mesyuarat malaysia 1994 - maulana umar (6)

Dalam suasana yang berbeza usaha agama dibangkitkan. Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk seluruh alam. Masa yang singkat tapi medannya amat luas. Sahabat adalah golongan awal untuk dijadikan contoh tauladan. Setiap yang ada kalimah mesti membawa kerja ini keseluruh alam. Nabi adalah contoh terunggul pada kita. Maksud khilafah, “Menyambung usaha Nabi dengan cara Nabi s.a.w”.

Khulafak Rashidin menjalankan kerja agama mengikut cara Nabi s.a.w berdasarkan tiga petunjuk:
1. Quran
2. Hadith
3. Kehidupan sahabat

Nabi s.a.w bersabda, “Ummatku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu akan ke syurga”. Siapa mereka yang akan ke syurga ? “Siapa yang mengikuti aku dan sahabat ku”. Semua mengaku merekalah yang sedang menuju ke syurga. Jangan kita cakap orang dakwah sahaja yang masuk syurga. Seorang yang tidak pernah keluar tapi amal agama, ia tetap ke syurga. Jangan dakwa kita akan ke syurga. Kita hendaklah sentiasa rasa bersalah. Orang yang selalu rasa betul akan rosak. Nusrah Allah hanya turun bila ada sifat sabar, taqwa dan doa.

Dalam peperangan Khandak, semua orang berpakat untuk musnahkan Islam. Kesatuan hati dan amal yang betul menyebabkan Allah s.w.t turunkan angin kuat mengalahkan kafir.

Bila hampir perjanjian Hudaibiyah, Islam dianiayai lagi. Usman r.a yang dihantar ke Mekah dikatakan telah dibunuh. Nabi dan sahabat berjanji setia akan mengambil tindakbalas. Pemuka Mekah bimbang dengan kekuatan Islam lalu datang memeterai perjanjian Hudaibiyah yang nyata berat sebelah. Umar r.a begitu marah dengan keputusan itu tetapi kerana taat Nabi, ia tetap akur. Nabi cukur kepala dan para sahabat mengikutinya. Mencukur dalam kepanasan hati sehingga darah yang menitis dikepala tidak disedari mereka. Darah dari kepala mengalir dan bercantum dengan linangan air mata para sahabat. Hati-hati para sahabat hancur dengan keputusan Hudaibiyah. Tapi ketaatan mengatasi runtunan hati mereka.

Selepas perjanjian itu gencatan senjata diistiharkan. Orang Islam dapat berhubung dengan orang kafir. Mereka mula tertarik dengan cara hidup Islam lalu terus memeluk Islam. Dalam umrah yang pertama, mereka menakluk Mekah tanpa membelanjakan setitis darah pun.

Usamah b. Zaid r.a bersama 3000 tentera ke Syam atas arahan Nabi s.a.w ketika itu dalam kegeringan. Ditengah perjalanan mereka mendapat khabar kewafatan Nabi s.a.w. Terhentilah sekarang pintu kenabian. Zaman Nabi fikir paling tinggi.

Contohi zaman ini :
1. Khilafah
2. Khulafak Rashidin

Zaman Abu Bakar r.a fitnah datang empat penjuru :

1. Ancaman Rom Kaisar merancang untuk menyerang Madinah.

2. Musailamah Al Kazzab, nabi palsu. Ramai yang baru masuk Islam terpengaruh. Mereka bimbang dengan kuasa-kuasa besar yang mengancam Madinah.

3. Samiyyah, perempuan mengaku nabi. Ramai juga terpengaruh kerana Musailamah mengahwininya. Nabi palsu lelaki kahwin dengan nabi palsu perempuan.

4. Kemurtadan dari penduduk pendalaman dan keengkaran bayar zakat.

Abu Bakar r.a ambil cara Nabi s.a.w untuk selesaikan masalah. Nescaya nusrah Allah s.w.t turun. Mereka yang murtad diminta taubat dan mesti memerangi Musailamah Al Kazzab, barulah taubat mereka diterima.

Zaman Umar r.a dunia halal datang mencurah-curah kepada sahabat. Mereka dapat kemuliaan. Satu kaedah ditunjukkan oleh Umar r.a untuk tangani keadaan ini. Orang disekeliling Umar adalah mukhlis tapi ada segolongan yang ada kepentingan. Mereka campur dalam golongan mukhlis tadi. Zaman Umar pertelingkahan wujud antara orang-orang yang mukhlis kerana orang-orang yang berkepentingan merasuk dikedua belah pihak.

Suasana zaman Khulafak Rashidin :
1. Sayyidina Abu Bakar AsSiddiq  - zaman fitnah
2. Sayyidina Umar Al Faroq            - zaman melimpahnya harta dan kemuliaan
3. Sayyidina Usman Affan               - zaman peperangan antara orang-orang yang mukhlis
4. Sayyidina Ali Karamallah           - zaman turutan dari zaman Usman malah teruk lagi

Dalam suasana manapun usaha mesti diteruskan. Sabda Nabi s.a.w, “Syaitan amat kecewa pada haji Wida’ kerana mereka semua Islam, tapi ia tetap bangun”. Jangan lihat masa atau keadaan, baru hendak buat usaha. Pedulikan, terus maju seperti tidak ada apa-apa. Suasana sekarang, orang lain tidak ikut usul, aku tetap akan ikut usul. Jangan berhenti dari usaha. Kecewa tidak sekali-kali. Sentiasa muzakarah dengan orang tanggungjawab. Buat usaha sampai mati, sampai mati dalam buat usaha.

Zaman Abu Bakar, lima perkara dilakukan apabila takazah/hukum Allah datang :
1. Korbankan harta
2. Keluarga korban atas maksud agama
3. Terus bertindak jangan tangguh-tangguh lagi
4. Buat tanpa kepentingan lain
5. Yakin dengan kerja yang tidak langgar usul Nabi.

Para sahabat minta Abu Bakar r.a tahankan jemaah Usamah b. Zaid. Ia tetap teruskan. Katanya, “Nabi sambil kepala diikat keuzuran memutuskan jemaah ini maju, aku yakin ada kejayaan dalam perintah itu walaupun terpaksa menghadapi kesusahan pada awalnya”. Sahabat-sahabat memberitahu itu dulu, zaman Nabi, aman, sekarang kacau bilau sedang melanda. Marilah kita mesyuarat, bukankah ada Quran? Abu Bakar jawab, “Hal terang tidak perlu dimesyuaratkan lagi, seperti solat adakah kamu hendak mesyuarat dahulu”.

300 orang tentera dapat dikumpulkan. 150 orang tentera pergi memerangi Musailamah. Selebihnya berada di Madinah. Dua keadaan bakal wujud jika Madinah diserang, Ummul Mukmimat akan syahid dan jika golongan murtad dibiarkan begitu dan mati dalam keadaan murtad, neraka akan menunggu. Abu Bakar memilih untuk menyelesaikan masalah orang-orang murtad. Tentera yang di Madinah dihantar atas maksud itu. Bila jemaah dihantar tanpa memikirkan hal-hal lain, walaupun sahabat-sahabat lain begitu bimbang, nusrah Allah akan datang. Semua takazah mesti dipenuhi tetapi bersandarkan syariat. Pengorbanan mengikut syariat, jika tidak syaitan menipu kita.

Bagaimana Umar r.a menyelesaikan masalah fitnah di zamannya? Lama-kelamaan dunia yang datang akan beransur-ansur masuk dalam hati orang-orang yang mukhlis.

Pada perang Badar, pernah berlaku ghanimah menjadi kekhilafan golongan tua dan muda. Kata kaum tua, “Kerana fikir kami tadbir perang ini menyebabkan kemenangan kita”. Jawab kaum muda, “Tanpa kekuatan kami peperangan ini tidak akan kita menangi”. Masing-masing menuntut hak. 

Umar r.a ambil satu tindakan yang bijak. Walaupun harta datang melimpah-ruah, kehidupannya dan orang-orang yang rapat sentiasa sederhana. Seperti dulu-dulu. Dalam penggunaan harta, Quran dan Sunnah didepankan. Tiada langsung untuk kegunaan diri sendiri.

Zaman Usman r.a, pemberontak menuntut ia meletakkan jawatan. Orang-orang mukhlis memohon untuk memerangi mereka. Ada dua pilihan, Sayyidina Usman r.a letak jawatan atau perang. Usman r.a tidak akan letak jawatan kerana ia teringat sabda Nabi, “Wahai Usman, akan tiba satu masa nanti mereka akan cuba menanggalkan pakaian kamu maka janganlah kau mengikuti kata-kata mereka itu”. Usman faham pakaian itu bermaksud jawatannya sekarang walaupun ia difitnah mengatakan ia mengutamakan keluarganya. Bila ikhtilaf datang, ambil sikap sabar dan tahamul, jangan letak jawatan.

Pada zaman Sayyidina Ali r.a, masalah sama wujud, golongan berkepentingan makin banyak menyebabkan masalah-masalah timbul dikalangan orang yang ikhlas. Muawiyah menentang Ali. Dalam peperangan Siffin, meragut 100,000 nyawa orang Islam - syahid, bila Allah putus turunnya fitnah. Berhati-hati jangan sampai fikir kita jadi asbab fitnah. Ali r.a amat berduka cita dengan perang saudara yang berlaku, ia menangis malam-malam seperti seorang yang disengat ular.

Zubair menentang Ali. Suatu hari mayat Zubair dibawa depan Ali. Kata pembunuh Zubair, “Ini adalah mayat musuhmu”. Sahut Ali dengan nada amat sedih sabda Nabi, “Pembunuh Zubair adalah ahli neraka”. Ali tidak dipengaruhi sifat assobiyyah. Assobiyyah bermaksud siapa buat salah kita lindungi kerana ia dari golongan kita. Ali menangis di sisi jenazah Zubair katanya, “Alangkah baiknya jika Ali tidak ada pada masa ini”.

Muhabbat tetap wujud walaupun mereka berperang. Tentera makan bersama pasukan Muawiyah tapi solat dibelakang Ali. Bila ditanya mengapa begini? Mereka menjawab, “Solat dibelakang Ali kerana solatnya khusyuk kata Nabi tapi makan di tempat Muawiyah kerana makanan disitu sedap”. Ali dan Muawiyah selalu berkata, “Peperangan antara kami bukannya jihad tetapi hanya satu pertentangan pendapat sahaja”.

Bila orang beriman bertelagah, Allah amat gembira jika wujud pendamai antara mereka. (Maulana baca ayat Quran). Perangilah mereka hingga mereka kembali mentaati amer waqt dan jangan caci maki bila mereka telah bertaubat.

Selepas zaman khulafak Rashidin, wujud sistem raja iaitu zaman Muawiyah.

Satu kisah tentang harta ijtima’i : Muawiyah berkhutbah katanya, “Harta baitulmal adalah harta saya, saya boleh gunakan, siapa pun tidak berhak menghalang”. Siapa pun tidak memberi komentar apa-apa. Setiap kali berkhutbah ia akan ulangi kata-kata itu. Kali ketiga ia berkhutbah selepas mengulangi perkataan tadi bangun seorang tua, “ Wahai Muawiyah, harta itu adalah hak orang ramai, kau tidak boleh gunakan satu sen pun tanpa mesyuarat”. Muawiyah begitu sukacita dengan teguran itu.

Barang siapa faham tapi membiarkan orang melakukan dengan tidak betul ia telah melakukan satu pengkhianatan kerana tidak beri faham. Muawiyah teringat sabda Nabi, “Raja yang membelanjakan harta tanpa mesyuarat dan tiada seorang pun menegurnya akan masuk neraka”. Peristiwa tadi meyakinkan Muawiyah ia akan terselamat dari api neraka.

Maulana menceritakan satu perjumpaan orang-orang lama diadakan, 1500 orang Arab telah hadir. Maulana memberi bayan tentang Khulafak Rashidin. Ia tanya orang-orang Arab, zaman ini zaman apa? Ada yang jawab zaman ini zaman Faroqi, Osmani dan Ali dengan alasan keadaan ketika itu sesuai dengan zaman sekarang. Kata maulana, “Zaman ini adalah zaman Siddiqi”. Fitnah tersebar di merata-rata. Tindakan yang perlu kita ambil contohi tindakan bijak Abu Bakar r.a menangani fitnah dari segenap penjuru itu. Tindakan mengeluarkan jemaah untuk wujudkan suasana iman. Keluarga Nabi s.a.w menderita atas maksud ini.

Lihat penderitaan anakanda Nabi s.a.w, syahid keguguran ditombak kafir. Dia adalah Zainab Al Kubra. Hijrah keseorangan dengan membawa perut yang sedang mengandung. Dalam liang kubur Nabi berdoa, “Wahai Allah jika Engkau azabkan ia dalam kubur ini bagaimana ia dapat menanggungnya kerana ia amat lemah”. Selepas itu,Baginda tersenyum.

Seperti juga zaman Siddiqi, ia rela lihat keluarga Baginda Nabi s.a.w syahid, tapi untuk melihat agama berkurangan tidak sama sekali.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir