Jor qudama' 2018 - Bayan khidmat : bhai farouk

27/03/2018 – sri petaling

Tuan2 beruntung terpilih utk khidmat. Kena syukur pada Allah. Yg buat segala2nya ialah Allah. Cuma Allah nak gunakan tgn makhluknya utk buat sesuatu. Hakikatnya Allah yg buat. Dlm perang Hunain, nabi s.a.w campak segenggam pasir. Bukan kamu yg campakkan tapi Kami yg campakkan. Sedangkan nak campakkan segenggam tanah, anak kecil pun boleh. Oleh itu Allah kata Kami yg campakkan.

Sebanyak mana pun org yg dtg dlm ijtima' sedikit pun tak ada hubungan dgn kita. Allah boleh pilih sesiapa saja utk khidmat. Oleh itu drp kita bercakap saya buat itu, saya buat ini, lebih baik kita cakap Allah yg pilih kita. Dan Allah tak pernah melihat sesiapa dari segi kekuatan. Siapa yg Allah hendak Dia ambil. Tak pernah Allah lihat kekuatan tapi Allah lihat pd hati. Sifat rendah diri. Sifat kecil diri. Kemampuan dan kehebatan seseoranag langsung tak ada ukuran di sisi Allah. Kalau ia ada ukuran maka Abu Jahal lah yg paling pandai.

Nabi s.a.w tak pandai baca, tak pandai menulis tapi Allah ambil kerja dari nabi. Sehingga tak ada org yg buat kerja yg begitu hebat sebelum dan selepas Baginda s.a.w. Allah yg lakukakn segala2nya dgn kudrat Nya. Dlm peperangan Badar, Abbas diikat oleh sahabi yg kecil sahaja. Sahabi kata saya telah ikat Abbas. Abbas kata bukan kamu yg ikat tapi satu orang yg lebih besar lagi. Allah gunakan tangan sahabat utk ikat. Allah bagi peluang pd kita utk buat dan Allah bagi ganjaran.

Begitu juga dgn jor/ijtima ini, kita nampak macam kita buat tapi hakikatnya Allah yg buat. Dah lah Allah dgn qudratNya buat segala sesuatu, Allah bagi peluang dan Allah bagi ganjaran dan Allah ampunkan dosa kita. Ada 1 org meninggal, umar kata biarkan kami saja solatkan jenazahnya sebab dia ni fasiq. Apa itu fasiq? Berterusan dlm kejahatan. Nabi berpaling. Tanya sahabat. Ada tak kamu tahu satu kebaikan yg dia buat. Ada 1 org jawab. Dia khidmat security supaya barang2 selamat. Terus Nabi s.a.w perintahkan buat saf. Nabi solatkan. Nabi masukkan dia dlm kubur. Selesai dikuburkan. Nabi bersabda: Seluruh dunia kata kamu ahli jahannam tapi aku bersaksi kamu adalah ahli syurga. Asbab khidmat. Khidmat adalah satu syukbah/cabang yg sgt besar dlm agama. Khidmat boleh jadi asbab selamat dari neraka.

Mata tuan2 yg penat ngantuk khidmat, masyaAllah, boleh jadi asbab terselamat dari api neraka. Memberi makan dan minum adalah satu kerja yg sangat besar. Khidmat ini satu benda yg besar. Kisah wanita yg kotor dan jahat. Dia dahaga. Dia nampak telaga. Dia turun ambil air. Dan minum. Kemudian dia tengok anjing yg dahaga. Dia turun dan ambil air. Kedua dua ini kotor. Wanita pelacur dan Anjing. Anjing kena samak. Nak bela di rumah pun kena ada sebab. Nabi kata dia nampak wanita ini dlm syurga. Org yg kotor pun Allah bagi syurga.

Tuan2 khidmat utk org yg nak keluar di jln Allah. Betapa Allah nak bagi ganjaranNya. Akan tetapi kena sentiasa takut dan risau. Sebanyak mana kami buat kekurangan, Engkau maafkan kami. Sebanyak mana Engkau beri peluang kami khidmat, Engkau terima lah kami. Kita kena doa utk kedua2 perkara ini. Dlm khidmat yg kita buat mungkin kita terasa kekurangan dlm amalan kita. Kita telah mudahkan segala urusan ribuan tetamu. Kita mungkin tertinggal dhuha. Terlewat witir. Tuan2 jgn risau. Semua amalan jemaah ini dpt pada tuan2.

Karguzari. Dlm satu jemaah. Ada satu org sibuk beribadat. Nabi tanya, siapa yg uruskan makan minum dia. Siapa uruskan tunggangan dia. Kamilah, sahabat cakap. Jgn kamu risau, semua amalan dia kamu dapat, ditambah lagi dgn khidmat kamu. Semua amalan dlm jor/ijtimak ini kamu dapat. Jgn kamu risau dgn amalan sunat yg tertinggal itu. Oleh kerana itu sebanyak mana yg kita buat kekurangan. Allah maafkan. Sebarang kebaikan semoga Allah terima.

Kita khidmat utk umat di mukabumi. Apa maksud asal khidmat? Kita buat khidmat ini kita ucap terima kasih pada Allah. Asal khidmat ini adalah di Padang Mahsyar. Bagaimana manusia tidak lagi kelaparan di Mahsyar. Tidak dahaga. Tidak panas dari matahari. Dpt minum air dari tangan Nabi. Bagaimana manusia dpt makan di dastarkhan bersama nabi. Utk ini kita kena jlnkan kerja nabi s.a.w. Bila umat ini bangun utk kerja ini, umat akan sedar. Hari ini umat sedang tinggalkan perintah Allah dan sunnah nabi. Mereka jauh dari agama. Manusia sdg meninggalkan syariat. Kita kena buat azam utk pergi ke seluruh pelusuk alam supaya mereka bebas di mahsyar panas, kelaparan dan dahaga. Maka bertebaranlah kita di seluruh alam supaya mereka dpt bawa agama dlm kehidupan mereka. Inilah ASAL KHIDMAT. Khidmat pada umat supaya bebas dari kesusahan di Mahsyar. Manusia sedang berlari ke arah neraka, kita pergi dan tahan mereka.

Nabi s.a.w bagitahu betapa besarnya keluar di jln Allah: seketika saja berdiri di jalan Allah
lebih baik dari beribadat di depan hajaratul aswad di malam lailatul qadar. Dimana ada manusia, kita pergi. Samada ada masjid atau tak ada.

Karguzari. Jemaah balik dari Afrika. Kawasan dulunya Islam, telah murtad. Tiada masjid di sana. Buat khemah. Tidur dlm khemah. Air 2km jauh. Tiada elektrik. Tiada bahan nak bakar. Masuk hutan utk ambil kayu api. Mereka masak sendiri. Beri makan pada org kampung. Semua mereka telah kembali pada Islam

Karguzari lain dari kawasan Afrika. Islam hanya pada nama. Tiada masjid. Mereka solat dan buat amalan dibawah pokok. 5 hari setiap tempat. Setiap pokok telah jadi surau. Ada azan dan solat. Usaha seperti inilah yg kita kena buat. Inilah asas kerja. Bertebaran kesemua tempat bawa usaha agama.

Sahabat bertebaran bawa agama dan usaha atas agama. Bila usaha atas agama dibuat, maka agama akan kekal dlm kehidupan manusia. Bukan sahaja belajar agama, bahkan kena wujudkan usaha atas agama. Wujudkan amalan memakmurkan masjid. Inilah asal khidmat. Tunjuk secara amali 5 amal masjid kepada mana2 tempat yg kita pergi

Maulana Ilyas rah. kata org yg dpt amal agama hanya dlm diri dia sahaja, dia baru jadi din dar (org beragama) tapi belum jadi pembantu agama.

Jor Malaysia adalah antara jor yg paling berjaya sehingga elders dari lebih 40 negara telah dtg. Mereka balik akan praktik di negara mereka. Semua ganjaran tuan2 akan dpt. Seolah2 kita sedang buat usaha agama di seluruh dunia. Kita kena doa, Ya Allah Engkau telah pilih aku utk khidmat, pilihlah aku utk khidmat yg asal. Bertebaran di seluruh dunia. Kita doa sehingga melekat pada Allah. Berkali2 kita minta.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir