Bayan Subuh 1 Muharram 1439H - nizamuddin Hari ini setiap org di dunia ini mempunyai usahanya masing-masing, samaada usaha tersebut merupakan usaha agama maupun usaha yang berbentuk duniawi. Dan setiap orang yang berusaha selalunya akan meyakini bahawa dalam usaha yang dijalankan ada kejayaan. Namun demikian, kenyataannya apa yang kita lihat bahawa tidak semua perkara yang di usahakan itu berhasil (berjaya). Kerana di sisi Allah swt kejayaan yang hakiki hanya akan tercapai apabila usaha yang di lakukan itu menepati sunnah Rasulullah s.a.w. Di samping itu kita juga melihat bahawa setiap yang berusaha itu pasti akan menanggung kesusahpayahan di dalam usahanya masing-masing. Di dalam bahasa Arab susah payah dinamakan mujahadah atau masyaqqah. Namun demikian, menurut alim ulamak terdapat perbezaan yang besar antara masyaqqah dan mujahadah sekalipun pada zahirnya makna keduanya seakan sama. Maksud masyaqqah ialah sebuah pengorbanan yang dilakukan oleh seseorang demi agama tan