambil berat utk laksanakan 10 perkara ini barulah dikira sebagai satu org yg mengamalkan agama yg sempurna dlm kehidupan dia. Ada manusia yg menyembah Allah atas batasan yakni antara iman dan kufur. Agama yg sebenar ialah mengamalkan keseluruhan perintah Allah. hari ni org memilih2 utk amal agama. Bila menguntungkan, amal dan kalau tak menguntungkan, tinggal. Ini cara org munafikin. Mereka beribadat pd Allah mengikut keadaan. Sifat org mukmin yg sebenar ialah amalkan agama dlm setiap keadaan. Oleh itu sangat penting utk belajar iman spt iman para sahabat. Allah perintah org beriman supaya beriman. Wahai org2 yg telah beriman, berimanlah kamu. Hari ni umat tak mengganggap ini perintah Allah. Sahabat berusaha utk kuatkan iman mereka kerana ia adalah perintah Allah.

Usaha atas iman adalah satu perintah Allah yg kita semua kena laksanakan. Kita kena tengok bagaimana sahabat telah usaha atas iman mereka. Apakah tarikah/cara yg telah diguna pakai oleh sahabat utk meningkatkan iman mereka. Mereka perbaharu iman dgn bercakap tentang kebesaran Allah, mereka duduk di masjid, ajak antara satu sama lain, kun bina nukmin saatan, ijlis mina nukmin saatan, marilah kita duduk sebentar beriman pd Allah. majlis iman spt ini sentiasa ada di zaman sahabat. Inilah yg dimaksudkan dgn majlis zikir, bercakap tentang sifat2 Allah, kebesaran Allah, keesaan Allah, kudrat Allah. Maksud majlis zikir secara ijtima’i, ialah para sahabat duduk antara satu sama lain dan bercerita tentang kebesaran Allah. inilah amalan yg sentiasa ada di zaman sahabat. Dgn usaha spt inilah iman mereka ditajdidkan, iman mereka diperkuatkan, iman mereka dipertingkatkan sehingga mereka dpt istiqamah dlm agama. Hari ni, umat secara ijtima’i telah meninggalkan usaha atas iman spt sahabat buat. Maksud usaha dakwah dan tabligh hari ni yg bergerak di seluruh dunia, utk menyedarkan org islam betapa penting mereka kena bergerak usaha atas iman. Maulana ilyas kata, kalau nak namakan usaha ini, akan dinamakan sebagai tahrikul iman, pergerakan iman.

Semua nabi2 telah diperintah atas perkara ini. Nabi s.a.w telah diperintah oleh Allah, wahai org berselimut, bangun dan beri peringatan dan ceritakan tentang kebesaran Allah. semua nabi2 buat usaha utk keluarkan dari hati2 manusia terkesan selain dari Allah. manusia akan amalkan agama mengikut apa yg ada dlm hati dia. Kalau hati manusia terkesan selain dari Allah maka dia akan menjalani kehidupan dia mengikut kehendak selain dari Allah. kalau dlm hati dia terkesan dgn kebesaran/kehebatan Allah maka dia akan menjalani kehidupan dia dgn mentaati segala perintah Allah dan amalkan agama yg sempurna dlm kehidupan dia. Kena buat usaha utk keluarkan yakin ghairullah drp hati, keluarkan yakin selain dari Allah drp hati dan masukkan kebesaran Allah dlm hati. Inilah usaha atas iman. Hari ni umat telah lalai dari usaha ini, mereka anggap ia tidak penting. Usaha dakwah yg kita buat ini adalah utk sedarkan kembali umat betapa penting dan perlu utk usaha atas iman mereka.  


Segala benda2, rupabentuk asbab yg ada atas mukabumi ini, ianya bukan perantaraan utk ambil faedah dari kudrat Allah. Syarat utk kita ambil dari kudrat Allah secara langsung ialah kita kena keluarkan dari hati kita keyakinan pd semua benda2 ini. Peraturan alam ini tidak bersangkut paut langsung dgn benda2. peraturan alam ini berkait dgn kudrat Allah. Allah yg melakukan segala-galanya. Maulana Yusuf kata, satu org yg mengganggap benda ini berlaku kerana benda ini, ini sudah cukup jadikan kita org tak bertuhan. sains ajar kita kaitkan benda dgn benda, kaitkan kejadian dgn kejadian. Setiap benda yg berlaku di alam ini ianya berkait dgn hukum Allah. Sehelai daun yg gugur ke bumi jatuh dgn perintah Allah. Bintang, bulan, matahari kalau jatuh ke bumi juga dgn perintah Allah. Semua perubahan alam berlaku dgn perintah Allah. selagi kita tak menyakini setiap yg berlaku di alam ini berlaku dgn kudrat Allah, maka selagi itulah ia tak akan mendekatkan diri kita kpd Allah. Bila kita kaitkan dgn Allah, maka kita akan kenal Allah. Sakit bukan sebab penyakit berjangkit. Sakit dtg kerana perintah Allah. Inilah perkara iman yg kita kena belajar. Kita kena keluarkan dari hati kita keyakinan selain drp Allah, keyakinan pd asbab. Utk apa Allah cipta semua asbab2 ini? Bukan utk kita ambil faedah darinya tapi supaya kita kenal Allah.

Nabi ibrahim a.s telah nafikan semua yg dia nampak, bintang, bulan, matahari. Tuhan ialah Allah. Nabi ibrahim juga menafikan namrud sebagai pemberi rezeki. Bila satu org da’i dakwah kpd Allah bertentangan dgn makhluk/asbab, maka mulalah org2 batil menentang. Mereka telah hentikan pemberian makanan pd nabi ibrahim. Nabi ibrahim kata, Allah yg bagi rezeki, yg bagi makan, bagi minum. Allah telah tunjukkan kudratNya dgn jadikan tanah yg ada dlm guni2 di rumah beliau bertukar menjadi gandum. Kudrat Allah tak terikat pd mana2 asbab. Kudrat Allah bukan dlm benda. Kudrat Allah dlm zat Allah. Allah tak berhajat pd pertanian, Allah tak berhajat pd kedai, Allah tak berhajat pd mana2 asbab utk bagi rezeki pd hambaNya. Allah dgn kudratNya telah tukar tanah kpd gandum. Allah boleh buat apa sahaja yg Dia kehendaki. 


Pertama, segala benda yg Allah cipta adalah utk kita kenal Allah. Kedua, ianya adalah imtihan/ujian bagi kita. Semua asbab2 adalah ujian dari Allah. Allah nak tengok sejauh mana kita ingat pd Allah. Samada hati kita terkesan dgn asbab atau tidak. Allah nak tengok bila dpt natijah dari asbab samada kita yakin pd Allah atau yakin pd asbab. Org yg ada asbab tapi pergantungan hanya pd Allah, inilah org yg berjaya. Setelah dpt hasil dari asbab, kita kena yakin bahawa Allah yg lakukan segalanya. Kadang2 Allah jadikan asbab yg dia ada berlawanan dgn apa yg dia inginkan. Apa yg dia sangka yg dia akan dpt dgn asbab tersebut, Allah tak bagi tapi Allah bagi benda yg berlawanan. Allah nak perkenalkan kudratNya bahawa Allah yg buat bukan asbab yg buat.

Diantara nabi2 yg banyak Allah bagi asbab ialah nabi Sulaiman a.s. Allah bagi kerajaan yg besar pd Sulaiman a.s. Allah tundukkan jin dan angin pd Sulaiman a.s. Satu ketika nabi Sulaiman zahirkan keinginan utk dptkan 100 org anak lelaki dan semua akan jadi mujahid berjuang di jln Allah. Dia akan menyetubuhi semua 100 isteri dia. Allah bagi kekuatan pd dia. Niat yg baik, 100 anak jadi mujahid. Tapi Allah nak tunjukkan kudratNya, dari 100 isteri, semua tak lekat kandungan melainkan 1 org dan yg 1 ni pun lahirkan anak cacat/tak sempurna dan mati. Walaupun satu org nabi dan ada semua asbab yg Allah reho dgn dia, tapi bila dia tak menggantungkan keinginan dia pd keinginan Allah, maka Allah tak sempurnakan keinginan dia. Nabi s.a.w kata, kalau Sulaiman kata insyaAllah, nescaya Allah akan bagi 100 org anak lelaki yg akan jadi mujahid. Satu pengajaran yg penting, kita tak boleh berharap pd asbab. Apatah lagi asbab yg ada pd org bukan islam dan musuh2 islam yg Allah bagi asbab dlm keadaan Allah murka pd mereka. Apa sahaja keinginan dan kemahuan kita bergantung hanya pd Allah. Ali r.hu kata, aku kenal Allah dgn menghancurkan keinginan2 aku.

Keinginan nabi s.a.w ialah agar pakcik baginda, abu talib, dpt hidayat dan masuk islam dan wahsyi, pembunuh Hamzah r.hu dpt dibunuh. Ini keinginan nabi s.a.w. tapi Allah s.w.t tunjukkan kudratNya, yg berlaku ialah apa yg Allah kehendaki. Allah tak bagi hidayat pd abu talib. Allah bagi hidayat pd wahsyi. Apa yg Allah inginkan itu sahaja yg akan berlaku.

Pernah satu ketika, org bukan islam tanya nabi mengenai 3 perkara. Pertama, tanya mengenai ashabul kahfi. Kedua, tanya mengenai roh. Ketiga, tanya  mengenai Zulkarnain. Nabi kata, aku akan bagitahu pd kamu esok. Tapi wahyu telah terhenti selama 15 hari. Tiada berita dari langit. Tiada apa2 pemberitahuan dari Allah atas perkara2 tersebut. Mereka dtg tuntut jawapan dari nabi. Selepas 15 hari baru wahyu turun menegur nabi supaya ucap insyaAllah. Hidayat bukan ditangan nabi tapi hidayat ditangan Allah. nabi dihantar hanya sebagai asbab hidayat.

Yg membezakan antara mukmin dan mujrim. Antara org beriman dan org berdosa. Utk org beriman, dunia sebagai ujian dari Allah. Utk org berdosa, asbab di dunia adalah utk menyedapkan hati mereka kerana mereka tak akan dpt apa2 di akhirat.

Allah telah bagi kuda2 pd nabi Sulaiman a.s. Kuda yg boleh terbang. Kuda yg hebat. Satu ketika dia terleka melihat kuda2 tersebut hingga terbenam matahari. Habis waktu asar. Dia menyesal. Dia leka dgn asbab hingga habis waktu solat. Dia begitu sedih hingga dia berdoa agar Allah kembalikan matahari. Bila Allah lihat satu org hamba benar2 bertaubat, Allah tak sia2kan, Allah perintah matahari undur balik, kembali naik, dan nabi Sulaiman dpt tunaikan solat asar.

Inilah perkara yg kita kena faham dan sedar, segala rupabentuk asbab yg ada depan mata kita hari ni, ianya bukanlah perantaraan utk kita selesaikan masalah dan ambil faedah dari benda2 ini. Ia adalah ujian dari Allah utk org beriman. Semua berlaku dgn kehendak Allah.  


Nabi s.a.w ajar sahabat2 tentang hakikat iman. Nabi s.a.w bukan hanya ajar lafaz iman. Nabi s.a.w ambil ujian dari para sahabat sejauh mana hakikat iman ada dlm hati mereka. Zaman sekarang pun ada ujian tapi kita ambil ujian berkaitan maklumat2 dan al faz/perkataan sahaja. Nabi tanya sahabat sejauh mana hakikat iman ada dlm hati. Satu ketika haris bin malik sedang tidur di dlm masjid nabi, baginda telah kuis kaki dia dan bangunkan dia drp tidur. Wahai haris, bagaimana keadaan kamu berpagi hari? Haris jawab, aku berpagi dlm keadaan benar2 beriman pd Allah s.w.t. Setiap kata2/dakwaan ada bukti. Apakah bukti bagi kata2 kamu ini? Haris bagitahu tentang arash, kursi, akhirat, kehidupan selepas mati, seolah2 berada depan dia dan dpt lihat dgn mata dia. Inilah hasil drp usaha atas iman yg dibuat oleh sahabat. Nabi tak kata, kamu dah belajar iman, skrang kamu terus beramal. Nabi kata, kamu dah dpt makrifat, kenal Allah, maka kamu hendaklah berterusan atas keyakinan kamu tersebut. Ilmu berkaitan hukum hakam, sekali belajar dah cukup, tapi ilmu berkaitan iman kena sentiasa diusahakan.

Kita kena cerita keimanan para sahabat. Kita diperintah utk beriman sebagaimana berimannya para sahabat. Dlm percakapan kita, dlm muzakarah kita, dlm dakwah kita, kita kena cerita keimanan para sahabat. Apa sifat2 iman yg ada dlm diri mereka supaya timbul keinginan dlm diri kita utk usaha atas perkara tersebut. Cerita alamat iman, apabila kamu dpt amal perkara baik maka kamu rasa gembira dan bila terbuat dosa, maka hati kamu berasa sedih, maka kamu adalah org yg beriman pd Allah. sejauh mana iman yg ada dlm diri kita, kita sendiri periksa hati kita, adakah dgn kita buat amal baik kita rasa tenang dan bila kita terbuat dosa kita rasa sedih. Iman dtg bersama alamat iman. Bila iman masuk dlm hati maka dgn sendirinya islam akan zahir dari tubuh badan, sunnah akan lahir dari anggota kita. Kata2 yg salah, bila satu org kata, zahir tak baik tapi hati baik. Kerana bila hati kotor, hati rosak, sudah pasti amalan yg rosak akan zahir. Sebagaimana sifat nifak/sifat munafik tak boleh disembunyikan, alamat nifak ialah bila bercakap berbohong, bila berjanji akan mungkir janji, bila diberi amanah akan khianat dlm amanah. Bila dlm hati ada sifat munafik, maka tanda2 tersebut akan lahir dari amalan dia. Begitu juga dgn iman, bila ada iman dlm hati, maka ittibaq sunnah akan lahir dari diri dia. Kehidupan 24 jam ikut cara nabi s.aw. Hari ni, kita hanya dakwa kita org beriman, kita org islam, kita berpuas hati tanpa kita buat dakwah utk dpt kesempurnaan iman.

Satu kisah, bagaimana satu kabilah telah dtg jumpa nabi s.a.w. Nabi tanya, apakah kamu semua? Nabi tak tanya siapa kamu? Mereka jawab, kami org yg beriman. Ta’aruf di zaman nabi adalah berkaitan dgn iman dan amal. Hari ni, org memperkenalkan diri ikut maksud hidup dia, saya business man, saya doctor, saya engineer, saya lawyer, saya fulan dan fulan. Walaupun sahabat peniaga, petani, tidak ada sahabat2 memperkenalkan diri mereka dgn benda2 tersebut. Pengenalan diri mereka hanyalah muhajirin dan ansar. Kerja mereka hanya 2, samada mereka berhijrah atau nusrah. Nabi tanya, apa tanda kamu org beriman? Mereka kata, jemaah2 kamu dtg kpd kami dan mereka telah ajar beberapa perkara pd kami dan kami telah amalkan perkara2 tersebut kerana itu kami kata kami org beriman. Apakah perkara tersebut? Ada 15 perkara dlm diri kami:

5 dlm iman - Beriman pd Allah, malaikat, kitab, rasul, hari akhirat
5 dlm amal - Bersaksi bahawa tiada yg layak disembah melainkan Allah, mendirikan solat, puasa di bln ramadan, menunaikan zakat, mengerjakan haji di baitullah
5 yg dah ada masa zaman jahiliah – sabar, syukur, redho dgn keputusan Allah, tak gembira bila musuh ditimpa musibah, istiqamah dlm keputusan yg dibuat

Beriman pd quran bukan hanya percaya kitab tersebut dari Allah bahkan kena menghalalkan segala perkara yg dihalalkan oleh quran dan mengharamkan segala perkara yg di haramkan oleh quran. yakni kena beramal dg apa yg diharam dan yg dihalalkan oleh quran. satu org telah mengumpat di depan nabi, maka nabi kata kalau dia beriman dgn quran nescaya dia akan beramal dgn quran.
Kami beriman dgn kehidupan selepas mati. Kami menyakini bahawa akan ada kebangkitan selepas mati. Ada kehidupan dlm kubur, ada soalan dlm kubur, ada hisab di padang mahsyar, keimanan spt ini adalah perkara yg kita kena usahakan. Saidina umar r.hu begitu yakin dgn kehidupan selepas mati sehingga dia boleh kata soalan dlm kubur dia boleh jawab dgn mudah. Sebab apa? Sebab dia dah buat persiapan yg rapi, maka dia tak takut dgn imtihan. Jibrail bagitahu nabi bahawa sahabat kamu ini, dia akan tanya malaikat, bila malaikat tanya soalan, dia soal balik malaikat.

Soalan dlm kubur berkaitan dgn Allah. siapa tuhan kamu. Berkaitan dgn islam. Apa agama kamu. Berkaitan dgn baginda s.a.w. inilah ilmu yg kita kena yakini. Bukan berdasarkan maklumat. Org yg ada PhD dlm islam pun tak semestinya boleh jawab. Sejauh mana dlm hati dia kenal Allah, keyakinan pd Allah, sejauh itulah dia dpt jawab soalan dlm kubur. Siapa tuhan kamu. Sejauh mana dlm hati dia faham hakikat islam, sejauh itulah dia dpt jawab soalan dlm kubur, apa agama kamu. Sejauh mana dlm dunia ini dia ittibaq sunnah nabi s.a.w, dia amalkan sunnah nabi dan cara hidup nabi, sejauh itulah dia dpt jawab soalan, bahawa muhammad s.a.w adalah rasul Allah. ini bukan berdasarkan maklumat/pengetahuan yg kita tahu di dunia. 

Kami mendirikan solat dan menunaikan zakat. 2 perkara yg asas. Zakat adalah amalan yg penting. Org yg nak keluarkan zakat sepatutnya dia kena cari org yg nak terima zakat.  Sebagaimana org dahaga cari air utk hilangkan kedahagaannya. Org nak berwuduk kena cari air utk berwuduk. Hari ni, umat tak keluarkan zakat dan yg nak keluarkan zakat tak cari org yg boleh terima zakat.

Org beriman yg ada sifat sabar dan syukur, maka iman dia sempurna. Sabar ialah separuh drp iman. Syukur juga adalah separuh dari iman. Apa itu hakikat sabar? apa itu hakikat syukur?

Sabar yg sebenarnya ialah sabar dlm mentaati perintah Allah. sabar menghadapi kesusahan, pertentangan, gangguan dlm mentaati perintah Allah. Sabar dlm mentaati perintah Allah. bukan sabar dgn maksiat. Bersabar menangung kesusahan sambil buat maksiat, kesabaran spt ini tak terhenti, ia berterusan sampai mati. Bantuan Allah tak akan dtg dan Allah tak akan keluarkan dia dari kesempitan dari masalah yg kita hadapi. Kesabaran yg sebenarnya ialah sabar dlm ketaatan. Sabar dan taat ada tempoh. Bila dtg bantuan Allah, Allah akan tukar dgn kegembiraan. Allah tukar dgn nikmat, dgn kebahagiaan. Org yg bersabar dgn dosa spt satu org pencuri. Sabar dgn pukulan polis atas jenayah yg dia buat. Dia mengeluh. Sabar macam ni tak boleh lepas dari masalah.    

Syukur yg sebenarnya ialah menambah amal ibadat kita pd Allah dan menggunakan nikmat yg Allah bagi mengikut apa yg Allah kehendaki. Hari ni, satu org manusia dari hujung rambut sampai hujung kaki guna nikmat Allah, guna mata, guna tangan, guna kaki tapi dia hanya bersyukur dgn lidah sahaja. Sepatutnya semua anggota patut bersyukur dgn nikmat Allah. bukan hanya lafaz syukur dgn lidah bahkan kita gunakan segala nikmat yg Allah bagi mengikut kehendak Allah dan bermujahadah menambah amal ibadat kita. Nabi s.a.w berdiri beribadat sepanjang malam sehingga bengkak kaki baginda. Bila ditanya mengapa tuan beribadat sebegitu rupa menyusahkan diri sendiri. Nabi jawab, salahkan aku menjadi hamba Allah yg bersyukur pdNya. Ini hakikat kesyukuran.

2 sifat ini sangat penting utk kita semua usahakan dan wujudkan dlm diri. Kita kena faham apa itu hakikat syukur dan apa itu hakikat sabar.

Sifat ke-3 ialah mereka tak zahirkan rasa gembira atas musibah/kesusahan yg menimpa musuh. Ini ketinggian akhlak yg patutnya ada dlm kehidupan org islam. Kalau dlm hati kita nakkan kebinasaan dan kehancuran org bukan islam, maka kita tak akan dpt menguasai mereka. Kita tak akan menang atas mereka. Kita tak jadi asbab hidayat utk mereka. Selagi mana dlm hati kita ada perasaan inginkan harta mereka, inginkan keduniaan yg ada pd mereka, selagi itu kita tak jadi asbab hidayat utk mereka.

Syarat utk org islam mengatasi org bukan islam:
  1. kita inginkan hidayat utk mereka, kebaikan utk mereka. Kita tak ingin lihat mereka mati masuk neraka.
  2. dlm hati kita tak sepatutnya ada apa2 perasaan pd harta benda, kerajaan, pemerintahan, segala benda yg mereka ada. 
Bila kami buat sesuatu perkara kami tetap atas perkara tersebut. Kami tak lari dari medan. Kami tak mengalah atas satu2 urusan. Kami redho atas segala ketetapan Allah. Org yg ada sifat macam ni hati dia sentiasa gembira.

Nabi tak kata mereka auliya’, nabi tak kata mereka org yg soleh, tapi nabi kata mereka fuqaha’, udaba’, org yg fakih, org yg faham tentang agama. Mereka org yg mempunyai adab, dan mereka ini hampir2 jadi nabi kerana sifat2 yg ada pd mereka.

Nabi bagi lagi 5 pesanan pd mereka bahawa kamu usaha atas 5 perkara ni maka kamu akan dpt kesempurnaan dlm iman:
  1. jangan kamu cakap apa yg kamu tak buat
  2. jangan kamu bina bangunan yg kamu tak akan duduk
  3. jangan kamu kumpul harta yg kamu tak akan guna
  4. jangan kamu cintakan dunia yg kamu akan tinggalkan
  5. jangan kamu tinggalkan akhirat yg kamu akan pergi kpdnya 

inilah sifat2 yg kita usahakan dlm diri kita.


Utk dpt iman macam sahabat kita kena guna cara yg sama macam sahabat buat. Dakwah tidak dibuat ikut kehendak semasa. Dakwah ialah kita buat usaha sebagaimana sahabat2 telah buat usaha. Kita buat usaha atas iman sebagaimana sahabat usaha atas iman. Bagaimana cara? Kita kena bergerak jumpa umat di seluruh dunia dan bawa islam secara amali dlm kehidupan. Kita semua kena ada azam utk buat perkara ini. insyaAllah. Apabila umat ini tinggalkan usaha dakwah illallah, mahfum hadith, 2 kerugian pd umat, pertama, terhindar dari keberkatan wahyu. Kedua, doa tak diperkenankan oleh Allah. satu perkara lagi yg maulana yusf rah. beritahu, kalau tinggalkan kerja dakwah illallah, maka umat ini tak akan dpt nusrah secara itima’i dari Allah s.w.t. Pergerakan umat ini di jln Allah utk kerja dakwah seumpama air yg mengalir. Air yg megalir ia suci dan menyucikan. Bila umat bergerak, umat akan dpt tarbiyah dari Allah, mereka akan dibersihkan dan mereka akan jadi asbab tarbiyah utk org lain.

Utk itu, saya minta semua yg ada kat sini, semua buat keputusan keluar 4B setiap thn, 10H setiap bln dan bagi masa 8 jam setiap hari. Ini bukan masalah individu/peribadi, ini masalah seluruh umat seluruh manusia, bagaimana seluruh manusia dpt diselamatkan dari azab Allah dan masuk syurga Allah. semua sedia, insyaAllah.

Seluruh umat ini seumpama menaiki satu bahtera. Walau bahtera tadi penuh dgn ahli ibadat yg hebat2, tapi cukup satu org yg fasik/fajir, buat lubang pd bahtera menyebabkan semua akan tenggelam. Nabi terangkan dlm hadith, hendaklah kamu bantu org zalim dan org yg dizalimi. Bantu org zalim ialah menghalang dia dari kezaliman. Syarat utk umat ini jadi umat yg terbaik ialah kena buat kerja dakwah illallah, mengajak manusia kpd makruf dan cegah dari mungkar. Buat kerja dakwah ini secara berterusan. Bukan buat sekali dan kemudian lepaskan t/jawab. Sebagaimana ibadat kita buat berterusan sampai mati, begitu juga dakwah kita buat berterusan sampai mati.

Alat2 yg digunakan pd masa kini, ini sekali-kali tidak cukup utk melepaskan kita dari t/jawab dakwah illallah. Kita sendiri kena pergi jumpa manusia. Kita pergi jumpa umat dan mengajak kpd Allah. Umat hari ini telah tinggalkan keluar di jln Allah sebagaimana sahabat2 telah keluar di jln Allah. Maulana Yusuf kata, usaha kita ialah utk mengembalikan umat kpd usaha yg telah dibuat oleh para sahabat.

Mereka yg telah keluar 4B IPB, bagi nama utk keluar negara jauh. Ulamak bangun utk 1 thn.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir