Posts

Showing posts from November, 2014

khuruj masturat 40H india (1)

Image
5 couple bayan hidayat - 23/11/2014 - ahad - 9.30am rumah dato hj jamaluddin, sri petaling 1 rumah transit - rumah taib, putra perdana 23,24,25/11/2014 flight pergi - 25/11/2014 - selasa - 6.15pm - malindo - KLIA2 sampai delhi - 10pm waktu india ada lebih dari 40 jemaah masturat 40hari/2bulan yg akan keluar pd cuti sekolah ni macam-macam urusan last minit yg perlu dibuat hantar mak yg uzur ke rumah adik di bentong tengok anak sulung kat madrasah shah alam hantar anak bongsu ke rumah kawan flight balik - 27/12/2014 - sabtu - 8pm sampai KLIA2 - 4am 1 rumah transit - rumah faisal, aman putra wafsi & karguzari - rumah hj rashid sri petaling niat/azam - setiap 3 thn keluar masturat 40H - insyaAllah

mesyuarat malaysia 1994 - meiji mehrab

Tempoh untuk usaha atas akhirat di dunia sahaja. Satu cara yang mudah (persediaan) ditunjukkan oleh Nabi s.a.w atas tujuan itu. Peniaga yang menjalankan cara Nabi s.a.w akan dibangkitkan bersama-sama syuhada di akhirat kelak. Si miskin yang redha dan ikut perintah Allah s.w.t dan cara Nabi s.a.w akan masuk syurga 500 tahun dahulu sebelum si kaya. Begitu juga petani dan berbagai cara hidup lagi, jika ikut cara Nabi s.a.w ada kelebihan masing-masing dinyatakan dalam hadith. Maksud tabligh : “Segala corak kehidupan ikut cara Nabi s.a.w” Kata Maulana Ilyas rah., “Setiap kita yang jalankan kerja ini sungguh-sungguh jika tiba waktu ajal tetapi terdapat banyak kesilapan yang dilakukan dalam kerja ini, akan diampunkan oleh Allah s.w.t kerana niat mukmin adalah lebih baik daripada amalnya”. Pada masa dahulu, ummat amalkan sunnah 100% kerana ummat ketika itu adalah 100% da’i. Pada masa itu sahabat tidak terfikir wujudnya orang Islam yang tidak solat, tidak bayar zakat dan sebagainy...

mesyuarat malaysia 1994 - maulana umar (7)

Image
Maulana membaca ayat Quran yang memperihalkan bagaimana Allah s.w.t kasihkan kita dan kita akan dapat mengasihani Allah s.w.t iaitu hendaklah mengikut sunnah dalam segala hal. Sunnah terbesar ialah dakwah. Sahabat buat usaha dakwah dari mula hingga akhir. Untuk amalkan Quran, Hadith dan kehidupan sahabat, mestilah beransur-ansur. Kita mesti bersedia dan menyediakan orang lain untuk amal agama. Dakwah kalimah dan ta’alim seperti zaman Nabi. Halaqah ta’alim dibuat oleh adik ipar Umar, Kabab. Zikir dan tilawah Quran juga sentiasa dihidupkan. Sifat ikram hidup di kalangan mereka lalu wujudlah kesatuan diantara kabilah. Ini dipanggil ijtimai’yah . Contoh bagi orang lain. Usaha dakwah disebarkan keseluruh alam. Disamping amalan zahir seperti Quran, zikir dan doa. Dalam kerja ini duit atau kebendaan tidak diperlukan. Duit sentiasa dikeluarkan. Kita yakin dengan khazanah yang ditunjukkan Allah s.w.t pada Nabi s.a.w. Untuk tunjukkan khazanah ini Allah s.w.t jemput Nabi s.a.w ke langit u...

mesyuarat malaysia 1994 - maulana umar (6)

Dalam suasana yang berbeza usaha agama dibangkitkan. Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk seluruh alam. Masa yang singkat tapi medannya amat luas. Sahabat adalah golongan awal untuk dijadikan contoh tauladan. Setiap yang ada kalimah mesti membawa kerja ini keseluruh alam. Nabi adalah contoh terunggul pada kita. Maksud khilafah, “Menyambung usaha Nabi dengan cara Nabi s.a.w”. Khulafak Rashidin menjalankan kerja agama mengikut cara Nabi s.a.w berdasarkan tiga petunjuk: 1.   Quran 2.   Hadith 3.   Kehidupan sahabat Nabi s.a.w bersabda , “Ummatku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu akan ke syurga”. Siapa mereka yang akan ke syurga ? “Siapa yang mengikuti aku dan sahabat ku”. Semua mengaku merekalah yang sedang menuju ke syurga. Jangan kita cakap orang dakwah sahaja yang masuk syurga. Seorang yang tidak pernah keluar tapi amal agama, ia tetap ke syurga. Jangan dakwa kita akan ke syurga. Kita hendaklah sentiasa rasa bersalah. Orang yang selalu rasa betul akan r...