Jor qudama' 2018 - bayan pelajar : maulana saad
Bayan Maulana Saad
untuk pelajar Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling
- Pertama sekali kamu semua perlu bersyukur kepada Allah
pada zaman hari ini yang manusia berlumba-lumba belajar funun-funun(bidang-bidang)
keduniaan , zaman kejahilan dan zaman manusia jauh dari ilmu ilahi Allah telah
pilih kamu semua belajar ilmu ilahi, ilmu agama ini adalah satu nikmat yang
besar dari Allah . Kamu kena bersyukur kepada Allah Taa'la
- Sudah cukup untuk membezakan funun dunia dengan ilmu agama
ialah bila funun dunia kita boleh belajar dalam keadaan kita tidak ingat kepada
Allah, dengan ghaflah dengan kelalaian dengan dosa tanpa ikut sunnah kita boleh
belajar benda-benda tersebut. Tetapi ilmu ilahi ilmu Allah yang merupakan salah
satu sifat dari sifat-sifat Allah tanpa ketakwaan kepada Allah tanpa mengingati
Allah tanpa mengikuti sunnah mengamalkan sunnah ilmu tersebut tidak mungkin
dapat dihasilkan
- Ilmu agama tanpa ta'luk tanpa hubungan dengan Allah, tanpa
takwa kepada Allah perasaan takut kepada Allah menyebabkan seseorang tidak
mendapat ilmu. Dosa-dosa kecil menyebabkan seseorang terlupa dengan ilmu dan
dosa-dosa besar menyebabkan seseorang termahrum dari ilmu
- Benda yang suci hanya boleh masuk melalui jalan yang suci
dan benda yang kotor akan masuk melalui jalan yang kotor . Oleh kerana itu
untuk mendapatkan ilmu ini kita hendaklah memastikan jalan-jalan untuk ilmu
masuk. Iaitu lidah kita, pandangan kita pendengaran kita. Kita kena pastikan
semua jala-jalan ini bersih barulah ilmu yang bersih akan masuk dalam hati kita
- Untuk menerangkan kedudukan istimewa para ulama Allah
bagitahu tentang ketakwaan mereka kepada Allah إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ
لَكُمْ فُرْقَانًا " Kalau kamu bertakwa kepada Alah maka Allah akan
kurniakan kepada kamu ilmu yang dengannya kamu dapat bezakan antara benda betul
dan salah"
Begitu juga Allah berfirman إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ Innama untuk hasar yakni hanya sanya ulama sahaja yang takut kepada Allah
Begitu juga Allah berfirman إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ Innama untuk hasar yakni hanya sanya ulama sahaja yang takut kepada Allah
- Oleh kerana ketakwaan kepada Allah merupakan salah satu
syarat untuk kita mendapatkan ilmu Allah . Seorang sahabat tanya bagaimana saya
boleh menjadi seorang alim . Nabi tidak berkata baca itu dan ini tetapi nama
berkata bertakwalah kepada Allah maka kamu akan menjadi manusia yang paling
berilmu
- Diantara lmu dan dosa langsung tidak ada hubungan dimana
ada dosa disitu tidak ada ilmu. Oleh kerana itu sangat penting bagi seorang
pelajar menjauhkan diri dari dosa. dosa kecil menyebabkan otak seseorang
pelajar itu menjadi lemah,bodoh dan menjadi lemah fikirannya begitu juga
perkara perkara la yakni perkara-perkara sia-sia bila satu orang banyak
bercakap benda sia-sia melakukan benda sia-sia menyebabkan otak seseorang
menjadi lemah menyebabkan dia susah untuk mendapatkan ilmu. Oleh kerana itu
untuk mendapatkan ilmu kita kena jauhkan langsung dari dosa-dosa termasuk dosa
kecil dan termasuk benda-benda yang melalaikan. Oleh kerana itu termasuk dalam
syarat dan asas untuk mendapatkan ilmu seseorang perlu memiliki ketakwaan
kepada Allah dan menghindarkan dosa. Sebagaimana seseorang telah berkata dia
mengadu kepada gurunya Waqi' tentang lemahnya ingatannya. Dan nasihat yang
telah diberi ialah untuk supaya dia meninggalkan dosa
-
Yang kedua dalam kehidupan para sahabat ilmu dihasilkan daripada masjid. Tempat
sebenar bagi menuntut ilmu ialah masjid. Atas keperluan dan tuntutan semasa
ilmu hari ini terpaksa dipelajari diluar masjid. Terpaksa dibawa ke kelas-kelas
dan kelas dibuat diluar masjid. Maulana Ilyas berkata atas sebab keperluan
semasa ilmu terpaksa dibawa keluar masjid sedangkan di zaman Nabi ilmu
dipelajari dan dituntut daripada masjid. Suffah adalah tempat tinggal mereka
dan kelas mereka adalah didalam masjid. Walaupun disebabkan tuntutan semasa
kita tidak dapat belajar dalam masjid tetapi kita perlu jaga adab dengan kelas
kita sepertimana kita menjaga adab didalam masjid. Sebagaimana adab dan ihtiram
kita terhadapa masjid seperti itu perlu kita lakukan dengan kelas kita. Kita
perlu wujudkan suasana masjid didalam kelas kita. Bukan dengan suasana lalai
bising dan tidak ada adab. Bagaimana para sahabat menjaga adab didalam masjid.
Sayyidina Umar bila nak panggil orang dalam masjid beliau tidak tinggikan suara
tetapi beliau akan lemparkan anak batu kepadanya
- Disamping meninggalkan dosa kita perlu buat amalan-amalan
yang akan memebersihkan hati kita dan memudahkan kita mendapatkan ilmu iaitu
semasa kita belajar kita kena jaga sembahyang - sembahyang sunat kita , badiyah
kita, solat tahajud kita , begitu juga kita perlu ihtimam dengan sunnah dalam
kehidupan kita 24 jam dalam perkara makan minum kita. Begitu juga kita perlu
jaga zikir dan segala amalan infiradi kita.
- Kadang-kadang satu orang pelajar dia mengaggap oleh kerana
dia masih belajar maka dia tidak perlu jaga amal tersebut. Sedangkan amal ini
penting membantu kita dan memudahkan kita mendapatkan ilmu. Dan apa yang kita
belajar terus amalkan. Sahabat Nabi bagitahu mereka belajar dan mereka amalkan
dahulu apa yang mereka belajar barulah mereka belajar pelajaran seterusnya. Ini
merupakan amalan para sahabat . Mereka belajar dan terus amalkan. Dan inilah
sepatutnya menjadi amalan kita sebagai pelajar. Masa belajar lagi kita perlu
ihtimam dengan amal. Kerana satu orang yang dapat jaga amal semasa belajar
selepas belaja r pun dia akan dapat jaga amal. Tetapi seseorang yang masa
belajar tidak menjaga amalnya maka selepas belajar pun dia tidak akan dapat
jaga amalan dia
- Disamping belajar kita perlu jauh dari dosa dan kita perlu
ihtimam dengan sunnah dan jaga amal-amal kita
- Ilmu adalah cahaya dan dosa adalah satu kegelapan. Tak
mungkin antara cahaya dan kegelapan akan berhimpun. Satu orang yang ada
kegelapan ilmu tidak akan datang kepadanya. Dan inilah maksud sebenar dari ilmu
. Satu dipanggil cahaya ilmu dan satu lagi ialah tulisan ilmu. Fikiran kita
boleh menangkap tulisan ilmu dan lafaznya. Tetapi yang akan terima cahaya ilmu
ialah hati kita. Dan yang akan membina kemampuan untuk mengamalakna ilmu dalam
diri seseorang ialah cahaya ilmu. Seseorang mungkin boleh ingat dan boleh hafal
dan boleh letak ilmu itu dalam kepalanya tetapi selagi cahaya ilmu tidak masuk
dalam hati dia selagi itulah dia tidak akan dapat mengamalkan ilmu dia. Oleh
kerana itu Rasulullah bersabda العلم علمان . Ilmu ada dua jenis ilmu . Satu ilm
diatas lidah sahaja dan satu lagi ilmu didalam hati. Dan ilmu diatas lidah akan
jadi hujah atas satu orang pada hari akhirat nanti dan ilmu didalam dada yang
akan memberi manfaat. Kerana apabila ilmu masuk kedalam dada barulah seseorang
itu dapat mengamalkannya. Untuk cahaya ilmu masuk kedalam hati kita maka kita
perlu jaga kebersihan hati kita dengan meninggalkan dosa-dosa.
- Untuk menuntut ilmu kita perlu jaga adab-adab menuntut
ilmu dan belajar bagaimana para sahabat menuntut ilmu. Satu perkara yang
penting kita dapati dalam cara sahabat menuntut ilmu ialah mereka menuntut ilmu
dengan cara mereka bersuhbah mendampingi Rasulullah . Inilah cara yang paling
utama dalam menuntut ilmu seseorang itu perlu bersuhbah dan berdamping dengan
alim ulama dan kena hadir dalam majlis-majlis mereka. Bukan dengan perantaraan
alat-alat bahkan dia kena menghadirkan dirinya sendiri dalam majlis ulama
mengambil ilmu dari mereka.
Comments
Post a Comment