jor KL 2004 - bayan maghrib maulana ahmad Lat (3)

28/08/2004 - sri petaling

Tuan-tuan yg mulia,

Setiap manusia ada keperluan, setiap masa setiap ketika ada hajat. Satu keperluan dan hajat utk setiap manusia tanpa pengecualiaan iaitu manusia perlu kepada hidayat. Hidayat ini diperlukan pada setiap masa dan setiap ketika. Hidayat adalah keperluan setiap manusia, samada lelaki, wanita, kanak-kanak, orang tua, muda, peniaga, petani, orang timur, orang barat, imam, makmum, pangkat tinggi, pangkat rendah, duduk di mana, bangsa apa, semua perlu pada hidayat. Samada dlm keadaan makan, minum, di rumah, di kedai, di masjid, dlm keadaan gembira, keadaan sedih, dlm keadaan sakit, keadaan sihat, semua manusia perlu kepada hidayat. Setiap masa dan ketika, dlm semua keadaan, manusia perlu kepada hidayat. Tidak ada pengecualiaan, ia adalah keperluan semua manusia.

Rasulullah s.a.w kata, pengajaran yg dibawa, cara hidup yg beliau bawa adalah seperti air. Air adalah keperluan semua manusia. Semua manusia perlu kepada air. Begitu juga nabi s.a.w adalah contoh dan panduan, cara hidup yg dibawa, seperti air yg perlu oleh semua manusia. Air adalah penyelesaian kedahagaan. Minum air oren, air buah, air jus tidak menghilangkan haus, tetapi utk hilangkan haus, hanya perlu minum air biasa sahaja. Penyelesaian kepada semua masalah, samada masalah infradi, ijtimai, masalah masyarakat, negara, semua masalah manusia, penyelesaian adalah dlm diri nabi s.a.w, dlm panduan yg dibawa oleh nabi s.a.w. Untuk dapat hidayat pun dengan jalan nabi s.a.w. Hanya dengan kita ikut cara nabi s.a.w akan dapat kejayaan. Jadikan nabi sebagai dalil, sebagai rahabah. Hanya dengan mengikuti nabi s.a.w akan dapat hidayat. Tidak ada apa-apa jalan yg lain untuk dapat hidayat selain dari jalan nabi s.a.w

Apa itu hidayat dan apakah natijah/hasil bila dapat hidayat? Hidayat ialah nur yg dicampakkan oleh Allah s.w.t dlm hati-hati manusia yg Dia suka. Bila nur ini masuk dlm hati manusia, maka dia dapat membezakan antara yg hak dan batil, baik dan buruk, yg mana dapat rahmat Allah, yg mana dapat kemurkaan Allah. Dengan hidayat dapat membezakan manakah benda yg baik, mana yg tidak baik. Sepertimana bila ada bulan, matahari atau lampu kita dapat membezakan dimana ada lubang, yg mana beri manafaat, yg mana beri mudharat, yg mana tali, yg mana ular. Bila cahaya matahari, bulan atau lampu ada, kita dpt membezakan benda yg mana boleh bagi manafaat, yg mana bagi mudharat. Begitu juga nur hidayat ini, manusia dpt bezakan yg mana amalan baik dan yg mana amalan yg tidak baik.

Hidayat tidak boleh dibeli dgn duit. Hidayat tidak dijual di kedai. Siapa pun tidak boleh bagi hidayat. Hanya Allah yg beri hidayat. Hidayat dlm genggaman Allah. Nabi pun tidak boleh bagi hidayat. Allah kata pada nabi, kamu tidak boleh bagi hidayat pada sesiapa yg kamu suka, Kamilah yg beri hidayat pada sesiapa yg Kami suka.

Bagaimana hendak dapat hidayat? Dunia ini Allah jadikan sebagai asbab. Kalau lapar perlu makan, kalau haus minum air, kalau sejuk pakai baju, bila panas pasang kipas, kalau nak buat benda kena ada kilang, ini semua adalah asbab untuk dunia ini. Perkara yg besar, yg penting, yg asas utk hidayat ialah dakwah dan doa.

Setiap hari kita pergi jumpa manusia, bergerak dikalangan manusia, dan beritahu mereka tentang kebesaran Allah, memperingatkan mereka pada Allah, bawa tumpuan, tawajjuh mereka pada Allah, dan waktu malam, kita menangis, kita doa di depan Allah supaya rahmat Allah tawajjuh pada hamba Dia. Ini dua asbab yg asas, yg penting, yg besar utk hidayat iaitu dakwah dan doa.

Dunia dijadikan sebagai darul asbab. Bila tanah diusahakan akan dapat hasil pertanian. Bila suami isteri bertemu, usaha dibuat, mereka akan dpt anak. Begitu juga dgn dakwah dan doa, di satu tempat, usaha dibuat, maka hasil drp itu, maka Allah akan cetuskan hidayat. Siang hari buat usaha dan malam hari menangis di hadapan Allah.

Allah s.w.t hantar nabi, kadang-kadang utk satu keluarga, utk satu bandar, utk satu kaum, utk satu bilangan manusia. Bila nabi-nabi dtg dan buat usaha, buat dakwah dan doa, dan sampai ke tahap yg dikehendaki oleh Allah s.w.t, maka Allah tiupkan angin hidayat dan bagi hidayat pada mereka. Segala usaha dgn pengorbanan, tangisan, susah payah, mujahadah  sehingga sampai ke tahap yg dikehendaki oleh Allah, maka Allah akan sebarkan hidayat di kawasan tersebut.

Medan usaha nabi s.a.w adalah seluruh alam. Allah s.w.t akan sebarkan hidayat ke seluruh alam bila kerja nabi s.a.w dibuat. Kita yg berkumpul disini, kita dikumpulkan dgn kerja nabi dan medan usaha kita ialah seluruh alam. Bila buat usaha, Allah s.w.t akan bagi hidayat seluruh alam.

Dunia ini darul asbab, utk dapatkan sesuatu perkara perlu ada asbab dgn syarat asbab tersebut adalah asbab yg sebenarnya, yg hakikat. Bukan asbab dari segi bentuk sahaja yg tidak ada sifat. Contoh, satu orang yg sakit dan pergi jumpa doktor. Doktor suruh makan sekian ubat dan minum susu. Susu yg diminum itu dimana satu bahagian sahaja susu, baki semua adalah air. 90% air, 10% susu, maka tidak akan ada perubahan pada sakit dia sebab minum susu yg tidak asli. Walaupun bentuk sama, warna sama, putih, nampak memang macam susu, tetapi hakikat tidak ada. Doktor kata kalau minum susu macam ini seumur hidup pun tidak akan datang kesihatan.

Begitu juga 6 perkara adalah satu formula yg mana pasti manusia akan dapat hidayat. Sesiapa sahaja yg bawa 6 perkara dlm kehidupan akan dapat hidayat tetapi syaratnya ialah 6 perkara dgn hakikat iaitu dlm kehidupan kena ada gasht/ziarah, ada ta’alim, hubungan yg betul, muasyarat, muamalat, akhlak yg betul, kasih sayang, tunaikan hak orang lain, hormat-menghormati. Bila ada semua ini barulah hidayat akan tersebar.

Bila buat dakwah tetapi di dalamnya ada ashabiyat/perkauman, keinginan utk kedudukan, pangkat, gelaran maka dakwah tersebut tidak akan bagi menafaat, tidak akan datangkan hidayat sebaliknya bukan sahaja melukakan hati kita tetapi ia juga akan rosakkan yakin kita.

Apakah dakwah yg betul? Dakwah adalah asbab hidayat. Dakwah kepada Allah, dakwah ‘illallah’. Semua nabi-nabi dakwah kepada Allah. Dakwah kepada Allah, hanya utk Allah, tidak ada apa-apa maksud yg lain. Menyeru manusia kepada kebesaran Allah. Tidak ada ashabiyat, perkauman, bangsa, warna kulit, daerah atau negara. Semua nabi-nabi dakwah kepada Allah dan dapat keredhaaan Allah.

Kalau dakwah bukan kepada Allah, bukan kerana Allah, ada maksud yg lain, dakwah tersebut tidak akan sebarkan hidayat, ia jadi seperti debu-debu yg berterbangan, serpertimana bila kita sembelih ternakan, samada ayam, kambing,lembu atau unta, syaratnya ialah semua urat-urat yg dlm syariat mesti diputuskan, barulah daging tersebut akan jadi halal. Kalau ada urat yg tidak putus, maka daging itu tidak halal. Kalau sembelih tidak betul, urat tidak putus, kalau yg disembelih itu ayam, maka ia akan meggelepar, lompat sana, lompat sini, dan keluarkan debu-debu. Kalau binatang yg lebih besar disembelih, kambing, urat tidak putus, ia akan mula bergerak dan lebih banyak debu berterbangan. Kalau unta, lagi banyak debu dan satu kampung akan kecoh.

Begitu juga dengan usaha dakwah yg tidak dibuat dgn betul, maka hidayat akan bebas macam debu-debu tadi. Semasa haji widak, nabi s.a.w kata pada sahabat, saya tinggalkan usaha dakwah tanpa ashabiyat. Selagi tiada ashabiyat, barulah dakwah akan berkesan, akan datang hidayat seperti dakwah pada Abu Jahal, hidayat masuk ke rumahnya dan natihajnya ialah Ikramah masuk Islam. Bila dakwah kepada Allah, utk Allah, maka suasana seluruh dunia akan berubah. Wujud suasana kasih sayang, wujud keamanan, ketenteraman, kebahagian seluruh alam dgn syarat dakwah dibuat dgn betul. Rasulullah s.a.w telah berulang-ulang kali buat dakwah walaupun orang-orang tidak suka, yg syirik, yg myusrik telah dapat hidayat dan beriman pada Allah. Mereka yg menghalang usaha dakwah akhirnya Allah akan buat keputusan utk lenyapkan mereka.

Allah akan ubah keadaan. Keadaan permusuhan kpd kasih sayang. Aus dan Khazraj, bermusuhan selama 120 tahun, telah mengalirkan darah seperti sungai. Dengan dakwah Allah telah satukan mereka seperti adik beradik satu ibu. Dari orang yg jahil, Allah jadikan mereka org yg berilmu, dari keadaan kegelapan kpd nur hidayat, tiada akhlak kpd akhlak yg tinggi, tidak ada amal kpd org yg beramal. Ini semua berlaku kerana buat dakwah dgn betul, utk Allah, kerana Allah. Dakwah dibuat dgn cara yg telah ditunjukkan oleh nabi s.a.w.

Nabi s.a.w buat dakwah kepada Allah, kerana Allah. Nabi s.a.w telah pindahkan usaha dakwah ini kepada seluruh umat. Seperti urat-urat ternakan tadi perlu diputuskan semasa sembelih, begitu juga urat-urat ashabiyat, perkauman, kedaerahan, kenegaraan, perlu diputuskan barulah dakwah akan berhasil seperti mana hasil yg telah nabi s.a.w bawa.

Selagi dakwah kita berpandu kepada kehidupan nabi dan sahabat, maka dakwah itu adalah yg betul. Kalau dakwah kita terkeluar dari kehidupan nabi dan sahabat, maka dakwah kita tidak akan memberi kesan. Hasil yg baik telah berlaku zaman nabi, ia juga akan memberi hasil yg sama jika dibuat dgn mizaj yg betul.

Dakwah dibuat dgn mizaj nabuwwah. Satu ialah kerja, dan satu lagi ialah mizaj(falsafah) nabi. Kerja nabuwwah dibuat dgn mizaj nabuwwah. Maksudnya, apa yg nabi s.a.w dakwah ada dlm kehidupan nabi. Nabi ajak kpd iman, dan nabi sendiri telah sampai kpd iman yg tinggi. Nabi ajak kpd ibadat dan dlm diri nabi sendiri pun ada ibadat yg tinggi. Nabi s.a.w ajak pada akhlak yg mulia, dan nabi sendir ada akhlak yg mulia. Bila dakwah dgn mizaj yg betul akan memberi kesan spt mana pada zaman nabi s.a.w.

Baginda s.a.w sentiasa ada keyakinan pada perkara yg beliau ajak. Pada malam hijrah, keadaan sangat susah. Kita kata kita susah, apa kesusahan kita tuan-tuan? Apa kesusahn nabi pada malam itu? Setiap rumah telah buat rancangan utk bunuh nabi s.a.w. Dalam keadaan tersebut, Abu Bakar r.a telah tinggalkan keluarganya, anak perempuan yg kecil, bapa yg buta dan rumah yg dikelilingi oleh musuh. Dalam keadan itu, Nabi dan Abu Bakar telah keluar tinggalkan Baitullah, mulakan perjalanan. Nabi lihat baitullah dgn penuh sayu, mata penuh dgn air mata. Wahai rumah Allah, saya sangat sayang kpd kamu, saya tinggalkan kamu kerana org-org disini tidak benarkan saya buat usaha agama. Saya kena buat, saya pikul satu t/jawab, sebab itulah saya tinggalkan baitullah. Keesokkannya, org kafir dapat tahu nabi telah tinggalkan Mekah, terlepas dari kepungan mereka. Mereka telah iklankan, sesiapa yg berjaya tangkap nabi samada hidup atau mati, mereka akan dapat beberatus ekor unta sebagai hadiah. Setiap orang Mekah telah keluar dari rumah dgn niat utk dapatkan hadiah tersebut, mereka hendak tangkap nabi. Dlm keadaan itu, nabi telah sampai di satu gua dan masuk ke dlm gua tersebut. Orang Mekah telah sampai ke muka gua tersebut, kalau tengok kaki sahaja pun sudah boleh nampak nabi. Sepanjang hidup nabi di Mekah mereka telah buat bermacam-macam rancangan utk gagalkan usaha nabi. Baling batu, letak duri dan macam-macam lagi, dan sekarang ini sedia utk bunuh pula. Apa akan jadi pada nabi? Inilah keadaan kesusahan yg dihadapi oleh nabi s.a.w. Dalam keadaan itu, apa nabi kata, jangan takut sesungguhnya Allah bersama kita. Keyakinan yg ada pada nabi iaitu keyakinan penuh dgn Allah s.w.t. Allah pasti akan bantu.

Tuan-tuan org lama, org yg mengendalikan kerja di tempat masing-masing, kita kena ada keyakinan seperti nabi di dlm hati kita. Bila buat kerja agama, kena yakin bahawa Allah pasti akan bantu kita. Dlm apa keadaan pun, dlm apa kesusahan pun, kita dahulukan pengorbanan, pasti Allah bersama kita. Kita mesti dahulu dlm hijrah, dahulu dlm keluar dijln Allah, apa pun masalah yg dihadapi, kita tidak takut, Allah akan bantu kita.

Golongan Muhajir dan Ansar telah dimuliakan. Melalui mereka Allah telah jadikan asbab utk hidayat negara demi negara, kaum demi kaum. Bla buat usaha dgn betul, insya’Allah akan jadi asbab utk bangunkan kerja tempat demi tempat. Orang-orang akan bangun buat usaha agama kalau diri kita ada yakin pada Allah.

Khutbah nabi ringkas, surat yg ditulis kepada ketua-ketua negara juga ringkas tetapi yg penting ialah sifat org buat usaha dakwah. Nabi telah tarbiyah sahabat utk dapat sifat ini selama 23 tahun. Apa yg patut ada dlm diri orang yg buat dakwah. Semua perkara-perkara yg telah berlaku, Hijrah, Badar, Uhud, Khandak, Hunain, Perjanjian Hudaibiyah, semua ini utk tarbiyah sahabat.

Solat 5 waktu dgn syarat-syarat dan rukun-rukunnya. Apa sifat yg perlu ada dlm diri org yg solat? Nabi s.a.w telah tunjukkan cara-cara solat. Hati kena suci, pakaian kena suci, tumpuan pada Allah. Nabi telah ajar selama 23 tahun.

Begitu juga dgn haji. Nabi s.a.w telah bawa sahabat selama 5 hari, tunjuk pada mereka, ini Mina, ini Arafah, ini Muzdalifah, apa patut buat. Tetapi apa sifat yg perlu ada dlm diri org yg buat haji? Pergaulan dgn org lain semasa buat haji, kelakuan, akhlak, niat, bagaimana urusan org yg ditinggalkan. Nabi s.a.w ajar semua ini selama 23 tahun.

Begitu juga puasa. Dari pagi hingga petang tidak minum, tidak makan, tinggalkan perkara-perkara yg dilarang. Tetapi macam mana sifat yg patut ada pada org yg berpuasa? Tidak boleh mengumpat, tidak boleh makan makanan yg haram semasa berbuka dan sahur, macam mana niat, apa fikir, macam mana akhlak, jaga  mata, jaga telinga. Ini semua Nabi ajar selama 23 tahun.

Begitu juga dgn usaha agama, apa sifat yg perlu ada? Bagaimana niat, yakin, hubungan dgn orang lain, perasaan kasih sayang, sifat inginkan kebaikan, sifat pengorbanan, hubungan dgn Allah. Ini semua nabi ajar selama 23 tahun.

Ada orang suruh Maulana Yusuf rah. tulis buku mengenai usul tentang usaha dakwah. Maulana Yusuf rah. kata kalau saya tulis buku usul, ada org setuju, ada org tak setuju, masing-maing dgn dalil sendiri. Oleh itu beliau telah menulis buku hayatus sahabah sebanyak 3 jilid. Ianya mengandungi kehidupan nabi dan sahabat. Bagaimana kehidupan mereka semasa menjalankan usaha dakwah.

Seluruh kehidupan mereka telah jalankan usaha dakwah. Dari kehidupan mereka itulah kita akan belajar usul-usul kerja ini. Mereka yg buat usaha agama perlu berpandukan kepada 3 jilid buku hayatus sahabah ini, insya’Allah kita akan buat kerja dgn betul. Semua perkara yg dialami oleh sahabat semasa jalankan usaha dakwah terkandung dlm hayatus sahabah.

Maulana Yusuf rah. telah mulakan dgn ketaatan dan kesudahannya ialah bantuan Allah yg ghaib telah dtg kepada mereka. Perkara pertama yg perlu ada dlm diri kita yg buat usaha dakwah ini ialah sifat taat. Taat kepada Allah, taat kepada Rasul, taat pada org t/jawab. Maksud kerja ini ialah hidupkan keseluruhan syariat, dlm seluruh aspek kehidupan, muamalat, muasyarat, ibadat, akhlak.

Kita buat usaha agama dgn memahami mansha, kehendak orang-orang t/jawab dlm usaha agama. Apa keinginan mereka, kita kena faham. Permulaan buat usaha agama dgn tidak ada keinginan utk jadi org terkenal, mashyur, nak kumpul harta kebendaan. Kita buat kerja ini hanya utk dapat keredhaan Allah. Kesudahannya ialah bantuan Allah yg ghaib. Orang yg buat kerja ini, di depan mereka kena ada keinginan utk tarik bantuan Allah yg ghaib secara ijtima’i, seluruh umat dapat bantuan Allah yg ghaib.

Semua makhluk nampak bantuan Allah yg ghaib datang pada nabi s.a.w. Oleh itu, mereka ingin tinggalkan semua perbuatan-perbuatan mereka yg tidak betul, org yg minum arak telah taubat dari minum arak, org yg zina telah taubat dari zina, org yg beri rasuah telah taubat dari beri rasuah, org yg ambil rasuah telah taubat dari ambil rasuah, org yg bagi riba telah taubat dari bagi riba, org yg ambil riba telah taubat dari ambil riba. Semua telah bertaubat dari kesalahan mereka dan datang mentaati perintah Allah. Ini semua berlaku bila nampak bantuan dtg pada org Islam.

Kena bergerak buat usaha agama seperti sahabat. Segala macam masalah, kekurangan makanan, pakaian, kenderaan, susah, dimaki,  dicaci, masalah dalaman, masalah luaran tetapi mereka taat pada nabi dan buat kerja dgn mujahadah. Hidup dgn penuh kasih sayang, tunaikan hak org lain, dlm hayatus sahabah telah ceritakan bagaimana kehidupan mereka yg sederhana, muamalat yg bersih, akhlak yg mulia, segala aspek kehidupan yg betul ikut syariat. Keinginan mereka hanya utk dapat ganjaran di akhirat dan janji Allah di syurga dan takutkan neraka. Inilah perjalanan kehidupan sahabat. Inilah yg kita patut jadikan panduan.

Kehidupan nabi s.a.w adalah seperti batu kisar yg ada hubungan dgn seluruh aspek kehidupan manusia. Ianya seperti batu kisar yg bergerak. Agama dan usaha agama ada hubungan dgn aspek kehidupan manusia. Batu kisar digunakan utk kisar bijirin dan keluarkan tepung. Satu batu diatas yg bergerak dan satu batu dibawah yg tidak bergerak dan ditengah ada lubang. Bila letak bijirin ditengah, batu diputar utk hancurkan bijirin tersebut dan hasilnya ialah tepung.

Kita yg buat usaha agama, ada yg kaya, miskin, tua, muda, khawas, awam, peniaga, petani, org lama, org baru, bila buat usaha agama macam batu kisar yg bergerak, kita semua bergerak dgn tertib, tertib harian, tertib bulanan, tertib tahunan. 4 bulan tiap-tiap tahun, 10 hari tiap-tiap bulan, 8 jam tiap-tiap hari. Bila bergerak semua bijirin akan hancur dan jadi tepung. Kita bergerak dgn bawa sifat, taat, kasih sayang, taqwa, sabar, syukur, bergerak hanya kerana Allah. Batu kisar yg bergerak adalah seperti keluar di jln Allah dan batu kisar yg tidak bergerak seperti kerja tempatan/jemaah masjid. Antara dua batu ini kita hancurkan diri kita. Kita sibukkan diri kita, org lama, og baru, kita semua buat kerja. Tepung yg keluar dari batu kisar akan dijadikan bahan utk buat kuih-muih seperti roti, kek dsbnya, bukan sahaja utk makan dirumah tetapi juga di eksport ke seluruh dunia.  Bila kita semua buat usaha agama dgn cara ini, keluar di jln Allah dan buat kerja makami, maka dari masjid kita jemaah akan dihantar ke seluruh dunia. Seperti masjid nabawi, jemaah dihantar ke Rom, Parsi, Afrika, seluruh dunia. Orang-orang yg datang ke masjid nabawi, yg datang dgn tidak tahu pasal agama, tetapi balik sebagai da’i. Begitu juga dgn masjid kita, kalau hidup amal agama, bila org datang akan faham agama.

Allah jadikan kita sebagai asbab utk sebarkan hidayat ke seluruh dunia. Asbab utk hidupkan agama dikampung kita, negara kita dan seluruh dunia. Setiap kita kena jaga 2 gasht/ziarah, 2 ta’alim, sekurang-kurangnya 2 ½ jam bagi masa setiap hari dan keluar 3 hari setiap bulan. Seperti batu kisar, ada juga bijirin yg sangkut ditengah-tengah, tidak dikisar menjadi tepung. Org yg ada dlm usaha, tetapi mereka tidak hancurkan diri, tidak buat usaha agama, tidak keluar, tidak buat usaha tempatan. Bila tidak jadi tepung, maka tidak dibuat kek, maka tidak dieksport ke seluruh dunia. Nampak macam buat usaha agama, tetapi tidak jadi asbab utk sebarkan hidayat.

Kita kena buat usaha agama dgn pengorbanan, dgn ketaatan, dgn mujahadah, dgn sifat-sifat yg baik, dgn akhlak yg mulia, pergi rumah ke rumah, dan malam hari bangun mengadu didepan Allah. Umat ini adalah umat kpd rasulullah s.a.w,  rahmatullilalamin, asbab hidayat seluruh alam.

Bila datang hidayat, kehidupan bahagia, ketenangan, kejayaan, semua kebaikan akan datang. Allah beri kita kerja ini, asbab utk hidayat melalui dakwah dan doa.

Buat usaha agama, hari demi hari fikir akhirat bertambah, takut pada Allah bertambah, yakin bertambah, akhlak mulia bertambah, bacaan quran bertambah, solat jadi baik, masa utk agama bertambah. Buat kerja utk dapat ganjaran dari Allah di akhirat. Buat kerja dgn kasih sayang.

Sehingga hari ini, apa-apa usul yg sudah dilanggar, kesalahn yg telah dibuat, maka kita minta maaf dgn Allah, bertaubat pada Allah. Kita buat keputusan mulai hari ini, buat kerja sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah. Semoga Allah terima saya dan tuan-tuan utk buat kerja agama ini. Buat kerja dgn ikhlas, istiqamah, sehingga akhir hayat. Semua tuan-tuan disini dgn satu suara bagitahu, insya’Allah, akan jadikan kerja ini sebagai kerja kita.


Bermula hari ini, siapa sedia, bangun dan bagi nama utk 4 bulan tiap-tiap tahun.

Comments

Popular posts from this blog

kepentingan dakwah

Bayan maghrib : kapt nuruddin

Tongi 2001 - bayan asar maulana zubir