Jor qudama' 2018 - Bayan ulama' : maulana saad

25/03/2018 – sri petaling

Tuan2 yg mulia,

Antara usaha dakwah dan taklim ada hubungan yg rapat. Kedua-dua adalah usaha nabi s.a.w. Usaha nabi s.a.w tidak ada percanggahan. Tidak ada penentangan. Ayat quran: Wahai rasul, sampaikanlah apa yg telah diwahyukan kpd kamu. Allah telah terangkan dua-dua perkara dlm ayat ini. Taklim dan tabligh. Pergi kpd umat yg tak ada talab/keinginan dan memberi pengajaran kpd mereka, menyampaikan ilmu kpd mereka, ini adalah tabligh. Menyampaikan ilmu kpd mereka yg dtg yg ada talab/keinginan, ini adalah taklim. Maksud sahabat keluar di jln Allah adalah utk taklimuddin, utk menyampaikan agama.

Dlm sirah, Nabi s.a.w telah hantar sahabat2 ke bandar2 dan negara2 yg berlainan, atas maksud supaya mereka mendirikan pusat2 pengajian agama/madrasah utk sampaikan ilmu agama. Ini merupakan maksud nabi s.a.w dihantar dan diutuskan. Inilah maksud usaha kerja nabi s.a.w. Sahabat2 telah berhijrah dan menetap disana utk wujudkan pusat pengajian agama. Satu ketika, nabi s.a.w telah hantar 70 org sahabat ke Najran, utk sampaikan agama pd mereka, ajar mereka agama. Mereka telah peluk islam, mereka telah beriman tapi ilmu agama belum sampai kpd mereka. 70 org sahabat ini pergi tanpa apa2 kelengkapan utk berperang, kerana berperang atau mempertahankan diri drp musuh bukanlah maksud yg sebenar. Berperang hanya bila ada keperluan. Bukan setiap masa berperang. Maksud mereka keluar utk sampaikan agama. Walaupun masih ada tipumuslihat, masih lagi nabi hantar mereka sehingga mereka syahid di bir ma’ona. Maksud mereka keluar hanya senmata-mata utk ajar agama. Tidak ada maksud yg lain. bagaimana ilmu dpt sampai kpd umat dan kejahilan dpt dihilangkan drp umat.

Nabi s.a.w telah memberi perumpamaan bahawa ulamak umat ini seumpama awan. Ulamak umat ini umpama awan yg membawa hujan yg lebat. Ulamak tidak diibaratkan sebagai telaga. Dlm awan ada ketinggian. Telaga ada kerendahan. Sifat awan bergerak, pergi turunkan hujan. Ia suci. Membersihkan. Mambawa keberkatan. Hujan adalah rahmat dari Allah. awan bawa rahmat. Ulamak pergi cari umat. Ulamak pergi ajar umat. Awan bergerak ikut perintah Allah. dimana Allah perintah turunkan hujan maka ia akan turunkan hujan disana. Itulah tugas sebenar ulamak. Ulamak kena bergerak kpd umat dan sampaikan ilmu agama. Oleh itu, pentingnya usaha tabligh dan taklim. Dua-dua penting. Tak boleh abaikan salah satu.

Walaupun tugas melaungkan azan itu mudah tapi masih kena cari pengganti. Bila bilal r.hu minta keinzinan dari umar r.hu utk keluar di jln Allah maka umar tanya adakah kamu dah cari pengganti. Bila dah dpt pengganti yg sesuai, barulah umar r.hu memberi kebenaran utk dia keluar di jln Allah. Apatah lagi satu org yg mengajar bukhari, mengajar tafsir. memberi fatwa, kena cari pengganti. Bukan maksud dakwah utk merendahkan taklim. Satu kejahilan bila menggangap taklim lebih rendah dari tabligh. Bahkan tabligh dan taklim sama penting. Saling memerlukan satu sama lain. Maksud tabligh ialah utk menghidupkan taklim, menyampaikan ilmu kpd umat. Kedua-duanya adalah kerja nabi s.a.w. Tak mungkin ada percanggahan dlm kerja nabi s.a.w. T/jawab ulamak ialah utk sampaikan ilmu kpd umat. Mengabaikan t/jawab tersebut akan ditanya depan Allah s.w.t.

Ilmu adalah amanah utk umat. Ulamak adalah pewaris nabi s.a.w. Mereka mewarisi ilmu dari nabi s.a.w. mereka bertanggungjawab utk sampaikan amanah ilmu pd setiap umat. Cth, satu org bapa meninggal dunia. Ada anak sorang di amerika, sorang di afrika, sorang di negara lain, mereka semua berhak uk dpt harta pusaka, maka pewaris bertanggungjawab utk mencari mereka dan sampaikan. Cuai dlm menyampaikan akan disoal oleh Allah di hari akhirat nanti. Begitulah keseluruhan umat ini berhak keatas ilmu nabi s.a.w. maka t/jawab ulamak utk sampaikan ilmu kpd mereka. Pergi kpd mereka dan sampaikan hak umat. Kena pergi jumpa org yg sepatutnya kena tahu ilmu. Cth, kita berada di padang pasir, kita ada air, dan pd masa yg sama kita tahu ada org tak ada air dan sedang mati kedahagaan. t/jawab org yg ada air utk pergi sampaikan air. Tidak sampaikan air pd org yg memerlukan adalah satu kezaliman yg sangat besar. Org yg mati tanpa air tak ada masalah di akhirat tapi org yg mati dgn kejahilan akan membahayakan akhirat dia. Kezaliman yg lebih besar ialah membiarkan org mati dlm kejahilan. T/jawab ulamak utk memastikan ilmu sampai ke setiap umat. 

Nabi s.a.w tidak menggalakan umat ini jadikan mengajar agama sebagai mata pencarian. Bahkan ajar agama adalah satu t/jawab yg perlu dilaksanakan oleh umat ini. Ini adalah cara usaha semua ambiya a.s. aku tidak meminta apa2 upah drp kamu. Satu ketika, ubay bin kaab telah mengajar quran pd satu org budak, habis mengajar, bapanya telah hadiahkan kpd ubay r.hu satu panah. Bagi panah bukan sebagai upah tapi sebagai hadiah. Ubay pun tak minta. Tak ada niat utk ambil apa2 upah. Panah adalah satu alat yg boleh digunakan di jln Allah s.w.t. Boleh jadi sedekah jariah bagi pihak pemberi. Selagi mana panah digunakan di jln Allah, selagi itulah org yg memberi akan dpt ganjaran. Tetapi barang tersebut diberi setelah ubay bin kaab ajar anak dia quran. ubay bawa panah tersbut dan pergi jumpa nabi. Ubay cerita apa yg berlaku. Nabi s.a.w kata ia adalah sebahagian dari api neraka. Ajar agama utk bina kehidupan akhirat bukan utk bina dunia atau dptkan keperluan.

Tidak ada amalan yg lebih hebat dari amal mengajar agama. Sepatutnya org yg ajar agama begitu banyak sehingga dia tak perlu pd sesiapa selain Allah sahaja. Faedah amalan infradi hanya utk diri sendiri tapi ajar agama faedah utk umat. Dgn taklim umat akan terbina. Allah akan ambil t/jawab utk bagi rezeki pd dia sehingga dia langsung tak berhajat selain dari Allah. Bukan maksud jgn ambil gaji/upah. Boleh ambil upah. Kisah abu bakar siddiq, dgn mesyuarat, dia dibenarkan ambil imbuhan dari baitulmal semasa dia jadi khalifah. Dia nak pergi berniaga macam biasa. Tapi tak dibenarkan kerana tugas khalifah begitu besar, tak mampu menghimpunkan kedua-dua sekali. Dia ambil sekadar yg diperlukan sahaja dari baitulmal dan sebelum dia meninggal dia bayar balik semua. Dia takut dgn sebab dia ambil upah akan merosakkan akhirat.

Org yg ambil upah mengajar agama, akan dpt 2 kerugian. Pertama, tiada keberkatan, rasa tak cukup kerana ambil upah sebagai maksud. Kedua, pahala akhirat tak dpt. Boleh ambil upah dgn syarat. Pertama, jgn jadikan sebagai maksud. Imbuhan yg diberi pd org yg mengajar agama sebenarnya bukan upah kerja tapi sebagai ganti bagi masa. Masa yg dia gunakan utk mengajar yg mana sepatutnya masa tersebut dia boleh guna utk berniaga dsbnya. Sebab masa tersebut digunakan utk ajar agama dan dia tiada masa utk cari keperluan, atas dasar itu upah/imbuhan diberi. Org yg perlu, dia boleh ambil. Org yg tak perlu, tak payah ambil. Kedua, ambil dgn istighna, dgn perasaan tak perlu pd upah tersebut. Atas dasar kita tak ada keperluan lain.

Kisah satu org ajar agama dan Allah jadikan dia mustad’I, tak berhajat pd sesiapa melainkan Allah. Abu hurairah r.hu ajar agama. Nabi s.a.w bagi pd dia 17 biji buah kurma dan diletakkan dlm satu uncang. Dia makan kurma tersebut dari zaman nabi hingga zaman saidina usman r.hu. Setiap hari dia ambil utk makan dari uncang, kurma tak habis2. Bila syahid usman r.hu, uncang tersebut hilang. Berlakunya ketidak taatan pd amir menyebabkan keberkatan telah terangkat. Sebab tu hilang. Abu hurairah telah kira kembali banyak mana dia dah makan, sebanyak 1050 mud. Dgn sebab mengajar agama.

Belajar dan mengajar ilmu agama disyaratkan taqwa. Org yg mengajar ilmu agama kena ada taqwa. org yg nak dptkan ilmu agama juga kena ada taqwa. Ilmu adalah sifat Allah. Tanpa hubungan dgn Allah, tak mungkin satu org itu akan berjaya utk dptkan ilmu. Begitu juga, tanpa hubungan dgn Allah, tak mungkin satu org itu dpt sampaikan ilmu kpd org lain. Satu org alim yg terlibat dgn maksiat, dosa, maka umat tak akan dpt faedah dari ilmu dia. Ayat quran, siapa yg bertaqwa pd Allah, Allah akan bagi jln keluar dari segala masalah. bukan hanya masalah dunia. Bahkan Allah akan bagi dia faham. Sejauhmana dlm hati kita ada keinginan utk menyampaikan pd umat dgn ilmu, sejauh itu Allah akan bagi ilham pd kita dan macam mana nak sampaikan ilmu. Cth, bagaimana madu yg dibuat oleh lebah. Cerita dlm quran. madu utk menafaat seluruh manusia. Allah ilhamkan pd lebah2 ini macam mana nak kumpulkan madu. Dari pokok mana nak ambil. Allah bagi ilham sebab niat utk bagi kebaikan pd umat. Begitu juga satu org yg belajar agama dan dlm hati dia ada keinginan utk sampaikan agama pd org lain, maka Allah akan bagi ilham pd dia macam mana nak sampaikan ilmu tersebut. Hadith nabi, seorang guru umpama seorang ayah. Dlm hati ada perasaan kasih dan sayang inginkan kebaikan utk anak. Ilmu akan dtg dgn mahabbah/kasih sayang. Ilmu tak akan dtg dgn masyaqqah/menyusahkan. Ilmu dtg dgn adab bukan dgn azab pelajar2.

Kisah satu org yg telah kencing dlm masjid nabi. Nabi tak marah atau pukul dia tapi nabi ajar dia adab2 masjid. Nabi tak keluarkan fatwa, tak jatuhkan apa2 hukuman, tak kata pd dia fasik/fajir. Dia telah ballik pd kaumnya dah bagitahu mereka betapa indahnya akhlak nabi s.a.w dlm menyampaikan agama. Dgn kita ajar agama cara sunnah, maka org akan sebarkan cara kita mengajar pd umat dan umat akan dpt kenal kebaikan tersebut.

Berkat usaha yg sedang berjalan di seluruh dunia sekarang ini, umat telah mula bergerak dan keluar di jln Allah. Dlm keadaan ini, kalau ulamak tak bersama dgn mereka, maka jemaah yg bergerak tak akan dpt taklim dan tarbiyah yg sempurna. Dan dgn perantaraan mereka yg keluar, umat tak akan dpt taklim dan tarbiyah yg sempurna. Sangat penting ulamak bersama dgn jemaah2 yg bergerak di seluruh dunia. Bila ulamak meninggalkan bergerak di jln Allah bersama umat, maka kita telah tinggalkan satu sunnah yg sangat besar. Pd zaman nabi, setiap jemaah yg keluar dijln Allah, ada ulamak, ada qari dlm jemaah2 tersebut. Pernah jemaah ditahan tak boleh keluar sebab tiada ulamak bersama dgn mereka. Pernah nabi tanya satu jemaah mengapa tak keluar lagi. Mereka jawab, kami tak dpt lantik amir dikalangan kami. Dari kisah ini kita dpt belajar bahawa cara nak lantik amir, nabi tak tanya syor setiap org siapa yg patut jadi amir. Bahkan nabi panggil sorang2 dan dengar bacaan quran dari mereka. Nabi lantik org yg paling pandai baca quran dan paling banyak hafal quran. mereka dilantik jadi amir jemaah. Siapa jadi amir, dialah imam bagi jemaah. Yg jadi imam itulah amir. Jemaah yg tiada alim ulamak dan qari, maka jemaah tersebut tak sempurna. Keinginan maulana ilyas ialah dia nak setiap jemaah yg keluar di jln Allah ada alim yg boleh ajar agama dan qari yg dpt ajar quran. inilah maksud drp naklo harqat. Usaha yg bergerak di seluruh dunia, adalah utk menghidupkan keseluruhan agama yg dibawa oleh nabi s.a.w. setiap syukbah/bahagian agama mahu dihidupkan sebagaimana di zaman nabi s.a.w.  

Dgn pernataraan usaha ini, setiap syukbah agama dpt hidup dlm diri setiap umat, maka sangat2 penting ulamak kena ada dlm setiap jemaah yg keluar. Persoalannya kenapa ulamak diminta keluar 1 thn? supaya dlm masa 1 thn dia keluar di jln Allah, ulamak dpt bergaul dlm setiap lapisan umat dan dpt faham mizaj setiap golongan umat. Dpt faham perangai setiap golongan umat, org miskin, kaya, org kampong, org bandar, dan dpt tahu dimana dia kena sampaikan ilmu agama. Sebagaimana org kaya pergi kpd org miskin maka dia dpt tahu maslahat mereka, dan dpt gunakan harta dia ke atas org miskin. Bergerak dlm umat dan dpt tahu keperluan umat. Sejauh mana dahaganya umat kpd ilmu.

Nabi pernah memberi amaran pd ulamak dikalangan sahabat. Bahawa akan dipercepatkan azab keatas mereka di dunia ini lagi. Nabi kata, hendaklah yg berilmu dikalangan kamu menyampaikan ilmu pd mereka yg tiada ilmu. Bila amaran diberi maka sahabat ashariyyin bertanya kenapa kami yg kena azab. Mereka ulang tanya 3 kali dan nabi beri jawapan yg sama. Maka ashariyyin kata bagilah kami tempoh selama 1 thn utk kami sampaikan ilmu pd mereka yg tak ada ilmu. Ulamak sendiri minta dgn nabi utk keluar 1thn. mereka bukan duduk mengajar ilmu di madinah. Mereka telah pergi ke tempat2 ada sumur, ada perkampungan, jumpa mereka dan sampaikan ilmu pd mereka. Dlm masa 1 thn semua mereka yg beriman dah dpt ilmu.

Madrasah2 agama adalah kilang2 utk membentuk manusia. Utk lahirkan ulamak yg akan bergerak dlm umat dan sampaikan ilmu pd setiap lapisan umat. Cuma jgn hadkan taklim pd madrasah2 sahaja. Bahkan kita kena umumkan taklimuddin, belajar agama ni sehingga ke tahap masjid. Setiap masjid/surau ada majlis ilmu. Usaha dakwah bukan hanya taklim fadail sahaja. Ini kefahaman yg salah. Org awam baca taklim fadail. Ulamak kena wujudkan majlis ilmu. Taklim fadail hanyalah perantaraan utk umat dtg kpd agama. Masail adalah maksud sebenar. Umat dtg belajar ilmu masail dgn ulamak2 di masjid2. Di zaman nabi, di masjid ada halaqah halal/haram, halaqah belajar/mengajar quran, semua keperluan2 umat ada di masjid. Ini adalah maksud usaha amalan memakmurkan masjid. Ulamak kena bagi masa di masjid utk ajar masail, fardu ain pd org awam. Cth, doktor belajar di universiti, tapi maksud supaya mereka pergi ke kampung2 bukak klinik. Tapi hari ni org belajar agama, habis belajar agama tak tahu nak buat apa. Alim ulamak yg lahir dari madrasah bukan semua akan mengajar di madrasah. Kebanyakan mereka perlu disediakan utk pergi ke masjid/surau, bagi masa utk umat di sana, ajar agama pd umat.


Ulamak umpama awan dan kena bergerak di seluruh dunia dan turunkan hujan rahmat di seluruh dunia. Siapa sedia? Yg dah keluar 4B, keluar lagi 8 bln, dianggap keluar 1 thn. Yg dah keluar 40H , bagi azam utk keluar 1 thn. Juga bagi azam khidmat 2B nizamuddin.  

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir