mesyuarat malaysia 1994 - maulana umar (7)


Maulana membaca ayat Quran yang memperihalkan bagaimana Allah s.w.t kasihkan kita dan kita akan dapat mengasihani Allah s.w.t iaitu hendaklah mengikut sunnah dalam segala hal. Sunnah terbesar ialah dakwah. Sahabat buat usaha dakwah dari mula hingga akhir. Untuk amalkan Quran, Hadith dan kehidupan sahabat, mestilah beransur-ansur. Kita mesti bersedia dan menyediakan orang lain untuk amal agama.

Dakwah kalimah dan ta’alim seperti zaman Nabi. Halaqah ta’alim dibuat oleh adik ipar Umar, Kabab. Zikir dan tilawah Quran juga sentiasa dihidupkan. Sifat ikram hidup di kalangan mereka lalu wujudlah kesatuan diantara kabilah. Ini dipanggil ijtimai’yah. Contoh bagi orang lain. Usaha dakwah disebarkan keseluruh alam. Disamping amalan zahir seperti Quran, zikir dan doa. Dalam kerja ini duit atau kebendaan tidak diperlukan. Duit sentiasa dikeluarkan. Kita yakin dengan khazanah yang ditunjukkan Allah s.w.t pada Nabi s.a.w. Untuk tunjukkan khazanah ini Allah s.w.t jemput Nabi s.a.w ke langit untuk terima solat.

Kerja ini hendaklah dibuat dengan ikhlas tanpa talab dunia. Nabi engkar bila bukit hendak ditukarkan jadi emas. Kerana Baginda s.a.w yakin kekuatan yang menghancurkan Firaun bukan datang dari kebendaan.

Kita belum berjaya jika enam sifat belum ada dalam setiap individu. Pada tahap Mekah ia (enam sifat) wujud secara infradi sebaliknya di Madinah kewujudannya secara ijtima’i. Apabila Nabi s.a.w hijrah Baginda hidupkan kerja secara ijtima’i.

Bila wujud enam sifat, kekuatan amal agama akan terbit. Tidak perlu cakap banyak, begitu mudah mereka taat. Kerja ini ijtima’i. Wujudkanlah suasana kasih sayang. Usuli dengan kasih sayang dan tidak membuka kesalahannya. Keputusan mesyuarat jangan sekali-kali ditambah. Ikut dengan betul. Bila usaha telah mula tersebar semua kita perhatikan istiqlas iaitu buat kerja dengan usul yang telah ditetapkan. Jangan kesana-sini mencampuri program orang lain (usaha lain). Jangan sibukkan diri untuk beri mereka faham usaha kita. Doakan sahaja untuk mereka.

Untuk kemajuan usaha, kita mesti sentiasa bersatu dan mempunyai hubungan rapat dengan org-org tua kita. Maka hanya dengan sedikit kerja menghasilkan keberkatan.

Zaman Umar r.a, orang bawahan begitu rapat dengan pihak atasan. Tapi zaman Usman dan Ali r.anhum hubungan antara sahabat agak renggang dan jurang perbezaan antara orang atasan dan bawahan begitu ketara. Zaman Abu Bakar dan Umar, para sahabat banyak buat usaha agama. Tapi zaman Usman dan Ali banyak orang baru. Kerana ramai sahabat yang syahid dan banyak negara dibawah Islam, rakyatnya memeluk Islam.

Bila ijtima’i kurang, kesan sampingan mula wujud. Kesan ijtima’i, iaitu Allah akan campakkan kegerunan dalam hati musuh. Kelemahan ijtima’i mewujudkan kelemahan jemaah dan kegerunan dalam hati musuh dicabut Allah. Maksud Quran, “Jangan kamu bertelagah sesama kamu, bila ini wujud hilanglah kekuatan kamu”.

Karkun tempatan, negeri dan negara akan satu hati bila diadakan mesyuarat. Kita hendaklah merasa kerdil dalam usaha ini.

sebuah khemah telah dibina di Turkey, komandernya adalah Salman Bahily. Ada 1000 orang tentera. Orang Turkey begitu gerunkan mereka. Orang Turkey mempercayai orang-orang Islam tidak mati, jika mati pun akan hidup balik. Ketika itu mereka belum Islam lagi. Allah telah wujudkan kegerunan dalam hati mereka. Suatu hari seorang sahabat telah ditangkap dan dibunuh. Mereka lihat orang Islam tidak hidup balik sebagaimana yang diyakini mereka. Lalu terus khemah orang Islam diserang. Bilangan Islam yang begitu sedikit mengalami tekanan yang amat hebat. Salman Bahily menadah tangan ke langit memohon doa. Tiba-tiba datang suara dari langit, “Bersabarlah orang-orang yang bersama Salman, kamu akan syahid”. Ini berlaku zaman Usman r.a, ketika ini nusrah tersekat akibat hubungan yang jauh antara sahabat dan orang atasan. Zaman Abu Bakar dan Umar wujud juga pertelagahan tapi mereka sedia bertolak ansur.

Di kalangan kita bermacam-macam niat wujud dalam buat usaha agama. Ini kerja Allah, jangan kita sibukkan diri untuk memeriksa niat orang dan menjatuhkan hukuman. Kehidupan dunia dan akhirat yang tidak baik akan timbul pada mereka yang bawa masalah dalam usaha ini.
  
Dengan berkat usaha ini Allah campakkan sifat sayang dalam hati orang lain pada kita. Usaha lain akan datang kaitkan kita dengan janji-janji jawatan jika ikut usaha mereka. Jangan campur adukkan usaha. Tetap majukan usaha kita. Jika berundur ke lain usaha, Allah akan persoalkan orang-orang yang kita tashkil dan didik dengan tertib ini.

Zaman Umar, harta halal datang melimpah ruah. Ia sentiasa targhib tentang hidup sederhana. Satu hari anaknya jemput makan. Dijamunya daging dan ghee (minyak). Umar terpaksa menolak kerana ada dua mata dalam lauknya. Kata anaknya, “Saya tidak berbelanja lebih hanya dua dirham seperti hari-hari yang lain, cuma saya tambahkan lauknya sahaja”. Jawab Umar, “Alangkah baiknya jika wang sebanyak itu kau gunakan untuk sebarkan agama ini”. Inilah kesederhanaan hidup Umar.

Zaman Umar dan Abu Bakar, rakyat memang hidup serba sederhana. Sebaliknya zaman Ali dan Usman, rakyat mula hidup mewah. Usman tidak menyangkal hal ini kerana baginya itu adalah jais (harus). Walaupun ia sendiri begitu sederhana seperti sahabat-sahabatnya yang lepas.

Masjid Nabi, mimbar ada tiga anak tangga. Nabi selalu berkhutbah pada anak tangga yang pertama. Di zaman Abu Bakar, ia ambil tangga kedua dan Umar pula tangga terakhir. Tapi apabila tiba zaman Usman ia naik kembali ke tangga atas yang digunakan Nabi untuk berkhutbah. Baginya adab telah pun ditunjukkan oleh dua sahabat yang terdahulu tapi cara itu pun jais (harus). Orang ramai mula bercakap dibelakang Usman tentang tindakannya naik ke atas itu. Sebenarnya tindakan Usman ada hikmahnya, jika ia ikut turun seperti sahabat yang terdahulu ia terpaksa berkhutbah atas tanah. Bila tiba giliran Ali lubang terpaksa digali untuk baca khutbah. Bagaimana dengan zaman kita?

Buat usaha tempatan dengan mudah, sederhana, niat seluruh alam dan mesyuarat. Dalam mesyuarat jangan bagi syor dengan gaya menggugut, memotong cakap orang lain dan elakkan syor yang terselitkan kepentingan diri. Zumindar hormati setiap syor walaupun syor itu akan ditolak. Usahakan wujud satu hati. Akhir mesyuarat jika keputusan berlawanan dengan kehendak hati kita amalkan juga dengan jiwa dan raga.    

Tambahkan korban sedikit demi sedikit. Disamping jangan tinggal tanggungjawab keluarga. Suatu hari seorang sahabat jumpa Nabi, Bolehkah saya berhutung untuk beli alat kelengkapan perang?” Tanya Baginda, “Bagaimana kamu akan membayar hutang kamu itu?” Jawab sahabat itu,“Bila memperolehi ghanimah, saya akan membayarnya”. Nabi terus benarkan.

Sentiasa berdoa dalam buat kerja supaya fikir dan risau Baginda Nabi s.a.w wujud. Nabi s.a.w menerima berbagai penganiayaan dalam penyebaran dakwah. Tapi Baginda tetap teruskan usaha kerana ingin selamatkan akhirat mereka. Baginda menelan penganiayaan mereka kerana ingin selamatkan ummat. Dulunya Baginda ditolak oleh orang kafir kerana agama tapi kini kita menolak Baginda kerana agama.

Bila risau Baginda wujud dalam sanubari kita, usaha yang berdikit-dikit itu akan diterima Allah. Contohnya, seorang isteri terlantar sakit kanser usus. Sang suami pasti risaukan isterinya dan siapa yang akan menjaga anak-anaknya. Kini agama beransur-ansur keluar dari ummat. Tidak kita risaukan walaupun sekadar risau seorang suami tadi?

Firaun asalnya seorang pencuri kain kafan. Dari kaum Khibty, golongan berdarjat di masa itu. Mereka menzalimi kaum Nabi Musa a.s. Musa memberitahu bersama-samanya ada kebesaran Allah. Ditunjukkan mukjizatnya sebagai bukti. Ahli sihir Firaun begitu kagum kerana mereka adalah ahli sihir yang terhandal pada masa itu. Apa yang dipertontonkan Musa bukanlah satu sihir tetapi satu kuasa yang lebih agung. Justeru itu mereka terus beriman. Firaun begitu murka dan buat keputusan untuk membunuh Musa. Seluruh isi istananya di dakwah oleh Musa. Barang siapa yang beriman dan zahirkan keimanannya akan disiksa dan dibunuh dengan kejam. Musa menjalankan kerja dakwah seorang diri. Firaun tetap dengan keputusan tidak akan masuk Islam. Bila kita cakap pada seseorang ia tetap berdegil, macam Firaunlah orang itu.

Nabi Musa telah menumbuk mati seorang Khibty lalu ia diperintahkan Allah pergi ke satu tempat. Firaun begitu murka dan memerintahkan bunuh semua Bani Israel. Kesan dari sesuatu itu biasa sahaja tapi jika memecahkan satu hukum Allah, itu adalah satu kesalahan besar. Jika empat penjuru datang musibat sentiasa minta tolong dari Allah (doa), sabar dan solat. (Maulana baca ayat Quran tentang solat dan sabar). Pertolongan pasti akan datang. Terkadang kerajaan akan diberi pada orang yang berakhlak buruk. Nabi Musa, Allah perintahkan doa dan sabar. Terkadang bila menghadapi musibat kita ambil keputusan jumpa orang besar yang berakhlak buruk untuk cari penyelesaian. Sedangkan solat dan sabar dituntut Allah.

Allah tetapkan hukuman untuk mujrym (ahli batil) besar atau mujrym kecil. Bani Israel melakukan kesalahan kecil, mereka dihadapkan kepada mujrym besar iaitu Firaun. Mereka merayu Nabi Musa, “Kami dulu tidak mentaati kamu, sekarang bila kami taat pun kami dapat susah”.

Hakikatnya orang yang taat tetap memperolehi kesenangan dan orang mujrym tetap susah akhirnya. Kesusahan dan kesenangan boleh datang juga pada yang taat di dunia ini. Orang engkar mulanya senang tapi berakhir dengan kesusahan. Orang taat memperolehi nikmat, satu tanda keberkatan sebaliknya penderhaka dapat nikmat, satu pembukaan pintu neraka.

Seperti makanan dalam perangkap tikus. Nikmat bagi orang mujrym macam tikus yang menyangkakan makanan itu untuk kebaikannya. Orang bila dapat kesenangan, disangkakan itulah nikmat yang sebenarnya. Tapi itu adalah perangkap. Kesusahan dalam makanan itu wujud tapi tikus (mujrym) mengatakan nikmat. Tamsilan Maulana, dalam amalan buruk walaupun nampak semacam ada kenikmatan pada zahirnya, tapi bila kita amalkan amalan tersebut, kita akhirnya ditimpa kesusahan, susah dunia dan akhirat. Dalam neraka badan kita dibesarkan, setiap inci diri kita akan rasakan kepedihan api neraka.

Kata orang jahil, mana ada azab kubur atau azab akhirat? Macam tikus tadi, tidak nampak langsung kesusahan dalam makanan. Dia makan sedikit demi sedikit, nikmatnya makin terasa. Akhirnya datang satu suara, terhambur makanan dari mulutya. Ia kaget, cuba lari tapi dilanggarnya jaringan besi. Ketakutan menyebabkan ia tidak nampak jaringan yang menyebabkan hidungnya berdarah.

Allah tunjukkan pada Baginda Nabi s.a.w kenikmatan syurga dan neraka, dizahirkan ghaibul nizam. sahabat kata, “Walaupun syurga dan neraka diletakkan didepan kami, Iman kami tetap tidak berganjak”. Orang beriman yakin dengan janji Allah. Belanjakan segalanya untuk Allah.

Tikus tadi tidak yakin musibah akan datang, akhirnya ia menangis keseorangan. Maksud Quran, “Telah Kami nasihatkan padamu setiap perkara, Kami telah bukakan pintu nikmat padamu. Atas nikmat-nikmat yang Kami kurniakan, mereka gembira, tiba-tiba Kami tangkap mereka dan terpinga-pinga”.

Pada orang beriman, kesusahan ada keberkatan dan nikmat dari bumi dan langit. Pendapatan mereka ada keberkatan, sedikit pun mencukupi. Keberkatan dalam harta seperti harta banyak, kerja diselesaikan dengan mudah dan harta tidak ada langsung, tapi masalah dapat diselesaikan jua. Kesusahan adalah satu mujahadah. Untuk tunaikan segala kehendak Allah, orang beriman akan mengalami ujian.

Bagi orang mujrym, kesusahan adalah azab dari Allah. Kesusahan di akhirat amat besar, di dunia ini ia kecil sahaja. Kesusahan sakaratul maut adalah amat besar. Contoh: Lampu traffik, bila merah semua akan berhenti, kita lihat jalan lain tak ada kenderaan, terus kita pecut tanpa menghiraukan lampu amaran tadi. Kita tidak nampak bahayanya. Diseberang sana polis menunggu. Kita tidak boleh undur lagi, alasan tidak akan dia terima kerana semua orang tahu lampu amaran itu. Pasti saman.

Manusia mujrym, bila mati akan minta  dilahirkan balik. Tapi Allah tidak akan endahkan, kerana di dunia telah diberi ingatan demi ingatan. Mereka tetap berjanji dan merayu. Maksud Quran, “Wahai manusia, qiamat nanti satu gempa yang dashyat berlaku, orang menyusu tercampak anaknya, yang mengandung keguguran. dan kamu seperti kapas berterbangan”.

Di dunia ini mujrym dapat musibah adalah satu azab, bagi yang beriman itu adalah mujahadah. Nikmat bagi mujrym ialah abwat tapi nikmat bagi yang beriman satu keberkatan. Nikmat di dunia buat orang beriman umpama burung kakak tua dalam sangkar. Orang mujrym seperti tikus dalam perangkap.

Kita boleh lihat seorang pesakit dibedah doktor dengan pisaunya untuk kesembuhan. Allah lakukan begini untuk orang beriman. Pisau juga boleh digunakan buat membunuh orang. Beginilah untuk orang mujrym.

Kesusahan dan mujahadah, hidayat akan tersebar. Allah janjikan kesenangan dunia dan akhirat. Sabar dalam kesusahan seperti yang berlaku pada sahabat. Nusrah Allah akan tiba menyelamatkan. Contohnya seperti mereka menyeberangi sungai tanpa jambatan, dengan laungan takbir bergegar istana Kaisar, Umar memberitahu Sariyah tentang musuh dibelakangnya walaupun jarak mereka begitu jauh, menunggangi binatang buas dan berbagai lagi nusrah Allah kepada para sahabat.

Pertolongan ghaib sekarang pun boleh datang. Bani Israel pernah berkata pada Nabi Musa, “Dulu kami susah, bila kami ikut kamu kami makin susah”. Bila mereka menghadapi tentera Firaun dibelakang dan laut di depan, mujrym kecil diserahkan Allah pada mujrym besar.

Harta yang banyak belum tentu berkat. Seperti seorang pahlawan yang besar, badannya berparut dan dalam kesakitan dan seorang pahlawan lagi kecil tapi sihat. Mereka tetap tidak sama. Bila Firaun buat kerosakan, Allah jalankan operation. Tidak berbaki lagi.

Kebaikan ada dua keadaan :
1. Amal Imaniat: belum tentu diterima atau ditolak Allah. Seperti amalan baca Quran, zikir. Jika ikhlas akan diterima.

2. Sifat Imaniat: iaitu sifat taqwa, sabar, tawakkul dan berbagai sifat yang mulia. Allah bersama dengan orang yang ada sifat. Orang yang ada amalan belum tentu lagi. Dalam Quran menceritakan tentang sifat-sifat mulia, bukannya cerita tentang amalan-amalan yang banyak.

Apabila nusrah Allah datang, ahli batil terbahagi pada 3 golongan :
1. Beriman
2. Taat, bayar jizyah
3. Melawan

Kudrat Allah akan tangkap mereka (mujrym). Nusrah ghaibiah turun. Seperti kaum Ad’ dan Tsamud. Nusrah juga datang untuk mereka yang beriman. Lihat nusrah Allah, Ikramah memeluk Islam, dua orang anak Abu Jahal murtad, Abu Suffian dan anaknya memeluk Islam dan musnahnya kerajaan Rom dan Parsi. Inilah keadaan mereka yang menerima kudrat Allah.

Buat kerja dengan penuh tawakkal. Tawakkal ialah taat, buat kerja dan berserah pada Allah. Allah suruh kita jadikan ia wakil kita. (Maulana baca ayat Quran). Kadang-kadang sudah lama tawakkal tapi kita masih tidak dapat apa-apa. Terkadang Allah lambatkan nusrahNya, mempunyai muslihat yang tertentu. Tentu ada faedahnya untuk kita. Cepat atau lambat tetap ada khair untuk kita.

“Alangkah baiknya aku jadi kaya macam Qarun”  Bila Qarun ditelan bumi semua tak mahu jadi Qarun.
“Nasib baik tak jadi Qarun, syukur pada Allah”.

Segala musibah ada khairnya. Maksud Quran, “Setiap perkara yang kita suka ada keburukannya dan setiap yang kita tidak suka terkadang ada kebaikannya”.

Kata Allah, “Orang Muhajir dan Ansar dan yang mengikut mereka dengan ikhlas adalah pengikut Baginda Nabi serta sahabatnya”. Serahkan pada Allah. Mereka pasti dirahmati Allah. Dakwah adalah pendirian kita, maksud hidup kita dan kerja kita.

Kehidupan sahabat ada dua keadaan :
1. Golongan bekerja seperti peniaga, petani dan berbagai bidang lagi
2. Golongan tiada pekerjaan tetap, kerja bila perlu sahaja. Mereka dipanggil ahli Suffah. Mereka tinggalkan kerja bukan kerana malas.

Ahli Suffah mempunyai 3 sifat utama :
1. Niat, tidak mengharapkan bantuan dari makhluk
2. Mulut, tidak pernah meminta dari makhluk
3. Mulut, tidak menceritakan masalah kepada makhluk

Sahabat buat usaha dalam dua keadaan :
1. Bekerja
2. Tidak bekerja
Kedua-duanya ada sifat tawakkal.

Sifat tawakkal bagi mereka yang bekerja :
1. Setiap bidang kerja didahulukan hukum Allah
2. Dalam kesibukan kerja, mereka tetap dapat menyahut apa sahaja takazah yang datang. Dalam keadaan tamar yang masak meranum, sahabat tetap ke Tabuk. Seramai 30,000 orang sahabat.
3. Dalam kerja, tidak lihat untung atau rugi, keberkatan diutamakan.

Keberkatan wujud pada tamar di Madinah hingga kini. Kerana ia ditinggalkan untuk sahut takazah. Jika kerana kerja, takazah tidak disahut azab pedih akan datang dan tempat kita digantikan Allah dengan orang lain.

Ahli Suffah, sifat tawakkal bagi mereka :
1. Fikir, tidak mengharapkan makhluk
2. Tangan, tidak meminta dari makhluk
3. Mulut, tidak menceritakan pada makhluk

Jika terdapat ahli Suffah meminta sesuatu dari orang, Nabi akan perintahkan dia bekerja. Suatu hari, seorang Suffah datang meminta dari Baginda. Baginda Nabi bertanya apa yang dia miliki hendaklah dijualkan dan beli kapak dan tali. Ia diperintahkan Baginda cari kayu api dan jual. Dia datang mengadap Nabi dengan gembira sambil menunjukkan duit yang diperolehinya. Bila sifat meminta datang pada ahli Suffah, Baginda suruh mereka bekerja. Peminta dikutuk Allah. Bangkit di akhirat dengan muka yang luruh dagingnya.

Satu kisah, seorang ahli Suffah tidak ada masa untuk bekerja. Semata-mata sahut takazah, itulah kerjanya. Keluarganya kelaparan. Isterinya meminta dia cari kerja untuk beli makanan. Isterinya seorang yang faham agama, sepeningalan suaminya sahut takazah, ia ambil rumput dan membakarnya supaya jiran menyangkakan ia sedang masak. Ia tidak mengharapkan bantuan dari makhluk. Apabila suaminya balik, ia terdengar bunyi orang yang sedang memasak. Dilihatnya isterinya sedang memasak roti. Dengan kehairanan ia bertanya dari mana kamu dapatkan roti ini. Jawab isterinya sambil tersenyum, “Allah yang hantarkan”. Bantuan secara ghaib tiba pada mereka yang tidak mengharapkan makhluk.

Jika kita bagi nama untuk keluar, langkah ini mesti diambil :
1. Ambil dari Allah dahulu asbabnya
2. Barulah bagi diri   
3. Dan masa

Sayyidina Umar melarang panggil musafir dengan panggilan Orang yang tawakkal jika perjalanannya mengharapkan bantuan orang dan satu apa bekalan pun tidak dibawa. Umar menyuruh panggil mereka dengan panggilan Orang yang meminta-minta.

Satu masa, orang yang tidak bekerja diputuskan ke luar negeri. Maulana ingin bagi duit 5000 rupee padanya. Hadzratji melarangnya. Duit itu serahkan pada seorang Engineer juga dalam jemaah itu, kata Hadzratji. Maulana kehairanan. Bila jemaah hendak berangkat, beribu-ribu orang datang beri hadiah pada karkun yang tidak bekerja tadi sehingga berlebihan, tapi engineer tadi terpaksa berhutang.

Jazbah seseorang itu tahankanlah jika perlu untuk hindarkan fitnah. Sabda Nabi, “Fitnah itu lebih dahsyat dari pembunuhan”. Buat usaha dengan lemah lembut, ambil jalan tengah. Jangan malukan sesiapa depan khalayak ramai. Pernah seorang profesor menyediakan 24 soalan untuk menyangkal kebenaran tabligh. Soalan itu hendak di hadapkannya pada Maulana. Sahabat-sahabatnya yang telah jadi karkun minta dia duduk dahulu dalam bayan subuh Maulana. Janganlah gopoh kata mereka. Lepas bayan bolehlah jumpa Maulana. Apabila bayan ditamatkan segala soalan profesor tadi terjawab. Kata profesor, “Ini mesti ada orang telah beritahu Maulana”. Ceritakan sesuatu untuk selesaikan masalah yang timbul dari seseorang dengan menceritakan secara am untuk semua atau cakapkan untuk kita.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir