jor KL 2004 - bayan maghrib maulana ahmat Lat (2)
27/08/2004 - sri petaling
Yang paling disayangi oleh Allah s.w.t ialah para nabi.
Diantara semua nabi-nabi, yg paling disayangi oleh Allah s.w.t ialah
Rasullullah s.a.w. Yang paling disayangi oleh rasulullah s.a.w adalah umat ini.
Allah s.w.t beri benda yg paling Allah sayang pada mereka yg Dia sayang.
Perkara yg disayangi oleh Allah ialah agama. Alla beri agama dan usaha agama
pada para nabi. Rasulullah s.a.w juga beri perkara yg paling disayangi pada
umat iaitu agama dan usaha agama.
Seluruh umat ini telah diberi
agama & usaha agama. Setiap individu kena tertibkan kehidupan sepertimana
yg dikehendaki oleh nabi s.a.w. Sepertimana nabi s.a.w telah tertibkan
kehidupan para sahabat iaitu Muhajir & Ansar dalam menjalankan usaha agama.
Kena buat seperti umat awal kurun iaitu Muhajir & Ansar. Dari hari pertama
masuk Islam pada zaman nabi s.a.w, samada lelaki, wanita, kanak-kanak,
pelajaran pertama ialah bahawa diri dan harta bukan milik saya. Setiap nafas
dlm kehidupan saya bukan milik saya. Diri dan harta adalah milik Allah, diberi
pada saya sebagai satu amanah.
Bagaimana hendak gunakan diri dan
harta? Ianya mestilah digunakan sepertimana yg digunakan oleh nabi s.a.w.
Berapa banyak nabi s.a.w guna diri dan
harta, untuk apa, dimana, bagaimana, macam mana, maka inilah contoh utk setiap
orang Islam. Baginda s.a.w telah tunjukkan bahawa diri & harta digunakan
adalah untuk dakwah, ta’alim & tazkiyah.
Nabi s.a.w adalah manusia, makan,
minum, tidur, pakai, dsbnya. Ini pun digunakan daripada bahagian diri &
harta. Maksud hidup nabi s.a.w ialah dakwah, ta’alim & tazkiyah. Nabi s.a.w
telah gunakan sebahagian besar dari diri & harta utk dakwah, ta’alim &
tazkiyah. Sebahagian kecil lagi digunakan utk
keperluan, makan, minum dsbnya. Setiap sahabat, lelaki, wanita, tua,
muda, kaya, miskin, mereka punya kehidupan mengikut contoh nabi s.a.w. Umat
awal kurun ini adalah umat yg paling baik.
Kenapa paling baik?
Pertama, kerana mereka gunakan
diri & harta seperti mana nabi s.a.w. Tertibkan kehidupan mereka seperti yg
ditunjukkan oleh nabi s.a.w.
Kedua, mereka tahu membezakan
siapa kawan dan siapa lawan/musuh. Mereka dapat bezakan siapa yg dapat bawa
mereka dekat pada Allah dan siapa yg bawa mereka jauh dari Allah. Nampak dgn
jelas siapa kawan, siapa lawan, ianya kerana kekuatan iman mereka, kerana
mereka telah buat usaha agama, telah dakwah kebesaran Allah, dalam diri mereka
ada yakin dgn zat & sifat Allah, sifat jamaliah, sifat jalaliah, Allah
pemilik, Allah pencipta, Allah buat segala-galanya, selain dari Allah tidak
boleh buat apa-apa. Iman mereka telah sampai ke tahap yg tertinggi. Nur iman
ini hasil dari usaha agama.
Ketiga, mereka dapat membezakan
maksud hidup & keperluan hidup. Maksud hidup mereka sama dgn maksud hidup
nabi s.a.w iaitu umat ini telah dikeluarkan utk menafaat seluruh manusia iaitu
utk mengajak kepada kebaikan dan cegah kemungkaran. Mereka maju dalam
peningkatan iman. Mereka telah usaha utk tingkatkan iman. Maksud hidup nabi
s.a.w dan maksud hidup umat ini adalah sama. Nabi s.a.w diutuskan utk usaha
agama, umat ini juga diutuskan utk usaha agama.
Keempat, semua nabi-nabi
beritahu pada umat mereka, kami tidak
mahu apa-apa dari kamu, kami hanya inginkan kebaikan utk kamu sahaja. Semua
orang beriman zaman nabi s.a.w tahu yg paling inginkan kebaikan utk mereka
ialah nabi s.a.w. Dalam kehidupan nabi s.a.w ada segala contoh kebaikan dunia
& akhirat. Mereka tahu dalam setiap gerak-geri nabi dan perbuatan nabi
adalah utk kebaikan umat ini. Umat ini kena ikut apa yg nabi s.a.w telah
tunjukkan.
Inilah 4 asas yg mana umat awal
kurun dikatakan umat yg paling baik antara umat nabi s.a.w.
Umat ini hari ini telah tinggalkan asas tersebut yg mana telah
menyebabkan umat jadi paling baik. Umat ini telah menggangap diri dan harta
milik dia. Guna diri dan harta ikut suka. Bila buat demikian, dia tidak dapat
membezakan siapa kawan dan siapa lawan. Oleh itu, dia telah ikut kehendak musuh
dlm meggunakan diri dn harta, dan mula iman merosot. Dalam keadaan ini, umat ini
tidak lagi ikut cara nabi, telah mula ikut cara musuh. Maka umat ini tidak lagi
faham apa maksud hidup. Tidak dapat hendak bezakan maksud hidup dan keperluan.
Telah jadikan keinginan nafsu sebagai keperluan. Telah guna diri dan harta utk
kepuasan nafsu. Telah lupa kerja sebenarnya. Umat ini telah jatuh dan jatuh,
bermacam kerosakan telah datang dlm umat ini.
Kita tengok keadaan umat Islam
sekarang ini, umat yg dihantar , yg diberi kerja yg besar ini, sekarang umat
telah jauh dari agama. Umat telah mula keluar dari Islam. Dalam keadaan macam
ini, Allah s.w.t yg maha penyayang, maha pengasih, dan kerana nabi s.a.w
‘rahmatulillalamin’, selepas beratus-ratus tahun tinggalkan kita, telh hidupkan
kembali usaha agama ini. Telah beri usaha agama ini pada umat ini. Bila umat
kembali kpd usaha agama, maka sekali lagi umat ini akan dapat dibawa kpd
kebaikan.
Usaha agama ini seperti angin
sejuk yg bertiup. Bila angin sejuk bertiup, kita letakkan diri kita supaya
angin itu kena pada badan kita. Dalam keadaan tidak ada angin langsung, cuaca
dlm keadaan panas, berpeluh, gelisah, satu daun pun tidak bergerak, dalam
keadaan ini bila sedikit angin sejuk bertiup maka semua orang akan buka butang
baju dia supaya angin kena pada badan. Begitu juga keadaan dunia sekarang ini,
dalam keadaan gelisah, Allah telah beri usaha agama, maka kita kena
menyambut/ambil usaha tersebut. Tuan-tuan semua orang lama, kedepankan diri
tuan utk ambil usaha ini yg diibaratkan sebagai angin rabbani yg akan
kembalikan umat ini kepada kebaikan sepertimana dahulu.
Tuan-tuan baca sejarah nabi, para
sahabat, ahlullah. Macam mana keadaan orang Islam sekarang ini, betapa jauh
kita daripada agama, maka Allah dgn limpah rahmatnya telah beri kita satu kerja
yg sangat mudah, yg sangat senang. Kalau kita jadikan kerja ini kerja kita, dan
buat kerja ini sepertimana usul-usul yg ditentukan, dgn cara dan kaedah yg
diberitahu drp orang tua-tua kita, maka seluruh dunia, seluruh manusia akan
dapat menafaat. Seluruh dunia seperti bumi yg sudah lama tidak hujan. Panas dan
kering. Seluruh bumi minta air, minta air, minta hujan. Adakah sesiapa yg
hendak datang kepada kami dan cerita tentang kebesaran Allah, beritahu tentang
nikmat syuga, cerita tentang azab neraka, cerita tentang apa akan jadi dgn
amalan yg baik, tunjuk jln yg benar, yg memberi kejayaan. Seluruh kemanusiaan sedang menjerit, sedang
menyeru, tiadakah sesiapa hendak datang kepada kami. Bila hujan turun, seluruh
dunia akan jadi satu alam yg gembira. Lahir kegembiraan dgn mengeluarkan
bunga-bunga, tanaman yg hijau, buah-buahan. Macam itu juga, usaha agama ini,
dgn cara yg betul, dgn pengorbanan yg betul, Allah s.w.t akan kembalikan
seluruh kebaikan kepada umat ini. Umat ini akan menzahirkan segala sifat-sifat
yg baik, sifat yg mulia, segala kebaikan akan datang pada umat ini, seluruh
kemanusiaan akan dapat menafaat.
Bagi mereka yg ambil kerja ini dan
jadikan kerja ini kerja mereka, Allah s.w.t jadikan mereka sebagai asbab utk
wujudkan kebaikan. Berita gembira utk mereka, iaitu dalam kehidupan dunia dan
kehidupan akhirat.
Allah s.w.t telah hubungkan kita
dgn kerja yg besar dan kerja yg sangat tinggi ini. Kita tidak ada kemampuan
tetapi dgn belas kasihan Allah, telah hubungkan kita dgn kerja ini. Bila kita
buat kerja ini mengikut tuntutan, dgn sifat-sifat yg perlu, akan ada harapan yg
besar. Maulana Ilyas kata, kerja ini seperti berlian awal kurun. Ada harapan yg
besar dari Allah s.w.t, dgn syarat kerja ini dibuat hanya utk Allah. Tidak ada
apa-apa keinginan atau apa-apa balasan dari sesiapa dalam dunia ini. Kita hanya
harapkan ganjaran dari Allah di akhirat sahaja. Kita kena buat kerja ini dgn
ikhlas.
Maulana Ilyas kata, utk buat kerja
ini perlu ada 3 usul yg besar. Pertama, ikhlas, tidak ada keinginan utk
pangkat, harta, jadi mashyur. Buat hanya kerana Allah. Kedua, kena ada ijtima’i qulub, satu hati. Ketiga, buat kerja dgn mesyuarat.
Kalau kita buat kerana ada apa-apa
kemahuan, keinginan, utk dapat pangkat, kedudukan, dsbnya, maka antara kita
tidak bersatu lagi. Walaupun ada bilangan yg ramai, tidak ada satu hati, maka
kerja ini tidak akan memberi kesan dan tidak akan membawa apa-apa menafaat.
Kalau ada ikhlas, ada satu hati tetapi tidak ada mesyuarat masing-masing kata
dia boleh buat, saya orang t/jawab, apa saya suka saya boleh buat, kalau fikir
macam ini, akan menyebabkan kerja ini rosak/hancur. Kalau tidak ada 3 perkara
ini maka kerja akan jadi sangat bahaya.
Asas amalan dan usaha agama ialah
niat kita. Buat hanya utk keredhaan Allah sahaja. Tidak ada apa-apa keinginan
dalam hati kita. Buat kerja utk Allah s.w.t dan dgn cara Rasulullah s.a.w.
Kalau buat kerja dgn tujuan dan maksud yg lain, kita tidak akan dapat Allah dan
tidak dapat Rasulullah. Kita keluar di jln Allah kerana Allah dan dgn cara
nabi, maka kita akan dapat Allah dan Rasul. Kalau keluar di jln Allah dan buat
usaha agama utk kumpul harta utk dapat dunia, maka usaha kita tidak ada apa-apa
nilai disisi Allah. Kita kata dunia, ianya bukan hanya harta, bukan hanya
kebendaan, ianya termasuk utk mendapat kemashyuran, jadi orang yg terkenal,
supaya orang puji kita, dapat disanjungi oleh manusia, itu pun termasuk dlm
dunia.
Ikhlas ini hanya Allah yg akan
buat keputusan. Alah s.w.t akan buat keputusan pada satu hari nanti, pada masa
itu kit tidak boleh lagi betulkan niat kita. Tiada siapa pun boleh kata saya
ikhlas, dia ikhlas. Allah yg tentukan siapa ikhlas , siapa tidak ikhlas.
Kita buat kerja dgn penuh takut
pada Allah. Tuan-tuan sudah dengar dan sudah cakap, tentang 3 golongan manusia
yg mula-mula sekali akan dihisab dan dimasukkan ke dalam neraka. Satu orang
alim, satu orang qari dan satu orang buat usaha agama. Mereka dipanggil dan
ditanya, apa kamu buat? Saya telah buat usaha agama, telah hadir semua jor,
mesyuarat, keluar 4 bulan negara itu, buat usaha, keluar jln Allah, pusing dan
pusing dan pusing, telah buat begitu banyak usaha. Allah kata betul, kamu telah
letihkan diri dan korban habis-habisan. Tetapi kamu kata kamu buat semua ini
kerana Aku, itu dusta. Ketiga-tiga golongan ini akan diheret dan dimasukkan dlm
neraka.
Kita korban habis-habisan tetapi
buat semua ini bukan kerana Allah. Orang akan bawa banyak pahala depan Allah,
macam bukit punya amal. Tetapi semua ini tidak boleh diambil kira langsung
sepertimana bila matahari masuk dalam rumah melalui lubang dibumbung, kita akan
nampak satu garisan cahaya, dan ada debu-debu yg berterbangan dlm cahaya
tersebut. Kalau cuba hendak pegang, tidak ada satu zarah pun yg kita boleh
tangkap. Walaupun amalan kita tinggi/berbukit, satu zarah pun tidak boleh bagi
menafaat pada kita.
Memang kita kena korban
habis-habisan utk kerja ini, korban harta, korban jiwa raga, buat kerja dgn
sunguh-sungguh, hanya utk mendapat kerdhaan Allah, utk dapat balasan Allah di
akhirat. Tidak ada apa-apa keinginan utk apa-apa balasan di dunia.
Buat kerja dgn ijtimai’at, satu
hati satu fikir. Depan orang kita senyum tetapi dalam hati ada perasaan benci,
balas dendam. Ini bukan apa yg dikehendaki. Walaupun orang itu buat usaha dgn
betul, korban, ikut tertib, tetapi sebab kita tidak suka, kita kata, ‘alahhh’,
tak ada pun yg dia buat. Dalam hati tidak suka. Buat kerja banyak tetapi kita
tidak hargai, tetapi bila buat sedikit salah, kita kata, ‘tengok’, apa dia
buat, langgar usul, tidak betul, kita marah.
Satu hari Hadratji telah kumpul
semua mereka yg tinggal di Nizamuddin. Hadratji kata, kita semua adalah orang
yg buat salah. Hadratji telah menangis dan menangis sehingga tidak dapat hendak
cakap. Kita buat kerja tidak betul, tetapi selagi kita bersatu hati maka
insya’Allah, Allah s.w.t akan bagi kesan
yg banyak dalam kerja ini.
Bila buat kerja, nampak ramai yg
hadir, beribu-ribu org datang, tetapi kalau hati tidak bersatu tidak akan ada
menafaat. Kita mahu satu angin hidayat yg umum bertiup seluruh dunia sehingga
semua orang, lelaki, wanita, tua, muda, kaya, miskin, peniaga, petani, semua
golongan manusia seluruh dunia dapat hidayat. Apa yg kita inginkan tidak akan
dapat kalau tidak satu hati. Dengan kerja nabuwwah, kerja kenabian ini Allah
tentukan hidayat manusia seluruh alam sampai qiamat dgn syarat buat kerja dgn
ikhlas, satu hati, kasih sayang. Barulah Allah akan zahirkan kesannya.
Maksud hadith, tidak masuk syurga
kecuali orang yg beriman dan tidak jadi orang yg beriman selagi tidak sayang
saudara kita sepertimana kita sayang diri kita sendiri. Walau macam mana hebat
kita punya pengorbanan, dakwah, amal, ibadat, ianya tidak membawa apa-apa
faedah kalau tidak ada sayang pada saudara kita yg lain. Kalau tidak ada sifat
kasih sayang, bukan sahaja masalah hidayat secara umum terjejas, masalah kita
utk masuk syurga pun terjejas.
Hubungan sesama kita yg buat usaha
agama hendaklah lebih daripada hubungan kita dgn adik beradik kita sendiri. Utk
wujudkan ini kita cakap kebaikan saudara-saudara kita. Dalam hadith ada bab yg
khas utk itu. Hadith-hadith yg mana Rasulullah s.a.w telah puji sahabat. Nabi
puji Abu Bakar, dia punya kebaikan hanya Allah yg akan balas. Nabi puji Umar,
kalau pintu kenabian dibuka, dialah yg patut jadi nabi. Nabi puji Usman, dia
telah buat usaha yg hebat sehingga tiada apa-apa dosa. Ali r.a pula telah buat
pengorbanan yg hebat. Bilal r.a, laungan azannya sampai ke arash, dan tapak
kaki dapat didengar dlm syurga. Nabi s.a.w puji dan cerita kebaikan yg dibuat
oleh sahabat. Walaupun kawan kita buat sedikit kerja, tetapi kita cakap dia
buat banyak. Kita besarkan mereka punya pengorbanan dan usaha.
Mula dgn sangka buruk, lepas itu
kita menyelidik apa mereka cakap, apa mereka buat, kita suruh orang dapatkan
maklumat , kemana mereka pergi, kita cuba cari keburukan. Lepas itu kita
mengumpat. Sangka buruk, menyiasat, cari keburukan dan lepas itu mengumpat.
Mengumpat lebih teruk dari zina. Bila sampai tahap mengumpat, hati kita
berpecah. Tidak wujud kasih sayang. Lepas itu kita cuba hendak hebohkan
keburukan. Kalau dlm hati ada keinginan satu orang Islam dihinakan, diburukkan,
kita belum buat lagi tetapi dlm hati suka, dapat azab dlm dunia dan azab di
akhirat. Hati kena bersih dan suci.
Kalau antara 2 orang tidak suka
satu sama lain, salah seorang sucikan hati dia terhadap orang kedua, tidak
simpan apa-apa keburukan orang itu dlm hati dia, maka Allah akan bersihkan hati
orang yg kedua. Kita kena usaha supaya wujud kasih sayang dan hati bersih
terhadap orang lain.
Kerja ini sangat besar, sangat
tinggi, kita tidak layak utk kerja ini. Kita tiada sifat utk layakkan kita dlm
usaha ini. Iman lemah, taqwa, tawakkal lemah, korban lemah, serba serbi kita
kurang, kita sangat lemah. Hanya apabila kita bersatu, kasih sayang, satu hati,
Allah akan gunakan kita utk datangkan kebaikan. Seperti penyapu lidi, lidi-lidi
diikat sekali. Macam-macam jenis lidi ada, panjang, pendek, kecil, besar, bila
semua diikat boleh digunakan utk sapu sampah. Macam tu juga, kita semua ada
kekurangan, bila ada satu hati, kita ikatkan diri dgn mesyuarat, maka usaha
kita boleh membersihkan segala kekotoran dlm aqidah, ibadat, muamalat,
muasyarat, akhlak, dikampung, dibandar, di seluruh dunia. Segala kekurangan
aspek kehidupan manusia dapat
dibersihkan dgn kerja ini.
Setiap kita, orang lama, syura,
orang biasa, orang banyak korban, jangan buat kerja ini ikut kehendak kita
sendiri. Setiap yg kita buat, kemana kita pergi, buat dgn mesyuarat. Ikatkan
diri dgn mesyuarat.
Seperti penyapu lidi, macam-macam
jenis lidi ada, begitu juga dikalangan kita, ada karkun lama, banyak korban,
tetapi kalau asingkan diri dgn yg lain, tidak buat dgn mesyuarat, buat ikut
kehendak sendiri, seperti lidi yg terkeluar dari penyapu, tidak boleh digunakan
utk buat apa-apa kebaikan. Satu lidi tidak oleh hendak sapu kotoran. Nampak
macam bergerak, tetapi terkeluar dari kerja ini, lama-lama jadi jauh dari kerja
ini. Semoga Allah s.w.t pelihara kita dari keadaan ini. Jangan kita jadi asbab
utk wujudkan fitnah. Bukan sahaja kita terkeluar, kerana kita orang lain juga
terkeluar dari kerja ini.
Comments
Post a Comment