ijtimak 2009 - bayan subuh maulana saad
Ijtimak Malaysia - 10/07/2009
Hendaklah
kita semua dengar dengan penuh tawajjuh, dengan penuh rasa kebesaran, dengan
penuh rasa keagungan, dengan penuh tumpuan kerana kita berkumpul disini bukan
sebagai satu adat. Kita berkumpul untuk dengar satu perkara yang sangat
penting. Kita berkumpul untuk dengar tentang usaha yang telah dibuat oleh
nabi-nabi dan Nabi Muhammad s.a.w, ianya adalah maksud kedatangan nabi-nabi dan
maksud kedatangan Nabi s.a.w. Usaha ini merupakan usaha nabi-nabi. Bila dengar
dengan penuh tumpuan dan tawajjuh barulah Allah s.w.t akan bagi faham. Kalau
berlaku apa-apa kekurangan dalam tawajjuh kita, maka kesannya adalah akan
berlaku kekurangan dalam agama. Kekurangan dalam memberi tumpuan pada
perkataan-perkataan dakwah, akan memberi kesan pada agama. Kita kena yakin.
Kalau tidak yakin dengan dakwah agama akan terbina dalam diri, maka kita tidak
akan dapat menyempurnakan tuntutan-tuntutan dan takazah-takazah usaha dakwah
ini. Selepas dengar dengan penuh tumpuan, kita kena buat 2 perkara. Pertama,
kita dakwahkan apa yang kita telah dengar, sampaikan pada orang lain. Kedua, dakwah
apa yang kita dengar dengan amalan kita (secara amali). Kita tunjukkan pada
manusia apa itu agama dari segi amalan.
Dalam
Quran Allah berfirman, ‘siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka
yang buat dakwah, mengajak manusia pada Allah s.w.t dan beramal soleh’. Dalam
ayat ini Allah s.w.t terangkan bahawa jalan atau cara yang paling berkesan
untuk seseorang itu hampir pada Allah s.w.t ialah melalui 2 perkara iaitu
dakwah illallah dan amal soleh. Satu
orang yang mengajak manusia kepada Allah s.w.t dan pada masa yang sama
melakukan amal-amal soleh dalam kehidupan, inilah jalan yang paling berkesan,
yang paling pasti untuk seseorang itu hampir dan dekat pada Allah s.w.t.
Dengan
meninggalkan dakwah, seseorang itu tidak dapat istiqamah dalam amal. Mana-mana
kaum yang meninggalkan dakwah, maka dengan mudah fikir dia, agama dia, pegangan
dia akan ditinggalkan. Satu orang yang tinggalkan dakwah, dia akan mudah
terkesan dengan perkara-perkara lain. Dia dengan mudah akan meninggalkan agama.
Akan tetapi satu orang yang buat dakwah, menyeru manusia pada Allah s.w.t, maka
Allah s.w.t akan bagi istiqamah dalam amalan agama. Perkara ini kita kena faham
dan kena yakin. Tanpa melakukan dakwah, susah untuk seseorang itu untuk
istiqamah dalam amal agama. Satu orang yang ada 2 perkara ini iaitu dakwah dan
amal soleh, Allah s.w.t akan himpunkan dalam diri dia kekuatan untuk amalkan
agama dan berpegang teguh pada agama dan dapat amalkan agama secara amali dalam
kehidupan.
Satu
orang sahabat, Abdullah bin Huzaifah, telah pergi ke Rom. Raja nasrani telah
tawarkan pada dia bahawa kalau kamu tinggalkan Islam, tinggalkan Muhammad, kamu
akan dapat separuh dari kerajaan Rom. Abdullah bin Huzaifah kata, bukan
setakat separuh kerajaan, kalau bagi seluruh kerajaan Arab dan Rom pun, saya
tidak sedia untuk tinggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w walaupun
sekelip mata. Kekuatan ini datang bila seseorang itu buat dakwah, menyeru
manusia pada Allah s.w.t dan beramal soleh. Oleh itu, khusus pada rakan-rakan
seusaha dan seluruh umat Islam umumnya, kita kena ada keyakinan bahawa dengan
kerja dakwah, Allah s.w.t akan sempurnakan agama, Allah s.w.t akan wujudkan
kekuatan dalam diri kita untuk amalkan agama dalam kehidupan dan dapat
berpegang teguh dengan agama.
Kesan
khas dari dakwah ialah untuk bentuk iman. Bila seseorang itu melakukan dakwah,
menceritakan kebesaran Allah s.w.t, maka Allah s.w.t akan bina iman. Inilah
satu-satunya jalan untuk bina iman yang betul disisi Allah s.w.t. Sahabat-sahabat
r.a selalu memperbaharui iman mereka. Orang beriman diperintahkan supaya
beriman. Dengan perantaraan dakwah, adalah satu-satunya cara untuk bentuk iman
dalam diri seseorang. Maulana Yusuf rah. kata apa sahaja perkara yang hendak
diwujudkan dalam diri kita, kita datangkan perkara tersebut dengan tabligh. Apa
sifat tabligh? Cara untuk menyampaikan maklumat ada banyak kaedah tetapi yang
di maksudkan dengan tabligh ialah usaha yang telah dibuat oleh Nabi s.a.w atas
sahabat-sahabat. Cara atau usaha yang mana Nabi s.a.w telah bangunkan
sahabat-sahabat. Cara usaha tersebutlah yang kita kena wujudkan. Bila umat
lakukan tabligh/menyampaikan dengan cara bagaimana Nabi s.a.w telah sediakan
sahabat-sahabat, barulah dalam diri kita akan terbinanya iman. Bukan
semata-mata sampaikan, bahkan cara menyampaikan adalah mengikut cara bagaimana
sahabat-sahabat telah usaha atas iman mereka, maka barulah iman/yakin kita pada
Allah s.w.t akan terbentuk. Perkara yang diberi penekanan oleh Nabi s.a.w dalam
usaha dakwah ialah usaha atas yakin, ubah yakin dengan menceritakan kalimah lailahaillallah, cerita tentang kebesaran Allah s.w.t,
sifat-sifat Allah s.w.t, ketauhidan Allah s.w.t, inilah dakwah yang telah
dibuat oleh Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat r.a.
Sahabat-sahabat
seperti Abdullah bin Rahawa r.a, Muaz bin Jabal r.a, mereka pegang tangan
sahabat-sahabat yang lain, duduk bersama dan menceritakan tentang kebesaran
Allah s.w.t, kehebatan Allah s.w.t, keagungan Allah s.w.t. Perkara yang penting
dalam dakwah ialah menceritakan sifat-sifat Allah s.w.t. Zikir kalimah lailahaillahllah memang ada
kepentingannya, memang ada kelebihannya secara infradi, akan tetapi amat
penting juga untuk seseorang itu bercakap tentang mahfum kalimah lailahaillahllah. Hari ini kita cuma
luangkan sedikit masa untuk berzikir kalimah lailahaillallah tetapi kita punya percakapan dari pagi hingga malam
adalah selain daripada Allah s.w.t. Usaha untuk bercakap tentang kebesaran Allah
s.w.t telah hilang daripada umat, secara umumnya telah tiada dalam umat ini.
Dimana-mana kita pergi hatta di dalam masjid-masjid pun tidak ada majlis yang
bercakap tentang kebesaran Allah s.w.t, tentang perkara-perkara yang ghaib,
tentang kehidupan akhirat, perkara ini telah hilang daripada umat.
Oleh
itu, usaha kita hari ini sangat penting untuk bawa percakapan lailahaillallah ini, tentang mahfum
kalimah lailahaillallah ini dalam
percakapan harian kita. Kita lapangkan masa kita dari kesibukan dunia dan pergi
jumpa manusia, cakap tentang Allah s.w.t, cakap tentang keagungan Allah s.w.t,
cakap tentang kehebatan Allah s.w.t supaya Allah s.w.t keluarkan daripada hati
kita keyakinan selain daripada Allah s.w.t, supaya hati kita tidak terkesan
dengan segala benda yang ada di dunia ini, tidak terkesan dengan segala makhluk
ciptaan Allah s.w.t, tidak terkesan dengan segala kebendaan-kebendaan. Dalam
hati kita hanya ada yakin pada Allah s.w.t semata-mata.
Hari
ini keyakinan kita pada ghairullah, keyakinan kita pada selain dari Allah
s.w.t. Bila dalam hati ada keyakinan pada makhluk, maka kita akan jadi pengikut
pada perkara tersebut. Agama telah keluar dari kehidupan umat bukan kerana
kejahilan. Ilmu tentang agama ada, tetapi yakin tidak pada Allah s.w.t, yakin pada
ghairullah menyebabkan walaupun dia ada ilmu tentang agama tetapi tidak dapat
taat pada Allah s.w.t, tidak dapat amal agama dalam kehidupan.
Dakwah
adalah untuk bina iman. Dakwah adalah untuk sempurnakan sifat ketaatan dalam
diri kita. Sejauh mana iman yakin terbina dalam diri, sejauh itulah sifat taat
akan datang dalam kehidupan. Maulana tekankan perkara ini supaya usaha atas
iman, iaitu lapangkan masa, sediakan setiap orang Islam supaya mereka dapat
bagi masa setiap hari untuk pergi jumpa manusia untuk bercakap tentang
kebesaran Allah s.w.t, bercakap tentang keagungan Allah s.w.t, bercakap tentang
kehebatan Allah s.w.t. Hari ini kita faham dakwah iman hanya untuk orang yang
tidak beriman. Saya sudah beriman, saya sudah Islam, mengapa saya kena buat usaha
atas iman? Ini salah faham. Allah s.w.t berfirman dalam Quran, ‘ya ai yu hal lazi na amanu aminu’. Wahai
orang-orang yang beriman, hendaklah kamu beriman.
Orang-orang
yang beriman telah diperintah oleh Allah s.w.t untuk memperbaharui iman.
Sahabat-sahabat mempunyai iman macam gunung tetapi Nabi s.a.w telah perintah
sahabat untuk perbaharui iman dengan percakapan mahfum kalimah lailahaillallah. Usaha atas iman adalah
keperluan/hajat setiap orang Islam. Setiap orang Islam perlu usaha atas iman
untuk bina dalam diri keyakinan pada Allah s.w.t dan untuk datangkan dalam diri
sifat ketaatan pada perintah-perintah Allah s.w.t. Tanpa usaha atas iman, tanpa
bercakap tentang kebesaran Allah, iman tidak akan terbina, bila iman tidak
terbina, maka keyakinan hanya pada ghairullah, maka sifat taat pada Allah tidak
akan datang.
Kita
buat dakwah bukan untuk orang lain tetapi kita buat dakwah untuk keperluan diri
kita sendiri. Kita cerita dalam percakapan tentang kehebatan Allah, kekuasaan
Allah, yang berkuasa hanya Allah. Walau semua nabi dan rasul berkumpul untuk
bagi hidayat pada satu orang tetapi jika Allah s.w.t tak nak bagi, maka orang
itu tidak akan dapat hidayat. Walaupun nabi dan rasul dihantar sebagai asbab
hidayat, sebagai perantaraan hidayat, tetapi nabi/rasul tidak boleh bagi
hidayat, hanya Allah s.w.t sahaja yang boleh bagi hidayat.
Rasulullah
s.a.w telah ditanya mengenai ashabul kahfi. Nabi s.a.w telah kata bahawa beliau
akan bagi jawapan esok. Selama 15 hari wahyu tidak turun. Allah s.w.t tegur
Nabi s.a.w kerana tidak cakap ‘insya’Allah’ iaitu jika dikehendaki oleh Allah
s.w.t. Nabi s.a.w pun tidak ada kemampuan dengan apa yang hendak disampaikan,
semuanya datang daripada Allah s.w.t. Beberapa perkara yang kita kena tekankan
dalam dakwah kita, dalam percakapan, dalam usaha kita untuk meningkatkan iman.
Pertama, kita kena banyak cakap tentang kebesaran Allah s.w.t, tentang
kehebatan Allah s.w.t, tentang kudrat Allah s.w.t. Maulana Ilyas rah. kata,
kalau hendak bagi nama pada usaha ini, ianya ialah pergerakan usaha atas iman.
Maksud daripada usaha kita adalah untuk bina iman, untuk tingkatkan iman pada
Allah s.w.t.
Pertama,
kita cerita tentang kehebatan, kekuasaan Allah s.w.t. Kedua, kita kena
ceritakan tentang nusrah/bantuan ghaib Allah s.w.t atas nabi-nabi dan
rasul-rasul. Allah s.w.t telah ceritakan dalam Quran tentang kisah nabi-nabi
terdahulu. Allah s.w.t berfirman, ‘Kami ceritakan pada kamu wahai Muhammad,
semua kisah-kisah nabi dan rasul kepada kamu untuk mantapkan hati kamu’. Dalam
Quran, Allah s.w.t perintah Nabi s.a.w, ceritakanlah, terangkanlah tentang
kisah nabi ini, tentang kisah rasul itu. Walaupun yakin Nabi s.a.w telah
sempurna pada Allah s.w.t, masih Allah s.w.t perintahkan pada Nabi s.a.w untuk
ceritakan nusrah/bantuan ghaib Allah s.w.t pada nabi-nabi dan rasul-rasul.
Bagaimana
Allah s.w.t telah bantu Ibrahim a.s daripada Namrud, bagaimana Allah s.w.t
bantu Musa a.s daripada Firaun. Dengan cerita-cerita ini akan memantapkan iman
kita pada Allah s.w.t. Dengan cerita-cerita ini kita akan nampak bagaimana
bantuan Allah s.w.t datang, apakah asbab, apakah perantaraan untuk satu orang
itu dapat bantuan/nusrah Allah s.w.t. Tetapi hari ini kita cerita kisah rasul
dan nabi-nabi sebagai satu sejarah sahaja seolah-olah ianya telah berlaku dan
tidak akan berlaku lagi selepas ini. Kita rasa bantuan ghaib Allah s.w.t tidak
akan berlaku lagi selepas ini. Sedangkan ketetapan Allah s.w.t ialah bagaimana
rasul-rasul dan nabi-nabi mendapat bantuan ghaib Allah s.w.t, maka semua orang
beriman boleh juga mendapat bantuan ghaib Allah s.w.t. Cara untuk mendapat
bantuan ghaib Allah s.w.t ialah bukan dengan perantaraan asbab, bukan dengan
perantaraan kebendaan. Cara untuk mendapat bantuan ghaib Allah s.w.t ialah
dengan perantaraan amal.
Ketetapan
Allah s.w.t bukan dengan asbab zahiriah, turunnya hujan dari langit, keluarnya
tumbuhan dari bumi, keluarnya susu dari binatang, ini bukan ketetapan Allah
s.w.t. Kalau kita jadikan ini sebagai asbab, sebagai perantaraan, maka kita
telah wujudkan antara kita dengan Allah s.w.t, ada makhluk. Bukan dengan asbab
untuk kita ambil faedah daripada Allah s.w.t. Ketetapan Allah s.w.t adalah
agama Allah. Agama yang dibawa oleh nabi-nabi dan rasul-rasul, itulah
sebenarnya ketetapan Allah s.w.t. Itulah perantaraan untuk manusia ambil faedah
daripada kudrat Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlu ceritakan, bayankan,
terangkan lagi dan lagi tentang kisah nabi-nabi dan rasul-rasul supaya
keyakinan terbentuk dalam hati kita.
Hari
ini, kita orang Islam, keyakinan kita pada kebendaan. Untuk ubah yakin ini,
kita kena dakwah perkara ini supaya keyakinan semua orang Islam dapat dialihkan
daripada keyakinan pada kebendaan kepada keyakinan pada Allah s.w.t.
Perkara
ketiga yang perlu diceritakan dalam dakwah kita ialah tanda-tanda,
alamat-alamat orang beriman pada Allah s.w.t. Nabi s.a.w bersabda, ‘ apabila
kamu buat amal baik kamu akan rasa gembira, bila buat maksiat kamu akan rasa
sedih, maka kamu adalah orang yang beriman pada Allah s.w.t’. Ini alamat iman.
Ini tanda iman.
Perkara
keempat yang perlu diceritakan ialah bantuan ghaib Allah s.w.t, nusrah ghaib
Allah s.w.t pada sahabat r.hum. Bagaimana Allah s.w.t bantu mereka. Perkara ini
kita kena cerita dalam dakwah kita supaya keyakinan tentang perkara ini datang
dalam hati kita. Perantaraan untuk dapat bantuan Allah s.w.t, untuk ambil
faedah daripada kudrat Allah s.w.t adalah dengan perantaraan amal. Umat ini
perlu usaha atas amal-amal yang sama yang telah sahabat buat untuk dapat
bantuan daripada Allah s.w.t.
Bila
seseorang itu cerita tentang iman, cerita tentang alamat-alamat iman, maka akan
datang dalam diri dia kepentingan iman. Satu orang yang tidak dakwah tentang
iman, maka dia akan rasa iman dalam diri dia sudah cukup, sudah sempurna. Bila
cerita tentang iman dan alamat-alamat iman satu orang itu dapat menilai iman
dia dan dia akan dapati iman dia masih lemah dan dia perlu usaha atas iman. Natijah
daripada usaha atas iman maka akan datang sifat taqwa dalam diri. Dalam Quran
Allah panggil kalimah iman, lailahaillallah,
juga sebagai kalimah taqwa. Segala
tuntutan-tuntutan kalimah, semuanya berkaitan dengan orang beriman. Hari ini, kita
anggap usaha atas iman untuk orang yang tidak beriman. Kita yang sudah ada iman
tidak perlu usaha atas iman sedangkan orang yang berhak atas iman ialah
orang-orang yang beriman itu sendiri. Selepas kita mengucap kalimah, segala
tuntutan kalimah adalah diatas orang yang beriman, apa yang perlu dibuat, apa
yang perlu ditinggalkan, muamalat, muasyarat, segalanya untuk orang yang
beriman.
Orang
beriman kena usaha atas iman sehingga datang dalam diri sifat taqwa, kekuatan
untuk menyempurnakan segala perintah-perintah Allah s.w.t, meninggalkan segala
larangan-larangan Allah s.w.t. Di zaman sahabat, sebagaimana usaha dijalankan
supaya orang tidak beriman dapat beriman pada Allah s.w.t, lebih banyak usaha
dijalankan supaya orang beriman dapat kekal dalam iman, dapat berterusan
tunaikan tuntutan iman, perkara ini lebih banyak dibuat oleh Nabi s.a.w ke atas
sahabat-sahabat r.hum. Bukan maknanya satu orang yang sudah ucap kalimah, tidak
perlu usaha atas iman, bahkan dia kena usaha atas iman hingga dia dapat
menyempurnakan segala perintah-perintah Allah s.w.t. Kita kena usaha atas iman
kita sebegitu rupa sehingga datang dalam diri kita sifat taqwa.
Bila
ada sifat taqwa, maka diri tidak dapat terima benda-benda yang haram. Contoh,
kereta yang guna petrol tetapi telah dimasukkan diesel menyebabkan kereta itu
tidak boleh bergerak. Begitu juga bila masuk benda yang haram dalam badan,
bagaimana boleh kita bergerak untuk capai syurga Allah s.w.t. Perkara pertama,
kena bawa muamalat mengikut hukum Allah s.w.t. Selagi mana muamalat tidak
betul, ibadat tidak akan betul, ibadat tidak berguna, agama tidak berguna.
Siapa yang dirikan solat telah dirikan agama, siapa yang tinggalkan solat dia
telah runtuhkan agama. Agama sempurna bila ibadat sempurna. Ibadat sempurna
bila muamalat sempurna. Bila dalam badan ada benda yang haram, ibadat kita
tidak berguna. Sebagaimana pentingnya wuduk, tanpa wuduk solat tidak sempurna,
ibadat tidak diterima oleh Allah s.w.t, begitu juga bila muamalat kita tidak
sempurna, pendapatan dari sumber yang haram, maka ibadat tidak diterima oleh
Allah s.w.t. Orang yang taqwa pada Allah s.w.t, dia tidak ambil benda yang
haram seperti Abu Bakar sidiq r.a, satu orang telah bagi dia sesuap makanan,
beliau telah makan dan kemudian tanya, ‘dari mana kamu dapat makanan ini?’
Orang itu jawab, ‘hasil dari kerja dahulu, sebagai tilik nasib’. Bila Abu Bakar
r.a tahu ia adalah dari sumber yang haram, maka dia telah berusaha untuk keluarkan
semula makanan yang telah dimakan. Beliau minum air banyak-banyak dan muntahkan
sehingga makanan yang haram yang sudah masuk ke dalam perut dapat dikeluarkan
balik. Tanda satu orang yang ada sifat taqwa pada Allah s.w.t, badannya tidak
akan terima benda-benda yang haram. Makanan yang kita makan akan beri kesan
pada fikir kita. Kalau makanan itu rosak, fikir akan rosak. Kalau kotor, fikir
akan kotor. Kalau makanan itu suci, fikir pun suci.
Oleh
itu sangat-sangat penting untuk kita betulkan kita punya muamalat. Bawa
perintah-perintah Allah s.w.t dalam muamalat kita, kesucian (toharah) dalam
pendapatan kita. Selagi pendapatan kita tidak bersih, selagi makan/minum tidak
bersih, selagi itulah ibadat kita tidak sempurna. Selagi ibadat tidak sempurna,
selagi itulah agama tidak sempurna. Oleh
itu, kita kena usah atas iman. Kita wujudkan dalam diri kita sifat taqwa pada
Allah s.w.t. Dengan sifat taqwa, dapat meninggalkan segala yang diharamkan oleh
Allah s.w.t. Kita kena betulkan muamalat supaya datang kesempurnaan dalam
ibadat, kesempurnaan dalam agama.
Pertama,
kita kena ada yakin dalam amal. Dengan amal, Allah s.w.t akan bina kehidupan
kita. Selagi mana yakin pada amal tidak datang pada diri kita, selagi itulah
kita tidak dapat bawa perintah-perintah Allah s.w.t, tidak dapat bawa
hukum-hukum Allah s.w.t dalam ibadat kita. Selagi ibadat tidak sempurna, selagi
itulah agama tidak sempurna. Oleh itu, perkara yang penting, dakwah kepada amal
bertentangan dengan asbab. Dalam asbab tidak ada janji Allah s.w.t. Kudrat
Allah s.w.t, janji Allah s.w.t adalah bersama dengan amal. Perkara ini kena
didakwahkan lagi dan lagi sehingga terbentuk dalam hati kita keyakinan bahawa
bantuan Allah s.w.t, janji Allah s.w.t adalah dalam amal, bukan dalam asbab.
Hari ini, kita tidak dakwahkan perkara ini, maka keyakinan kita pada asbab,
pada kedai, pada pejabat, pada ladang. Kita rasa perkara-perkara ini boleh
selesaikan masalah kita. Bila satu orang yakin pada asbab, maka dia akan usaha
atas asbab, dia akan kedepankan asbab. Dia akan kata, ‘saya telah usaha,
bagilah rezeki’. Bila yakin pada asbab, usaha atas asbab dan doa menggunakan
perantaraan asbab. Ini tidak betul. Yang Allah s.w.t ajar, bukan doa dengan
asbab, tetapi Allah s.w.t himpunkan doa dengan ibadat, iyakanakbudu waiyakanastain, kepada Engkau kami sembah (ibadat) dan
kepada Engkau kami minta pertolongan. Doa tidak ada hubungan dengan asbab. Doa
ada hubungan dengan ibadat sahaja. Kedepankan amal, kemudian doa pada Allah
s.w.t. Menjadikan asbab, benda-benda dunia sebagai perantaraan, orang bukan
Islam pun buat. Orang Islam dapat faedah daripada khazanah Allah s.w.t adalah
dengan perantaraan amal.
Perkara
ini perlu didakwahkan lagi dan lagi supaya yakin kita beralih dari keyakinan
pada kebendaan, asbab, pejabat, kilang, kedai kepada amal Nabi s.a.w.Bila yakin
pada asbab, kita akan bagi tumpuan pada asbab. Bila bertembung amal dan asbab,
maka kita akan dahulukan asbab. Kalau satu orang yang yakin dia betul, bila ada
pertembungan amal dan asbab, maka dia akan ketepikan asbab, dia utamakan amal.
Semua asbab kebendaan bukan perantaraan untuk kita dapat daripada khazanah
Allah s.w.t. Untuk dapat daripada Allah s.w.t, adalah dengan perantaraan amal.
Perkara ini kena cakap lagi dan lagi supaya keyakinan datang dalam hati. Bukan maksudnya
kita tinggalkan asbab, bukan maksudnya kita tinggalkan perniagaan,tinggalkan
pekerjaan, masa perlu dibahagi-bahagikan, ada masa di pejabat, di ladang, di
kedai, tetapi yakin kita hanya pada amal.
Sebagaimana
sahabat, mereka juga berniaga, buat macam-macam pekerjaan, akan tetapi mereka
tidak ada keyakinan pada asbab. Bila datang pertembungan hukum Allah s.w.t
dengan asbab maka mereka dengan mudah tinggalkan asbab. Asbab tidak dapat beri
apa-apa, segala-galanya adalah amal. Hari ini kita faham, lagi banyak kita
bekerja, lagi banyak rezeki kita akan dapat sedangkan rezeki telah
dibahagi-bahagikan oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t telah tetapkan pada setiap
orang cuma samada dia dapat rezeki dengan cara yang halal atau dengan cara yang
haram. Satu orang yang dapat rezeki dengan cara yang haram, di dunia ini dia
akan dapat habuan tetapi di akhirat tidak dapat apa-apa. Satu orang yang dapat
rezeki dengan cara yang halal, di dunia dapat habuan, di akhirat pun dapat
ganjaran pahala yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t.
Kejayaan
dalam amal. Kejayaan dalam mentaati perintah Allah s.w.t. Nabi s.a.w telah ajar
umat ini untuk dahulukan amal daripada asbab. Satu orang sahabat minta izin
dengan Nabi s.a.w untuk pergi berniaga, Nabi s.a.w kata kamu pergi sembahyang 2
rakaat, lepas itu baru pergi berniaga. Nabi s.a.w tidak halang dia pergi
berniaga. Langkah pertama ialah yakin dengan amal, yakin pada Allah s.w.t. Jika
langkah pertama ialah tawajjuh pada asbab, maka keyakinan kita pada asbab.
Kejayaan dalam amal, bukan dalam asbab.
Setiap
amalan yang kita buat, ibadat, muamalat, muasyarat, apa sahaja hukum Allah
s.w.t yang kita hendak buat, hendaklah kita sempurnakan amal tadi dengan ilmu
iaitu cara yang dibawa Nabi s.a.w, mengikut kehendak Allah s.w.t. Untuk kita
dapat sempurnakan amalan kita dengan ilmu, pertama kena ada keyakinan dengan
ilmu Allah s.w.t. Ilmu daripada Allah s.w.t ini ialah bahawa kita akan dapat
kejayaan, kita akan dapat kebahagiaan dengan perantaraan ilmu. Hari ini, sebab
utama kejahilan yang berlaku pada umat, umat tidak yakin dengan ilmu yang
datang daripada Allah s.w.t. Umat tidak yakin dengan ilmu agama. Umat ini rasa
dengan ilmu agama dia tidak akan dapat hidup dengan sempurna tetapi dia yakin
dengan kemahiran-kemahiran dunia, dia akan berjaya dalam kehidupan. Umat tidak
yakin dengan ilmu agama akan dapat kejayaan dalam kehidupan. Ini sebab utama
umat ini telah tinggalkan ilmu. Kejahilan telah tersebar dalam umat.
Ilmu
sangat-sangat penting dalam agama sebagaimana pentingnya iman, pentingnya solat.
Begitulah pentingnya ilmu agama. Hari ini kita tidak rasa kepentingan ilmu,
kita tidak ada keyakinan bahawa dengan ilmu agama kita akan dapat kejayaan,
kebahagiaan dalam kehidupan kita. Hari ini kita yakin dengan ilmu keduniaan
akan beri kita kebahagiaan, ketenangan dalam hidup kita. Salah faham umat ini
ialah kita anggap semua pengetahuan sebagai satu ilmu. Kita anggap kemahiran
kedoktoran sebagai satu ilmu, kemahiran dalam engineering sebagai satu ilmu.
Kita anggap semua ini sebagai satu ilmu sedangkan pada hakikatnya ilmu yang
dianggap ilmu pada Allah s.w.t ialah yang mana satu orang dapat kenal Allah
s.w.t dan dapat tahu apa kehendak Allah s.w.t. Inilah ilmu yang sebenarnya.
Ilmu yang boleh kita guna dalam kubur. Bila malaikat tanya 3 perkara, kenal Allah?,
kenal agama?, kenal Rasulullah s.a.w? Ilmu tentang 3 pekara ini, tentang
sifat-sifat Allah s.w.t, pengetahuan tentang agama, pengetahuan tentang
Rasulullah s.a.w, inilah ilmu yang sebenarnya, yang lain semua yang kita anggap
ilmu, bukan ilmu. Ianya satu kemahiran sahaja, orang bukan Islam pun ada
kemahiran tersebut. Ilmu bukan fardu kifayah. Ilmu adalah fardu ain atas setiap
orang Islam. Setiap orang Islam kena kenal Allah s.w.t, setiap orang Islam kena
tahu tentang agama, tentang perintah-perintah Allah s.w.t, setiap orang Islam
kena tahu sunnah Nabi s.a.w. Inilah ilmu yang sebenar.
Hari
ini kita berbangga dengan pengetahuan keduniaan, kita berbangga dengan
kemahiran-kemahiran dunia yang kita ada. Kita tidak bagi tumpuan pada ilmu-ilmu
agama. Kita berbangga dengan ilmu kedoktoran yang kita ada, ilmu perdagangan,
ilmu perniagaan, kita berbangga-bangga dengan kemahiran tersebut. Berbangga
dengan kemahiran dunia adalah sifat orang bukan Islam. Dalam Quran diberitahu,
‘nabi-nabi datang bawa ilmu daripada Allah s.w.t, tetapi mereka bangga dengan
pengetahuan dunia yang mereka ada, mereka memperlekeh-lekeh ilmu yang dibawa
oleh nabi-nabi, maka mereka telah dibinasakan oleh Allah s.w.t.’
Perkara
ini perlu dijelaskan, kena faham betul-betul. Ilmu yang sebenarnya adalah ilmu
kenal Allah s.w.t, ilmu tentang sifat-sifat Allah s.w.t, ilmu tentang
perintah-perintah Allah s.w.t. Bagaimana setiap ketika dan keadaan, apa yang
Allah s.w.t hendak dari kita, apa perintah Allah s.w.t sekarang ini. Ini adalah
fardu ain. Setiap orang Islam kena tahu apa perintah Allah s.w.t dan bagaimana
hendak tunaikan perintah tersebut cara Nabi s.a.w. Kita kena ada yakin, untuk
dapatkan yakin tentang ilmu, kita kena dakwahkan ilmu tersebut. Kita kena
ceritakan tentang pentingnya, hebatnya ilmu agama Allah s.w.t supaya dalam hati
kita rasa kebesaran ilmu agama.
Saidina
Umar r.a, satu orang yang telah sempurna ilmunya, satu orang yang alim, dia
faham tentang sunnah-sunnah nabi, dia ada pengetahuan yang sempurna tentang
agama Allah s.w.t. Satu masa, dia hendak tahu mengenai kitab Taurat, ilmu Allah
s.w.t yang telah diturunkan pada Musa a.s. Nabi s.a.w begitu marah sekali.
Berubah air muka Nabi s.a.w. Sedangkan Umar r.a adalah satu orang yang ada
sifat, kalau ada nabi selepas Muhammad, maka Umarlah yang akan jadi nabi. Orang
yang macam ini pun, dia ingin tahu ilmu selain daripada ilmu yang diperintahkan
oleh Allah s.w.t kepada Nabi s.a.w, sedangkan ilmu itu juga datangnya dari
Allah s.w.t tetapi pada Musa a.s. Nabi s.a.w pergi ke mimbar. Sahabat-sahabat
bawa pedang dengan marah kerana ada orang telah sakitkan hati nabi. Siapa yang
telah menyebabkan Nabi s.a.w marah. Marah Nabi s.a.w disebabkan oleh Umar r.a
satu orang sahaja kerana dia telah baca kitab Taurat. Nabi s.a.w tanya Umar
r.a, ‘adakah agama yang aku bawa ini belum cukup lagi untuk kamu?, kalau Musa
a.s hidup zaman sekarang ini, dia tidak akan berjaya melainkan dia amalkan
agama yang aku bawa.’ Kita tidak dapat bayangkan bagaimana murkanya Nabi s.a.w
pada umat ini yang tidak tahu, tidak ada ilmu tentang agama, tentang kitab
Allah, tentang sunnah Nabi s.a.w.
Orang
alim adalah satu orang yang banyak ilmu pengetahuan, orang yang simpan banyak
maklumat. Dalam diri ada taqwa pada Allah s.w.t. Dalam hati takut pada Allah
s.w.t. Dialah orang alim yang sebenarnya. Nabi s.a.w terangkan tentang dua
jenis ilmu. Satu, ilmu yang ada dalam hati manusia, ilmu yang bagi menafaat.
Satu lagi ilmu atas lidah sahaja, maklumat hanya atas lidah sahaja. Satu orang
yang ada perasaan taqwa, takut pada Allah s.w.t, inilah orang yang sudah
dapat ilmu yang menafaat dalam diri dia.
Allah s.w.t bagitahu bahawa alim ulamak adalah orang yang takut pada Allah
s.w.t, dalam hati ada sifat taqwa. Perkara ini kita kena usahakan, untuk dapat
ilmu yang ada sifat taqwa, sifat takut pada Allah s.w.t.
Nabi
s.a.w telah gerakkan sahabat-sahabat bertebaran ke setiap tempat dengan ilmu
umpama awan yang turunkan hujan, akan pergi ke setiap tanah untuk turunkan
hujan. Ada 3 keadaan tanah. Tanah yang dapat menakung air, orang
ramai, binatang akan dapat menafaat dari air tersebut. Tanah yang serap air,
akan keluar tumbuhan dan pokok-pokok. Tanah yang serap pun tidak dan takung pun
tidak, air lalu sahaja diatasnya. Awan telah pergi ke semua tempat tidak kira
samada tanah terima air atau tidak, begitulah sifat ulamak, satu orang yang ada
ilmu, dia kena pergi pada setiap manusia dan sampaikan ilmu, bukan tunggu orang
datang pada dia. Sebagaimana awan pergi ke tanah, tanah tidak datang pada awan.
Awan bergerak ke tanah dan turunkan hujan pada tanah tersebut, pada semua jenis
tanah tanpa memilih tanah. Ada manusia yang terima ilmu tersebut
dan simpan, dapat faedah daripada ilmu tersebut. Ada manusia tidak simpan ilmu tersebut
tetapi dapat amal dengan ilmu tersebut. Ada manusia yang tidak ada talab/keinginan
pada ilmu agama, dia tidak terima ilmu tersebut. 3 jenis tanah. 3 golongan
manusia.
Ulamak
bukan hanya sampaikan ilmu pada orang yang ingin terima ilmu, bahkan ulamak
juga kena sampaikan ilmu pada orang yang tidak ada kemahuan pada ilmu. Ini
adalah sifat ulamak. Dia kena bergerak sepertimana Rasulullah s.a.w telah
gerakkan sahabat-sahabat keluar dijalan Allah s.w.t. Seorang sahabat, Muaz bin
Jabal r.a, seorang mufti yang paling besar dalam umat ini, Nabi s.a.w telah
iktiraf dia adalah orang yang paling tahu mengenai halal dan haram. Dia juga
telah keluar di jalan Allah s.w.t. Saidina Umar r.a telah minta amirul mukminin
Abu Bakar r.a, jangan biarkan Muaz keluar di jalan Allah s.w.t. Nabi s.a.w
tidak ada, boleh kita tanya mengenai fatwa, hukum-hakam agama. Kita boleh rujuk
pada dia. Abu Bakar r.a kata, aku tidak boleh halang satu orang yang hendak
bagi nyawa untuk agama Allah s.w.t. Muaz bin Jabal r.a telah keluar dijalan
Allah s.w.t walaupun dia seorang mufti yang paling besar dikalangan sahabat.
Dalam
satu majlis, Rasullullah s.a.w telah bersabda, hendaklah alim ulamak ajar ilmu,
sampaikan ilmu pada orang yang jahil. Kalau tidak aku akan jatuhkan hukuman
yang keras di atas dunia ini lagi. Bila sahabat dengar perkara tersebut mereka
jadi takut dan tertanya-tanya siapakah yang Rasulullah s.a.w maksudkan. Satu
kabilah Arab. Assyariin, telah kata, kami telah ajar ilmu tetapi mereka tidak
mahu belajar. Nabi ulang lagi sekali, mereka perlu sampaikan ilmu agama pada
orang jahil walaupun mereka tidak mahu terima. Kerja alim ulamak ialah kena
pergi jumpa orang yang tidak mahu terima ilmu agama. Mereka minta tempoh 1
tahun dari Rasulullah s.a.w untuk ajar ilmu agama. Hari ini alim ulamak kena
keluar 1 tahun di jalan Allah s.w.t. Ulamak tersebut telah minta dari Nabi
s.a.w tempoh 1 tahun untuk sampaikan tanggungjawab mereka. Ulamak perlu
digerakkan di dalam umat seperti awan yang bergerak dan turunkan hujan. Jangan
jadi macam telaga, sifatnya tidak bergerak, sifatnya tetap, orang datang kepada
telaga untuk ambil air, sifat jumud. Alim ulamak kena bergerak dalam umat untuk
sampaikan ilmu agama.
Halaqah
ilmu dan halaqah iman. Kedua-dua halaqah ini sentiasa ada di masjid Nabi s.a.w.
Iman dan ilmu telah tersebar dikalangan sahabat. Hari ini, halaqah iman dan
ilmu telah hilang, telah tidak ada di masjid-masjid. Kejahilan telah tersebar
di dalam umat ini kerana masjid telah kosong daripada halaqah iman dan ilmu.
Maksud daripada usaha ini ialah bagaimana kita dapat ilmu, tahu hukum agama dan
dapat amalkan setiap ilmu tersebut dalam kehidupan kita hingga agama yang
sempurna datang dalam kehidupan, kita dapat tahu setiap perintah-perintah Allah
s.w.t dalam kehidupan dan dapat amalkan ilmu tersebut. Halaqah iman dan halaqah
ilmu perlu dihidupkan supaya iman akan terbina, yakin pada Allah s.w.t akan
terbina. Dengan perantaraan ilmu akan dapat tahu muamalat, muasyarat, akhlak,
ibadat, dapat buat mengikut cara yang betul, cara Baginda s.a.w. Ilmu perlu
diusahakan. Orang yang bawa ilmu perlu bergerak dalam umat.
Umat
ini kena belajar ilmu, amalkan agama dan kena bergerak dalam umat. Bila umat
bergerak, bawa amal agama dalam kehidupan, barulah agama akan tersebar dalam
umat. Inilah kerja umat yang sangat besar yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w.
Abdullah Rawaha r.a telah tangguhkan keluar dijalan Allah s.w.t untuk dengar
khutbah nabi, solat Jumaat dibelakang nabi. Dia telah lewat keluar di jalan
Allah separuh hari. Jemaah dia telah mendahului setengah hari. Rasulullah s.a.w
kata dia telah lewat dari segi jarak sejauh masyrik dan maghrib (timur dan
barat) dan dari segi masa selama 500 tahun. Nabi s.a.w sentiasa memberi
keutamaan/kelebihan dakwah pada orang yang keluar dijalan Allah s.w.t mengatasi
dibandingkan dengan mereka yang buat amal ditempat sendiri kerana bila bergerak
di jalan Allah s.w.t, agama akan hidup. Dengan perantaraan usaha dakwah agama
akan wujud dalam umat. Bergerak seluruh dunia, bawa agama secara amali dalam
kehidupan.
Kita
kena buat usaha ini dengan penuh keyakinan. Umat ini akan terselamat dari
kerugian bila umat ini buat usaha dakwah. Demi masa, manusia dalam kerugian
kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan dengan haq dan berpesan
dengan kesabaran. Tanpa umat ini berpesan atas iman dan amal dan perkara yang
haq, tidak mungkin umat ini akan selamat dari kerugian. Jika umat tinggalkan
usaha ini, pasti umat akan berada dalam kerugian. Untuk kekalkan agama dalam
umat, hanya dengan perantaraan usaha dakwah. Tanpa usaha dakwah, umat tidak
akan kekal dalam agama. Meninggalkan kerja dakwah, asbab kerosakan dalam umat.
Bila satu orang da’i utamakan amal infradi, ini juga akan menyebabkan agama
akan terkeluar daripada umat. Perkara ini sangat penting. Kita kena faham.
Setiap
nabi ada 2 tanggungjawab. Tanggungjawab amal infradi. Tanggungjawab ijtimai.
Amal infradi adalah antara dia dengan Allah s.w.t seperti solat dll. Amal
ijtimai adalah usaha atas kaum. Bila utamakan amal infradi, ini akan
menyebabkan kekurangan dalam kerja dakwah. Umat ini perlu dibangunkan untuk
buat kerja dakwah. Bukan setakat bila sudah dapat amalkan agama, kita
tinggalkan usaha dakwah. Bila tinggalkan usaha dakwah, agama yang ada dalam
diri akan ditinggalkan. Walaupun agama sudah sempurna dalam diri, bila
tinggalkan usaha dakwah, agama dalam diri akan hilang, agama akan hilang
sedikit demi sedikit dalam kehidupan. Usaha agama adalah usaha yang berterusan
hatta tidak boleh utamakan amal/takaza infradi daripada amal ijtimai. Setiap
daripada kita bertanggungjawab atas seluruh umat.
Musa
a.s telah buat usaha atas kaum dia selama beberapa tahun. Musa a.s telah
tinggalkan kaum dia beberapa hari kerana hendak beribadat pada Allah s.w.t,
Allah s.w.t perintah Musa a.s datang kepadaNya untk bermunajat selama 40 hari.
Dia boleh bercakap dengan Allah s.w.t. 40 hari adalah tempoh masa yang telah
ditetapkan oleh Allah s.w.t. Musa a.s terlalu syok, ghairah, penuh jasbah untuk
pergi jumpa Allah s.w.t dan boleh bercakap dengan Allah s.w.t. Dia telah pergi
awal. Allah tanya bagaimana dengan kaum kamu? Musa a.s kata mereka sedang
menyusul ku dari belakang. Kesannya ialah Bani Israil telah sesat sebab Musa
a.s telah tinggalkan kaum dia di belakang. Sudah bertahun-tahun dia buat usaha
dakwah dikalangan Bani Israil, tetapi kerana beberapa hari sahaja dakwah
ditinggalkan dikalangan Bani Israil, kesesatan telah tersebar. Jumlah Bani
Israil ialah 600,000 orang. Dalam masa 40 hari, seramai 588,000 orang telah
sesat, mereka telah sembah patung anak lembu yang dibuat Samiri. Tinggal 12,000
sahaja yang tidak sesat, yang tidak sembah patung anak lembu, mereka tunggu
Musa a.s.
Apabila
dakwah ditinggalkan, walaupun buat sementara waktu sahaja, ini akan jadi asbab
kesesatan dalam umat. Dakwah perlu dibuat secara berterusan. Walaupun agama
sudah sempurna dalam umat, usaha agama perlu diteruskan. Kalau tidak, agama
tidak akan kekal dalam umat. Agama akan keluar daripada umat. Kaedah Allah
s.w.t, nabi datang usaha dakwah dijalankan, agama tersebar. Tinggalkan usaha
dakwah asbab kerosakan iman dan rosak yakin.
Jadikan
kerja ini sebagai maksud hidup kita. Buat azam.
Comments
Post a Comment