jor KL 1996 - bayan utk ulamak oleh maulana syamim
08/10/1996 - sri petaling
Keadaan ummat hari ini
yang begitu teruk membuatkan kita menangis. Ulamak patut lebih lagi menangis.
Ummat ini merupakan khazanah bagi mereka. Ummat ini adalah ummat yang terbaik
dijadikan Allah s.w.t. Kalau hilang ummat ini maka hilanglah khazanah ini. Ulamak
merupakan pewaris kepada rasul-rasul a.s. Rasul-rasul a.s amat prihatin dan
ambil tahu akan keadaan ummat mereka dan mereka sering menangis atas keadaan
mereka.
Rasulullah s.a.w
beritahu bahawa Baginda adalah mu'allim dan muballigh. Tapi kita dah lama
tinggalkan usaha ini. Kita sudah tidak lihat lagi ummat dan hati kita tertutup.
Quran dan Hadith dalam dada kita sebenarnya bukan kita punya, tetapi adalah
amanat untuk ummat. Kita jangan kumpul sahaja, tapi perlu sampaikan juga.
Sahabat-sahabat r.a
merupakan ulamak besar ummat ini. Mereka lebih alim mengenai ma'rifat,
terutamanya Abu Bakar r.a. Beliau paling faham dengan maksud nabuwwah, kerana
pengorbanannya yang paling banyak. Beliau paling banyak fikir tentang ummat.
Siapa yang paling rapat hubungan dengan Rasulullah s.a.w, dialah yang paling
banyak fikir tentang ummat. Ketika ummat dalam keadaan kucar-kacir selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w, Abu Bakar r.a telah usaha untuk jaga tahap agama.
Beliau tidak sanggup agama kurang. Aishah r.a berkata kalau tak ada Abu Bakar
r.a waktu itu, entah mereka jadi musyrik.
Orang alim adalah
pewaris Nabi a.s. Orang alim dan khawwas kena fikir macam Abu Bakar r.a.
Rasulullah telah tarbiyah orang macam Abu Bakar r.a. Umar r.a berkata dia
sanggup menukarkan segala amalannya dengan satu hari dan satu malam Abu Bakar
r.a, satu malam ketika hijrah Abu Bakar r.a bersama Nabi s.a.w, dan satu hari
ketika kewafatan Rasulullah s.a.w. Abu Bakar r.a mempunyai fikir dan risau
agama.
Ilmu sebenarnya bukan
bahagian yang asing dalam agama. Ilmu adalah untuk tujuan dakwah. Quran
diturunkan bila ada keperluan dalam menjalankan dakwah. Taurat, Zabur, Injil
dan suhuf-suhuf diturunkan sekaligus, tetapi Quran mengambil masa 23 tahun
diturunkan, iaitu sama dengan bilangan tahun kenabian Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w bawa
serentak dakwah, ta'alim dan tazkiyah - mereka ini tidak terasing, dan
dengannya agama diamalkan. Seperti hadith Khaira
qurn qarni.. (Kurun terbaik adalah kurun aku, kemudian yang selepasnya,
kemudian yang selepasnya), ada tafsir kita tahu mengatakan ia bermaksud zaman
Nabi s.a.w, kemudian zaman Abu Bakar r.a, kemudian zaman Umar r.a, tetapi ada
tafsir yang mengatakan maksudnya zaman (Rasulullah s.a.w dan) Sahabat r.a,
kemudian zaman tabiin, dan kemudian zaman taba-tabiin. Ada
alim besar yang berkata bahawa zaraf
(zaman) itu bermaksud mazruf (benda
yang ada di zaman itu). Zaman sahabat r.a ada dakwah, ta'alim dan tazkiyah.
Dengan dakwah, ilmu ada
kesan, kalau tidak ia sekadar maklumat sahaja. Kekuatan untuk amal datang
dengan dakwah. Saya berani bersumpah dengan nama Allah s.w.t, bukan semua
sahabat r.a alim, tapi semua amalkan Quran seluruhnya. Bila ini disatukan
dengan tazkiyah pula, datanglah kehadiran hati. Kita perlu satukan dakwah, ilmu
dan tazkiyah. Bahkan ilmu Quran dan ilmu Hadith itu adalah untuk tujuan dakwah.
Dalam hadith tadi,
zaraf diertikan sebagai mazruf - zaman diertikan sebagai benda yang ada di
zaman tersebut. Misalnya bila dikatakan hidung meleleh, sebenarnya yang di
dalam hidung itu yang meleleh.
Zaman di mana ada tiga
amalan tadi (dakwah, ta'alim dan tazkiyah) serentak adalah zaman yang paling
mirip kepada zaman Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah,
di zaman ini telah wujud dakwah dan agama wujud dalam pelbagai lapisan
masyarakat. Dalam satu jemaah kita lihat ada alim, ada doktor, ada tukang
jahit, ..., ada orang India, ada orang Asia, ada orang Eropah,... Apakah yang
meyatukan mereka? Demi Allah s.w.t, itulah dakwah! Amerika Syarikat belanjakan
ribu-ribu untuk satukan orang hitam dan orang putih tetapi gagal. Dengan
dakwah, mereka ini yang dahulu saling membenci, kini bersatu dan makan dari
satu bekas dan di atas satu safrah. Allah s.w.t telah beri permata kurun
pertama ini, iaitu dakwah, dan para ulamak, khawwas dan orang awam harus
bersatu untuk buat usaha ini. Dengan itu agama akan tersebar.
Ummat terbahagi dua -
orang awam dan orang khawwas. Orang khawwas ada tiga jenis - ulamak, yang
punyai ilmu, pejawat jawatan tinggi, yang punyai pangkat, dan orang kaya dan
peniaga, yang punyai harta. Orang khawwas perlu hazamkan ilmu, pangkat dan
harta ini, iaitu rendah diri dengan benda-benda ini. Dengan itu mereka mendapat
kemuliaan. Tapi ini bukan mudah.
Kaki orang khawwas
adalah orang awam, dengan mereka orang khawwas boleh bergerak. Orang awam perlu
digunakan untuk agama, jika tidak, kebatilanlah menjadi kaki kepada orang
khawwas.
Untuk dapatkan sifat
tawadhuk, kita perlu buat usaha dakwah.
Jika semua kuasa batil
berhimpun, mereka tak boleh lawan dakwah. Tapi sebab kita telah tinggalkan
dakwah, ummat telah berpecah dua - khawwas satu arah, dan awam satu arah lain,
dan tak bertemu, kecuali untuk faedah-faedah sendiri. Dengan dakwah, ummat
bersatu. Orang alim kena jadi alim dan pendakwah. Peniaga kena jadi peniaga dan
pendakwah. Doktor kena jadi doktor dan pendakwah. Musafir kena jadi musafir dan
pendakwah. Dengan ini datanglah nusrah Allah s.w.t dan nizam pemeliharaan
malaikat. Allah s.w.t beri peluang kepada kita untuk keluar korban diri dan
harta, supaya kalimah Allah s.w.t tersebar. Khawwas akan dapat faedah dan orang
awam akan dapat faedah. Untuk itu azamlah 4 bulan...
Kalau seseorang itu
sembahyang di depan hajarul aswad
dengan khusyuk dan seorang buta sedang jalan nak masuk perigi, maka dia kena
tinggalkan sembahyang dan selamatkan orang buta itu. Jika dia teruskan
sembahyangnya dan orang buta itu jatuh perigi dan mati, maka sembahyangnya
menjadi asbab dia masuk neraka. Hari ini keadaan ummat begitu teruk, tak
bolehkah kita tinggalkan perniagaan dan kerja kita? Ummat begitu teruk dan kita
mabuk dengan kerja dan kehidupan kita - kalau mati dalam keadaan ini bagaimana?
Ayat Quran menyuruh, “Belanjakanlah di jalan Allah s.w.t dan jangan campakkan
diri kamu ke dalam kebinasaan”. Segala kerja kita menghancurkan kita sebab kita
tak buat dakwah. Berilah azam, dan buatlah kerja dakwah ini kerja kita. Untuk
dunia, kita faham dulu baru kita buat, tapi untuk akhirat, kita buat dulu baru
kita faham.
Comments
Post a Comment