Jor qudama' 2018 - Bai'at : maulana saad
27/03/2018 – sri
petaling
Bai’at
Lailahaillallah
Muhammadurasullullah
tidak ada yg layak disembah melainkan Allah
tidak ada yg layak disayangi melainkan Allah
muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah dan hambaNya
kami beriman dgn Allah dgn malaikat2Nya, dgn kitab2Nya
dgn rasul2Nya, dgn hari akhirat, dgn takdir,
yg baik dan yg buruk semuanya dari Allah s.w.t
kami beriman dgn kehidupan selepas mati
kami bertaubat dari syirik, dari kufur, dari bida’ah
dari makan harta org tanpa hak, dari darah yg tidak hak,
dari berdusta, dari rasuah, dari mengumpat, dari zina,
dari mencuri, dari memfitnah
kami bertaubat dari mengurangkan bergerak keluar di jln
Allah,
dari mengurangkan dlm menjalankan usaha dakwah
kami bertaubat dari segala dosa besar dan kecil
Ya Allah, terimalah taubat kami
kuatkanlah janji setia kami
terimalah kami utk kerja dakwah
kami berbai’at dgn silsilah maulana ilyas rah. dgn
perantaraan maulana saad
Pesanan maulana saad:
Usaha supaya jauhkan dari dosa2 besar. Dosa2 besar akan
jauhkan kita dari rahmat Allah. Utk jauhkan diri dari dosa2 besar hendaklah
kita jauhkan diri dari dosa2 kecil. Org yg ambil mudah dgn dosa2 kecil akan
menyebabkan dia akan mudah terjebak dgn dosa2 besar. Utk jauhkan diri dari
segala dosa samada dosa kecil atau dosa besar maka ada beberapa perkara yg kita
kena laksanakan sebagai langkah penjagaan. Sebagaimana seseorang menjaga
dirinya dari kesejukan, ada asbab2 utk jaga diri dari kesejukan, begitu juga
ada asbab2 utk kita jaga diri dari melakukan sebarang dosa.
Pertama, ihtimam dgn solat2 sunat. tahajjud, isyrak, dhuha,
awwabin. Terutamanya solat malam qiamullail. Tidak ada amalan yg lebih kuat yg
dpt menghancurkan nafsu kita melainkan solat malam. Semua dosa2 yg kita buat
kerana nafsu.
Kedua, jaga mata. Bila jaga mata, Allah akan bagi kemanisan
dlm ibadat. Org yg tak jaga mata dari perkara yg diharamkan oleh Allah, maka
dia tidak akan rasa kemanisan dlm solatnya, dan dia tidak akan ada keinginan
utk dpt redho Allah. Kemanisan utk dpt redho Allah akan berkurangan dlm
dirinya.
Ketiga, ihtimam dgn zikir. Berzikir dgn penuh
tumpuan/tawajjuh pd Allah. Maulana ilyas kata, zikir tanpa tumpuan akan menambahkan
kemalasan dan kelalaian dlm diri.
Setiap hari kena zikir kalimah ketiga 100X, selawat 100X,
istighfar 100X, setiap pagi dan petang. Ihtimam dgn baca quran. zikir yg paling
afdal ialah tilawah al quran. Usman r.a kata, kalau hati kamu bersih maka kamu
tak akan kencang membaca quran. Hari ni kita rasa malas dan berat nak baca
quran sebab hati kita kotor. Kita kena ihtimam baca quran setiap hari. Sebelum
tidur baca surah al mulk, surah as sajdah, surah al waqiah dan surah Yasin.
Kita kena ihtimam dgn doa2 masnun dlm kehidupan kita 24 jam.
Mereka yg pernah berbai’at dgn hadratji maulana Inamul Hasan
rah. dan ada ambil zikir drp beliau, tuan2 teruskan istiqamah dgn zikir2
tersebut. Utk mereka yg baru berbai’at hari ni, selain dari zikir 300 pagi dan
300 ptg, tuan2 boleh tambah dgn zikir 1000X Allah, Allah, Allah. selawat 11X pd
permulaan dan 11X pd akhirnya.
Kita kena sentiasa utamakan takazah2 agama/dakwah atas
segala takazah2 peribadi kita. Jadikan takazah agama sebagai kerja utama kita. Kita
kena ingat, sebagai umat nabi s.a.w, setiap drp kita bertanggungjawab atas
seluruh umat seluruh alam. Dan seluruh umat seluruh alam bertanggungjawab atas
setiap umat.
Kita kena lapangkan masa di jln Allah setiap tahun 4 bulan,
setiap bulan 10 hari, setiap hari 8 jam. Dan sediakan org lain utk dtg pd
tertib yg sama. Sejauh mana kita sediakan org lain, sejauh itu Allah akan
terima kita dan Allah s.w.t akan mudahkan kita utk amalkan perkara ini. Hari
ini kita ambil masa dari dunia kita utk bagi pd agama, ini menyebabkan kita
susah nak bagi masa utk agama. Kita kena tukar tertib tersebut. Sepatutnya masa
kita adalah utk agama. Dlm kesibukan kita
buat usaha agama, kita luangkan sedikit masa utk dunia. Ini tertib yg
sebenarnya yg sahabat2 telah buat. Maka akan mudah bagi kita utk laksanakan
semua takazah2 agama samada takazah dakwah, takazah ibadat,
Kita kena cuba sedaya upaya bagi masa berterusan 4 bulan
setiap thn, berterusan 10 hari setiap bulan, berterusan 8 jam setiap hari.
Kalau ada keuzuran, tak boleh bagi masa berterusan, kita boleh bagi 4B kpd 40H
3X. 8jam boleh dibahagi kpd 2jam 4X. 10H setiap bln juga boleh dibahagi2kan.
Tapi yg paling afdal ialah bagi serentak berterusan.
Comments
Post a Comment