Jor qudama' 2018 - targhib jor : bhai farouk

Mesyuarat KL : 21/03/2018

Tuan-tuan kena bersyukur kerana jor yang akan diadakan di Malaysia ini yang akan di hadiri oleh Hadrat Maulana Saad DB dan ramai orang tanggungjawab usaha agama dari seluruh dunia. Syura-syura di Malaysia telah mengikuti tertib dari awal, mengikut nasihat dari Nizammuddin dan telah terselamat dari fitnah yang berlaku. Tuan-tuan sebutlah Alhamdulillah tanda bersyukur atas nikmat ini.

Saya telah keluar bersama jemaah biasa pada tahun 2001 dan selepas itu telah hadir dalam banyak Ijtimak dan perhimpunan yang diadakan di Malaysia, saya dapati usaha telah berjalan dengan mengikut tertib yang dikehendaki dan mengikut nasihat orang lama dari Nizammuddin. Kerana inilah Allah telah terima usaha dakwah dan pilih tempat ini untuk mesyuarat dunia diadakan di sini. Tuan-tuan sebutlah Alhamdulillah tanda bersyukur kepada Allah atas nikmat ini.

Kerana usaha di Malaysia ini, maka negara-negara yang berjiran seperti Thailand, Vietnam, Kemboja dan lain-lain akan dapat kesan datang kepada usaha dakwah dan cara kerja yang betul.
(Semua yang hadir telah menucapkan Alhamdulillah). Mesyuarat usaha agama akan di buat disini dan orang tanggungjawab dari seluruh dunia akan hadir disini. Ada antara mereka yang telah pun sampai disini. Semasa saya di Airport (KLIA), Maulana Saad gembira kerana ada ramai orang tanggung jawab dari Qatar, Amerika dan lain-lain telah jadi Istiqbal dan bersama-sama mengikuti safar Maulana Saad ke Indonesia dan akan bersama-sama pula hadir ke jpr di sini nanti.

Apakah hak mereka sebagai tetamu yang datang dari jauh dimana tuan-tuan sebagai tuan rumah perlu menunaikan hak tersebut. Hak mereka ialah jemaah perlu dikeluarkan sebanyak-banyaknya ke negara jauh diseluruh alam, jemaah 4 bulan, 40 hari dll. Di maklumkan ada 120 lebih jemaah telah disediakan dan telah ditafakut untuk negara jauh. Sebenarnya tuan-tuan berkemampuan untuk bentuk dan keluarkan lebih banyak jemaah sehingga boleh mencapai 400 jemaah.

Ijtimak di Aurangabad, Maharastra, India, 10 ribu jemaah telah di keluarkan. Seramai 124 ribu orang telah keluar di jalan Allah.

Tuan-tuan kena pastikan semua jemaah yang telah ditafakut dan hendak keluar mestilah berada di medan Johr sebelum Johr bermula. Usaha-usaha mesti dibuat untuk membawa mereka ke sini. Fikir dan usaha juga mesti dibuat supaya semua orang yang hadir ke jor ini akan keluar di jalan Allah. Tidak ada satu orang pun tinggal melainkan semua akan keluar di jalan Allah.

Ada 2 hari lagi sebelum jpr bermula. Tuan-tuan kena usaha bermati-matian dalam 2 hari ini supaya usaha yang tuan-tuan buat berbulan-bulan dulu tidak sia-sia. Jika 2 hari ni tidak digunakan dengan sebaik mungkin untuk usaha khususi, usuli dan lain-lain maka usaha berbulan-bulan sebelum ini tidak akan dapat menafaat sepenuhnya.

Ada banyak kerja khidmat yang perlu di buat. Hadrat Maulana Saad D.B. telah memberitahu orang-orang khidmat di Ijtimak Aurangabad, kamu khidmat dengan bersungguh-sungguh, sebenarnya Allah telah membantu kamu menyelesaikan semua kerja-kerja khidmat. Malaikat-malaikat telah membantu dalam kerja khidmat kamu.

Sama seperti tuan-tuan buat khidmat untuk sempurnakan persiapan jor, Allah lah memberi bantuan memyempurnakan semua persiapan. Malaikat-malaikat datang membantu usaha khidmat kamu. Dalam peperangan Badar, seorang sahabat bersaiz kecil telah membawa Saiyidina Abbas (yang belum Islam pada masa itu) dan memberitahu aku telah menawan Abbas. Kata Saiyidina Abbas, bukan kamu, ada seorang lelaki yang bertubuh besar yang menawan, menangkap dan mengikat aku. Kata Rasulullah s.a.w, yang bertubuh besar itu adalah malaikat yang menawan dan mengikat kamu.

Dalam perang Khandak, Allah s.w.t telah mengilhamkan kepada Hadrat Salman r.a, dimana beliau memberi syor supaya di gali parit sekeliling Madinah. Rasulullah s.a.w. telah menerima syor ini dan semua sahabat-sahabat telah di bahagikan tugas untuk menggali parit di bahagian tertentu sepanjang 3.2 batu. Dibahagian dimana Hadrat Salman menggali Allah s.w.t telah menguji Hadrat Salman dimana ada satu ketul batu yang sangat besar dam sahabat tidak berjaya memecahkan batu ini. Ujian di datangkan kerana Allah s.w.t mahu supaya Hadrat Salman r.a bertawajuh dan berdoa kepada Allah s.w.t. Maka beliau telah tawajuh kepada Allah s.w.t dan berdoa, sehingga beliau telah mengadukan masalah ini kepada Rasulullah s.a.w. Semua usaha untuk memecahkan batu telah dibuat tetapi tidak berjaya. Rasulullah saw telah datang dan telah ketuk kali pertama dan sebelah batu telah terbelah. Baginda s.a.w telah ketuk kali yang kedua dan sebelah lagi batu terbelah. Baginda s.a.w telah ketuk lagi pada kali yang ketiga dan semua batu telah hancur.

Semasa kali pertama Baginda s.a.w mengetuk batu, percikan api telah berlaku dan ada cahaya terpancar. Begitu juga cahaya telah dilihat semasa ketukan kali kedua dan ketiga. Hadrat Salman r.a telah dapat melihat cahaya yang terpancar itu dan Baginda s.a.w telah bertanya kepada Hadrat Salman r.a samada beliau melihat cahaya itu. Hadrat Salman mengiyakan dan Nabi s.a.w menjelaskan pada cahaya pertama aku melihat kerajaan Yaman jatuh ke tangan orang Islam. Dalam cahaya kedua aku melihat kerajaan Rom jatuh ke tangan orang Islam dan pada ketukan kali ketiga, aku melihat kerajaan Parsi jatuh ke tangan orang Islam. Malaikat Jibril telah hadir dan menerangkan kepada Baginda s.a.w tentang perkara ini.

Dalam kesusahan sahabat-sahabat mengharungi peperangan Khandak, makanan tidak mencukupi dan kelaparan, pakaian yang tidak sempurna untuk menahan kesejukan musim dingin dan musuh-musuh mengelilingi Kota Madinah untuk menyerang orang Islam. Allah telah menjadikan mujahadah Sahabat r.a menanggung kesusahan dalam perang Khandak sebagai asbab untuk tersebarnya hidayah ke seluruh alam dan berita gembira kejatuhan ketiga-tiga kerajaan Yaman, Rom dan Parsi diberitahu semasa Sahabat r.a menanggung kesusahan ini.

Tuan-tuan yang bersusah payah dalam khidmat untuk sempurnakan jor ini akan jadi sebab hidayah tersebar ke seluruh alam. Tuan-tuan kena yakin dengan kekuasaan Allah


Berkat telah datang semasa peperangan Khandak dimana makanan untuk 3 atau 4 orang berupa sedikit gandum dan lauk dan seekor anak kambing yang kecil telah di makan oleh 3 ribu orang sahabat. Selepas semua makan pun, gandum dan lauk tadi masih seperti asal tidak berkurang. Yakinlah kepada Allah dan keberkatan akan datang dan makanan akan mencukupi untuk semua orang yang datang ke jor ini.

Semua orang yg hadir dalam mesyuarat malam ni mesti bangun dan bagi nama untuk keluar. Jika ada 1000 orang disini maka 1000 jemaah akan dibentuk. Tuan-tuan balik dan setiap orang mesti bentuk satu jemaah. Tuan-tuan balik ke rumah dan minta isteri tuan-tuan tawajuh membuat amal dan berdoa untuk kejayaan jor dan sebanyak-banyaknya jemaah dapat dikeluarkan dan seluruh dunia akan dapat kesan dan menafaat kebaikan dari jor ini.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir