jor KL 1996 - bayan maghrib maulana syamim

06/10/1996 - sri petaling


Manusia mempunyai bermacam keperluan: makanan, tempat tinggal, isteri, dsb. Keperluan yang paling penting adalah keperluan hidayat. Jika keperluan hidayat dipenuhi, semua keperluan yang lain dipenuhi. Jika keperluan hidayat tidak dipenuhi, semua keperluan lain tak sempurna.

Ada banyak asbab yang boleh digunakan untuk menyempurnakan keperluan-keperluan. Asbab yang terpenting adalah asbab hidayat. Asbab hidayat boleh digunakan untuk menyempurnakan keperluan dunia dan akhirat. Para Rasul dan Nabi a.s tidak menggunakan asbab dunia. Mereka hanya berusaha atas iman dan hidayat. Sabda Nabi s.a.w kepada Saiyidina Ali r.a, "Wahai Ali, kalau kau boleh bawa satu orang kepada hidayat, ia lebih baik daripada unta merah", dan lain riwayat, "ia lebih baik daripada dunia dan seisinya". Apabila hidayat timbul, maka timbullah keamanan, kemakmuran, keadilan di dunia. Hidayat membawa perasaan simpati dan tolong-menolog. Hidayat menghapuskan perasaan buruk dan balas dendam.

Hidayat adalah apabila nur dari zat Allah s.w.t masuk ke dalam hati manusia. Apabila nur masuk ke hati, seseorang itu menjadi wali. Apabila nur ditarik dari hati seseorang itu, dia menjadi jahat.

Kita lihat bagaimana Rasulullah s.a.w telah berkorban untuk hidayat. Di Taif, Baginda s.a.w dihalau dan dibaling batu. Walau demikian, hati Baginda s.a.w penuh hidayat dan tiada dendam, dan meminta hidayat bagi penduduk Taif. Kita harus usaha supaya hati kita besar sedemikian.

Hidayat sangat berharga dan ia datang hanya daripada Allah s.w.t, bukan Rasulullah s.a.w atau Sahabah r.a atau lain-lain. Allah s.w.t yang memegang kuasa untuk memberi hidayat. Allah tentukan kaedah untuk mendapat hidayat adalah menerusi usaha seperti rasul-rasul dan nabi-nabi a.s.

Hidayat membolehkan seseorang membezakan di antara baik dengan buruk. Ini seperti mata yang celik dalam cahaya, boleh melihat yang mana baik dan yang mana buruk. Kalau rasa untung jika pergi ke pasar, tapi tak rasa untung pergi ke masjid, tak rasa untung baca Quran, dsb., maka seseorang itu di dalam kesesatan.

Semua orang perlukan hidayat, termasuk nabi-nabi a.s, dll. Setiap masa seseorang itu perlukan hidayat. Kita perlu usaha supaya hidayat terus kekal dalam diri kita. Kita perlu doa supaya hidayat dikekalkan dalam diri kita.

Seperti untuk mendapatkan benda-benda lain, untuk hidayat juga perlukan usaha. Usaha yang perlu dibuat adalah mengikut cara-cara yang dibuat oleh nabi-nabi a.s, iaitu usaha ke atas hati-hati manusia supaya bertambah keyakinan atas Allah s.w.t. Syarat untuk hidayat adalah usaha perlu dibuat. Rasulullah s.a.w buat usaha untuk hidayat, walaupun di Kaabah banyak tempat doa mustajab. Lepas usaha, baru doa.

Empat usaha perlu dilakukan, seperti empat ayat pertama surah Fatihah. Surah Fatihah begitu penting sehingga fardhu dalam sembahyang. Kita perlu usahakan atas empat ayat sebelum ihdinassiraatalmustaqiim, yang meminta jalan yang lurus, yang dilalui oleh nabi-nabi a.s. Kita minta jalan bukan yang dilalui oleh yahudi dan nasrani, tapi bila luar sembahayang kita ikut mereka - amacam? Yang kita tidak mahu adalah bukan zat mereka, kerana keturunan mereka ada ambiya a.s, tapi sifat mereka. Sahabat r.a adalah keturunan musyrikin, tetapi setelah diusahakan, mereka dapat hidayat. Yahudi dan Nasrani pula setelah hidayat, mereka jadi sesat.

Kita perlu semak adakah kelakuan kita di luar sembahyang selari dengan apa yang kita minta di dalam sembahyang. Kalau 100g lidah kita minta jalan bukan yahudi dan nasrani, tapi 100kg badan kita ikut jalan yahudi dan nasrani, macamana? Kalau naik keretapi, lidah kata nak ke Pulau Pinang tapi badan duduk dalam keretapi ke Singapura, akan sampai ke Singapura walau semua buzruk seluruh dunia doa supaya sampai ke Pulau Pinang.

Hari ini kita kena menangis airmata dan darah sebab hati kita sudah gelap dan kita suka kepada maksiat. Kita kena usaha dan korban seperti Rasulullah s.a.w dan sahabat r.a supaya hati kita dibersihkan. Allah s.w.t beri hidayat melalui usaha yang Dia suka, iaitu usaha-usaha nabi a.s, dengan peraturan-peraturan seperti nabi-nabi a.s.

Allah s.w.t telah kurniakan kepada kita berlian kurun pertama, iaitu usaha hidayat Rasulullah s.a.w. Bila ada hidayat, daripada berperang, timbul kasih sayang, dsb. Kalau hari ini kita buat usaha ini dengan cara yang betul, usul yang betul, dsb., kita akan dapat hidayat dan hidayat akan tersebar. Hati kita pun bukan dalam kekuasaan kita, apa nak cerita tentang hati-hati orang lain.
Kerja kita adalah usaha dengan cara-cara yang ditunjuk oleh Nabi-nabi a.s, dan bukan dengan cara sendiri, dan adalah untuk menafaat orang lain, bukan menfaat sendiri.

Kita bertanggungjawab untuk usaha hidayat. Allah s.w.t yang beri hidayat, pertama kepada mereka yang buat usaha. Maka pentinglah kita niat untuk diri kita. Kita buat gasht, usuli, keluar 3 hari, dsb. untuk hidayat kita sendiri. Alangkah ruginya kalau orang lain dapat hidayat tapi kita sendiri tak dapat. Sebahagian ahli syurga akan bertanya sebahagian ahli neraka, "Macamana kau orang dalam neraka walhal kami ikut cakap kau orang dan kami masuk syurga?" Kita kena takut hal ini. Ada doa kita boleh baca: inna nas-aluka huda wattuqa wal-'afafa walghina, hingga akhir hayat. Setiap kerja kita buatlah dengan niat supaya Allah s.w.t kekalkan hidayat. Kita buat secara istiqamah dan dengan cara yang betul.

Kini Nizamuddin telah terpilih menjadi asbab hidayat. Dulu Mekah dan Madinah merupakan markaz hidayat, kemudian Damsyik juga dan kemudian Bukhara. Di sini tempat asbab hidayat di mana orang boleh berubah kehidupannya. Begitulah Banglawali Masjid, berkat korban satu keluarga. Siapa yang datang dan amalkan amalan di sana, insyaAllah dia akan dapat hidayat dan sebarkan hidayat. Banyak kisah yang telah kita dengar menunjukkan hal ini - apa jua niat orang berkenaan yang datang. Ada seorang dari Afrika Selatan datang ke kubur Nizamuddin telah dapat hidayat dan sebarkan hidayat pula. Begitu juga kita sendiri yang datang ke sana.

Kita kena ucap syukur Allah s.w.t telah hubungkan kita dengan usaha agama dan selamatkan kita daripada maksiat-maksiat. Hari ini satu dunia hauskan hidayat. Mari kita usahakan perkara ini. Sesiapa yang nak selamatkan duitnya dan masanya daripada usaha agama menunjukkan dia tidak syukur. Tuan-tuan bangun dan buat usaha ini dan negara tuan-tuan maju dunia dan akhirat insyaAllah. Sila bangun dan siapa yang belum keluar 4 bulan, berikan nama utk keluar 4 bulan...

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir