mesyuarat malaysia 1994 - meiji mehrab

Tempoh untuk usaha atas akhirat di dunia sahaja. Satu cara yang mudah (persediaan) ditunjukkan oleh Nabi s.a.w atas tujuan itu. Peniaga yang menjalankan cara Nabi s.a.w akan dibangkitkan bersama-sama syuhada di akhirat kelak. Si miskin yang redha dan ikut perintah Allah s.w.t dan cara Nabi s.a.w akan masuk syurga 500 tahun dahulu sebelum si kaya. Begitu juga petani dan berbagai cara hidup lagi, jika ikut cara Nabi s.a.w ada kelebihan masing-masing dinyatakan dalam hadith.

Maksud tabligh : “Segala corak kehidupan ikut cara Nabi s.a.w”

Kata Maulana Ilyas rah., “Setiap kita yang jalankan kerja ini sungguh-sungguh jika tiba waktu ajal tetapi terdapat banyak kesilapan yang dilakukan dalam kerja ini, akan diampunkan oleh Allah s.w.t kerana niat mukmin adalah lebih baik daripada amalnya”.

Pada masa dahulu, ummat amalkan sunnah 100% kerana ummat ketika itu adalah 100% da’i. Pada masa itu sahabat tidak terfikir wujudnya orang Islam yang tidak solat, tidak bayar zakat dan sebagainya. Usaha yang ditinggalkan begitu lama memerlukan masa yang beransur-ansur untuk diterapkan pada ummat sekarang.

Bila ummat telah jadikan Dakwah maksud hidup maka tertib sekarang akan hapus kerana setiap orang Islam akan sahut takazah pada bila-bila masa sahaja. Cukup hanya dengan satu seruan mereka akan berkumpul di masjid Nabi. Segala keperluan ditinggalkan mereka. Masing-masing bersedia di mana dan berapa lama kerana ini adalah “maksud hidup kami”. Bayan hidayat terus di jalankan di masjid Nabi. Setelah sahut takazah barulah mereka pulang dan dibenarkan menjalani kehidupan seperti biasa dan menunggu sehingga takazah lain datang. Keluarga yang tinggal akan disempurnakan keperluannya oleh mereka yang tidak keluar. Maksud hidup yang betul pada setiap orang Islam dimasa itu menyebabkan mereka boleh amalkan segala perintah Allah s.w.t.

Kini kebesaran usaha agama telah keluar dari jiwa orang Islam maka kita hendaklah membawa mereka pada suasana keluar di jalan Allah. Ummat ini di dalam suasana sibuk dengan kehidupan harian maka kebesaran tersebut (dunia) telah masuk ke dalam hati mereka. Tiada masa untuk fikir tentang agama, akhirat dan hal-hal yang menambah kekuatan iman. Maka bawalah mereka kepada suasana keluar selama mana yang mungkin dan sejauh mana mungkin. Fikir akan berubah bila melalui suasana ini.

Kata Maulana Yusuf rah., “Kita keluar 4 bulan bukannya terjun terus dalam suasana tersebut tetapi untuk ubah corak kehidupan kita”.

Keluar jangan fikir balasan baik di dunia tapi tumpukan pada kebesaran Allah s.w.t dan akhirat. Kesan di dalam hati akan timbul. Solat amalan yang paling penting. Solat yang khusyuk akan mewujudkan dalam hati kita sifat taat pada Allah s.w.t. Tasbih pagi dan petang yang sempurna membawa kesan pada hati iaitu sentiasa berhubung dengan Allah s.w.t. Begitu juga dengan ta’alim yang sempurna iaitu tumpuan dan kebesaran (ta’zim) majlis diusahakan maka akan wujud dalam sanubari hati yang condong kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Bila jemaah buat khususi, cakaplah dua perkara , kebesaran Allah s.w.t dan cara kehidupan Nabi s.a.w ada kejayaan. Untuk ummumi pula bawa mereka pada suasana masjid. Seperti dari kedai terus dibawa pada suasana masjid.

Di masjid putuskan seorang untuk ceritakan kejayaan hidup hanya dalam agama, penerangan pentingnya amal agama. Masa yang ada hanya sampai maut, sekarang mesti buat. Kerana seorang pemaksiat yang telah mati ketika di alam lain, keyakinannya pada masa itu melebihi keyakinan seorang aulia di dalam alam dunia ini akan tetapi keyakinan itu tidak berguna lagi selepas mati.

Orang yang bercakap ini akan diberi kesan yakin dalam hatinya oleh Allah s.w.t. Iman bil-ghaib akan dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Semakin banyak penerangan dilakukan semakin tinggi keyakinan dianugerahi Allah padanya. Korban yang tinggi tetap dianugerahi keyakinan oleh Allah s.w.t. Berkorbanlah bersungguh-sungguh atas usaha ini, azam kita sampai hari qiamat.

Kata Maulana Ilyas rah., “8 bulan cari rezeki, 4 bulan keluar ke jalan Allah atau 4 bulan tiap-tiap tahun (mengikut bulan Islam)”. Pengorbanan yang tinggi akan dianugerahi Allah, yakin atas usaha ini dan kita akan buat keputusan , “Ini adalah maksud hidup saya”. Maka Allah akan hidupkan kerja ini di marhallah-marhallah, negeri-negeri dan seterusnya. Orang lama hendaklah (mesti) targhib tentang maksud hidup ini dan usahakan untuk mereka keluar. Juga banyakkanlah cerita akhirat.

Libatkan semua orang iaitu ahli masjid dan orang kampung dalam kerja ini. Mesyuarat bila masa yang sesuai untuk buat gasht pertama dan ta’alim masjid. Masa yang sesuai untuk buat gasht pertama bila orang kampung sedang berehat. Gasht kedua di kampung jiran.

Zaman Maulana Ilyas rah. dan Maulana Yusuf rah., keluar 3 hari ditetapkan tarikhnya tetapi kehendak Hadzratji, Maulana Inamul Hasan, keluar 3 hari tetapkan minggu sahaja, ini memandangkan kelemahan kita sekarang.

Setengah jam sebelum gasht pertama, hendaklah hadir untuk mesyuarat program harian. Boleh juga dilakukan selepas subuh, buatlah mengikut kemudahan tempat kita. Karkun yang mempunyai kedai tanpa pembantu hendaklah menutup kedainya pada hari gasht, maka ia akan maju. Setiap mereka yang korbankan kesibukan masing-masing pasti Allah s.w.t akan hidayatkan pada keluarganya dan orang tempatan.

Usahakan supaya orang kampung ambil bahagian dalam majlis bayan, oleh itu iklan perlu dibuat. Dalam bayan isinya mesti mudah, ringkasannya kejayaan dalam mentaati perintah Allah. Jangan cerita perkara yang berbelit-belit.

Pergi kesetiap rumah untuk bawa mereka dari suasana rumah ke suasana masjid. Terangkan kejayaan hanya ada dalam agama. Sentiasa cerita fadhilat amalan yang kita benar-benar tahu dan sediakan mereka untuk gasht. Di penghujung bayan, pujuk setiap orang untuk beri masa walaupun apa alasan yang diberi.

Selepas targhib kepentingan agama mesti tashkil untuk gasht. Jangan lepaskan begitu sahaja tanpa ditashkil. Pujuk rayu mereka jika terpaksa, minta mereka janji untuk datang buat gasht. Bentuk jemaah gasht mengikut bilangan ahli jemaah. Amer sebaiknya orang yang berumur. Rahabah pula orang yang agak berpengaruh. Percakapan tidak semesti tetap.

Setiap orang yang kita jumpa adalah sibuk dengan makhluk oleh itu kita hendaklah bawa mereka keluar dari kesibukan itu kepada kesibukan khaliq. Semua jemaah keluar atas maksud dakwah tapi yang bercakap hanyalah mutakallim. Apa yang perlu dicakapkan, bincangkan dengannya. Dulu, jemaah orang-orang Mewat minta setiap orang ucap kalimah. Tapi sekarang cakaplah lebih kurang begini, “Allah beri kita iman. Apa yang diberi yang lainnya tidak kekal hanya iman saja yang dibawa menghadap Allah”. Jika dapat cash, dua orang hendaklah dilantik untuk bawa dia ke masjid. Sebelum keluar, beritahu tentang adab gasht. Keluar dengan kasih sayang atas ummat dan berzikir. Doa boleh di luar atau di dalam.

Usaha agar semua ahli kampung iaitu lelaki akil baligh dijumpai. Untuk bawa mereka dari mahul rumah kepada mahul masjid. Bahagikan atau lakukan dengan berperingkat-peringkat ataupun buat apa-apa kaedah yang sesuai untuk berjumpa dengan semua ahli rumah lelaki yang akil baligh. Sebenarnya, setiap minggu kita buat gasht untuk masukkan kebesaran Allah s.w.t dalam hati mereka dan alihkan suasana.

Tiga amalan dalam masjid :
1. Lantik seorang untuk buat dakwah dalam masjid. Cakap ikut kemampuannya (Taqrir).
2. Istiqbal dua orang. Dakwah ahli jemaah dan tidak jemaah yang datang dengan lemah lembut dan minta duduk di dalam majlis. Jika dia tidak solat lagi minta dia solat dahulu.
3. Segalanya adalah asbab belaka, oleh itu lantik dua orang untuk doa hidayat.

Jika buat gasht lepas asar, usahakan agar balik sempat ambil wuduk, buang air dan takbiratul-ula. Jika gasht lepas maghrib dibolehkan bila kedengaran azan baru balik.

Berkenaan dengan iklan, seelok-eloknya lantik orang yang berpengaruh ataupun mesyuarat siapa yang layak. Isinya mudah dan suruh duduk rapat-rapat.

Dalam bayan cakap ikut kemampuan. Lebih kurang seperti ini: Kejayaan dalam agama. Kelebihan amal agama selepas mati. Cerita juga tentang alam kubur, mahsyar dan segala perkara akhirat. Usahakan supaya wujud dalam hati mereka perasaan untuk amal agama dan beritahu masa untuk amal agama hanya setakat maut sahaja. Ceritakan kerosakan dalam suasana sekarang maka satu suasana lain mesti dicari untuk bentuk iman kita. Agar rasa keghairahan pentingnya amal agama dalam hati itu wujud dan sentiasa berterusan.

Tashkil 4 bulan, 40 hari, 3 hari dan 2½  jam. Ada mereka yang masih belum bersedia. Usahakan lagi dan ceritakan tentang gasht pertama dan kedua, minta mereka libatkan diri masing-masing. Ceritakan kepentingan keluar 3 hari di kampung jiran. Targhib sungguh-sungguh ambil nama untuk keluar 3 hari.

Usaha 2½  jam amat penting. Kesibukan harian kita menyebabkan kita lali maka kita mesti sibukkan diri dengan usaha ini. Iaitu makmurkan masjid dengan dakwah, jumpa setiap ahli rumah lelaki yang akil baligh, usahakan untuk mereka keluar 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Ceritakan betapa pentingnya keluar. Nyatakan walaupun kepentingan keperluan itu dipenuhi (tanggungan) tapi keperluan akhirat adalah lebih-lebih penting lagi. Tilawah Al-Quran, zikir dan doa juga diceritakan supaya amal ini dapat dihidupkan dirumah.

Setiap orang yang dijumpai, sediakan mereka untuk buat dakwah. Jika ada yang tak solat, pergi jumpa dan ceritakan kepentingan solat dan bawa ke masjid usahakan supaya keluar 4 bulan, 40 hari dan 3 hari. Sediakan dia buat usaha makami. Orang sakit amat patut diziarahi. Jika jemaah yang datang, nusrah mereka, sediakan untuk mereka buat dakwah. Untuk orang tempatan, beritahu tentang kepentingan ta’alim di masjid, banyakkan cerita kelebihan.

Targhib pada lelaki untuk fikir masturat iaitu amalan :
1. Solat di awal waktu
2. Tilawah Al-Quran dan belajar dari suami.
3. Tasbih pagi dan petang.
4. Doa-doa masnun.
5. Ta’alim rumah yang istiqamah dan beradab.

Utamakan cerita tentang pentingnya usaha ini dan tashkil 4 bulan, 40 hari, 3 hari dan amalan makami juga amalan harian tadi mesti dibawa dari rumah ke rumah.

Ringkasnya jemaah masjid memikir beberapa perkara :
1. Setiap lelaki dan wanita menjadikan dakwah maksud hidup. Usahakan diri untuk keluar 4 bulan, 40 hari dan 3 hari.
2. 100% lelaki solat berjemaah dan wanita solat di awal waktu di rumah.
3. Tilawah Al-Quran.
4. Ta’alim rumah dan masjid. Ta’alim masa’il hendaklah belajar terus dari ulamak, bagi wanita belajar dari suami yang belajar dari ulamak.

Setiap minggu jemaah masjid akan buat gasht kedua. Sediakan orang tempatan di situ untuk hidupkan jemaah masjid. Terangkan apa yang dilakukan dimarhallah kita. Tashkil untuk mereka hidupkan di tempat mereka. Usahakan agar mereka dapat berdikari atas usaha ini. Letak tanggungjawab atas mereka untuk hidupkan kerja ini sendiri. Setiap jemaah 3 hari mestilah ditarghib jemaah masjid untuk dihidupkan disitu.

Setiap kerja hendaklah disertakan dengan doa dan penafian kerja kita agar kita sentiasa dimajukan Allah s.w.t.
  
Nasihat Meiji Mehrab untuk majukan usaha - Tiga perkara penting kena wujud iaitu :
1. Ijtima’i qulub (penyatuan hati)
2. Ijtihadi fikir (satu fikir)
3. Cara yang sahih.

Untuk wujudkan ijtima’i qulub, pengorbanan mestilah dilakukan. Setiap kita ada kelemahan dan kebaikan. Maka lihat kebaikan saudara kita. Fikirkan kebaikan untuk orang yang ada keburukan. Fikir dengan tidak memandang rendah padanya.

Ijtihadi fikir iaitu bila ada masalah dalam usaha kita dan kita ada satu fikir, janganlah terus diamalkan. Bawalah mesyuarat iaitu rujuklah pada ahli-ahli fikir tempatan. Jika tidak dapat selesaikan juga, rujuklah kepada syura di negara kita dan barulah diajukan pada Hadzratji. Cara yang sohih akan wujud bila kita letakkan diri kita dalam mesyuarat dalam setiap usaha kita. Iaitu cara yang betul itu hendaklah taat pada amir waqt iaitu Hadzratji.

Agama disempurnakan dengan kedatangan Nabi s.a.w. Sehingga qiamat Allah s.w.t hanya redha dengan Islam sahaja. Enam sifat ini akan mewujudkan dalam hati setiap lelaki dan wanita untuk amalkan agama yang telah disempurnakan Nabi s.a.w tadi.

Kata Maulana Ilyas rah., “Jika seorang itu belajar Iman sampai mati pun ia tidak akan sampai ke tahap yang tertinggi. Iman setiap orang juga tidak boleh kekal pada satu tahap sahaja. Ia akan naik turun bergantung pada usaha kita. Tahap yang tinggi akan dianugerahi oleh Allah s.w.t kekuatan amal agama”.

Untuk tingkatkan iman :
1. Dakwah orang lain pada iman.
2. Dengar percakapan tentang iman.3. Anggaplah kita fakir di antara orang yang fakir iman.
Jika diamalkan, Allah s.w.t akan anugerahkan tahap iman yang membolehkan kita amalkan agama.

solat adalah perintah yang paling penting. Cara penganugerahan solat pun begitu istemewa dari perintahNya yang lain.

Untuk mendatangkan roh dalam solat :
1. Sedih dalam hati dan usahakan agar orang yang tidak solat supaya mengerjakanya.
2. Kesempurnaan dalam zahir solat dan batin solat. Zahir solat adalah segala syarat dan rukun solat dan juga batinnya iaitu penumpuan kepada Allah s.w.t. Dua tahap solat yang tinggi iaitu seolah-olah kita lihat Allah dan Allah tetap melihat kita.
3. Setelah selesai solat, kita hendaklah syukur dan istighfar. Pada hakikatnya, solat yang bermutu dapat cegah fashak dan mungkar dan wujudnya kekuatan untuk taat Allah s.w.t.

Ta’alim fadhail memberi kekuatan untuk beramal. Dakwah perkara itu dan tetapkan masa untuk buat ta’alim rumah dan masjid. Zikir ini dapat menjauhkan kelalaian. Sekurang-kurangnya zikir pagi dan petang. Dakwahlah orang lain pada perkara mendatangkan kekuatan zikir.

Setiap orang mesti merasakan untuk menunaikan hak orang lain. Ini akhlak ummat ini. Dakwah orang lain pada perkara ini. Setiap ummat Islam walau sehina mana pun tetap dihormati walau iman sebesar zarah yang wujud padanya, maka ikramlah ia dan akhlak akan wujud lalu orang kafir akan terkesan dengan sifat ini.

ikhlas adalah rahsia Allah s.w.t. Ia hanya datang dengan pengorbanan yang menghasilkan iman. Periksa niat dalam hati kita masing-masing dalam mengamalkan agama. Walau sekecil mana pun amal dilakukan. Dakwah dan doa atas perkara ini.

dakwah dan tabligh adalah utk membetulkan salah faham ummat atas hidup ini. Maksud hidup mereka bukanlah keperluan dan kesibukan di dunia ini tetapi maksud hidup yang sebenarnya: “Untuk mendakwahkan setiap manusia taat Allah s.w.t dan diri kita juga ke arah itu”.

Kefahaman yang sebenar akan datang apabila kita mengorbankan segalanya untuk memajukan agama atas muka alam ini. Selepas itu barulah kita fikirkan tentang kesusahan kebendaan ummat dan keperluan diri sendiri. Kesusahan kebendaan ummat seperti menolong keluarga miskin, janda yang memerlukan bantuan, orang-orang yang lapar dan sebagainya.

Pada hakikatnya keperluan agama lebih penting dari keperluan kebendaan. Untuk wujudkan ini semua, kita hendaklah buat usaha agama barulah Allah s.w.t beri kekuatan untuk amal agama. 

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir