Jor qudama' 2018 - bayan hidayat : maulana saad
26/03/2018 - sri
petaling
Tuan2 yg mulia,
Setiap org berusaha akan tetapi bukan setiap usaha akan
berjaya dlm usahanya. Dlm urusan dunia pun, kalau tak buat dgn cara yg betul
tak akan dpt hasil/tak berjaya. Apatah lagi dlm usaha utk dpt hidayat drp Allah
s.w.t. Ianya ada cara yg khusus. Bila cara utk dptkan hidayat dijlnkan dgn cara
yg ditentukan oleh Allah s.w.t barulah usaha itu akan berjaya dan menghasilkan
natijah hidayat drp Allah. Akan tetapi kalau usaha utk dptkan hidayat tak di
jlnkan dgn cara yg dikehendaki oleh Allah, maka usaha itu tak akan menghasilkan
natijah hidayat. Perkara dunia yg tak ada janji Allah pun kena ada cara yg
betul utk hasilkan natijah, inikan pula perkara hidayat yg pasti ada janji
Allah. Kita kena faham, apa cara yg dikehendaki? Iaitu cara yg dibuat oleh nabi
s.a.w dan para sahabat. Usaha dakwah perlu dibuat dgn cara nabi dan sahabat.
Barulah akan hasilkan hidayat. Cara nabi dan sahabat ialah dgn dakwah illallah.
Menyeru manusia kpd Allah s.w.t. Ini adalah usaha yg telah ditetapkan oleh
Allah. Bila umat bangun buat usaha dakwah illallah sebagaimana yg dilakukan
oleh sahabat barulah Allah akan bagi hidayat. Kalau umat buat usaha dgn cara yg
lain, hidayat tak akan dtg.
Imam malik rah. kata, umat akhir ini tidak mungkin dpt
diislahkan kecuali bila bangun buat usaha sama sebagaimana yg dijlnkan oleh
para sahabat. Dlm bayan2 kita, kena cerita tentang usaha yg dibuat oleh
sahabat. Dlm majmak org2 lama perlu di ceritakan tentang
kisah para sahabat, bagaimana mereka buat usaha agama. Dgn perantaraan usaha yg
mereka buat, telah ubah hati2 manusia dan dpt hidayat. Kalau buat usaha ikut
pengalaman masing2, bukan berdasarkan sirah, bukan berdasarkan krhidupan para
sahabat, maka akan berlaku perpecahan dlm umat kerana masing2 punya pengalaman
berbeza2. setiap org ada kefahaman yg berbeza2. bila bawa umat kpd cara nabi
s.a.w dan sahabat, barulah umat akan bersatu dlm menjalankan kerja dakwah.
Dlm
hadith qudsi, bila satu org dtg berjalan ke arahKu, maka Aku akan berlari ke
arahnya. Rahmat Allah akan lebih cepat dtg. Inilah cara yg diamalkan oleh nabi.
Bani tsaqif yg dtg jumpa nabi, mereka sedia terima islam tapi tak sedia amalkan
kefarduan dlm islam. Nabi telah perintahkan sahabat supaya letakkan mereka dlm
mahul/suasana masjid. Bila duduk dlm suasana masjid, Allah lembutkan hati
mereka. Satu org tawanan perang, telah diletakkan dlm masjid, selepas 3 hari,
dia telah menerima islam. Begitu juga dgn thufail dausi, bila dia dtg ke mekah,
org telah takutkan dia dgn nabi s.a.w, sehingga dia buat keputusan tak nak
dengar percakapan nabi dan telah sumbat telinga dgn kapas. Tapi bila dia
melangkah masuk masjid, Allah telah ubah hati dia, dia buang kapas dlm telinga,
dengar bacaan quran nabi s.a.w , maka Allah lembutkan hati dia dan terima
islam. Dia seorang telah jadi asbab hidayat 80 keluarga dlm kabilah dia. Inilah
usaha yg kita kena jalankan. Utk faham tertib dakwah ini, baca kitab hayatus
sahabah dan tengok kehidupan sahabat. Setiap juzuk dlm usaha dakwah ini perlu
dibawa cara nabi dan cara sahabat. Barulah ia akan jadi asbab hidayat utk diri
dan umat.
Maulana
Yusuf kata, perumpamaan satu org yg dtg ke masjid, malaikat akan dtg
mengerumuni dia, dia akan berada di bawah sayap2 para malaikat, malaikat akan
bertindan2 sehingga ke langit. Seperti telur yg berada di bawah kepak ibu ayam.
Maka telur akan jadi baik tapi kalau telur tak duduk di bawah ibu ayam, telur
akan rosak. Bila busuk. Ia akan sebarkan bau busuk ke seluruh rumah. Begitu
juga, majoriti umat yg tidak ada hubungan dgn masjid/rumah Allah, maka tak ada
hubungan dgn Allah. mereka jadi rosak. Kerosakan satu umat cukup utk rosakkan
satu kampong. Bila org2 beriman berada di bawah sayap2 para malaikat, maka
lebih pasti lagi cahaya hidayat akan masuk dlm diri dia. Dia akan diislah dan
ditarbiyah.
Keempat,
usaha utk solat dgn penuh tumpuan pd Allah. solat adalah tempat utk kita ingat
pd Allah. kalau dlm solat pun tak ingat pd Allah, apatah lagi dlm perkara2 yg
lain. Tapi hari ni, kita buat usaha dakwah kita rosakkan solat kita. Kerana
sibuk dgn mesyuarat, kita tak sempurnakan solat kita. Sebab ada bayan, kita
cepat2kan solat kita. Org yg tak tunaikan solat awwabin lepas maghrib sebab
cepat2 nak dengar bayan, org macam ni tak menghimpunkan antara ibadat dan
dakwah. Hidayat akan dtg bila ada dakwah dan ibadat. Dua2 perkara ini kita tak
boleh kurangkan antara satu sama lain. dua2 kena dilaksanakan dgn sempurna.
Kerana nak buat gasht, kita cepat2 solat. Padahal gasht adalah utk dtgkan kesempurnaan
dlm solat. Bila ada takazah solat jadi tak kyusuk sebab ingat pd takazah tadi.
Maksud kita buat usaha dakwah adalah utk dtgkan kesempurnaan dlm ibadat. Kisah
huzaifah tegur org yg tak sempurna solat. Org yg dah 40 thn solat. Tak
sempurnaka rukuk dan iktidal, tak luruskan tulang belakang, kalau kamu mati dlm
keadaan ini, kamu tak akan dibangkitkan atas agama muhammad s.a.w.
Perkara pertama dlm usaha nabi dan sahabat ialah usaha utk
ubah keyakinan. Ubah keyakinan dari benda2 kpd Allah s.w.t. Apakah cara usaha
yg telah dijlnkan oleh nabi utk ubah yakin sahabat? Usaha yg dibuat ialah
keluarkan diri mereka dari suasana2 kebendaan yg merosakkan keyakinan, yg
melalaikan manusia dan bawa mereka ke suasana masjid, suasan kebesaran Allah,
suasana amal. Bercakap tentang sifat2, kudrat Allah, tentang janji2 Allah. Utk
hidupkan suasana ini di masjid mereka, sahabat2 telah buat gasht, bergerak
pergi rumah ke rumah, bergerak jumpa org dan bawa ke suasana amal dlm masjid.
Cakap perkara menafikan kebendaan dan isbatkan Allah. Inilah cara sahabat. Cara
yg sama kita kena buat utk betulkan yakin kita. Utk keluarkan dari hati kita
keyakinan kpd kebendaan dan tanam dlm hati kita keyakinan pd allah, pd janji2
Allah dan kehidupan akhirat.
Utk wujudkan 6 sifat dlm kehidupan kita maka kita kena buat
usaha sebagaimana sahabat telah buat usaha. Bukan hanaya dgn muzakarah dan
bercakap tentang 6 sifat. Kita kena tengok macam mana sahabat buat utk masukkan
6 sifat ini ke dlm diri mereka. Sahabat buat jaulah/gasht. Mereka ajak satu
sama lain. Mari kita duduk seketika kita beriman pd Allah. Saidina umar pegang
tangan sahabat ajak mereka duduk dlm masjid, cakap tentang kebesaran Allah dan
dia kata aku lakukan ini supaya Allah timbulkan kesempurnaan iman dlm diri aku.
Imam bukhari telah tulis satu bab yg khusus dan telah cerita tentang muaz bin
jabal yg telah hidupkan majlis iman dlm masjid. Sahabat telah jadikan masjid
sebagai pusat utk bina iman, utk memperkuatkan iman kpd Allah. mereka ajak dan
sediakan satu sama lain utk dtg ke masjid dan cakap tentang kebesaran Allah utk
menguatkan keimanan mereka pd Allah dan kuatkan keyakinan mereka pd janji2
Allah. Tidak ada tempat yg paling baik utk lembutkan hati manusia dan bina
iman, hanya di masjid.
Tujuan gasht ialah utk bawa org ke masjid. Hari ni, org yg
buat gasht pun tak ada keinginan utk bawa org ke masjid. Kena doa pd Allah, ya
Allah, aku nak pergi jumpa hambaMu utk bawa mereka ke rumahMu ya Allah. bantu
lah ya Allah. kita bawa dia ke masjid dan dakwah dia dlm masjid walaupun 10
minit. Maulana ilyas kata, dakwah bukan semata-mata menyampaikan perkataan,
tapi agar supaya perkataan tersebut masuk dlm hati. Tidak ada tempat yg paling
baik melainkan di masjid. Masjid adalah tempat paling baik hati manusia
terkesan dgn perkataan2 Allah. 10 minit cakap di masjid lebih baik dari cakap
berjam2 di dlm rumah dia. Di rumah Allah, Allah akan lembutkan hati2 manusia
dan terkesan dgn dakwah.
Tujuan sebenar kita buat gasht ialah utk keluarkan manusia
dari suasana kebendaan, suasana yg merosakkan iman, suasana yg melemahkan iman
dan bawa mereka ke suasana iman dan amal dlm masjid dan cakap tentang kebesaran
Allah supaya keyakinan pd makhluk terkeluar dari hati kita dan dtg pd hati kita
keyakinan pd Allah.
Kita kena faham apa itu dakwah. Dakwah ialah menyediakan
hamba2 Allah, membawa mereka kpd faraid, kefardua2 islam. Kefarduaan yg pertama
ialah iman. Kefarduan kedua yg penting dlm islam ialah solat. Dlm sirah nabi
kita dpt lihat bagaimana nabi bawa org kpd solat. Kita tak akan jumpa dlm sirah
bahawa nabi & sahabat memberi takrir atau bayan/ceramah utk dtg solat.
Bahkan, kita dpt lihat nabi dan sahabat buat usaha bawa org utk solat. Bukan
secara paksa tapi sediakan mereka, cakap tentang kelebihan solat, bawa dia
secara amali dtg kpd solat. Sebelum
disyariatkan azan, sahabat2 pergi jumpa org sebelum waktu solat. Ajak mereka
dtg tunaikan solat berjemaah di masjid. Kerana musyaqqah/kesusahan yg mereka
tanggung setiap kali nak solat kena cari org, maka nabi buat mesyuarat dgn sahabat, apa nak buat utk mudahkan panggil
org utk solat. Sahabat bagi macam2 syor, pukul gendang, tiup trompet, nyalakan
api, bunyi loceng, cara2 yahudi, nasrani dan majusi. Sehinggalah Allah dtgkan
dlm mimpi satu org sahabat tentang azan, maka azan telah mula disyariatkan.
Azan adalah dakwah yg sempurna.
Kita kena sediakan org utk dtg solat sehingga org2 bukan islam
pun dtg solat. Wasilah bin asqa’ dtg ke masjid dan solat dgn sahabat2 sebelum
dia masuk islam lagi. Nabi telah ajar sahabat tentang solat di masjid. Solat
adalah perintah Allah yg penting yg mana umat kena belajar. Kesempurnaan dlm
solat akan dtgkan kesempurnaan dlm agama. Org yg rosakkan solat akan rosakkan
agama. Org yg tinggalkan solat akan tinggalkan agama. Dia tak ada hubungan lagi
dgn islam.
4 usaha perlu dibuat utk dtgkan kesempurnaan dlm solat:
Pertama, kena ada ilmu tentang solat. Kita
kena latih tunaikan solat kita 100% ikut ilmu yg kita belajar. Masail dlm
solat. Amalan yg dibuat dgn ikhlas tapi tanpa ilmu maka amalan itu akan
ditolak. Oleh itu, iman dan ilmu, 2 perkara yg sangat penting. Iman dan ilmu
kena ada dlm setiap amal yg kita buat.
Kedua, kita solat dgn menyakini akan
janji2 Allah. segala fadilat/kelebihan yg Allah telah janjikan, kena hadirkan
dlm hati. Buat dgn penuh harapan dan keyakinan dgn janji2 tersebut. Ketiga,
kita kena tangguhkan hajat2 kita ke arah solat. Hari ni kita menangguhkan
hajat/keperluan kerana asbab. Sepatutnya kita kena tangguhkan solat kpd amal.
Asbab2 yg halal pun tak diyakini/tidak pasti. Apatah lagi asbab2 yg haram. Ibnu
masud kata, kamu kena tangguhkan hajat/keperluan kamu atas solat, cth kita ada
hajat sebelum zohor, kita tangguhkan hajat kita dan solat zohor dulu dan minta
Allah selesaikan hajat tersebut. Bukan bermaksud kita meninggalkan asbab.
Meninggalkan asbab satu kejahilan. Tidak ada rahbaniyah dlm islam. Meninggalkan
asbab bukan cara sahabat. Mengurangkan kesibukan dgn asbab, mengurangkan masa
dgn keluarga/kerja, inilah cara usaha dakwah yg dijlnkan oleh sahabat. Inilah
mujahadah. Dlm islam tak ada rahbaniyah. Dlm islam ada mujahadah. Satu org yg
tak ada isteri, tak ada anak, tak ada pekerjaan, tak ada mujahadah. Janji
hidayat bukan dlm rahbaniyah. Janjio hidayat dari Allah dlm mujahadah. Bila ada
t/jawab, dia lapangkan masa utk keluar di jln Allah, di sebalik mujahadah
tersebut, Allah bagi hidayat. Mendahulukan asbab atas amal bukan cara nabi dan sahabat.
Meninggalkan terus asbab pun bukan cara nabi dan sahabat. Ini jln menuju
kegagalan. Cara nabi dan sahabat ialah mendahulukan amal atas asbab. Bila kita
ada hajat, mula2 kita pergi kpd amal dulu. Org beriman buat amal dan kemudian
asbab, Allah akan bagi salah satu dari 2 keadaan. Pertama, Allah sempurnakan
hajat tanpa asbab. Kedua, lepas buat asbab Allah sempurnakan hajat. Dua2 cara
ada dlm kehidupan sahabat. Dlm kedua-dua cara, Allah sempurnakan sebab amal,
bukan sebab asbab. Allah nak uji samada kita yakin Allah sempurnakan hajat
melalui amal atau asbab. Kalau semua benda Allah bagi tanpa asbab maka tidak
ada ujian atas keimanan manusia. Yg sempurnakan hajat kita ialah Allah bukan
asbab.
Ketiga, tangguhkan hajat kita kpd amal/solat.
Apa sahaja masalah yg kita hadapi kena bawa kpd solat dan minta dgn Allah.
Maksud drp kita buat halaqah taklim fadail adalah utk
memperbaharui dlm hati kita terhadap keyakinan pd janji2 Allah, dan utk mengeluarkan
drp hati kita keyakinan kpd asbab dan kebendaan. Oleh itu, kita kena buat
halaqah taklim 2 kali setiap hari. Satu dimasjid, satu di rumah. Pagi2, sebelum
kita pergi kpd asbab kita kena duduk dlm majllis taklim, dengar tentang janji2
Allah dan janji2 nabi s.a.w. utk kita menyegarkan kembali keyakinan terhadap
janji2 Allah dan menolak/mengeluar/membersihkan dari hati kita keyakina kpd kebendaan. Dlm asbab tak ada
janji Allah. janji Allah dlm amal. Balik drp kerja sekali lagi kita kena duduk
taklim di rumah kita bahawa segala janji Allah dlm amal. Supaya natijah/hasil
yg kita dpt dari pekerjaan kita sepanjang hari kita dpt tolak, hasil bukan dtg
dari asbab yg kita usahakan tapi dtg dari Allah. setiap hari kena dengar janji2
Allah.
Di zaman nabi s.a.w, org beriman dan org munafik dengar
janji2 Allah. tapi org munafik tak membenarkan. Mereka kata ini semua tipudaya.
Org beriman kata benarlah apa yg dikatakan oleh Allah dan telah bertambah
keimanan mereka pd Allah. taklim bukan hanya sekadar dengar. Kita dengar dan
menyakini, membenarkan dan mepercayai atas janji Allah dan rasul. Ini yg akan
memnyebabkan Allah sempurnakan apa yg telah dijanjikan. Taklim bukan
semata-mata utk org tak buat amal supaya dtg syok/talab utk beramal. Hari ini
kita salah faham. Sebab tu org lama tak duduk taklim. Kita anggap taklim utk
org baru. Semua org kena duduk dan setiap hari kena dengar.
Semasa keluar di jln Allah, buat halaqah tajwid, taklim
diwaktu pagi baca muntakhab hadith dan semasa muzakarah 6 sifat kita cakap
balik hadith2 yg kita dengar tadi. Ini 3 bahagian taklim kita buat diwaktu
pagi.
Di rumah, kita hidupkan 5 amal. Utk wujudkan istiqdat utk
amalkan agama dikalangan ahli rumah kita. Pertama, kita buat halaqah quran. 5
amal rumah ni bukan syor sesiapa tapi ia adalah amalan para sahabat. Umar r.hu
telah dpt hidayat kerana halaqah quran yg dibuat oleh adik perempuan di rumah.
Ini juga perintah Allah utk menceritakan kebesaran Allah di rumah2 utk
membersihkan kamu dari dosa2. setiap hari kena ada halaqah belajar dan mengajar
quran di rumah. Baca hadith2 di dlm rumah utk menyegarkan keyakinan pd janji2
allah. muzakarah 6 sifat sahabat dan tashkil. Sebagaimana nabi sendiri telah
tashkil ummu haram. Nabi mimpi jemaah yg menaiki bahtera. Dia suruh nabi doakan
supaya dia bersama dlm jemaah tersebut. Nabi telah doakan. Kali kedua nabi
mimpi, dia minta utk bersama dgn jemaah kedua tapi nabi kata kamu dlm jemaah
pertama. Dia bersemangat utk keluar di jln Allah. Dia telah syahid di Cyprus . Penting
kita sediakan satu sama lain dikalangan ahli keluarga kita utk keluar di jln
Allah. semua amalan kita buat dgn mesyuarat dan bahagi2 amal. Agar semua ahli
keluarga ada istiqdat utk baca taklim, buat muzakarah, baca quran. kita latih
di rumah. Supaya timbul suasana dlm rumah kita dan timbul kekuatan dan
kemampuan utk amalkan keseluruhan agama dlm kehidupan. Kita juga kena sediakan
masturat kita keluar di jln Allah. Maksud jemaah masturat supaya di rumah yg
ada jemaah selama 2 atau 3 hari, yg sentiasa sibuk dlm amal, hidup amal masjid
dlm rumah tersebut. supaya timbul kekuatan dlm diri ahli rumah tersebut utk
amal agama.
Di masjid, bukan hanya taklim fadail. Usaha dakwah bukan
hanya utk hidupkan taklim fadail. Taklim masail, juga sangat penting. Di masjid
nabi bukan hanya ada taklim fadail. Abu hurairah telah keluar ajak org dtg ke
masjid. Di masjid nabi ada halaqah
quran, ada halaqah halal dan haram. Semua ada di masjid nabi, dari nak belajar
mengucap hingga masalah2 rumit berkenaan hukum hakam agama. Selagi mana amal2
ini ada dlm masjid maka kita akan berada dlm khair/kebaikan. Mufti2 dan ulamak2
bagi masa di masjid, duduk di masjid, org ramai boleh bila2 dtg ke masjid utk
tanya masail dan belajar agama. Inilah maksud usaha dakwah utk hubungkan awam
dan ulamak. Setiap langkah kena rujuk/bertanya alim ulamak. Ziarah ulamak
adalah satu ibadat. Ulamak kena wakafkan ilmu mereka pd org awam. Ini amanah
utk umat. Ilmu perlu disampaikan pd mereka. Ini hak umat.
Kita
kena baca quran setiap hari dgn penuh ihtimam. Jgn ada satu hari pun terlepas
dari membaca quran. kita juga kena meninggalkan perkara yg sia2. apa maksud
perkara yg sia2? Perkara yg tak ada hubungkait dgn kita. Yg tak sesuai dgn
tahap kita. Perkara yg sia2 akan rosakkan khuruj kita. Satu org yg telah syahid
di jln Allah, dia berperang dgn nabi s.a.w, dlm perang uhud, bila ibu dia
menyapu pasir di wajahnya dan berkata berita gembira wahai anakku, bahawa kamu
adalah ahli syurga. Nabi tegur, macam mana kamu tahu bahawa anak kamu ahli
syurga, mungkin semasa dia keluar dia telah cakap perkara yg sia2. hari ni,
bukan sahaja perkara sia2, perkara yg haram pun kita buat semasa khuruj, kita
mengumpat, fitnah, benda2 tak berfaedah, bahkan bercakap tentang asbab yg
halal, tijarah yg halal, pekerjaan yg halal semasa khuruj termasuk perkara yg
sia2. Maksud kita keluar di jln Allah adalah utk tinggalkan semua tu.
Tinggalkan keluarga, pertanian, perniagaan, tapi masa keluar masih bincang
perkara2 tersebut. Ini termasuk perkara yg sia2. sibukkan diri kita dgn amal.
Sibukkan diri kita dgn dakwah, ibadat dan taklim. Kita kena sibukkan 24 jam dgn 3 perkara ini.
Semasa
keluar di jln Allah hendaklah kita letakkan diri kita dlm suasana masjid.
Sibukkan diri dlm amal masjid. Pergi jumpa org, pujuk rayu, ajak dtg masjid.
Bawa ke amal2 masjid. Bawa ke suasana masjid. Amalan memakmurkan masjid (AMM)
perlu dibuat secara amali semasa keluar di jln Allah. sediakan setiap org islam
utk buat AMM.
Semua
org2 lama yg ada disini kena tertibkan masa tuan2 setiap thn kena pergi ke
nizamuddin 2 bln supaya kita dpt mendampingi org2 lama disana dan dpt lihat
secara amali bagaimana segala amal dilaksanakan dan apa yg kita lihat disana
kita bawa balik ke negara kita. Semua azam insyaAllah
Selama 3 hari, sebanyak mana muzakarah dan penerangan yg diberi pd tuan2 tentang kerja oleh jemaah nizamuddin, ini adalah satu amanah atas bahu tuan2 yg tuan2 kena sampaikan bukan sahaja org dinegara tuan2 bahkan ke seluruh dunia. Kemana sahaja negara tuan2 pergi, tuan2 sampaikan apa yg tuan2 dengar di sini kpd mereka. Ini satu amanah dari Allah. Sampaikan secara amali. Tunjukkan pd umat macam mana nak buat kerja. Dlm kerja dakwah ini tak ada 2 golongan. Dlm kerja dakwah ini tak ada 2 cara. Hanya 1 golongan dan 1 cara sahaja iaitu cara sahabat. Org2 yg tak sefahaman dgn kita, kita bukan nak bergaduh, ikhtilaf, bahkan dgn penuh kasih sayang kita dekatkan dia dgn kita dan fahamkan dia dgn kerja ini secara amali. Dgn penuh ikram. Kerja ini utk menyatukan umat
Dlm taklim, juga kena baca kitab fadail amal. Keterangan2 yg
ditulis oleh maulana Zakaria adalah sangat2 penting kita baca. Ia adalah
khulasah ilmu seorang muhaddith yg sangat besar. Bukan sahaja tulis berkaitan
amal tapi juga beliau menulis tahap amal para sahabat. Bagaimana solat mereka, bagaimana
zikir dan tilawah mereka, bagaimana kehidupan mereka. Kita dpt bandingkan tahap
amal kita dgn tahap amal para sahabat. Maka akan dtg dlm hati kita, fikir,
risau, rasa kekurangan dlm amal kita. Yg perlu kita jadikan ikutan ialah para
sahabat. Org yg berusaha utk ikut sahabat maka dia akan maju dlm amal. Kalau
kita jadikan org zaman kita sebagai ikutan, maka kita akan mundur. Oleh itu
sangat penting kita baca hadith dan keterangan yg ditulis oleh sheikhul hadith
dan kita buat penilaian macam mana jauhnya kita dgn amal sahabat sehingga
timbul dlm hati kita kerisauan dan berusaha utk hampirkan amal kita dgn
sahabat.
Kita juga kena bina hubungan kita dgn Allah dgn kita ambil
berat amal2 infradi, zikir. Zikir paling utama ialah tilawah quran. 2 amalan
iaitu qiamullail/beribadat pd waktu malam dan baca quran setiap hari, amalan yg
sangat penting. 2 amalan ini kena ihtimam semasa keluar di jln Allah utk dpt
pertolongan dan bantuan Allah. hari ni, kita yg buat usaha agama kita lalai.
Kita sangat lemah dlm kedua-dua amalan ini. Kita hanya sibuk amalan2 dakwah di
siang hari, ini tidak cukup, kita kena ada hubungan yg kuat dgn Allah kerana
da’i adalah penghubung antara mad’u/umat dan Allah. Org yg nak hubungkan org
lain dgn Allah mestilah ada hubungan yg lebih kuat dari org yg diajak. Barulah
boleh jadi perantara utk dekatkan org yg jauh dari Allah dekat kpd Allah. kita
kena bangun malam beribadat pd Allah. Sahabat2 telah diwajibkan atas mereka
selama setahun utk bangun tahajjud. Bila mereka dah biasa, maka kefarduan itu
telah dimansuhkan. Kita kena lazimkan diri kita utk beribadat setiap malam.
Umar r.hu kata, kalau tak ada 3 perkara ini aku tak ada
keinginan utk hidup di atas nukabumi ini:
- bergerak
di jln Allah - dakwah
- sujud
yg panjang2 - ibadat
- duduk dgn ulamak2 yg hak dan ambil faedah dari majlis ilmu mereka - taklim
Bukan sahaja semasa keluar, tapi saidina umar telah sibukkan
diri dia seluruh hidupnya.
Semoga Allah terima ijtimak ini. Semoga azam dan niat tuan2
dan jemaah tuan2, Allah dgn kudratNya sempurnakan segala-galaNya. Kita semua ada
kelemahan, ada kekurangan. Dgn kita mengaku kita lemah, semga Allah sempurnakan
kelemahan tadi. Kita minta maaf dgn Allah. istighfar pd Allah. semoga Allah
ampunkan dan sempurnakan apa yg kurang. Kita mengadu pd Allah dgn penuh rasa
rendah diri. Pada masa yg sama kita kena ada harapan pd Allah agar semua
takazah Allah sempurnakan dgn kudratNya. Kita sediakan semua org utk keluar di
jln Allah dan pergi ke seluruh dunia. Dan tashkil mereka dtg ke nizamuddin. Mana2
negara pun, bentuk jemaah dari sana
dan hantar jemaah ke nizamuddin.
Selama 3 hari, sebanyak mana muzakarah dan penerangan yg diberi pd tuan2 tentang kerja oleh jemaah nizamuddin, ini adalah satu amanah atas bahu tuan2 yg tuan2 kena sampaikan bukan sahaja org dinegara tuan2 bahkan ke seluruh dunia. Kemana sahaja negara tuan2 pergi, tuan2 sampaikan apa yg tuan2 dengar di sini kpd mereka. Ini satu amanah dari Allah. Sampaikan secara amali. Tunjukkan pd umat macam mana nak buat kerja. Dlm kerja dakwah ini tak ada 2 golongan. Dlm kerja dakwah ini tak ada 2 cara. Hanya 1 golongan dan 1 cara sahaja iaitu cara sahabat. Org2 yg tak sefahaman dgn kita, kita bukan nak bergaduh, ikhtilaf, bahkan dgn penuh kasih sayang kita dekatkan dia dgn kita dan fahamkan dia dgn kerja ini secara amali. Dgn penuh ikram. Kerja ini utk menyatukan umat
Comments
Post a Comment