Jor qudama' 2018 - sifat da'i : maulana saad

27/03/2018 - sri petaling


Tuan2 yg mulia,


Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka mohonkanlah ampun bagi mereka dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kpd Allah. sesungguhnya Allah menyukai org2 yg bertawakkal kpdNya.
(surah ali imran : ayat 159)

Allah telah adakan satu ketetapan utk wujudkan ijtimaiyat/kesatuan diantara kita. Hanya dgn ijtimaiyat sahaja umat ini akan dpt bantuan dan nusrah Allah. tanpa ijtimaiyat dlm umat tak mungkin umat ini dpt bantuan Allah. walaupun bilangan umat ini sedikit 2% dan 98% lagi bertentangan dgn mereka, tapi bila dlm umat ada sifat2 yg dikehendaki oleh Allah, maka 2% dpt mengatasi 98%. Sebaliknya walau bilangan umat 98% beragama tapi tidak ada sifat, maka tiada bantuan Allah dan tak mungkin dpt mengatasi bilangan yg sedikit 2%.  Kekuatan umat ini tidak terletak pd senjata atau bilangan yg ramai. Kemenangan semata2 kerana bantuan Allah. Sahabat bagitahu bahawa kami tak pernah menang dan tidak akan menang dgn kekuatan sejata, ketenteraan, bilangan yg ramai. Utk dpt bantuan Allah perlu ada kesatuan dlm umat. Tanpa bantuan Allah, umat tak akan dpt kemuliaan. Apakah syarat2 utk dpt bantuan Allah?

Perkara pertama yg Allah bagitahu pd nabi s.a.w. ialah baginda kena ada sifat lemah lembut, sifat kasih sayang, merahmati, bukan sahaja terhadap manusia, bahkan terhadap binatang sekalipun. Satu ketika seekor unta telah mengamuk. Nabi pergi tengok. Hari ni, keadaan rakan seusaha pun kita tak ambil tahu. Nabi ambil tahu bukan sahaja keadaan org islam, keadaan binatang pun nabi ambil tahu. Bila unta itu nampak nabi s.a.w, ia berlari kearah nabi. Unta tersebut berbisik sesuatu pd nabi. Ia mengadu tentang ketidakadilan tuannya. Buat kerja banyak. Tak peduli pd dia. Kasih sayang nabi bukan hanya utk manusia hatta utk juga mendapat rahmat dari nabi s.a.w. Keadilan nabi juga utk seluruh manusia dan haiwan.

Satu ketika, satu kumpulan serigala telah dtg jumpa nabi s.a.w. Mereka nak berbincang. Mereka kata kalau sahabat2 kamu bagi kami makanan sekian banyak pd setiap tahun maka kami tak akan kacau binatang ternakan mereka. Nabi telah bagitahu sahabat tentang cadangan yg telah diberi oleh serigala tadi. Tapi sahabat kata kami tak sedia nak bagi. Nabi bagitahu serigala, sahabat tak sedia nak bagi makan maka kamu bebas menjadikan binatang ternakan mereka sebagai mangsa. Inilah keadilan nabi merangkumi semuanya. Inilah sifat yg ada pd nabi. Sifat inilah yg kena ada pd diri setiap org da’i. sifat kasih sayang, belas kasihan pd semua makhluk. Maka akan wujud ijtimaiyat dikalangan umat dan akan ada bantuan Allah.


Org yg buat usaha agama juga kena ada sifat ketahanan/tahammul. Utk jadikan hati bersifat cekal, Allah telah ambil kerja2 yg susah dari ambiya a.s. Biasakan mereka dgn kerja2 yg susah. Satu org yg biasa dgn kehidupan yg susah, maka dia akan senang buat kerja yg susah di jln Allah. sebaliknya satu org yg hidup senang, maka susah utk dia bermujahadah di jln Allah. dia mudah mengalah. Sebab itu Allah latih nabi2 dan rasul2 utk jaga kambing. Jadi pengembala kambing. Allah tak ambil kerja dari ambiya utk gembala unta atau kuda. Unta sifat cemburu. Kuda sifat takkabbur. Kambing bersifat rendah diri. Sifat lemah dan lembut. Satu org yg gembala kambing ada sifat kesabaran yg tinggi. Kambing binatang yg lemah. Sifat ketahanan macam ni kena ada dlm diri setiap org da’I barulah akan dpt menjalankan kerja dakwah dgn baik. Cekal menghadapi kerenah2 org.

Begitu juga da’i kena ada sifat memaafkan kesalahan org lain. tak boleh ada sifat dendam pd sesiapa. Kita lupakan kesalahan org. sahabat tanya, berapa kali kami kena memaafkan hamba sahaya kami. Nabi jawab, 70 kali. Bukan bermaksud lepas 70 kali, boleh marah dan pukul. Lebih 70 kali pun buat salah tetap kena memaafkan. Satu org tuan berhak utk marah hambanya yg tak buat kerja dgn baik. Tapi nabi ajar kita supaya memaafkan. Satu ketika aisyah r.ha telah marah hambanya yg buat salah. Maka nabi telah tegur aisyah r.ha. semua yg berlaku adalah ketetapan dari Allah. benda dah berlaku. Maka maafkanlah hambamu. Tak kira walaupun banyak kali rakan2 seusaha buat silap, kita maafkan. Kita ceritakan tentang kebaikan dan jasa org tersebut. Sebab itu, dlm usaha ini tidak ada menjatuhkan hukuman/ambil tindakan kalau org buat salah. Dlm usaha ini hanya ada muzakarah.

Mesyuarat bukan tempat mahkamah, bukan tempat jatuhkan hukuman. Kalau kita jadikan mesyuarat tempat jatuhkan hukuman maka kita tak akan dpt menyatukan umat ini. Jgn sekali-kali kita buat keputusan dlm mesyuarat tentang masalah2 peribadi. Mesyuarat hanya utk kerja2 ijtimai/takazah2 dakwah. Cth: 2 org bergaduh, kita bawa dlm mesyuarat, maka kita buat keputusan, satu betul, satu salah. ia akan memihak pd satu pihak. Maka satu org akan tinggalkan usaha. Jgn masuk campur masalah peribadi. Masalah ijtimai kita mesyuarat. Masalah peribadi kita istikarah. Jgn kita bawa masalah peribadi ke dlm mesyuarat. Mesyuarat adalah semata2 utk takazah kerja.

2 kisah tentang nabi tak masuk campur masalah peribadi. Pertama, kisah isteri nak minta cerai dgn suami sebab hodoh. Pergi jumpa nabi, nabi cuma bagi syor sahaja. Tapi wanita tadi tetap mahu bercerai. Nabi tak masuk campur. Kedua, kisah jual beli antara 2 org sahabat. Bila minta kurangkan harga dia tak bagi. Kebetulan nabi ada di sana, minta nabi suruh dia kurangkan harga. Nabi Cuma bagi fadilat. Nabi kata aku tak nak jadi org yg zalim. Nabi tak masuk campur hal peribadi.

Kisah yg lain, ketika maulana pergi bersafar ke satu negara, ada satu org karkun yg dah lama menetap disana dan berjaya dlm perniagaan. org t/jawab negara tersebut bagi syor pd dia suruh balik ke negara asal dan buat usaha di sana. Disini susah nak buat usaha. Anak2 nak belajar agama pun susah. Dia pun dah cari pembeli dan bersedia nak pindah. Maulana tanya, siapa bagi syor yg tak cerdik ni. Jgn kita masuk campur dlm urusan peribadi sesiapa. Allah telah pilih kamu utk buat usaha disini. Satu org sahabat nabi boleh jadi asbab  hidayat satu negara. Allah letakkan kamu disini utk bangunkan usaha disini.

Org2 t/jawab kena ada kepercayaan pd rakan2 seusaha. Jgn sangka buruk, jgn cari keaiban. Saidina umar kata kami menghukum mengikut zahir seseorang, kami tak tahu berkenaan batin seseorang. Kisah satu org sahabat kejar satu org musyrik di medan perang. Musyrik tu jatuh dan kalah, tiba2 dia mengucap 2 kalimah syahadah, sahabat tadi bunuh juga dgn sangkaan dia mengucap hanya utk selamatkan nyawa dia. Bila nabi dengar berita ni, nabi begitu marah sekali, sehingga sahabat yg membunuh tadi rasa lebih baik aku sahaja yg dibunuh, bukan si musyrik tadi. Kita tak tahu apa ada dlm hati seseorang. Tak perlu kita sangka buruk.

Kisah nabi bahagi2kan harta ghanimah. Satu org telah kritik nabi pasal pembahagian tersebut. Satu kesalahan yg besar. Umar terus hunus pedang dan minta izin nak bunuh. Nabi s.a.w kata jgn bunuh sebab dia org yg solat. Umar kata, org munafik pun solat juga. Nabi kata macam mana kamu tahu dia munafik, kamu dah belah dada dan tengok hati dia. Jgn kita sangka buruk. Jgn kita singkirkan org dan rasa dia tak layak utk buat usaha. Kita ambil kerja dari semua org.

Ada org kata, apa yg berlaku ketika ini akan merosakkan kerja. Maulana kata, jgn risau pasal kerja ni. Allah dah terima kerja ni. salah faham antara org2 lama tak akan memberi apa2 kerosakan pd kerja ini. Cth, 2 syarikat jual ubat yg sama, syarikat A akan cerita keburukan syarikat B dan syarikat B akan cerita keburukan syarikat A. maka akan timbul ketidakpercayaan pd org2 awam. Tapi kalau ubat itu ubat yg bagus dan diterima. Makbul bukan bermaksud org2 khawas terima, tapi org2 awam terima. Bila masyarakat terima, maka ia dikira sebagai makbul. Kalau org2 khawas cuba merosakkan kerja tersebut, ia tak akan rosak. Org tersebut akan rosak. Allah telah terima kerja ini dan telah dpt bantuan dari Allah. yg pentingnya, macam mana kita diterima dan digunakan utk kerja ini dan jadi asbab hidayat.


Kita kena beristighfar antara satu sama lain. walaupun satu org buat silap, buat salah, jauh dari usaha, kita doa dan istighfar utk dia. Satu ketika, saidina umar tanya pasal satu org sahabat yg dah lama tak nampak. Di mana dia sekarang. Hari ni, bila satu org buat salah, jauh dari usaha, kita langsung tak peduli pd dia. Kita jgn ada sifat istighna dlm diri, kita rasa tak perlu pd org. saidina umar hantar surat dan pergi jumpa org tersebut. Bila dia baca ayat quran yg ada dlm surat tu, Allah ubah hati dia dan kembali buat usaha. Kita doa utk org yg macam ni. Istiqdat/kebolehan amla/pembantu akan bertambah bila kita ambil kerja dari mereka. Gunakan dia utk kerja agama. Jgn sekali-kali rasa tak perlu pd sesiapa. Kita perlu pd semua org. Saidina umar pernah zahirkan keinginan dia agar satu org yahudi yg mahir dlm ilmu hisab, masuk islam dan dpt digunakan sebagai juru kira2 dlm baitulmal. Bila lihat kebaikan yg ada dlm diri org, kita fikir macam mana nak guna kebolehan dia utk agama.

Nabi s.a.w tak pernah putus-putus berdoa hatta utk org2 munafik sekalipun. Allah tak kata jangan istighfar utk mereka. Kalau lebih 70 kali pun nabi sanggup istighfar utk mereka. Begitu sekali sifat nabi s.a.w. utk org munafik pun nabi beristighfar apatah lagi utk org beriman. Kita yg buat usaha ini kita beristighfar utk satu sama lain. macam2 benda org munafik buat pd nabi s.a.w. Abdullah bin ubay bin salul, ketua munafik,  telah buat macam2 perkara yg menyusahkan nabi s.a.w sehingga umar minta kebenaran utk pancung dia. Nabi tak benarkan. Satu hari anak abdullah bin ubay telah dtg jumpa nabi bagitahu bapa dia dah meninggal. Nabi sendiri turunkan jenazah dia ke dlm liang kubur. Dia dikapankan dgn pakaian nabi sendiri.

Satu ketika aisyah r.ha tengok bintang2 dilangit dan tanya nabi s.a.w, adakah dikalangan umat kamu yg ada kebaikan sebanyak bintang2 di langit?. Ada, umar r.hu. Aisyah terkejut. Macam mana dgn bapaku, abu bakar? Seluruh kebaikan umar sama dgn satu malam abu bakar bersama aku. Begitu tinggi darjat abu bakar dan umar di kalangan umat. Satu masa, mereka berdua nampak satu org pemuda sedang dukung mak dia di belakang bertawaf di keliling kaabah. Mereka berdua ikut belakang pemuda tadi dan minta doa dgn dia. Sangat penting kita beristighfar dan berdoa antara satu sama lain. Berdoa utk saudara kita di belakang dia, tanpa dia ketahui, doa ni yg paling cepat Allah terima. Utk urusan2 dunia pun Allah terima apatah lagi utk urusan2 akhirat.

Perkara ke-4 yg penting utk jaga ijtimaiyat ialah mesyuarat. Dlm quran, Allah sebuat mesyuarat bersama-sama dgn solat. Pentingnya mesyuarat. Ada persamaan mesyuarat dan solat. Kekurangan dlm solat menyebabkan kekurangan dlm agama dan kekurangan dlm mesyuarat menyebabkan kekurangan dlm usaha agama. 3 persamaan antara solat dan mesyuarat. Pertama, dari segi kepentingan. Sebagaimana solat penting, mesyuarat juga penting. Kedua, dari segi ijtimaiyat. Sebagaimana solat adalah amalan ijtima’i, begitu juga mesyuarat adalah amalan ijtima’i. Ketiga, cara perlaksanaan. Solat ada cara yg khas dan betul, begitu juga mesyuarat dilaksanakan dgn cara yg betul.

Kepentingan mesyuarat. Solat adalah rukun dlm islam. Dlm kerja agama, mesyuarat adalah rukun dlm dakwah. Utk dtg tunaikan solat berjemaah, kita kena tinggalkan semua kesibukan2 dunia kita yg lain. pejabat, kedai, ladang, rumah, anak, isteri, semua kena tinggal bila sampai waktu solat. Begitu juga bila dtg waktu mesyuarat, kita kena tinggalkan semua kesibukan dunia yg lain. kita buat pengorbanan tinggalkan semua benda utk solat. Begitu juga mesyuarat kena diutamakan dari segala takazah2 yg lain. kena hadirkan diri utk mesyuarat. Tak boleh bagi syor melalui handphone dari rumah, dari kedai, tak boleh hanya hantar message. Tak sama solat di rumah dan solat di masjid. Begitu juga tak sama bagi syor dari rumah dan bagi syor dlm mesyuarat. Satu org yg tak sanggup korbankan benda2 lain utk mesyuarat, dia anggap benda2 lain lagi penting dari mesyuarat, maka Allah tak akan buka kefahaman kerja utk dia. Org yg boleh bagi cadangan yg baik dlm mesyuarat ialah org yg sanggup buat pengorbanan atas semua benda yg lain utk dtg kpd mesyuarat. Org macam ni Allah akan bukak kefahaman kerja pd dia. Sangat penting utk kita ihtimam dgn mesyuarat. Kita kena sanggup korbankan apa sahaja utk hadirkan diri dlm mesyuarat.

Kita kena jaga ijtimaiyat dlm solat, begitu juga kena jaga ijtimaiyat dlm mesyuarat. Kita kena solat berjemaah. Dlm satu masjid, hanya satu jemaah boleh didirikan. Tak boleh buat banyak jemaah. Solat ada waktu tertentu dan pd waktu itulah semua org kena dtg. Tidak ada dlm sirah nabi s.a.w, ada dua solat. Hanya ada satu solat. Begitu juga dgn mesyuarat.


Sebagaimana solat ada cara yg tertentu. Mesyuarat juga ada cara yg kita kena ikut. Solat ada imam walaupun 2 org. Tapi kalau ada 100 org, buat perkara yg sama, rukuk serentak, sujud serentak, tapi tak ada imam, maka ia tak dikira sebagai solat berjemaah. Dlm mesyuarat ada faisala, pemutus. Semua org kena ikut keputusan yg dibuat. Solat ada imam, mesyuarat ada amir. Dlm solat, kalau imam tersilap, makmum boleh tegur. Bukan hak makmum utk tegur, bahkan ia adalah hak solat. Tapi kena tegur dgn cara yg betul. Kalau faisala buat kesilapan, ahli mesyuarat boleh tegur tapi ada caranya. Nak tegur imam kena tegur dlm solat, tak boleh tegur di luar solat. Org yg tegur mestilah org yg sedang solat bersama imam. Org yg diluar solat, tak boleh tegur imam. Kalau org luar tegur dan imam ikut teguran tersebut, maka batal solat tersebut. Org yg nak bagi syor ialah org yg buat usaha. Org yg buat usaha sahaja org yg faham kerja. Bukan org luar. Tegur semasa dlm mesyuarat. Bukan di luar mesyuarat. Bagi syor dlm mesyuarat. Bagi syor dgn cara yg betul. Ikut adab mesyuarat. Bukan dgn kita cerita pd org diluar sana. Amirsab buat keputusan tak betul dan kita cerita pd org luar. Dgn kita cerita kat luar, menyebabkan org yg dah jauh dari usaha, yg tak dtg mesyuarat, menyebabkan mereka lagilah tak dtg mesyuarat. Dlm memberi cadangan kita kena ada sifat israr. Jgn tekan syor. Jgn berkeras. Berdegil dg syor kita. Kena terima syor org lain. jgn sombong, bongkak, takabbur. Org yg rasa diri dia lebih baik, lebih pandai, lebih faham, lebih lama, lebih tahu, org macam ni akan tekan syor. Org yg ada sifat macam ni akan tersisih dari jemaah. Syor dan teguran adalah hak mesyuarat. Bukan hak ahli mesyuarat. Kalau faisala tak terima kita dah lepas t/jawab. Antara dia dan Allah. bantuan Allah bukan bersama dgn pendapat. Bantuan Allah bersama dgn keputusan amir/faisala. Bila keputusan dibuat, kita lupakan pendapat. Jgn berkeras dgn syor. Nusrah Allah bersama dgn keputusan. 

Ini yg berlaku pd peperangan uhud. Nabi telah minta pandangan sahabat2. samada bertempur di madinah atau di luar madinah. Kebanyakan sahabat bagi cadangan kita bertempur di luar. Bantuan Allah bukan bersama pendapat yg banyak. Bantuan allah bersama dgn keputusan amir. Abdullah bin ubay bin salul, ketua munafik,  bagi syor bertempur di madinah. Nabi buat keputusan perang di luar madinah. Dlm perjalanan nak pergi perang, abdullah bin ubay telah tashkil siapa yg akan bersama dgn dia bertahan di madinah. Dia berkeras dgn pendapat dia. Dia rasa dia lebih betul. Dia tak nak terima keputusan mesyuarat. Maka 300 org telah balik ke madinah. Ini yg berlaku di kalangan rakan seusaha, bila keputusan dibuat, dia mengasingkan diri sebab tak terima syor dia. Nabi s.a.w teruskan perjalanan ke uhud dgn 700 org. bertempur dgn 3000 org kafir quraish. Tapi kemenangan berpihak pd org islam walaupun bilangan sedikit. Beberapa org yg tak taat tinggalkan usaha ini tidak akan melemahkan usaha. Nusrah Allah bersama dgn ketaatan. 300 org tinggalkan jemaah tidak memberi apa2 kesan pd jemaah. Tapi bila 40 drp 50 org yg diletakkan di atas bukit, tak taat, menyebabkan nusrah Allah terangkat. 70 sahabat syahid, nabi sendiri cedera. Hanya 5% tak taat menyebabkan seluruh tentera islam kalah. Mesyuarat adalah asbab ijtimaiyat yg paling besar dan asbab dtgnya bantuan Allah.

Dgn berkat mesyuarat, banyak bantuan Allah yg besar telah dtg pd ummat ini. Dgn berkat mesyuarat banyak halangan2 telah di hindarkan oleh Allah s.w.t. Dgn berkat mesyuarat telah dtg keberkatan dlm kehidupan umat. Dlm perang khandak, keputusan telah dibuat supaya parit digali. Setiap jemaah ada kawasan utk digali. Satu masalah telah timbul di satu kawasan yg mana batu besar telah menghalang kerja2 mengali parit. Macam2 usaha telah dibuat tapi tak pecah. Allah letak ujian dlm usaha agama, Allah nak tengok macam mana kita selesaikan masalah. adakah kita selesaikan secara ijtimai atau tidak. Kita bahagi2 halaqah bukan utk pecah belahkan umat tapi utk bangunkan kerja di setiap tempat. Bila masalah dtg pd satu2 tempat, org t/jawab kena bawa dlm mesyuarat ijtimai. Di selesaikan dlm mesyuarat secara ijtimai. Dlm kerja agama, tidak ada pangkat, kedudukan, syura, org bawahan, tidak ada system hiraki. Dlm usaha agama, semua kena turun ke medan buat kerja. Nabi s.a.w sendiri telah turun dlm parit. Bila nabi ketuk batu tersebut, maka batu telah hancur jadi pasir dan telah keluar cahaya. Nabi lihat kerajaan rom dan parsi akan jatuh. Org munafik kata, makanan dan pakaian pun tak ada, mereka memperlecehkan kata2 nabi. Dlm keadaan yg bertentangan, susah, nabi beritahu berita gembira. Org beriman yakin dgn janji Allah. Semua berita2 gembira yg org islam dpt, semuanya dpt dlm keadaan susah. Tak pernah dpt dlm keadaan senang dan mudah. Dlm perjanjian hudaibiyah yg berat sebelah, Allah janji fatah mekah, kemenangan yg nyata. Makanan tak cukup dikhandak, makanan yg dimasak utk 2-3 org, Allah bagi cukup utk 3000 ribu org makan.  Berkat mesyuarat secara ijtimai, bantuan Allah dtg dan masalah selesai. Di tabuk, dlm perjalanan yg jauh, dtengah2 perjalanan makanan habis, sahabat dlm kelaparan, satu org sahabat jumpa nabi secara infradi dan bagi unta dia utk disembelih utk bagi makan pd semua. Buat mesyuarat sorang2 dan buat keputusan, tanpa kehadiran syura2 yg lain, maka telah derhaka dan khianat. Kena dtg secara ijtimai dan buat keputusan secara ijtimai. Dua2 secara ijtimai. Satu org nak bagi makan semua org pd malam markaz. Bukan masalah kamu mampu tapi dgn kamu berbuat demikian akan menghilangkan sifat mujahadah bawa makanan sendiri pd malam sabguzari dan juga akan hilangkan sifat pengorbanan menyediakan makanan di rumah. Ini kerugian dlm usaha agama. Kalau dtg mlm markaz tanpa mujahadah dan pengorbanan, beli makanan di kedai, dia dtg sebagai satu org mad’u, bukan dtg sebagai satu org da’i. walaupun harta infradi tapi kena mesyuarat secara ijtimai. Saidina umar tak setuju dgn sembelih unta utk bagi makan. Umar syor kumpul semua makanan. Nabi setuju. Mesyuarat dibuat secara ijtimai maka telah dtg keberkatan dari Allah. makanan cukup utk semua org.

Mesyuarat adalah utk ketaatan. Mesyuarat bukan utk ikhtilaf. Apa sahaja keputusan yg dibuat org t/jawab kita kena taat. Dtg kpd ketaatan dlm mesyuarat. Walaupun bertentangan dgn kemahuan kita. Kita kena tekan perasaan dan buat apa yg diputuskan. Dlm melaksanakan keputusan mesyuarat, ia adalah satu2 jln utk dpt bantuan dan nusrah Allah. Oleh itu, kita kena ambil berat semua mesyuarat, mesyuarat harian, mesyuarat halaqah, mesyuarat markaz, mesyuarat  negara. 

Atas maksud inilah kita berbai’at. Apa maksud bai’at? Bai’at adalah janji setia. Berjanji utk laksanakan setiap perintah2 Allah dgn cara nabi s.a.w. Berjanji utk berterusan utk taat perintah Allah. dan berterusan dlm menjalankan usaha nabi s.a.w. Agama dan usaha agama. Ini kita dpt lihat janji setia yg dibuat oleh para sahabat. Dlm melaksanakan perintah Allah maka Allah janji syurga. Allah telah beli dari org mukminin diri dan harta utk diganti dgn syurga. Sahabat berjanji dgn nabi utk melaksanakan keseluruhan agama dan berjuang utk agama sampai mati. Bai’at bukan hanya utk ambil zikir atau wirid2 tertentu. Zikir hanya satu juzuk kecil drp agama. Berbai’at bukan utk zikir sahaja, bahkan bai’at adalah utk laksanakan semua perintah Allah dan bermujahadah utk agama utk hidupkan agama. Sahabat telah buktikan. Sahabat telah laksanakan apa yg mereka telah janji dgn Allah. Dlm kitab hayatus sahabah maulana Yusuf telah tulis satu bab yg khas berkaitan dgn bai’at supaya kita faham apa itu bai’at. Pertama, istiqamah dlm amal agama sampai mati. Kedua, berjuang utk agama sampai mati.

Satu org sahabat, baru masuk islam, bai’at dgn nabi. Pertama, berhijrah di jln Allah. Kedua, nusrah agama Allah. Ketiga, tidak terkesan dgn celaan org yg akan melemahkan agama dan usaha agama. Keempat, dengar dan taat. Dlm keadaan apa sahaja, suka, tak suka, susah, senang. Kelima, tak akan berundur ke belakang walau dipinggirkan. Walau ada org baru di kedepankan. Terus buat usaha agama dgn keikhlasan. Inilah 5 perkara yg dibai’atkan oleh nabi s.a.w kpd satu org yg baru hari pertama masuk islam. Kalau kita berpaling dari agama Allah, Allah akan ambil org lain.

Kemuncak bagi kewalian adalah bila kita ihtimam dlm sunnah. Satu org yg ingat dia wali tanpa ikut sunnah, dia tertipu. Keluar jln Allah adalah sunnah yg besar. Maulana ilyas kata, maksud usaha dakwah adalah ihya’ sunnah (hidupkan sunnah). Amalkan sunnah dlm setiap keadaan. Tak ikut keadaan. Dlm keadaan bertentangan pun amalkan sunnah

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir